“ Ann mana?” belum sempat Hani Wardah beri salam itu ayat pertama yang dia dengar sebaik dapat panggilan dari Zen Huzaini.
Hani kerut dahi. Hampir bercantum kedua alis wanita itu. Ganggang telefon di bawa jarak sekaki dari telinga dek kuatnya suara yang bergema di balik sana.
Aduh! Boleh pekak dia jadinya. Hani Wardah kembali bersuara.
“ Assalamualaikum abang.”
“ Hani.. abang tanya mana Ann? Tolong panggilkan Ann sekejap. Abang mahu bercakap dengan dia! ”
Ya Allah! Sudah kenapakah dengan suaminya itu.
Bukankah dia di pejabat pada masa ini jadi bila masanya dia boleh tolong panggilkan Ann Layli. Tambahan pula sudah pasti wanita itu berada di rumahnya.
Hani Wardah terkekeh di balik ganggang. “ Abang mimpi di siang hari ya? Hani tengah kerja ni abang. Bila masanya Hani boleh panggilkan Ann. Dah tentu dia berada di rumah dia waktu begini.”
Di hujung talian terdengar suaminya mengeluh kasar. Hani Wardah kerut kening. Haish! Dah macam serius saja masalah suaminya di sana tu.
“ Sayang sorry! Abang lupa.” suara suaminya kembali datar.
“ Abang, anything happen? Macam ada masalah serius je abang cari Ann. Ada apa-apa yang Hani perlu tahu?” soal Hani Wardah pelik.
“ Erm.. Sayang, abang rasa Ann ada sorok something dari kita. Abang baru dapat tahu yang suami Ann accident dah seminggu. Sekarang tengah kritikal di ICU!”
“ Betul ke bang. Ya Allah. Teruk ke keadaan suami dia? Tapi kenapa Ann bagitahu dekat kita yang suami dia dah balik?” soal Hani Wardah hairan. Kepala yang tak gatal dia garu.
“ Entahlah sayang. Abang pun tak tahu. Abang syak dia dengar apa yang kita bualkan malam tu kut. Kalau tak kenapa dia tiba-tiba nak balik rumah dia dan bagitahu kita yang suami dia dah balik.”
“ Pasal keadaan tu abang tak dapat nak pastikan macam mana. Tapi yang pasti pihak polis dapat laporan dari pihak hospital tadi tentang kes cubaan membunuh seorang pesakit yang di rawat. Lagipula kes suami dia dah jadi kes jenayah sebab malam tadi ada cubaan membunuh ke atas suami Ann. Pihak hospital terpaksa membuat aduan untuk mencari waris pesakit.”
“ Astaghfirullahaladzim. Kan sayang dah cakap kat abang malam kelmarin. Cakap biar perlahan. Sekarang tengok Ann dah keluar dari rumah dan sorok sesuatu dari kita. Habis macam mana nak bagitahu dengan dia sekarang ni?” Hani Wardah cemas.
“ Entahlah sayang. Salah abang. Tak apalah tunggu sayang balik kerja nanti sayang try la cari dia dekat rumah dan bagitahu. Suruh dia pergi hospital buat pengesahan waris pesakit. Abang ada kerja luar malam ni. Tak perlu tunggu abang. Nanti apa-apa abang akan call sayang.” pesan Zen Huzaini lalu pamit.
“ Baiklah abang. Nanti habis kerja Hani cuba beritahu pada dia. Abang hati-hati ya. Apa-apa call Hani.” ucap Hani Wardah. Dia mengeluh sendirian.
“ Jauh termenung Kak Hani..ingat tuan inspektor ke?” sapa Salmi yang tiba-tiba muncul di depan meja kerja Hani Wardah. Meleret senyumannya cuba mengenakan teman sekerjanya itu.
“ Ish, kau ni Salmi terkejut akak. Memang tengah teringat tuan inspektor pun. Baru aje lepas bercakap dengan dia sekejap tadi.” balas Hani Wardah sambil urut dada.
Terngiang-ngiang lagi di telinganya suara suaminya yang cemas mencari Ann Layli tadi. Dia seperti merasakan yang Zen Huzaini telah lama mengenali adik angkatnya itu. Hatinya tiba-tiba berdetik sesuatu. Namun, cepat dia beristighfar.
***********
Berkerut-kerut dahi Megat Bakthiar membaca kertas laporan kewangan di tangannya. Rahang dilurut perlahan bagi menghilangkan ketegangan. Sekilas jemari naik melurut pangkal dahi pula.
Suhu bilik yang mencecah suhu 18 darjah celcius itu terasa berbahang. Wajahnya mula menegang apabila kornea mata menjilat angka-angka yang tak relevan pada laporan sana. Akal mula membuat rumusan.
Masih tidak percaya, dia cuba meneliti sekali lagi. Bagi menyelesakan hati yang mula berbelah bahagi dia membetulkan duduk. Seketika, kot biru tua yang tersarung di badan itu dilucutkan untuk mengurangkan lagi tekanan pada tubuh. Tapi matanya masih juga lekat pada kertas di tangan membaca dan meneliti laporan kewangan tersebut.
Usai membaca, meneliti, menafsir dan menghadam dia meletakkan laporan di atas meja itu sedikit kasar membuatkan Arina yang sedari tadi diam itu tersentak. Terdengar rengusan dilepaskan. Dia bersandar di dada kerusi dengan wajah yang tegang. Susuk Benz Fahri dan Arina di pandang silih berganti dengan laporan yang sudah bersepah di atas meja.
“ Which one from both of you want to explain about this choas!”
Keduanya diam. Jeda. Sehingga deruan nafas sahaja yang di dengari. Megat Bakhtiar mencerlung pandang Benz Fahri. Sebelah keningnya terangkat seolah bertanya.
“ What's up Mr. Benz?” soalnya lagi pada lelaki berbaju kemeja kuning langsat itu.
Benz Fahri beriak tenang. Walau dalam dada dah berpencak silat entah jurus apa. Wajah tegang dan geram Megat Bakhtiar dia pandang. Harus dia bersiap, sediakan hujah yang bernas kalau tidak mahu si abangnya berterusan dengan wajah tegang seperti itu.
Dia tarik nafas dalam dan hela perlahan. Menstabilkan ritma jantungnya. Bukan senang nak menceritakan yang sebenarnya pada Megat Bakhtiar kalau sudah si tuan punya badan tu berangin satu macam. Kalau taufan Andrew punya ribut pun agaknya ada maaf lagi.
“ As you read, Muqri Bina and Encik Jamal our Head Financial Manager was defrauding. They cooperating to cheating on the project. First, Muqri Bina membuat penambahan modal ke atas penggunaan bahan mentah dan telah menggunakan bahan mentah yang kurang kualitinya. Also our head project was rejected it. Engineer project pun sudah kenal pasti beberapa kerosakan semasa proses pembinaan di jalankan. Last but not least, modal tambahan tu pun dah disahkan oleh Encik Jamal dan duit tu telah di debitkan pada Muqri Bina two weeks ago.”
“ And there are the details about. I have ask Puan Suraya to copy for you incase you want this matter up to the legal authorities.” Benz Fahri menghulur satu lagi fail laporan yang telah di buat untuk tindakan selanjutnya pada Megat Bakhtiar.
Setelah membaca Megat Bakhtiar tarik nafas lalu di lepaskan perlahan. Dia kelihatan tertekan dengan kehuru haraan yang timbul kerana projek tersebut. Seingatnya jika Benz Fahri sudah mengambil alih beberapa jawatan penting dapatlah dia duduk dengan tenang sikit tapi bila keributan seperti itu terjadi bertambah pening kepalanya.
Interkom di sebelahnya ditekan lalu memanggil setiausahanya masuk. Beberapa minit di panggil Hani Wardah masuk ke biliknya.
“ Yes, Tuan Megat!”
“ Hani I nak you adakan mesyuarat tergempar 9 pagi esok. Call all the person who are incharge in The Royal Belum Project. By hook or by crook they must been there!” ujarnya tegas.
“ Itu saja ke Tuan? Atau ada pesanan lagi?” Hani Wardah mencatat butir keperluan ke dalam tablet di tangan.
“ Ask Suraya to send up copies of report to the Financial Director through email too. Saya tak mahu seorang pun terlepas. Alang-alang seorang yang terlibat biar semua sekali terlibat. Dan sediakan juga surat pemecatan jawatan serta merta buat Encik Jamal. Add on that company will indemnification to him in Policy and Terms.”
Hani Wardah mencatat satu persatu tanpa terlepas satu pun. Itu satu arahan diktator yang sudah Megat Bakhtiar tetapkan. Makanya seperti yang mereka maklum tiada bantahan dan rayuan yang akan di dengari ketua mereka itu.
Benz Fahri hanya berdiam setelah mendengar kata putus Megat Bakhtiar. Tiada apa yang boleh mengubah keputusan Megat Bakhtiar apabila keputusan di ambil.
“ Kalau tak ada apa lagi saya keluar dulu.” pinta Hani Wardah mengikut protokol.
Arina juga turut bangun setelah melihat Hani Wardah meminta diri. Dia juga mahu beredar setelah perbincangan mereka tamat.
“ Tuan, saya minta diri juga. Saya akan pastikan semua rekod dan laporan akan di siapkan before 2 pm and will bring at our meeting tomorrow ” tukasnya.
“ Sure!” angguk Megat Bakhtiar memberi kebenaran. Arina dan Hani Wardah berpapasan keluar dari bilik tersebut.
“ Ada wakil kita berjumpa dengan pihak Muqri Bina untuk tindakan seterusnya?” soal Megat Bakhtiar kepada Benz Fahri pula ketika mereka sahaja yang tinggal di dalam bilik itu.
Benz Fahri panggung wajah. Melihat wajah abangnya yang sedikit runsing itu dia rasa turut bersalah kerana tidak dapat menjalankan tugas yang telah di amanahkan dengan baik.
“ Sudah. Tapi kita tak dapat trace Encik Muqri dekat mana. Wakil Muqri Bina pun tak tahu. Dah seminggu lebih dia menghilangkan diri. Laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dan Polis dah di buat. Pihak kita masih menanti tindakan seterusnya dari pihak berkenaan.” lanjut Benz Fahri.
Megat Bakhtiar angguk lemah. Masih terasa semput ketika melihat jumlah wang yang mengalami ketirisan itu. Bukan sedikit syarikatnya mengalami kerugian. Namun nasi sudah menjadi bubur. Apalagi yang boleh mereka lakukan selain membawa kes tersebut ke muka pengadilan. Imej syarikat turut tercemar gara-gara sikap tamak dan haloba Encik Jamil yang mata duitan itu. Megat Bakhtiar berharap dengan membuat laporan kepada badan berkanun tersebut dapatlah imej syarikatnya pulih dan bersih semula. Dia tidak mahu menyimpan pekerja yang bersifat seperti gunting dalam lipatan di dalam empayar perniagaannya. Ianya akan membuatkan sesuatu institusi perniagaan akan musnah dan mudah goyah malah turut senang di jatuhkan.
Sedikit sebanyak dia juga turut berterima kasih kepada adiknya Benz Fahri kerana cekap menyelesaikannya. Pihak mereka hanya menunggu badan berkanun berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut kepada pihak Muqri Bina dan lelaki itu sendiri.
“ Tak apalah kalau macam tu. Anything procedure please inform to me!” pesan Megat Bakhtiar.
Giliran Benz Fahri pula mengangguk faham. Dia juga turut menarik nafas lega apabila Megat Bakhtiar tidak banyak bersoal atas kesilapan yang terjadi. Kalau tidak jenuh juga dia mahu sediakan skrip jawapan untuk menjawab.
“ Abang, kalau tak ada apa-apa Ben minta diri dulu.” ujarnya seraya bangun dari duduk. Kemeja kuning langsatnya yang sedikit renyuk di betulkan.
“ Baiklah. Err.. Ben macam mana dengan keadaan Babah. Kau ada pergi ziarah dia kan kelmarin?” soal Megat Bakhtiar apabila melihat Benz Fahri berura-ura hendak keluar dari biliknya itu.
Benz Fahri yang sudah bangun itu tak jadi melangkah pergi. Dia kembali duduk dan bertentangan dengan abangnya.
“ Yup, Ben ada pergi melawat dia malam kelmarin. Babah kena follow up di IJN setiap dua bulan. Sekarang ni dia makan ubat jela. Tapi dia banyak termenung sekarang ni. Entah fikir apa. Kenapa abang tanya?” soal Benz Fahri hairan.
“ Tak ada apa. Saja tanya since abang sibuk dah jarang ada rumah. Itu yang abang tanya. Abang nak bawa Kak Julia ziarah pun tak sempat. Tapi babah ada masalah apa?” tukas Megat Bakhtiar.
Benz Fahri jungkit bahu tanda tidak tahu. Megat Bakhtiar terus diam tanpa bersoal lagi. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu lalu bertanyakan pada Megat Bakhtiar.
“ Abang dah dapat ke PA untuk Ben? Lecehlah semua kena buat sendiri. Tak cukup kaki tangan tau!” bebel lelaki itu seraya menyimpan telefon bimbit ke dalam saku seluarnya kembali.
Megat Bakhtiar jongket kening dengan sengihan mengejek nak mengusik. “ Dah pandai demand PA semua pulak! Sebelum ni kau okay je buat kerja. Dah dekat dua bulan kau kerja kan Ben?”
“ Eh, mestilah kena ada PA. Kerja Ben ni busy tau. Mana sempat semua benda nak buat. Tambah dapat big boss yang cerewet. Lagi la bala!” balas Benz Fahri turut sama menggawatkan pernyataan si abangnya. Sengaja dia mengusik Megat Bakhtiar yabg dah terketap rahang. Sengaja mengenakan lelaki itu.
“ Banyaklah kau! Kau boleh je pinjam PA abang si Hani tu. Buat sementara ni kita belum dapat lagi PA untuk kau. Yang datang IV hari tu pun abang tak sempat nak check lagi. Once dah dapat, abang inform kau!” terang Megat Bakhtiar.
Megat Bakhtiar bangun dari duduk lalu mengemaskan kotnya. Segala fail yang bersepah di atas meja dikemaskan. Benz Fahri turut bangun dari duduk.
“ Okeylah. I have to go. Abang nak keluar jumpa client dulu. Lepastu straight balik makan tengah hari. Abang dah janji dengan Aedy dan Aery nak jemput balik sekolah tengah hari ni. Kau handle dan tengok-tengokkan syarikat apa yang patut. Pukul 2 abang ada meeting dengan Puncak Emas. Anything terus inform abang! ” pesan Megat Bakhtiar sambil menepuk bahu si adik. Dia melangkah pergi meninggalkan Benz Fahri yang turut bergerak ke biliknya.
***************
“ Akak tinggalkan Ann dekat sini ya. Nanti kalau Ann nak balik call akak. Insha Allah akak datang. Kalau tidak, akak suruh Abang Ajai jemputkan Ann ya. Akak minta maaf sebab tak boleh temankan Ann. Akak ada meeting penting petang ni. Sorry sangat!” beritahu Hani Wardah setelah memberhentikan Ann Layli di pintu utama Hospital Sungai Buloh itu.
Hani Wardah bergegas pulang setelah di beritahu suaminya tadi. Dia telah mengkhabarkan berita duka tersebut pada wanita itu di rumahnya dan mereka berdua bergegas pula ke hospital tidak beberapa lama kemudian.
“ Tak apa kak. Di sini pun dah lebih dari cukup. Terima kasih banyak-banyak kak. Tak tahu Ann nak balas jasa akak dan abang macam mana.” ujar Ann Layli seraya turun dari Toyota Yarris yang di pandu Hani Wardah tengah hari itu. Ann Layli tersenyum tawar. Dia sudah berterima kasih sangat pada kakak angkatnya itu kerana dapat menumpangkan dirinya ke mari. Tidak mengapa jika wanita itu tidak dapat menemaninya pun. Dia amat memahami malah menghargai seriap bantuan yang terhulur dari mereka suami isteri semenjak hampir dua minggu yang lepas.
Setelah memberi kata putus, kereta Hani Wardah bergerak meluncur meninggalkan perkarangan utama hospital itu.
Dengan langkah yang berat Ann Layli menggagahkan dirinya menapak kaki ke arah pintu lif hospital tersebut. Setelah tiba di hadapan wad ICU ( Intensive Care Unit ) itu Ann Layli berdiri dihadapannya dengan hati yang penuh gundah. Namun, berbekalkan semangat yang tinggi, tangan kanannya di gagahkan memulas tombol pintu wad itu. Sebaik terbuka, anak matanya dapat menyerap sekujur tubuh Muqri yang berselirat wayar di situ.
Dia melangkah merapati katil suaminya. Air mata yang mengalir sejak mendapat perkhabaran itu dah terasa kering untuk meleleh lagi. Dia tarik nafas dalam dan menghembus perlahan.
“ Puan siapa?” soal seorang jururawat yang sedang mengambil tekanan darah pesakit kepada Ann Layli yang kelihatan berdiri di hujug katil itu.
“ Sa.. Saya isteri pesakit. Macam mana keadaan suami saya?” soalnya penasaran. Hatinya sedikit rawan melihatkan keadaan seperti itu.
“ Oh. Sekejap lagi doktor masuk puan boleh bertanyakan keadaan terkini pada doktor.” Senyum jururawat yang bernama Sarimah itu kepada Ann layli.
“ Baik.” balas Ann Layli yang masih setia berdiri di situ.
“ Duduklah puan. Saya minta diri dulu.” Setelah mendapat bacaan yang betul jururawat bernama Sarimah itu mencatatkan bacaan ke dalam rekod pesakit. Kemudian dia kelihatan membetulkan wayar saluran drip air yang tergantung di sebelah katil Muqri pula sebelum keluar meninggalkan Ann Layli dan pesakit.
Ann Layli sekadar mengangguk lalu melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan suaminya. Wajah yang berparut luka itu diperhati lama. Muqri juga turut dipakaikan tube pernafasan sehingga ke paru-parunya. Sebelah tangan kanannya di simen hingga ke pangkal bahu. Manakala rusuk kirinya kelihatan berbalut kerana turut mengalami kecederaan pastinya.
Ann Layli tarik nafas lalu di hela perlahan. Entah apa perasaannya saat itu. Dia sendiri tidak tahu. Sejak kejadian malam itu sehingga ke hari ini dia sendiri sudah malas berfikir apa akan jadi dengan hidupnya.
Melihatkan ketidakupayaan Muqri seperti itu membuatkan hatinya sedikit lega. Lega kerana dia tahu Muqri tidak lagi boleh bersikap zalim dengan memukul dan memalukan dirinya juga. Sekurang-kurangnya dirinya tidak juga menjadi magsa kerakusan suaminya lagi.
Entah siapa Muqri dibelakangnya tidak dia tahu. Apakah kesalahan besar yang dah Muqri lakukan sehingga ada orang yang sanggup menyakiti lelaki itu sebegitu rupa. Kalau benar kesalahan Muqri amat besar, bererti Allah telah mendengar setiap doanya. Namun, bukan bererti dia mendoakan keburukan buat lelaki itu. Cuma dia berharap Allah menunjukkan jalan keluar dari setiap masalah yang mereka laluinya. Ternyata hari ini doa itu makbul.
Doktor Ramesh dan Doktor Anela berjalan masuk ke bilik ICU tersebut. Dari pintu bilik kelihatan susuk tubuh seorang perempuan yang duduk termenung bersebelahan katil pesakitnya.
Ann Layli bangun sebaik melihat dua orang doktor yang berpakaian putih itu masuk dan menghampiri katil Muqri.
“ Doktor!”
Ramesh dan Anela senyum mengikut protokol ke arah Ann Layli dan menuju ke arah pesakit. Anela mengeluarkan rekod laporan pesakit dari laci meja. Setelah meneliti dia mengeluarkan lampu suluh bersaiz kecil pula. Dia menggunakan pencair pembasmi kuman sebelum menyentuh tubuh Muqri. Mata lelaki itu di buka sedikit lalu di suluh lampu itu. Setelah memastikan semuanya baik Anela memasukkan semula lampu suluh ke dalam saku kot putihnya. Dia mencatat beberapa butir pada rekod pesakit manakala Ramesh turut serta merawat bahagian luka Muqri.
“ Macam mana dengan keadaan suami saya doktor?” soal Ann Layli setelah melihat kedua doktor itu selesai melakukan tugas mereka.
“ Puan ni siapa?” soal Anela.
“ Saya isteri dia. Kenapa dengan suami saya?”
Anela dan Ramesh saling berpandangan sebelum Ramesh kembali bersuara.
“ Minggu lepas dia di masukkan ke sini. Mengikut laporan dia terbabas pada tebing tinggi lalu dia mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Tetapi dua hari yang lalu dia telah di cederakan sekali lagi oleh seseorang yang kami syaki musuh beliau. Pihak hospital telah membuat laporan kepada pihak polis. Maaf puan kerana kecederaan suami puan kali ini amat serius. Kecederaan rusuk kirinya amat dalam dan pesakit telah kehilangan banyak darah semasa pembedahan semalam malah hampir meragut nyawanya. Kecederaannya juga mengakibatkan beberapa saraf penting rosak.” ujar Doktor Ramesh. Dia meletakkan pen di atas kertas di meja itu setelah selesai mencatat beberapa pemeriksaan ke atas Muqri.
“ Maksud doktor?” soal Ann Layli. Dia tidak menyangka kecederaan suaminya begitu serius. Patutlah seminggu dua ini dia merasa resah dan tak tentu arah. Rupanya ada petanda yang tidak baik. Dia mengurut dada yang terasa sesak dek aturan nafas yang buru-buru apabila mengetahui kebenaran tentang suaminya.
“ Semuanya bergantung kepada pesakit. Kami telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya. Jika dia kuat dalam melawan sakit kemungkinan dia akan sedar beberapa hari ini. Jika tidak hanya masa yang menentukan segalanya. Puan banyakkan bersabar ya.” ujar Doktor Ramesh. Doktor Anela yang sejak tadi memerhati juga kelihatan mengangguk mengiakan kata-kata sahabatnya.
“ Tak apalah doktor. Terima kasih kerana merawat suami saya.” Itu saja yang dapat dia katakan saat itu kerana tiada lagi patah kata yang dapat dia katakan kerana hatinya juga tersayat dengan keadaan Muqri biarpun banyak sangat kecelakaan yang telah dia lakukan kepada Ann Layli.
Doktor Ramesh dan Anela menggangguk dan tersenyum kembali. Mereka kemudian beriringan keluar dari situ setelah memastikan keadaan pesakit tiada yang meragukan. Dan tinggallah Ann Layli keseorangan mengenang nasibnya sendiri.
Tak berlama dia terus mendail nombor bapa mertuanya lalu memaklumkan keadaan Muqri. Tidak lupa juga kepada orang tuanya di kampung. Keempat mereka sangat terkejut mendengar perkhabaran tersebut lalu menyatakan yang mereka akan datang untuk menziarahi keadaan Muqri.
Namun, sebaik memberitakan keadaan Muqri kepada mentuanya, Ann Layli mendapat kata nista dari ibu mertuanya iaitu Hajah Jamilah yang umum mengetahui wanita itu tidak menyukai menantunya.
Kini dia pasrah dan redha andai mereka meletakkan segala kesalahan di atas bahunya. Sudah tidak ada perkataan lagi yang dapat membaikkan hati dan perasaannya kini. Malah fizikalnya juga merasakan hal yang sama. Dia sudah letih dan muak dengan sikap mereka. Tidak guna bertegang urat menegakkan kebenaran jika itu yang dipersalahkan. Dia tetap seorang wanita yang buruk pada pandangan Hajah Jamilah. Oleh itu, dengan sisi kekuatan seorang wanita dia rela berdiam diri apabila di cerca wanita yang dia hormati kerana telah melahirkan suami untuknya biarpun lelaki itu seorang lelaki yang dayus.
Dia tahu itu adalah sebaik-baik perancangan Allah. Dia yakin setiap yang berlaku mempunyai hikmah yang baik. Dia telah lama redha. Andai saja Allah ingin mengambil nyawa Muqri dia pasrah dengan ketentuannya. Biarpun dia terpaksa menggalas gelaran yang paling setiap wanita takuti sekurangnya dia tidak menggalas kemurkaan Allah di penghujung hari kerana turut menjadi isteri yang derhaka.
**************
Benz Fahri menyua gelas air sebaik Tan Sri Zahid menelan ubat-ubatan yang di bekalkan pihak hospital.
Sebaik meminum air gelas dikembalikan kepada anak muda itu semula. Letak tubuh di betulkan sandar pada kepala katil dengan di bantu Benz Fahri.
“ Babah rehatlah. Ben hantar gelas ke dapur dulu.”
“ Tak apa Ben nanti panggil je Kak Ida kamu ambilkan gelas tu. Duduk sini babah nak berbual sekejap.” Sambil menepuk sisi tilam di sebelahnya dia mengarah Benz Fahri agar duduk di situ.
Benz Fahri angguk lalu duduk bersama di sisi lelaki yang telah dia anggap seperti bapanya sendiri. Dari kecil dia mendapat kasih sayang yang tiada berbelah bahagi dari lelaki itu meskipun lelaki itu cumalah bapa saudara merangkap bapa angkat mereka saja.
Zahid merupakan adik kepada ibunya Puan Ruhana. Dari kecil setelah kehilangan bapa kandungnya Syed Fathullah di sisi Zahid lah dia mendapat kasih sayang sepenuhnya. Lagipula Zahid yang telah kehilangan anak gadisnya dalam suatu insiden yang tak terduga membuatkan dia separuh nanar. Kehadiran anak kecil seperti Benz Fahri, kakaknya Sharifah Julia dan abang tiri mereka Megat Bakhtiar telah mengembalikan semangat lelaki itu untuk meneruskan kehidupan.
“ Ada perkara apa babah. Babah ada masalah?”
Lelaki tua itu tersenyum sambil pandang Benz Fahri. Dia mengelus tangan anak muda itu. Pandangannya jauh di sorot ke dalam anak mata lelaki itu.
“ Ben tahu babah sayangkan Ben kan. Boleh babah minta sesuatu dari Ben. Babah harap sangat Ben dapat tunaikan.”
Ben Fahri tersenyum. “ Mintalah sebanyak mana pun babah. Insha Allah selagi berdaya Ben akan berikan kecuali langit dan bumi ni babah. Babah dah banyak berkorban untuk kami semua. Demi babah Ben akan tunaikan.” tangan Zahid dia kucup lembut. Memperlihatkan sifat kasihnya yang tak pernah berkurang walau seinci.
Zahid tarik nafas dalam. Dia rasa kini sudah tiba masanya untuk dia berterus terang dan menunaikan impian arwah isterinya. Rahsia yang telah lama ini harus dirungkai satu - persatu agar tidak memberi kesan yang panjang pada masa depan. Dia mahukan hidup anak gadisnya terbela andai suatu masa dirinya akan dijemput yang Maha Berkuasa.
Zahid meraba ke bawah bantal di belakang badannya. Menarik sesuatu lalu diserahkan pada Benz Fahri. Lelaki itu menyambutnya lalu melihat.
Dahinya berlapis. Pandangannya berselang dengan kertas pipih di tangan dan wajah tua di sebelah itu. Kurang mengerti dengan keadaan itu dia kembali bersuara.
“ Siapa anak gadis ni babah? Did i know her?”
“ Itu anak babah dengan arwah isteri babah Sharifah Aini Latifah. Anak yang ditunggu kehadirannya. Tapi tak mendapat pengiktirafan dalam keluarga Syed Omar dan Syarifah Hanum. Malah menjadi kebencian seluruh keturunan itu hanya kerana babah anak golongan bawahan. Malah isteri babah dibuang keluarga hanya kerana kami bernikah.” bergetar suara tua lelaki itu menahan sebak ketika mengimbau peristiwa lalu.
Zahid menarik nafas dalam seketika lalu menghembuskannya semula. Mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya.
“ Ibunya meninggal setelah seminggu dia di lahirkan. Masa kandungan isteri babah tujuh bulan babah mendapat tawaran kerja di sebuah firma guaman terkemuka di luar negara. Babah terpaksa terima tawaran tersebut untuk menunjukkan pada keluarga mentua babah yang babah seorang yang boleh di harapkan walaupun kami kahwin tanpa restu dan harta dari kelurga Sharifah dan Syed. Walaupun bukan dari golongan anak hartawan tetapi babah berjaya membina empayar babah sendiri dengan usaha babah. Rupanya percaturan babah silap. Harta dan pangkat yang babah kejar untuk ditunjukkan pada mereka tak bermakna sebenarnya. Mereka tetap membenci babah dan anak babah. Setelah anak babah lahir babah hendak pulang ke pangkuan Sharifah Aini Latifah tetapi babah dapat berita yang dia telah meninggal dan anak yang dilahirkannya telah dilarikan. Tetapi rupanya sebelum Sharifah Aini Latifah meninggal dia telah menyuruh orang gaji dan driver kami melarikan bayi kami. Agar bayi itu tak di ketemukan oleh keluarganya yang masih berniat jahat terhadap cucu mereka.” cerita Zahid satu persatu. Setiap kali mengingati insiden itu hatinya bagai ditoreh-toreh dengan belati tajam. Kerana insiden itu dia kehilangan anak kandung yang sangat dia nantikan bersama isterinya.
“ So, this is anak babah! Kenapa Ben tak tahu pun sebelum ni. Berapa umur dia? Dia ada mana sekarang?” soal Ben Fahri satu persatu. Kertas foto itu dia tatap semula.
Cantik! Detik hatinya. Mata anak gadis dalam foto itu mengingatkan dia pada seseorang. Senyuman gadis itu juga hampir sama.
“ Itulah sebabnya babah mahu meminta pertolongan dengan Ben. Kalau nak diikutkan umurnya lebih kurang 20an. Kali terakhir alamat yang dapat dijejak adalah di Kampung Jaras. Lepastu keluaga angkatnya menghilang lagi sehingga sekarang. Itu pun 10 tahun yang lepas. Tolong carikan anak babah Ben. Babah mungkin dah tak cukup masa untuk menunggu lama mencari dia. Kalau panjang umur sempatlah babah berjumpa dengan dia. Tapi kalau tak sempat babah harap Ben dapat jaga dia selayaknya. Lagipun babah dah berjanji dengan Sharifah Aini Latifah dahulu untuk menjodohkan dia dengan Ben. Harap Ben dapat tunaikan permintaan terakhir arwah juga menjadi harapan terakhir babah untuk melihat anak babah bahagia dengan orang yang paling babah percaya.” ucap Zahid dengan nada tersekat-sekat. Dia sangat berharap Benz Fahri dapat menunaikan permintaan terakhirnya itu.
“ Babah jangan cakap macam tu. Babah akan sihat. Percayalah Ben akan tolong babah carikan dia. Tapi amanat terakhir arwah tu bukan senang untuk Ben tunaikan.” ujar Benz Fahri. Dia mengurut dada Tan Sri Zahid perlahan cuba meredakan nafas lelaki itu yang kelihatan semput.
“ Kenapa Ben? Ben dah punyai calon ke?” bergurat garis halus di wajah lelaki itu. Setahunya anak saudaranya itu tidak mempunyai teman wanita atau perempuan yang rapat dengannya. Kehidupan Benz Fahri dari kecil sehingga dewasa malah setelah melanjutkan pelajarannya di luar negara dan kini pulang ke tanah air itu tidak pernah mempunyai insan istimewa di hatinya. Hidupnya terlalu sibuk dengan pelajaran.
Benz Fahri tersenyum. Namun dia menggeleng.
“ Belum babah. Tapi hati Ben dah ada yang curi!”
“ Tak apalah Ben. Apa yang penting sekarang babah harap sangat dapat berjumpa dengan dia sebelum babah tutup mata.” tambah Zahid lagi. Dia sedikit lega apabila mendengar pernyataan anak muda itu.
“ Babah jangan cakap macam tu. Ben akan pastikan babah akan sihat macam sebelum ni. Babah dah banyak berjasa untuk Ben. Berilah Ben peluang untuk balas jasa babah balik.” Bahu Zahid digosok lembut cuba mententeramkan lelaki itu.
“ Babah jangan fikir banyak. Babah rehatlah. Ben akan uruskan semuanya. Anggaplah semuanya sudah selesai!” ucap Benz Fahri lagi.
“ Kalau sudah selesai babah juga beranggapan yang Ben juga akan turuti semua permintaan terakhir babah dan arwah. Babah dah tak punyai masa yang banyak Ben. Cuma Ben saja harapan dan orang kepercayaan babah sekarang ini. Hanya Ben yang layak. Babah mahu janji babah pada keluarga Syed dan Syarifah tertunai. Kalau tidak jiwa babah tak akan tenang. Hanya Ben satu satunya waris Syed dan Syarifah yang ada!”
Zahid masih berharap. Wajah penuh harapan dia pamerkan di hadapan Benz Fahri. Matanya sedikit berkaca mengingatkan janjinya pada arwah Syed Fathullah dan Sharifah Aini Fatimah ibu kepada Sharifah Julia. Mereka berdua yang telah banyak membantu Zahid dan Sharifah Aini Latifah dahulu semasa mereka dibuang keluarga.
“ Babah jangan fikir banyak lagi. Babah perlu berehat. Jantung babah belum kuat. Masih belum pulih sepenuhnya. Rehatlah. Apa pun yang jadi selepas ini, Insha Allah Ben akan tunaikan.” pujuk Benz Fahri. Dia tidak sanggup membiarkan Zahid berterusan berasa bersalah dan bersedih seperti itu. Dia akhirnya rela akan membantu Tan Sri Zahid demi membalas jasa dan pengorbanan lelaki itu
“ Baiklah.. Terima kasih Ben. Allah saja yang dapat membalas jasamu anak!” ucap Zahid sambil menepuk bahu Benz Fahri.
“ Tak perlu berterima kasih babah. Ini tanggungjawab Ben sebagai anak buat babah. Ben sayangkan babah.” Benz Fahri bangun dari duduknya lalu memeluk bahu lelaki itu. Cuba mententeramkan jiwa seorang bapa.
Benz Fahri tersenyum kemudian menarik selimut menutup separuh tubuh lelaki itu. Dia keluar dari bilik dengan menatang gelas sebelumnya menuju ke dapur.
“ Babah dah makan ubat Ben?” soal Amirah sebaik menyedari kehadiran anak saudara suaminya itu di dapur.
“ Dah mama. Tu babah dah tidur.” Dia tersenyum lagi. Tangannya masih ringan membantu mencuci gelas dan piring yang telah di gunakan Zahid tadi.
“ Terima kasih Ben datang meluangkan masa untuk babah. Sejak balik hospital babah kurang sangat nak berbual. Asyik termenung je. Macam fikirkan sesuatu. Bila mama tanya dia diam je. Susah hati mama macam ni. Risau sangat!” Adu Amirah. Dia berdiri bersebelahan Benz Fahri.
Benz Fahri tersenyum. Dia paut bahu wanita itu sambil mengelus belakang Amirah setelah usai mencuci gelas tadi. Cuba menghilangkan perasaan gusar yang bertapak di hati wanita itu.
Sebagai anak dia juga terkesan dengan keadaan kesihatan Tan Sri Zahid dan Puan Sri Amirah.
“ Tak ada apa yang nak di terima kasih pun mama. Babah tu kan babah Ben. Tanggungjawab Ben juga. Mama jangan risau. Babah tu banyak berfikir je. Biasalah bila sakit - sakit macam ni fikiran dia asyik terganggu.” Puan Amirah mengangguk. Dia turut bersependapat dengan anak itu.
“ Mama boleh Ben tanya sesuatu?” ujar Benz Fahri setelah mereka berjalan beriringan menuju ke ruang tamu.
“ Tentang apa Ben? Insha Allah kalau mama tahu mama akan ceritakan! ” ujar wanita itu. Mereka berdua melabuh duduk di hadapan kolam ikan buatan di dalam kawasan penthouse milik Tan Sri Zahid tersebut.
“ Babah memang ada anak perempuan ke sebelum ni? Kenapa Ben tak tahu? Bonda pun tak pernah cerita!” soal Benz Fahri. Wajah lembut Amirah dia pandang menagih cerita.
Amirah tersenyum. Dia bangun berdiri di hadapan kolam yang dipenuhi ikan koi Jepun itu. Hatinya sedikit ceria melihatkan ikan - ikan berwarna merah itu ligat berenang di dalam kolam tersebut. Dia tarik nafas dalam dan melepasnya perlahan. Jadi, tanda tanyanya tentang si suaminya yang kerap termenung di akhir-akhir ini adalah berkaitan tentang anak perempuannya itu. Sesikit sebanyak dia berasa lega.
Benz Fahri masih diam menanti butir bicara dari Amirah selanjutnya. Dapat dia rasakan ketidakselesaan Amirah itu.
“ Kalau mama tak bersedia untuk bercerita it's okay. Ben faham.” ujarnya membuka bicara yang agak hening itu.
Puan Amirah masih tersenyum lembut. Dia menghampiri Benz Fahri lalu duduk di sebelah anak itu semula.
“ Cerita lama Ben. Tapi mama tahu mungkin kisah ini yang membuatkan babah sakit. Sudah lama sebenarnya babah cari anak perempuan dia. Setiap kali malam babah tidur dia akan bermimpi tentang anak perempuan dia tu. Lama dah mama usulkan agar dia mencari satu-satunya puteri dia tu tapi tak berkesempatan. Cumanya bila babah sakit sekarang dia bertambah runsing. Itu yang menyebabkan keinginan dia kembali untuk mencari anak dia. Kenapa Ben tanya? Babah ada ceritakan apa-apa pada Ben?”
“ Erm.. Ada tapi tak terperinci. Dia minta Ben carikan anak perempuan dia. Mama tahu tentang perjanjian dia dengan arwah keluarga Sharifah dan Syed?” soal Benz Fahri ingin tahu.
“ Perjanjian apa?” soal Amirah agak pelik. Cerita versi perjanjian itu dia tidak tahu dan mungkin belum tahu.
“ Entahlah mama. Babah cuma cerita tentang permintaan dia dan arwah isterinya yang mahukan Ben mengahwini anak perempuan dia sebab satu perjanjiannya dengan keluarga Sharifah dan Syed. Katanya Ben sajalah satu-satunya waris keturunan Sharifah dan Syed yang ada.” cerita Benz Fahri.
“ Oh! Besar harapan babah tu Ben. Mungkin amanat terakhir isterinya juga. Ben patut terima!” Riak gembira jelas terpancar di wajah Amirah sebaik mendengar berita itu.
“ Entahlah mama. Bukan itu yang Ben mahu. Ben cuma harap babah akan sembuh seperti sediakala. Tak sanggup tengok babah sakit dan kecewa seperti sekarang ni.”
“ Kalau betul berita ini tahniah mama ucapkan untuk Ben. Mama harap Ben dapat bantu babah carikan anak dia sehingga jumpa. Mama pun tak sanggup tengok babah macam tu.” Amirah juga turut menceritakan kegalauan hatinya.
“ Masih terlalu awal mama. Belum masanya Ben fikirkan soal kehidupan Ben. Apa yang penting sekarang adalah babah. Insha Allah mama Ben akan bantu mana yang mampu selagi hayat di kandung badan untuk lihat Babah sihat dan ceria.” ucap Ben mengelak. Kalau mahu mencari pasangan hidup biarlah dia sendiri yang mencarinya. Tidak perlu sesiapa pun mengaturkan jodohnya. Sementelah dia masih teringat akan seseorang yang selalu hadir dalam mimpinya.
“Terima kasih Ben.”
“ Mama stop ucap terima kasih. Ben kan anak mama dan babah. Tak perlu terima kasih sebaliknya Ben yang kena berterima kasih untuk mama dan babah yang banyak berjasa untuk Ben.”
“ Iyalah. Tidur sini ya Ben. Nanti mama suruh Kak Ida siapkan bilik tetamu untuk Ben. Dah lewat sangat kalau nak balik pun!” pelawa Amirah sebaik melihat jam dinding yang tersangkut pada dinding yang berada di ruang rehat berdekatan kolam ikan itu yang menunjukkan jam sebelas malam.
“ Tak perlu susah-susah mama. Ben kena balik. Ada kerja sikit yang perlu Ben siapkan. Insha Allah lain kali Ben datang lagi ziarah babah.” tolak Benz Fahri lembut.
Amirah sekadar mengangguk lalu menghantar pemergian anak muda itu ke keretanya di porch penthouse milik Tan Sri Zahid. Dia berterima kasih kepada Benz Fahri kerana dapat membantu suaminya mencari anak perempuannya itu agar kesihatan lelaki itu kian membaik. Doanya semoga suaminya Zahid cepat pulih. Setelah Mazda CX 30 black series Benz Fahri berlalu pergi Amirah juga berlalu masuk ke dalam rumahnya dengan berbagai perasaan yang tersimpan. Dia berharap dengan bantuan Benz Fahri agar mencari anak perempuan suaminya sehingga berjumpa dan agar kehidupan mereka akan turut harmoni semula.
Salam Mubarak! Rasanya belum terlambat untuk WL ucapkan Selamat Hari Raya Qurban buat seluruh pembaca Novel Plus khususnya peminat WL sekalian.. Alhamdulillah, syukur dapat juga WL siapkan chapter ni untuk semua pembaca. Thanks pada yang menanti. Happy reading gais! Komen kalian sgt di alu-alukan. Salam Sayang, Whitelily :)
Share this novel