“ I'm sorry, I can't." Bibirnya diketap rapat bersama helaan nafas berat lantas dada Benz Fahri dia tolak separa kuat, kerana ingatan tentang kisah tragis dulu mula menguasai ke dalam fikiran.
Bimbang dikecewakan lebih teruk, buru-buru dia menundukkan wajah mengelak dari singgahan seterusnya. Perasaan trauma yang lama sudah menapak itu semakin membuatkannya takut untuk terus memberi peluang.
Sesaat tadi, sempat dia terbuai dengan ciuman Benz Fahri di bibirnya, namun kisah lama yang tiba-tiba menguasai fikiran membuatkan Ann Layli menjadi paranoid. Jiwa yang penuh trauma membuatkan Ann Layli risau untuk terus memberi harapan kepada sang suami.
Biarpun kini dia sedar yang rasa sayang buat lelaki itu mulai bercambah tetapi dek kerana kisah tragis itu, dia terpaksa menidakkan perasaannya sendiri.
Sebagai wanita yang sejarah pernikahannya pernah direntangi ranjau membuatkan Ann Layli terlebih insecure dengan keperluan batin sendiri. Sejarah lalu masih menghantui fikiran meskipun orangnya sudah bernisan.
Benz Fahri menghela nafas saat pendengarannya menjamah ucapan akhir si isteri. Mata dia pejam rapat dengan sela masa beberapa saat seraya meneutralkan perasaan terkilan.
Menyedari hakikat Ann Layli adalah isteri yang ditakdirkan Allah buatnya, lekas perasaan itu dia campak jauh dari kolam hati. Cuba memahami keadaan si isteri, dia akhirnya menjatuhkan kepala beberapa kali. Matanya di buka, lalu senyum segaris dia pamer buat memujuk hati sendiri juga hati isterinya. Tangan meraih hujung dagu isterinya lantas anak mata bundar yang cuba dilarikan itu dia renung dalam.
“ It's okay. It's not your fault. Maybe I'm too forcing you.” ujarnya. Bimbang jika perlakuannya tadi melukai perasaan Ann Layli yang masih trauma, Benz Fahri cepat memohon maaf.
Sudah acapkali dia berpesan dengan diri sendiri agar tidak terlalu memaksa Ann Layli agar menerima kehadirannya, tetapi diri itu selalu alpa dan mudah hanyut dengan perasaan sendiri. Malah sehingga menyebabkan dia terlepas laku. Menyesali sikap terburu-burunya itu, Benz Fahri sekali lagi mengungkap maaf.
“ I'm really sorry. I didn't mean to hurt you!”
Ann Layli menggeleng. Air matanya yang hampir menitik cepat diseka. Wajah didongakkan seraya menahan perasaan sebak itu. Sungguh saat ini, ungkapan maaf Benz Fahri itu membuatkan dia berasa sangat bersalah dan merasakan dialah isteri yang paling kejam.
Jujur dia katakan, semenjak kurang lebih sebulan mereka mendirikan rumah tangga ini biarpun hanya seketika bersama sebelum Benz Fahri dan dirinya berpisah demi tugas lelaki itu, tidak pernah sekalipun perilaku si suami membuatkannya berasa terasing. Semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Malah hampir setiap hari ketiadaan lelaki itu membuatkan Ann Layli mula merindui susuk suaminya.
Tetapi hari ini apabila lelaki itu pulang lalu mendambakan kasihnya sebagai isteri membuatkan hatinya takut untuk memberi harapan yang akhirnya telah melukakan hati Benz Fahri. Bahkan dia takut untuk memberi peluang kepada dirinya sendiri untuk mencintai suaminya itu.
“ Benji, awak terlalu baik untuk saya. Kenapa awak perlu end up hidup awak dengan perempuan seperti saya? You deserve better!" ujar Ann Layli sayu. Perasaan serba salah dan takut sedang berlawanan sesama sendiri kerana berasa dia telah mengecewakan suaminya. Sebagai isteri, bukan dia tidak nampak akan keihklasan Benz Fahri tapi hatinya belum cukup kuat untuk memberi harapan kepada lelaki itu. Ann Layli juga masih bimbang jika dia terlalu cepat memberi harapan, akhirnya perasaannya sendiri akan di khianati seperti perkahwinannya bersama Muqri dahulu. Dia tidak ingin pisang berbuah dua kali.
“ Ann, please stop asking why?! I have no answer for it. As you know, we are here because Allah destiny you for me. And I am bless for having you in my arms as wife as well. Maybe, I'm too rushing after your hectic jumping. But you can't deny your feelings. You can't deny my feelings towards you too. I'm happy that my appearance makes you reveal your feelings.” ucap Benz Fahri sungguh-sungguh. Senyum segaris dia lemparkan buat Ann Layli dan anak mata si isteri ditatap dalam. Sungguh dia mahu isterinya itu tahu dan mengerti akan perasaan sebenarnya terhadap wanita itu.
“ Ambiklah seberapa banyak masa yang you mahu untuk sesuaikan diri dengan I sebagai isteri yang sebenar. I takkan paksa you selagi you tak bersedia. I cuma nak bersama dengan you harung semua kesakitan dan kelukaan you sampai you lupa apa itu rasa sakit. I janji I takkan minta lebih dari yang you beri. Cuma I harap you percayakan I dan beri I peluang untuk bahagiakan you. I just want you as my lady by my side.” sambung Benz Fahri lagi. Berharap Ann Layli mempercayainya sekaligus memberinya peluang untuk membuktikan dirinya benar-benar menyayangi wanita itu.
Benz Fahri menangkup kedua tangannya ke pipi Ann Layli lalu mendongakkan sedikit wajah itu ke hadapannya. Lelaki bermata coklat itu kemudiannya memasakkan tautan matanya ke arah iris hazel milik Ann Layli sebelum melanjutkan bicaranya semula.
“ You have to trust me! I'm a man with words.”
Tangan kirinya menyelit juntaian anak rambut ke celah telinga Ann Layli. Pipi mulus itu diusap penuh sayang. Dia mahu isterinya tahu, perasaan kasih dan sayangnya adalah benar dan bukannya dusta.
“ But, it unfair to you!" pangkas Ann Layli. Perasaan bersalahnya benar-benar menguasai saat itu. Biarpun melihat riak tenang yang terpeta di wajah Benz Fahri namun dia tahu sedikit sebanyak jiwa lelaki itu pasti berkocak jika keinginannya ditolak mentah oleh si isteri. Egonya pasti tercalar.
“ Askìm, fate fares me better with you. Tak ada istilah sepadan ataupun tidak dalam perkahwinan. Perkahwinan kita ni terjadi kerana Allah dah tetapkan jalannya begitu. Sejauh mana pun kita berlari dari jalan takdir, Allah akan tetap mempertemukan kita sesuai rencananya. Apa pun yang jadi I nak you tahu yang I akan tetap di sisi you selagi Allah izinkan. I nak kita sama-sama berusaha tempuh alam perkahwinan kita ni bersama.. hingga akhir nafas kita. Please Ann..you kena beri I dan diri you sendiri peluang." nasihat Benz Fahri lagi.
“ Tapi, saya rasa bersalah dengan awak. Saya rasa sayalah isteri yang paling kejam. Saya menidakkan hak awak Benji. Awak sedar tak?” keluh Ann Layli. Wajahnya ditundukkan lalu menekur dada Benz Fahri. Terlihat degupan jantung lelaki itu yang masih berdenyut senada. Tanda benar-benar tenang seperti raut wajahnya tika membicarakan masalah sebesar ini sedangkan jantungnya sendiri bagai mahu meletup dari relung hati.
“ Tak perlu rasa bersalah sayang. I faham keadaan you. Just trust my words and pray that Allah will protect our marriage.” ujar Benz Fahri dengan nada lembut seraya memujuk perasaan Ann Layli yang sedang dikejar celaru.
Meleraikan lingkaran tangannya di tubuh Ann Layli, susuk isterinya itu dituntun sehingga ke birai katil lantas didudukkan di situ. Benz Fahri mengambil tempat bersebelahan isterinya. Jemari Ann Layli ditautkan bersama jemari besarnya sebelum mencium pundak tangan itu. Wajah diangkat bersama senyum lebar di hadapan si isteri.
“ If I have a request, will you fulfill it?” soal Benz Fahri setelah meleraikan tautan tangan mereka. Wajah Ann Layli dipandang dengan senyuman nipis. Kelopak matanya dikerdipkan seolah meminta kepastian.
“ Bergantung kepada permintaan awak Benji.” sela Ann Layli. Mungkin tiba masanya dia bertolak ansur sedikit dengan suaminya itu untuk mendengarkan permintaan yang datang secara tiba-tiba di tengah-tengah huru hara perasaannya itu.
“ You don't know me well. I'm also not. So, from now on apa kata kita berdua saling berkenalan antara satu sama lain supaya kita get know well. And dari situ kita boleh saling bina kepercayaan antara satu sama lain. Once trusted, kita steps into a new phase. Can you?” ujar Benz Fahri setelah berfikir semasaknya. Sudah lama dia ingin mengutarakan perihal itu semenjak dia mengambil keputusan untuk menikahi Ann Layli lagi, tetapi ada saja halangan dan kekangan yang membuatkan dia tidak punyai waktu yang sesuai untuk membicarakan hal tersebut.
“ Kenapa tiba-tiba?" soal Ann Layli ingin tahu.
“ Dah lama I nak cakap benda ni, tapi since keadaan tak mengizinkan sejak pertemuan pertama kita sampai ke majlis resepsi kita hari tu so, I rasa today is the day.” ujar Benz Fahri bersama senyum segaris. Lega dia dapat mengutarakan cadangan itu setelah berfikir tentangnya sebelum ini.
“ Kalau tak menjadi macam mana? It will cost you a lot of suffering Benji!” ujar Ann Layli dengan nada gusar.
Mendengarkan itu, lantas hidung Ann Layli menjadi sasaran jemari besar Benz Fahri. Hidung kecil milik isterinya disepit dengan jarinya kerana berasa geram apabila bibir merah isterinya itu masih mengucapkan perkara negatif.
“ Auchh!!” sempat Ann Layli mengaduh kecil. Jemari besar suaminya cuba dihalang lagi dari terus menyerang hidungnya. Namun, semakin galak Benz Fahri mengusik dan menarik narik manja hidung comel itu membuatkan Ann Layli mengalah lantas membiarkan usikan suaminya sehingga terhenti sendiri.
“ Pilihan di tangan kita. If you want to be happy, you'll make it happier. If you want to be sad, you'll make it unhappiness. Simple. We are what we want. If you want to stay by my side, you'll be making it honey!” ujar Benz Fahri lagi.
Menjatuhkan kepala Ann Layli menghela nafas. Walaupun berat, tetapi dia terpaksa bersetuju akhirnya. Dia tahu sejauh mana pun dia cuba mengelak, tetap Benz Fahri mencari cara untuk membetulkan keadaan antara mereka.
“ I'm not sure but I hope there's a good way." ungkap Ann Layli dengan sedikit harapan.
“ Put Allah first and the rest will follow the guidelines. Tak apa, kita perlahan-lahan belajar what good and bad between us. Yang penting jangan cepat mengalah." Iris mata Benz Fahri menikam dalam iris hazel milik Ann Layli sehingga wajah yang tadinya keruh kini bertukar senyuman paling manis.
“ Thank you Benji. May Allah grant you a higher stage as a husband Benji..” balas Ann Layli. Tangan Benz Fahri yang masih memaut pinggangnya dia tarik lalu mengucup lembut tangan itu menzahirkan rasa kasihnya kerana lelaki itu terlalu baik dan bertimbang rasa dengannya.
Hanya itu yang mampu dia katakan untuk meredakan perasaan bersalahnya buat sang suami.
Namun, dalam masa yang sama dia tetap berdoa agar Allah akan mengurniakan dia lebihan masa supaya bersedia untuk menjadi isteri yang sebenarnya buat Benz Fahri. Dia yakin saat itu akan tiba sementelah sedar perasaan sayang yang mula bercambah sedikit demi sedikit dalam hidupnya semenjak bergelar isteri buat lelaki itu.
Segala perilaku, tindakan mahupun kata-kata Benz Fahri selama menjadi suaminya tidak pernah sekali pun membuatkannya rasa terpinggir dan tersisih malah melebihi dari sangkaannya.
“ May Allah bless you and our marriage then. So.. let's brief..." ujarnya dengan nada meleret sebelum menyambung patah seterusnya. Anak mata isterinya masih ditatap dengan sinaran pengharapan. “ I'm Benz Fahri bin Syed Fathullah. 32 years old and will remain as your husband until dead do us apart." ucap Benz Fahri dengan senyum tujuh ratus megawatnya bersama tangan kanan terhulur memberi salam tanda memulakan perkenalan antaranya dengan Ann Layli.
Hendak tak hendak, Ann Layli menyambut juga huluran tangan si suami tanda menerima pelawaan Benz Fahri itu.
“ I have nothing to say about it. Find your way to know myself." jawab Ann Layli datar. Bukan tidak mahu bercerita apa-apa tentangnya tetapi memang dirinya sendiri tidak punya cerita menarik untuk diceritakan melainkan punyai kisah yang paling tragis semenjak dilahirkan.
“ It's okay. I'll take that as a compliment. From now on..we'll create the best memories together. Deal?!” tutur Benz Fahri. Sebelah keningnya sengaja dijongketkan dengan tangan kiri turut menghala hidung seludang Ann Layli lalu ditariknya manja. Sepertinya Benz Fahri sudah sebati dengan sikap mengusik seperti itu sejak diijabkabulkan dengan Ann Layli. Malah makin menjadi perangai kuat mengusiknya itu.
Tak sempat mengagak tindakan spontan itu, Ann Layli terjerit kecil apabila hidungnya menjadi mangsa singgahan jemari Benz Fahri sekali lagi.
“ My nose!!” berdengung suaranya melantun dek nafas yang terperangkap dari sepitan ibu jari dan telunjuk Benz Fahri dihidungnya.
Benz Fahri melambakkan tawa. Kedua keningnya dijongket jongketkan ke arah Ann Layli sengaja mengusik lagi.
“ Cute as my Benji name!” laungnya lantas berdecit lari menyelamatkan diri apabila melihat isterinya itu sudah mencapai bantal kecil dari atas katil. Kalau di tunggu, maunya bantal itu menjamah tubuhnya. Tubuh itu akhirnya hilang di balik pintu bilik air bilik mereka.
Ann Layli mendengus apabila tidak sempat melepaskan geramnya ke arah si suami. Mulutnya mengoceh entah apa dengan jari naik mengelus hidung yang sudah kemerahan sambil menyimpan semula bantal kecil tadi ke arah tempatnya.
Menapak gontai, birai katil dia tuju. Duduk dilabuhkan di sana dengan kedua tangan menompang belakang tubuh. Wajah dipasak ke arah dinding bilik melihat potret perkahwinannya bersama Benz Fahri yang tergantung megah di situ. Seketika saja, wajah masamnya bertukar dengan segarit senyuman nipis.
Dan pernyataan ‘ Askìm, fate fares me better with you!’ itu menyela difikirannya semula membuatkan senyumannya bertambah merekah menghadirkan satu perasaan yang sukar dia gambarkan dengan kata-kata.
********
Anita tersedar. Lekas dia bangun dan duduk. Kepala yang terasa berat dipegang namun tak diendahkan sangat kerana yang lebih dia fikirkan adalah keselamatan Qaireen. Menarik nafas, Anita cuba meneutralkan perasaannya. Setelah lega baru dia teringat akan dirinya yang baru terselamat dari kemalangan kecil bersama Qaireen tadi. Logik akalnya mula sedar dan dia diserang panik apabila tidak terlihat susuk bayinya, Qaireen. Apatah lagi saat itu, baru dia perasaan keberadaaan dirinya yang berada di sebuah bilik asing. Buru turun dari katil, dia berkejar keluar dari bilik itu. Asal yang penting, Qaireen harus dia temukan.
“ Qaireen!!..” cemas suara Anita memanggil. Air matanya sudah menitis. Perasaan risau menghambat diri.
