BAB 17

Romance Completed 50320

"Apa kau cakap tadi? Kau ulang balik!" lantang Farhan menjerkah Iffah. Tubuh lemah itu ditarik kuat sebelum dia tampar pipi mulus Iffah sekuat hati.

"Aku mengandung"

"Kau memang bodoh!" herdik Farhan. Kepala Iffah ditunjal kuat. Apa guna akal kalau Iffah tak boleh guna? Kenapa bebal sangat sampai boleh mengandung?

Farhan ramas rambut kasar. Kakinya ligat ke sini ke sana seakan memikirkan sesuatu. Dibiarkan Iffah yang sudah terjelolok atas lantai bersama linangan air mata.

Tak ada masa nak dilayan air mata murah itu. Kepalanya cukup semak dengan masalah sekarang.

"Kenapa kau tak telan pil perancang hah bengap?" Gelas kaca di meja tepi katil dihempas kasar. Melepaskan amarahnya. "Kau memang tak guna! Bodoh!"

"Sakit Farhan!" Iffah cuba menarik tangan Farhan dari terus mencengkam rambutnya disebalik tudung. "Lepas!"

PAP!

Iffah diam. Pijar pipi menahan kesakitan yang menjalar. Pedih tapi tidak sepedih hatinya diperlakukan seperti anjing.

"Sekarang ni kau bagitahu aku apa kau nak buat! Sebelum aku heret kau pergi gugurkan budak tak guna tu! Baik kau cakap!"

"Kau dah gila ke Farhan! Budak ni tak salah! Kau yang salah! Kau yang rogol aku!" bentak Iffah. Entah dari mana datang kekuatannya, yang pasti hatinya sakit mendengar perkataan gugur yang jelas keluar dari mulut Farhan.

Sekalipun dia tak mampu terima anak ini, tak bererti dia mahu gugurkan kandungannya. Nyawa ini tak bersalah. Dia belum bodoh ingin menggugurkan kandungannya. Dosanya terlalu banyak untuk ditambah lagi dan lagi.

"Aku takkan sesekali gugurkan budak ni!" tekan Iffah. Nadanya memberi amaran.

Farhan mendengus marah, "Habis kau nak satu kampung tahu apa kita dah buat? Kau nak satu kampung canangkan cerita pasal kau? Kau nak kahwin dengan aku? Macam tu ke bodoh?" Badan Iffah ditolak rapat ke dinding. Jari jemarinya menampar pipi Iffah perlahan dengan senyum sinis. Mengejek keadaan Iffah.

"Bukan apa yang kita dah buat, tapi apa yang kau dah buat! Kau yang mulakan semua ni, kau sedar tak Farhan" badan Farhan ditolak dengan seluruh kudratnya, teranjak ke belakang, "Kau yang rogol aku malam tu!" tempiknya tak tertahan.

"Dan aku takkan sesekali kahwin dengan bangsat macam kau!"

Farhan ketawa. "Bangsat?"

"Bangsat ni la yang dapat dara kau. Apa macam? Seronok first time dengan aku haritu? Pandai kau puaskan aku, aku memang puji servis kau" Farhan ketawa kuat.

"Kau memang bangsat!" berkali kali dada lelaki itu dipukul sebelum dia melorot jatuh. Dirinya sekarang tak ubah seperti pelacur.

"Kalau kau taknak gugurkan budak sial tu, kau kena ikut apa yang aku cakap. Dan aku janjikan kau kebahagiaan yang kau nak selama ni. Situasi kita win win. Kau nak?" soal Farhan dengan wajah yang sukar ditafsir. Dan Iffah tahu perkara itu bukanlah sesuatu yang bakal berakhir dengan baik.

"Ada apa kau nak jumpa aku waktu macam ni? Dekat sini pulak tu?" Huffaz memecah keheningan pagi.

Jam di dashboard kereta jelas menunjukkan pukul 2 pagi. Bunyi cengkerik di luar juga seakan membawa kejanggalan antara mereka.

"Eyfa!" seru Huffaz.

"Ya" Iffah menyahut lemah. Jaket yang membaluti tubuhnya tidak mampu menampung kegigilannya yang sedang berdebar sakan.

"Kenapa kau ajak aku jumpa?"

"Kenapa? Tak boleh ke? Atau girlfriend awak marah?" soalnya sengaja. Walau hakikatnya dia menggenggam jaket sendiri seeratnya untuk menahan rasa sakit hati.

"Girlfriend? Siapa pulak ni?" bingung Huffaz.

"Perempuan petang tadilah. Mesra macam tu takkan lah kawan"

"Hei, dia kawan aku lah. Kawan masa kecil. Kami dulu sama sama membesar dekat rumah anak yatim. Aku dah anggap dia tak lebih dari seorang adik."

Iffah mencebik.

Adik? Entah entah perempuan tu gilakan Huffaz tapi Huffaz saja yang tak sedar. Yelah, zaman sekarang ni lelaki memang bebal. Macam situasinya juga, Huffaz langsung tak sedar perasaannya pada lelaki itu.

"Apa apa ajelah" balasnya geram. Dia yang fikir, dia juga yang sakit hati. Perangai perempuan, memang tak boleh nak jangka.

"Huffaz"

Huffaz menoleh dengan mata yang menahan kantuk. Kesian pula dia.

"Apa kau buat ni?" mata yang elok hampir terkatup tadi luas terbuka. Laju Huffaz membuang pandang ke tingkap. Terkejut apabila dia menanggalkan jaket di tubuh meninggalkan hanya t-shirt putih berlengan pendek yang mendedahkan lengan putih melepaknya. Dia malu, tapi untuk berpatah balik sudah jauh terlambat. Walaupun sepatutnya dari awal dia patut tolak mentah mentah rancangan gila Farhan tapi semua itu tak mampu diputar semula.

Mulutnya terlanjur bersetuju.

"Tengok saya Huffaz" rayunya menahan sebak. Sebak dengan perasaan sendiri. Dia tak sanggup menganiayai orang yang tak bersalah. Tapi keinginan memiliki Huffaz melebihi akal warasnya.

"Kau gila ke Eyfa? Apa yang kau cuba buat ni?" nada Huffaz seakan tertahan tahan amarah. Langsung tak dapat dia jangka tindakan Iffah tadi. Dalam keadaan mereka berdua duaan di kawasan terpencil tanpa sesiapa dengan suasana gelap. Macam macam boleh jadi.

Tiba tiba tubuh Huffaz mengeras bila tangan Iffah menarik lembut dirinya menghadap gadis itu. Belum sempat Huffaz marah, matanya bertambah membulat.

Tanpa sedar tangannya naik menyentuh lengan Iffah yang tak berlapik. "Apa benda ni? Kau kenapa?" soalnya lembut. Matanya tajam menikam kesan luka di kiri kanan lengan Iffah silih berganti dengan wajah meminta penjelasan dari wanita itu.

Bunyi tangisan tiba tiba memecah keheningan. Iffah tak tahan lagi. Dia menangis kecewa dengan diri sendiri.

"Cakap dengan aku Eyfa! Jangan diam macam ni! Cakap! Siapa yang buat kau macam ni!" Huffaz goncang tubuh Iffah. Dia inginkan jawapan. Hati lelakinya membara kesakitan melihat kesan luka di badan Iffah.

Iffah masih menangis tersedu sedan. Takut dengan rancangannya dan Farhan. Ingin saja dia berlari pergi dari sini tapi dia tak terdaya. Selangkah dia keluar dari kereta Huffaz, Farhan akan pastikan kandungannya lenyap.

Tak! Dia tak mampu membunuh anak sendiri!

"Farhan" ucapnya dalam tangis. Maafkan dia Huffaz. Dia terpaksa. Dia juga mangsa yang tersepit dalam kesempitan. Dan dia terpaksa heret Huffaz ke dalam masalahnya biarpun Huffaz tak layak terima semua tu.

Dia sedar semuanya takkan berakhir dengan baik.

Tanpa kata Huffaz tarik Iffah ke dalam pelukan hangatnya. Niatnya cuma satu, untuk menenangkan wanita itu.

Namun makin kuat tangisan Iffah berdendang. Rasa bersalah menghimpit dadanya kuat.

TOK TOK TOK!

Bunyi ketukan dari luar cermin kereta menyentakkan Huffaz dan Iffah. Mereka saling berpandangan.

Dengan keadaan Iffah yang agak comot serta menangis, berdua duaan pula dengannya pada waktu begini.

Iffah berpaling ke luar. Merenung kegelapan pagi. Dalam diam dia menangis lagi. Menangis menyesali tindakan bodohnya saat mendengar pakcik pakcik berkopiah melontar kata yang kurang menyenangkan di telinganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience