"Kenapa pucat sangat muka Sya? Tenanglah, abang bergurau tadi".
Farisya tersenyum gugup. Tangannya naik menghempuk lengan sasa Huffaz perlahan.
Nasib member bergurau aje. Buatnya betul betul? Matilah mereka semua! Huffaz kalau diamuk amarah, macam macam boleh jadi. Kan tak sempat apa apa, dia, Luthfi dan Iffah kena lepak underground bersama, ngeri!
"Lain macam abang bergurau", tengkuk yang tak gatal digaru perlahan. Aci tak kalau dia cakap dia nak lesap aje sekarang ni? Kenapalah dia perlu tersempit antara masalah orang lain.
Hello! Masalah dia sendiri pun tak selesai. Jangan nak jadi baik sangat Farisya! Detik hatinya.
Dalam kegelisahan membelenggu, matanya menangkap kelibat susuk Iffah berjalan ke restoran berdekatan dengan mereka.
Ya Allah! Elok elok masuk bilik, dah kenapa turun balik?
Huffaz pandangnya curiga. Melihat dia seakan ralit memerhati sesuatu, Huffaz ingin berpaling, namun sempat dia menahan.
"Abang penat kan? Jom rest!", senyuman cuba diukir. Tubuh sasa Huffaz dia tolak sepenuh hati menuju hotel.
"Mana satu bilik abang?"
"Abang sebilik dengan Luth. Leceh la nak tempah bilik yang lain", jawabnya sambil khusyuk bermain telefon. Ada kerja yang perlu dia uruskan. Dia kembali hiraukan kecurigaannya tadi.
Nyatanya, jawapan Huffaz tak sedikitpun melegakan hati Farisya. Buatnya Luthfi terlepas mulut, lelaki itu tak tahu lagi apa hubungan Iffah dan Huffaz. Haru biru sungguh hidup mereka sekarang hanya dengan memikirkannya sahaja!
Sebelum Huffaz bertembung dengan Iffah, ada baiknya dia segera cegah. Hello! Dia masih belum puas hirup udara atas muka bumi ni!
"Mama turun breakfast dulu, sekejap lagi Aqiis turun", laungnya dari bilik mandi. Entah kenapa mualnya makin menjadi jadi sejak semalam. Kini seluruh tubuhnya terasa lemah longlai tak terdaya.
"Kamu tak apa apa?", risau Puan Sofea nak tinggalkan Iffah sendirian. Dia lantas membongkar beg dihujung katil, cuba mencari sesuatu.
"Aqiis okey. Mama turun dulu, mesti Luth dah tunggu", badannya dibawa bersandar ke dinding. Lurus anak matanya melihat lingkaran hitam di bawah mata pada pantulan cermin besar.
"Okey mama turun. Ini mama letak minyak angin atas meja. Nanti Aqiis sapu dekat hidung dengan kepala. Kuranglah rasa mual dan pening itu", pesannya lembut.
Iffah diam. Tak mampu menjawab sebaik sesuatu sekali lagi ingin melonjak keluar dari tekaknya. Tubuhnya melorot jatuh terduduk lemah di atas lantai. Bunyi katupan pintu menandakan Puan Sofea telah beredar akhirnya membibitkan esakkan halus dari ulas bibirnya.
Katakan, bagaimana lagi dia mampu bertahan dalam keadaan begini, dia mungkin boleh menyorok perasaannya dari Luthfi dan Puan Sofea, tapi tidak dengan Tuhan. Sejak alahannya makin menjadi jadi, lenanya tidak pernah cukup, dia masih dibayangi perbuatan terkutuk Farhan.
Sejujurnya, dia memerlukan sandaran. Walaupun sandaran itu sekelip mata telah hilang dirampas pergi, secebis hatinya masih berharap.
Bodoh bukan? Dia masih berharap pada yang tak sudi. Sedangkan dia tahu Huffaz membencinya.
"Kalau awak muncul depan saya, saya yakin awak tak mampu pandang mata saya kan, Huffaz?"
"Awak pasti benci saya kan?"
Dinding kosong didepannya ditatap penuh perasaan, seolah olah dinding itu ialah Huffaz.
Sebaknya merindukan seseorang, Ya Tuhan! Kenapa cinta seperit ini?
"Salah saya kerana mencintai sesuatu yang tak tercipta untuk saya".
"Saya cuma berharap, we'll never meet again...till death do us apart", Iffah pejam mata. Membiarkan mutiara itu mengalir tanpa diseka. Tekadnya itulah kali terakhir dia menangisi kerinduan buat Huffaz, putera hatinya yang telah dia robek jiwa lelaki itu sehingga hancur dan lumat.
"Fazz datang?", sapaan Puan Sofea menghentikan perbualan rancak antara Huffaz dan anaknya, Luthfi. Entah apa yang diborak, sampai dari jauh dia mendengar suara dua jejaka itu. Macam hotel ini dia orang punya.
Senyuman nipis terbit di bibir, "Last minutes auntie. Rasa nak rest minda. Maklumlah kerja menimbun dekat office. Sakit kepala Fazz nak hadap".
"Dia ni mama, kalau belum kiamat memang tak pernah habis kerja dia dekat office sana", celah Luthfi seraya ketawa bila bahunya dapat habuan dari Huffaz. Orang sana sudah naik angin!
Puan Sofea menggeleng kepala. Pemandangan ini sudah lali padanya. Saling gaduh gaduh manja haa!
Tawa Luthfi mati tiba tiba apabila sedar ketiadaan Iffah, "Mana Aqiis mama?", soalnya menimbulkan kerutan di dahi Huffaz.
Siapa pula Aqiis? Detik hatinya. Tak pernah pula dia mendengar mana mana nama perempuan meniti di bibir Luthfi. Ini pertama kalinya. Siapa agaknya wanita malang itu? Huffaz tahan tawa dengan kata kata hatinya sendiri.
"Dia muntah tadi. Teruk sangat mama tengok. Kesian, itu yang mama turun nak makan sekejap lepastu bungkus dekat dia jugak", jelas Puan Sofea.
Lega hati Luthfi mendengarnya. Namun dia masih bimbang. "Kalau apa apa jadi, mama call Luth ya?"
Puan Sofea angguk sebelum beredar. Memberi ruang padanya dan Huffaz.
"Siapa Aqiis", soalan itu terus diterjah oleh Huffaz. Wajah menyeringai suka. Saja nak menyakat Luthfi.
"Someone special dalam hidup aku".
Mata Huffaz membulat.
"Sebelum ni tak ada cerita apa apa pun dekat aku. Diam diam ubi berisi rupanya", jengkel nada Huffaz.
Luthfi ketawa halus. Memandai aje Huffaz nak mengatanya. "Bukan tak nak cerita, tapi aku busy. Jumpa dengan pujaan hati pun tak adalah rapat sangat. Pernah jumpa dulu masa dia datang buat check up. Ini kali kedua aku jumpa dia tak sedarkan diri dalam keadaan bleeding dekat kaki lima, baru aku sedar hati dah lama terpaut", Luthfi tepuk dadanya perlahan sambil tertawa.
"Check up?", soal Huffaz. Rasanya telinga dia pekak kut! Kenyataan Luthfi kurang jelas di pendengarannya.
Biar betul Luthfi ni?
Membuntang mata Huffaz bila laju saja Luthfi angguk. Okey, ini gila! Dia bukan bodoh sangat, dia tahu Luthfi ini doktor pakar sakit puan. Jadi...perempuan tu...?
Oh no! Katakan tidak! Sahabatnya ini gila ya tak?
"Kau suka isteri orang Luth? For real? Gila ke? Tak takut dosa?", semburnya lantang.
Bukan dijawab soalannya, malah Luthfi ketawa terbahak bahak pula. Sakit pula kepala Huffaz. Agak agak Luthfi ada terhantuk dekat mana mana ke sampai otak dia rasanya dah senget atau tertanggal entah ke mana. Mungkin ada dekat lutut ke kaki ke, kan? Mana tahu kalau betul? Naya!
"Chill la. Aku tak gila lagi nak rampas isteri orang. Yup, dia isteri orang but correction, dalam frasa bercerai".
Mata Huffaz tercegil. Lagi gila!
"Anak tu? Kau nak tunggu dia beranak? Habis tempoh eddah? Macam tu?", sebelah keningnya terjungkit.
"Aku boleh terima dan tunggu. Untung apa, beli satu percuma satu. Dapat anak express, tak payah aku runsing nak tinggal dia seorang diri dekat rumah".
Huffaz pandang Luthfi tak terkata, "Gila", katanya dengan nada sarkastik.
"Cakap pasal aku, kau dengan wife kau macam mana? Masalah dah selesai?"
Suapan nasi goreng Huffaz terhenti. Terbantut niatnya nak menjamu selera.
"Nampak gaya macam tak selesai lagi aje ni. Besar sangat ke masalah kau orang berdua, sudahlah aku belum sempat jumpa wife kau lagi", terselit rasa walang di hatinya.
Huffaz mendengus kasar lalu membalas, "Tak ada lagi yang perlu diselesaikan, dia sendiri dah noktahkan perkahwinan kami. Perempuan macam tu, memang tak layak dijadikan isteri, memang tak tahu diuntung langsung," hirupan air teh panas menelusuri tengkuknya tanpa halangan. Seakan memberi bayangan hatinya yang sedang menggelegak.
Walau rasa agak kurang senang dengan kata kata Huffaz , Luthfi cuba abaikan, "Kau orang nak cerai? Kenapa? Kau tak sayang dia?", gila apa? Huffaz baru sahaja berkahwin, takkan dah nak cerai. Benda bukan boleh buat main tu!
"Apa guna kalau aku sayang dan berkorban untuk dia hanya semata mata untuk kecewa dengan pengkhianatan yang dia lakukan. She betray me, us and our marriage! Dia gunakan aku untuk dapatkan kekayaan sedangkan dia cintakan orang lain. Tak cukup dia perjudikan perkahwinan kami, dia sanggup jadikan aku sebagai kambing hitam untuk dia dan anak bekas kekasih yang kononnya dia sayang nak mampus tu!", dengus Huffaz kasar. Berdentum bunyi lagaan kaca saat dia menghempas cawan teh kuat ke meja.
Macam nak terkam orang lagaknya! Apa dah jadi ni? Luthfi diasak kekeliruan!
Tiba tiba telefonnya nyaring berbunyi. Dari mama! Lekas lekas dia menyambut panggilan tersebut. Habis berteraburan persoalan yang disusun buat Huffaz mengenai isteri lelaki itu.
"Hello ma"...
"She what?!", nyaring suara garau Luthfi bergema.
Tidak sempat tidak dia berlari ke arah lif. Huffaz yang terkejut cuba menyaingi langkahnya tak dihiraukan. Yang penting sekarang ialah Iffah!
Dengan geram dia sepak lif. Asal rasa slow semacam? Macam siput bab*.
Orang sebelah dah tergamam namun berlagak tenang. Tidak mahu menambah kekusutan Luthfi.
"Dia pengsan Fazz. Tubuh dia lemah", sayu suara Luthfi. Seakan mengadu. Rapuhnya Iffah , begitu juga dia.
Berkali kali dia meraup wajah. Bak kata mama, dia tidak pasti Iffah hanya pengsan atau jatuh tergelincir dan pengsan kerana wanita itu ditemukan diatas lantai dengan keadaan berdarah.
"Sabar, everything gonna be fine", pujuk Huffaz menepuk perlahan bahu sahabatnya. Dia yakin wanita itu amat bermakna dalam hidup seorang Luthfi. Lihat saja kerisauan yang terpeta di wajah lelaki itu, cukup untuk menggambarkan perasaannya.
Sorry kpd yang menunggu. Author bz lately. Banyak benda jd. Apa apa pun trima kasih sudi baca>.< Kalau ada typo atau sebagainya harap faham, author nak publish cpt untuk readers sekalian. apa apa pun enjoy reading❤️. rajin rajinkanlah diri untuk komen. baru author rasa semangat sikit nak update. Kalau ramai komen, author try update 2 bab esk, inshaallah kalau tiada aral melintang
Share this novel