"Lepaskan saya Huffaz! Between us, dah tak ada apa apa!", tolak Iffah sekuat tenaga, memberi ruang sedikit antara tubuh mereka berdua dari terus berhimpit.
"Kau fikir aku bodoh?!", ucap Huffaz kasar sebelum mencengkam dagunya. Memaksa Iffah untuk mendongak memandangnya.
"Kucing nampak ikan depan mata pun dia makan, apatah lagi aku yang manusia ni!"
"Lepas!", tepis Iffah kasar. Cerlungan mata dan cengkaman Huffaz menyakitinya. Dan dia takkan biarkan! Cinta atau tidak, Huffaz sudah melampau!
"Awak lelaki dayus!", jerit Iffah lantang. Dada Huffaz ditolak kasar.
Entah suaranya didengari staff di luar atau tidak, dia sudah tidak peduli. Jika Huffaz berani bertindak sewenangnya, dia juga mampu!
Malah, tangan dan kakinya bersedia untuk dilayangkan sekiranya Huffaz berani bertindak melepasi batas.
"Kalau aku dayus, kau pula apa? Nusyuz atau murah?", sinis Huffaz seraya mengusap ulas bibirnya sendiri. Atas bawah dia pandang tubuh Iffah.
"Agaknya dah berapa ramai lelaki yang tiduri kau? 1? atau 10 orang?"
PANG!
Tamparan padu Iffah singgah tepat ke pipi Huffaz. Dia masih dalam keadaan tidak percaya. Teganya Huffaz menuduh tuduhan seberat itu padanya.
"Saya mungkin manusia yang hina, tapi saya tak semurah itu Huffaz!", naik turun dada Iffah menahan amarah.
"Dan saya tak pernah hamak dengan harta manusia yang bongkak macam awak! Yang tak berperikemanusiaan! Riak! Hidup awak selalu mendabik dada. Awak perlakukan diri awak ibarat dewa semua orang. Awak salahkan semua benda atas orang lain seolah olah awak manusia paling sempurna atas muka bumi ni!", sembur Iffah. Tubuhnya dijauhkan dari pintu. Dengan berani dia melawan pandangan Huffaz.
Gentar?
Ya! Tapi untuk terus menjadi lemah, itu namanya bodoh.
"Awak fikir saya takut dengan ugutan awak Huffaz?", sinis tawa keluar dari mulut Iffah. Jika itu yang Huffaz fikirkan sebaik dia menghilangkan diri dari Luthfi dan Puan Sofea kerana dia takut dengan ugutan Huffaz, ketahuilah, Huffaz sama sekali salah! Dia tak pernah kesah dengan semua itu!
"Awak silap besar Huffaz. Saya yang pilih untuk pergi dan bukan kerana awak yang halau saya!", tempik Iffah penuh perasaan. Jatuh menitik air matanya. Masih jelas diingatan saat Huffaz mengetahui identiti sebenarnya di rumah Huffaz, dengan tiada perasaan belas, Huffaz menghalau dia yang sedang kesakitan dan mengugut dia supaya tidak memunculkan diri di depan lelaki itu mahupun orang disekeliling Huffaz.
Kejamnya lelaki bergelar suami itu!
"Jadi kenapa kau pergi? Nak ikut jantan mana pulak? Atau masa tu kau dah jumpa jantan keparat yang kaya raya dari Luthfi? Sebab tu rela hati sangat pergi?", soal Huffaz. Lengan Iffah dicengkam lalu ditarik mendekatinya. Benci! Tapi jauh disudut hatinya dia berharap Iffah menafikan tuduhannya itu.
"Betul lah apa awak kata. Saya perempuan yang hanya terkejarkan harta. Apa boleh buat bila ada lelaki yang lebih kaya tawarkan saya duit yang lebih banyak dari Luth?Takkan saya nak tolak, macam awak kata kucing nampak ikan depan mata pun dia makan apatah lagi saya yang manusia ni", balas Iffah tanpa gentar. Sempat dia memulangkan paku buah keras kembali kepada Huffaz.
Dapat dia lihat rahang Huffaz bergerak menahan amarah.
BUK!
Dinding pejabat ditumbuk Huffaz. Menjadi habuan tangan berurat itu melepaskan amarahnya.
Iffah menelan liur kesat saat penumbuk itu melintasi hampir mengenai wajahnya. Huffaz ternyata memang gila!
"Kau menguji kesabaran aku Eyfa!"
"Saya, atau awak yang menguji kesabaran awak sendiri?", tantang Iffah sehingga Huffaz terundur kebelakang dengan tindakannya yang maju.
Mata itu! Kenapa tiada lagi sinar cinta untuknya? Hal itu membuatkan Huffaz terkedu. Yang dia lihat hanyalah pandangan benci dan berdendam dari mata bundar Iffah.
"Saya muak dengan awak Huffaz. Muak dengan segalanya! Silap saya, jatuh cinta pada orang yang tak sudi! Cinta saya ibarat angin yang lalu bagi awak! Itu semua sebab awak lebih percayakan orang luar!"
"Aku ada bukti!", balas Huffaz tak mahu kalah. Sedikit sebanyak dia terhasut dengan kata kata Iffah itu. Tapi Huffaz menafikannya.
"Bukti? Apa? Mulut orang luar? Atau kejadian malam tu? Atau surat tu?", soal Iffah penuh perasaan. Terjongket sebelah keningnya menanti jawapan Huffaz. Namun satu pun perkataan tak kunjung keluar dari bibir lelaki sombong itu.
"Kenapa diam? Kucing makan lidah awak ke?"
Huffaz terbata tak percaya. Bidasan kata kata Iffah ibarat peluru yang menyerangnya tanpa henti.
"I'm done Huffaz. Ceraikan saya or saya sendiri yang akan melangkah keluar dari hidup awak!", ucapnya tegas lalu keluar. Pintu sengaja dihempas kuat namun lain pula jadinya bila lengan dia direntap dari belakang.
Tidak kasar tetapi cukup kuat untuk membuatkan dia melayang memeluk tubuh kekar Huffaz.
Pantas dia menjarakkan diri saat sedar mata mata asing sedang menumpukan perhatian kepada mereka.
Tak guna betul Huffaz ni! Eleh, baru sekarang ke kau nampak? Getusnya sendiri. Menyesali kebodohan sendiri pun dah tak guna dah.
"Kenalkan semua, ini Tun Iffah Balqiis, cleaner baru i. Kalau you guys nak apa apa boleh minta dengan dia aje. I benarkan. Mak Jah pula boleh berehat. Pantau aje budak ni", arahnya. Wanita yang dikenali sebagai Mak Jah, pembancuh air hanya mengangguk laju.
Bukan apa, bukan dia saja yang takut sekarang, tapi semua yang ada di ruangan itu kecut perut dengan cerlungan mata Huffaz yang tajam.
Iffah mencerlung mata tak percaya. Agaknya Huffaz pekak. Tak dengar yang dia kata dia penat terus terusan ada kaitan dengan lelaki itu tadi.
"Shut up. Atau aku musnahkan semua yang kau ada", bisik Huffaz dipendengaran Iffah.
Wanita itu menahan rasa. Really? Jadi dia akan pastikan permainan Huffaz lebih menarik.
"I bet you will regret this decision Dato' Huffaz Anafi", balasnya juga berbisik. Satu senyuman misteri ditariknya buat Huffaz.
Laju tapak kakinya menapak keluar dari ENZ'R HOLDING. Menonong sahaja langkahnya. Memang tak pandang belakang.
Sakit sungguh hati melihat wajah sinis Huffaz tadi. Rosak hari pertama dia di sini. Untung sahaja sepanjang di bekerja tadi, Huffaz ada meeting di luar. Tak adalah semak sangat pandangan mata.
"Agaknya Huffaz dah biul! Psiko punya laki!", bentak Iffah geram. Kakinya naik menghentak hentak jalan tar. Geram punya pasal, dia hanya buat tidak peduli pandangn aneh orang terhadapnya.
Hati ni tengah menggelegak!
"Siap kau! Memang lumat kau aku kerjakan! Nak sangat kan main main dengan aku!".
"Eh?!"
"Aduh!", erang Iffah sebelum jatuh terduduk. Habis berterabur segala barang di dalam beg tangannya.
Ini hari malang dia ke?
"Aqiis?", suara garau seseorang menegur membuatkan Iffah angkat wajah.
"Luth?", terkejut kuasa dua. Betul lah tu. Nasib malang dia menjadi jadi sungguh hari ini.
"Where have you gone?"
Ah sudah! Tak ada soalan lain ke?
HEHE author baik hati nak belanja chapter ni. hadiah sebab ramai komen. sebenarnya chapter ni watak iffah sepatutnya lemah, tapi sbb ramai nak Iffah bngkit, so author tukar demi readers sekalian. Enjoy reading❤️
Share this novel