“ Qaireen!!..” seru Anita cuak.
Selangkah dia menapak keluar dari bilik itu pandangannya terpasak ke arah ruang tamu dihadapan mata.
Qaireen elok terdampar di atas sebuah tilam kecil. Bayinya itu elok saja sedang bermain dengan sebuah anak patung kecil di tangan. Sesekali Qaireen membawa patung jenis fabrik itu masuk ke mulut lalu mengigit dengan gusinya.
Anita laju meluru ke arah Qaireen lalu mendakap anak itu dengan perasaan lega. Dicium ciumnya Qaireen dengan sepenuh hati. Tidak dapat dia bayangkan jika Qaireen hilang dari hidupnya.
“ Qaireen anak mama!” Anita mengongoi pilu saat memeluk tubuh kecil bayinya. Dunianya terasa gelap sesaat tadi apabila tidak melihat Qaireen disekelilingnya. Bimbang perkara buruk menimpa akan anak itu.
“ Anita!" panggil satu suara dari belakang.
Lekas Anita menoleh saat namanya diseru. Susuk seorang wanita paruh baya menerpa pandangannya. Riak Anita yang tadinya risau kini bertukar lebih geruh. Tidak langsung kenal akan gerangan wanita paruh baya itu dan tujuannya. Semerta bayinya diangkat dan didakap di dalam pelukan semula.
Wanita itu merapati Anita lalu duduk bersimpuh di sebelahnya dengan senyuman nipis menghias wajah. Sekali sekala pandangannya menatap wajah Qaireen. Membuatkan Anita bertambah takut dan semakin banyak tanda soal di benaknya untuk mengagak siapa gerangan wanita itu.
“ Alhamdulillah Anita dah sedar. Risau makcik tadi masa Raimi bawa ke sini.” ujar Jamilah.
“ Anita kan?”
Lambat-lambat Anita mengangguk. Otaknya masih beku cuba untuk menganalisis cerita.
“ Anita okay ke?" soal Jamilah sedikit cuak apabila wanita itu hanya diam saat di tanya. Risau Anita punyai sakit di mana mana sementelah wanita itu baru saja tersedar dari pengsan ketika mendapat kemalangan kecil tadi.
Sudahlah kepalanya sarat memikirkan siapa gerangan Anita itu, kini riak Anita pula yang seperti ketakutan melihatnya membuatkan benak Jamilah lebih banyak bersoal.
Menurut Raimi yang membawa Anita tadi ke rumahnya, bahawa wanita itulah yang telah datang ke rumah untuk mencarinya. Haji Bakar juga turut memberitahunya sebelum ini.
“ O..okay..mak cik." jawab Anita gugup.
“ Mak cik, Jamilah” terang Jamilah. Telunjuknya menghala dada sendiri. Anita sekadar mengangguk lega. Tercapai juga hajatnya bertemu dengan orang tua Muqri itu.
“ Ada apa hal Anita cari makcik?" soal Jamilah ingin tahu. Benaknya mendesak sejak tadi untuk bertanyakan Anita.
Meletakkan Qaireen yang mula merengek ke atas tilam kecil tadi kerana didakap erat oleh Anita, laju wanita itu bangun dan memeluk tubuh Jamilah tanpa silu.
Tangisan pilu Anita pecah. “ Mak, maafkan Anita!" Mengongoi Anita di bahu wanita paruh baya itu.
Mendengarkan pernyataan Anita, langsung terkedu Jamilah dibuatnya. Wajah yang biasa tadi kini bertukar kerutan dan luar biasa riaknya. Apa dia tidak salah mendengarkah? Anita membahasakan dirinya emak? Terdengar nyaman namun berasa pelik.
Sebak mula menggarap tangkai hatinya mendengarkan tangisan Anita yang masih berlarutan. Lantas tangannya naik menggosok belakang tubuh Anita cuba meredakan tangisan itu. Berharap Anita berasa sedikit nyaman dalam pelukannya.
Setelah tangisan reda, Anita menjarakkan tubuhnya namun tak melepaskan genggaman tangannya pada tangan Jamilah. Wajahnya mendongak menatap Jamilah. Senyum nipis dia biaskan buat tatapan Jamilah yang masih diselubung berjuta tanda tanya.
“ Saya, Anita isteri Muqri." Lambat-lambat Anita memberitahu. Bibir bawahnya digigit resah menanti reaksi Jamilah.
Jamilah berkerut dahi. Satu lagi pernyataan dari Anita yang membuatkan otaknya di serabuti tanda tanya.
“ Ta..tapi Muqri dah meninggal! Tak mungkin...” ujar Jamilah terbata-bata. Ayatnya tergantung cuba mengaitkan fakta yang baru muncul itu dengan kenyataan alam, bahawasanya anaknya telah meninggal dunia. Mustahil jika Muqri beristeri lebih dari seorang tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Pun begitu, undang-undang pernikahan dalam Malaysia tak mungkin membolehkan anaknya itu menikahi Anita tanpa surat kebenaran poligami. Seingatnya Ann Layli tidak pernah memberitahu apa-apa membuatkan fikiran Jamilah bertambah kusut.
Anita mengangguk. Menarik nafas cuba menguatkan diri sendiri dengan kenyataan Jamilah sebentar tadi lebih mengukuhkan kefahamannya tentang pemergian Muqri adalah bukannya dusta dan mimpi semata.
Berlalu ke bilik yang dia duduki sebelumnya, beg sandang dia geledah lalu mengeluarkan kad pengesahan pernikahannya dengan Muqri dan beberapa dokumen yang lain. Kaki dipasak semula ke arah Jamilah dengan berat lalu menghulurkan kad matriks itu.
Setelah meneliti, wajah Jamilah bertukar mendung. Pandangannya di tala ke arah Qaireen di hadapan. Perasaannya berbaur. Antara sedih dan pilu, semuanya menyatu membuatkan tanpa sedar air matanya menitis satu persatu.
“ Jadi, budak ni anak Muqri?” soal Jamilah. Pandangannya ditala semula ke arah Anita mahukan kepastian.
Anita mengangguk.
“ Allahuakbar!"
Kedua wajah mereka diruangan tamu itu segera berpindah ke arah suara yang datang dari belakang mereka. Terkejut dek oktaf suara yang terlantun kuat.
Terlihat susuk Haji Bakar sedang berdiri tegak dengan pandangan yang sukar ditafsir keduanya sedang menatap mereka. Kebenaran sudah tersingkap.
Hajah Jamilah meneguk liur sementara Anita tertunduk sepi. Hanya suara halus Qaireen menebar ke serata ruangan memecah sepi ruangan itu.
Pak Bakar perlahan menapak menghampiri Qaireen. Mengatur duduk, tubuh molek Qaireen dia angkat penuh berhati-hati. Pipi mulus bayi itu dia cium penuh kasih sebelum menata bayi itu ke dalam gendongannya..
“ Jadi Anita ke mari sebab Qaireen?" soal Haji Bakar ke arah menantunya itu.
Anita mengangguk takut-takut. Namun dalam masa yang sama dia berasa lega kerana Haji Bakar nampaknya boleh menerima kehadiran mereka. Jika tidak pun cukuplah keluarga arwah suaminya itu boleh menerima kehadiran Qaireen sebagai cucu mereka.
“ Kenapa sekarang baru datang? Sudah lebih dari enam bulan Muqri pergi!" soal Jamilah. Masih tidak boleh berfikir dengan rasional tentang perkara yang sangat penting seperti itu.
“ Hari Muqri terlibat dengan kemalangan, saya masuk hospital akibat pendarahan. Hampir sebulan saya ditahan kerana komplikasi kandungan yang tak stabil. Keluar hospital saya dapat tahu Muqri sudah tak ada. Hari pengebumian saya tekad nak pergi dan berjumpa dengan keluarga Muqri tapi saya terlibat kemalangan. Saya terpaksa lahirkan Qaireen tak cukup bulan dengan keadaan saya ditidurkan. Baru sebulan lepas saya sedar dari koma. Dan masa tu juga Qaireen terpaksa menjalani pembedahan jantung.” cerita Anita berselang dengan esak tangis serta sebak yang menghurung perasaan. Mengingatkan detik detik tragis itu membuatkan Anita rasa hidupnya sudah sampai ke pengakhirannya. Dia kuat hanya semata untuk Qaireen saja. Jika tiada Qaireen tidak dia tahu bagaimana hidupnya harus diuruskan lagi setelah hilang suami yang menjadi tempat bergantung harapnya.
“ Anita tahu Muqri suami orang?” soal Pak Bakar.
Anita mengangguk. Kenyataan pertama yang sangat pahit untuk dia telan kerana mencintai Muqri.
“ Kalau dah tahu dia sudah beristeri kenapa kahwin jugak dengan suami orang?” selar Hajah Jamilah.
“ Saya minta maaf makcik pakcik.. Saya tak tahu mulanya sehinggalah Muqri ajak saya berkahwin di selatan tanah air. Kami bergaduh dan saya buat keputusan untuk tinggalkan dia. Muqri tak boleh terima. Dia musnahkan hidup saya sekelip mata. Sebulan kemudian saya dapat tahu saya mengandungkan Qaireen. Saya jumpa dengan Muqri semula untuk selesaikan masalah kami tapi Muqri pujuk saya untuk nikahi dia demi anak kami. Muqri juga yakinkan saya. Katanya dia mahu menikahi saya kerana zuriat. Isteri pertamanya tidak boleh beri dia zuriat. Jadi, dengan itu saya terima pujukan dia dan nikahi Muqri demi Qaireen.” cerita Anita satu persatu.
Pak Bakar menatap geruh wajah Anita. Hati tuanya berasa sangat kasihan kepada menantunya itu. Malah perasaan bersalah terhadap Anita dan Qaireen lebih mendominasi hidupnya saat itu angkara kerja terkutuk anaknya Muqri.
“ Panggil aje ayah. Mulai hari ini Anita menantu ayah dan mak.” ujar Pak Bakar. Pak Bakar menghela nafas. Tidak menyangka anaknya Muqri sanggup melakukan perkara terkutuk seperti itu tetapi hendak menyesalinya sekarang rasanya tidak wajar. Nasi sudah menjadi bubur. Lagian, Muqri juga sudah kembali kepada pangkuan yang Esa membuatkan Haji Bakar wajib menggalas tanggungjawab dan menjaga amanah Tuhan itu.
Menoleh ke arah Jamilah Pak Bakar bersuara memanggil isterinya. Bangun dengan cermat, tubuh molek cucunya dia gendong seraya berjalan ke arah Jamilah.
