"Drink some water, sayang", sebotol air minuman dihulur pada Iffah. Penutup sudah sedia dibuka untuk memudahkan wanita itu minum.
Iffah mencapai lemah huluran Huffaz. Air diteguk sekali sebelum botol itu kembali diserah.
Tiada langsung rasa haus, melainkan gugup. Hatinya sempat menyumpah seranah diri sendiri yang cuai. Agaknya jika tiada Huffaz, sudah bersepai otak dia tadi.
Tiba tiba perutnya mula berkeroncong. Peristiwa tadi belum habis, perut pula buat hal. Nasib badan!
"Kau belum makan?", soal Huffaz berbaur amarah. Lihat saja jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Cari nahas ke?
Melihat gelengan Iffah benar benar membangkitkan amarah Huffaz.
"Kita singgah makan. Sebelum tu, tidur Eyfa. Kau perlukan rehat", walau dingin, Huffaz masih prihatin.
Sedikit sebanyak hal itu menusuk ke dalam jiwa raga Iffah. Dia diam tidak menjawab seraya menarik kot Huffaz untuk menutup seluruh wajahnya.
Benar kata Huffaz. Dia perlukan rehat. Dia perlu menenangkan diri sendiri. Jika benar perkara tadi ada kaitan dengan apa yang Hawa katakan, itu bermakna nyawanya berisiko untuk melayang. Dan tidak mustahil perkara itu akan terus terusan berlaku.
Iffag memejam erat matanya. Cuba mengusir rasa takut itu menjauh.
"Dah berapa lama kita kahwin?".
Soalan secara mendadak Iffah menghentikan suapa nasi goreng ke dalam mulut Huffaz. Spontan dia meletakkan sudu ke bawah.
"Almost lima tahun. Why?", balasnya pula.
"Kita tak ada anak? I mean, tempoh lima tahun itu satu jangka masa yang panjang".
"Rezeki. Semuanya kehendak Tuhan. Aku pun tak kesah. Jadi kau tak perlu risau", balas Huffaz perlahan. Lebih kepada menahan emosinya sendiri.
"Is it true?", kini wajah Iffah serius. Tangannya sibuk menguis nguis makanan di dalam pinggan. Tak elok, tapi sudahnya dia tak ada selera. Takkan nak paksa telan pula?
"Apa yang betulnya?"
"Semua yang kau cakap tadi", terang Iffah. Dia agak ragu ragu sebenarnya dengan hubungan ini. Apatah lagi memori yang berharga bagi hidup setiap orang, tiada padanya. Dia ditakdirkan untuk hilang memori buat sementara waktu.
Sememangnya wajar jika dia menanamkan rasa curiga.
"Aku ke depan sekejap, nak bayar", pinta Huffaz berdalih. Cukuplah kebohongannya hari ini. Sesak di dada ini seakan sudah tak tertanggung lagi.
Iffah mengeluh melihat kelibat Huffaz di kaunter. Jari jemarinya naik memicit dahi sendiri. Kusut lah! Bagaimana lagi caranya untuk dapatkan ingatannya ini?
"Aku tahu aku handsome, tapi tak perlulah tenung bagai nak tembus", ujar Huffaz seraya berdehem. Risau pula dengan karenah Iffah ni. Dari tadi lagi tenung dia macam ada laser yang akan keluar memancarnya. Ghisauu!
"Kau ada mix ke?", spontan soalan itu keluar daripada ulas bibir Iffah. Syok sangat tenung anak orang kan, semua dia tilik. Dari atas sampai bawah, nampaklah yang Huffaz tak kelihatan seperti rakyat tempatan pun.
Kening Huffaz terjongket bersama senyuman manis di bibirnya. " Maybe yes maybe nope".
Kali ini Iffah pula menjongket keningnya. Keliru!
"Aku kan anak susuan Bonda aje. Bonda bela aku dari kecil sebab dia orang jumpa aku dekat timbunan kotak".
Iffah menekup mulut sendiri seakan tak percaya. Menyayat hati sungguh hidup suami dia.
"Jadi sejak kecil, memang kau tak kenal lah siapa mak ayah kau?"
Huffaz angguk, "Tak penting pun bagi aku. Sebab kehadiran Bonda dengan Abi dah memadai. Dia orang yang ada masa susah sakit aku dulu. Jaga aku bagai anak sendiri. Mulanya memang aku simpan dendam pada mak ayah kandung aku...", jeda. Huffaz diam untuk mengambil angin pantai yang menampar lembut batang tubuhnya.
"Tapi Bonda dengan Abi sedarkan aku. Tak ada gunanya menyimpan dendam pada seseorang terutamanya mak ayah sendiri. Tanpa dia orang, aku takkan wujud pada hari ini. Tambahan lagi aku tak tahu apa yang menyebabkan dia orang buang aku. Mungkin ada sebab yang munasabah. Bak kata Abi, kita husnuzon aje. Sebabkan aku dibuanglah aku dapat jumpa Bonda, Abi, Kak Eha dan kau", dalam Huffaz menatap anak mata Iffah.
Jantung Iffah usah ditanya, degupannya kencang lain macam. Lekas lekas dia larikan pandangan ke arah bertentangan.
Hal itu membuatkan Huffaz tersenyum nipis. Comel sungguh Iffah dimatanya.
"Erm, aku nak aiskrim boleh?", pinta Iffah. Kecur liur pula dia melihat aiskrim di seberang jalan sana. Seakan akan memanggilnya pula.
"Kau ni, setiap kali datang pantai selalu sangat minta aiskrim", ucap Huffaz seraya menggenggam kemas tangan isterinya. Memimpin wanita itu ke seberang jalan.
"Eh, macam tu ke perangai saya dengan awak dulu? Kerap sangat ke kita datang pantai?", soal Iffah sebelum melepaskan genggaman tangan mereka. Tanpa diduga Huffaz, dia memeluk erat lengan lelaki itu sehingga Huffaz terkedu sebelum tersenyum.
Alahai, sampai merah pipi Huffaz dibuatnya.
Kepala Iffah kemudian dilentokkan pada lengan sasa itu juga.
Jujur, dia sangat selesa berkeadaan begitu. Fikirnya dia mungkin janggal, tapi tidak, dia amatlah menyukai sentuhan fizikal mereka sekarang ini. Berada dekat dengan Huffaz buatkan dia rasa tenang dan selamat.
Nampaknya dia tanpa sengaja membuka ruang hatinya untuk sang suami tanpa dia sendiri sedari.
Ahh! Huffaz seolah magnet yang buatkan dia rasa seakan ingin terus terusan melekat.
Jampi apakah ini?
"I love you sayang", Huffaz segera menutup mulut saat menyedari keterlanjuran bicaranya.
Iffah terkekek ketawa sendiri.
I see. Suaminya jenis yang ego rupanya. Sayang tapi tak nak mengaku.
"Aku pura pura tak dengar tau. Don't worry", dada bidang Huffaz ditepuk perlahan lahan. Giat sungguh mengusik suaminya yang sakan merah muka dan telinga.
Comel pula. Geram Iffah nak tumbuk.
"Shut up sayang!", mata Huffaz terjegil. Memberi amaran supaya Iffah diam.
"Apa i love you? Eh silap, apa dia Huffaz?", terus terhambur tawa Iffah saat wajah Huffaz masam mencuka.
"You look happy, and i'm happy for you, for us", ucap Huffaz menggariskan senyuman.
Iffah membalas senyuman itu. Tangannya semakin erat mencengkam lengan Huffaz. Dia tak tahu apa yang pernah terjadi atau bakal terjadi, tapi dia tak mampu menipu, hatinya menginginkan lelaki ini. Dia sayang pada Huffaz. Itu kenyataannya!
Dari kejauhan, Farhan memerhati merpati dua sejoli itu. Terbit sengihan penuh makna di bibirnya.
Melihat kebahagiaan mereka berdua, belum cukup agaknya derita yang dia beri.
Sekarang dia menjadi buruan pihak polis, jadi agak tidak adil sekiranya dia sahaja yang merana. Huffaz dan Iffah patut rasa juga sengsara yang dia lalui.
"Tunggu aku. Tak lama dah, aku akan kembali untuk tuntut apa yang patut"...., suaranya sinis tetapi senyuman manisnya mekar tumbuh. Pandangan Farhan berubah dalam. Menunggu masa sahaja, dia boleh bertindak lebih gila. Saat itu, Iffah dan Huffaz harus menelan pahitnya neraka ciptaan dia.
Bahagia? Semailah sebanyak mungkin. Sebab dia akan hancurkan kebahagiaan itu sekelip mata!
jemput baca jg novel baru. btw happy reading❤️
Share this novel