BAB 22

Romance Completed 50320

Majlis perkahwinan Rozana dan Farhan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Berseri seri kedua mempelai itu duduk elok di atas pelamin. Wajah keduanya tak lekang dari senyuman. Tapi entah mengapa Iffah rasa Farhan sedari tadi melihatnya.

Dia hendak bersuara pada Huffaz. Tapi dia takut. Sudahnya dia simpan rasa itu sendirian.

Nasi yang disuap ke mulut pun terasa berpasir. Hilang melayang selera makan Iffah sejak tadi. Lagi teruk apabila dia terjaga semalam dengan rasa pening yang teramat. Sampai ke pagi dia tak boleh tidur.

"Kenapa makan sikit? Lauk tak sedap?" tegur Huffaz. Risau melihat keadaan Iffah. Sudahlah dengan lingkaran hitam di bawah mata. Wajah pun pucat semacam. Ini tambah lagi tak makan secukupnya, bimbang kalau Iffah tumbang. Naya! Di tengah majlis orang kut!

"Okey aje. Sedap. Cuma kenyang. Tadi dah makan kuih" balas Iffah. Alasan! Walhal dia tak ada sentuh apa apa makanan pun lagi sejak tadi.

"Kuih aje tak cukup. Tak kenyang pun perut sayang tu".

Iffah tarik senyum. Sebuah lirikan manja dihadiahkan kepada Huffaz. "Nanti saya makan la cik abang Huffaz yang tercinta" usiknya gembira. Lupa sekejap hal Farhan.

"Kau nak aku suap kau ke sayang?" balas Huffaz turut mengusik. Lebar senyuman mereka berdua.

"Haa suaplah. Aaa..."

Satu suapan nasi berlauk ayam disua ke dalam mulut Iffah. Bulat matanya. Niatnya hanya bergurau. Tak sangka Huffaz betul betul buat. Dalam mengunyah, dia tersenyum.

Dia akui, hidupnya mula disinari kebahagiaan. Dan dia berharap perkara itu mampu bertahan lama.

"Nah, jauh sangat termenung" satu lagi suapan masuk ke dalam mulutnya.

"Orang cakap, tangan suami ni berkat tau. So makan banyak banyak" ucap Huffaz. Satu persatu suapan masuk ke dalam mulut Iffah sehingga licin nasi di dalam pinggan. Barulah Huffaz berpuas hati mengangkat punggung untuk basuh tangan. Iffah sekadar memerhati dalam senyum.

"Bahagia nampak, tengoklah tak sia sia aku suruh kau jadikan Huffaz tu kambing hitam"kata Farhan. Tanpa segan silu duduk di tempat Huffaz. Sempat dilempar senyuman pada tetamu tetamu yang menegur. Rozana nun jauh di pelamin pula mencerlung kepada Iffah.

Suami dia yang datang mendekat, tapi Iffah pula yang kena, hailah nasib...

"Kau diam boleh tak? Tak nampak ke kita dekat mana?" nada Iffah tertahan. Rasa geram membuak buak tapi dia tahan.

"Oh kau berlagak dengan aku ya mentang mentang dah jadi wife kesayangan Huffaz. Tapi aku pelik sikit..."komen Farhan. Statik matanya terhenti memandang seluruh tubuh Iffah.

Iffah rasa meremang di seluruh tubuhnya dengan pandangan itu. Diam diam tangan mencengkam kain baju kurung di bawah meja makan.

"Kenapa kau dengan Huffaz baik baik?" soalan itu keluar dari bibir Farhan. "Iyalah, kau kan dah tak ada dara so... Wait, jangan cakap yang dia belum sentuh kau. That's why dia tak tahu" ujar Farhan. Mukanya jelas dibuat buat seakan terkejut. "Oh poor him. Dapat barang secondhand" sambungnya.

Iffah menahan sakit hati. Hampir hampir air matanya menitis. "Mulut kau jaga sikit" keras nada Iffah. Suasana seakan mula tegang.

Sejujurnya separuh darinya inginkan kebebasan dari Farhan serta bangkit melawan dan jujur tentang segala galanya. Namun separuh darinya lagi masih ketakutan dan bimbang sekiranya kebahagiaan dia dirampas.

"Wow, sudah makin berani kau sekarang. Mentang mentang kita dekat public. Kau fikir aku tak boleh buat apa apa?" sekejap sahaja tangan Farhan menyusup masuk ke bawah meja yang dilindungi kain alas meja yang labuh. Tangannya mengusap peha Iffah perlahan. Dengan gaya bersahaja sebelah tangan naik melambai kepada Rozana.

Iffah benar benar merasa terhina.

"Bahagialah selagi kau mampu Eyfa. Belum tentu esok lusa kau mampu ketawa lagi. Mana tahu tengah menangis ke kan? Jadi aku syorkan kau bahagia sepuas hati kau okay dear?" dengan senyuman sinis Farhan bangun menuju ke arah isterinya.

"Borak apa tadi?" tegur Huffaz bersama dua gelas air.

Cepat Iffah mengawal riaknya. Senyum paksa ditarik menghiasi bibir menawannya.

Ya Tuhan, sebolehnya dia cuba bertahan. Bertahan kuat di hadapan semua. Tapi mengapa ujian ini semakin memberat?

"Sayang!"

"Iya" sahut Iffah tersentak. Laju dia beristighfar dalam hati. Memohon ketenangan dari Yang Esa.

"Aku tanya, sayang borak apa tadi dengan Farhan?" Huffaz nenyoal kembali.

"Tak ada apa apa. Dia datang tegur saya sebab awak tinggalkan saya tadi. Borak kosong aje" dalih Iffah. Minuman diteguk rakus menghilangkan rasa gugup yang bertandang.

Ya Allah, dialah manusia yang benar benar berdosa di atas setiap kedustaannya terhadap Huffaz, suaminya sendiri.

"Awak pergi mana tadi?" soalnya pula. Topik tentang Farhan perlu dia usir sejauhnya.

"Tadi Mak panggil minta tolong angkat lauk pauk yang nak habis. Kesian Mak tak larat nak angkat. Budak budak ni pulak hilang entah kemana. Melepak lah tu" bebel Huffaz sambil melilau mata mencari sepupu sepapatnya yang sepatutnya ditugaskan menambah lauk pauk yang hampir habis.

"Biasalah, remaja. Dia orang punya life tu nak enjoy aje. Macamlah awak tak pernah".

"Eh aku bagus tau. Masa aku zaman remaja dulu, hari hari tolong pakcik aku berniaga. Memang tak ada istilah goyang kaki macam budak budak ni."

"Oh awak ni class budak budak rajin lah."

Muka Huffaz membangga diri. Tergelak Iffah dibuatnya. "Riak sungguh" ucap Iffah sebelum ketawa kuat.

"You look stunning when you smile sayang. Just save that for me" ungkapan manis itu dibisik di telinganya. Terkekek Iffah memeluk lengan Huffaz.

Berasa tenang di sisi Huffaz. Tapi sampai bila agaknya?

Iffah menyelak gebar perlahan lahan. Tidak mahu membuat Huffaz yang tidur pulas terjaga. Terjengket jengket kaki melangkah keluar dari bilik. Sebaik keluar barulah dia boleh menghembus nafas lega.

Niatnya keluar cuma satu, untuk ke tandas. Dari tadi lagi dia menahan sementelah ruang tamu penuh sesak dengan keluarga Huffaz yang ramai semestinya.

Penuh hati hati Iffah melangkah melepasi setiap kanak kanak yang tidur menghalang laluannya ke dapur. Sesekali dia terkejut dek ada yang mengigau dan berpusing mengejut mengubah posisi tidur.

Buas sungguh budak budak ni tidur. Macam macam gaya ada. Kuak lentang, acah acah berenang, gaya patah tengkuk, dan macam macam ragam lagi. Tersenyum nipis Iffah melihat keadaan itu.

Selepas melepasi mereka barulah Iffah mula berjalan selesa tanpa gangguan sebelum...

"Tak sia sia aku tunggu. Muncul jugak kau rupanya".

Langkah Iffah mati. Dia tak berdaya menoleh ke belakang sementelah nafas Farhan terasa dihembus berdekatannya.

Dekat! Malahan terlampau dekat!

"Ap..apa kau nak?" tanya Iffah terketar ketar. Sudahlah keadaan gelap. Benar benar mengingatkan dia dengan trauma dulu. Iffah cuba melawan rasa trauma itu dalam kegigilan.

Dia berganjak beberapa tapak ke hadapan. Melarikan diri dari Farhan.

"Nak kemana sayang? Hurm? Kau tak suka jumpa aku?" soal Farhan seraya menarik pinggang Iffah kuat. Memaksa tubuh kaku itu jatuh ke dalam dakapannya.

Dia masih belum puas bermain. Dan yang lebih menarik, permainan ni baru aje nak bermula.

Farhan gelak jahat dalam hati.

Konflik menyusul next chap...get ready...happy reading...sorry lmbt update...too busy lately...after all enjoy❤

Share this novel

Hawani Hashim
2023-11-05 21:18:38 

Pada eyfa ni bukan lemah tapi bodoh


NovelPlus Premium

The best ads free experience