Muqri melangkah ke keretanya dengan wajah yang ceria. Terdengar siulan kecil terbit dari bibir. Briefcase yang di pegang di hayun santai. Beberapa orang staff yang turut lalu di bahagian parkir itu di tegurnya. Jarang sekali Muqri seperti itu membuatkan mereka merenungnya pelik. Tetapi Muqri mengabaikannya kerana seharian ini dia merasa gembira yang amat.
Pintu kereta Honda Civic FC di bukanya lalu membolos masuk ke dalam. Enjin kereta dihidupkan lalu dia meneruskan perjalanan pulang.
Malang sangat tak berbau. Sampai di suatu selekoh sebelum tiba ke destinasi perumahannya, kereta yang di pandu Muqri di pancung oleh kereta Toyota Caldina berwarna hitam.
Sreeet.. Sreeet..
Berdecit tayar kereta Honda Civic itu bergesel dengan bantuan di jalan tar kerana Muqri berjaya mengawal handbrake tangan dan brek kaki dengan serentak. Muqri urut dada. Dapat dia rasakan jantungnya berdegup dengan pantas dari kelajuan normal. Hampir saja kepalanya mencecah stereng kereta tetapi diselamatkan oleh tali pinggang keledar yang terlilit kemas di pinggang.
Huh, sialan mana ni?!
Muqri mendengus lalu tali pinggang di buka. Dia keluar dari kereta dan membuat sedikit penelitian pada keretanya. Almaklumlah kereta itu baru saja dia ambil beberapa hari yang lepas setelah berjaya mendapat payment daripada beberapa kerjanya yang telah selesai. Jadi, wajarlah dia risaukan kereta itu. Takut-takut ada kesan calar atau kemek di bahagian kereta.
Mengangkat wajah matanya menyerap dua orang figura yang di kenali sedang elok duduk bersilang tangan ke dada di atas bonet kereta Caldina hitam yang menghadang keretanya tadi. Sengihan dari raut wajah di depan itu membuatkan Muqri meludah liur ke tepi. Bengang!
Dia bergerak menghampiri kedua figura yang bersarung pakaian serba hitam di depannya. Senyuman sinis turut dia lempar buat pemuda itu.
“ Nice car huh!” tegur pemuda pertama yang bercacah tatu naga pada lengan kirinya.
“ Always when it belongs to me!” balas Muqri bongkak. Dia berdiri statik di hadapan bonet keretanya setentang dengan kedua pemuda itu.
Kedua pemuda tersebut saling berpandangan sesama mereka sebelum pemuda kedua yang berambut sedikit panjang pangkal bahu bangun menghampiri Muqri.
“ Kenji nak jumpa. Ikut kita orang.” ujar pemuda tersebut sambil mencengkam bahu Muqri sekilas.
Kening Muqri terangkat. Dia tersengih sinis. Kedua tangan di bawa naik mencekak pinggang selepas menepis tangan kekar pemuda itu di bahunya.
“ Apahal? Tak puas hati aku tebus tanah tu?” Angkuh dia bertanya. Dia dapat agak yang Kenji hantar wakil ini di sebabkan ketidakpuasan hati ketua gangster itu.
Pemuda kedua tadi pandang semula pada kawannya yang masih bersandar pada bonet kereta. Santai. Setelah mendapat persetujuan melalui kerdipan mata pemuda pertama yang bernama Mark itu sentuh hidung dengan ibu jarinya lalu bangun sambil mengemas kolar baju.
“ Aku datang atas arahan Kenji. Dia arah kau ikut kita orang. Jadi kau kena ikut aku dan John. Kau pilih nak ikut kita orang atau Kenji ambil kau punya bini!” Mark terus kepada tujuan utamanya dengan John yang mendapat arahan dari ketua mereka. Suaranya tegas. Langsung tidak beri peluang pada Muqri untuk bersoal balas.
“ Bangsat! Langkah mayat aku dulu!” maki Muqri. Darahnya menyirap apabila nama Ann Layli disebut. Isterinya tetap isterinya. Tak akan menjadi galang ganti untuk tujuan apa-apa walaupun dia berbuat zalim dengan wanita itu. Wanita itu, masih isterinya. Dia akan melindungi isterinya daripada anasir jahat Kenji.
“ Bos kau dah dapat semua payment dia. Hutang aku semua sudah settled. Apa masalah lagi?” soal Muqri. Terjegil biji matanya. Raut tidak puas hati dan sebal yang ditunjukkan saat itu hanya mengundang senyuman nakal dari kedua bibir Mark dan John.
“ Rileks bro! Rileks. Kita jumpa Kenji dulu. Apa-apa kau bincang dengan dia. Aku dan John cuma ikut arahan. Kalau kau tak mahu susah ikut sekarang!” Mark paut bahu Muqri lalu menyorong tubuh lelaki itu ke kereta Toyota Caldina mereka. Memaksa Muqri melangkah. Memaksa Muqri ikut mereka bertemu dengan Kenji.
Muqri terpaksa akur. Bimbang keselamatan Ann Layli di kampung di apa-apakan. Bukan dia tak tahu orang-orang Kenji ada di mana-mana. Salah langkah, pasti mengundang bahaya.
Masuk ke dalam kereta, Muqri mendengus sebal. Dia bengang terpaksa bertemu Kenji lagi. Apa lagi yang lelaki itu mahu darinya. Dua hari yang sudah dia telah melangsaikan baki hutang Kenji dan menebus kembali tanah Pak Bakar dengan separuh duit bayaran dari Khazanah Berhad setelah berjaya menandatangani persepakatan projek mereka di Royal Belum, Perak.
**************
“ Mak, Manja nak pergi pekan sekejap tau! Nak beli barang untuk baby Seha. Petang ni Manja janji dengan Akma nak tengok baby dia. Mak ada nak pesan apa-apa?” beritahu Ann Layli sambil menyarung sandal ke kaki. Kunci kereta dia capai dan beg sandang di sangkut ke bahu.
Puan Hasnah yang ralit menyiram pokok bunga angkat wajah. Dia menggeleng melihat keletah Ann Layli yang terkocoh-kocoh menyarung sandal depan pintu dapur itu.
“ Manja nak pergi dengan siapa?” tegur Puan Hasnah apabila Ann Layli kelihatan sudah menapak ke tanah menghampiri proton wiranya.
“ Manja sorang aje mak. Mak ada nak pesan tak?” soalnya sekali lagi sebelum tutup pintu kereta apabila memboloskan diri ke tempat pemanduan.
“ Tak ada apa. Semua barang Azman dah belikan tadi.” Penyapu lidi disandarkan Puan Hasnah pada dinding rumah. Dia berpaling melangkah menghampiri pintu keretanya yang di pandu Ann Layli.
Sebaik menghampiri Ann Layli dia teringatkan pesanan suaminya. “ Oh, baru mak teringat. Ayah ada pesan suruh belikan pisau cukur. Azman datang tadi mak lupa bagitahu dia pulak.” ujar Puan Hasnah sambil garu-garu kepala apabila teringatkan barangan yang di minta suaminya.
“ Okaylah, nanti Manja belikan. Jenama apa-apa pun bolehkan mak?” Ann Layli memastikan. Risau tersalah beli, ayahnya tak mahu guna pula. Lebih baik pastikan terlebih dulu.
Terlihat Puan Hasnah mengangguk beberapa kali sebelum berpesan kepadanya semula.
“ Cepat pergi, cepat balik. Jangan nak merayau mana-mana. Kamu tu isteri orang. Sudahlah balik kampung dekat satu bulan lebih tak ada suami yang meneman. Orang kampung kita ni bukan boleh, semua cerita pun nak di buat gossip!”
“ Baik mak. Manja pergi dulu. Apa-apa mak call je Manja.” pamit wanita itu lalu keretanya bergerak perlahan menuju ke jalan besar.
**************
Benz Fahri duduk bersandar di dada kerusi pejabatnya. Tiba-tiba ingatannya melayang pada suatu saat di mana bauan buahan menyerongot ke deria hidu. Dia tersenyum sendirian.
Figura. Suara. Bauan. Semuanya bersatu dalam deru jiwanya. Hampir setiap malam dia bermimpi seolah di alam fantasi. Lenanya sering terganggu. Puas dia cuba mencari di alam nyata sosok wanita yang sekali layang di pandangan namun sia-sia.
Dia tak punyai arah mahupun petunjuk terhadap figura seorang gadis itu. Jadi setiap hari dia cuma mampu berdoa agar dipertemukan dengan bidadari syurga itu.
Benz Fahri bukan seorang lelaki biasa yang bersikap 'mesra' dengan wanita. Karekternya yang keras dan serius 24jam membuatkan tiada seorang pun yang mahu mendampinginya selain dia juga tidak menunjukkan minat ke arah itu. Namun, semenjak kejadian tempo hari hati dan jiwanya seringkali terganggu di tambah pula dengan mimpi-mimpi dalam mainan tidurnya itu. Membuatkan jiwanya semakin hidup dan bercahaya. Meyakinkan dirinya tentang setiap yang hidup itu telah Allah siapkan pasangannya seperti Ying dan Yang, Rama dan Sita, Adam dan Hawa.
Ketukan di pintu mematikan lamunan Benz Fahri. Setelah arahan di beri pintu kayu itu terbuka lalu wajah Arina selaku akauntan syarikat muncul di situ.
“ Yes, Arina. You may in!” arah Benz Fahri. Terus paras mukanya di sejuk bekukan. Yang tadinya tenang dan santai telah bertukar keras dan serius.
Arina masuk dengan langkah yang cukup elegan bersama senyuman manis. Di tangannya terdapat beberapa fail. Kerusi di hadapan Benz Fahri dikerling sekilas menanti lelaki kacak itu membenarkannya duduk.
“ Have a seat!” arah Benz Fahri. Dia berdehem membetulkan kotak suara sambil mengemaskan tali leher dan kot yang tersarung di badan.
Dia pandang Arina lalu meminta wanita itu menjelaskan perkara yang ingin dibincangkan Arina setelah wanita itu menelefonnya sebentar tadi kerana ingin memastikan suatu perkara yang agak sulit berkaitan syarikat. Lantas, Arina meletakkan fail hitam di hadapan Benz Fahri setelah punggungnya melabuh duduk di kerusi.
“ Tuan, you have to look at this! Saya baru saja semak data kewangan syarikat bagi unjuran penggal kedua tahunan. Untuk fasa awal pembinaan chalet di Royal Belum terdapat sedikit keraguan.” ujar Arina. Dia membantu membukakan fail itu lalu di tolak ke hadapan untuk di lihat ketuanya.
“ What's up?” soal Benz Fahri. Dia melihat dokumen yang terbentang di hadapannya. Bebola matanya menyerap beberapa amaun yang mencurigakan.Terdapat juga bayaran-bayaran yang meragukan pada bil tunai yang di rekod. Malah catatan pengeluaran tunai tidak stabil pada graf. Dia cuba menghadam dengan lebih lanjut sambil meminta Arina memberi pencerahan yang sebaiknya.
“ I wanna further explanation!” pinta lelaki itu. Berkerut dahinya menyemak catatan dalam rekod di depan. Sesekali dia angguk pada bicara Arina di depan. Mahu fokus merungkai masalah yang timbul.
“ Pertama, Muqri Bina membuat penambahan modal ke atas penggunaan bahan mentah. Kedua, syarikat itu juga telah menggunakan bahan mentah yang kurang kualitinya. Yang sebelumnya tidak mendapat persetujuan. Ini terjadi apabila engineer syarikat mengenal pasti beberapa kerosakan semasa proses pembinaan di jalankan. Ketiga, modal tambahan tersebut telah disahkan oleh Encik Jamal dan duit itu telah didebitkan pada Muqri Bina seminggu yang lepas.”
“ Masalah ini mendapati Encik Jamal as a Head Financial Manager telah menyeleweng wang syarikat dan bekerjasama dengan Muqri Bina dalam memalsukan butiran kewangan.” terang Arina lancar. Segala dokumen yang berkaitan ditunjukkan pada ketuanya.
“ Syarikat mengalami ketirisan cairan wang sebanyak RM 2.5 juta. Ia melibatkan beberapa transaksi dan amaun yang berbeza nampaknya.” ulas Arina dengan sedikit wajah yang resah. Segala rekod dan data yang dia kumpul di tunjukkan pada Benz Fahri. Slide di dalam pendrive juga telah siap di buat salinan. Tiada masalah baginya jika majikannya itu mahu melihat presentation slide pula. Dia sedia memberi kerjasama.
“ Allah.” Benz Fahri raup wajah. Tersandar dia di dada sofa dengan keadaan yang sangat tegang. Seingatnya seminggu yang lepas dia dan Muqri telah berbincang tentang fasa kedua chalet itu setelah fasa pertama siap dan berada dalam keadaan yang memuaskan. Para stakeholder telah memberi sepenuh kepercayaan kepada kejayaan projek itu dan turut membuatkan para pelabur terus menyumbang modal tanpa banyak soal.
Benz Fahri melepaskan keluhan. Macam mana dia boleh tak perasan?
Kalaulah Megat Bakhtiar tahu!
Hmmm..
Terasa lehernya tercekik air liur sendiri. Tangannya dikepal erat membuatkan urat hijau kelihatan. Malah rahangnya turut diketap rapat dan kelihatan sedikit bergerak-gerak menahan amarah.
“ Tuan Megat dah tahu?” soal Benz Fahri pada Arina.
“ Belum tuan. Saya baru berbincang dengan Puan Suraya selaku Pengurus Kewangan 2. Dia sedang buat kertas laporan. Kami menunggu persetujuan tuan untuk bawa kes ini ke pengetahuan Tuan Bakhtiar. Jika mendapat approval kes ini perlu di bincang dalam mesyuarat tergempar untuk tindakan selanjutnya.” terang Arina.
“ Macam mana tuan? Apa saranan tuan untuk tindakan seterusnya?” suara lembut Arina kembali menyoal setelah beberapa minit dia mendapati Benz Fahri dalam keadaan senyap dan berfikir.
Benz Fahri mengetuk-ngetuk jemarinya di atas meja dengan otak sama ligat berfikir. Dia berdehem membetulkan kotak suara sekali lagi.
“ Hold on first, to info Tuan Megat. I will tell him by myself. Suruh je Suraya siapkan laporan and bring it before..” Benz Fahri menilik seketika Hublot di tangan kirinya “.. hmm 5 pm. I ada meeting luar after lunch nanti. Make sure that report through to emel juga.” pesan Benz Fahri semula.
Arina mencatat beberapa maklumat ke dalam ipad di tangannya setelah mendapat pesanan dari Benz Fahri. Selesai mencatat dia bangun lalu mengemaskan semula dokumen yang di bawa ke meja Benz Fahri tadi.
“ Anything tuan? If tak ada, saya keluar dulu. Saya akan inform Puan Suraya untuk semua details.” ujar Arina meminta kepastian lelaki itu. Risau jika ada pesanan yang keciciran nanti.
“ Nope. You may go.” Geleng Benz Fahri. Setelah Arina menapak keluar, Benz Fahri tersandar lemah di kerusinya. Fikirannya runsing dalam mencari jalan bagaimana mahu memberitahu abang serta kakaknya iaitu Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia tentang masalah penyelewengan tersebut.
Salam Jumaat. Maaf, ini je yg dpt di update. Sy masih terkesan dgn pemergian sahabat baik (perempuan) sy ptg smlm. Arwah adalah sahabat semasa sekolah menengah. Dia pergi setelah sebulan bertarung dengan penyakit paru-paru berair. Pergi meninggalkan dua orang putera dan seorang puteri. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Dari Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali. Mohon readers sekalian, sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan org2 yg beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Tq yg sudi bce chap ini. Sorry if byk typo. Emosi masih tak stabil. Apabila WL berbicara; Berbuatlah baik selagi masih berkesempatan. Kerana peluang yg ada cuma seketika. Bersyukur dengan apa yg kita punya kerana ini semua milik yang Maha Berkuasa. Salam sayang, Whitelily...
Share this novel