BAB 3

Romance Completed 50320

"LAMA kau tunggu?", soal Huffaz sejurus duduk. Terlepas jua penat lelahnya berlarian. Semuanya gara gara terlajak tidur selepas maghrib tadi. Berkejaran lah dia ke masjid sebab ada janji dengan Haris.

"Tak ada lah lama sangat. Tapi berjanggut jugak aku tunggu kau", balas Haris dalam nada mengusik. Lengan Huffaz lentas disiku bila ada para dara lalu lalang dihadapan mereka. Memang sama. Dua dua mata keranjang! Pantang nampak perempuan. Mula lah menjadi ulat bulu.

Huffaz jilat bibir yang tidak kering. Merenyam lain macam. Sebelum mereka ketawa lepas dengan perilaku nakal sendiri.

Tak jauh dari mereka Iffah mengetap bibir dengan tingkah laku minta penampar dua lelaki itu. Apa dia ingat perempuan ni ikan dekat pasar kena tilik tilik satu badan hah? Cungkil biji mata baru tahu!

"Ehem! Sedapnya awak berdua cuci mata. Dah puas dah tengok anak dara kampung ni?", sergah Iffah dengan bertelekung putih. Tangan pula bercekak pinggang seperti makcik makcik gayanya.

Huffaz buat tak layan. Haris pula tersengih sengih malu. Batang lehernya digosok gosok perlahan.

Itulah! Menggatal lagi. Kan dah kantoi!

"Kau sibuk tu kenapa? Nak kitorang tilik badan kau pulak? Ke sebab dengki tak ada lelaki nak tengok badan kau yang serupa dugong tu", balas Huffaz dingin. Haris tergamam. Terperangkap antara gadis cantik dengan sahabat sendiri. Aduh! Kenapa life ni complicated sangat?

Bulat mata Iffah dengan balasan tak terduga Huffaz. Mulut tu memang tak sayang. Makan jugak tanah kejap lagi! "Saya tak cakap pun macam tu!", bentaknya geram. Sesuka hati dilabel dugong lepastu ingat dia jelous, hello excuse me! Tak hingin pun! Dia bukan perempuan murah nak lelaki pandang badan dia macam nak telan. Dia masih ada maruah walaupun banyak dosa atas muka bumi ni.

"Oh yes, tapi cara kau macam dengki. Kalau kau nak, berdiri lah, pose macam model. Walaupun macam dugong tak apa. Kami rela paksakan diri tengok", dingin suaranya giat membalas. Kan dah kata dia takkan mengalah dengan makhluk perempuan.

"Kau!"

"Apa?!" Huffaz berdiri. Jarak mereka mulai dekat.

Kenapa suka sangat dekat dekat? Rimas! Rungut Iffah dalam hati.

Kerana jarak ketinggian yang agak ketara Iffah terpaksa mendongak. Menentang berani mata Huffaz. Haris menggeleng geleng kepala. Drama apa la dia kena hadap.

"Kau orang ni kan, datang masjid nak buat ibadah bukan nak bergaduh. Sepatutnya masa ni kita eratkan ikatan silaturrahim. Apa ke patut lah."

"Awak diam! Cakap macam diri tu bagus sangat. Dasar mata keranjang!", bidas Iffah sinis lalu atur langkah pergi.

Pulak dah! Balik balik dia pula kena. Salah ke dia nak leraikan pergaduhan kebudak budakan tu?

"Apa?", balasnya bila Huffaz pandang semacam.

"Masuklah. Tadi kemain acah macam pak ustaz. Ni sekarang dah nak masuk waktu Isyak", sinis Huffaz berlalu pergi meninggalkan Haris terkulat kulat sendirian.

Tengok! Apa salah dia? Geram betul!

Dengan wajah memerah Haris ikut masuk ke dalam masjid. Nasib badan. Tuhan nak uji kesabaran dia barang kali...

Sebaik usai solat semua jemaah beransur keluar memandangkan ada sendikit jamuan disediakan. Itu yang meriah lain macam masjid harini. Selalu kalau tak pakcik tua berjanggut putih datang, memang haram pemuda pemuda kampung ni menampakkan batang hidup. Shy shy cat haa!

Huffaz mendengus geram mencari Haris. Ada ke patut sahabatnya selamba badak tinggalkan dia kat belakang. Sudahlah ramai orang tua, terpaksa la dia sedarkan diri dengan mengutamakan warga emas keluar terlebih dahulu. Kalaulah pintu masjid luas, tak perlu mereka berhimpit nak keluar. Sepatutnya perkara ni perlu ditambah baik. Bukannya dibiarkan. Man tahu kejadian tak terduga berlaku. Seperti kes tolak menolak sampai terhantu kepala atau berdarah. Tak ke naya?

Dalam kesesakkan orang ramai Huffaz mula menangkap kelibat Haris yang sedang senyum mengejek sambil mengunyah nasi. Kurang asam punya kawan! Sekarang dia nak duduk mana? Semua tempat dah penuh. Bukan banyak sangat pun kerusi disediakan. Tangga masjid pun sudah penuh. Takkan mungkin dia bersila atas tanah dengan pakaian serba putih.

Dalam pada itu matanya melihat seorang makcik berdiri dari kerusi membawa pinggan dan cawan yang kosong. Laju dia menonong ke sana. Tangan dihulur terkapai kapai memegang kerusi sebelum satu lagi tangan turut memegang kerusi tersebut. Huffaz bengang.

Tatkala keduanya saling berpandangan lagilah amarah Huffaz memuncak. Lagi lagi muka ni. Apa dah lupus ke perempuan atas muka bumi ni sampai dia perlu hadap muka yang sama setiap hari?

"Saya yang nampak kerusi ni dulu. Awak cari tempat lain la".

"Kau cakap elok sikit. Aku pegang kerusi ni dulu. Tangan kau yang terencat tumbesaran tu lambat 5 saat. Jadi dalam erti kata lain, kerusi ni...aku punya!"

Iffah mencebik, "Ada nama awak ke? Tak kan? Ini namanya hak kerajaan. Sesiapa je boleh duduk".

"Kau nampak aku ni lembu ke? Tak kan? Sudah tu aku lah yang duduk. Tepi!", herdiknya geram. Badan genit Iffah ditolak dengan kerusi agar berganjak. Tapi Iffah tetaplah Iffah. Mana pernah dengar kata orang selain Mak dia. Memang degil orangnya. Keras kepala!

"Tak ada! Kerusi ni saya punya. Lagipun saya ni perempuan , awak patut beralah dengan saya. Lagipun ni cuma kerusi. Bukan emas!"

"Kalau ni kerusi bukan emas, kau blah la. Apasal tercegat dekat sini? Tadi taknak hebohkan sangat benda ni. Kau lah yang mengalah", balas Huffaz tak mahu kalah. Mata mata yang lain mula memusat kepada mereka. Ada yang tersenyum. Ada yang keliru dan ada yang terbahak.

Huffaz dan Iffag bagaikan dalam dunia sendiri. Padahal ada saja beberapa buah kerusi kosong yang berbaki selepas sesetengah penduduk pulang sejak mereka bertengkar. Tapi disebabkan ego, kerusi tu jugak mereka mahu.

"Lepaslah! Bagi saya duduk. Saya perempuan!", jerit Iffah tertahan.

"Tak nak! Aku dapat kerusi ni dulu."

"Lepas!"

"Tak nak!"

"Kau ni kan..."

"Apa?", soal Iffah berani. Bulat matanya mencerlung ke arah Huffaz. Genggaman tangan masing masing masih lagi erat. Ibarat memegang nyawa sendiri.

"Kau ni kan memang pendek!"

"Ada saya kesah?"

"Tak. Sekarang ni aku nak kau lepaskan kerusi ni. Aku yang pegang dulu".

"Bukan main banyak lagi kerusi dekat sini, pergi jelah duduk. Kenapa nak berebut dengan saya? Tak malu ke bergaduh dengan perempuan sebab benda kecil. Atau awak suka saya? Sorry la taste saya high class. Bukan macam awak ni!"

Huffaz menjeling menyampah seraya merentap kerusi dari tangan Iffah. Malang sekali sebab Iffah lagi bijak dan pantas bertindak dengan menahannya menggunakan kaki.

Ciss. Tak guna!

Iffah tersenyum mengejek. Ini Iffah lah. Buat apa dia belajar bersungguh sungguh kalau otak tak boleh guna.

"Eyfa!"

Alamak! Iffah berpaling ke belakang. Kelihatan Hajah Marina dengan nafas termengah mengah mendekati. Matilah. Dek takut macam lipas kudung Iffah berlari ke rumah. Jamuan makan pun dia tinggal macam tu. Biarlah. Dia mahu hidup lebih lama lagi berbanding makan di situ dan ditamatkan riwayat disitu.

Huffaz masih berdiri memandang belakang tubuh Iffah.

"Jatuh cinta ke?", soal Haris tersengih penuh makna. Dia muncul bersama segelas air jagung. Senang hati lelaki tu selepas melantak. Huffaz juga lah terseksa menghadap Iffah.

"Otak kau jatuh cinta. Perempuan macam tu elok bagi buaya makan. Tak adalah hidup menyusahkan kaum lelaki dengan mulut dia tu", katanya seraya duduk. Lama kut berdiri tadi. Semua gara gara Iffah. Perempuan genit tak sedar diri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience