Riuh rendah suasana di kolam mandi di rumah agam petang itu. Gelak tawa dan canda tiga beranak tersebut membuatkan langkah Ann Layli terpasung tegak di balik tembok laluan dapur ke haluan taman mini belakang. Mata memasung terus ke arah tiga susuk itu. yang di mana terdapat kolam mandi tersebut.
Aktiviti Benz Fahri, Aery serta Aedy berakhir di situ setelah dua kanak-kanak bijak tersebut berjaya memujuk dan mengajak ayahcu mereka untuk bermandi kolam.
Setelah puas membuli dan meng‘wrestling’ Benz Fahri, bapa saudara mereka itu akhirnya terpaksa bersetuju dan mengalah dengan permintaan si anak-anak buah.
Kocakan air di kolam yang bersatu dengan canda mereka mengasyikkan pandangan Ann Layli yang jatuh kepada susuk tegap si suami serta Aedy dan Aery. Gembira betul-betul menyelubungi mereka.
Susuk Aedy dan Aery amat jelas kelihatan riang sedang menikmati percikan air dari kolam besar yang terhasil dari kocakan Benz Fahri.
Tubuh kecil yang tersalut sepersalinan pakaian mandi bergambarkan ikan shark siap sekali dengan topi, pelampung juga cermin mata google di tubuh keduanya membuatkan Ann Layli bertambah asyik memerhati gelagat dan aksi comel anak kembar itu. Bibirnya tersungging senyum.
Tubuh anak kecil itu teroleng oleng di dalam air mengikut alunan air apabila Benz Fahri menyorong pelampung yang di gunakan mereka. Aedy dan Aery menjerit suka apabila sesekali percikan air tersebut mengenai wajah mulus mereka.
Sesekali kedua beradik itu juga membalas percikan air ke arah Benz Fahri membuatkan lelaki itu ketawa besar. Mereka saling memercikkan air dan benar-benar menikmati suasana petang itu.
Ann Layli masih ralit merenung susuk ketiga mereka. Namun lebih kepada susuk yang paling tua di situ. Senyumannya terbias tanpa dapat ditahan.
Benz Fahri, suaminya yang baru dinikahi dua hari lepas. Tidak pernah terlintas dalam fikiran dan benak yang dia akan bernikah lagi selepas pemergian Muqri. Namun, perancangan Allah tidak pernah sekali pun manusia sepertinya dapat tebak.
Jodoh keduanya datang setelah Tan Sri Zahid menerangkan duduk perkara sebenar. Demi melunaskan janjinya kepada babah dia akhirnya menerima permintaan itu.
Kini, mereka kembali ke rumah keluarga suaminya untuk meneruskan majlis resepsi bagi pihak lelaki yang yang bakal diadakan esok.
Jujur dia katakan ketika ini, walau baru saja mengenali rapat susuk Benz Fahri yang mempunyai aura tegas, keras, dan adakala emosi yang tegang sentiasa itu membuatkannya tidak percaya yang sebenarnya lelaki tersebut mempunyai sifat yang bertentangan dengan dirinya.
Tika ini, terserlah sifat penyayang dan lemah lembut ketika meledani kanak-kanak melebihi sifat yang dia kenali ketika berdepan dengan lelaki itu.
Aura kebapaannya nyata menyerlah membuatkan hati Ann Layli merasa senang dan nyaman; selain sifatnya yang sangat berhemah dalam menyantuni orang tua terutama bondanya. Ann Layli benar-benar tidak percaya yang lelaki itu kini sudah menjadi suaminya.
Lihat saja sekarang, Benz Fahri tidak pernah kekok melayan dan berinteraksi dengan kedua kembar tersebut. Tidak langsung canggung. Lantas, perasaan kagum mendahului carta dalam hatinya dengan sifat yang ditonjolkan.
Saat ini, pandangan Ann Layli bertambah pegun melihat suaminya yang sangat cekap mengajarkan Aery dan Aedy berenang. Malah lelaki itu juga mengajarkan mereka cara berenang dan menyelam dengan teknik yang betul. Walaupun masih kecil, tetap kelihatan Aery dan Aedy cekap mempelajari teknik selaman yang di ajarkan oleh Benz Fahri.
Tidak dapat tidak, Ann Layli terpaksa mengakui fitrah seorang Benz Fahri yang merupakan pilihan keluarganya itu. Dia; cocok menjadi jejaka menantu pilihan. Sebahagian hatinya kini, terasa ada ruang yang mula menempatkan nama lelaki itu. Perlahan dia cuba menghadam takdir ini.
Suara kanak-kanak dan coach mereka membuyarkan lamunan Ann Layli lagi. Pandangannya masih sama terarah ke arah kolam tersebut. Dia berasa terhibur melihat telatah anak comel kembar itu. Suara mereka nyata riang memenuhi ruang tersebut apabila sesekali di acah Benz Fahri.
Dia tersenyum senang melihat momen ceria antara Benz Fahri dan kanak-kanak itu. Hilang wajah keras dan tegas yang biasanya bias di wajah lelaki itu saat ini. Itu menunjukkan Benz Fahri sangat hebat mempamerkan sifat-sifat positif dalam dirinya. Malah hubungan mereka tampak akrab dan menyenangkan hati wanitanya.
Namun hanya seketika kerana sesaat selepas itu, lamunan Ann Layli sirna dek suara yang menegur dari arah belakangnya.
“ Eh, Puteri tak join diorang sekali ke? Kenapa duduk sini je?” tegur Ruhana. Dia yang hendak melintasi ruang taman belakang itu seterusnya ke bahagian kolam mini yang menempatkan acara mandian cucu cucunya dan Benz Fahri terperanjat apabila terlihat Ann Layli berada di situ.
Tersentak, Ann Layli berpaling ke arah suara di belakang. Nyaris dia melatah. Ruhana kelihatan merapati dirinya di situ. Bibir diketap rapat menahan malu yang menempel ke seluruh wajah. Rona merah juga cepat sungguh berbias di wajahnya.
Pandangan Ruhana terhala ke hadapan. Melihat susuk riang anak dan cucu cucunya membuatkan senyuman wanita separuh abad itu turut mengembang. Tahulah dia, yang menantu barunya sedang mengintai susuk anak lelakinya di situ.
“ Tak bonda, Puteri tengok-tengok aje. Lagipun tengah period pain." Hendak tak hendak terpaksa Ann Layli beralasan.
“ Oh, patutlah. Hmmm..dah alang-alang Puteri ada sini, tolong Bonda boleh?” pinta Ruhana.
“ Insha'Allah bonda, boleh aje. Nak tolong apa tu?”
“ Ni ha, bagi bathroob ni untuk budak berdua tu. Bonda nak hidang minuman petang dekat taman mini sana. Kejap lagi lepas diorang bersiap, kita minum sama-sama.” Ruhana menyerahkan baju mandi berkain kapas yang bercorak awan dan bintang itu kepada Ann Layli.
“ Suruh Ben ajak budak-budak tu naik
lekas. Dah berejam berendam nanti diorang kena selsema pulak." pesan Ruhana lagi.
“ Oh, Aedy dengan Aery tak boleh mandi lama lama ke bonda?” soalnya ingin tahu. Seingatnya baru hampir setengah jam saja kanak-kanak itu menghabiskan waktu di kolam tersebut.
“ Iye, diorang tu cepat sangat boleh kena selsema. Yang si tua tu pun sama. Kalau lama lama main air nanti mula la demam. Suruh diorang naik cepat.” ujar Ruhana lagi.
Tanpa banyak soal, Ann Layli mengangguk.
“ Baik bonda. Puteri ajak diorang naik. Atau bonda nak Puteri siapkan minuman petang, bonda boleh ajak diorang naik?" Ann Layli memberi penyelesaian kepada Ruhana.
“ Tak apa, Puteri aje yang ajak diorang. Biar bonda siapkan minuman. Lepas diorang siap, ajak diorang ke taman mini. Nanti kita
Ruhana masuk ke dalam semula manakala Ann Layli bergerak menghampiri kolam yang masih rancak dengan aktiviti renang dan menyelam itu.
“ Benji!" Ann Layli memanggil.
Benz Fahri menoleh saat terdengar nama baharunya itu dilaungkan oleh suara seorang wanita yang sudah tidak asing lagi di pendengarannya. Keningnya terangkat bertanya.
“ Bonda. Are. Calling. You. And.The.Kiddos. Now!" balas Ann Layli dengan miming mulut bersama sebiji sebiji patah perkataan. Tangan juga sama naik menunjukkan isyarat agar si suami lebih faham.
Angguk bersama senyuman, tangan kanan diangkat memberi isyarat agar Ann Layli menantinya ditempat wanita itu sedang berdiri sebelum memberi pesanan kepada Aery dan Aedy yang masih lagi rancak dengan aktiviti kolam mereka.
“ Aedy, Aery enough kay. Lama sangat dah kita practise. Kita naik dulu ya. Aunty Su dah panggil tu.”
“ Ala, tapi Aery belum puas lagi ayahcu!" bangkang Aery. Mukanya sedikit tak puas hati apabila di minta berhenti bermain dan mandi kolam.
“ Tak apa, esok-esok ada masa ayahcu ajar lagi. For now kita naik dulu kay.” nasihat Benz Fahri. Rambut Aery dicacah.
“ Promise ehh esok kita mandi kolam lagi.”
“ Yup, promise!” Tangan kanannya diangkat separate bahu membuat ikrar.
Aedy dan Aery tersengih seperti kerang busuk apabila mendapat ikrar janji tersebut.
Lantas, kedua beradik itu ditarik merapati tebing kolam dan Benz Fahri menaikkan mereka ke atas. Setelahnya dia pun turut menginjakkan tubuh dan duduk di tebing kolam itu.
Ann Layli merapati Benz Fahri lalu menyerahkan bathroob yang diberikan Ruhana tadi.
“ Bonda suruh ganti bathroob budak-budak ni. Lama dah diorang berendam dalam air. Nanti kena selsema pulak.” beritahu Ann Layli.
“ Dah naik dah budak-budak ni. Bonda ni risau sangat dengan cucu-cucu dia.” sempat Benz Fahri membebel.
“ Yelah, mesti la bonda risau. Kalau sakit kan susah.”
Menghampiri si kembar Ann Layli duduk diantara keduanya dibirai kolam menemani kedua beradik itu. Ubun-ubun Aery dan Aedy digosok lembut. Pipi kedua kembar itu juga turut dicuit geram.
Benz Fahri menggeleng kepala. Bathroob kepunyaan Aedy dan Aery yang berada di tangan diletakkan di atas kerusi rehat berhampiran kolam. Duduknya dilabuhkan bersebelahan Aedy.
“ Risau sangat cucu dia. Anak sendiri tak risau pulak.” bebel Benz Fahri.
“ You dah besar. Budak-budak ni kecil lagi. Memang wajib la bonda risau.” balas Ann Layli.
Mendengarkan itu, Benz Fahri tayang wajah cemberut. Sedikit terasa hati dengan pernyataan si isteri.
“ Aedy, meh sini ayahcu salin baju. Kang lambat-lambat nenek RISAU.” Benz Fahri menarik anak kedua Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia itu sambil melirik ke arah Ann Layli sambil menekankan perkataan risau dalam ayatnya agar Ann Layli faham maksudnya yang sedang terasa dipinggirkan itu.
“ Ala, Aedy nak jemur badan bagi kering dulu."
“ Tak payah jemur, kita lap aje dengan tuala bagi kering. Kalau jemur badan kang kering jadi ikan masin. Nak ke?" usik Benz Fahri. Tuala mandinya yang tersedia di atas kerusi sejak tadi, di bawa ke riba dan dia mulai mengelap badan Aedy.
Aedy menggeleng sebaik mendengar usikan ayahcunya.
“ Tak nak ah..nanti body Aedy hitam tak hensem dah. Aedy nak encem cam ayahcu.” sengihnya.
“ Yeke ayahcu hensem?” soal Ann Layli. Sengaja dia menyoal Aedy untuk mengusik suaminya.
“ Encem la. Daddy cakap sebab tu aunty su kahwin dengan ayahcu.” balas Aedy petah.
“ Aah mummy pun cakap ayahcu hensem sebab tu aunty su kahwin dengan ayahcu.” giliran Aery pula menyampuk.
Benz Fahri ketawa senang apabila di puji anak saudaranya. Berasa bangga juga. Perlahan matanya melirik ke arah sang isteri yang wajahnya sudah bertukar kemerahan akibat segan.
Ann Layli pula hampir saja tercekik air liur sendiri apabila mendengarkan sebab musabab anak anak buahnya yang kepetahan bersuara itu. Merah wajahnya kerana berasa segan menjadi topik bualan. Tadi, dia berniat mahu mengusik suaminya alih alih dia pula yang terkena.
“ Ha bagus. Tahu pun nak hensem macam ayahcu. Ayahcu hensem kan.” provok Benz Fahri suka ke arah Aedy dan Aery.
“ Hensem..” terangguk angguk Aedy dan Aery mengiakan.
“ Good boy. Sayang ayahcu satu kali. Nanti ayahcu upah bawak mandi kolam lagi tau.” Benz Fahri menunduk mencium pipi Aedy dan Aery.
“ Dah cepat bangun, salin baju. Nenek tunggu lama dah tu.” arah Ann Layli.
Kedua beradik tersebut menurut perintah Ann Layli. Bergilir mereka menunggu giliran agar Benz Fahri menyalin pakaian mereka. Tugas Ann Layli pula mengumpulkan pakaian basah anak anak itu ke dalam bakul pakaian kotor yang turut diberikan Ruhana tadi.
“ Now go to nenek at the backyard. We want to take hi tea.” pesan Benz Fahri kepada keduanya setelah mereka selesai dengan menggantikan pakaian bersih itu. Aedy dan Aery mengangguk sebelum masing-masing berjalan menuju ke lama belakang.
Ann Layli tersenyum senang melihat Aedy dan Aery yang menurut kata itu. Senang hatinya melihat anak anak itu riang menuju ke laman belakang.
“ Anak-anak dah ganti baju. Abang punya baju ganti mana?” soal Benz Fahri. Dia mencuit pinggang isterinya setelah mendapati Ann Layli tidak merespon katanya.
“ Hah!” Ann Layli terkejut apabila diserang dari belakang.
Kesekejapan dia berpaling sebelum mendapati Benz Fahri sudah tidak berbaju. Hanya seluar pendek saja membaluti tubuh lelaki itu. Suaminya sedang bercekak pinggang memandangnya dengan kedua kening diangkat berselang seli menunggu jawapan.
Jarak antara mereka terlalu hampir, sehinggakan jika dia bergerak seinci akan menyenangkan hidungnya menjamah kulit dada bidang sang suami. Beranjak seinci kebelakang juga tidak memberi jaminan kepada Ann Layli agar terselamat kerana DIA masih berdiri dipinggir kolam mandi dibelakangnya. Tak semena wajah Ann Layli memerah akibat berasa segan melihat tubuh yang tegap dengan otot-otot yang benar-benar membuatkan jiwanya terasa melayang ke udara.
Benz Fahri menundukkan sedikit wajahnya menyamai paras wajah Ann Layli. Bibir ranum Ann Layli ditenung dengan senyuman. Jelas ketar bibir wanita itu dapat dilihat dengan dua alis mata helangnya.
Ann Layli bertambah hilang keseimbangan diri apabila melihat senyuman nipis suaminya bertukar lebih mesra. Tanpa berfikir panjang, Ann Layli cuba meminggir diri ke tepi namun langkahnya tidak begitu baik membuatkan kakinya tersadung bakul pakaian mandi si kembar. Lantas, tubuhnya melayang jatuh ke dalam kolam tanpa sempat Benz Fahri menyambar tubuhnya.
Debush!!
Arghhhh!!
********
Lincah tangan Benz Fahri menyalin pakaian isterinya. Pakaian basah yang sudah disalin diletakkan ke dalam besen. Setelah rapi, tubuh itu diselimutkan dengan selimut tebal. Bantal di kepala juga turut sama dibetulkan agar bahagian paling atas bahagian tubuh itu selesa.
Beberapa helai anak rambut yang terjuntai dihadapan wajah sang isteri diselitkan ke belakang telinga. Jemarinya sempat bermain di kedua alis kening sang isteri sebelum jatuh meliar ke batang hidung. Dia menarik keluh kala merasakan desahan nafas yang panas terbit dari rongga hidung itu.
Jemarinya kemudian melalui kedua celahan bibir yang kering itu. Diusap perlahan dan penuh hati hati. Bertambah lega, apabila bibir bak delima itu sudah nampak merahnya. Dalam hati beristighfar panjang. Terlalu bersyukur kerana masih diberi peluang melihat wajah dan menyentuh tubuh itu. Perlahan kepala ditekur merapat bersebelahan pelipis isterinya dan melabuhkan kucupan singkat di situ.
“ Ben?"
Bersama ketukan di muka pintu, susuk Ruhana muncul dan berjalan merapati Benz Fahri lalu masuk ke ruangan bilik tidur itu. Riak gusar terpeta di wajahnya.
Duduk dilabuhkan bersebelahan sang anak. Wajah ditekur ke hadapan menghadap Ann Layli yang terlena di atas katil. Berselang saat, wajah Benz Fahri pula dipandang.
“ Ben ok?" soal Ruhana.
Senyum tiga saat dibiaskan Benz Fahri.
“ Ben ok bonda."
“ Puteri ok? Kalau tak ok kita panggil doktor aje.” soal Ruhana buat sang anak.
Meletakkan besen berisi air serta tuala kecil ke bawah lantai, Benz Fahri berdehem membetulkan letak suara yang juga nyaris hilang saat Ann Layli kelemasan dalam kolam mandi tadi.
“ Betul. Bonda jangan risau. Puteri dah sedar tadi tapi mungkin sebab letih lagi dia tertidur balik.”
“ Mau, bonda tak risau. Esok kan majlis resepsi tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Satu hal pulak nak menjawab dengan babah dan Mak Hasnah kamu.” ujar Ruhana.
Memeluk belakang Ruhana, Benz Fahri menggosok lembut belakang wanita itu. Cuba mententeramkan si ibu walaupun hatinya juga dilanda ribut taufan yang hebat tadi. Senyum dipaksakan terbias di bibir meski hati masih lara sendiri.
“ No worries bonda. I'll handle it.”
“ Anak orang Ben. Baru dua hari je jadi hak milik kita dah jadi macam-macam. Bertahun babah kamu hadap ujian dan dugaan nak cari anak dia. Bila dah ada depan mata mana mungkin dia sia-siakan zuriat dia. Ben kena jaga Puteri elok-elok. Bonda tak tahu nak jawab apa dengan babah kamu kalau Puteri jadi apa-apa.”
“ Ben faham bonda. Insha'Allah Puteri baik-baik aje. Ben akan jaga dia macam Ben jaga nyawa Ben sendiri. Bonda jangan susah hati.”
“ Yelah. Lega sikit bila tengok dia dah ok macam ni. Tapi ingat, kalau dia muntah atau apa-apa, cepat bawak pergi klinik. Jangan tanguh-tangguh. Puteri ni tanggungjawab Ben sepenuhnya sekarang ni. Sakit pening dia semua Ben kena ambil tahu. Jangan tahu seronok aje.” pesan Ruhana lagi.
“ Ye bonda...”
“ Kalau macam tu, bonda keluar dulu. Nak apa-apa panggil je bonda kat bawah. Lagipun nak masuk Maghrib dah ni. Bonda nak bersiap solat lepastu ajar budak-budak mengaji. Kamu pun jangan lupa solat.”
“ Baik bonda. Kejap lagi Ben solat. Nak setel baju-baju Puteri ni dulu.” Balas Benz Fahri sambil mata melirik ke arah besen berisi pakaian basah isterinya dilantai bilik.
“ Hah, yelah.” Ruhana sudah bangun. Pintu bilik dituju.
“ Bonda!” Ruhana berpaling semula.
“ Kenapa?”
“ Abang dengan akak dah balik belum?”
“ Belum. Ni bonda nak tunggu abang dengan kakak kamu balik lah ni. Dah lewat, tak balik balik lagi. Anak-anak dah sibuk bertanya. Itupun satu hal. Merayap kalah orang baru bercinta. Lupa habis anak anak kat rumah.” Bebel Ruhana.
Hampir tawa Benz Fahri meledak namun cepat ditahan kerana bimbang tidur sang isteri terganggu. Sedikit terhibur dengan kata kata sang ibunya.
“ Tak apa, kejap lagi balik lah tu. Budak budak tu mana?
“ Ada dekat bawah. Tengok Umar dan Hana.”
“ Oklah bonda, Ben nak pergi solat ni sambil kemas apa yang patut. Terima kasih bonda.”
Ruhana mengangguk sebelum menghilang di balik pintu.
Benz Fahri meneruskan kerja kerjanya yang tergendala tadi selepas lawatan singkat Ruhana itu.
Hati dan akal sudah kembali berfungsi dengan baik setelah menunaikan solat Maghrib, walaupun tidak sepenuhnya. Detik detik cemas tadi masih tidak gagal menganggu kelipan matanya dalam sedar. Dengan itu bacaan ayat-ayat quran cuba dialun ke alam sedar sendiri agar perasaan fobia tadi hilang. Surah Ar-Rahman menjadi pilihannya sehingga dia larut dan hadam dalam taddabur suci itu.
Sayup alunan ayat suci yang mendayu dihujung telinga membuatkan kejapan mata Ann Layli perlahan terbuka.
Perlahan terlayar susuk seorang lelaki berkopiah putih sedang membelakangkan dirinya di hadapan katil.
Kepalanya yang terasa berat cuba diangkat namun tak terdaya. Sudahnya tersadai lemah di atas bantal bersarung putih itu saja. Masih terasa olengan air yang memenuhi ruangan minda juga mata saat itu membuatkan traumanya kembali ke ruangan sedar. Reflek itu, membuatkan suara takutnya terlantun lantas menarik perhatian sang pentaddabur di hadapan.
Bingkas bangun dan menyisipkan mini alquran miliknya ke atas meja solek, tubuh Ann Layli diterpa kalut.
Tubuh Ann Layli yang sedang menyusup ke dalam selimut tebal itu dikuak. Gigilan tubuh isterinya disauk kemas ke dalam pelukan. Zikir penenang dilafaz berulang kali ke celahan telinga isterinya.
Ann Layli masih fobia. Pelukan demi pelukan Benz Fahri ditepis kuat. Bersusah payah lelaki itu cuba mententeramkan jiwa isterinya yang dilambung ombak takut. Namun, sungguhlah kekuatan fizikal wanita memang tak mampu menandingi susuk fizik seorang lelaki ciptaan Ya Qowiy; Yang Maha Kuat.
“ Allahuakbar!”
Bersama laungan kuat Allah Maha Besar itu ke tepi telinga Ann Layli, serta kekuatan yang dipinta dari Al Qowiy, tegap tubuh sasanya memeluk erat tubuh sang isteri membuatkan Ann Layli semerta diam dari terus meronta. Melemah longlai tubuhnya dalam pelukan hangat Benz Fahri bersama rembesan air mata yang menabiri pipi mulusnya.
“ Sayang, I'm all here!”
“ Shhh..”
“ You're safe in my arm again. Insha'Allah.”
Setelah beberapa minit bertenang, Benz Fahri mencari raut wajah Ann Layli di bawah pelukan tubuhnya. Sebaik kelihatan sinar anak mata yang redup itu Benz Fahri menjarakkan badan. Namun kedua bahu isteri masih tak dilepaskan. Dia masih bersedia dengan posisi berjaga-jaga kerana khuatir Ann Layli bakal bertindak dengan lebih agresif lagi. Kerana baginya orang yang fobia ini tidak mudah hilang fobianya dalam waktu yang terdekat.
“ Sayang ok?”
Angguk.
“ Sayang nak apa-apa tak? Minum ke makan ke?”
Geleng.
“ Betul sayang ok?”
Angguk.
“ Ada sakit kat mana mana ke? Sayang bagitahu abang ya?”
Geleng.
Benz Fahri hampir putus asa. Semua soalannya hanya berbalas anggukan mahupun gelengan saja. Cepat dia beristighfar sendiri sebelum kembali membiaskan senyuman buat sang ratu hati. Menenangkan diri dengan menyabarkan hati sendiri; sempat dia berpesan dengan dirinya.
Tubuh Ann Layli ditarik ke dalam pelukan. Badan sendiri sudah terasa letih akibat bergelut dengan isterinya di dalam air siang tadi. Sudahnya ditarik tubuh itu mengikut tubuhnya bersandar ke kepala katil. Pelukan dikemaskan tanpa ada penolakan dari isterinya. Langsung selimut tebal ditarik ke atas tubuh mereka berdua. Disamping bibir mengalun zikir penenang Benz Fahri mengusap lembut sisi badan isterinya. Akibat keletihan, akhirnya mereka berdua terlelap.
**********
Share this novel