“ Milah.. ini amanah Allah. Mulai hari ini awak dan abang akan tanggung amanah ni sehingga dia benar-benar boleh uruskan hidupnya sendiri. Allah dah beri apa yang awak mahukan sejak pernikahan Muqri dengan Ann Layli lagi. Abang harap awak terima dengan penuh syukur. Anita juga amanah untuk kita.” ucap Pak Bakar. Tubuh dijatuhkan perlahan dihadapan Jamilah lalu menyerahkan cucunya itu kepada Jamilah dengan senyuman paling manis semenjak kepergiaan Muqri.
Hajah Jamilah memandang suaminya sayu. Perlahan tangannya dengan ketar menyambut tubuh molek Qaireen. Buat pertama kalinya dia mencium penuh syukur susuk molek milik Qaireen sebagai cucunya.
“ Anita..” seru Pak Bakar seraya memandang Anita yang senyap memerhati sejak dari tadi.
Anita panggung wajah. Menanti bicara lanjut dari mertuanya.
“ Anita dan Qaireen tanggungjawab ayah mulai hari ini sehingga Anita berjumpa dengan lelaki lain sebagai suami nanti. Jika Anita tak ada tempat untuk bersandar, rumah ayah dan mak akan jadi tempat teduhan untuk Anita sebagai anak perempuan kami. Itupun jika Anita sudi."
“ Terima kasih ayah..mak. Terima kasih sebab terima kami. Anita dah tak ada tempat untuk berharap sejak keluarga Anita tahu Anita hamilkan Qaireen. Anita dibuang keluarga. Tapi Anita masih punya pekerjaan untuk tanggung anak Anita. Mak ayah dah terima Anita pun Anita lebih dari bersyukur dah. Anita ke sini cuma nak menjelaskan keadaan dan menemukan Qaireen saja. Tak ada apa yang Anita harapkan lagi selain dari restu mak dan ayah.” jelas Anita sayu.
Semerta tubuh Anita dirangkul erat ke dalam pelukan Jamilah. Keduanya menangis hiba.
“ Terima kasih kerana bawakan Qaireen sebagai hadiah untuk mak dan ayah. Terima kasih Anita..” ucap Jamilah penuh syukur.
*******
Kaki yang terasa pegal diurut dengan tapak tangan. Dipicit picit sehingga lenguh itu melega. Namun hanya sementara. Tangan beralih pula ke arah perut yang baru diserang menstrual pain berikutan jadual datang bulan Ann Layli yang tidak tetap setiap bulan. Kepala juga diserang sakit dek simptom datang bulannya itu. Kemaslahatan itu lebih teruk apabila sehariannya ini membantu Benz Fahri mengemas bilik stor yang terletak bersebelahan bilik tidur mereka membuatkan Ann Layli bertambah dihurung kepenatan dan keletihan melampau.
Badan di bawa rebah separuh di birai katil dengan tangan mengampu perut menjadikan abdomen perutnya sedikit selesa. Kepala pula ditangkup dengan bantal kecil menghadang sinaran lampu yang menerobos mata. Mahu merehatkan kepala sebentar sebelum turun menyiapkan makan malam mereka setelah berjanji dengan Ruhana tadi. Tanpa aba-aba, terus Ann Layli terlelap saat kepala mencelah fabrik lembut tilamnya.
Benz Fahri masuk ke biliknya setelah usai menghantar bahan buangan yang tidak lagi terpakai ke pusat kitar semula yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan bondanya.
Dia berhajat mengemas dan membersihkan barangan peribadinya sebelum kembali ke Dubai bulan hadapan. Bilik stor itu dia mahu ubah suai untuk menjadikan bilik bacaan untuk Ann Layli nanti berikutan isterinya itu bakal menyambung pelajarannya di dalam negara saja setelah rayuan pertukaran tempat belajarnya diterima oleh pihak universiti antarabangsa di Australia beberapa hari sudah.
Saat kaki melangkah masuk ke bilik, pandangannya di sajikan dengan susuk Ann Layli yang sedang menungkup di birai katil. Dia menggeleng dengan senyuman nipis. Merapati, Benz Fahri ikut duduk bersebelahan isterinya lalu mencuit lembut bahu Ann Layli.
“ Askìm.” panggilnya perlahan.
Dua saat berlalu, Ann Layli masih tidak memberi tindak balas membuatkan Benz Fahri mendekatkan tubuhnya ke arah si isteri dengan wajah hairan.
Menarik sedikit bantal kecil yang menghalang wajah isterinya, Benz Fahri mengintai. Nyata mata itu tertutup membuatkan tawa kecilnya meletus perlahan.
“ Patutlah diam. Tidur rupanya!"
Bangun dari duduk, tubuh Ann Layli dirangkul lalu direhatkan ke atas katil. Tidur wanita itu benar-benar tidak terganggu sedikit pun membuatkan Benz Fahri sekali lagi menggelengkan kepalanya.
“ Letih sangat ni!"
Sambil membetulkan tubuh isterinya Benz Fahri terperasan akan t-shirt yang tersarung di badan Ann Layli terselak di bahagian atas perut. Tangan pantas mahu menarik lipatan t-shirt namun terdapat satu parut kecil bersaiz 3cm yang terentang antara pinggang dan rusuk kiri Ann Layli. Semerta membuatkan iris mata Benz Fahri membulat.
Tidak berpuas hati, langsung dia menyisihkan baju lebih tinggi. parut itu dia perhati dengan teliti. Ibu jarinya tergerak menyentuh parut timbul itu. Diusap perlahan sehingga terasa nyeri di perutnya sendiri.
Langsung wajah Ann Layli dia pandang silih berganti dengan parut yang tercetak buruk dikulit mulus isterinya itu. Tentunya parut itu mempunyai cerita yang tersendiri. Menyedari kesakitan yang pernah terbalut ditubuh isterinya membuatkan Benz Fahri lebih nekad untuk menjaga dan memberi lebih perlindungan terhadap Ann Layli. Dia berjanji tidak akan sekali menyakiti tubuh kesayangannya itu.
Tanpa sedar, jemarinya langsung tergerak ke arah abdomen datar Ann Layli pula. Pandangannya terarah ke sana. Redup matanya menatap perut yang meleper itu. Semerta senyuman manisnya melebar. Mengusap dengan penuh kasih, Benz Fahri cuba memasang angannya di sana. Jika diizinkan yang Maha Berkuasa, suatu masa nanti pastinya akan ada satu nyawa yang bakal menghuni di sana. Perlahan bibirnya di bawa mengucup perut isterinya itu dengan lafaz zikir Ya Khaliq lalu ditutup kembali t-shirt yang melapisi sebelumnya.
Tubuh di bawa rebah ke sebelah Ann Layli menikmati momen bersama walaupun isterinya itu sedang enak dibuai mimpi.
Ann Layli tersedar dari tidur setelah berasa puas dengan rehatnya yang sepicing itu. Mencelikkan mata, wajah di bawa melatari sekitar bilik lantas kornea mata terpasak pada jam digital yang terletak bersebelahan dengan meja konsol di sebelah katil. Hampir tujuh setengah malam. Kelam kabut dia cuba bangun kerana teringatkan janjinya dengan Ruhana petang tadi. Namun, susuk di sebelah membantutkannya. Lingkaran tangan kanan Benz Fahri yang berada di atas perutnya mematikan pergerakan.
Laju kepala di bawa menoleh ke sebelah. Terlihat susuk Benz Fahri yang sedang enak dibuai lena di pandangannya. Ann Layli menggeleng. Entah bila masa suaminya itu pulang dia tidak perasan. Tahu tahu saja sudah berada di sana.
Menggoncang perlahan sedikit bahu Benz Fahri Ann Layli cuba mengejutkan lena suaminya.
“ Benji..wake up. Dah nak masuk Maghrib ni!”
Benz Fahri masih statik dalam baringannya tidak berkutik sedikit pun. Nafasnya masih datar menghela perlahan di pendengaran Ann Layli. Ianya terdengar sangat damai saat itu.
Melihatkan itu Ann Layli jatuh kasihan. Tetapi waktu Maghrib yang bakal masuk bila-bila masa saja membuatkan Ann Layli harus segera menyedarkan Benz Fahri.
Sekali lagi bahu bidang suaminya digoyang lembut dengan oktaf suara dinaikkan tunenya menyedarkan Benz Fahri. “ Benji bangun..”
Berasa tidurnya diganggu Benz Fahri menderam. Tubuh yang benar-benar lesu itu, membuatkannya sukar untuk membuka mata. Langsung tubuhnya dioleng ke kanan menyambung tidur. Bantal kecil kepunyaan Ann Layli dicapai semberono lalu dipeluk kejap ke dalam dakapannya.“ Kejap lagi I bangunlah. Letih ni.." gumamnya.
Melihatkan ulah suaminya, Ann Layli menggeleng geram. Sejenak jam digital dikerling lagi. Angka sudah beranjak lebih cepat dari waktu sedia. Bila bila masa saja azan Maghrib bakal berkumandang.
“ Benji...bangunlah. Saya sakit perut ni.” ujar Ann Layli dengan sedikit desahan bersama tangan kanannya turut menggoyangkan bahu si suami lagi.
Mendengarkan itu, cepat mata Benz Fahri celik. Bingkas bangun, tubuh isterinya diterpa. Namun Ann Layli yang sudah bersedia cepat bangun dari duduk membuatkan Benz Fahri hampir tersungkur ke birai katil.
Ann Layli melambakkan tawanya. Wajah sebal si suami dia tatap dengan gelengan. Mudah saja mahu membangunkan Benz Fahri nampaknya. Hanya dengan sedikit trick, dia berjaya mencelikkan Benz Fahri dari kantuknya.
“ Make me fun askìm?" getus Benz Fahri. Tubuhnya dibetulkan lalu menegakkan duduk apabila hampir terjatuh tadi.
“ Awak yang tidur macam dah tak ada hari esok tau! Saya gerak sebab Maghrib dah nak masuk ni. Saya nak suruh awak mandi dan bersihkan diri. Lepas tu solat. Lepas solat boleh dinner.” tutur Ann Layli. Tuala mandi suaminya sempat dia capai dari rak lalu dihulurkan kepada Benz Fahri di hadapan.
Benz Fahri tayang wajah sebal namun tuala yang dihulur tetap juga dia sambut lalu melilitkan ke pangkal leher seraya mengucapkan tanda penghargaannya buat Ann Layli.
“ Terima kasih.” ujarnya datar. Tangan naik menggosok pelupuk mata yang masih terasa berat mahu dibuka.
“ Cepat lah bangun mandi. Kan tak elok lambat-lambatkan solat. Kejap lagi kita nak dinner dengan bonda, abang Tiar dan kak Lia..” ulang Ann Layli lagi. Tangannya spontan menarik lengan Benz Fahri agar bangun dari duduknya.
Hendak tak hendak Benz Fahri bangun juga tetapi masih mengambil masa dengan menggeliat untuk membetulkan urat-urat di badan. Ann Layli memerhati saja. Risau Benz Fahri kembali menyambung tidur nanti membuatkan dia menunggu suaminya di hujung katil mereka.
“ Cepatlah Benji..” paksa Ann Layli apabila melihat tingkah suaminya yang sangat lambat mengalahkan binatang yang bernama 'sloth' itu.
“ My battery is about to die. That's why lambat sangat nak bergerak ni. But, if you want to make it faster I have one condition.” gumam Benz Fahri sambil menggosok wajahnya menghilangkan sisa tidur. Mendongakkan kepala, wajah Ann Layli dibiaskan dengan senyuman nipis
“ Main syarat syarat pulak. Syarat apa?” soal Ann Layli dengan wajah stress. Waktu dia tengah risau waktu Maghrib yang dah hampir masuk ini la Benz Fahri sengaja nak melambat lambatkan pergerakannya. Siap bersyarat-syarat pula. Bimbang lebih waktu akan di ambil si suami untuk bersiap, terpaksa juga dia melayan kerenah Benz Fahri.
“ Kiss.” ujar Benz Fahri masih santai. Sebelah pipinya disorong sedikit kehadapan Ann Layli yang berjarak sejauh tiga kaki darinya.
“ Nope until you perform your solat first!" geleng Ann Layli menolak permintaan Benz Fahri.
Benz Fahri tayang wajah cemberut sebaik permintaannya di tolak si isteri. “ Please as a reward.”
“ Nope! Nak reward ke apa lepas solat nanti. Better get your shower first and then solat. Saya nak turun bawah tolong bonda masak." ujar Ann Layli tanpa kompromi. Langsung tubuhnya dipusing menuju ke pintu. Langkah di atur satu persatu.
Namun belum sempat tangan mencecah kenop pintu, tubuhnya di sambar mudah oleh Benz Fahri. Dengan sekali sauk, tubuh molek itu sudah berada di dalam dakapan Benz Fahri. Di peluk erat tubuh Ann Layli lalu dikucup penuh kasih pundak kepala belahan jiwanya itu. Haruman badan isterinya disedut sedalam mungkin menghilangkan rasa letih yang mendominasi tubuh saat itu. Dan bagaikan haruman itu menjadi punca kuasa mistik, segala rasa letih lesu serta penat segera berterbangan membuatkan senyumannya merekah di balik kepala Ann Layli.
Ann Layli terkejut namun dada yang sedang berdebar hebat lebih mendominasi perasaannya. Berada sedekat itu dengan Benz Fahri dalam keadaan mindanya sedar membuatkan Ann Layli berasa sangat segan dan malu.
“ I'll take this as a rechargeable of my weak battery and your fragrant just calms my nerves actually. And starting tonight there will be a pillow talk session between us." ujar Benz Fahri setelah berpelukan lebih dari lima saat dengan isterinya.
Ann Layli yang masih segan tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mendengar saja bayu suara suaminya di celahan medan telinga seraya mengangguk mengiakan lagi satu permintaan.
Menyisihkan tubuh, Benz Fahri mencengkam lembut bahu Ann Layli. Wajah isterinya dipandang penuh kasih.
“ Thank you for being my calming effect. For now on, this hugging will be my trademark if you want to go somewhere or to do some work. Tamam?" ujar Benz Fahri. Kedua iris matanya dikerdipkan dengan telunjuk kanan naik mencuit hidung seludang si isteri. Dan hidung itu kini bagaikan menjadi satu tempat wajib bagi singgahan jemarinya ketika bersama dengan wanita itu.
“ Ta—mam." Bagaikan terhypnosis oleh bicara Benz Fahri itu, Ann Layli mengiakan kehendak si suami meski otaknya masih kabur dalam menghadam situasi tersebut.
Melihatkan penerimaan yang positif dari Ann Layli, Benz Fahri tersenyum senang. Hilang sudah sisa sisa kantuk yang ada.
“ Dah pergi masak. I nak mandi and solat. Kejap lagi I turun.” ujar Benz Fahri lagi lalu menyorong perlahan tubuh isterinya ke hadapan pintu. Menarik kenop, tubuh Ann Layli ditolak keluar melepasi pintu kayu itu dan dia menutup semula pintu biliknya.
Ann Layli terkebil kebil memandang pintu kayu bilik tidurnya dengan Benz Fahri itu. Sesaat dia hampir tersenyum namun mendengarkan lantunan suara oleh Benz Fahri tadi membuatkan dia disedarkan ke alam nyata.
Wajah diraup dengan tapak tangan. Dan saat itu dia rasa nak hantuk aje kepala sendiri ke dinding biar hilang ingatan. Biar dia lupa macam mana rasa Benji peluk dan cium dia tadi.
Arghhhh malu!
“ Memang dasar Benji Kelinchi betul!” omel Ann Layli. Merah wajahnya saat itu. Geram dia dengan perangai Benz Fahri yang sekarang ini. Pantang saja ada peluang pasti lelaki itu akan menyakatnya.
Dan di balik pintu susuk seorang Benz Fahri kala itu sedang berlagu senang sambil berjalan santai ke arah bilik air. Hatinya sedang mekar seperti taman bunga. Chorus lagu dari Maroon 5; 'Girls Like You' sengaja dia lantunkan dengan lantang agar Ann Layli turut mendengar dan mengetahui bahawa dirinya benar-benar bahagia saat itu.
Hai..Benz Ann datang lagi..sorry tau sbb author ni tenggelam timbul..harap dpt dimaafkan. TQ yg selalu tggu update FFM..Selamat membaca!
Share this novel