Seperti biasa, Hani Wardah sampai awal ke ofis pagi itu. Pantri dituju bersama bekalan makanannya yang tidak sempat dijamah kerana risau tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.
Meletakkan tuperware berisi spageti goreng di atas meja, kaunter kabinet air dituju. Menarik muk, Hani Wardah mula membancuh air coklat panas. Sambil mengacau bancuhan di dalam muk, dia sempat melamun.
Mengingatkan sikap suaminya yang sedikit dingin semenjak kepergian Ann Layli dari rumah mereka hampir sebulan lalu. Entah sampai bila Zen Huzaini mahu bersikap seperti itu dia sendiri tidak tahu. Mahu di tegur, sudahnya nanti suaminya itu angkat kaki dan menghindari dirinya berhari-hari. Bercakap juga sepatah dua saja. Pening kepala Hani Wardah di buatnya. Bukan suaminya tidak tahu yang Ann Layli memang terang-terangan menolak lamaran dirinya. Namun, entah seperti apa perasaan lelaki itu. Tetap juga mahu memujuk Ann Layli agar menerima dirinya semula. Bukan Hani Wardah tidak kecewa, tetapi untuk merasa suaminya membuang dirinya dari hidup lelaki itu betul-betul membuatkan Hani Wardah tidak mampu. Kasih, cinta dan sayangnya utuh walau segunung penderitaan dihadiahkan buatnya. Dia tegar diri dimadukan dari berpisah hidup dengan Zen Huzaini. Telah dia didik hatinya untuk menerima wanita lain dalam hidup suaminya tetapi malangnya, wanita itu tidak mahu. Dia turut bersimpati dengan Zen Huzaini apabila kasihnya ditolak tetapi mereka juga harus menerima kata putus Ann Layli. Wanita itu sudah menganggap mereka sebagai sahabat saja. Tidak lebih dan tidak kurang. Teringat lagi dia pada mesej yang dikirimkan Ann Layli selepas sehari kepergian wanita itu.
“ Akak, Ann minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minum Ann selama di rumah akak dan selama perkenalan kita. Ann hargai jasa pengorbanan akak sebab benarkan Ann menumpang akak suami isteri selama ni. Terima kasih untuk segalanya.
Maaf juga kerana kehadiran Ann buatkan hubungan akak dan Ajai berantakan. Ann sikit pun tidak berniat merampas Ajai dari akak. Hubungan Ann dan Ajai dah lama jadi sejarah. Ann takkan sekali rampas kebahagiaan akak. Meskipun bukan akak yang jadi isteri Ajai, Ann seribu tahun pun tetap tidak sudi untuk menjadi perampas dalam hubungan suami isteri orang lain. Jagalah dia sebaiknya dan doakan Ann temui bahagia Ann sendiri.”
Walaupun Hani Wardah lega dengan pernyataan Ann Layli itu, tetapi Zen Huzaini tetap tidak boleh menerimanya. Suaminya tetap mahukan Ann Layli sebagai isteri keduanya walaupun berkali umi dan ayah mertuanya melarang keinginan itu. Sudahnya kini Zen Huzaini merusuh dengan mereka. Hubungan suami isterinya dengan lelaki itu juga hambar. Kadang Hani Wardah merasakan hubungannya tidak ubah sebagai rakan serumah saja dengan lelaki itu. Dia mengeluh.
“ Hani oh Hani..” panggil Raihan yang muncul tiba-tiba di ruangan
pantri itu lantas mematikan lamunan singkat Hani Wardah. Pinggang Hani Wardah dicuitnya.
“ Oh mak!” latah Hani Wardah. Hampir saja air coklat bancuhannya tumpah membuatkan dia menyengir sebal dengan perlakuan Raihan itu.
“ Kau berangan ke Hani?” soal Raihan lagi yang sudah mengambil tempat duduk di kerusi. Bekal makanannya di buka. Semerbak bau nasi lemak sambal paru meruap ke serata ruangan pantri. Wangi.
“ Mana ada kak." balas Hani Wardah.
Siap membancuh air, dia kemudiannya mengambil tempat bersebelahan Raihan. Bekal makanan spageti gorengnya di buka. Perlahan, dia menikmati bekal tersebut
“ Yelah tu.” cebik Raihan.
Seketika wajah teman sepejabatnya itu ditatap. Melihat riak sugul di wajah itu membuatkan Raihan menggeleng kepala.
Sudah beberapa minggu dia melihat wanita itu bermuram dan seringkali termenung panjang. Entah masalah apa yang melanda wanita itu. Mahu bertanya, risau Hani Wardah mengatakan dia busy body pula.
“ Eh, ni.. akak dengar Tuan Benz bercuti panjang sebab kahwin. Betul ke?" tanya Raihan. Sikunya menyenggol Hani Wardah.
“ Mana akak tahu? Sumber daripada siapa?” soal Hani Wardah dengan kerutan penuh di dahi. Membulat matanya ke arah Raihan. Sedikit terkejut dengan berita yang disampaikan itu. Tangannya terhenti di tengah angin dari menala sudu yang berisi spageti ke mulut.
“ Laa kau tak tahu ke?” Raihan melongo. Baru saja dia mahu bergosip dengan Hani Wardah tentang hal itu. Tetapi wanita itu pula tidak tahu menahu.
“ Kau kan PA Tuan Megat, mustahil dia tak bagitahu mana adik dia hilang sebulan ni!” soal Raihan hairan. Tangannya rancak dengan tarian sudu di dalam bekal mengaduk nasi lemak bersama sambal paru.
Hani Wardah menggeleng. Sejenak kelihatan dia berfikir. “ Kejap..kejap..Tuan Megat cuma cakap Tuan Benz pergi seminar perniagaan dekat Dubai je. Sebab tu dia cuti lama.” jawab Hani Wardah semula. Spageti goreng disudukan ke mulut lagi.
“ Oh ye ke? Hmm..tapi akak dengar Tuan Megat yang cakap semalam dengan Rashid. Katanya hujung minggu ni dia jemput semua staff untuk majlis resepsi Tuan Benz dekat Hilton.” beritahu Raihan.
“ Siapa kahwin?” Salmi mencelah.
Seperti biasa, gadis itu suka sangat menguping dan mencelah di tengah-tengah perbualan orang. Tiba-tiba saja muncul di ruangan pantri membuatkan kedua wanita yang sedang bergosip itu mengurut dada akibat terkejut.
“ Tuan Benz.” balas Raihan malas.
Teruja, Salmi lalu melabuhkan duduk bersebelahan Raihan. Lengan kanan Raihan di sauknya rapat ke dada.
“ Betul ke kak? Gossip panas ni!” sengih Salmi.
“ Bila majlisnya?” soal Salmi lagi.
Raihan jungkit bahu membuatkan Salmi menyengir geram.
“ Tadi akak yang cakap Tuan Benz tu kahwin. Sekarang tak tahu pulak. Mana satu ni!” asak Salmi tak puas hati.
Malas mahu melayan Salmi, Raihan pandang Hani Wardah di sebelahnya.
“ Kalau Tuan Megat jemput, jomlah kita pergi. Teringin nak tengok wife Tuan Benz tu!” ujar Raihan.
“ Tengoklah macam mana nanti.” balas Hani Wardah acuh tak acuh. Spageti gorengnya sudah habis dijamah. Muk air coklatnya dicapai pula.
“ Eh, akak tak takut kecewa ke bila tengok Tuan Benz bersanding nanti? Akak kan crush dekat Tuan Benz tu!" ujar Salmi mengusik.
“ Kecewa tu kecewa jugak. Tapi akak nak tengok wife dia dulu lawo ke idok. Haa..kalau akak lagi lawo sampai bila-bila la akak nak crush dekat Tuan Benz tu..” balas Raihan. Nasi lemaknya juga sudah habis dijamah. Menyimpan bekal dia bangun membasuh tangan di sinki.
Kemudian, berjalan dengan gaya catwalk sambil mengibas hujung shawlnya kebelakang ala-ala model berjalan atas pentas. Agak daring tetapi saat itu dia rasa dialah yang paling diva.
“ I'm still Raihan the Diva!” sambungnya sambil berjalan pusing kembali ke arah Hani Wardah dan Salmi yang masih statik di meja.
Hani Wardah sudah ketawa geli hati. Mahu saja dia melantunkan suaranya dengan kuat tetapi mengingatkan itu adalah kawasan tempat kerja, dia perlahankan saja nadanya.
Salmi pula tepuk dahi dan menjuling matanya ke atas.
“ Menyampah!" seru Salmi dalam hati.
“ Siapa yang diva?"
Suara kasar di muka pintu menyapa gegendang telinga mereka bertiga membuatkan jantung mereka juga hampir meletup.
Lantas, ketiga kepala menoleh ke arah suara kasar di belakang. Figura keras bak Singa Jadian iaitu milik Megat Bakhtiar muncul di muka pintu pantri.
Semerta, suasana pantri kecil itu bertukar senyap. Mod beku yang di bawa oleh angin monsun kutub utara Megat Bakhtiar menyebar ke seluruh ruangan itu.
“ Hani, lepas ni masuk bilik saya." arah Megat Bakhtiar. Mencerun matanya memandang Hani Wardah yang terkulat-kulat di kerusi itu.
“ Yang lain bersurai!” ujarnya lagi.
Nah, itu dia arahan mandatori seorang ketua yang sangat garang bak aura warden penjara membuatkan Salmi dan Raihan mengangguk saja bak burung belatuk.
Bagai lipas kudung ketiga mereka berkeras dan keluar dari pantri. Semasa melalui hadapan Megat Bakhtiar sempat telinga mendapat sindiran pedas lelaki itu.
“ Orang datang kerja bukan nak bergosip. Kalau nak bergosip pergi lepak mamak."
Raihan sudah menyengir sebal. Geram diperli, dia mengerling ke arah Salmi dan Raihan. Salmi dan Hani Wardah pula hanya menggeleng kepala.
Usai, melihat para pekerjanya sampai ke meja masing-masing Megat Bakhtiar berlalu ke biliknya.
Melihatkan saja pintu bilik CEO itu tertutup rapat, kecoh mulut Raihan mengajuk gaya percakapan Megat Bakhtiar tadi.
“ Siapa yang diva?" ajuk Raihan.
Pinggangnya dicekak sambil menepuk lembut meja. Wajah geram dia tayang. “Eiiii geram betul aku!” desis Raihan tidak puas hati.
Salmi ketawa suka. Berasa lucu melihat gaya ajukan Raihan terhadap Bo's besar mereka itu.
“ Dah la korang ni, akak nak pergi jumpa Tuan Megat tu. Karang tak pasal memetir lagi.” balas Hani Wardah seraya bangun dari kerusi kerjanya.
Meninggalkan Salmi dan Raihan, Hani Wardah menuju ke bilik pejabat Megat Bakhtiar.
Di dalam bilik Megat Bakhtiar,
“ Nanti jemput datang majlis resepsi Tuan Benz. Ajak Encik Inspektor awak sekali." ujar Megat Bakhtiar. Tangan menghulur beberapa keping kad kahwin bersampul putih kepada Ann Layli sebaik saja wanita itu melabuhkan duduk di hadapan meja kerjanya.
Hani Wardah tersenyum sambil menyambut huluran itu.
“ Insha'Allah."
“ Yang lebih tu, beri sekali pada staff bahagian management kita. I tak sempat nak edar satu-satu.” tambahnyanya sebaik melihat Hani Wardah mengira kepingan sampul tersebut.
“ Oh, jadi betullah saya dengar berita ni semalam!” ulas Hani Wardah. Tangannya lincah membuka sampul kad kahwin tersebut lalu mengeluarkan isinya.
Megat Bakhtiar kembali bersandar ke dada kerusi. Kedua tangannya dicantum dan di rehatkan ke atas tangan kerusi. Nafas lega dihela.
“ Yeah, finally he get married.”
“ Diam-diam je Tuan Benz tu ya.” Kornea mata Hani Wardah menancap satu persatu tulisan emas yang bercetak di atas kad berwarna maroon itu.
“ Actually lama dah dia bertunang. Tapi saja dia tak war-warkan. Dah kahwin barulah hebohkan." beritahu Megat Bakhtiar.
Mata Hani Wardah sedikit membesar sebaik membaca nama pengantin perempuan. Kata-kata Megat Bakhtiar bagai angin lalu di telinganya. Tetap saja barisan nama tersebut di ulang tiga empat kali di dalam hati. Hatinya berdesis sendirian.
‘ Is this Ann Layli ! My husband ex-grilfriend?’
“Ann..” serunya perlahan.
“ Yup Ann..Eh, bukan you kenal ke dengan Ann ni. Tak salah I, your neighbour kan?” teka Megat Bakhtiar. Teringat dia akan pertemuan dengan Zen Huzaini yang merupakan suami Hani Wardah di majlis pengebumian arwah Muqri dulu. Kata lelaki itu, mereka berjiran.
Mendongak, wajah Megat Bakhtiar dia pandang. Hani Wardah mengangguk mengiakan.
“ Yup, my neighbour. Tapi sekarang dia tak duduk rumah tu dah. Mak mertua dia dah ambil balik rumah tu. Sekarang dia balik kampung duduk dengan mak dia." ujar Hani Wardah. Kepalanya kembali menekur kad undangan di tangan.
Lama sudah mereka suami isteri tidak berjumpa dengan wanita itu. Kali akhir, adalah di mana Hasnah emak Ann Layli dan Benz Fahri datang ke rumahnya dengan marah kepada wanita itu kerana menumpang di rumahnya. Terus membawa Ann Layli ikut bersama. Sejak itu, Ann Layli terus hilang dari radar hubungan.Tetapi hari ini, dia mendapat berita sebegini.
Diam-diam rupanya sudah bernikah dengan COO Khazanah Berhad ni. Patutlah beria dia menolak lamaran Zen Huzaini dulu. Sedikit terkilan dan kecewa kerana Ann Layli tidak memberitahunya tentang hubungannya dengan Benz Fahri ini walau pernah dia bertanyakan sebelum ini.
“ Hani are you okay?” soal Megat Bakhtiar. Mengesan riak pelik di wajah Hani Wardah dia bertanya.
“ Ahha..” kepala dipanggung. Wajah Megat Bakhtiar dipandang. Terkesip apabila di sapa. Lekas dia simpan riak kecewa.
“ Jangan lupa datang nanti. Ajak sekali Inspektor you tu.” ujar Megat Bakhtiar.
“ Insha Allah tuan. Kalau tak ada aral sampailah saya. Err tuan, saya mintak diri dululah kalau tak ada hal berbangkit lain. Lagipun saya nak kena edarkan kad ni lagi.” jawab Hani Wardah dengan senyuman yang dibuat-buat seraya mengangkat kepingan kad undangan di tangannya ke depan Megat Bakhtiar.
“ Yeah, sure Hani. Thanks ya!”
Hani Wardah keluar dari bilik Megat Bakhtiar menuju meja kerjanya. Sampul kad kahwin yang diberi oleh Megat Bakhtiar tadi diletakkan ke atas meja.
Baru saja punggungnya dilabuhkan, laju saja Raihan, Salmi dan Jihan menerpa ke arahnya dengan senyum simpul. Hani Wardah pandang ketiga mereka dengan riak kehairanan.
“ Korang kenapa?” soalnya.
“ Sampul apa tu?” tegur Jihan. Matanya dilirikkan sekilas ke arah sampul putih yang terhampar atas meja kerja Hani Wardah.
“ Aah, sampul apa tu Hani?” Raihan turut bertanya.
Hani Wardah sudah duduk di kerusi. Belum pun sempat dia menarik nafas, Salmi pula bertanya.
“ Si Singa Jadian tu bagi sampul apa kak?”
Lagian membuat nafas Hani Wardah terpengkal. Lelah dengan perasaan sendiri belum reda, di asak dengan soalan orang-orang di depan pula. Membuatkan dia sedikit rimas. Namun melihat wajah tertanya-tanya mereka membuatkan dia terpaksa memberitahu saat itu juga.
Malas menjawab pertanyaan, Hani Wardah mengambil tiga keping sampul putih itu lalu menyerahkan sendiri kepada mereka.
“ Tengoklah sendiri.” ujarnya.
Masing-masing sibuk membuka sampul surat.
Dan seperti yang Hani Wardah duga ketiga-tiga mereka mempamer aksi luar biasa. Melopong juga mulut mereka.
“ Kan akak dah cakap, Encik Benz tu nak kahwin!" Raihan yang pertama bersuara selepas membaca isi kad tersebut. Tersengih-sengih dia melayangkan kad itu di hadapan Salmi dan Jihan.
“ Yelah. Betul wei dia kahwin! ” Mata Salmi meniti barisan nama pengantin lelaki yang bercetak di situ. Pegun seketika dia.
“ Aduh sedapnya nama isteri Tuan Benz ni!” teriak Jihan pula saat memandang wajah Raihan di depan.
“ Puteri Ann Layli... Siapalah perempuan bertuah ni!” Salmi menggeleng kepala berulang kali ketika matanya meniti baris nama pengantin perempuan pula. Ikut sama teruja dengan Raihan selepas membaca kad undangan itu.
“ Ala melepas saya nak ngorat Tuan Benz!” tokok Jihan pula. Kerusi Raihan digoyang-goyang bagi melepas geram dan kecewa kerana mendapat tahu lelaki idamannya bakal berkahwin. Riak wajahnya terus bertukar muram.
“ Korang, nanti kita pergi tau!” ajak Raihan lagi sambil pandang wajah Hani Wardah dan Salmi serta Jihan semula.
“ Insha'Allah.” jawab Salmi.
“ Hey, mesti la. Wajib tau pergi.” balas Jihan. “ Hesy..tak sabar nak tengok wife Tuan Benz tuu!" ujarnya sambil tersengih seperti kerang busuk.
“ Hani, jangan lupa tau. Nanti kita pergi sama-sama.” pesan Raihan lagi.
“ Yelah kak. Nanti apa-apa Hani bagitahu semula.” jawab Hani Wardah acuh tak acuh. Dalam hati masih terasa dengan tindakan Ann Layli yang merahsiakan hal perkahwinan itu darinya.
********
“ Sayang! Bangun subuh.” Benz Fahri mencuit lembut tapak kaki Ann Layli. Menanti bidadarinya bangun dari tidur.
Ann Layli tersedar lalu mengerjapkan kelopak matanya beberapa kali sebelum bangun menyandarkan kepala pada kepala katil. Rambut yang serabai dibetulkan tetapi matanya kembali terpejam rapat apabila cahaya lampu menyilau penglihatannya setelah di buka Benz Fahri sebentar tadi.
Benz Fahri merapati isterinya yang masih mamai itu. Dia menggelengkan kepala melihat gelagat bangun tidur Ann Layli.
“ Benji tutup lampu please! Silau la..” rengek Ann Layli.
Benz Fahri tersenyum sambil keningnya terangkat. Berasa kagum melihat reaksi bangun tidur isterinya yang sangat manja bersama suara seksi memanggilnya dengan panggilan manja seperti itu. Kali pertama telinganya mendengar panggilan itu membuatkan jiwanya diseru bahagia yang berbunga-bunga.
Menangkup kedua wajah Ann Layli rapat dia menutup kelopak mata isterinya dengan tapak tangan besarnya. Cuba menampung jumlah cahaya yang menembusi tapak tangannya ke arah kelopak mata Ann Layli.
“ Okey, now buka mata perlahan-lahan. Abang tak nak tutup lampu sebab nanti sayang tidur semula. Dah subuh jom kita solat dulu.” tutur Benz Fahri.
Muncung mulut Ann Layli mendengar arahan Benz Fahri namun tetap juga dia mengikut arahan sang suami.
Perlahan-lahan dia cuba membuka matanya. Tetapi kembali menutup matanya kerana terlalu terkejut. Jantungnya berdegup laju dan seakan mahu melompat keluar.
Serentak itu terdengar suara kekehan Benz Fahri kuat dihadapan wajahnya.
Bertambah cemberut wajah Ann Layli walaupun debaran jantung yang masih menggila itu belum terhenti.
“ Benji..stay away!” Ann Layli menolak jauh dada lelaki itu. Masakan tidak, dia terkejut kerana sebaik saja dia membuka mata tadi, wajah Benz Fahri berada rapat dan dekat dihadapan mukanya. Hampir saja bibir mereka bercantum kerana terlalu dekat seperti itu.
“ Nope! You re my queen. So, I want to get my morning kisses first.” sengihnya.
Kelam kabut Ann Layli membuka matanya kerana terasa pergerakan Benz Fahri yang semakin dekat dihadapan dadanya dan deruan hangat nafas menghembus di kulit mukanya. Dia sudah bersedia mahu menolak kuat lelaki itu jika Benz Fahri memulakan pergerakannya sekali lagi.
Tepat sangkaan Ann Layli apabila saat dia membuka mata semula Benz Fahri sudah mengepung tubuhnya dengan kedua tangan lelaki itu berada di kiri kanan birai kepala katil. Terlalu hampir mahu dipeluk Benz Fahri. Degup jantung bertambah tidak normal saat itu.
“ Ben..ji..stay away from me!”
“ Nope untill I get my morning kisses from my queen first. Here and here!” ujar Benz Fahri sambil telunjuk mengarah ke pipi dan bibirnya.
Buntang mata Ann Layli. Pantas dia menggeleng dan menjarakkan wajahnya ke belakang.
“ Gatal.” dengus Ann Layli.
“ Abang gatal dengan sayang je. Bukan dengan orang lain.” ujar lelaki itu lagi.
“ Dah lah tepi, orang nak bangun. Kang terlajak subuh pulak.” getus Ann Layli seraya menolak sedikit tubuh suaminya yang masih kekal tersenyum di hadapannya itu.
Benz Fahri tersenyum sumbing apabila Ann Layli cuba mengelak darinya. Sedikit terasa dengan penolakan itu tetapi cuba faham akan situasi isterinya yang belum seratus peratus mampu menerima dirinya dalam hidup wanita itu lagi.
Menyisihkan tubuh ke tepi dia memberi ruang untuk Ann Layli bangun dari katil.
“ Okey. Cepat mandi lepas tu kita jemaah subuh sekali." pesannya setelah Ann Layli bangun menuju bilik mandi.
*******
happy reading you all.. sorry lambat update.. TQ yg masih setia.. WL akan try utk habiskan secepat mungkin..wish me luck..:-*
Share this novel