Bab 51

Romance Series 77048

Setelah dua hari bermalam di hospital Ann Layli di benarkan pulang. Hatinya melonjak senang saat di beritahu doktor Habibah yang merawatnya itu kerana dia memang tidak suka akan hospital apatahlagi jika terpaksa bermalam di sana. Namun apakan daya, sakitnya memerlukan dia mendapatkan rawatan di situ membuatkan dia akur toh dia juga hanya tahu dia berada di sana selepas tersedar dari pengsan beberapa jam selepas dimasukkan ke pusat rawatan tersebut. Jika tidak, pasti awal lagi dia mengelak dari pergi ke hospital.

Tambahan, sedar saja dari pengsan dia terus mencari susuk suaminya namun tak kelihatan. Sehingga lewat malam barulah Benz Fahri muncul di bilik wad membuatkan baru Ann Layli sedar betapa dia rindukan kehadiran suaminya itu.

Seperti rutin dua hari yang lalu, Benz Fahri sudah menjadi tetamu tetap bilik yang menempatkan isterinya. Datang melawat dari tengah hari dan kembali pulang sesudah tengah malam. Tengah hari itu, Benz Fahri ke sana lagi. Mahu menjemput bidadarinya pulang setelah dikhabarkan berita baik itu.

Kecoh kediaman Tan Sri Zahid dan Datin Amirah petang itu apabila pasangan pengantin itu pulang ke sana dari hospital. Hasnah dan Zahid juga tiba ke sana selepas diberitakan kepulangan anak angkat mereka itu. Malah Datin Ruhana bersama Megat Bakhtiar serta Sharifah Julia turut tiba di sana selepas pasangan itu tiba.

Terpancar riak kelegaan di wajah pasangan suami isteri korporat itu saat melihat susuk anak kesayangan mereka yang sudah sihat pulang dari hospital. Masakan tidak, tengah tengah berseronok meraikan majlis perkahwinan tersebut mereka dikejutkan dengan hal Ann Layli pengsan. Tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu juga ikut terkejut dengan berita tersebut. Gempar seluruh hotel Imperial apabila ambulans tiba di foyer bangunan hospitaliti itu. Sudah menjadi isu pula yang isteri kepada pemilik Syarikat Khazanah Berhad mereka terpaksa dikejarkan ke hospital akibat pengsan. Kini, riak ceria terpeta jelas di wajah Ann Layli membuatkan kedua pasangan suami isteri itu mampu menarik nafas lega.

Tidak ketinggalan, pasangan kembar Azhan Wadif dan Azlan Waqif yang menjadi penyambut tetamu tak berbayar di rumah agam itu. Siap berganding bahu dengan pasangan kembar cilik Megat Aedy dan Megat Aery yang menjadi penambah keceriaan rumah besar itu. Riuh suara mereka mengusik Ann Layli dan Benz Fahri sehingga rona wajah kedua pasangan pengantin baharu itu bertukar warna akibat malu.

Ann Layli melangkah masuk ke dalam rumah setelah berpelukan dengan ahli keluarga yang menyambutnya di hadapan pintu besar itu. Dia berasa sangat lega setelah dapat pulang ke rumah. Hilang sudah bauan yang tidak menyenangkan yang dia hidu dari hospital beberapa hari sudah. Apatah lagi dapat berjumpa dengan insan insan kesayangannya. Semuanya berwajah ceria menyambut kepulangannya dari rumah sakit tetapi tidak Benz Fahri membuatkan dia diasak perasaan tidak senang. Toh layanan Benz Fahri juga ternyata tidak sehangat seperti beberapa hari lepas setelah ijab kabul mereka.

Tertanya-tanya akan perubahan sikap suaminya, Ann Layli menjadi penasaran.

Benz Fahri menjadi sedikit pendiam dan tidak banyak bersuara apabila bersama dengannya. ‘ Common sense' nya seakan hilang. Tetapi apabila bersama dengan ahli yang lain mulut lelaki itu seperti bertih jagung pula. 'Sense of humour' nya juga sering menjadi bahan tawa ahli keluarga terutamanya si kecil Aedy Dan Aery. Kedua anak kecil Sharifah Julia itu juga sesaat pun tidak berenggang dari ayahcu mereka membuatkan Ann Layli terasa dipinggir dari tatapan dan layanan suami sendiri. Dia sedikit cemburu dengan anak kecil itu yang lebih mendapat perhatian Benz Fahri.

Namun apabila bersama dengannya Benz Fahri menjadi burung belatuk. Mengangguk dan mengiakan saja setiap butir percakapannya membuatkan Ann Layli geram dan sakit hati. Malah, sepatah ditanya sepatah juga dijawabnya membuatkan Ann Layli jadi bingung dan tertanya-tanya adakah dia telah melakukan kesalahan? Namun sehingga sakit kepalanya memikir tidak juga muncul jawapan yang membuktikan ada kesilapan yang dilakukan kepada lelaki itu. Ann Layli terdera dengan keadaan itu membuatkan selepas usai makan malam bersama ahli keluarga yang lain dia terus naik ke bilik. Perasaan sakit hati, geram dan sedihnya bersatu membuatkan emosinya menjadi tidak stabil.

Ann Layli menghamburkan tangisan sendirian di atas katil. Baru saja hendak merasa senang dengan perhatian dan layanan istimewa dari lelaki yang kini bergelar suaminya itu tetapi dia diuji pula dengan sikap endah tak endah Benz Fahri seperti sekarang membuatkan dia sakit hati dan geram malah terasa sangat sedih apabila tidak diendahkan suami sendiri.

Entah apa nasibnya. Baru saja hendak merasai kebahagiaan dan membenarkan rasa sayang dalam hati. Datang pula dugaan seperti ini. Agaknya seorang Ann Layli memang tak layak untuk disayangi dan menyayangi ke?

Syiling bilik dipandang bagai hendak tembus. Otak sudah sarat dengan berbagai pertanyaan tentang seorang sikap Benz Fahri. Namun satu pun tiada jawapan yang tepat dapat Ann Layli simpulkan.

Bibir diketap perlahan. Air mata yang berjurai di pipi diseka kasar. Geram kerana air mata itu mahu meleleh seperti empangan pecah. Geram juga dengan diri sendiri kerana terlalu rapuh seperti itu. Sebolehnya dia mahu membuang rasa yang sedang berat bersarang di hati. Tidak mahu berfikiran negatif tetapi perasaan itu tetap juga menginjak nginjak jiwa. Akhirnya, hujung sarung bantal kepalanya yang berlapik bawah kepala Ann Layli tarik dan bawa ke hadapan perut. Ditumbuk berulang ulang kali. Tidak cukup dengan itu, dipintal-pintalnya bantal tidur itu sehingga renyuk seperti renyuk hatinya bagi melepaskan geram dan sakit hati. Tubuh yang sejak tadi mengiring di balikkan ke hadapan berharap dapat melupakan apa yang terjadi. Namun sekelibat memori manis tentang Benz Fahri saat mahu melamarnya kelmarin dulu menerpa ke lembah ingatan semula.

Teresak-esak Ann Layli menahan tangis yang datang semula. Puas dia cuba melupakan semuanya tetapi tetap juga perkara perkara itu datang menganggu fikirannya. Benarkah dia tidak layak mendapatkan kebahagiaan dalam perkahwinan kedua ni?

Selama hampir setahun ditinggalkan Muqri sebagai balu begitu susah payah dia menjaga hatinya agar tidak terbuka untuk sesiapa pun. Malah dia sudah nekad tidak mahu terikat lagi dalam ikatan perkahwinan kerana traumanya bukan sedikit ketika bergelar isteri kepada Muqri. Fobianya juga sehingga kini masih menghantui diri setiap kali melihat kaum adam berkelakuan mungkar dengan wanita. Bahkan, sesekali menjelang malam masih dia meratapi rasa sakit dan nyeri di tubuh apabila bermimpi buruk tentang Muqri. Namun semua itu, dia letakkan ke tepi apabila Tan Sri Zahid serta Hasnah sering menasihati dan memujuknya agar menerima Benz Fahri yang sangat baik, bertimbang rasa serta menghormati orang tua itu. Malah kenyataan Tan Sri Zahid tentang penjodohan sewaktu kecil antara dirinya dengan Benz Fahri yang sudah lama wujud itu membuatkan dia akhirnya akur dan memberi peluang serta ruang kepada mereka. Juga memberi ruang dan peluang untuk dirinya sendiri. Dia percaya, keluarganya lebih mengenali serta mempercayai jejaka itu lebih dari sesiapa pun lantas membuatkan dia juga akhirnya total mempercayai seorang Benz Fahri di sebalik istikharah yang dia buat sebelumnya. Namun, hari ini mengapa kepercayaan itu seperti dikhianati pula? Sakit di hatinya kerana diabaikan malam itu hanya Tuhan yang tahu.

Sehingga waktu menginjak entah ke pukul berapa akhirnya Ann Layli terlelap sendirian bersama sisa tangis yang masih bersisa di tubir matanya. Pun begitu, tidurnya lena ibarat semua masalah sudah terbang melayang entah ke mana.

Pintu bilik terkuak perlahan. Benz Fahri menjenguk ke ruang yang terbuka sempit itu. Cahaya samar dari lampu tidur menerjah kornea menampakkan figura isterinya yang terlelap polos di balik gebar tebal. Sesaat kakinya terpasung di situ bersama keluhan berat terlolos dari bibir. Berfikir sejenak akhirnya dia memboloskan diri ke dalam juga lantas menutup daun pintu perlahan dan berhati-hati. Bimbang mengejutkan lena Ann Layli pula.

Menapak ke arah katil cermat dia lantas duduk sebentar di birai bercadar biru laut itu lalu meregangkan tubuh. Pangkal leher yang tegang dilurut perlahan. Sesaat dia bertafakur sebelum bangun berdiri di sisi katil lalu membuka helaian 'elements' yang melekap di badan sejak pulang sepetang tadi dari hospital.

T-shirt dan cargo hitam itu diletakkan dalam bakul kotor berhampiran dengan katil kelamin mereka usai melilit tuala ke pinggang. Mahu membersihkan diri sebelum tidur kerana dia tidak selesa jika tidak mandi walaupun dua jam sebelumnya baru saja dia mandi kerana menunaikan solat secara berjemaah dengan ahli keluraganya. Sudah menjadi rutinnya setiap malam untuk melakukan aktiviti kebersihan diri seperti itu bahkan sudah sebati dengan dirinya sejak remaja lagi. Paling tidak, sebelum hanyut lena ke alam mimpi dia akan pastikan dirinya berwudhuk terlebih dahulu.

Tubuh yang terbalut separuh dengan gebar tebal itu ditatap gerah sesaat sebelum di bawa dirinya ke bilik air. Benz Fahri meraup wajah. Perasaan bersalahnya menebal kerana membiarkan Ann Layli kesepian seperti itu. Walaupun dua malam sebelumnya dia begitu merindukan susuk itu untuk hadir di sisinya menemani malam malam pengantin mereka. Namun rasa yang muncul dalam hati setelah kejadian tak diingini kelmarin dulu berlaku membuatkan dia menggeleng lemah. Rasa diri gagal sepenuhnya untuk bertanggungjawab dengan amanah itu membuatkan Benz Fahri benar-benar rasa bersalah.

Keluhan terlepas dibibirnya buat kesekian kali. Menarik nafas, perasaan sesak itu serta fikirannya cuba di neutralkan sebaiknya namun gagal. Sekelibat memori; ketika susuk Ann Layli di dalam gendongan Zen Huzaini pada malam itu muncul di ruangan fikiran membuatkan hatinya bertambah sakit. Puas sudah dia cuba bersangka baik tetapi air muka dan kata-kata Zen Huzaini ketika itu benar-benar mencerobohi mindanya. Geram dan sakit hatinya bertambah malah makin menjadi membuatkan dadanya berombak geram saat melihat desiran halus yang terlepas dari bibir isterinya ketika itu. Gerakan kecil Ann Layli di atas katil lantas membuatkan Benz Fahri tersedar. Wajahnya diraup perlahan.

“ Astaghfirullahalazim.” tuturnya perlahan dan hanya terdengar di pendengaran sendiri. Tidak mahu melayan perasaan lagi, membuatkan Benz Fahri melangkah ke bilik air meneruskan hajatnya di awal tadi.

Baru saja kaki mahu melangkah masuk ke bilik air, terdengar suara esakan halus dari balik gebar itu. Terbejat kaki dia menoleh. Langsung, suara halus itu lebih kuat dari sebelumnya bersamaan gerakan separa agresif dari balik gebar terus membuatkan dadanya berombak kencang.

Melangkah menghampiri katil semula dia berdiri pegun melihat susuk Ann Layli yang masih terpejam namun merintih seperti orang sakit yang teramat. Sedunya bertali temali tanpa henti diiringi tangisan sedih. Bagai ditarik ke alam lain, suasana itu mengingatkan Benz Fahri sama seperti mimpinya melihat seorang gadis di dalam hutan yang menangis meminta pertolongan serta menuntut perhatiannya.

“ Tolong jangan..jangan..!!" sedu suara itu semakin menjadi jadi dengan tangan terawang awang naik menepis angin sedang matanya terpejam seakan menghalang seseorang dari melakukan sesuatu yang sumbang.

Benz Fahri terkesip. Sayu hatinya melihat tingkah Ann Layli seperti itu membuatkan kakinya laju merapati susuk sang isteri. Tubuh dihenyak ke sebelah Ann Layli lalu cuba mengejutkannya ke alam sedar.

“ Sayang!” panggil Benz Fahri. Tangan kiri menahan tangan Ann Layli dari terus terawang awangan manakala tangan kanan di bawa menepuk pipi Ann Layli agar tersedar.

“ JANGAN!!!!” semakin kuat gema suara Ann Layli bersamaan tangan dan kakinya melibas tanpa arah menyebabkan Benz Fahri gagal mengawal tindakan luar kawalan isterinya yang sedang berbaring itu.

Terhuyung hayang tubuh Benz Fahri di atas katil mengikut tindakan agresif Ann Layli yang masih belum sedar ke alam nyata itu. Nafasnya turut berombak laju dek gerakan luar kawalan isterinya.

“ Sayang!" panggil Benz Fahri lagi namun seperti tadi panggilan itu tidak berjaya menyedarkan isterinya.

Hanya jeritan dan erangan kuat yang terlepas dari bibir Ann Layli apabila tangan Benz Fahri semakin kejap mengawal pergerakan tubuhnya.

“ Tolong lepaskan Ann abang. Jangan buat Ann macam ni. Tolong abang!!”

Kerutan di dahi Benz Fahri naik berlapis saat mendengar bahasa Ann Layli. Tubuh itu mengongoi sedih dan bergetar lebih hebat dari sebelumnya apabila Benz Fahri mendakap erat badan Ann Layli kerana terlalu panik.

“ Tolong jangan! Tolong jangan abang!!” Ann Layli meronta ronta seraya menepis nepis pelukan Benz Fahri. Rayuannya begitu mendayu membuatkan hati Benz Fahri begitu kasihan.

Mendengarkan kata ganti nama yang diucap Ann Layli membuatkan Benz Fahri yakin isterinya tidak memanggil dirinya di alam mimpi itu. Ann Layli menggunakan kata ganti nama Benji buatnya sedangkan saat itu Ann Layli memanggil dengan panggilan abang. Benz Fahri yakin panggilan itu digunakan isterinya mungkin buat Muqri mahupun Zen Huzaini.

“ ASKÌM!!" kuat bergema suaranya dek hampir habis nafas Benz Fahri memanggil bersama tepukan separa kuat ke atas pipi Ann Layli; berjaya mengembalikan minda isterinya itu ke alam sedar.

Benz Fahri menarik nafas lega apabila mata Ann Layli yang tertutup tadi kini terbuka. Kaki dan tangan Ann Layli ikut sama terhenti tidak lagi bertindak agresif namun pelukannya ke atas tubuh itu tidak dilepaskan.

“ Askìm! Are you okay?” soal Benz Fahri. Dia merenung ke dalam anak mata Ann Layli yang berbening air mata tetapi lekas Ann Layli melarikan pandangannya.

“ Lepaskan saya..” separa berbisik Ann Layli bersuara sambil tangannya sibuk mahu merungkai pelukan tangan Benz Fahri di tubuhnya.

Mendengarkan bicara seperti itu, Benz Fahri hampir tercekik liur sendiri. Halkumnya turun naik. Malah jantungnya yang sudah teratur berdegup setelah berperang hebat dengan tindakan agresif Ann Layli tadi kini kembali berdegup laju seperti mahu terputus dari tangkainya. Adrenalinnya berpacu laju. Entah apa maksud Ann Layli itu dia tidak tahu. Samada menyuruhnya melepaskan pelukan itu mahupun melepaskan ikatan antara mereka. Namun tidak sekali akan dia lakukan keduanya.

Semerta dia menjarakkan tubuhnya dengan Ann Layli namun tautan tangannya ke atas lengan Ann Layli tidak dilepaskan malah bertambah kejap agar tubuh itu tidak terlolos dari pegangannya.

“ Abang takkan lepaskan sayang. No matter what!" ujar Benz Fahri sungguh sungguh. Dia memeluk erat Ann Layli ke dalam pelukannya semula.

“ Jangan buat saya macam ni Muqri. Awak bukan sayang saya. Awak cuma mahukan tubuh saya je. Tolonglah lepaskan saya. Jangan siksa saya lagi." Ann Layli mengongoi hiba sambil tangannya memukul mukul lemah belakang tubuh Benz Fahri. Masih mencuba untuk melepaskan diri.

“ Huh! Hey..sayang. Abang ni..” cuba memujuk Ann Layli lagi, belakang tubuh isterinya digosok lembut.

“ Jangan Muqri..Jangan..”

“ Ann.. Benji ni. Muqri dah tak ada. Dia dah meninggal sayang.." potong Benz Fahri. Menjarakkan tubuh mereka, kedua tangannya naik menangkup wajah Ann Layli lalu digoncang perlahan. Isterinya perlu di sedarkan ke alam nyata.

“ Ann.. bangun. Benji ni!” panggil Benz Fahri lagi.

“ Ben..Benjii. Allahuakbar..Mimpi rupanya!"

“ Ye sayang..Benji ni. Mengucap sayang. Sayang mimpi apa?" soal Benz Fahri lega.

Ann Layli tarik nafas panjang sebelum menghembus perlahan lalu beristighfar. Dia menggeleng lemah. Wajah Benz Fahri yang merenik peluh dipandang. Perasaan senang dan selamat berada dekat dengan lelaki itu membuatkan hatinya tenang. Namun, hampir saja dia menjerit kuat apabila melihat tubuh Benz Fahri tanpa pakaian tetapi mengenangkan sekarang ini mereka di rumah Tan Sri Zahid, dia matikan niat. Bimbang yang lain salah faham. Tubuh yang hanya bertuala separas pinggang itu membuatkan perasaan fobianya menyerang. Refleks; lekas ditolaknya tubuh sang suami ke tepi. Gebar yang berselerak di tepi katil ditarik lalu berselubung di balik selimut tebal itu.

“ Sayang..Hei, kenapa ni?" Merapati selimut tebal itu dia memanggil Ann Layli selepas membetulkan duduk. Nyaris dia jatuh ke bawah setelah ditolak isterinya. Dapat dia lihat selimut itu bergegar membuatkan duduknya yang berhampiran pun ikut bergoyang sekali.

“ Benji jangan dekat. Better put on your shirt first!" larang Ann Layli memberi amaran.

Membawa anak mata kembali kepada tubuh sendiri Benz Fahri hampir ketawa kuat. Dahinya ditepuk perlahan seraya menggeleng. Wajarlah Ann Layli tolak dia macam nak terbalik rumah. Rupanya seram dengan tubuhnya yang tidak berbaju itu.

“ Tamam..Tamam..” Benz Fahri pantas bangun dan turun dari katil. Bilik air dia tuju laju.

Mendengarkan pintu bilik air ditutup, gebar yang menyelubungi dirinya di buka. Kepalanya di bawa keluar mengintai dari celahan selimut tebal itu. Kelibat Benz Fahri tidak kelihatan di ruangan bilik itu membuatkan Ann Layli tarik nafas lega. Menilik diri yang masih sempurna dengan pakaian Ann Layli raup wajah.

Klack! Selak pintu bilik air berbunyi membuatkan tangkas Ann Layli menarik gebar biru itu semula melindungi tubuhnya. Bimbang terlihat lagi tubuh separa bogel Benz Fahri seperti tadi.

Benz Fahri yang sudah siap berpakaian tidur dari bilik air itu keluar menuju katil yang menempatkan isterinya. Terlihat lagi gebar yang menyelubung Ann Layli, dia menggeleng.

“ Sayang.." panggil Benz Fahri. Tangannya terhulur mahu menarik gebar yang menutupi isterinya itu.

“ Jangan tarik kalau awak belum pakai baju lagi Benji. Move aside.” Ann Layli memberi amaran keras sambil menggigit bibir. Perasaan cuaknya masih belum hilang lagi angkara terpandangkan tubuh separuh bogel Benz Fahri tadi.

“ Abang dah mandi dan pakai baju semua sayang. Bukak la selimut tu. Jangan menyorok lagi. Nanti sayang pengsan pulak.” beritahu Benz Fahri bersama pujukan lembut.

Perlahan-lahan selimut itu terbuka dan muncul wajah Ann Layli disebalik gebar tebal tersebut. Sugul saja wajah Ann Layli sebaik bertentangan mata dengannya.

“ Please don't call me sayang neither call you abang.” ujarnya.

Berkerut wajah Benz Fahri sebaik mendengar amaran tersebut. Kerutan dikeningnya mula membentuk akibat hairan.

“ Kenapa?”

“ Tak selesa. Lagipun kita dah bincang sebelum ni. Ann—Benji is the better way."

Angguk.

“ Tapi saya dengar Ann sebut dalam mimpi tadi abang. Dengan saya tak mahu berabang kenapa? Who's that lucky man?" soal Benz Fahri dengan ayat yang berbaur cemburu. Sungguh dia ingin tahu walaupun dia sudah pasti panggilan abang itu sebenarnya untuk siapa. Sengaja dia mahu mendengar sendiri dari mulut Ann Layli bagi mendapatkan kepastian.

Lama Ann Layli diam tidak bersuara. Bukan tidak mahu berterus terang tetapi dia bimbang jika penceritaannya nanti membuatkan dia dikuasai trauma semula.

“ Ann, kalau Ann teruskan keadaan dengan macam ni semuanya takkan selesai.” nasihat Benz Fahri.

“ That shit man was Muqri."

“ You called Muqri as abang?"

“ His named himself abang not me. I'm just love to call you Benji." laju Ann Layli menerangkan. Nadanya sedikit keras.

Benz Fahri mengangguk faham. Hatinya sedikit mengembang mendengar pengakuan manis Ann Layli itu.

“ Kalau macam tu..I'm not used the 'Ann— Benji'. Perhaps ‘Askìm— Benji' more better.”

Ann Layli kerut dahi. Matanya mengecil dan segera berpaling memandang Benz Fahri yang sudah beralih duduk di sebelahnya.

“ Askìm or aiskrim huh?”

“ Lebih kurang la. Aiskrim pun boleh. You kan suka buat I melting." Benz Fahri kulum senyum Cuba memancing perbualan dengan isterinya.

“ Benji boleh tak jangan main main. Askìm tu apa?"

Benz Fahri cuit pipi Ann Layli sebelum membetulkan letak duduknya lebih elok. Dia senyum nipis sebelum memandang Ann Layli kemudiannya.

“ Askìm means sayang in Turkish. Kenapa you tak bagi I panggil you sayang?" soal Benz Fahri.

“ Because the lucky man you've said just now called me that name. It dragged me into the trauma.”

“ Oh! Tamam Tamam..Lepas ni I tak guna dah nama tu." janji Benz Fahri.

“ Kalau tak keberatan boleh I tahu you mimpi apa? You nampak takut masa dalam mimpi tadi. Apa yang jadi?”

Ann Layli melepaskan keluh. Sudah dia agak yang suatu masa Benz Fahri pasti akan bertanyakan tentang kisah lamanya. Mengingati nasihat Hasnah sebelum ini agar berterus terang tentang seberat apa pun hal dalam melayari hubungan antaranya dengan Benz Fahri membuatkan Ann Layli bersedia untuk bercerita. Cukup sudah dia simpan masalah yang membelengu diri. Sudah tiba masanya Benz Fahri mengetahui. Kelak dia tidak mahu masalah lama mengeruhkan hubungan suami isterinya dengan lelaki budiman ini.

“ Askìm, kalau you rasa belum bersedia it's okay. I takkan paksa. You have me in every second and anytime I'll besides you to hear your traumatic. Always." ujar Benz Fahri apabila melihat Ann Layli lama berdiam. Bahu isterinya ditepuk lembut.

“ Please, no offense if you hear all my nightmares. Sebetulnya saya belum bersedia untuk bercerita tapi saya tak mahu awak lebih terkejut lepas ni kalau setiap malam nampak saya macam tadi. Saya janji saya akan beritahu semuanya. Dan saya juga nak tahu kenapa hari ni awak macam jauhkan diri dari saya. If I do something bad to you, I'm sorry.” tidak dapat tidak terlepas juga pertanyaan dari bibir Ann Layli yang menuntut jawapan benar dari suaminya.

“ Insha'Allah I'm promise. I pun nak mintak maaf dengan you sebab buatkan you rasa tersisih macam ni. Tapi truthly I rasa bersalah dekat you sebab biarkan you sakit sampai masuk hospital. I marah dengan diri sendiri sebab biarkan you pengsan tanpa sempat I selamatkan you. I geram dengan diri sendiri sebab biar lelaki lain sentuh you selain I sebagai your husband. Sebab tu I rasa bersalah setiap kali pandang you. But tengok you menangis dan sedih macam tadi buatkan I lebih bersalah. Please let me heal your wound until it vanishes.” panjang lebar Benz Fahri menjelaskan. Wajahnya sedikit keruh menampakkan dia benar-benar memaksudkan kata-katanya itu.

“ Saya yang degil tak dengar kata. Bukan salah awak. Kalau saya ikut cakap awak supaya batalkan majlis kita semua takkan jadi macam ni. Dan saya pun nak minta maaf sebab tak pandai jaga diri sampai ada orang lain yang sentuh saya selain awak.” ucap Ann Layli lantas menyauk tangan Benz Fahri lalu tunduk mengucup tangan suaminya. Dia memohon maaf atas kekhilafan yang tak sengaja dia lakukan. Benar-benar dia rasa bersalah dengan suaminya itu.

“ Ampunkan saya Benji."

“ It's okay. Nothing to sorry. You tak salah dengan I pun. Kita cuma mangsa perasaan kita je.” ucap Benz Fahri seraya mengangkat wajah Ann Layli agar bertentangan mata dengannya. Pipi Ann Layli dielus lembut dengan ibu jarinya. Anak matanya menikam lembut anak mata isterinya cuba memujuk dan dia berharap perkara seperti itu tidak berulang lagi.

“ Terima kasih."

“ Nothing to thanks. I'm always besides you until death apart us."

“ Benji..sorry pasal tadi." tiba tiba Ann Layli bersuara mematikan suasana sepi yang menghurung mereka.

“ Pasal yang mana satu?" Benz Fahri mengerutkan dahi.

“ Pasal saya tolak awak tadi. Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya terkejut sangat bila sedar sedar awak no shirts macam tu." Ann Layli gigit bibir. Jemarinya dimainkan satu sama lain bagi menghilangkan rasa gugup.

Benz Fahri tergelak besar. Dia menggeleng melihat sifat Ann Layli yang gelabah seperti itu.

“ Termasuk I, dua orang dah suami you even kita baru kahwin seminggu and tak sempat nak buat apa-apa pun. Takkan tengok suami sendiri tak pakai baju sampai terkejut macam tu. Bukannya I tak pakai apa apa langsung. Oh no wonder la you sampai jatuh dalam kolam sebab terkejut tengok I without shirt haritu." soal Benz Fahri hairan sekalian mengusik isterinya.

Buk! Bantal kepala disebelah dicapai Ann Layli lalu menghempuk mengenai bahunya membuatkan Benz Fahri terjerit manja. “ Boleh tahan ganas jugak isteri I ni ehh." usik Benz Fahri lagi.

“ Kalau awak fikir nak buat apa-apa dekat saya baik awak start cari isteri lain sekarang. Saya izinkan. Saya tak boleh nak jadi isteri mithali macam isteri orang lain yang menurut kehendak batin suami sentiasa. Saya bukan Ann Layli yang dulu. Saya dah minta masa untuk saya terima awak dalam hidup saya. Perkahwinan saya yang dulu tak seperti orang lain. Muqri was the nightmares man ever. Kalau saya cerita mungkin awak pun takkan sanggup nak dengar. Tapi semuanya kenyataan pahit yang terpaksa saya telan sehingga mungkin akan buatkan awak terganggu dalam perkahwinan kita. Saya minta maaf sangat sangat. Sebab tu sebelum kahwin saya nak sangat jumpa dan ceritakan pada awak tapi awak elak untuk berjumpa dengan saya. Saya tak mahu bila awak tahu semuanya selepas pernikahan kita awak takkan boleh terima saya dengan kehidupan trauma saya yang lepas. Please Benji. Saya betul- betul minta maaf. Tapi sekarang bila saya dah boleh terima awak saya lebih takut. Takut yang saya akan kehilangan awak dan saya akan lebih terluka. Jadi untuk tidak buatkan hati saya lebih jauh menerima awak saya rasa lebih baik saya ceritakan semuanya. Supaya antara kita takkan terluka lebih dalam.”

“ You salah kalau you rasa I akan lepaskan you dan cari isteri lain. You salah, kalau you fikir I cari isteri untuk puaskan nafas batin I. That was the last thing that came into my mind. I pilih untuk mendengar semua kisah you lepas berkahwin sebab I nak lebih bersedia dan bertanggungjawab menjadi seorang suami. I tak rasa kalau I dengar sebelum kita kahwin I akan stick to the plan to marry you. Now I'm ready untuk dengar semua cerita trauma you tu. Lepas I janji dengan babah untuk nikahi you, I dah janji dengan diri sendiri untuk terima segala kekurangan you dan perkahwinan kita. I sayang dan cintakan you sepenuhnya sehingga maut yang akan pisahkan kita. I nak jadi suami yang selalu ada untuk you bersandar walau sesusah mana pun keadaan you. Please askìm, let me love you even you're not love me. I akan tanggung semua risikonya.” ucap Benz Fahri. Tangan Ann Layli digenggam erat lalu di bawa ke bibirnya dan dikucup sungguh-sungguh.

Ann Layli merasa lega setelah menceritakan semuanya. Segala kisah yang dia pendam seorang diri selama ini dikisahkan kepada Benz Fahri. Segala fobia dan traumanya ketika bergelar isteri Muqri juga turut dia beritahu membuatkan beban yang ditanggung selama ini menghilang. Akhirnya dia sudah boleh memulakan fasa baru dalam perkahwinannya bersama Benz Fahri selepas mendengar lafaz janji lelaki itu malam itu.

Dan bagi Benz Fahri pula dia sangat terkejut mendengarkan kisah dan cerita tragis isterinya. Sungguh dia tidak percaya tetapi malam itu semuanya telah mendapat jawapan. Seseksa itukah nasib isterinya di tangan Muqri yang bergelar suami? Tidak dapat dia bayangkan kehidupan lama isterinya ketika menjadi isteri lelaki itu. Begitu terukkah sikap Muqri dalam meledani Ann Layli. Pasti hati dan jiwa isterinya dipenuhi luka dan parut.

Membayangkan itu semua, lemah terus segala sendinya. Tidak tergamak dia mahukan tubuh itu semata mahu melunaskan nafsu. Dia bukan lelaki serakah walaupun ikatan antara mereka menghalalkan haknya. Tidak pernah terlintas difikirannya mahu melakukan hal seperti itu ke atas isteri yang dia cintai sepenuh hati.

Meneutralkan nafas, Benz Fahri membelai lembut tubuh Ann Layli. Pelukannya dilonggarkan tetapi masih mendakap tubuh itu.

“ Benji.."

“ Hmm.." puncak kepala isterinya di kucup manja. Tubuh isteri yang berada didalam dakapannya dibelai mesra. Walaupun Ann Layli masih kaku tetapi tetap juga dia beraksi romantik seperti itu. Sudah dia berjanji akan menyintai dan mengasihi wanita itu sepenuh hatinya walaupun sejuta kali Ann Layli menolaknya.

“ Lepas apa yang jadi malam ni dan semua cerita yang awak dengar tu, awak takkan batalkan hal sambung belajar saya tu kan?"

“ Why would I. Itu impian you and babah. I dah janji so I takkan mungkir janji. Tapi.." meleret suara Benz Fahri tersenyum memandang Ann Layli.

“ Tapi apa?"

“ I nak tukar tempat you belajar tu. Since you dah boleh terima I, I tak sanggup la duduk jauh jauh dengan aiskrim I ni. Nanti I tak boleh melting melting dengan you. Nanti I sakit kalau tak tengok you seharian tapi tulah lambat sikit la nak buat rayuan tukar tempat tu.."

“ Amboi ayat kemain ye. Memang lelaki semua mulut manis ke apa?" Ann Layli sungging bibir.

“ Mana you tau mulut I manis. You tak pernah rasa pun kan." Bibir Ann Layli yang tercebik itu di usik usiknya geram.

“ Benji please la..you ni suka sangat main main. I tanya serious ni. Kenapa lambat pulak nak buat pertukaran tu?"

“ Betul la you tak pernah taste lagi mulut I mana you tahu manis." Keningnya diangkat-angkat masih mahu mengusik Ann Layli yang mencuka wajahnya.

“ Mulut manis tu maksudnya pandai berkata kata bagi perempuan percaya sampai jatuh cinta. Bukannya rasa dengan mulut.” balas Ann Layli.

“ Tamam..Tamam. Ann Layli çok güzel. No doubt!” rambut Ann Layli dikocaknya perlahan sehingga berantakan sebelum ditarik leher wanita itu dan dicium semahunya membuatkan Ann Layli terjerit kecil. “ Sorry I geram sangat tengok you macam ni...” Benz Fahri menarik nafas semula sebelum menyambung kata. “Okay, pasal tukar tempat tu lambat sebab esok I kena fly pergi Dubai balik. Ada urgent matter dengan syarikat dekat sana. I busy until next month. So I tak boleh nak handle your further study tu sampai bulan depan lah kiranya." Jemari Ann Layli yang bersarung cincin kahwin mereka dimain mainkan. Sesekali dia mengucup jemari itu menggambarkan perasaan sayangnya yang tak berbelah bahagi.

“ Oh..it's okay. So esok flight you pukul berapa?"

“ Oh aje. You tak sedih ke I kena tinggal you sebulan ni?"

“ Tak. Biasa je. Besides awak pergi sana sebab kerja kan. Buat apa saya nak sedih."

“ Teruk la wife I ni. I yang rasa macam nak mati tau sebab tak boleh jumpa you peluk peluk you macam sekarang ni. Nanti I rindu you. Hmmm..apa kata you ikut I je pergi sana. Kita boleh honeymoon terus. Nak?”

“ Honeymoon ehh.. Tak nak lah. Nanti saya susahkan awak je. Awak pergi sana nak kerja. Tak apa awak pergi je sorang. Saya tunggu sini. Nanti awak balik baru kita fikir pasal honeymoon and futher study saya tu. Okay."

“ Betul ni tak nak ikut. Jangan rindu I sudah lah nanti. I am busy sampai tak sempat nak call nanti jangan merajuk macam hari tu pulak." ungkit Benz Fahri mengingatkan isterinya hal sebelum pernikahan mereka hari itu.

“ Iye saya janji. Tak apa saya taulah yang suami saya kerja. Hari tu sebab saya ingat awak nak elakkan diri dari saya sebab tu saya sedih."

“ Kesian dia, sedih sangat sampai tangan semua luka ya.” ujar Benz Fahri. “ Habis parut tangan wife I ni." Parut yang berbekas sepanjang dua sentimeter di atas pundak tangan Ann Layli dibelek sebelum dia mengucupnya.

Mendengarkan itu, wajah Ann Layli cepat memerah kerana menahan malu. Cerita tangannya luka akibat terlalu cuai semasa bekerja kerana begitu terasa hati mengingatkan Benz Fahri yang sengaja menjauhkan diri darinya sampai ke pengetahuan Benz Fahri rupanya. Semuanya gara gara mama Amirahnya memberitahu lelaki itu.

*******

Zip beg baju yang kedua ditarik lalu diletakkan ke tepi almari bersama sebuah lagi travel beg serta Mac book yang turut berada di situ.

Bangun dari duduk di lantai parquet bilik, katil dituju. Melabuhkan duduk di birai katil, pinggang yang sudah lenguh direngang. Di pusing kiri dan kanan sehingga menghasilkan bunyi. Ann Layli mendesah lega. Pangkal bahu juga dilurut perlahan bagi menghilangkan rasa sengal dek mengemas pakaian dan perkakasan yang lain seharian ini.

Baru saja matanya mahu terlelap, bunyi notifikasi dari aplikasi wasap telefonnya berbunyi. Pantas mencapai alat pipih itu, dia melihat mesej yang baru masuk.

Senyuman lebar terukir di bibirnya saat membaca mesej yang diterima.

- Hai askìm. I'm miss you here. Today I'll get my flight at 8am. Waiting for me there.- Benji -

Menaip butir butir aksara yang membentuk ayat balasan kepada mesej suaminya butang hantar Ann Layli tekan.

- Okay Benji. I'll wait here until you touch down. I'll miss you too.- Ann -

- What are you doing now baby? -

- Nothing. Just packing some stuff. Oh please Benji, don't baby baby with me. I'm not your baby girl okay. - Ann Layli menjulingkan matanya. Sudah acapkali dia berpesan kepada Benz Fahri agar tidak memanggilnya sebegitu. Dia rimas dimanjakan suaminya seperti itu kerana berasa sangat mengada-ngada.

- I baby baby dengan you je. I panggil sayang nanti you marah. I panggil you baby you tak mahu. I tak pernah manjakan mana-mana perempuan lagi tau sebelum you. You orang pertama tau. So I macam cheeky la sikit.-

Ann Layli ketawa besar. Sama besar dengan hatinya yang berbunga riang mendapat mesej seperti itu dari suaminya.

- Youre not cheeky but overloaded romantic. Tq hubby! -

Bersama balasan gambar emoji kuning yang sedang mencium dia kirimkan buat suaminya.

Selepas berbalas beberapa butir mesej kepada suaminya, alat pipih itu diletakkan ke tepi bantal. Kepala yang dah berat direhatkan bersama mata yang dipejam rapat sehingga lena menjemputnya.

******

— Tamam = Baiklah.
— Çok güzel = Sangat cantik/lawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience