BAB 21

Romance Completed 50320

"Angkat baldi ni letak dekat sana. Jangan kerja goyang kaki aje tahu" herdik Mak lang sebelum dua baldi diletak di depan Iffah. Termangu sekejap dibuatnya.

Mentang mentang anak dia yang nak kahwin, Iffah pula dijadikan kuli batak. Dari tadi suruh dia buat itu ini. Tapi masih lagi kata dia goyang kaki. Nak aje Iffah sembur atas muka kalau bukan itu ibu saudara suaminya.

Nak taknak Iffah ambil dua baldi itu kemudian diletak berhampiran pakcik pakcik yang sibuk menguruskan kawah. Mungkin nak dibasuh. Teka Iffah sementelah tiada paip di situ melainkan sinki dalam rumah yang terang lagikan bersuluh tak muat nak tampung beban kawah yang besar.

"Hei, isikan air sekejap. Kami nak mencuci ni" panggil salah seorang pakcik. Membulat mata Iffah. Kenapa orang kampung dekat sini kurang adab sangat eh? Tak belajar ke masa kecil dulu.

Nak minta tolong biar kena dengan cara. Beradab bila nak minta tolong orang. Barulah orang ikhlas nak tolong kita. Kalau dah ini gayanya, memang tak ikhlas Iffah nak tolong.

"Saya pergi ambil air dulu" ucap Iffah. Sekali lagi baldi diangkat masuh ke dalam rumah. Sempat dia berpapasan dengan Rozana, anak Mak lang a.k.a bakal pengantin of the year.

Bahu Iffah sengaja dilanggar. Nyaris saja Iffah terjatuh kalau tak sempat seimbangkan diri.

Memang sengaja perempuan ni! Getus hati Iffah. Sejak dia tiba semalam lagi Rozana seakan ada dendam lama dengan dia. Serba tak kena. Dia yang tak buat apa apa dijeling. Kalau tak dijeling dilanggar. Entah betul entah tidak sepupu Huffaz ni! Macam macam ragam.

"Haa ini kenapa pulak bawak masuk balik? Tadi aku suruh kau letak dekat luar kan?" bunyi suara Mak lang memetir.

"Kau tengok ni Dee! Macam ni ke menantu kau nak? Lembab macam kura kura. Tak faham aku si Huffaz tu. Yang elok ada, nak juga yang otak lembab macam budak ni".

"Kak Za" tegur Hajah Dhea. Sakit hatinya bila wanita itu mengherdik menantu dia. Apatah lagi Hajah Marina turut ada di sana. Walaupun diam, dia tahu wanita itu terguris dengan kata kata lemparan kakaknya terhadap Iffah.

"Apa? Betul la apa yang aku cakap. Huffaz tu walaupun anak pungut tapi dia berpelajaran. Memang tak sesuai nak bergandingan dengan dia" tuding Mak lang pada Iffah.

Ya hati Iffah sakit, tapi dia harus sabar. Kerana Mak dengan Ayah tak pernah ajar dia kurang ajar dengan manusia yang memang kurang ajar. Lain jadinya nanti. Ibarat api bertemu api, makin parah jawabnya.

"Kak Za jangan melebih!" Hajah Dhea mula naik angin. Apatah lagi mendengar perkataan anak pungut keluar dari mulut kakaknya. Dia paling pantang jika asal usul Huffaz dibangkitkan. Bagi dia yang lepas biarlah lepas. Usah dibangkitkan lagi. Tapi kakaknya memang tak faham bahasa!

"Apa yang dikecohkan ni? Dari luar aku dengar. Tak malu ke dekat orang buat kerja sana?" celah Mak long. Dengan wajah tegang bercampur peluh menitik disekitarnya dia duduk bersimpuh atas lantai dapur.

"Tak ada apa pun long" pantas Mak lang menjawab.

Hajah Dhea masih cuba mengawal rasa sakit hati. Sedikitpun dia tak memandang wajah kakak keempatnya yang jelas gugup berhadapan dengan kakak sulung mereka.

Tahu pula takut. Tadi bukan main dia melepas kata sampaikan lukakan hati banyak orang. Sekarang pandai pulak menikus ketakutan.

"Kau tak payah nak menipu aku Za. Aku ni bukan apa, cuma nak pesan, kalau dah menumpang rumah aku nak buat majlis anak kau jangan tunjuk sangat perangai buruk kau. Hormat sikit tetamu rumah aku. Lagi satu bawak sedar diri kau sikit. Kau tu sudah tua. Rumah cakap jalan, kubur cakap mari." Bidas Mak long pedas. Semua terdiam. Hajah Dhea menunduk wajah, menekur pada kakaknya walaupun bukan dia yang diperkatakan.

"Sudahkan aje apa yang dah lepas. Sudah tertulis bukan jodoh Rozana dengan Huffaz, kau jangan nak serang orang yang tak bersalah pulak. Rozana pun nak nikah, apa yang kau nak kecohkan lagi pasal budak budak ni. Pandai pandai dia orang la nak urus hidup. Kau jangan masuk campur. Siapa kau nak pertikaikan jodoh Huffaz?" sambung Mak long lagi. Nada suaranya bertambah tegas.

Dia amat tak suka perangai adik keempatnya itu. Mulut lancang, tak dijaga langsung hati adik beradik yang lain.

"Kalau dulu kau juga yang tak suka Huffaz sebab asal usul dia. Tapi bila dia berjaya, kau pula menyibuk nak jodohkan anak kau dengan dia. Hei, Huffaz tu belajar sampai luar negara. Si Rozana tu apa aje yang ada kalau dia bukan keluarga kita? Aku ni bukan jahat sangat nak mengata si Rozana, tapi memang fakta yang dia belajar sampai tingkatan 3 aje. Lepas tu goyang kaki dekat rumah arwah Umi. Kau pun bukannya buat kerja juga. Rumah arwah Umi selalu bersepah. Tak ada fungsi pun kau dekat situ kalau tak boleh nak jaga".

Mak lang diam. Tapi matanya memerah. Menahan marah mungkin!

"Along cakap memang senang, tapi Along tak ada dekat tempat Za" balas Mak lang tak mahu kalah. Suasana mula tegang.

Tak senang duduk Iffah dibuatnya. Segalanya berpunca dari dirinya. Aduhai!

"Apa yang aku tak faham?" ucap Mak long kasar.

"Sudahlah Long. Orang dengar nanti" pujuk Hajah Dhea. Malu bila beberapa orang yang lalu lalang di pintu dapur mengintai pertelingkahan mereka.

"Kau diam Dee. Kau ni lembut sangat. Itu yang Za suka sangat pijak kepala kau. Dari dulu sampai sekarang dia nak orang fikir nak jaga hati dia aje. Hati orang tak pernah dia nak jaga. Itu sebab adik beradik kita jarang berkumpul, sebab mulut dia ni lah!"

Hajah Dhea diam. Mengiakan kata kata kakaknya. Betul lah, hubungan mereka adik beradik renggang kerana kelancangan mulut kakak keempatnya dalam menghakimi setiap apa yang mereka lakukan.

"Jadi sekarang Along nak salahkan Za lah punca adik beradik kita renggang? Macam tu? Eh Za ni selalu usaha nak satukan kita. Panggil adik beradik datang rumah arwah Umi, hidangkan makanan bagai, itu apa?"

"Kau memang buat macam tu. Tapi bila orang datang mulalah kau bahas benda yang tak sepatutnya. Kau jangan ingat aku tak tahu kenapa Aria dah tak balik sini. Sampaikan majlis anak kau ni pun dia tak datang, semua sebab kau porak perandakan rumah tangga dia lah! Untung tak bercerai berai. Semua ni sebab ini lah, " tangan Mak long menunjal mulut Mak lang. Kisah adik keduanya dibangkitkan. Jika difikir semula sakit hati dia. Sampai sekarang adik keduanya lebih gemar menyepi. Dia tebak mungkin wanita itu terasa hati dengan kata kata perempuan di depan dia sekarang.

Mulut memang nak kena cili. Harap aje tua tapi bodoh!

"Sayang" seru Huffaz.

Iffah berpaling sambil tersenyum manis. Suka dengan panggilan Huffaz terhadapnya. Sejuk telinga yang mendengar.

"Kesini kejap" panggil Huffaz lembut.

Iffah mula mengatur langkah mendekati suaminya. Dari jauh dah nampak handsome, bila dekat ni double triple handsome pulak. Laki sape la ni?

"Ada apa awak? Perlukan pertolongan ke?" usik Iffah. Bukan dia tak nampak yang Huffaz struggle nak bawa barang barang yang baru dibeli untuk majlis.

"Ambil ni" hulur Huffaz sengaja. Tak bagi Iffah lari.

"Tak ada dah?" soal Iffah sebaik menyambut dua huluran plastik besar dari Huffaz.

Boleh tahan berat tapi tak seberat tiga plastik di tangan Huffaz. Sampai timbul urat dilengan.

Menggoda betul!

"How's your day? Good or bad?" soal Huffaz tak berkias. Faham benar dengan family sendiri.

"Boleh tahan la. Tadi Mak long dengan Mak lang gaduh. Sekarang dua dua tak ngam. Seorang kehulu, seorang kehilir. Nasib dia orang tak buka gelanggang gusti tadi" ucap Iffah. Masih tak dapat dilupakan bagaimana tegangnya situasi tadi kalau bukan Pak Cik Basheer datang merungkai pergaduhan kakak dan adiknya.

Entah apa jadi agaknya.

"Sorry lah terpaksa libatkan kau pula dalam hal ni. Aku nak bawak kau ikut sekali tadi tapi budak budak ni pula sibuk nak ikut. Tak muat kereta" jelas Huffaz. Serba salah membiarkan Iffah melihat pertelingkahan keluarga mereka.

"Tak mengapalah. Yang penting sekarang majlis berjalan."

"Assalamualaikum" suara memberi salam menyentakkan mereka berdua.

Terus pandangan dihala pada gerangan yang berada di belakang. Segak bergaya mengenakan baju kemeja kotak berwarna hijau lumut.

Iffah terkejut sehingga menjatuhkan barang ke atas rumput. Teranjak ke belakang posisinya.

"Waalaikumussalam. Farhan, datang nak jumpa Rozana ke?" soal Huffaz. Huluran tangan Farhan yang berkopiah disambut tenang. Tiada riak terkejut langsung.

"Haah, nak jumpa dia. Tapi dah alang alang terserempak dengan kau orang berdua, aku tegurlah. Kita kan sekampung" ramah Farhan berbicara. Namun gelisah di hati Iffah seakan bergelora kembali.

Iffah memandang Huffaz meminta penjelasan bagaimana Farhan boleh ada di sini?

"Lupa nak bagitahu sayang, Farhan ni bakal suami Rozana" terang Huffaz. Dunia Iffah seakan mula runtuh tatkala menjamah wajah senyum penuh makna Farhan.

"Gembira jumpa kau orang. Tak sabar betul nak masuk dalam keluarga ni. Bolehlah kita rapatkan silaturrahim. Oh ya, maaflah dulu aku selalu buli kau. Tapi sekarang kau jangan risau, aku dah berubah. Jauh sangat perubahan aku tu" ujar Farhan bersama lirikan sinis.

Iffah cuba menahan rasa. Gelojak ketakutan seakan membuak buak ingin keluar.

Ya Allah, dugaan apa lagi ini?

nak sampai konflik dah...enjoy reading❤

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience