Tan Sri Zahid dan Puan Sri Amirah sedang beristirehat di ruangan rehat sebelum suara dari Kak Ida yang merupakan pembantu rumah agam itu, mengejutkan Puan Sri Amirah dan Tan Sri Zahid yang sedang duduk menonton televisyen rancangan Hal Ehwal Perdana.
“ Tuan, puan.. ada tamu di luar nak berjumpa?”
“ Tetamu.. siapa?” soal Tan Sri Zahid berkerut dahi sambil mengerling isterinya di sebelah. Puan Sri Amirah jungkit bahu.
“ Siapa bang?" soal isterinya pula. Masing-masing berfikir sejenak sebelum pandang wajah pembantu rumahnya itu semula.
“ Saya dan Cik puan kenal ke?" soal Tan Sri Zahid.
“ Tuan tengoklah sendiri. Saya sudah jemput tetamu masuk tapi katanya nak jumpa tuan di depan jugak.” terang Kak Ida serba salah. Puas dia menjemput tadi tetamu majikannya agar masuk ke dalam tetapi tetap juga tetamu itu menolak. Sudahnya, dia terpaksa masuk ke ruangan rehat keluarga itu dan meminta kedua majikannya ke luar bertemu sendiri.
“ Jomlah tengok bang. Penting kut, sebab tu tetamu tak mahu masuk.” ajak Puan Sri Amirah walaupun ragu.
“ Iyalah..” Tan Sri Zahid bangun dari duduk. Bergerak keluar dari ruangan rehat, dia dan Amirah menuju pintu utama.
Saat pintu terbuka, soalan tak terduga menyambutnya.
“ Babah, isn't the chances still open for me relying on you and all those people in this sweet home?" soal Ann Layli polos. Matanya tunak pada Tan Sri Zahid di depan pintu dengan wajah memerah bersama linangan air mata di pipi.
Terkejut Tan Sri Zahid secara bersamaan dengan fikiran yang bercelaru. Sungguh dia tak percaya. Tapi melihat raut Ann Layli di depan dengan wajah penuh harapan bibirnya bergetar membalas. “Always dear. Always!”
Mata Tan Sri Zahid berselang pandang dengan Benz Fahri dan Hasnah yang berdiri tegak di belakang anaknya itu tetapi nyata orang-orang itu cuma membisu.
Lantas, matanya kembali menala ke depan menatap dekat Ann Layli bersama senyuman. Bersama anggukan dia mendepakan tangan menyambut Ann Layli ke dalam dakapan walau dalam kepala penuh persoalan mengapa, kenapa dan bagaimana kepada Benz Fahri semestinya kerana kepada anak lelaki itulah dia mempertanggungjawab semuanya untuk menjaga dan melindungi Ann Layli.
Ann Layli menangis terharu menerima pelukan babahnya. Tersedu sedan dia cuba menahan esak tangis. Namun tetap juga air mata itu laju menganak sungai dan membasahi wajah serta baju Tan Sri Zahid yang sedang memeluknya erat. Terasa saat itu, segala masalah yang membelenggu kepala dan jiwanya terbang hilang. Kosong sepenuhnya. Yang ada, cuma perasaan serba salah kerana pernah mengabaikan perasaan lelaki yang memeluknya itu. Namun, selebihnya dia berasa cukup bahagia. Bahagia berada dalam dakapan kasih sayang seorang bapa. Dapat dia rasakan begitu tulusnya kasih seorang Tan Sri Zahid terhadapnya tanpa sedikit pun keraguan lalu bertambah erat dia memeluk Tan Sri Zahid kerana egonya meluruh saat itu.
Tan Sri Zahid yang hanyut dalam suasana pilu dan terharu, mulai sedar apabila sentuhan Amirah di bahunya.
“ Bang..kita masuk dulu. Berbual dekat dalam. Dekat luar ni sejuk. Nanti abang sakit pulak.”
Tan Sri Zahid mengangguk. Dia menyeka sisa air mata di pipi lantas menjarakkan sedikit pelukan. Mengintai wajah Ann Layli yang masih bersembunyi di dadanya. Dia berasa sangat lega dan begitu bersyukur. Segala perasaan resah dan gelisah dia selama ini akhirnya hilang. Tubuh kecil Ann Layli didakap bertambah erat.
“ Terima kasih Puteri. Terima kasih sebab kembali pada babah. Alhamdulillah...” ucapnya. Ubun-ubun Ann Layli dikucup bertalu menzahirkan rasa sayang yang tiada sempadan.
“ No. I'm the one who should to thank you.” Tangan tua Tan Sri Zahid diraih dan dikucup sambil lidahnya tak putus mengucapkan kata maaf.
“ It's okay. Dah jom masuk semua.” ajak Tan Sri Zahid dan memaut bahu anaknya seraya menoleh ke arah Benz Fahri dan Hasnah yang masih kekal di belakang Ann Layli tadi. Menjadi pemerhati melihat babak jejak kasih kedua beranak itu.
“ Tak apa bah.. Ben cuma hantar Ann balik aje. Makcik Hasnah kena balik rumah bonda. Pakcik Zahid tinggal sana. Petang tadi Ben bawak diorang datang rumah Bonda.” jelasnya. Dia terpaksa menolak dan tidak boleh berlama kerana sudah berjanji dengan Hasnah akan membawa wanita itu segera pulang. Niatnya ke sana hanya mahu menghantar Ann Layli saja. Selebihnya, mungkin esok saja dia akan menguruskan hal yang tertunda itu.
Akhirnya, Benz Fahri bersama Hasnah pulang setelah berpamitan dengan pasangan berdua itu. Tan Sri Zahid terpaksa akur dengan pernyataan Benz Fahri kerana merasakan urusan perasaannya bersama si anak lebih utama saat itu.
********
Ann Layli yang telah selamat di dalam pelukan sang ayah ketika masuk ke dalam rumah, masih saja menangis hiba.
Terasa diri sangat berdosa saat itu. Berdosa melukakan hati babahnya. Berdosa mengecewakan perasaan Hasnah dan Zahid. Berdosa memungkiri janji dengan Amirah. Kalaulah dia tidak mengikut kata hati, sudah tentu dia sedang berbahagia kini. Mengingatkan keingkaran diri menolak permintaan Tan Sri Zahid sebelum ini membuatkan dia berasa bersalah kepada babahnya. Entah sebanyak mana permohonan yang perlu dia bentangkan demi meraih kemaafan itu. Dia tahu bukan sedikit, tetapi dia akan mencuba. Mencuba untuk menjernihkan kembali semuanya.
Dia yakin selama ini, kesilapan yang terjadi adalah kerana dirinya begitu mendongak langit dan menjunjung egois. Tetapi, tidak pernah dia tahu bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya kerana setelah terjadinya sesuatu yang berat, baru dia sedar akan kesilapan diri.
Dia sedar bahawa setiap yang terjadi kini, adalah kehendak dan izin tuhan. Sesuatu itu telah menyedarkan kesilapannya dari hanyut dan leka dengan lebih jauh. Tuhan menguji kerana sayang. Tuhan menguji kerana mahu lihat sejauh mana kesabarannya menangani setiap permasalahan. Ya, ini adalah satu perjalanan yang bukan mudah tetapi akhirnya tetap dia berjaya. Berjaya melontar sebatas ego dari terus merosakkan hidupnya. Malah tuhan masih memberi peluang untuk dia perbaiki setiap kesilapannya. Mulai saat itu, dia nekad akan menebus semua kesilapan itu.
“ Puteri..sudahlah menangis tu. Mama risau tengok Puteri menangis macam ni..” pujuk Amirah seraya mengelus belakang tubuh anak itu yang masih berpelukan di sisi Tan Sri Zahid.
“ We're should happy now. No more tears. No more sadness.” ujar wanita itu lagi. Cuba meredakan emosi Ann Layli dari terus larut dengan kesedihan.
Tan Sri Zahid masih mengelus lembut bahu anaknya. Sesekali ubun-ubun Ann Layli dikucup sayang. Dia tersenyum melihat riak kerisauan Amirah yang cuba memujuk anaknya. Sedikit sebanyak berasa senang kerana Amirah kelihatan sangat menyayangi Ann Layli seperti anak sendiri.
“ Irah.. tak apa, biar aje Puteri lepaskan apa yang dia rasa. Insha'Allah lepas ni semuanya akan okay.” ucap Tan Sri Zahid dengan senyuman.
“ Irah bukan apa bang. Risau tengok Puteri ni nangis sejak tadi. Nanti demam ke sakit ke susah. Mata pun dah bengkak tu.” ujar Amirah. Rambut lurus kehitaman Ann Layli dilurut lembut. Dia begitu jatuh kasih pada sosok anak gadis suaminya. Kerisauan yang melanda hatinya tak dapat disangkal. Susah hati melihat Ann Layli yang sedih berterusan begitu.
“ Ya, abang faham. Tapi kita beri dia masa ya..” lanjut Tan Sri Zahid lagi. Sebetulnya dia juga bersetuju dengan Amirah. Risau melihat anak gadis itu menangis berterusan. Hendak bertanya lanjut, bimbang anak itu tersalah anggapan. Dia berharap dengan bersabar saja dapat menjernihkan keadaan Ann Layli nanti.
“ Puteri, jom mama bawa naik atas. Puteri berehat dulu. Tenang-tenangkan diri. Nanti luangkan masa dengan babah ya.” pujuk Amirah setelah di nasihati suaminya.
Ann Layli menggeleng. Semerta, dia membetulkan duduknya setelah mendengar pujukan Amirah. Pelukan di tubuh Zahid juga mula dilepaskan. Memusing tubuh, wajah Amirah dipandang. Lekas, tubuh Amirah pula menjadi sasaran pelukannya.
“ Mama, please forgive me. Ann dosa dengan mama..dengan babah. Ann pentingkan diri sendiri. Ann tak dengar cakap babah. Cakap mama. Ann tahu semua orang sayangkan Ann tapi Ann degil. Ann anak derhaka!" mengongoi Ann Layli menangis lagi.
Amirah menarik nafas dalam. Tersentak mendengar ucapan Ann Layli yang sangat terkesan dengan perasaan bersalah itu. Simpatinya bertimpa-timpa. Jadi, kesedihan anak itu adalah disebabkan perasan bersalahnya pada mereka.
“ Hey, no sayang. It's not your fault. Puteri tak ada salah dengan mama dan babah pun. Puteri anak yang baik. Mama, babah dan adik-adik semua sayangkan Puteri. Kami faham keadaan Puteri.” ucap Amirah. Mula berasa lega kerana anak itu sudah mahu berbicara dengannya. Walaupun sudah reda tangisannya tetapi riak kesedihan masih berbekas di wajah itu.
“ Betul cakap mama tu sayang. Kami semua sayangkan Puteri. Babah tak ambil hati pun pasal sebelum ni sebab babah faham keadaan Puteri. Babah tak mahu mendesak dan tak akan memaksa. Biarlah keputusan yang Puteri ambil tu keputusan yang terbaik dalam hidup Puteri. Babah cuma berdoa dan berharap yang Puteri selalu berada dalam rahmat dan lindungan yang esa.” ujar Zahid. Belakang tubuh Ann Layli digosok lembut.
“ Terima kasih babah. Terima kasih mama. Mulai saat ni, Ann janji akan selalu ada di samping babah dan mama tak kira apa yang terjadi. Maafkan Ann sekali lagi..” ucap Ann Layli. Jemari Amirah dikucup setelah melepaskan pelukan.
Tan Sri Zahid terlalu bersyukur kerana anaknya itu akhirnya terbuka hati untuk kembali kepadanya. Dia mulai yakin bahawa Ann Layli akan menemani sisa-sisa terakhirnya di rumah agam itu bersama Amirah dan kedua kembarnya.
Malam itu, dia sangat bersyukur dengan kepulangan si anak. Tangisan yang terjadi adalah tanda kesyukurannya tanpa sempadan. Air mata sebaknya menitis satu persatu kerana terlalu bahagia. Syukur, gembira, bahagia, tidak percaya semuanya bersatu membentuk rasa dalam jiwanya. Tak sangka Allah memakbulkan lagi doanya. Berkali-kali dia bertanyakan kepada Amirah. Adakah kepulangan anaknya itu realiti ataupun sekadar mimpi? Dan berkali juga Amirah menyatakan kebenaran tentang kepulangan Puteri Ann Layli itu ke pangkuan mereka.
Setelah itu, Amirah juga turut berkongsi berita gembira itu bersama keluarga keduanya iaitu di A.Z & Co. Semua kakitangan firma turut menyampaikan ucapan tahniah buat Tan Sri Zahid dan dirinya yang mula mengetahui serba sedikit tentang cerita sebenar. Ramai yang tidak menyangka, bahawa peguam negara itu mempunyai seorang anak perempuan dan terdapat kisah tragik disebaliknya.
“ I've got some big news for all of you.” ujar Amirah sambil menyedut nafas dalam dan melepaskannya perlahan. Wajah pekerjanya di pandang satu persatu dan tersenyum penuh ceria.
“ Berita apa Puan Sri?”- Rahimi
“ Macam penting aje Puan. What's that?”- Irdina
“ Don't tell that we're winning multi cases.” - Sherlene Koo
“ You've paid us a double for this hectic year? Aren't you?” - Jeegan Kaur.
“ Nope! All wrong. Tan Sri got his angel back...” ucapnya.
Saat itu..
Amirah begitu teruja menyambut Ann Layli ke pangkuan mereka suami isteri kerana sudah lama menantikan kehadiran seorang anak perempuan dalam hidupnya selepas beberapa kali percubaan untuk hamil lagi selepas kehadiran kembar Azhan dan Azlan gagal. Dia terpaksa redha kerana mengalami masalah rahim yang tidak kuat untuk terus hamil selain faktor usia yang semakin lanjut ketika itu. Namun, saat diberitahu suaminya beberapa tahun selepas pernikahan mereka tentang anak perempuan itu, dia selalu berdoa dan berharap dapat bertemu anak suaminya itu sehinggalah saat Ann Layli pulang ke pangkuan mereka suami isteri. Keterujaannya menyambut pulang Ann Layli membuatkan kembar Azhan dan Azlan sempat cemburu kerana perhatiannya sudah terktumpah buat si kakak. Namun, kerana kembar itu juga teruja menerima kehadiran seorang kakak dalam hidup mereka, masalah cemburu terhadap Amirah hilang dan lebur seiring masa berikutan Ann Layli yang pandai mengambil hati keduanya.
Manakala, Tan Sri Zahid pula begitu lega melihat keserasian anak-anak dan isterinya terhadap Ann Layli. Kehadiran anak perempuan itu membuatkan rumah agam itu bertambah ceria dengan suara gelak tawa mereka bertiga. Walaupun baru di dalam keluarga kecil itu, dapat Tan Sri Zahid lihat kemesraan Azhan, Azlan dan Ann Layli sangat rapat serta seperti anak-anak yang sedang membesar bersama. Jarak umur yang tidak jauh juga membuatkan mereka serasi ketika berkomunikasi dan berinteraksi.
Kini, dia boleh menarik nafas lega kerana sudah tidak terbeban lagi memikirkan keadaan anak perempuannya yang jauh dari mata dan hati. Kehadiran Ann Layli di sampingnya saat ini, jauh membuatkan hati dan fikirannya lega dan tenang.
******
Selepas beberapa hari berada di Kuala Lumpur, Hasnah dan Zahid pulang ke kampung semula.
Perasaan Hasnah belum membaik sepenuhnya walaupun Ann Layli telah berjanji akan mengahwini Benz Fahri. Hatinya tetap terluka dengan tindakan anak itu. Sudah acapkali anak itu memohon maaf namun egonya masih melangit. Tetap juga dia pertahankan amarahnya kerana anak itu sewenangnya membelakangkan keluarga ketika diri dihimpit pelbagai musibah berat.
Tetapi yang lebih membuatkan hatinya bertambah kecil hati apabila mengenangkan bekas besannya yang telah membuat onar kepada Ann Layli. Mengingat cerita yang diberitahu Ann Layli setelah didesak berkali-kali bertambah panas hatinya.
Orang yang dia harap dapat menjaga kebajikan anaknya itu, rupanya adalah syaitan yang bertopengkan manusia.
Tidak menyangka sama sekali bahawa Haji Bakar dan Hajah Jamilah sanggup memperlakukan anaknya seperti anjing kurap. Menjatuhkan maruah dan memijak lumat perasaan anaknya sehingga anak itu terkontang-kanting sendirian.
Kalaulah dia tahu dari awal sikap buruk bekas besannya itu, tidak sekali dia memperjudikan nasib anaknya kepada mereka. Kalau tidak kerana janji manis Haji Bakar dahulu, tidak akan dia membenarkan anaknya bernikah dengan arwah Izz Muqri. Kerana ingin membalas jasa Haji Bakar yang pernah menyelamatkan nyawa suaminya Zahid lah, dia mengorbankan kebahagiaan anaknya sendiri.
Pun begitu, dahulu dia tahu yang Haji Bakar mempunyai keperibadian yang tinggi sebagai orang besar di kampung dan sangat dihormati membuatkan dia tidak ragu dan bimbang akan kelangsungan hidup AnnLayli apabila berkahwin dengan Izz Muqri. Fikirnya, sudah tentu Izz Muqri juga mengikut jejak langkah ayahnya yang berkeperibadian tinggi namun sangkaannya meleset. Arwah hanya berbaik di depannya saja. Selebihnya Allah saja yang tahu.
Kali ini, dia nekad tidak sekali dia membiarkan harga diri anaknya di perkotak-katikkan mereka suami isteri lagi. Meluap-luap perasaan marahnya saat mendapat tahu. Namun, tiada apa yang boleh dia ubah sementelah nasi sudah menjadi bubur. Tetapi, hari ini dia mahu membuat perhitungan juga dengan kedua pasangan suami isteri itu. Hutang maruah perlu dibayar dengan maruah. Setidaknya dia mahukan keadilan buat anaknya.
Kereta proton wira kelabunya diberhentikan betul-betul dihadapan rumah Haji Bakar petang itu. Membetulkan letak duduk tudung sarung dikepala, Hasnah turun dari kereta.
Merapati pintu rumah Haji Bakar, Hasnah memberi salam. Dua kali salam diberi, barulah bersambut.
“ Waalaikumsalam. Oh, Hasnah..ingatkan siapa tadi. Ada apa hal kamu ke mari?" soal Haji Bakar. Kopiah dikepala dibetulkan seraya menyarung selipar lalu menuju meja batu yang terdapat di luar rumahnya.
Hasnah mengekor dari belakang dengan perasaan meluap-luap tetapi dia cuba meredamkan perasaan itu terlebih dahulu. Bimbang menembak sasaran tidak kena tempat. Sudahnya, dia pula yang akan mendapat malu nanti. Kata orang, masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang harimau barulah mengaum.
“ Duduklah. Kejap abang Haji panggil Kak Milah kamu.” balas Haji Bakar. Lelaki itu kemudiannya berlenggang semula ke pintu dapur dan mengelui isterinya yang sedang berada di situ.
Hasnah duduk setelah dipelawa Haji Bakar. Dia akan berdiplomasi sebaik mungkin jika tuan rumah itu menyambut baik kehadirannya jika tidak tahulah dia mahu membahasakan mereka.
“ Hah, ada apa hal kamu datang sini Senah? Ribut tak ada angin tak ada, tahu-tahu aje sampai.” serbu Jamilah dengan nada bongkak usai dipanggil suaminya tadi.
Melepaskan duduk di bangku batu berhadapan Hasnah, Jamilah pasang wajah sombongnya. Manakala Haji Bakar yang baru mendekati meja batu itu berkerut dahi. Hairan melihat tingkah kedua wanita dihadapannya itu yang seakan tidak puas hati sesama sendiri.
“ Tak buat air ke Cik Milah oi. Kita kan ada tetamu ni..” soal Haji Bakar kepada isterinya.
Menyeringit wajah Hajah Jamilah apabila dipersoalkan tindakannya di hadapan tetamu itu.
“ Eh, bang Haji ni...tetamu tak diundang pun nak dikisahkannya.” celupar saja mulut Hajah Jamilah menjawab. Tak hingin dia mahu menjamu air buat tetamu tak diundang itu. Geram saja dia melihat Hasnah yang berwajah bersahaja itu sedangkan bukan dia tidak tahu yang suaminya masih lagi menyimpan perasaan suka pada bekas kekasihnya itu. Memang dasar tak tahu malu mahu mengejar suami orang. Sudah tua buat cara tua. Apa, Hasnah ingat dengan pasang badan dan wajah bak ratu kebaya kampung itu boleh sesuka hati menggoda suami orang. Tidak sesekali dia akan membiarkan Hasnah menggoda suaminya.
Tergeleng Haji Bakar dengan perangai tak semenggah isterinya itu.
“ Duduklah dulu Senah, biar bang Haji masuk buatkan air dulu. Dah lama juga kamu tak datang bertandang sini lepas arwah Muqri meninggal.” sela Haji Bakar cuba menjernihkan suasana.
“ Tak apa bang haji. Terima kasih banyak-banyak. Saya datang bukan nak minum air. Ada hajat lain sebenarnya.” ujar Hasnah terus terang. Tak hingin dia mahu berlama di situ apabila faham dengan wajah ketat Hajah Jamilah yang memandangnya seperti dia mahu menggoda suami wanita itu.
“ Hah dengar tu bang haji oii..Senah ni datang bukan nak minum air rumah kita. Tu rumah dia, bukan tak ada orang nak tolong bancuhkan air. Zahid tu rasanya walaupun dah oku boleh lagi nak bancuhkan air dekat si Senah ni. Bang haji tak payah rajin sangat nak menjamu bekas kekasih bang haji ni.." lancang Jamilah bersuara membuatkan Hasnah bertambah geram.
“ Kamu ni Milah, mulut tu tak habis-habis nak mengungkit benda yang lepas. Cubalah berbaik sangka sikit.” ujar Haji Bakar geram.
Hajah Jamilah sudah menjuih bibir tidak puas hati apabila diselar suaminya. Wajah Hasnah dihadapan dipandang menyampah.
“ Ada hajat apa Senah kamu ke mari? Insha Allah kalau bang haji boleh tolong..bang haji akan tolong.” soal Haji Bakar.
“ Kamu jangan nak macam-macam Senah. Berhajat bagai.. sedar diri sikit kamu tu masih isteri orang. Tak perlu nak berhajatkan laki aku pulak. Tak cukup anak kau bawak malang pada anak aku. Ni kau pulak nak mengemis kasih laki aku. Tu dekat pekan tu ramai lagi jantan terbiar tak cukup kasih boleh kau hajatkan.." serang Hajah Jamilah tanpa henti. Jari telunjuknya tegak naik ke wajah Hasnah memberi amaran kerana terlalu sakit hati.
“ Jamilah.." Haji Bakar mengherdik. Berdesing telinganya mendengar kata cacian tersebut kepada Hasnah. Merah padam wajahnya apabila Jamilah tanpa segan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang suami yang tak pandai mendidik isteri di hadapan wanita lain. Menggigil tangan Haji Bakar mahu melayangkan penampar pada mulut isterinya namun cuba ditahan kerana masih hormat akan perasaan isterinya ketika itu walaupun kata-katanya sangat berbisa melemparkan tuduhan kepada Hasnah.
“ Apa tak betul saya cakap bang. Memang dari dulu Senah sukakan abang. Abang pun masih sukakan dia. Kalau tak, tak adanya dia sanggup jodohkan anak dia dengan anak kita. Diam-diam dia nak kaut harta abang. Perempuan ni dengan anak dia dasar mata duitan. Mata keranjang...” hambur Jamilah tidak puas hati.
“ Masuk Milah sebelum abang hilang sabar!" larang Haji Bakar. Dia masih cuba mengawal amarahnya dari terus meledak.
“ Saya takkan berdiam diri kalau Senah masih ada hati pada abang dan harta abang."
“ Jangan cemarkan maruah sendiri Milah. Kalau aku nak kahwin dengan Senah, dulu lagi aku boleh buat. Tak perlu tunggu sekarang. Kalau tak ada benda elok nak bercakap baik kau masuk dalam sekarang." arah Haji Bakar. Bergemertap rahang Haji Bakar menutur. Masih cuba berdiplomasi dengan isterinya.
Jamilah menghentak kaki tidak puas hati. Kedua tangannya dilipat silang ke dada. Memuncung wajahnya geram namun masih keras hati berdiri tegak dihadapan Hasnah. Seolah mempertahankan haknya sebagai isteri kepada seorang lelaki dari dirampas wanita jalang dihadapan.
“ Beginilah bang haji..kak Milah..saya datang ni bukan nak bersoal pasal kasih sayang sesiapa. Saya masih sedar diri dan tahu agama. Walau bagaimanapun saya hargai peringatan Kak Milah tentang nak caras suami orang. Terima kasih banyak-banyak. Saya tak tergamak pun nak memporak perandakan rumah tangga orang. Saya datang ni cuma nak beri peringatan mesra pada bang haji dengan kak Milah...Jangan sekali-kali kacau lagi Ann dekat Kuala Lumpur nu. Sekali lagi saya dapat tahu bang haji dengan kak Milah ganggu dia, saya takkan teragak-agak saman bang haji dengan isteri. Jangan ingat anak saya tu anak patung yang boleh di buat sesuka hati. Dia ada maruah. Ada mak ayah yang takkan diam diri bila ada bekas mak mertua dan pak mertua yang aniaya dia!” ujar Hasnah tegas. Wajah Jamilah yang bongkak itu, dia pandang tajam sebelum pandangannya jatuh pada Haji Bakar semula memberi amaran keras.
Terkejut Haji Bakar menerima peringatan mesra dari Hasnah. Wajah isterinya dicari namun, Jamilah terlebih dahulu menunduk mengelak dari renungan membunuh Haji Bakar. Nampaknya dia sudah tersilap langkah menilai kedatangan Hasnah petang itu. Tidak sangka soal Ann Layli yang menjadi halnya.
“ Betul Milah apa yang Senah cakap ni?”
Hajah Jamilah hanya berdiam diri. Tidak berani menjawab pertanyaan suaminya. Dalam hati sudah menyumpah Hasnah dengan pelbagai kata cacian. Sakit hatinya melihat Hasnah yang tersenyum sumbing dihadapan.
Pap!
Tapak tangan kasar Haji Bakar menghentam meja batu dihadapan muka isterinya sekalian membuatkan Hajah Jamilah tergemap terkejut.
“ Cakap Milah!" Suara Haji Bakar memetir kuat.
Bertambah kalut Hajah Jamilah saat mendengar lantunan suara suaminya yang kuat itu. Tidak berani dia mahu mengangkat wajah. Bimbang mendapat penampar dia kebam bibir rapat.
“ Bincang elok-elok suami isteri. Saya datang cuma beri peringatan. Jangan ingat saya tak tahu apa yang kak Milah buat dengan anak saya. Assalamualaikum.” ujar Hasnah seraya meninggalkan pasangan suami isteri itu dengan amarah. Tetapi tidak setanding amarahnya kepada mereka yang telah menganiaya anaknya.
Berlalu segera, Hasnah berjalan menaiki kereta dan pulang ke rumahnya.
Haji Bakar mula dirasuk amarah yang menggila. Melihat isterinya yang hanya berdiam membuatkan dadanya benar-benar mahu pecah. Tidak sempat dia mahu bertanya kepada Hasnah apa perkara yang telah dilakukan isterinya kepada Ann Layli. Namun, melihat amaran Hasnah seperti itu dia pasti perlakuan isterinya pasti melampaui batas.
“ Kamu hutang dengan abang pasal Ann. Kalau sampai esok kamu tak ceritakan perkara apa yang dah kamu buat pada menantu abang..tahulah nasib kamu Milah.” ugut Haji Bakar dengan jari menunding ke wajah isterinya. Melibas kain selempang ke belakang badan, Haji Bakar segera berlalu dengan wajah bengisnya meninggalkan Hajah Jamilah dengan wajah mencuka.
“ Tak guna kau Senah. Ingat aku hairan dengan peringatan mesra kau tu. Kita tengok siapa yang saman siapa. Dasar perampas!" jerit Hajah Jamilah tak puas hati. Dia membentak berkali-kali permukaan meja batu dihadapannya melepaskan geram yang menggunung di hati. Turut berasa geram dan sakit hati kepada suaminya yang berpihak kepada Ann Layli dan Hasnah.
********
Tan Sri Zahid terjaga dari tidur dalam keadaan berpeluh-peluh. Lenanya sedikit terganggu apabila mimpi buruk masuk ke dalam tidurnya siang itu.
Setelah usai makan tengah hari tadi, dia duduk seketika berbual dengan Ann Layli membincang masa depan anak itu. Dia sempat berpesan kepada anaknya agar menyambung pelajaran sementelah pelajaran Ann Layli sebelum ini cuma diperingkat Sijil Tertinggi Pelajaran Malaysia saja. Dia berharap Ann Layli dapat melanjutkan pelajaran ke bidang yang lebih tinggi dari sebelumnya.
Ann Layli yang patuh akan pendapatnya, akhirnya bersetuju dengan permintaan itu. Tetapi walau bagaimana pun, dia mahu Ann Layli tetap meneruskan perkahwinannya dengan Benz Fahri berikutan ingin menyelesaikan kemelut keluarga mertuanya yang tetap mahukan Ann Layli meneruskan wasiat keluarga Syed dan Sharifah.
Setelah berbincang beberapa perkara dia meminta untuk berehat seketika. Menurut Ann Layli keluar sebaik Tan Sri Zahid tertidur.
Peluh yang merenjis di sekitar leher dan muka dilap dengan tapak tangan. Termenung panjang dia apabila mengingatkan mimpi yang terjadi seolah-olah mimpi itu benar-benar berlaku. Dia bermimpi Ann Layli ditikam bertubi-tubi oleh seorang lelaki yang bertopeng. Malah di dalam mimpi tersebut, menunjukkan Ann Layli tidak sempat diselamatkan dan dicampak ke dalam jeram yang dalam membuatkan Tan Sri Zahid berasa begitu ngeri. Semerta perasaannya bertambah risau akan keselamatan anak gadisnya itu.
Bertambah runsing apabila keadaan kesihatannya kini tidak begitu baik. Sudah seringkali tubuh tuanya mengalami kemerosotan apabila selalu diserang demam dan serangan jantung secara tiba-tiba. Dia risau, dalam masa terdekat ini dia akan kembali kepada sang pencipta tanpa sempat memberi perlindungan sepenuhnya kepada Ann Layli berikutan masalah bekas keluarga mentuanya yang masih belum selesai.
Setelah berfikir dalam, akhirnya pagi itu selepas merasakan kondisi kesihatannya pulih sedikit dari demam, dia berhasrat melanjutkan cerita yang tertangguh sebelum ini.
Setelah berbincang dengan Amirah, Hasnah serta Zahid dan mendapatkan kata persetujuan dia mengarahkan Amirah memanggil Benz Fahri dan Ann Layli agar mengadapnya.
Kedua anak yang taat itu tidak banyak bersoal saat menerima permintaan Amirah.
Pagi itu, selepas usai subuh Benz Fahri ditemani Ruhana bergerak ke rumah Tan Sri Zahid.
Benz Fahri yang sudah tahu akan duduk perkara sebenar berasa cuak mahu bertemu bakal bapa mertuanya sedangkan dia sudah terbiasa dengan Tan Sri Zahid sejak berusia empat tahun lagi. Malah sosok seorang ayah pada Tan Sri Zahid sudah sebati dalam dirinya. Tetapi entah kenapa pagi itu semuanya terasa janggal dan cuak sehingga Ruhana perasan akan tingkah ganjil anaknya.
“ Ben kenapa? Cuak semacam je bonda tengok?” soal Ruhana. Bahu anak bujang yang sedang memandu itu disentuh lembut.
“ Err..tak ada apa bonda." Senyum sekilas, Benz Fahri kembali fokus kepada jalan di depan. Wajah Ruhana yang tersenyum lebar kepadanya membuatnya bertambah tidak tenang.
“ Masakan tak ada apa-apa. Gelisah, berpeluh tu tak ada apa-apa jugak ke? Kita nak pergi rumah babah je kan!”
“ Mana ada gelisah ke cuak ke bonda.. biasa je ni.” balas Benz Fahri lagi.
“ I hope so. Tapi bonda dulu masa nak jumpa tokmi dengan toki dulu macam Ben jugak. Cuak, gelisah, seriau pun ada.”
cerita Ruhana. Teringat akan ceritanya dahulu yang berpeluh mahu mengadap bakal mertua. Sementelah mendengar mertuanya adalah dari golongan hartawan. Disamping faktor statusnya ketika itu yang sudah mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan arwah suaminya yang meninggal dunia ketika Megat Bakhtiar berusia setahun sebulan membuatkan Ruhana tidak yakin akan diterima dalam keluarga ternama itu.
Benz Fahri menjongket kening. “Kenapa?"
“ Yelah, keluarga tokmi dan toki orang terkenal, ternama dan tersohor. Masakan boleh terima status bonda yang seorang janda masa tu. Bonda risau nak jumpa diorang. Tapi arwah ayah Ben keep support bonda. He tells me, anything happened pun he will still stand beside me. He will fight his loves to Megat Bakhtiar cause he loves abang very much.”
Benz Fahri terangguk-angguk mendengar kisah Ruhana. Dia tersenyum senang lantas meraih genggaman tangan Ruhana.
“ Thank you bonda always support Ben.”
“ Ben kan anak bonda. Mestilah bonda sokong semuanya yang Ben buat tambah-tambah nak beri bonda menantu. Mestilah bonda suka.” Ruhana tergelak suka.
Benz Fahri tersengih juga akhirnya mendengar celoteh Ruhana.
Dalam Benz Fahri cuak dan risau, mereka akhirnya tiba di rumah agam itu. Memakir Mazda MX-5 Miata Black Series itu di garaj dia dan Ruhana disambut ketibaannya oleh Amirah dan Hasnah.
Benz Fahri tersenyum senang melihat tiga wanita itu beramah mesra di hadapan pintu sebelum Amirah menyuruhnya naik ke bilik bacaan Tan Sri Zahid di sayap kanan rumah. Tanpa berlengah dia bergerak ke sana membawa perasaan yang cuak dan gelisah tadi. Malah makin kuat menghentam dada. Di dalam hati, dia beristighfar cuba mengusir rasa yang menjadi mainan perasaan.
Tok..tok..
Pintu bilik bacaan Tan Sri Zahid diketuk. Selang sesaat, suara dari dalam memanggilnya. Benz Fahri memulas kenop pintu dan menolaknya. Jelas pada pandangan susuk Tan Sri Zahid sedang duduk berteleku di kerusinya.
“ Masuk Ben. Dah lama ke sampai?" soal Tan Sri Zahid.
“ Baru je bah. Babah macam mana? Sihat ke hari ni?" Tangan Tan Sri Zahid dikucup lembut.
“ Alhamdulillah rasa sihat sikit. Duduklah Ben." jemput Tan Sri Zahid lagi kepada anaknya itu.
Benz Fahri menarik kerusi di hadapan meja bacaan itu lalu melabuhkan duduk. Wajah keruh Tan Sri Zahid dipandang risau. Bimbang akan kesihatan Tan Sri Zahid yang tidak berada dalam keadaan yang baik.
“ Betul babah okay ni?" soalnya.
“ Ya, babah okay. Jangan risau.” ujar Tan Sri Zahid cuba menutup perasaan resahnya. Dia tidak mahu Benz Fahri khuatirkan keadaannya dan tidak akan sesekali menceritakan tentang mimpi buruk yang seringkali mengaganggunya seminggu ini.
“ Ben..babah rasa Ben tahukan kenapa babah panggil hari ni?” soal Tan Sri Zahid setelah sesaat berdiam diri.
“ Tahu." sepatah Benz Fahri membalas.
Tan Sri Zahid tersenyum dengan anggukan. Dia berharap Benz Fahri telah bersedia sepenuhnya untuk memujuk tanggungjawab sebagai seorang lelaki dewasa.
“ Alhamdulillah. So, Ben dah decide tarikh atau nak babah yang tentukan?"
“ Babah aje yang tentukan. Ben tak cukup masa nak buat semua benda tu. Harap babah faham. Lagipun, kes Belum Royal dah masuk court.” ujarnya. Bukan tidak mahu bersungguh dengan kemahuan Tan Sri Zahid tetapi keadaan yang sangat tak mengizinkan untuk dirinya membuat kesemua persiapan. Dia benar-benar sibuk.
“ Tak apa, babah faham. Siapkan badan aje. Selebihnya babah dan ahli keluarga lain yang akan siapkan. Ben tak mahu jumpa dengan Puteri ke bincang apa-apa dengan dia?”
“ Insha'Allah bah. Babah jangan risau. Hmmm... pasal Puteri, Ben harap babah faham keadaan Ben. Ben tak mahu jumpa dengan dia selagi tak terikat dengan ikatan yang sah. Ben rasa tak ada apa yang nak dibincangkan buat masa ni. Ben serahkan semuanya pada bonda, mama dan makcik Hasnah. Kalau Puteri nak apa-apa suruh aje dia cakap dengan mama atau bonda. Insha'Allah Ben akan usahakan.” ujarnya.
“ Kenapa Ben? Ben masih terasa dengan Puteri ke pasal larang Ben jumpa dan berkomunikasi dengan dia sebelum ni?” soal Tan Sri Zahid. Dia tidak mahu anak berdua itu mempunyai masalah setelah berkahwin nanti. Dia berharap sangat yang kedua anaknya menjadi pasangan yang bahagia walaupun dia tahu perkahwinan itu sekadar melengkapkan syarat keluarga serta menunaikan amanat Sharifah Aini Latifah saja. Namun, angan-angannya melebihi harapan jika keduanya saling menyintai, mengasihi dan menyayangi sehingga nafas terakhir.
“ Eh, bukan macam tu bah. Jangan salah faham. Ben tak kisah pun pasal hal tu. Ben cuma nak beri dia ruang. Beri dia masa untuk terima semua ni. Ben tak nak kehadiran Ben buatkan dia rasa rimas dan tertekan. Ben nak dia enjoy moment dengan family dulu sebelum kami kahwin.” terang Benz Fahri lagi. Ya, dia akan memberi ruang dan masa kepada Ann Layli seperti permintaan wanita itu. Dia tidak mahu kehadirannya membuatkan Ann Layli berasa tidak selesa dan terkongkong.
Tan Sri Zahid mengangguk akhirnya. Lega dia mendengar penjelasan Benz Fahri. Risau juga jika anaknya itu sebenarnya berkecil hati dengan keputusan Ann Layli sebelum ini. Namun, setelah mendapatkan penjelasan Tan Sri Zahid tersenyum senang.
“ So, kita proceed majlis dekat kampung lah ya." putus Tan Sri Zahid.
“ Kampung?” sedikit berkerut dahi Benz Fahri.
“ Itulah babah suruh jumpa dengan Puteri dulu. Berbincang elok-elok. Sekarang bila babah cakap nak buat majlis di kampung Ben tak tahu. Macam mana ni?" seloroh Tan Sri Zahid apabila melihat wajah dan riak Benz Fahri yang kehairanan. Tentu anak itu belum mendapat sebarang maklumat dari Ruhana mahupun Amirah. Tergeleng kepala Tan Sri Zahid dibuatnya.
“ Tak ada pulak sesiapa inform Benz pasal majlis kat kampung?" Pelipisnya digaru perlahan.
“ Sebenarnya, Hasnah dengan Zahid yang nak buat majlis dekat kampung. Puteri cakap dia tak mahu. Tapi faham-faham ajelah Hasnah tu. Berkeras juga dia nak Puteri buat majlis dekat sana. Babah ingat mama dan bonda dah bagitahu dekat Ben." terang Tan Sri Zahid.
“ Tak. Tak ada siapa pun yang bagitahu dekat Ben. Tak apalah kalau makcik Hasnah nak buat dekat kampung jugak. Nanti Ben tambah duit belanja kenduri lagi.” putusnya. Malas mahu pening kepala. Tambahan dia tahu kondisi hubungan Ann Layli dan Hasnah yang belum membaik ekoran kejadian di rumah Zen Huzaini dulu tu.
“ Okaylah. Next week kita jumpa dekat kampung. Next week lepas di kampung tu kita sambut dekat sini dan belah Ben jugak. Bonda dah berhajat nak buat dekat Imperial Palace & Hotel sebelah malam.” tutur Tan Sri Zahid menerangkan aturcara majlis yang akan berlangsung sempena meraikan perkahwinan Benz Fahri dan anak perempuannya.
Benz Fahri hanya mengangguk setuju walaupun dia sebenarnya tidak tahu menahu langsung aturcara majlis yang dah dirancang pihak keluarganya. Dengan Ruhana sudah beberapa hari dia tidak bersua muka kerana bondanya itu sibuk keluar menyiapkan majlis dengan bakal isterinya. Pagi ini saja baru dia berkesempatan berbual singkat di dalam kereta ketika mahu ke Teratak Kaseh tadi itupun setelah Tan Sri Zahid yang mahu bertemu dengan mereka. Sementelah dia sibuk berulang alik ke Gerik mengelolakan projek Royal Belum dengan pengusaha baru yang baru dilantik oleh Majlis Tertinggi Khazanah Berhad setelah terbengkalai hampir setahun dengan Syarikat Muqri Bina. Ianya ketika itu kerana syarikat itu masih berada dalam siasatan polis.
*******
heyya..meet again. sorry minggu ni sempat satu chapter je.. WL busy dengan aktiviti hujung tahun sekolah anak2 dan kerja hakiki yang menimbun..thanks yg keep comment and follow. luv u to the moon and never been back..:-*
Share this novel