“ Benz.." laung Jerry dari depan pintu bilik.
Terkejut dari angan, dia mendengus lalu memandang sebal ke arah Jerry sebaik lelaki itu muncul depan pintu.
“ Kau kenapa?" dengan tampang serius Benz Fahri menyoal.
“ Kau tu yang kenapa! Fon kau mana?" Jerry soal dengan radang. Wajahnya yang masih bersisa kantuk mendengus tak sudah.
Garu kepala seketika sebelum sibuk menyelongkar tepi bantalnya mencari. Capai telefon, skrin pemuka dihidupkan namun tak berhasil. Benz Fahri tersengih.
“ Bateri aku out!"
“ Kau pehal tak reti cas fon ke!" geleng Jerry. Matanya yang terpejam celik itu digosok berulang kali mahu menyisihkan rasa kantuk.
“ Lupa!” sengih Benz Fahri tanpa bersalah.
Sebal dek kerana dikejutkan melalui panggilan telefon di awal pagi itu, ayat Benz Fahri yang mudah lagi ringkas itu menambahkan rasa panas hati Jerry.
“ Kau cas fon kau sekarang!" arah Jerry diktator.
“ Biarlah..kejap lagi aku cas."
“ Tak ada kejap-kejap. Aku nak kau cas sekarang. Magnet bala kau dah dekat...” Jerry gantung ayat penyatanya dengan mata mencerun tajam mengarah si teman agar patuh pada arahan.
Benz Fahri menjulingkan mata. Rimas dengan arahan memaksa dari Jerry.
“ Bala apa pulak ni..?”
“ Kau tahu tak bonda tengah cari kau sekarang ni. Now, dia tak dapat through kau then dia cari aku. Baik kau siap cepat. Dia cakap dia on the way dari airport!”
“ Hah!" melompat Benz Fahri serba tak kena seraya mencapai telefonnya dari tepi bantal. Kelam kabut mengecas telefon itu untuk menghidupkannya semula.
Bonda! Desis hatinya sambil geleng kepala.
Alamak! Jarang bonda turun padang macam ni. Dah la tak beritahu awal-awal. Datang mengejut macam ni mesti ada benda yang tak kena! Hati Benz Fahri berbolak sendiri.
“ Bonda sorang ke?" sempat lagi dia bersoal dengan Jerry walaupun kepala tengah gundah dengan segala macam hal.
“ Entah tak tanya pun!" Jerry jangkit bahu.
“ Lah kenapa kau tak tanya?"
“ Assalamualaikum Megat Zairy. I can't get through with Ben so I have to call you. Bonda dah on the way dari aiport nak ke residence korang ni..." ajuk Jerry sama seperti gaya bahasa bonda kepada Benz Fahri itu ketika menelefon tadi.
Campak bantal kecil ke arah Jerry, Benz Fahri tayang wajah serius. Geram dengan aksi si teman. Tak sempat mengelak, kepala Jerry terima hentaman bantal kecil itu.
“ Woi gurau kasar nampak! Tak sempat aku nak jawab salam pun..tahu-tahu telefon tu dah terputus talian." dengus Jerry menjelaskan.
Benz Fahri tepuk dahi. Bertambah kelam kabut dirinya.
“ Tapi aku rasa bonda sorang je tu. Mustahil dia bawa anak menantu and cucu-cucu dia kalau dia nak datang ramai-ramai. Takkan dia jejak kakinya dekat residence kita ni kalau Kak Lia dan anak-anak ada ikut." Aci taram Jerry bagi alasan sedangkan Benz Fahri bertambah tidak senang duduk. Debar di dada kian menggila.
“ Dah-dah jom siap." bingkas bangun dari katil kelam kabut Benz Fahri tolak tubuh Jerry dari menjadi penghadang pintu.
“ Siap ke mana?" terpinga-pinga Jerry bersoal.
“ Nak pergi ambik bonda la."
“ Pehal pulak. Kau jelah pergi. Aku mengantuk nak sambung tidur. Dah la penat berjaga malam tadi tengok bola." elak Jerry. Malas sungguh dia nak bersiap pagi-pagi begini.
“ There's no reason to be acceptable. Jom cepat." tarik tubuh Jerry yang masih menyendeng di pintu itu dia hantar ke depan pintu bilik mandi.
Jerry mendengus sebal. “ Semak betul la...”
Loceng rumah berbunyi hampir dua kali sebelum pintu residensi bercat putih gading itu terbuka dari dalam dan menampakkan susuk lelaki berbadan tegap tanpa baju dan hanya berseluar pendek di muka pintu. Tuala juga masih bersangkut di bahu lelaki itu. Tak sempat masuk ke bilik mandi lagi, Jerry terpaksa menghala ke muka pintu pula.
Bulat mata Ruhana menyaksikan pandangan di hadapan dengan mulut melopong. Ann Layli yang berada di bahagian belakang ibu mertuanya itu pun ikut terkejut sama sebelum lekas-lekas Ann Layli pusing belakang dari terus memandang suasana yang tidak sepatutnya.
“ Astaghfirullah.." Ruhana ketap bibir.
“ Err bonda..Jap..jap" balas lelaki itu seraya kelam kabut menutup pintu rumahnya semula. Dua minit lebih kurang pintu itu kembali terbuka dan tuan rumahnya sudah menjemput masuk si tetamu.
“ Kenapa bonda tak bagitahu awal nak datang?" soal Jerry selepas mempersilakan Ruhana dan Ann Layli duduk di sofa.
“ Saja bonda tak bagitahu. Lagipun bonda datang dengan Puteri. Saja bawa dia sekali buat teman. Nak harap kawan baik you balik tu entah bila la!..Hah sebut pasal dia..mana Ben?" soal Ruhana seraya menjengah suasana kediaman bujang itu mencari susuk Benz Fahri.
“ Err ada dekat bilik. Sekejap I panggil." ujar Jerry gelabah. Meninggalkan tetamu tak diundangnya, Jerry bingkas bergerak ke bilik mahu memanggilkan Benz Fahri.
“ Mesti abang terkejut bonda tak bagitahu dia awal-awal kita nak ke sini. Harap dia tak marahkan Puteri ya bonda.." ulas Ann Layli kepada Ruhana sebaik kelibat Jerry menghilang.
“ Biar dia terkejut. Siapa suruh jarang balik. Nak call kita kat Malaysia pun aci liat je. Sibuknya mengalahkan presiden Amerika. Bonda call masa nak naik flight semalam pun tak berjawab. Lagipun buat apa dia nak marah Puteri pulak? Dia kena berterima kasih sebab isteri dia ni baik hati sanggup temankan bonda datang ke mari.." bebel Ruhana.
Dalam riuh Ruhana dan Ann Layli berbual, Benz Fahri keluar dari bilik dengan riak terkejut sebaik melihat dua susuk kesayangannya berada di situ.
“ Bonda..Sayang.." tegurnya sebaik tiba ke arah ruang tamu yang menempatkan dua suri hatinya itu. Jerry ikut mengekor dari belakang.
“ Ada pun. Bonda ingatkan busy 24/7 sampai tak boleh berdunia dengan orang.." selar Ruhana sebaik anak itu memunculkan diri.
“ Ada je bonda. Hari ni cuti." balas Benz Fahri sedikit gugup. Mendengar saja nada si ibu yang berbaur sarkastik itu buatkan dia mengerti bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan bondanya. Marah barangkali. Tetapi atas alasan apa, Benz Fahri tidak pasti pula.
Sebaik mendekat, Benz Fahri bersalam dengan Ruhana. Belum sempat dia mendekat dengan Ann Layli, isterinya itu terlebih dulu bangun dan meraih tangannya lalu tunduk mencium. Lebih mengejutkan, Ann Layli tanpa ragu memeluk tubuhnya seraya mencium pipinya di hadapan Ruhana. Meski tidak dapat menghadam situasi itu dengan jelas, dia juga terpaksa membalas pelukan Ann Layli itu. Bukan dia segan tetapi setahunya Ann Layli yang tidak mahu bermesra sebegitu jika ada orang luar seperti Jerry apatah lagi di hadapan Ruhana sebelum ini. Katanya segan. Namun yang berlaku ketika ini, buatkan otaknya membeku seketika.
“ Dah tak reti duduk ke lepas jumpa wife tu..?" tegur Ruhana apabila melihat aksi beku lagi kekok Benz Fahri ketika itu.
Ann Layli yang faham tersenyum malu. Wajah blurr suaminya di pandang menanti jawapan.
“ Err..bukan macam tu bonda. Speechless sekejap sebab bonda datang tak bagi tahu. Tahu-tahu bangun pagi dah sampai.." sengihnya memberi jawapan selamat.
“ Saja bonda tak bagitahu. Kalau bagitahu Ben bagi banyak alasan. Sibuk lah..kerja lah..meeting lah..visit site lah.." bebel Ruhana tidak puas hati.
Benz Fahri sengih sambil garu kepala lagi. Hilang sudah ayat nak membela diri.
“ Bonda dah makan ke? Kalau belum jom kita pergi makan dulu.." celah Jerry bila melihat Ruhana sudah masuk ke dalam mod ‘ bonda-kalau-dah-start- membebel' dan tanda-tandanya akan berlarutan ke suatu tempoh yang boleh buat mereka sesak kepala nanti. Dengan itu dia cuba menjadi penyelamat keadaan.
“ Belum lagi. Kalau Jerry nak belanja ibu, setinggi Burj Khalifa ibu tadahkan." sengih Ruhana seraya memandang Jerry.
“ Boleh bonda..no hal. Jom Ben.. bawak mem kau sekali..On me.." ujar Jerry baik hati sambil mencuit bahu Benz Fahri mengajak tetamunya makan tengah hari.
“ Eh, bonda je belum makan. Puteri tu dah makan tadi. Jerry belanja bonda je la gitu. Jom Jerry.. Puteri dengan Ben tu ada hal nak di settlekan.." ujar Ruhana mematikan langkah Jerry dan Benz Fahri yang baru bangun dari duduk.
“ Bonda..err..Puteri..." tak sempat menyangkal pernyataan Ruhana, laju saja wanita separuh baya itu menjeling Ann Layli sehingga dia terpaksa berdiam diri.
Dan dalam masa yang sama pandangan Jerry jatuh pada wajah si teman untuk bertanya. Benz Fahri yang masih beriak hairan dan pelik lekas angkat bahu tanda tidak tahu dan mengerti tentang maksud si ibu.
“ Jom Jerry.."
“ Err..baik bonda.." laju saja langkah Jerry menyaingi langkah Ruhana yang sudah menuju pintu keluar.
Terpinga-pinga Ann Layli dan Benz Fahri dengan reaksi Ruhana itu.
Perbualan Ruhana dan Barr yang terlihat sangat santai itu, buatkan Jerry tidak habis fikir dengan cara keduanya. Berdenyut otak kepalanya memikirkan kesan apabila Benz Fahri bakal mengetahui rancangan mereka tidak lama lagi.
“ Boleh menjadi ke plan kita ni bonda?" soal Jerry dengan rasa serba salah. Kepala yang tak gatal dia garu berulang kali.
Wajah Ruhana yang senang dan tenang sedang menikmati hidangan tengah hari itu dia pandang berulang kali berselang dengan wajah Barrith di sebelah Ruhana.
“ InshaAllah kita doa yang baik-baik je bro." ujar Barr juga dengan wajah santai sambil tenang menyedut air lemonadenya. Sengihannya bertukar senyuman panjang.
“ Yang bonda pesan semua tu dah buat ke?" soal Ruhana kepada Jerry.
Angguk. Jerry mengiakan pertanyaan si ibu saudaranya itu.
“ As long as you dah buat semua yang bonda suruh dan pesan tu.. InshaAllah semuanya dalam keadaan baik-baik nanti. Kalau kita tak buat macam ni, sampai bila-bila pun relay diorang tak ke mana..." ujar Ruhana dengan senyuman. Berpuas hati dengan penjelasan dari Jerry tentang permintaannya yang sebelum ini.
“ Harap-harap plan kita ni berjaya la." tukas Barr selepas mendengar dan mengetahui plan mereka sebelum ini yang mengarahkan si budak Danny nun di Malaysia tu menggagalkan misi mereka.
Bukan sebab si budak Danny tu tak pandai mengayat ke apa tapi memang si Puteri tu yang tak makan pujukan.
“ Nawaitu yang baik Allah akan dorongkan hasil yang baik-baik. Bonda bukan apa, Ben tu kalau bab hati dan perasaan ni dia memang lambat sikit. Takkan nak biar je diorang macam tu.Thanks Barr..Thanks Jerry.." ucap Ruhana berterima kasih kepada dua anak buahnya yang baik hati mahu membantunya menjalankan misi membaik pulih hubungan Benz Fahri dan Ann Layli itu.
“ Untuk bonda apa pun boleh. As long as bonda happy kami sebagai anak akan tunaikan apa saja permintaan bonda." balas Jerry tersenyum. Lega bila mana mendengar kata Ruhana.
Sedikit sebanyak rasa risaunya tentang Benz Fahri yang bakal mengamuk itu, sirna sedikit. Turut terkesan dengan perancangan Ruhana mengenai hubungan suami isteri yang sentiasa menjunjung ego itu, buatkan dia turut turun padang membantu.
Pesanan Ruhana yang menyuruhnya tidak memberitahu apa-apa kepada Benz Fahri sebelum ini mengenai komplot mereka, diturutkan sebaiknya. Jenuh dia menyorok segala kepelikan yang wujud semasa tempoh komplot itu mahu dijalankan semata tidak mahu dihidu oleh Benz Fahri. Segala keperluan rumah yang akan disediakan semasa misi baik pulih hubungan kedua orang itu bakal dijalankan selama dua minggu ini juga turut di buat secara senyap-senyap dan terperinci dengan bantuan Nela tanpa pengetahuan Benz Fahri.
.
.
“ So...dah malam ni. Takkan kita nak tunggu bonda dengan Jerry sampai esok. I rasa bonda dah plan something dengan si Jerry ni. I call Jerry banyak kali asyik operator je yang jawab." keluh Benz Fahri seraya memandang Ann Layli yang sudah keletihan duduk di sofa menanti Ruhana dan Jerry. Telefon bimbit di tangan yang sejak tadi dia belek untuk menghubungi Jerry dan Ruhana diletakkan di atas meja kopi.
Ann Layli angkat bahu. Dia pun sudah letih menunggu. Hampir saja dia terlena di sofa itu tadi.
Melihat reaksi isterinya begitu, Benz Fahri bangun dari duduk lalu dapur dia tuju. Tekak yang dahaga perlu dibasahkan. Kesian juga melihat Ann Layli yang sepertinya sudah kehabisan tenaga itu.
Membuka almari dapur, hampir saja juling biji matanya melihat ruangan tersebut penuh dengan segala macam makanan serta minuman segera di situ. Sudah seperti stok makanan untuk dua minggu saja. Seingatnya dah lama dia tak memenuhi almari itu dengan stok makanan serta minuman. Siapa pula yang rajin ni? Dan senyuman nakal Jerry semerta terbayang apabila seminggu lepas dia menangkap lelaki itu keluar dengan Nela merangkap setiausahanya di kedai serbaneka dengan tangan dipenuhi plastik barangan oleh keduanya. Katanya, Nela mengajaknya membeli beberapa keperluan untuk kakaknya yang sedang berada dalam iddah. Jadi sebagai adik, Nela harus membantunya dan Jerry dengan baik hati ingin menolong Nela.
Benz Fahri raup wajah buat sekian waktunya. Mengenang sikap lepas tangannya, sedarlah dia Jerry turut terlibat dalam projek tersebut.
Teguran Ann Layli segera menyirnakan lamunan singkat itu.
“ Need help?"
Pusing wajah, Benz Fahri tersenyum ringkas dengan gelengan kepala.
“ You kan tetamu I, so you tunggu aje dekat depan. I make some special coffee for us." tolak pelawaan Ann Layli oleh Benz Fahri dengan kenyitan mata.
Ann Layli angkat bahu. Segera dia beredar apabila pertolongannya tidak diperlukan di situ.
Selesai membancuh minuman, Benz Fahri tuju ke arah peti ais pula. Mahu mencari apa-apa makanan yang sesuai untuk menjadi hidangan tetamunya sekarang ini.
Dan sekali lagi, dia terkejut melihat isi yang ada di dalam peti ais dua pintu itu. Serupa tadi, segala makanan basah turut penuh di dalam peti ais tersebut.
Sah! Memang Jerry terlibat dengan komplot bondanya. Tetapi masalahnya bila si Jerry itu buat kerja luar alam begini sampai dia tak sedar apa langsung. Serupa projek KURUNGAN aje. Apa motif mereka? Riak pelik lelaki itu juga tak sempat langsung dia perasaan. Mungkin seminggu dua selepas pulang dari majlis Barr tempohari di kala dia benar-benar sibuk di pejabat membuatkan Jerry dengan mudah melaksanakan misi mereka!
Tarik nafas, Benz Fahri lepas perlahan. Tidak mahu terus berfikir tentang motif bondanya, Benz Fahri meneruskan aktivitinya tadi.
Mengeluarkan beberapa mousse coklat dari kotak, Benz Fahri turut menghidangkan ke dalam talam bersama coffee panas.
Hidangan dia bawa ke depan. Mengajak tetamu istimewanya untuk menikmati hidangan tersebut.
“ Jemputlah..” pelawa Benz Fahri.
Melihat hidangan di hadapan, Ann Layli tidak teragak untuk menikmatinya kerana tekaknya saat itu sudah benar-benar dahaga dan mousse coklat itu seakan menggamitnya untuk mencuba.
“ Awak tak minum sekali?" soal Ann Layli mematikan lamunan suaminya itu.
“ Minumlah dulu..Sekejap lagi saya minum." balas Benz Fahri yang masih tak habis fikir kemana Ruhana dan Jerry keluar waktu-waktu begini.
Setelah hampir empat jam menanti dan sehingga matahari terbenam beberapa minit yang lepas tetap juga tak timbul susuk Ruhana dan Jerry membuatkan syak wasangka Benz Fahri makin kuat mengatakan yang bondanya sudah merancang sesuatu dengan si sepupunya itu.
“ Benji..saya rasa saya kena balik hotel airport." beritahu Ann Layli.
“ Maybe bonda dah ada dekat sana." tambahnya lagi.
“ Are you sure?"
“ Pretty sure." Angguk Ann Layli yakin.
“ Kalau macam tu tunggu sekejap. I tukar baju." pesan Benz Fahri seraya masuk ke bilik untuk menukar pakaian yang sesuai.
“ Let's go." Kembali keluar dengan pakaian yang sesuai, Benz Fahri mengajak Ann Layli. Pintu dia tuju bersama tangan yang sedang memaut erat telapak tangan isterinya.
Tidak berani membantah dengan perlakuan manis sang suami, Ann Layli hanya menurut saja meski dia segan diperlakukan begitu. Sorotan matanya terarah pada genggaman tangan kekar milik Benz Fahri yang sedang memaut jemarinya erat. Entah bila masanya perasaan gusarnya memikirkan kepergian si ibu mertua itu menjadi senang tiba-tiba dengan perlakuan si suami. Berasa selamat dirinya ketika itu.
“ Damn!" bersama suara sedikit keras dan tepukan di muka pintu hadapan menyebabkan Ann Layli yang sedang ralit tadi terhinggut bahunya. Segera mengangkat wajah, riak tegang Benz Fahri dia pandang terpinga-pinga.
Lekas dia memaut lengan suaminya seraya bertanya.
“ Benji kenapa?"
Benz Fahri ketap bibir.
“ Pintu di kunci dari luar."
“ Hah!” kaget Ann Layli.
“ Lepas tu macam mana saya nak balik hotel?"
Benz Fahri tergelak melihat resah sang isteri.
“ Aşkım..kan I dah cakap tadi. Diorang dah planning something. That's why sekarang ni pintu pulak di kunci dari luar. So you have to stay with me here. And for your information, I'd like to tell you about this ' Sealing' method.." ujar Benz Fahri dengan kenyitan mata. Dia sendiri rasa nak tergelak dengan pernyataan yang baru saja dia hadam sekarang.
“ Takkan awak tak ada kunci pendua?" soal Ann Layli cuba mencari akal.
Aduh.Datang mana pula 'SEALING’ method ni?
“ Ada tu memang ada. But, i'm sorry..I tertinggal dalam kereta semalam." ujar Benz Fahri sebaik mengingatkan kunci rumahnya yang lagi satu itu.
Bertambah tahap kemurungan Ann Layli saat itu. Benz Fahri sendiri naik buntu dengan masalah yang membelit mereka sekarang ini. Senang-senang saja mereka di tipu.
“ Tak apalah kalau macam tu, kita tunggu la lagi setengah jam ke..Mesti diorang ada hal apa-apa yang belum selesai. Mana tahu sekejap lagi bonda sampai.." Ann Layli sendiri menyuarakan pendapatnya. Tetapi lebih kepada hendak menyedapkan perasaan sendiri walaupun semua perkara yang tidak enak sedang melintasi fikirannya.
“ I tak rasa yang diorang nak balik hari ni. Instinct I syak yang bonda dah plan something, but I don't know how far it is." jelas Benz Fahri semula seraya memandang wajah Ann Layli. Kali ini jelas riak gusar mewarnai wajah isterinya itu. Bukan dia sengaja mahu menambahkan kerisauan Ann Layli tetapi naluri lelakinya kuat mengatakan begitu. Tubuh isterinya dipimpin semula ke arah sofa ruang tamu.
“ Takkanlah.." lemah suara Ann Layli apabila mendengarkan penjelasan si suami. Terus saja dia rasa hendak menangis. Perasaan tidak rimas juga menguasai diri mengingatkan semua pakaiannya masih berada di hotel airport. Kalau dia terpaksa bermalam di residen suaminya itu macam mana dia mahu berganti baju nanti. Dan bermacam-macam fikiran yang tidak enak makin mendominasi fikiran wanita itu.
Tambahan pula, sudah lebih enam bulan Ann Layli tidak bersua muka secara fizikal dengan Benz Fahri membuatkan kekoknya jelas terasa. Cara pandangan dan perhatian suaminya itu lain macam. Apatah lagi duduk berduaan di situ dan jauh dari bumi Malaysia buatkan dadanya berdebar tidak semena.
“ It might be horrifying you but obviously they did it!" tutur Benz Fahri senafas.
Ann Layli mengeluh. Dia pun mula menyangka perkara yang sama sebaik teringat tawaran bonda dua hari yang lalu apabila secara tiba-tiba bonda mengajaknya untuk menjadi peneman ke Abu Dhabi. Sedangkan ajakan itu sudah disertakan sekali dengan tiket penerbangan membuatkan dia serba salah untuk menolak pelawaan mertuanya.
Setelah banyak kali bonda memujuk dan diikuti campur tangan dari Sharifah Julia, yang akhirnya dia terpaksa bersetuju dengan permintaan sang bonda.
Kalau nak diikutkan dengan cuti semester dia yang terakhir ini, mahu saja dia bersantai di rumah kampung bersama Zahid dan Hasnah. Tetapi setelah emaknya juga turut memberitahu sehari sebelum pelawaan Ruhana itu, bahawa Hasnah mahu membawa ayahnya mengikuti program JKK kampung selama sebulan untuk menjadi tetamu di sebuah pondok Maahad Muhammadi di Kedah terpaksalah dia mengubah jadual cutinya. Sementelah itu, Ruhana juga ada menyatakan mahu mengajaknya bercuti ke Turki untuk berziarah tempat-tempat menarik di sana membuatkan Ann Layli akhirnya bersetuju sahaja dengan permintaan Ruhana.
Walaupun pada mulanya dia sudah tidak senang hati dengan pelawaan Ruhana yang katanya mahu singgah ke Dubai terlebih dahulu sebelum melanjutkan perjalanan mereka ke Turki. Menurut Ruhana penerbangan mereka adalah penerbangan murah dari Malaysia ke Turki yang akan menjadikan Dubai sebagai negara transit terlebih dahulu. Dia yang tidak arif bab- bab penerbangan ini ikut bersetuju sehinggalah sekarang dia terdampar dengan suaminya sendiri di situ.
“ No wonder lah bonda beria ajak datang Turki. Hmmm.." perlahan saja gumaman Ann Layli namun sempat ditangkap dek pendengaran Benz Fahri.
Dia yang sedang mencuba membuat panggilan entah ke berapa ratus kali itu, terbantut sebaik mendengarkan ayat isterinya. Panggung kepala, wajah Ann Layli yang rusuh dia pandang.
“ Turki? Buat apa?" soal Benz Fahri dengan kerutan di dahi.
“ Hah!"
“ Your previous word..what did you say aşkım?" ulang Benz Fahri.
“ Oh..Bonda ajak pergi holiday. Bonda cakap dia ajak Abang Tiar dengan Kak Lia tapi diorang ada hal. So sebab saya dah cuti sem last ni bonda ajak saya bercuti ke sana." jelas Ann Layli hampir menangis. Bertambah gugup dia jadinya.
Telefon di tangan seraya dimasukkan ke poket seluar semula. Tak jadi mahu menghubungi bondanya. Penjelasan Ann Layli membuatkan bahu Benz Fahri bertambah merosot.
Sekilas ingatan dia ikut terkenang akan pemberian tiket ke Istanbul, Turki oleh Barr tempohari.
Katanya untuk hadiah perkahwinannya dari Ayah Ha dan Ibu Aya. Bila ditanya mengapa sesusah payah mereka menghadiahkan pemberian mahal seperti itu, jawab Barr hanya disebabkan kedua bapa saudara sepupunya itu tidak dapat hadir semasa majlis berlangsung dahulu.
“ Hahaha.." tanpa aba-aba Benz Fahri tergelak sendiri sehingga berhinggut tubuhnya mengenangkan pemberian itu.
“ Allahu!!" dahi dicekak dengan pangkal tangan. Rahang yang tegang turut diusap perlahan.
Macam mana la dia tak boleh perasan semua ni! Dah lama rupanya mereka merancang. Dia saja yang lambat tahu.
“ Game over!” desis hati Benz Fahri. Sekarang ini, dia tak tahu hendak geram atau marah. Yang pasti dia dan Ann Layli sedang dalam aturan otak-otak geliga mereka yang terlibat.
“ Awak kenapa? Gelak macam tu..Jangan la buat saya takut.!" soal Ann Layli yang sudah naik hairan. Dadanya tiba-tiba bergendang debar lebih hebat dari tadi.
Sekali lagi pandang wajah Ann Layli, Benz Fahri senyum. Wajah polos isterinya malam itu buatkan hatinya tiba-tiba diketuk selautan rindu yang bermukim di wilayah jiwa.
Dan ayat Barr sebelum ini kembali bertandang mengusik perasaan jiwa lelakinya.
“ Kau tetap kena bertanggungjawab dan lunaskan semua tuntutan tu. Baik zahir mahupun batin!"
“ Awak..awak..Benji..!!" suara keras Ann Layli serta tepukan di pahanya mematikan bisikan di telinga dan lantas mengembalikan kesedaran Benz Fahri.
“ Yes aşkım.." terkebil-kebil dia pandang Ann Layli yang berwajah cuak.
“ Hish awak ni berangan apalah. Saya cakap dengan awak pun tak dengar.." masam wajah Ann Layli. Sudah lah dia pening dengan perkara yang dia tidak tahu hujung pangkalnya mengenai perancangan bonda itu. Ditinggalkan berdua secara tiba-tiba pula dengan Benz Fahri juga buatkan dia mati akal sekarang. Tidak cukup dengan itu, Benz Fahri pula berperangai yang tidak-tidak.
“ You tanya apa tadi sayang?" soal Benz Fahri sebaik mendekatkan diri dengan Ann Layli.
“ Saya tanya, kenapa awak gelak tiba-tiba macam tu?.."
“ Kenapa I tak boleh gelak ke?" soal Benz Fahri dengan mod mengusiknya.
“ Bukan tak boleh gelak..boleh je..cuba sopan sikit. Ini tak..gelak macam kena rasuk dengan entah pendekar Raden Wijaya mana tah. Buat saya takut je..." muncung Ann Layli sudah naik sedepa. Cuba mengawal riak gusar dalam hatinya kala itu.
“ Tak logik langsung nak takut. You dengan hubby you je ni. Nak takut apa? Bukan kena paksa tinggal dengan orang asing mana pun. Ni Raden Wijaya Fahri dari Tanah Melayu la.." ujar Benz Fahri sambil merangkul bahu isterinya mendekat. Lagi-lagi perbuatannya mengundang rasa pelik dan takut pada Ann Layli.
“ Sebab awak Raden Wijaya Fahri la saya takut. Tak pernah-pernah buat perangai gelak macam kena rasuk gitu. Dah tu ada hati pulak nak jadi Raden Wijaya Fahri.." bebel Ann Layli geram. Dia yang masih lagi runsing dengan kehilangan Ruhana secara tiba-tiba itu, berasa darjah kegusaran dia mencanak ke angka yang lebih tinggi dengan sikap Benz Fahri yang seperti kurang siuman.
“ I gelak sebab teringat something happened masa dekat rumah kita dulu tu.."
“ Which part?" ternaik kening Ann Layli menyoal.
“ Nak dengar ke?Jangan nyesal eh!" usik Benz Fahri lagi sambil mencuit hidung Ann Layli.
Menepis lembut pegangan Benz Fahri, Ann Layli mencebik.
“ Ikut awaklah nak cerita ke tak. Malas layan.." Dia yang sudah penat menanti Ruhana dan Jerry bangun dan beredar untuk mendapatkan udara segar di ruangan lain kerana sudah sesak dengan aura menyakat Benz Fahri namun tak sempat melangkah apabila pergelangan tangannya dilelar lelaki itu sehingga dia tersalah langkah dan langsung membuatkan tubuhnya tertimpa tubuh Benz Fahri.
Sesaat itu membuatkan kedua wajah mereka bersatu dalam suasana kelu dan tidak terjangka. Tanpa membuang waktu, bibir Benz Fahri dengan pantas mengucup bibir mungil isterinya dengan nafas yang tidak akan dia tahan lagi.
“ This is the moment I can't forget at that time and make me fall for you million times baby.." ucap Benz Fahri dengan ulas bibirnya yang bergetar. Memandang wajah Ann Layli yang sudah kemerahan itu membuatkan dia dengan bahagianya menambahkan pautan hangat terhadap isterinya tanpa ragu selepas mendapat balasan Ann Layli.
*****
Pagi yang panas di kota Abu Dhabi itu menambahkan lagi rasa hangat musim cintanya untuk sang kekasih yang masih hanyut di buai lena di dalam pelukan di sebelah. Meninggalkan kesan yang sangat mendalam di hati pemilik cinta itu walaupun suhu luar ketika ini, sedang mencanak ke angka 50°c. Dan itu dapat dilihatnya menerusi paparan log digital yang terdapat dihujung meja konsol biliknya.
Damai hatinya saat itu melihatkan raut polos dalam dengkuran halus yang terbit dari nafas si isteri. Berulang kali dia cuba memejam celikkan mata sendiri. Risau itu hanyalah sekadar mimpi, tetapi sehingga ke detik itu, nyata Allah kirimkan nikmat yang tak mampu dia ungkap dengan kata-kata.
Anak rambut yang berjuntaian di dahi Ann Layli diselak sedikit. Runcing telunjuknya mengukir bentuk wajah polos itu. Masih tak kering senyuman lelakinya saat jemari menelusuri medan wajah sang kekasih. Hangat kisah cintanya semalam masih berlagu indah di hati.
Merapatkan pelukan, wajah mulus itu dia cium sepenuh jiwa. Hilang galau yang bersarang sebelum ini. Benarlah bak kata Barr sebelum ini 'fate fares you better one day.'
Tenggelam sudah kisah Zen Huzaini suatu ketika dulu. Juga berkubur sama kisah Muqri yang pernah wujud. Malah, turut sama hilang cerita si Danny yang sedang mendambakan isterinya itu. Lesap juga sosok Arva yang tak pernah jemu menagih kasih lelakinya.
Cerita semalam terlalu indah buatkan lenanya begitu sukar menjemput. Sepertiga malam hanya wajah dan tubuh itu saja yang menjadi dambaannya.
Lafaz syukur tak henti dia zikir dalam relung hati. Entah datang dari mana kekuatannya untuk meruntuhkan keegoan kasih sendiri buat si isteri yang sudah hampir dua tahun dia nikahi. Bila kini, semuanya terpenuhi dia benar-benar bersyukur.
Benarlah, kasih yang dia miliki hari ini lebih berharga dari selautan harta yang dia punya. Selepas turunnya hujan, ada pelangi yang sedang menanti.
Ralit, menelusuri lautan wajah isteri yang kepenatan tidur itu, telefon bimbit di sebelah mematikan gerakan tangannya.
Berdesis, cepat dia menjawab panggilan kerana bimbang tidur lena sang puterinya terganggu.
Dan lontaran suara di balik talian buatkan tubuh Benz Fahri terasa hendak membenamkan susuk itu ke dalam laut Mediterranean yang sedang bergelora di luar residennya sekarang ini.
“ May, this hot season be a wonderful baby moon for you bro.." ulas suara jantan Jerry dengan kekehan ejekan yang sukar hendak dihentikan.
Terketap bibir Benz Fahri dari meluah bicara yang tidak-tidak. Tidak mengenangkan tubuh sang isteri dalam pelukannya sekarang ini mahu berbakul seranah dia hamburkan pada si Jerry itu.
“ Mind your own business.." perlahan hela Benz Fahri.
“ Hey buddy, you should thank me!"
“ In your dreams!" ujar Benz Fahri rimas lantas mematikan talian.
Sebaik mengembalikan telefon ke meja, gerakan di sebelah cepat membawanya memandang ke wajah si isteri.
Eksperisi bahagia bersama tone senyuman yang tak pernah lekang dari bibir lelakinya sejak malam tadi dia hamburkan semuanya buat pandangan sang isteri bersama ciuman hangat di pipi wanita itu.
“ Günaydın askim."
Ann Layli terkebil-kebil memandang wajah sang suami sebelum mindanya kembali segar dengan kenangan semalam lantas membuatkan dia menarik selimut yang sedang membalut tubuh ke wajah.
“ Hey honey.." panggil Benz Fahri yang sudah arif dengan gelagat isterinya yang sedang diasak malu itu. Dia sangat pasti itu. Menarik selimut, dia mencari wajah Ann Layli yang sedang memejamkan mata tetapi riak segan tetap terpeta di situ.
“ Thank you for everything." ucapnya lagi. Ciuman bahagianya menjelajah lagi ke serata daerah wajah sang isteri buatkan Ann Layli terpaksa membuka matanya.
“ Benji.." rengek Ann Layli keletihan. Terlepas suara manjanya akibat dicium berulang kali begitu. Nafasnya juga sudah tercungap-cungap buatkan Benz Fahri menghentikan ciumannya.
Sengaja sebenarnya mahu mengusik Ann Layli kerana geram dengan aksi mengada isterinya itu.
“ Yes aşkım.." Benz Fahri turut mengekalkan nada manjanya sebaik memandang wajah Ann Layli.
“ Bonda dah balik ke?"
Benz Fahri mencerunkan bebola matanya. Geram dengan pertanyaan pura-pura Ann Layli yang sedang menutup riak segannya itu.
“ I can't believe you! Hey, bangun pagi I'm still in the mood tahu tak..and you boleh tanya bonda pulak. Don't you miss me?" bebel Benz Fahri. Segera tangannya naik menarik muncung Ann Layli.
Ann Layli tergelak melihat riak masam mencuka suaminya.
“ Dengan bonda pun awak nak cemburu ke?"
“ Mestilah cemburu. I'm your husband la. Besides after we explored everything last night together, my jealousy was beyond.” balas Benz Fahri sambil merangkul lebih erat tubuh isterinya itu.
Merona wajah Ann Layli mendengarkan ucapan suaminya yang jelas menunjukkan riak cemburu itu. Hilang sudah kata-katanya mahu menyangkal bicara Benz Fahri.
“ I'm sorry."
“ No need to be sorry. Thank you aşkım. I'm really appreciate it. Will you grow old with me until death do us apart?" soal Benz Fahri sekali lagi sebaik pandangan mereka bersabung pandang. Tidak mahu lagi membuang waktu yang terasa sia-sia hampir dua tahun kebelakangan ini.
Cahaya yang terlihat bersinar dari kolam mata Benz Fahri tika itu cukup membuatkan diri Ann Layli yang banyak kekurangan itu mempercayainya dengan seluruh jiwa raga.
“ InshaAllah Benji." perlahan Ann Layli membalas dengan anggukan walaupun perasaan segan masih merajai seluruh jiwanya tetapi hanya susuk seorang suami seperti Benz Fahri saja yang dia mahukan sebagai pendamping hidupya setelah banyaknya ujian hidup yang dilalui sebelum ini.
4 bulan kemudian..
Ann Layli sibuk ke hulu ke hilir dengan jubah dan topi graduasinya mencari Seha dan Anis di balik susuk ramai yang sedang berkampung di dewan jubli kampusnya pagi itu.
Hari itu, mereka bakal diraikan dalam majlis penyampaian graduasi setelah tamat pengajian di situ. Awal pagi dia sudah berjanji dengan Seha dan Anis untuk bertemu di belakang dewan setelah mengambil suit pakaiannya di bilik persalinan penyelaras. Tetapi hingga ke saat ini batang hidung kedua orang sahabat itu tidak juga menampakkan wajah
Tak kelihatan wajah dua orang teman baik itu, buatkan dia rasa hendak menangis. Entah kenapa dia terasa penat menguruskan perkara sekecil itu untuk majlis bahagianya sedangkan sebelum ini dia yang beria-ia mahu menyibukkan diri untuk membantu rakan-rakannya.
Kaki sudah terasa pejal berjalan tawaf di bangunan akademik itu buatkan dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar di kerusi kafeteria berdekatan kampus.
Telefon bimbit tiba-tiba saja berbunyi minta diangkat. Tidak betah membiarkan telefon itu berdering lama, skrin pemuka diseret lalu dilekpa ke telinga.
“ Aşkım where are you. Abang dah sampai ni.Semua tengah tunggu aşkım tau."
“ Oh ye ke. Saya dekat kafeteria tengah cari Seha dan Anis. Kejap lagi kita jumpa dalam dewan ya." balas Ann Layli dengan nafas yang putus-putus.
“ Ok aşkım. Abang tunggu ya..I love you."
“ I love you more." balas Ann Layli seraya menamatkan panggilan.
“ Hah!" sergah beberapa suara dari belakang.
“ Opocot mak!" latah Ann Layli. Seraya pusing belakang wajah sengihan Seha dan Anis mengaburi mata. Terus cembeng wajahnya memandang dua rakannya itu.
“ Hish korang ni terkejut Ann. Lambatnya korang ni. Penat dah Ann tunggu. Janji pukul 8 sekarang dah 8 setengah. Sesi kita yang pertama tau." bebel Ann Layli geram. Rasanya mahu saja dia menarik telinga Seha dan Anis yang sedang menayangkan wajah tanpa bersalah mereka itu.
“ Rileks la Ann. Sesi kita lagi lima belas minit la. Kita orang bukan sengaja lambat. Bas dekat terminal kampus luar tadi buat hal. Ann tak apalah, ada driver tolong ambik dan hantarkan. Tak pun si Danny tu ada tolong jadi pak supir. Kita orang ni siapalah yang nak kesian kan.. " jawab Seha.
“ Betul tu Ann. Sempat lagi kalau kita nak selfie sekeping dua sebelum masuk dewan ni." ujar Anis juga.
“ Yelah tu. Kalau tak sempat macam mana. Nervous tahu tak. Dah la korang janji semalam pukul 8, Ann tunggu la. Kalau tahu nak lambat macam ni baik Ann duduk dekat bilik penyelaras je tadi. Biar korang sendiri beratur ambik baju semua." bebel Ann Layli masih tak henti.
“ Ala, Ann yang janji nak ambilkan untuk kita orang. Ann tak kesian ke dekat kita orang ni. Dah lah kita orang duduk jauh. Penat turun naik bas tau semata nak attend majlis graduasi ni sama-sama."
“ Yelah-yelah. Sebab Ann kesian la Ann tolong korang. Dah lah jom cepat bersiap." ajak Ann Layli.
Setelah bersiap hampir lima belas minit, kumpulan sesi pertama untuk majlis penganugerahan itu mula dipanggil untuk beratur di hujung tangga dewan sebelum semuanya bakal dianugerahkan dengan segulung skrol yang mengiktirafkan kelayakan pengajian mereka sebagai penuntut di situ.
Suasana dari dalam dewan sudah senyap menandakan majlis akan bermula tidak lama lagi selepas suara emcee majlis berkumandang di setiap corong speaker dewan.
Bunyi paluan gong serta lagu klasik berkumandang di setiap pelusuk dewan saat acara majlis bermula.
Ann Layli dan ratusan pelajar dalam sesi pertama untuk majlis itu semuanya berdebar saat nama mereka seorang demi seorang diumumkan untuk dipanggil naik ke pentas graduasi. Terlakar wajah gembira dan bahagia mereka saat nama diumumkan oleh penyampai majlis yang sedang bertugas.
Tepukan gemuruh oleh dif-dif kehormat, petugas, wakil jemputan khas serta ahli keluarga yang dijemput untuk memeriahkan majlis sedang mendominasi keadaan.
Buat Ann Layli hari bersejarah itu, membuktikan seluruh masa dan tenaganya berbayar sebaik namanya diumumkan oleh emcee majlis. Tepukan gemuruh mengiringi langkah yakinnya di atas pentas.
Sebaik menerima segulung diploma dari YD Canselor, Ann Layli tersenyum bahagia. Terbayar sudah penat lelahnya dan penderitaan yang terpaksa dia hadap sebelum ini. Skrol ditangan membuktikan segalanya. Tiada kejayaan tanpa usaha.
Langkahnya bertambah yakin sebaik turun dari tangga dan disambut oleh pelukan hangat seorang suami yang sentiasa memberikan dorongan dan galakan selama dia menghabiskan waktu-waktunya untuk menyambung pelajaran di peringkat tinggi itu.
“ Congratulations aşkım. I'm proud of you!" ujar Benz Fahri dengan senyuman mekarnya bersama sejambak bunga tulip putih di tangan khas buat isteri tercinta.
“ Thank you Benji."
Selepas pulang dari majlis graduasi Ann Layli disambut dengan majlis kesyukuran yang berlangsung di rumah keluarganya pula. Tan Sri Zahid yang sudah semakin pulih begitu beria mahu membuat majlis kesyukuran itu untuk puteri sulungnya membuatkan Ann Layli dan Benz Fahri tidak dapat menolak permintaan Tan Sri Zahid.
Majlis berlangsung dengan penuh kesyukuran dan rahmat yang tak terhingga. Ann Layli di rai bak puteri raja dalam majlis itu. Tan Sri Zahid benar-benar bahagia melihat puterinya itu berada dalam keadaan yang sangat baik. Sedikit pun dia tidak pernah menyesal dengan menitipkan anak perempuannya itu buat Benz Fahri walaupun hanya seketika saja dia sempat mencurahkan sayangnya buat anak perempuannya yang pernah terpisah sejak dari kecil itu.
Malah dia berbangga dengan Benz Fahri yang dapat menjaga dan mendidik amanahnya itu dengan baik.
Selesai majlis keramaian itu, sempat juga Benz Fahri memberitahu ahli keluarga yang lain bahawa dia akan membawa Ann Layli untuk membuat umrah hujung bulan itu.
Semuanya terkejut dengan pengumuman mendadak lelaki itu. Malah Ann Layli sendiri turut terkejut dengan berita yang disampaikan suaminya.
Tetapi menurut Hasnah yang merasakan perkara yang dirancang dan disampaikan menantunya itu adalah perkara yang baik maka, Ann Layli menerimanya dengan redha walaupun sedikit terkilan kerana suaminya suka membuat sesuatu perkara itu tanpa berbincang terlebih dahulu.
Akur dengan keputusan Benz Fahri, maka segala urusan ke tanah suci itu di buat dalam keadaan yang sedikit tergesa dan membuatkan Ann Layli cepat terasa letih dengan keadaan. Pun begitu, sehari selepas sambutan majlis kesyukuran di rumah agam Tan Sri Zahid, Benz Fahri terpaksa pulang ke Dubai bagi menguruskan beberapa hal berbangkit di sana. Dan urusan ke Tanah Suci itu terpaksa Ann Layli laluinya seorang. Bertambah hilang moodnya dengan si suami.
“ Puteri dah discover semua amalan nak ke sana nanti?" soal Sharifah Julia petang itu, sebaik terlihat adik iparnya sedang menghabiskan rutin membaca buku amalan beribadah ke tanah haram itu.
Meletakkan buku ke atas meja, Ann Layli tarik senyum segaris.
Wajah lembut Sharifah Julia dia pandang sebelum menjemput wanita itu duduk di sebelahnya. Tubuh montel anak ketiga kakak iparnya itu yang berusia enam bulan dicuit geram sebelum Sharifah Ayhan meringis tidak suka saat pipi bulatnya diusik. Cepat dia memalingkan wajahnya ke bahagian belakang bahu si ibunda.
Ann Layli tersenyum suka melihat gelagat Sharifah Ayhan.
“ Kedekut la awak ni Ayhan. Asu usik sikit jela." ujar Ann Layli tidak menjawab pertanyaan Sharifah Julia. Tepatnya cuba mengelak dari di soal tentang perkara berkaitan umrahnya itu.
Faham dengan sikap Ann Layli, Sharifah Julia tersenyum. Tahulah dia adik iparnya itu sedang punya krisis dengan Benz Fahri yang suka membuat onar dalam diam.
“ Ben bila balik?" Sharifah Julia bersoal santai. Tidak mahu terus membuatkan Ann berasa stress.
“ Lusa kalau tak silap. Kenapa kak Lia?"
“ Akak ada dapat satu job untuk entertainment magazine hujung minggu ni. Tapi rasanya akak tak boleh nak pergi sebab Ayhan tak ada yang boleh siapa jaga. Tapi tulah..kalau Ben balik akak nak minta dia tolong jagakan Ayhan." ujar Sharifah Julia.
“ Oh ye ke. Tak apalah kalau macam tu akak pergi aje. Kalau Ben tak balik lagi, Ann boleh jagakan. Don't worry." ujar Ann Layli memberi jaminan.
“ Betul ke?" bersinar wajah Sharifah Julia.
Angguk Ann Layli memberi jaminan.
“ Thank you Ann. Terima kasih banyak-banyak sebab mudahkan urusan akak. Hopefully urusan Ann nanti kat sana pun dimudahkan. Amiin."
“ Amiin."
Hujung minggu yang dinantikan Sharifah Julia pun tiba. Si kecil Sharifah Ayhan dia titipkan dalam penjagaan Ann Layli.
“ Akak pergi dulu ya. Apa-apa hal Ann call akak ya." pesan Sharifah Julia sebaik mendorong katil anaknya masuk ke bilik Ann Layli.
“ Baik akak. See you later."
Selepas Sharifah Julia beredar, Sharifah Ayhan yang masih enak tidur di dalam play coatnya dibiarkan seketika sebelum dia sendiri menuju ke bilik mandi untuk bersiap menanti kepulangan suaminya tengah hari itu.
Usai mandi dan bersiap ala kadar, suara Sharifah Ayhan terdengar nyaring dari dalam baby coat di penjuru katilnya. Bergegas, mendapatkan tubuh montel Sharifah Ayhan dia dukung kalut.
Melihatkan wajah Ann Layli, bertambah nyaring suara Sharifah Ayhan menangis.
Botol susu Sharifah Ayhan dicapai dan seraya dia menyuapkan bayi kecil itu susu yang ditinggalkan oleh Sharifah Julia tadi.
Sebaik menerima puting susu ke mulutnya, semerta Sharifah Ayhan berhenti menangis.
Ann Layli semerta tersenyum melihat gelagat comel bayi kakak iparnya itu.
“ Lapar sangat awak ni. Asu ingatkan apalah tadi." omel Ann Layli sambil mencuit geram lengan montel anak kecil itu yang di dalam gendongannya.
Ralit memberi Sharifah Ayhan minum susunya, semerta Ann Layli terkenang bagaimana wajah bayinya nanti.
Sudah hampir empat bulan dia bersama dengan Benz Fahri tetapi masih tidak menampakkan tanda-tanda dia akan hamil.
Semerta perasaan takutnya kembali menghambat jiwa. Andai benar pernikahannya bersama Benz Fahri kali ini juga tidak menganugerahkan dia zuriat, dia pasti akan membawa diri.
Sudah tidak mahu menanggung rasa kecewa yang sarat nanti. Mungkin rasa kecewa di hatinya akan terubat tapi mengenangkan keinginan luar biasa sang suami untuk punyai zuriat bersama buatkan Ann Layli tidak kuat untuk terus bersama dengan lelaki itu. Rasa kecewa lelaki itu mungkin lebih kuat darinya nanti.
“ Hai jauh menung..you fikir muka baby kita ke?" soal Benz Fahri yang muncul tiba-tiba di dalam kamar mereka pagi itu.
Pelukannya dari arah belakang sang isteri turut melabuhkan sebuah kucupan singkat di pelipis kiri wanita kesayangannya itu.
Bulat mata Ann Layli. Nyaris pangkuannya terhadap Sharifah Ayhan terlepas. Semerta Sharifah Ayhan yang sudah selesai menghabiskan baki susunya di sendawakan sebelum dia meletakkan bayi comel itu ke dalam baby coatnya semula.
Bangun dari duduk, tubuh Benz Fahri dia peluk sebelum tangan naik menarik jemari suaminya untuk dikucup.
“ Benji..bila awak balik. Semalam cakap nak sampai tengah hari."
“ Baru sampai aje ni. Flight smooth air hari ni. So sampai awal lah." terang Benz Fahri.
Ann Layli segera mengangguk faham.
“ Awak rehatlah dulu, saya masuk dapur sekejap. İngatkan awak sampai lambat lagi..saya tak sempat sediakan apa pun." jelas Ann Layli.
“ Eh nak pergi mana. Tak payah susah-susah. Biarlah nanti bik Yati siapkan. Ni tengok muka tak berseri je kenapa?" soal Benz Fahri segera menangkap tubuh isterinya yang sudah bergerak ke arah pintu.
“ Aşkım you tak sihat ke?"
“ Taklah..i'm okay. Penat sikit aje sebab mengasuh budak montel ni.." ujar Ann Layli cuba menutup resah yang terkurung dalam sanubari.
Sembari menarik tubuh Ann Layli ke dalam pelukan dan di bawa ke atas katil, wajah yang dirindui itu dia kucup sepuas hati.
“ Benji.." meleret saja gumaman Ann Layli di balik dadanya membuatkan Benz Fahri makin lupa daratan.
“ Sayang...Ayhan dalam baby coatlah.." terjerit kecil Ann Layli saat itu seraya menghentikan perlakuan sang suaminya.
Mengangkat wajah seketika, Benz Fahri membalas.
“ Alah, biarlah..Dia kecil lagi apa tahu. Missed you very bad aşkım..You tak kesiankan I ke?" ujar Benz Fahri tidak mempedulikan larangan isterinya yang sudah terkial-kial menolak tubuh sasanya itu.
“ Syed Benz Fahri Alhijr ibnu Syed Fathullah Alhijr.."
“ Tamam..tamam." Mendengarkan nama penuhnya dipanggil Ann Layli, terus dia matikan perlakuannya. Mengangkat tubuh, Benz Fahri tegakkan duduk. Tubuh Ann Layli juga turut ditarik bersama lantas didudukkan dia atas pehanya.
“ Kenapa you bawa Ayhan dalam bilik kita. You tahukan I nak sampai hari ni." monyok Benz Fahri menyoal.
Ann Layli geleng kepala.
“ Kan saya dah minta izin minggu lepas nak mengasuh Ayhan. Kak Lia ada hal hari ni. Awak lupa ke sayang?"
Benz Fahri garu kepala. Dia sudah lupa tentang berkenaan hal itu. Hari ini apabila dapat saja menjejakkan kaki awal ke bumi Malaysia, laju saja dia mahu sampai ke rumah. Rindu akan sang kekasih jiwa raganya itu.
“ Abang lupa la sayang. Banyak benda abang fikir. Dengan nak buat umrah lagi."
“ Ye ke banyak abang fikir?"
“ Ye aşkım..semua abang fikir. Serabut aje kepala abang dua tiga minggu ni. Sebab tu nampak aje aşkım tadi semua hal hilang."
“ Abang..abang. Nasib saya abang tak lupa yea." usik Ann Layli cuba menyakat Benz Fahri dengan senyum sumbangnya.
“ Sayang tu magnet. Nampak aje terus rasa nak melekat tak nak lepas dah. Macam mana nak lupa." balas Benz Fahri.
Tergeleng kepala Ann Layli di buatnya. Semenjak dua menjak ini, perangai Benz Fahri membuatkan dia bertambah risau. Lelaki itu kelihatan bertambah manja dan semakin sensitif. Pantang saja dia bersoal ada saja isu yang akan menjadi perbalahan suaminya itu sedangkan sebelum ini Benz Fahri terlihat sangat matang.
“ Kejap lagi pergi hantar Ayhan dekat Bik Yati."
“ Kenapa pulak? Kak Lia kan balik lambat lagi. Lagipun saya tak puas lagi main dengan Ayhan."
“ Who am I?" soal Benz Fahri.
“ Husband." sepatah balasan Ann Layli pelik. Dah kenapa suaminya hari ini berperangai diktator begini.
“ Kalau macam tu cepat hantarkan Ayhan dengan bik yati. Abang nak duduk dengan sayang je hari ni."
“ Tapi.."
“ No tapi-tapi sayang. Abang nak you je hari ni. Abang letih la hari ni berkejar dari airport semata nak balik rumah awal. Nak duduk dengan you. Nak borak dengan you. Nak share everything dengan you..Please.." rengek Benz Fahri sambil mengelus wajah isterinya. Separuh dari wajahnya sudah dibenamkan ke leher Ann Layli.
Akur dengan permintaan sang suami Ann Layli angguk.
***
“ Betul ni demam kau dah kebah?" soal Doktor Junaidi, teman baik Benz Fahri selepas dia datang berziarah si teman yang mahu berangkat ke tanah suci pagi itu.
Kerisauan lelaki itu saat melihat wajah Benz Fahri dua hari sebelumnya ketika dihubungi Megat Bakhtiar yang mengatakan Benz Fahri jatuh pengsan di rumah akibat demam panas membuatkan Junaidi meninggalkan berbakul pesanan buat sang teman.
“ Ya, demam aku dah kebah. Kau jangan emo sangat boleh tak?" gelak Benz Fahri masih santai walaupun batuk-batuk kecil masih menganggu percakapannya.
Junaidi geleng kepala. Benz Fahri masih degil seperti dulu. Bab kesihatan masih saja dia buat enteng. Dipandang remeh. Sudah melarat sehingga perlu dikejarkan hospital barulah lelaki itu ambil serius semua pesanan doktor. Entah apa yang lelaki itu fikirkan tidak dapat Junaidi tebak.
“ Aku bukan emo Fahri. Aku risau keadaan kau. Orang nak pergi tempat suci semua sihat-sihat. Kau dah nampak macam apa je." geleng Junaidi masih khuatir dengan kondisi kesihatan temannya itu.
“ Aku tahu jaga diri. Aku kan lelaki. Kau jangan risau lah. Kau punya ubat tu semua aku akan makan nanti. Aku cuma nak kau doa yang baik-baik aje untuk aku." balas Benz Fahri seraya menepuk bahu si teman.
Dah kalau begitu ucapan Benz Fahri, siapa Junaidi mahu menyangkal lagi. Teman yang banyak menolong dia dari zaman universiti itu, tidak mungkin akan dia lupakan. Sebanyak mana jasa seorang Benz Fahri buatnya, sebanyak itu jugalah doa yang baik-baik mahu dia titipkan buat si teman.
“ Aku doakan perjalanan kau mudah di sana nanti Fahri. Doakan aku juga dapat jejakkan kaki dekat sana suatu hari nanti. Apa-apa masalah terus hubungi Doktor Rasheed. Aku dah pas kau punya data pada dia. Dia akan pantau keadaan kau dekat sana." pesan Junaidi terakhir kali.
Usai bersalaman dan berpelukan dengan semua tamu yang datang menghantar pasangan itu di lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Benz Fahri dan Ann Layli berjalan masuk ke balai pelepasan setelah nama mereka sebagai penumpang airbus Jeddah Airways diumumkan.
*****
Terima kasih yang sudi menanti kisah ini. Selamat membaca. Jika punya kekurangan harap dimaafkan. Sesungguhnya tanpa anda, tiadalah karya ini mampu dihasilkan. Segala komen dan ucapan anda WL dahului dengan jutaan penghargaan kasih sayang. Yang buruk jadikan sempadan..Yang baik jadikan teladan.
Share this novel
Tq update sis best nak lg