BAB 40

Romance Completed 50320

Seperti yang dijanjikan, Huffaz kini berada dalam ruang pejabat pengetua bersama seketul si genit di sisinya.

"Maafkan saya Tuan".

"Saya tak sepenuhnya salahkan Tuan, and no need to called me Tuan. Saya cuma harap persekitaran sekolah lebih selamat. Tapi tak sangka pula selama ni bila saya tak munculkan diri, ramai yang mengata anak saya tak berbapa!", saat itu tajam mata Huffaz menjeling guru kelas yang dikatakan Sumayyah kepala penggosip Nufael. Suka benar bercerita itu ini tentang anak kecil itu.

Entah apa agaknya yang dia dapat, dosa free adalah!

"Sekali lagi, saya bagi pihak sekolah memohon maaf. Saya pun tak tahu Nufael ini anak Tuan, maksud saya, Encik."

"Wait", tahan Huffaz, "Cut the crap, jadi kalau dia bukan anak saya, Tuan akan biarkan benda ni terus berlaku? Macam tu?", desak Huffaz mulai membengis. Suasana mula panas.

Baginya tindakan itu tidak wajar sama sekali.

Pengetua mula gugup. Serba tak kena tingkahnya saat mendapat jelingan maut Huffaz, jutawan muda yang sedang masyhur dalam bidang perniagaan kini.

Tegang sahaja wajah Huffaz. Entah mengapa dia benar benar rasa bengang sekarang.

"Begini sajalah Tuan, saya tak rasa nak tempatkan anak dan anak saudara saya di persekitaran yang negatif begini", jeda. Huffaz bangun mendadak seraya mendukung Nufael dengan mudah.

Rasanya tak ada guna lagi dia terus berbicara dengan orang sebegini.

"Jadi saya harap Tuan faham. They, quit. "

"Sekejap Dato'...", Tuan Pengetua cuba menghalang. Namun sayangnya Huffaz terus melangkah pergi tanpa berpaling lagi.

Tak kuasa dia ingin hadap muka muka setan! Buat semak aje!

"Aiden!"

"Ya Boss", terkocoh kocoh dia menyamai langkah Huffaz yang laju.

Sempat dia mengacah Nufael, tapi budak itu seen je. Erk! Ekspresi dingin sama aje dengan Huffaz.

"I nak you failkan saman sebagai hadiah untuk mereka", arah Huffaz selamba.

Aiden patuh seraya mencatit pada bukunya. Kemudian sekali lagi dia menjatuhkan pandangan pada Huffaz dan Nufael. Kalau dilihat begini, mereka tampak seperti anak beranak dengan warna rambut dark brown yang sama. Malah hidung dan mulut Nufael hampir sama dengan Huffaz.

Cuma yang membezakan mereka hanyalah warna anak mata. Huffaz memiliki sepasang mata berwarna hazel manakala Nufael pula berwarna biru laut.

"Boss taknak ambik jadi anak angkat ke? Muka dia pun dah ada iras iras Boss. Entah entah memang betul dia anak Boss kan?", lancang Aiden menyerkap jarang.

"Kau gila!?"

"Sebelum aku mengamuk, better kau pergi jemput Sumayyah sekarang. Aku tunggu kau dalam kereta", Huffaz mengarah penuh dominan.

Laju pula Aiden berlari ke kelas Sumayyah.

Huffaz ingin menyambung langkah yang terbejat namun sekali lagi dia terhenti.

"Kenapa Uncle tolong Nufael?"

"Kenapa? Tak boleh ke?", soal Huffaz pula. Tubuh kanak kanak itu dibawa erat ke dalam pelukannya.

Entah! Tapi dia rasa benar benar selesa dan dekat. Seolah ada magnet yang menariknya.

"Uncle boleh tak jadi ayah Nufael?", sayu suara itu bertanya.

Terkedu Huffaz dibuatnya. "Kenapa Nufael mintak macam tu? Macam mana dengan ayah Nufael nanti?", penuh kelembutan dia bertanya sambil membelai belai rambut lembut milik Nufael.

"Ibu cakap, ayah dah lama meninggal. Sebelum Nufael lahir lagi".

"Tak boleh ke Uncle aje yang jadi ayah Nufael?", soalnya kembali setelah berdiam diri beberapa ketika.

"Okey. Uncle setuju", balas Huffaz tanpa berfikir panjang.

"Tapi sekarang kita kena balik dulu. Nanti Ibu tercari cari pulak Nufael".

"Ibu tak ada kat rumah. Ayah hantar aje Nufael dekat rumah Nek Dee".

Panggilan Nufael buatnya tiba tiba membuatkan dia seakan terkelu. Ada satu rasa bahagia menyelinap ke dalam hatinya yang dingin.

Hidung Nufael dicuit perlahan sebelum dia melabuhkan ciuman pada pipi kanak kanak itu. Mungkinkah hatinya benar benar sudah jatuh sayang?

Iffah menyeka peluh yang menitik membasahi segenap bajunya. Sudah beberapa jam dia mencari kerja namun tak satu pun dia dapat.

Ke hulu ke hilir dia berjalan, namun masih menemui jalan buntu. Sakit dikaki usah dikata, demi sesuap nasi, dia sanggup.

Ditengah panas mentari, roti kosong berserta air mineral menjadi hidangan lunchnya buat harini. Sebelah tangan lagi masih giat menandai tempat yang belum dia pergi untuk memohon kerja.

Pandangan orang sekeliling diabaikan. Dia masih leka dalam dunianya sendiri.

Sambil mengunyah, asyik mata memerhati setiap pekerjaan.

Sukar! Hanya Tuhan yang tahu. Sudah berpuluh puluhan kerja yang dia mohon, satu pun tak dapat. Entah kemana lagi hala tujunya.

Iffah menelan perit roti kosong di tangan hingga habis. Dia perlu bersedia untuk segera mencari kerja sebelum langit berubah gelap.

Bangun dari duduk, baju dikebas dikebas perlahan. Namun saat yang sama matanya sempat menangkap seseorang melintas jalan dengan tergesa gesa tanpa sedar sebuah lori meluncur laju.

Allah!

"Encik!", teriak Iffah seraya menolak tubuh lampai itu kuat sepenuh tenaganya. Kedua dua mereka jatuh tergolek atas tanah.

Baik Iffah atau lelaki tadi, masing masing tergamam. Terkejut dengan kejadian tadi.

Mereka berdua hampir mati kut! Gila tak terkejut!

"Cik okey? Saya minta maaf sebab menyusahkan cik. Saya terburu buru tadi".

"Tak mengapa,saya okey. Untung saya nampak encik tadi. Kita anggap aje encik bertuah", balas Iffah seraya bangun. Baju di bahagian bahu yang terkoyak sedikit ditarik tarik, cuba menyembunyikan kesan luka itu.

Tapi terlambat. Mata lelaki di depannya lebih tajam dari yang dia sangka.

"Cik terluka tu. Maaf sekali lagi. Kalau cik tak kesah, biar saya tumpangkan cik ke hospital", ujar lelaki itu prihatin. Tak sanggup nak tinggalkan Iffah yang dalam keadaan terluka kerananya.

Iffah tersenyum janggal lalu membalas, "Sungguh, saya okey. Encik tak perlu risau. Luka kecil, dekat rumah pun saya boleh rawat sendiri".

Buat seketika, lelaki itu akhirnya mengangguk perlahan sebelum tubuh itu membongkok untuk mengutip buku yang dipercayai milik Iffah.

"Cik cari kerja?", soalnya tiba tiba apabila mata sempat menangkap bait bait yang tertera. Buku itu kembali diserahkan kepada Iffah.

"Betul, tapi faham faham la, untuk someone yang tak ada kelayakan macam saya, sukar betul nak dapat kerja", cerita Iffah tanpa segan silu.

Apa lagi yang perlu disegankan, itulah kenyataannya.

"Nak saya tolong? Anggap saja saya sedang balas jasa cik sebab selamatkan saya tadi. Macam mana? Cik sudi?"

Iffah memandang lelaki itu tak percaya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya. Namun dalam rasa bersyukur, masih ada rasa ragu ragu yang bertapak di hati.

"Maaf bertanya, tapi kerja apa ya encik?"

"Lambat kau balik harini. Masih gigih nak cari kerja?", tegur Hawa. Satu mug berisi air teh diletakkan didepan Iffah.

"Thanks."

"Aku dah dapat kerja", ucapnya senafas.

Hawa yang tadi elok duduknya, kini sepenuhnya bersila menghadap Iffah di atas sofa. Bersinar sinar matanya, "Kerja apa?"

"Tak adalah kerja yang penat sangat. Aku dapat jadi cleaner".

"Cleaner? Tak penat kau kata!?", nada Hawa mula meninggi. Bahu Iffah dia tarik merapat untuk memandang tepat ke dalam anak matanya.

"Penat sikit tak ada apa sangatlah. Asalkan rezeki halal, aku tak kesah. Janji kita bertiga dapat hidup selesa. Aku taknak terus terusan bergantung dengan kau."

Hawa mengeluh berat. Apa entah yang ada dalam kepala otak Iffah ni!

"Aku tak kesah la Aqiis kalau setakat nak tampung kita bertiga. Tapi kau tu, tak kesiankan Nufael ke? Hari hari nak bermanja dengan ibu dia. Tapi kau sibuk. Ini apatah lagi jadi cleaner, lagilah kau busy. Penatnya lagi tak payah cakap la", bebel Hawa namun nadanya kembali dikawal agar Nufael tidak terjaga dari tidur.

"Petang tadi, masa aku pergi ambil Nufael, makcik Khadijah cakap ada lelaki datang hantar Nufael dekat rumah. Lepastu dia dah pindahkan Nufael ke sekolah lain sebab katanya Nufael kena buli. Lelaki tu pun sudi tanggung semua yuran pembelajaran Nufael", jelas Hawa nyata membuatkan Iffah tersentak.

Jantungnya bagai tersentap hebat. "Nufael kena buli?"

"Aku pun terkejut dengar makcik Khadijah cerita. Tapi berdasarkan cerita itu jugak, makcik Khadijah bagitahu yang lelaki itu dah saman pihak sekolah sebab ambil mudah kes buli secara mental. Dia juga saman atas sebab pencemaran nama baik sebab ada orang mengata yang Nufael ni...", Hawa berhenti. Tak sanggup rasanya dia ingin sambung kata katanya.

Baik dia atau Iffah, dua dua akan terluka dengan kata kata itu kerana hanya mereka berdua yang tahu perkara sebenar yang terjadi.

"Apa yang dia orang cakap dekat Nufael Hawa? Bagitahu aku!", desak Iffah bersama mata yang berkaca.

Dia tak pernah kesah hinaan apa yang orang ingin lontarkan padanya, namun jangan sekali kali sakiti nyawanya yang satu itu. Anak itu tak bersalah!

Nufael masih suci tanpa dosa, tapi mengapa tajam sungguh kata kata manusia pada anak kecil tersebut.

"Kau dah try everything Aqiis. You did everything untuk protect Nufael, jadi jangan salahkan diri sendiri. Manusia yang kejam Aqiis", tubuh Iffah dibawa ke dalam pelukannya. "Manusialah yang kejam", dia masih menyuntikkan kata kata itu bagi menenangkan Iffah yang mulai tenggelam dengan emosi.

Walau dari luarannya Iffah nampak okey, tapi dia tahu, jiwa Iffah sudah terlalu rapuh. Malah, emosi Iffah amatlah merunsingkan.

Kesepian Iffah adalah buktinya. Suatu saat, Iffah mudah naik berang, kemudian menyepi seolah olah tiada apa yang berlaku. Malah, mata itu terkadang langsung tidak terbias apa apa emosi. Yang ada hanyalah kekosongan yang terlalu dalam.

Dan dia bimbang jika perkara itu terus berlarutan, kesihatan mental Iffah takkan mampu disembuhkan lagi.

hola readers. maaf author tak sempat update. buat makluman, author bukanlah penulis sepenuh masa dan author masih bergelar student. jadi masa yang author ada untuk menulis agak terbatas. jadi author mohon maaf sekiranya ada yang tertunggu tunggu. author akan cuba update sekiranya mampu, jd harap readers sedia maklum. so, enjoy reading ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience