Sharifah Julia berjalan menuju ke bilik kerja suaminya sambil membawa satu muk coklat panas di tangan. Tombol pintu dipulas. Dengan berhati-hati dia meletakkan muk itu di atas meja kerja suaminya.
“ Your drink.” ujar Sharifah Julia. Susuk Megat Bakhtiar yang sedang fokus bekerja di hadapan laptop itu dihampiri.
Perlahan tangan halusnya menjalar ke pangkal tengkuk Megat Bakhtiar memberi urutan. Lelaki itu mendongak memandang isterinya lalu tersenyum. Kepala di bawa pusing semula ke hadapan. Segera butang 'off' laptop di tekan. Megat Bakhtiar statik di situ sehingga terpejam matanya menikmati urutan apabila jemari Sharifah Julia semakin rancak.
“ You need some rest.” ujar Sharifah Julia. Dia masih kekal berdiri di belakang suaminya memberi urutan.
Tangan kasar Megat Bakhtiar menyentuh jemari isterinya yang masih berlari di pangkal tengkuknya. Dia tersenyum dengan mata masih terpejam.
“ No need to rest. Your palm can calm me well honey.” tapak tangan kanan Sharifah Julia di bawa ke mulutnya lalu dikucup perlahan.
Tersengih Sharifah Julia. Kemudian tangan kiri berhenti dari meneruskan urutan. Wanita itu beralih kedudukan. Tubuhnya di bawa duduk ke sebelah encik suami yang masih terpejam mengucup tangan kanannya.
“ Sweet talker.” usik Sharifah Julia. Pipi yang berjambang halus itu ditunjal perlahan.
“ Thank you. It's my super natural born.” gumam Megat Bakhtiar.
Tak lama Megat Bakhtiar membuka matanya. Menatap sepuasnya wajah Sharifah Julia yang kelihatan anggun saat itu walaupun sekadar berbaju tidur satin lengan panjang. Entah kenapa Megat Bakhtiar merasa terlalu rindu pada isterinya walhal setiap hari bertemu muka. Mungkin kerana sudah lama tidak `bermesra' dan `bermadu kasih' di sebabkan mereka berdua terlalu sibuk dengan kerja hakiki saban hari. Namun itu bukanlah menjadi alasan pada pasangan itu untuk saling menjauh.
Megat Bakhtiar membetulkan letak duduk. Pinggang Sharifah Julia di raih dan di bawa rapat ke tubuhnya. Baru saja tangannya meraih rahang Sharifah Julia telefon bimbit di atas meja berdering.
Keduanya tersentak. Sentuhan Megat Bakhtiar pada wajah Sharifah Julia terhenti. Kelihatan wajah Megat Bakhtiar menegang. Dia mendengus geram. Sakit pula hatinya apabila aktiviti yang baru saja ingin bermula di ganggu dengan panggilan entah dari siapa. Jam meja dikerling. Sepuluh empat puluh lapan minit malam.
Sharifah Julia tersengih. Dengan mulut menyebut perlahan perkataan 'sorry' pada si suami tangan kanan laju mencapai telefon bimbit itu. Sekilas matanya menatap pada skrin telefon.
Benz!
“ Ya Benz... Eh, cakap slow - slow boleh tak. Hello.. Hello.. Benz, akak tak faham la. Your voice not clear...” Sharifah Julia membawa jarak telefon bimbit sekaki dari pendengarannya. Dia pandang telefon di tangan dengan wajah suaminya dihadapan silih berganti.
Megat Bakhtiar mengarahkan Sharifah Julia menamatkan panggilan sementara dia pula mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor telefon Benz Fahri. Hampir dua saat menunggu, lantas panggilannya berjawab. Megat Bakhtiar menjawab seketika tetapi menghulurkan telefon tersebut kepada isterinya semula apabila suara di balik talian memintanya berbuat begitu.
“ Hello Benz. What's up?” soal Sharifah Julia. Keningnya bercantum mendengarkan permintaan si adik.
“ Baik-baik..I'm on my way.” balas Sharifah Julia akhirnya. Telefon di tangan dikembalikan pada Megat Bakhtiar dengan kalut.
“ Adik are waiting us. Let's go.” Dia bangun dari kerusi yang diduduki bersama suaminya tadi.
“ Where?” Megat Bakhtiar turut bangun tetapi masih kekal berdiri di kerusi kerja itu.
“ General Hospital.” Sharifah Julia kelam kabut keluar dari bilik kerja suaminya dan masuk ke bilik tidur mereka. Megat Bakhtiar tercengang tetapi tetap mengekori langkah isterinya ke bilik tidur mereka. Isterinya melangkah ke arah wardrobe lalu membuka baju tidur dengan pantas sambil mencapai baju lain untuk di tukar.
“ Why?”
Sharifah Julia yang sedang menyarung hoodie di kepala terhenti gerakan. Wajah tertanya suaminya di pandang geram. Dia membulatkan mata tanda protes kerana lelaki itu masih sibuk mahu bersoal jawab di tengah-tengah kekalutan kepalanya mahu mencerna situasi si adik tadi.
“ I don't know why but Benz ask us to quickly. Just said meet him at General Hospital. That's all. And can you make it faster... My heart are beating like hell!”
“ Okay. Okay. Relax.. Take your breath.” ujar Megat Bakhtiar menggosok perlahan belakang badan isterinya cuba mententeramkan perasaan bengang dan marah yang dah bersatu. Sharifah Julia angguk lalu menyambung semula menyarung hoodie ke badan dan Megat Bakhtiar berlalu untuk menukar pakaiannya.
Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia berjalan beriringan menuju ke kaunter kecemasan sebuah hospital kerajaan. Sebaik saja melihat susuk tubuh Benz Fahri yang sedang duduk di salah satu kerusi yang terdapat di ruangan menunggu di situ, keduanya menerpa ke arah lelaki itu.
“ Benz!” Sharifah Julia menegur. Benz Fahri angkat wajah. Kelam saja riaknya saat itu. Lalu, bahu si adik dipaut oleh Sharifah Julia. Seketika dia menilik raut wajah lelaki itu. Tiada sedikit pun kecederaan di wajah itu tetapi mengapa adiknya mahu bertemu dengan mereka di situ.
“ Siapa yang sakit? Kau buat apa dekat sini?” soal Megat Bakhtiar.
Benz Fahri keluh nafas. Dia telan liur yang terasa berpasir di tekak. Wajah si kakak di pandang seketika sebelum akhirnya dia membuat keputusan untuk memberitahu duduk perkara yang sebenar.
Belum pun sempat dia bersuara, seorang jururawat keluar dari bilik rawatan kecemasan itu memanggil Benz Fahri. Dia bangun langsung merapati jururawat itu.
“ Ya, cik. Ada masalah apa-apa dengan pesakit ke?” soalnya resah.
“ Pesakit tu mengalami kekejangan otot perut dan food poisoning yang agak teruk. So dia kena tahan sekejap dekat wad pemerhatian. Doktor nak pastikan keadaan dia stabil dulu. Kalau masih teruk baru kita prefer dia untuk warded. Encik suami dia ke?” terang jururawat melayu yang bertanda nama Hanisah di baju putihnya.
“ Err..”
Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia yang turut berada di sebelah Benz Fahri tercengang. Mereka saling berpandangan dan pandangan terakhir itu jatuh pada wajah Benz Fahri yang turut sama terkejut dengan pernyataan dari jururawat itu.
“ T.. Tak. I'm not his husband. I'm was his knight amour. "
“ Hah?!” jururawat wanita itu tercengang. Keningnya hampir saja bercantum dan mulutnya separuh ternganga.
Megat Bakhtiar cepat menepuk bahu adiknya lalu berbisik perlahan ke telinga Benz Fahri. “ Fix your words brother!”
Dia geleng kepala melihat tingkah si adik yang agak kelam kabut itu. Itulah padahnya kalau tak pernah bersuai kenal dan bersosial dengan wanita. Kejung tahap petala langit ke tujuh aje.
Sharifah Julia terkekeh ketawa. Megat Bakhtiar pandang isterinya lalu mencerunkan mata membuatkan wanita itu lekas menutup mulut namun masih mempamerkan riak senyuman geli hatinya.
“ Kenight apa cik? Saya tak faham!” soal jururawat itu sambil mengelus telinganya. Berasa dia tersalah dengar dengan perkataan yang diucapkan oleh lelaki kacak di hadapannya itu.
Benz Fahri elus belakang tengkuknya yang terasa sedikit tegang. Dia angkat wajah segan pandang wanita itu yang masih dalam keadaan bingung. Baru perasan yang dia tersalah cakap.
“ So.. Sorry. Saya cakap saya yang bawa dia datang sini. Saya bukan suami dia. Just tolong bawa dia sebab dia jatuh tiba-tiba depan saya.” terang Benz Fahri panjang. Dia mengeluh akhirnya apabila jururawat itu mengangguk faham dan tersenyum simpul seakan memperli dirinya.
Jururawat itu akhirnya berlalu pergi setelah menunjukkan arah bilik pemerhatian kepada mereka jikalau salah seorang dari mereka mahu melawat pesakit tersebut.
Benz Fahri berjalan ke arah kerusi menunggu di hadapan bilik kecemasan itu semula sambil diikuti abang dan kakaknya.
“ Ben jumpa perempuan tu kat mana? Kenapa bawak dia datang General Hospital? Why not to the swasta?” soal Sharifah Julia bertalu. Dia menggoncang tangan si adik yang duduk berteleku di kerusi itu.
“ Sayang. Relax okay. Tanya satu-satu.” tegur Megat Bakhtiar apabila melihat isterinya seakan mendesak Benz Fahri.
Benz Fahri pandang kedua kakak dan abangnya. Dia membetulkan letak duduk. Kaki kanak diangkat lalu disilang bertindih dengan kaki kiri. Kedua tangan di bawa bersilang ke tengah dada. Dia hembus nafas perlahan.
“ I'm just on my way back from Gerik and stop at R&R. While going to the restroom, I saw weird couple arguing something. But I'm ignoring them. I'm just doing my self-contained. While walking to my car, I saw only the women walked away very slowly and suddenly she felt and the rest is story.”
“ Where is her spouse anyway?”
“ Abang, how do I know. I'm bring her here after waiting five minutes there and no one are showing up to look at her. Luckily a doctor there and he asked me to bring that women to the hospital coz general hospital very nearly to this highway.” Benz Fahri memperjelaskan keadaan.
Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia sama mengangguk faham apabila semakin jelas dengan situasi yang sedang berlaku itu.
**************
Honda Civic FC berwarna putih yang terbabas ke parit highway itu kelihatan sangat teruk. Body kereta kelihatan remuk di bahagian hadapan dan di sebelah pemandu. Keempat empat tayarnya sudah naik ke atas dan masih berpusing namun semakin perlahan menandakan kejadian itu baru saja berlaku. Asap dari bahagian hadapan enjin juga mula berkepul naik ke udara.
Toyota Caldina hitam yang mengekori kereta Honda itu tadi berhenti sedikit jauh dari kawasan kemalangan. Penghuni kereta itu saling berpandangan sebelum meneruskan perjalanan mereka semula setelah melihat kejadian yang tak di ingini itu berlaku di depan mata.
“ Call ambulance.” arah John kepada Mark setelah mendapat arahan daripada Kenji sebentar tadi. Soal hidup dan mati lelaki itu perlu dikendali mereka. Ada urusan yang masih belum selesai antara lelaki itu dengan bos mereka.
Mark mencapai telefon bimbit dari poket seluar lalu membuat panggilan kecemasan. Mereka berdua tersenyum apabila mula melihat beberapa buah kenderaan lain yang melalui kawasan tersebut cuba memberi bantuan awal.
“ Siapa yang kejar dia?” soal Kenji. Wajahnya sedikit menegang. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak menahan amarah.
“ Kent and the geng bos.” jawab Mark tunduk. Dia dapat lihat dengan jelas keadaan wajah bosnya yang masih kekal diam di atas kerusi di depan mereka itu namun memilih untuk menunduk.
Kenji mendengus dengan nafas yang laju. Dia bangun dari duduk dengan mengelilingi meja kerjanya. Kot hitam yang tersarung di badan di betulkan berulang kali. Masih tidak puas hati dengan kerja orang bawahannya kerana tidak dapat membawa Muqri kepadanya dengan baik.
“ Aku suruh korang bawak dia baik-baik. Apasal korang semua buat kerja macam tak ada otak. Tak pasal jadi kes polis.” dengusnya kuat.
Semua orang bawahan Kenji termasuk Kent dan orang-orangnya menundukkan pandangan. Tak berani angkat wajah kerana mereka tersalah membuat perhitungan. Sudah pasti Kenji naik darah dengan kerja mereka yang seumpama sampah.
“ By hook or by crook aku nak korang bawak Muqri jumpa aku.” ujarnya kasar lalu berlalu pergi meninggalkan mereka yang saling berpandangan sesama sendiri.
**************
Done update.. Short chapter je. Tangan sakit sebab baru ambik booster. Enjoy your reading. Tq yg support n comments. Doakan WL tak kena simptom vaksin yg teruk2 eh.. Luv u all.. Salam sayang, Whitelily :-)
Share this novel