"Eyfa!"
"Ya Mak. Ada apa? Eyfa dekat belakang ni haa. Bagi ayam makan", jeritnya lantang. Yelah mak dia sudah tua. Kadang kadang datang dia punya sound trouble jenuh Iffah nak melalak ulang balik apa dia cakap.
Kesudahannya Iffah hanya mampu membalas dengan menjerit barulah maknya mendengar.
Sesaat kemudian muncul wajah merah bercampur peluh Hajah Marina dengan memegang sebelanga pulut kuning bersama telur yang sudah direbus. Banyak! Macam nak membela pula.
"Apa tu Mak?", soal Iffah seraya menutup bekas berisi makanan ayam. Tangannya dibasuh di paip berdekatan reban ayam. Dengan termengah mengah dia menghampiri Hajah Marina. Maklumlah sebelum beri ayam makan, dia berkejaran dulu dengan ayam masuk ke reban.
"Ini haa pulut kuning untuk budak budak yang khatam al-quran. Tok Arham minta Mak buatkan."
"Jadi?", Iffah buat muka blur. Buat buat tak faham. Walau sudah lama dia faham.
"Budak ni kan, ada jugak aku gantung macam ikan kering tu haa!" Hajah Marina menjegil. Iffah ketawa terbahak bahak.
"Mak nak Eyfa hantar pulut kuning ni sekarang ke? Tengah panas ni?", soalnya tak percaya. Lahai, hitam legamlah kulit wajahnya yang seputih salju ni.
"Sekarang lah. Tok Arham pesan pagi tadi dekat Mak. Kamu pergi hantar kejap. Lepastu balik nanti singgah warung dekat simpang tu beli makanan. Mak tak masak malam ni. Ada jamuan sikit dekat rumah anak anak yatim. Umi Hajar jemput Mak ke sana".
"Mak je? Eyfa ni?"
"Sebab tu Mak suruh kau beli makanan. Faham faham jelah orang taknak kau datang. Sudah pergi cepat", halau Hajah Marina. Iffah tercebik cebik tak puas hati sambil membetulkan tudung sarung dikepalanya yang dirasakan agak senget.
Dengan malas Iffah mengambil pulut kuning tadi dari tangan maknya. Boleh tahan berat jugak. Nak tumbang tubuh kurus kering Iffah dibuatnya. Dengan susah payah Iffah menyusun langkah ke rumah Tok Arham, tok guru dalam bab mengajar budak budak kampung mengaji.
Peluh sudah mula membasahi dahi putih licinnya. Biasalah di kampung. Kalau tak berjalan, bawa motor. Nak harapkan Iffah bawa motor, kiamatlah dulu. Perangai penakut plus cepat gelabahnya itu memang tak boleh bawa bincang. Harulah satu kampung kalau dia bawa motor.
Bukan tak pernah, pernah aje. Tapi sebabkan pernah itulah dia terbawa masuk motor dalam rumah orang. Habis beratus duit Hajah Marina habiskan untuk ganti rugi. Lepas kejadian tu, Iffah sudah serik. Tak mahu dia menyusahkan orang tua itu. Sudahlah tua, dapat pula anak menyusahkan sepertinya. Kesian!
Sambil berjalan balik Iffah sengaja berhenti di tepi sungai kampungnya. Melepaskan lelah setelah menghantar pulut kuning tadi, dia menghirup udara segar di situ. Indah sungguh pemandangan yang dijamah mata mata yang memandang.
Kalau dia pulang pun bukan Hajah Marina ada. Sudah pasti maknya sudah berangkat ke rumah anak anak yatim Kasih.
Dalam tak sedar ada sepasang mata memandang ke arah Iffah sambil melorek senyum sinis. Tiga orang budak lelaki berdekatan dipanggil.
Idin, Man dan Iwan yang keliru tetap mendapatkan Huffaz. Sang jejaka tampan yang muncul di kampung ini baru baru ini.
"Ada apa bang?", soal Idin keliru. Man juga mengangguk. Elok je tadi mereka nak terjun sungai, tapi Huffaz pula kacau daun.
"Kau orang nak duit tak? Abang nak bagi ni", Huffaz memulakan pancingannya.
"Mestilah nak bang", sahut Iwan setelah berdiam diri. Matanya pula mula bersinar sinar.
"Kalau macam tu abang nak kau orang tolak perempuan tu dalam sungai. Nanti abang bagi upah 50 ringgit seorang, nak?"
Terkejut ketiga makhluk itu. 50 ringgit kut. Bukan sedikit! Iwan mula tertarik.
"Eh boleh je bang. Janji dapat upah", balasnya tersenyum riang.
"Kau gila ke Wan nak buat Kak Eyfa macam tu", bantah Man pula seakan tak berpuas hati.
"Entahnya. Kau pun tahu Kak Eyfa tu tak..." termati ayat Idin bila Iwan mencantas kata katanya dengan tiba tiba.
"Alah, kita bergurau je kan bang? Lagipun kau orang tak ingat ke haritu dia prank kita jadi hantu masa balik solat dekat masjid. Peluang ni lah yang kita ada untuk balas balik dekat dia", hasut Iwan. Idin tergeleng geleng tak mahu. Man pula seakan berbelah bahagi. Antara mahu atak tak. Dia buntu.
Akhirnya Man bersetuju. Idin pula mendengus kasar sebelum berlalu ke batu besar. Duduk memerhati. Jangan cakap dia tak cuba melarang tapi tak ada yang mendengar.
Huffaz tersenyum sebelum memerhati kedua budak tadi berjalan perlahan lahan dibelakang Iffah sebelum bertindak menolak wanita itu jatuh ke dalam sungai.
Iffah yang tak sedia terus menjerit ketakutan,
ARGH!
SPLASH!
Percikan air membasahi batu di pinggir sungai. Tiada suara. Tiada kocakan air. Suasana berubah sunyi.
Keseronokkan Huffaz diganti dengan perasaan cemas sebaik sedar tubuh Iffah tidak timbul timbul. Tubuh badan itu kaku mula dibawa arus.
Laju sahaja Huffaz melompat ke dalam air. Dengan susah payah dia berenang mendapatkan tubuh Iffah sebelum ditarik ketepian batu batu yang besar. Dada kaku itu ditekan berkali kali, namun tiada respon yang ditunjukkan.
Iwan dan Man juga mula kalut.
"Aku dah cakapkan tadi. Kau orang bukan tak tahu Kak Iffah tak pandai berenang", marah Idin. Merah wajahnya ketika itu. Geram dengan perangai kawan kawannya. Memanglah diakui Iffah memang nakal dan suka kenakan mereka tapi perlukah mereka membalas dengan kejam seperti itu. Iffah mungkin sahaja kehilangan nyawa!
Mendengarkan itu lagilah dada Huffaz seakan ingin pecah. Kesal menyerbu dadanya. Gurauannya terlalu kasar. Dada Iffah ditekan tanpa henti sebelum air tiba tiba menyembur keluar dari mulut Iffah. Termengah mengah Iffah menarik nafas. Bercucuran air matanya turut menitis.
Dia ketakutan. Bayangan silam mula menerjah kotak mindanya. Makin kuatlah Iffah menangis pilu. Seakan tiada kesudahan.
Huffaz berasa walang dengan tangisan itu. Tanpa berfikir panjang, tubuh basah itu dipeluk ke dalam kehangantan tubuhnya. Niatnya cuma satu, untuk menenangkan gadis itu. Tak sanggup rasanya dia mendengar tangisan itu terus berlagu.
Dalam pelukan Huffaz Iffah meraung tanpa henti buat masa yang lama sebelum akhirnya pengsan. Wajahnya pucat lesi. Bibirnya kebiruan. Dia lelah. Terlalu lelah berperang dengan emosi sendiri.
"Eyfa, bangun. Eyfa!"
"Allah!"
"Kau okey tak ni?", soal Huffaz agak peduli dengan keadaan Iffah. Sudah 20 minit dia menunggu Iffah sedar. Boleh tahan debarannya menggila.
"Okey. Terima kasih", ucap Iffah lemah seraya menolak tubuh sasa Huffaz menjauh bila menyedari dirinya di dalam pelukan yang tidak berhak.
"Maaf Kak Eyfa. Kita orang tak sengaja bergurau kasar." Ketiga ketiga budak lelaki itu menunduk menyesali perbuatan mereka. Idin turut menyesal kerana tak manahan perbuatannya dengan keras sekerasnya.
"Tak apalah. Kau orang tak sengaja kan? Sudah, pergilah balik. Nanti mak ayah kau orang mencari pulak", lemah suara Iffah bersuara. Terpana Huffaz dengan balasan Iffah. Wanita itu menanggapi kejadian itu dengan tenang dan lemah lembut.
"Jom aku hantar kau balik", pelawa Huffaz sebaik ketiga kanak kanak itu pulang.
Tak membantah, Iffah sekadar mengekori dengan jarak yang agak jauh.
Sunyi. Namun buat pertama kali hatinya diasak debaran, terutama apabila dia mengingat detik detik wajah cemas Huffaz menyapa pandangan matanya.
Apakah perasaan pelik ini?
Share this novel