BAB 6

Romance Completed 50320

Pagi pagi lagi Iffah sudah ke rumah Hajah Dhea. Jangan salah sangka!

Dia kesini untuk buat kerja. Maklumlah Hajah Dhea buat majlis kesyukuran buat Soleha dengan pasangannya, Fahim. Kahwin sudah pasangan sejoli itu.

Kelibat Huffaz pula langsung tak kelihatan walaupun sudah 3 jam dia di sini menolong Hajah Dhea. Kemanalah pujaan hatinya pergi?

Berbicara tentang lelaki itu, sejak peristiwa di kedai runcit 2 minggu yang lalu, dia lebih suka menyepi dan mengelak dari berhadapan dengan jejaka tampan itu. Malunya masih menebal. Entah apa agaknya tanggapan Huffaz terhadap dia sekeluarga.

Harapnya baik baik belaka.

"Eyfa!"

"Iya Bonda", sahut Iffah. Peluh didahinya diseka seketika. Ketiaknya pula usah dibahas, memang sudah lencun dibasahi dengan peluh.

Iyalah sedari tadi dia di dapur angkat itu ini. Potong itu ini. Ke sana ke sini, tak duduk diam. Dengan cuaca yang panas, ada juga kena strok haba kejap lagi!

Wajah Hajah Dhea kelihatan agak cemas.

"Kenapa ni Bonda?", soalnya risau. Pucat semacam je wajah wanita berumur di depannya ini.

"Kamu ke atas jap. Masuk bilik Kak Soleha. Minta dekat dia ubat Bonda. Bonda tak boleh nak jalan sangat dah ni".

"Apa? Bonda tak makan ubat ke hari ni?", naik suara Iffah. Terkejut. Bukan dia tak tahu Hajah Dhea punyai penyakit jantung yang teruk.

Gelabah punya pasal terus dia berlari memanjat tangga ke tingkat atas. Bilik Soleha dituju. Sambil dalam hati mendongkol rasa marah kepada Hajah Dhea. Kenapa tak telan ubat? Tahu lah sibuk tapi jangan sampai diri sendiri terabai.

Masuk sahaja ke dalam bilik Soleha kelibat wanita itu tiada. Mungkin sudah keluar.

Nak taknak Iffah terpaksa menggeledah setiap laci dengan tangan yang terketar ketar. Dia terlalu takut. Pernah suatu masa dulu dia melihat Hajah Dhea kesakitan di depan mata. Betapa terseksanya wanita yang dia anggap sebagai ibu keduanya itu bertarung nyawa. Dia yang masih kecil tak tahu buat apa, hanya mampu melihat sebelum ambulans sampai. Teruk dia dan Soleha menangis sambil berpelukan. Memang takkan mungkin dia lupa detik mencemaskan itu.

Tiba tiba satu deru nafas menampar batang lehernya disebalik tudung. Terkejut, Iffah hilang imbangan sebelum jatuh terhantuk meja.

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu.

"Clumsy, buat apa kat sini?", garau suara itu bertanya. Iffah mendongak melihat empunya suara.

Huffaz segak dengan memakai baju melayu berwarna hitam dilengkapi songkok hitam di kepala. Memang cair habis mana mana perempuan tengok!

Berdiri dengan bercekak pinggang memandang Iffah seakan ingin ditelan.

"Apa awak ni? Main terkejutkan orang sesuka hati!", bentaknya. Orang lain buat dia jatuh, last last diri sendiri kena bangun. Elok punya perangai orang di sana! Punggungnya ditepuk tepuk. Kebas kut jatuh tadi kuat bukan main.

"Kau tu macam pencuri. Memang kerja kau ke mengendap ngendap macam ni? Tak ada kerja lain?"

"Kalau saya ada kerja lain, saya tak buat benda ni", balasnya santai. Sebelum kembali sibuk mencari ubat Hajah Dhea. Dekat mana entah letak. Susah payah dah dia mencari. Tak jumpa jumpa!

"Kau cari apa?", soal Huffaz. Mata helangnya bergerak gerak seiring pergerakan Iffah.

"Ubat Bonda."

"Nah!", hulur Huffaz. Iffah terpinga pinga.

"Kalau ubat ni dengan awak, asal awak diam dari tadi? Asal tak bagi awal awal? Bonda dah nak pengsan dekat bawah, boleh pulak awak main main", bidasnya geram. Ubat dirampas kasar sebelum dia berlari anak ke bawah diikuti Huffaz.

"Makan ni", sebiji ubat dihulur Iffah kepada Hajah Dhea.

"Minum ni!", arah Huffaz pula sebaik ubat tadi masuk ke dalam mulut bondanya.

Buat seketika Hajah Dhea tersenyum melihat mereka berdua.

"Kalau kamu berdua kahwin, Bonda orang yang paling bahagia", ucapnya tiba tiba.

Sontak mata mereka berdua membulat. Tak menjangkakan kata kata itu bakal keluar dari mulut Hajah Dhea.

"Apa Bonda merepek ni? Fazz masih muda lagi. Tak perlu fikir pasal kahwin".

"Muda apanya. Lelaki seusia Fazz ni semua dah beranak pinak. Fazz je jual mahal. Taknak kahwin katanya, tapi mata tu menggatal tengok anak dara orang".

"Betul tu Bonda, Eyfa setuju", sampuk Iffah ketawa terbahak bahak.

"Kamu setuju apa? Setuju kahwin dengan Huffaz?"

Terus termati tawa Iffah dibalas soalan maut Bonda. Aduh! Hati pula berdetak laju macam lepas maraton je.

Kut ya pun excited, behave la sikit duhai hati. Keluhnya perlahan.

"Er, Eyfa ke depan kejap. Rasanya Kak Soleha ada panggil tadi. Eyfa pergi dulu ya Bonda. Lagi satu, jangan lupa rest. Doktor kan dah pesan Bonda tak boleh lasak lasak. Buat buat lupa pula dia", ucapnya seraya menjegil mata. Seakan memberi amaran.

Hajah Dhea cuma tersenyum menghantar pemergian Iffah ke ruang tamu meninggalkan dia berdua duaan dengan Huffaz.

"Fazz berkenan dengan Eyfa?", soalnya mendadak. Anak mata Huffaz ditatap. Mencari secebis kejujuran dari anak muda itu.

Huffaz menggeleng.

"Kalau tak berkenan, jangan diberi harapan. Sakit orang yang menanggungnya nanti. Bonda tak suka anak Bonda buat perangai bagi harapan pada orang sesuka hati sedangkan dia tak ada hati nak serius dalam hubungan tu. Bonda tak ajarkan Fazz kecewakan hati perempuan? Jadi, kalau Fazz tak suka, jangan bagi harapan. Tapi tak semestinya tolak dengan kejam. Ingat tu", pesannya lembut. Dia sebagai wanita dapat lihat rasa sayang Iffah kepada anak terunanya itu. Tulus! Sayang jika ditabur dengan harapan palsu. Hati itu pasti kesakitan!

Asyik merenung ke dalam lautan manusia di bawah kanopi buatkan dia tersenyum bahagia. Masih segar dalam ingatan, kenangan terakhir yang dia punya sebelum ayahnya pergi.

Hari itu sungguh cerah. Ayah membuat majlis kesyukuran untuknya sempena keputusan cemerlang yang dia peroleh ketika PT3. Walau hanya dianggap remeh oleh orang kampung, ayahnya cuma berniat untuk bersedekah. Membuat amal.

Ya hari itu dia terlalu gembira. Gembira sehingga terleka. Panas tak semestinya hingga ke petang, hujan turun lebat membasahi bumi hati Iffah dan Hajah Marina apabila dikhabarkan kepergian Haji Araisy dalam kemalangan ngeri. Perkara itu berlaku terlalu pantas buat mereka dua beranak. Belum puas dia meneduh kasih seorang ayah, dirinya ditinggal pergi.

Dan semua itu berlaku kerana dirinya. Andai hari itu dia tidak mengada ngada ingin hadiah dari ayahnya, pasti semua tidak berlaku. Pasti ayahnya tidak akan ke pekan semata untuk membelinya hadiah yang baharu. Pasti saat itu ayahnya akan sibuk ke sana ke sini melayan tetamu. Dan pastinya dia tidak akan kehilangan susuk seorang ayah dalam hidupnya.

Iffah memejam mata. Menenangkan emosi yang dihurung cambukan kecewa, sedih dan penyesalan yang datang silih berganti.

"Kau okey?", tegur satu suara. Dek terlalu mendalami perasaan, Iffah terkejut. Sekali lagi dia hilang imbangan dan jatuh menyembah bumi.

Huffaz terperanjat! Belum sempat dia sambut, tubuh itu sudah mencium lantai rumah. Dan semuanya berlaku menggamit perhatian para tetamu!

Malang sungguh nasibmu Iffah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience