AMARAN!
TERDAPAT PENGGUNAAN BAHASA DAN AYAT YANG KASAR SERTA TIDAK BERMORAL.
_____________________________________________________
Malam itu, setelah mendapat amaran keras dari Muqri, Ann Layli langsung tidak berani bersuara mahupun menegur. Dalam masa yang sama dia menunjukkan sifat protes terhadap tindakan lelaki itu kerana telah berkasar dengannya. Dia sekadar memerhati dari jauh tingkah lelaki itu.
Kepala disandarkan dengan selesa berlapikkan dua bantal yang tinggi atas katil queen tersebut. Setelah merapikannya novel yang ada atas meja di tepi katil dicapai. Muka surat yang di tanda sebelumnya dibuka. Setiap rangkap isinya di baca dan di hadam. Sekali sekala kening Ann Layli berkerut. Sekejapan lagi bibirnya tersengih. Sesaat selepas itu, riaknya kelihatan datar. Dia tenggelam dalam dunia fantasi bacaan novelnya tetapi tidak bermakna dia tidak sedar dengan dunia realitinya sekarang. Sekali sekala ekor mata mengerling reaksi manusia yang turut berada dalam bilik itu.
Berdiri tidak jauh dari wardrobe, Muqri kelihatan terkial-kial menyarung tshirt hitam di badan setelah usai membersihkan diri. Sekali sekala kelihatan wajah yang membengkak tu berkerut menahan sakit. Sudah beberapa kali dia berdesis. Malah, rusuk kirinya yang kelihatan bengkak dan membiru membuatkan Muqri sukar menarik tshirt yang tersangkut disebelah bahu kanannya.
Sekejapan Ann Layli di kerling dengan hujung mata. Perasan akan isterinya itu sedang bersantai bersama novel di sudut katil mereka buatkan hatinya tambah berbahang. Terdetik di hati, mahu memanggil wanita itu membantunya namun mengenangkan sakit hati dan bengang dengan ulah Ann Layli yang memaksanya tadi terus tak jadi dia mahu minta pertolongan.
Kerja yang tergendala di sambung walaupun mengambil lebih dari lima minit untuk menyarung hanya sehelai tshirt saja. Usai menyarung baju, jeans Polo yang tersangkut pada penyangkut baju dalam wardrobe dicapai. Seluar ditarik lalu penyangkut itu dilempar semberono hingga tercampak ke lantai.
Ann Layli yang perasan hanya diam. Tapi dalam hati sebal menggunung dan terus merungut geram.
“ Eh, main campak-campak pulak. Ingat ada orang gaji ke nak kemas bilik ni!"
Seluar di bawa sarung ke kaki. Ketika mahu tunduk menarik kaki seluar yang sangkut di hujung sekali lagi Muqri mendengus.
“ Arghh.. Aduh.. Sial betul lah!" bebalnya.
Kali ini agak kuat kerana rusuk kiri dan kanannya terasa berlaga. Semerta tangannya naik menekap rusuk yang sakit lalu terbongkok dia duduk di birai katil berhampiran Ann Layli. Seluar jeans yang masih di hujung kaki di biar berlabuh di situ.
Terkesip dengan suara dengusan itu, Ann Layli panggung kepala. Tubuh bongkok Muqri dia pandang. Faham lelaki itu sedang menahan sakit. Namun dia biarkan saja. Geram di hatinya masih berbaki.
Kalau nak di tolong pun, pasti Muqri tidak mahu. Yelah, orang tengah marah. Dan, kalau dia bangun menolong Muqri pun pasti bertambah marah lelaki itu. Riak Muqri yang keras dan tegang itu saja sudah dia tahu. Namun seketika kemudian, lain pula yang jadi.
“ Kau tak reti tolong aku ke? Tak nampak aku susah nak pakai seluar!" sergah Muqri tiba-tiba dengan jelingan mata yang tajam. Bertambah sebal, Ann Layli sekadar duduk statik pandang dia dengan wajah yang mencuka.
“ Tengok apa lagi. Tolong la cepat. Aku nak keluar ni!” desak Muqri. Novel di tangan Ann Layli dirampas lalu dicampak kasar hingga jatuh ke lantai.
Terkejut dengan tindakan drastik Muqri, Ann Layli bangun. Walaupun sebal dia tetap menghampiri Muqri lalu turun ke lantai dan mendapatkan kaki suaminya.
Hujung kaki seluar diseluk mencapai kaki kiri lelaki itu. Kerana marah yang bersisa, Ann Layli menarik kasar kaki Muqri hingga sekali lagi lelaki itu menjerit kesakitan.
“ Babi betullah. Kau tak boleh buat perlahan-lahan ke? Kau tahu tak kaki aku sakit ni!" marah Muqri. Kepala Ann Layli ditunjal sehingga terngadah kepala wanita itu.
“ Dah tahu sakit, sibuk juga nak keluar!” pantas Ann Layli menjawab.
“ Kau sibuk apahal. Aku nak keluar ke apa aku punya pasal! Sejak bila kau suka menyibuk hal aku ni?” rahang Ann Layli dicengkam kasar.
“ Tapi muka abang bengkak lagi. Tu.. rusuk tu pun sakit. Rehatlah dekat rumah.”
“ Apa masalah kau hah! Aku nak keluar ke masuk ke, kau peduli apa? Bosan mengadap muka kau tahu tak. Ish.. serabut aku!" Muqri tolak bahu Ann Layli hingga isterinya tu terduduk ke atas lantai bilik. Dia bangun lalu berdiri sambil cuba menarik kembali seluar yang tersangkut di betisnya dan akhirnya berjaya membutangkan kancing seluar itu.
“ Apa masalah abang hah? Main kasar macam ni? Sejak bila pandai naik tangan ni?" soal Ann Layli bengang lalu bangun berdiri sama tinggi dengan Muqri. Geram dia diperlakukan dengan kasar mukanya berubah berang.
Tak pernah selama perkahwinan mereka, Ann Layli berperang mulut dengan suami. Bukan sifat seorang Ann Layli yang suka melawan. Malah, dia seorang yang lemah lembut. Tetapi jika dia di kasari dan di ancam tentunya dia tidak teragak-agak membalas semula. Dia bukannya seorang perempuan yang biasa dilabelkan dengan sifat lemah sepanjang masa.
Lagipula, seingatnya Muqri melayan dia dengan baik selama tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga. Tak pernah meninggi suara. Jauh sekali memukulnya. Namun, sejak kepulangan suaminya dari outstation, total sangat perubahan lelaki itu.
“ Kau tanya aku sejak bila? Meh sini aku bagitahu!" dia berjalan mendepani Ann Layli.
“ Sejak mulut kau tu suka menyibuk hal aku! Ni mulut ni tak reti diam. Pandai membebel dah. Sakit telinga aku dengar." Sekali lagi tangan kasarnya mencengkam kasar mulut wanita itu.
“ Sakitlah abang. Apa abang ni!” jerit Ann Layli menahan tangan besar Muqri dari terus mencengkam mulutnya.
" Aku tak suka kau sibuk hal aku!.” bahu Ann Layli ditunjal. Wajahnya tajam menikam anak mata isteri.
“ Apa yang saya sibuk? Salah ke saya risau kan abang. Saya cuma ajak abang pergi buat report sebab kena serang sampai cedera macam ni. Salah ke? Atau.. abang cuba sembunyikan sesuatu?" serkap Ann Layli. Matanya yang bundar dibesarkan lalu melawan pandangan Muqri.
Mendengarkan kata-kata itu, bertambah sakit hati dan bengang Muqri. Dadanya berombak kasar. Tak sangka dia begini sikap Ann Layli. Sudah pandai berprasangka buruk dengan dia. Mana perginya sikap hormatkan suami gadis itu!
“ Kau tak payah nak tunjuk risau kau. Aku belum nak mati lagi. Pandai aku uruskan hidup aku. Duduk rumah pun sakit mata aku. Ada bini tapi tak pandai nak layan laki.” sindir Muqri sambil tersenyum sinis.
Dia mula berjalan ke arah meja solek. Sikat dicapai dan di bawa berlari ke celah rambut setelah minyak rambut diratakan dengan jari. Setelah rapi sikat di kembalikan ke atas meja. Pakaian di tubuh ditelek sekali lalu pada cermin di depan. Perfect!
“ Saya risau sebab abang tu suami saya. Kalau suami jiran eh, pergi lantak lah.. Apa yang saya tak layan abang? Makan pakai rumah semua saya jaga dan uruskan dengan baik. Abang jangan tuduh saya yang bukan-bukan.” balas Ann Layli.
Langkah Muqri diikut. Tshirt si suami dia tarik membuatkan lelaki itu terganjak beberapa tapak ke belakang. Muqri mendengus lantas memalingkan wajahnya. Kelihatan wajah lelaki itu bertukar merah. Hatinya bertambah panas. Sudahlah suara Ann Layli masih tak berhenti dipendengarannya membuatkan telinganya semakin panas dan rimas. Kini, wanita itu cuba main kasar pula. Ann Layli sudah melampau!
“ Hei betina! Kau dengar sini baik-baik. Mulai hari ni, kau tak payah nak menyibuk hal aku. Nak berlebam ke nak berdarah ke, itu masalah aku. Aku tahu uruskan hidup aku. Kau tak tahu apa-apa duduk diam-diam."
Amaran di beri. Bahu Ann Layli ditekan rapat ke dinding. Jari telunjuk kanannya naik mengarah ke wajah wanita itu. Ann Layli cuba bergerak melepaskan diri namun hampa. Tekanan yang diberikan pada bahunya begitu kuat.
“ Aku muak la dengar mulut kau membebel. Kau tu duduk rumah cuma makan tidur makan tidur besarkan badan saja. Mengangkang dekat aku pun malas. Tak pandai pulak tu. Ada hati risaukan aku!” Muqri menyinis lebih teruk.
“ Sa.. sakit abang!" suara Ann Layli bergetar cuba melepaskan tekanan kedua tangan Muqri yang menahannya.
Muqri melepaskan Ann Layli lalu kunci kereta dan wallet dia capai setelah siap menyarung pakaian lengkap tadi. Sedikit wangian disembur ke beberapa bahagian badan. Wangian Jo Malone itu, meruap mengembur ke serata ruang bilik. Wangi.
Terngadah Ann Layli mendengar. Hatinya yang sedia tercalar kini rapuh mendengar hinaan seperti itu. Sudahlah di awal tadi dia disakiti zahirnya. Sekarang disakiti batin pula. Sungguh luar biasa sikap Muqri sejak pulang dari outstation kali ini. Apakah yang membuatkan Muqri berubah? Hatinya tertanya sendiri. Tanpa sedar, air mata mula menubir di birai mata.
“ Kau tak payah nak buat muka sedih macam tu. Memang betul pun kau tu tak mampu bagi aku anak. Orang lain kahwin hari ni bulan depan dah bunting pelamin. Kau sampai hari ni tak bunting-bunting lagi!” kepala Ann Layli ditunjal kasar apabila Muqri menghampirinya. Terteleng kepalanya. Sudahlah rahang yang dicengkam awal tadi masih sakit. Bertambah sakit tubuh badanya lagi.
“ Abang! " terjerit Ann Layli. Kecewa membalut hatinya. Sampai hati Muqri menghinanya begitu. Tak tahukah Muqri anak tu adalah rezeki. Sudah belum masanya lagi Allah mahu mengirimkan malaikat kecil tu menghuni rahimnya lagi. Kenapa diungkit-ungkit hal yang telah dipersetujui di awal pernikahan mereka dulu.
“ Kenapa? Tak betul aku cakap. Entah-entah kau tu mandul!" tempelak Muqri sekali lagi.
“ Sampai hati abang cakap macam tu. Anak tu rezeki. Allah belum nak bagi kita rezeki lagi. Bersabarlah." bergetar bibir Ann Layli menahan esakan. Hancur luluh perasaannya di hina suami sendiri.
“ Memang rezeki. Tapi kalau mengangkang dekat aku atas katil pun malu-malu sampai bila nak beranak? Ajak buat macam ni malu. Ajak buat macam tu malu!" terus-terusan Muqri menyelar.
Wajah Ann Layli terus kembang. Dia menunduk. Tak mampu menatap bebola mata Muqri lagi. Telinganya juga merah menahan perasaan malu dipersoal Muqri.
Dan sesaat itu, deringan telefon bimbit Muqri berbunyi. Lelaki itu lantas mencapai telefonnya yang terletak atas meja dan menjawab.
“ Half an hour I'll be there!”
Muqri terus berjalan keluar dari bilik. Malas dia mahu terus berbalah dengan isterinya. Lagipula panggilan telefon sebentar tadi lebih penting dari isu anak. Jaket kulit yang tersangkut di tepi pintu di sambar. Sebelum kakinya melangkah dia berdiri statik depan pintu lalu menoleh semula pada Ann Layli.
“ Kau tak payah tunggu aku balik.” pesan Muqri terus pintu bilik di lepas kasar. Berdentum bunyi. Ann Layli terkejut dek hempasan pintu. Air mata yang menubir tadi kini meleleh laju menganak sungai di pipi.
Apa salah dia? Apa yang dah dia lakukan pada Muqri sampai Muqri berubah hati macam tu. Tak sangka perkahwinan dia diuji begini. Berat sungguh hinaan Muqri pada dia. Kemana janji dan sayang Muqri pada dia. Berbagai soalan yang tak pasti menari di minda Ann Layli.
**************
P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan. Sorry lambat update sbb ada kenduri to attend :)
Share this novel