"Macam mana keadaan Nufael?", soal Huffaz sebaik menerjah masuk wad yang menempatkan kanak kanak itu.
Jelas terbias kerisauan dirautnya saat menjamah tubuh lemah Nufael yang terbaring di atas katil wad.
"Kata doktor, Nufael demam panas. Tubuh dia pulak kurang air. Sebab tu pengsan. Pihak sekolah beritahu, mereka cuba hubungi awak tapi tak dapat. That's why dia orang hubungi saya", jelas Hawa seraya menarik selimut sehingga paras dada Nufael. Nyenyak sungguh kanak kanak itu tidur. Sedikit sebanyak wajah Nufael mengingatkan dia pada sahabatnya itu.
Dia sudah anggap Nufael seperti anaknya sendiri. Saat Iffah hilang ingatan, dialah yang menjaga Nufael bagi menatang minyak yang penuh.
Hawa mengeluh lemah. "Kalau awak tak mampu nak jaga Nufael, biar saya yang ambil alih Huffaz. Saya jaga dia lebih lama dari awak", ucapnya setelah mempertimbangkan semula baik buruk di depan hari.
Rasanya sejak Nufael dijaga oleh Huffaz, makin kerap pula Nufael jatuh sakit. Kesibukkan yang teramat membuatkan Nufael terabai oleh Huffaz.
"Nope Hawa. Aku akan jaga Nufael. He's my son", tegas Huffaz. Merah wajahnya menahan rasa amarah. Dia akui dia lalai dalam menjaga Nufael sejak sebulan peninggalan Iffah namun dia sudah kembali membaiki emosinya. Cuma kebelakangan ini dia tidak menang tangan untuk menguruskan Nufael sejak menyiapkan projek besar dengan orang yang bukan calang calang.
Huffaz raup wajahnya sendiri, "Fine. Salah aku sebab sibuk sangat. Tapi everything gonna be okay. Esok last meeting aku untuk projek besar kali ni."
Hawa diam. Matanya tajam menghunus Huffaz. "Only this time Huffaz. No more next time. Ingat, Nufael bukan sahaja tanggungjawab kau tapi dia juga amanah Iffah untuk aku."
Hawa bangun dari duduk. Beg tangannya disangkut ke bahu sebelum dia melabuhkan ciuman pada pipi Nufael.
"Lain kali, kalau Nufael bertanya tentang Eyfa, jujur dengan dia Huffaz. Jangan biarkan dia terus menunggu kepulangan orang yang tak akan kunjung tiba", dingin nada Hawa menyapa Huffaz.
Saat tangan Hawa menyentuh pemegang pintu, langkahnya mati. Perlahan lahan tubuhnya dipaling menghadap Huffaz.
"Saya tahu ini mungkin bukan hak saya. Tapi memandangkan Iffah pun sudah tiada, awak perlu tahu kebenaran yang Nufael bukan anak kandung Eyfa mahupun Farhan. Eyfa keguguran seminggu sebelum melahirkan Nufael sebab jatuh tangga. Walaupun kehilangan darah yang banyak, Eyfa bertahan hidup tapi tidak kandungan dia. Itu semua sebab orang lambat jumpa Eyfa. Dia bleeding teruk gila masa ditemui. No one cares. Emosi Eyfa tak stabil that time sampailah berkali kali dia cuba bunuh diri. Until that day, Eyfa saksikan kemalangan ngeri melibatkan pasangan suami isteri. Isteri lelaki itu mengandung dan segera dikejarkan ke hospital. Sayangnya hanya bayi mereka sahaja yang terselamat. Jadi Eyfa putuskan untuk jaga budak tu. Nama budak itu diambil sempena nama arwah Nufael. Dan untuk pengetahuan awak, semua duit yang awak beri pada Eyfa, dia gunakan untuk sorok dan cipta identiti baharu Nufael. Jadi berhenti cop Eyfa sebagai perempuan mata duitan. Sebab dia bukan mata duitan! Dia langsung tak hamak dengan harta awak", ucap Hawa tegas dihujung ayatnya sebelum pergi.
Huffaz jatuh terduduk di kerusi bersebelahan katil Nufael.
Sudah tidak terhitung lagi rasanya dosa dia pada Iffah. Terlalu banyak sehingga dia penat untuk menghitung.
Wajah Nufael ditenung. Patutlah wajah Nufael langsung tidak mirip akan Farhan. Apatah lagi dengan mata biru laut kanak kanak itu.
"Ayah!"
Huffaz tersentak. Tak sedar pula dia yang Nufael sudah sedar.
"Iya. Nufael nak apa? Lapar?", soalnya prihatin. Biarpun kebenaran telah terbentanh depan mata bahawa Nufael bukan anak kandung Iffah, namun sayangnya pada Nufael tidak akan berubah. Nufael juga anaknya! Sampai akhir hayatnya.
"Tak. Fael tak lapar. Fael nak balik rumah boleh?", soal Nufael manja. Lengan sasa Huffaz ditariknya. Elok sahaja di melekapkan muka ke lengan sasa ayahnya itu.
Huffaz tersenyum geli hati. Perangai Nufael saling tak tumpah dengan Iffah. Dua dua manja sangat. Rindu dia juga terubat dengan kehadiran anak kecil itu.
Sekurang kurangnya dia sedar, dia masih ada tanggungjawab yang perlu dijalankan dari terus hanyut dalam emosi sendiri.
"Fael ajak ayah bawa lari Fael la ni?", soalnya pula.
Anak itu cuma angguk. Makin lama makin berat kelopak matanya.
Huffaz membiarkan Nufael tertidur sebentar sebelum membawanya pulang.
"Lama lagi ke Raf? Kesian pula staf aku menunggu. Betul ke pengerusi syarikat itu nak bekerjasama dengan aku?".
Syed Arafi menepuk bahu Huffaz kuat sambil tersengih. "Betullah. Apa pulak yang tak betul. Dia rapat dengan aku tau. Aku dah pujuk dia untuk sertai projek kita ni and dia setuju dah pun. Biasalah lambat sedikit, jalan jem", balas Syed Arafi bersahaja. Dalam hati bukan main dah dia gelak seorang diri.
Huffaz hanya iyakan sahaja alasan yang diutarakan Syed Arafi. Sudah itu kata lelaki itu, apa lagi yang dia mahu persoalkan.
Tiba tiba pintu bilik mesyuarat dibuka dari luar. Bunyi tapak kasut tinggi berdenting kuat makin menghampiri mereka. Semua yang berada di situ mula berdiri.
Seorang wanita bersut putih dipadankan dengan shawl putih melangkah masuk.
Rayban di hidung mancungnya terletak elok melindungi wajah itu dari terdedah sepenuhnya.
Wanita yang dipanggil pengerusi itu tersenyum senget seraya mengambil tempat duduknya bertentangan Huffaz dihujung meja sana.
Kaca mata hitam yang bergayut dibuang. "Assalamualaikum semua, awak semua boleh duduk. Sorry sebab lambat, i ada urusan peribadi sedikit tadi. Let me introduce myself first, saya Tun Iffah Balqiis, pengerusi Araisyi Legacy. Cucu sulung Araisyi merangkap sepupu Syed Arafi", ucap Iffah tenang. Wajahnya tak lekang dari senyuman sejak tadi. Langsung tak peduli pada wajah tergamam suaminya sejak tadi.
"Saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik. Adalah jelas disini, saya maklumkan bahawa kerjasama ini terbina atas kelayakan syarikat ini sendiri dan bukannya atas sebab saya isteri Huffaz Anafi ya?", seloroh Iffah namun seluruh ruang sunyi sepi.
Terkejut barangkali. Cuma Syed Arafi sahaja yang ketawa. Lagi lagi melihat wajah Huffaz yang jelas menunggu masa sahaja untuk berlari memeluk Iffah dalam tangis.
Mesyuarat itu berjalan selama sejam. Selama itu juga Huffaz tidak lepas merenung wajah Iffah.
Sungguh dia merindui Iffah. Terlalu merindui sehingga semua ini serasa ibarat mimpi dan dia tidak ingin terjaga lagi.
"You deserves this happy ending bro", ucap Syed Arafi sebelum berlalu.
Iffah masih terkaku ditempatnya sebelum tubuh dia dirangkut erat kedalam pelukan Huffaz.
"Thank God sayang", ucap Huffaz membenamkan wajah dileher Iffah. Wangian yang terbit dari tubuh wanita itu amat mengkhayalkan. Ya! Dia rindukan bau itu!
"Saya tak mungkir janji saya kan Huffaz?", soal Iffah bersama mata yang bergenang. Tangannya naik membalas pelukan erat Huffaz.
"Tak. Sayang tak mungkir pun janji kita. Sayang kembali pada saya", tutur Huffaz sebak.
Lama mereka berkeadaan begitu sambil mengucap syukur kepada Ilahi atas peluang kebahagiaan yang diberikan.
"Sayang buat apa?". Iffah tersentak saat tubuhnya dipeluk dari arah belakang.
Perlahan lahan gambar mereka sekeluarga diletakkan kembali atas meja.
"Fael dah tidur?"
"Sudah. Nyenyak dia tidur lepas berjumpa dengan sayang. Selalu sebelum ni dia kerap meracau dalam tidur", jelas Huffaz.
Badan Iffah dibalik ke depan bila esak tangis wanita itu kedengaran.
"Hei, kenapa ni sayang? Ada sakit dekat mana mana ke?", badan Iffah ditilik risau.
Iffah menggeleng lemah. "Saya minta maaf Huffaz sebab saya pernah terlintas untuk lari dari awak dan lupakan janji kita. Saya terlalu takutkan penerimaan awak selepas apa yang saya lakukan."
Huffaz mengucup bibir Iffah sekilas. Memujuk Iffah supaya bertenang, "Bukan salah sayang. Yang penting sayang tetap kembali pada pangkuan saya, pada pangkuan anak kita. Sayang dah lupakan semua dendam lama. Farhan pun dah meninggal 2 minggu yang lalu. Sebaik dia sedar dari koma, dia dipindahkan ke lokap dan meninggal. Itu bahagian dia atas apa yang dia dah buat. Saya bersyukur sangat awak tak terus hanyut dalam dendam", pujuk Huffaz lembut.
"Awak tak bencikan saya Huffaz?"
"Tak sayang. Sayang tak bencikan awak sebab awak satu satunya wanita yang saya sayang. Saya harap kita akan terus bersama buat jangka masa yang lama".
"I know it. Saya tahulah awak sayang saya. Kalau tak, tak adalah tiap tiap hari awak utuskan surat surat ni dekat rumah lama saya kan?", beberapa pucut surat diangkat dengan senyuman mengejek.
"Tak guna punya Raf. Ini mesti kerja dia kan?"
Iffah hanya tergelak. "Ini bukti cinta seorang Huffaz Anafi".
"Iya sayang. Itulah utusan rindu dari putera hati buat seorang Tun Iffah Balqiis. Hanya untuk Tun Iffah Balqiis", Huffaz kembali memeluk tubuh Iffah. Dahi wanita yang dicintainya itu dikucup berkali kali.
"Oh ya, sebelum saya lupa. Minggu depan majlis kahwin Farisya dengan Luthfi. Mama tak sabar nak jumpa sayang".
"Mama tahu?"
"Saya excited sangat. Saya mesej semua orang pasal awak", jujur Huffaz.
Iffah hanya mampu menggeleng kepala. Dalam diam dia bahagia. Moga moga hubungan mereka sentiasa dipelihara. Kerana dia telah mendambakan kebahagiaan ini terlalu lama. Selagi badan dikandung hayat, maka cintanya terhadap Huffaz tidak akan pernah terhenti.
Share this novel