Bab 35

Romance Series 77048

Selepas berbual singkat dengan Benz Fahri dan Ann Layli tadi, kedua anak-anaknya itu pun berlalu ke tempat kerja masing-masing. Puan Sri Amirah berhasrat naik ke atas ingin melihat kondisi suaminya. Semalaman dia membiarkan Benz Fahri dan Ann Layli bergilir-gilir menjaga dan menemani suaminya itu. Dia mahu memberi ruang dan peluang kepada suaminya untuk menghabiskan masa agar lebih mengenali anak kandung suaminya itu.

Melangkah perlahan, Puan Amirah membuka pintu bilik berhati-hati. Bimbang jika suaminya sedang tidur akan menganggu rehat suaminya pula tetapi sangkaannya meleset. Kelihatan
Tan Sri Zahid sedang berehat di atas katil sambil menonton siri motivasi Fadilah Kamsah dari rangkaian YouTube di layar televisyen.

“ Assalamualaikum abang, boleh Irah masuk?”

“ Waalaikumsalam, masuklah.” pelawanya. Sebaik menyedari isterinya masuk ke situ, remote TV dicapai dan dia memberhentikan siri tersebut. Lantas, senyuman nipis terukir di bibirnya.

Puan Sri Amirah membalas senyuman tersebut. Dia merasa lega apabila melihat suaminya yang nampak segar pagi itu. Melangkah merapati Tan Sri Zahid dan duduk di kerusi wing chair biru bersebelahan katil suaminya.

Semalam, hampir saja dia juga diserang ketakutan dan kerisauan yang melampau kerana melihat suaminya diserang penyakit serangan jantung secara tiba-tiba. Walhal sebelum itu suaminya sangat sihat dan paling teruja serta gembira untuk menyambut kepulangan Ann Layli. Namun, dia bersyukur hari ini suaminya sudah menunjukkan perubahan yang sangat positif.

“ Abang macam mana hari ni? Ada rasa sakit lagi?” soal Amirah.

“ Alhamdulillah. Lega sikit.” angguk Tan Sri Zahid.

“ Baguslah. Risau saya. Nasib ada semua orang semalam. Panik saya abang tiba-tiba rebah macam tu.” Amirah mengeluh. Mengingatkan kejadian semalam hatinya masih dirundung kerisauan.

“ Abang okay..Irah jangan risau. Rasa dah kurang sakit dada ni. Abang bukan apa, terkejut sangat tengok Puteri. Wajah dia, iras dia, cara cakap dan bahasa tubuh dia sama sangat dengan arwah.” terang Tan Sri Zahid.

“ Abang tak sangka dapat jumpa dengan dia. Dulu, abang pernah berputus asa sebab setiap kali abang cuba cari dia, abang selalu gagal. Abang ingatkan abang takkan dapat berjumpa dengan dia langsung. Bertahun abang usung kecewa ni. Betapa abang marah diri sendiri. Betapa abang gagal menjadi ayah yang bertanggungjawab pada Puteri. Semua rasa sesal tu tak tertanggung. Irah pun tahu macam mana keadaan abang. Sekarang bila dah berjumpa terang terangan begini, abang tak dapat sorok lagi perasaan teruja abang. Abang tak dapat kawal perasaan gembira tu. Tambahan, abang juga terlalu takut memikirkan penerimaan Puteri secara mendadak dalam hidup dia tentang siapa abang. Semuanya buat abang susah hati.” keluh Tan Sri Zahid. Jauh anak matanya menyorot wajah Amirah yang masih kekal di sebelahnya itu. Namun, mengenang kembali pertemuan semalam dengan anaknya, wajah Tan Sri Zahid kembali bersinar. Matanya tersirat penuh cahaya. Gembira sudah pasti. Tak sangka Allah memakbulkan doa dan harapannya selama ini. Sungguh dia bersyukur.

“ Doa abang dah diangkat. Sebab tu abang berpeluang bertemu dengan dia. Irah bersyukur sangat. Irah berasa happy on behalf abang. Kalau abang nak tahu, Irah dan Han yang jumpa dia dulu dari abang. Tapi bukanlah sebagai Puteri masa tu.. Kami bertemu secara kebetulan aje. Tapi masa tu bila tengok je wajah Puteri, Irah dapat rasakan something. Nak nak bila terkilas sekali bahagian mata dia tu. Irah nampak muka abang pada dia.” cerita Amirah sungguh sungguh. Dia tersenyum memandang Tan Sri Zahid menanti reaksi suaminya.

“ Betul ke? Dekat mana Irah kenal dia? Tak cerita dengan abang pun.” Tan Sri Zahid terkejut. Wajahnya dipenuhi tanda tanya.

Amirah tersengih. “ Jumpa dekat kedai bakery yang Irah tempah kek dan dessert untuk majlis kita semalam. Han sampai ternganga macam kena sampuk sebab tengok Puteri. Dia kata dia nampak bidadari.” tambah Amirah.

Tan Sri Zahid tergelak. Terhibur dengan cerita yang disampaikan Amirah. Sampai begitu sekali! “ Oh, patutlah. Memang Puteri tu cantik sangat. Dia mewarisi baka ibunya banyak dari abang.”

“ Ya, Irah tahu. Arwah memang cantik sangat berbanding Irah ni. Siapalah Irah kan? Kalau tak masakan abang tak boleh lupakan dia.” usik Amirah.

“ Irah..” bergetar suara Tan Sri Zahid memberi amaran. Matanya tajam menjeling Amirah. Tidak suka mendengar Amirah membandingkan dirinya dengan orang lain.

“ Abang tak suka Irah membandingkan sesiapa. Irah dan arwah dua-dua istimewa dalam hati abang. Ingat tu!” Tan Sri Zahid mengingatkan.

Amirah sekadar angguk. Faham benar sikap tegas yang ditunjukkan Tan Sri Zahid itu. Dia sekadar cuba menceriakan suasana di bilik tersebut.

“ Irah minta maaf.”

“ Ya. Lain kali jangan diulangi lagi kata-kata seperti itu. Abang tak suka.”

“ Baik.”

Setelah beberapa saat berdiam, Tan Sri Zahid berkata-kata semula. Wajah Amirah dipandang sayang. Masakan dia tidak menyayangi Amirah. Amirah hadir di saat hidupnya berantakan. Wanita itu hadir memberi cahaya dan semangat tanpa jemu sehingga dia mampu berdiri kembali seperti hari ini. Malah, Amirah saja yang berjaya membuka hatinya setelah kematian isteri dan kehilangan anaknya. Yang mengajar dia tentang erti sebuah perjuangan. Yang memberi dia kekuatan dan semangat untuk meneruskan hidup.

“ Kenapa abang tengok Irah macam tu?” Hairan Amirah dibuatnya. Pandangan Tan Sri Zahid sangat lain. Seolah, tak pernah melihat isterinya pula.

“ Tak ada apa. Abang rindu dengan Irah.” Tan Sri Zahid kenyit mata sengaja mengusik.

Semerta, memerah wajah Amirah. Tan Sri Zahid tersenyum menilik lagi wajah isterinya. Sekali sekala mengusik Amirah buatkan hatinya sedikit terhibur. Dahulu, pernah dia menyatakan kepada Amirah bahawasanya dia tidak mampu menyintai wanita itu melainkan Sharifah Aini Latifah saja. Namun, sebagai lelaki dan suami dia berusaha untuk menyayangi Amirah selayaknya. Dan dia berjaya walaupun tanpa cinta. Tetapi semenjak kini, perasaan itu telah bertukar. Dari sayang sudah beralih kepada cinta pula. Pengorbanan Amirah dalam hidupnya yang membuahkan cinta tersebut. Dia bahagia.
“ Abang!! Ada-ada je.. Saja la tu nak kenakan Irah. Malas Irah layan abang. Dah, Irah nak turun masak ni..” Rajuk Amirah. Geram dipermainkan suaminya. Amirah bangun dari duduk dan mahu berlalu namun pergelangan tanggannya sempat dilelar Tan Sri Zahid. Menegah dia dari beredar.

“ Duduk dulu. Abang ada benda nak berbincang dengan Irah ni. Cepat sangat nak merajuk pun. Kalah anak dara.” Masih tak henti lagi usikan Tan Sri Zahid terhadap isterinya.

Amirah menjeling geram. Hendak tak hendak, diturunkan juga permintaan suaminya. Sekali lagi wing chair biru menjadi tempat berlabuh tubuhnya menanti sang suami berbicara. “ Bincang apa tu bang?” soal Amirah.

“ Pasal anak-anak kitalah. Abang bukan apa..abang cuma nak yang terbaik je untuk keluarga kita. Lagipun, Ben dah janji dengan abang. Dia akan fikir tentang perancangan abang tu. Irah rasa betul ke keputusan abang ni?” ujar Tan Sri Zahid memulakan bicara.

“ Alhamdulillah. Baguslah. Abang dah buat istikharah kan? Apa yang abang nampak, rasa, dan yakin sebenarnya adalah jawapan Allah kepada persoalan abang. Irah rasa itu pilihan yang terbaik.” Amirah memberi pendapatnya.

“ Itulah syukur sangat. Abang lega sangat bila dapat jumpa dengan Puteri semalam. Abang nak dia tahu yang abang betul-betul berharap untuk dia balik ke dalam dakapan abang setelah hampir dua puluh lima tahun menghilang. Abang harap sangat abang dapat tebus masa yang terbuang tu bersama dengan dia. Irah doakan abang ya.” pinta Tan Sri Zahid. Peluang ini takkan dia persiakan. Menanti hampir dua puluh lima tahun untuk memeluk anaknya bukan suatu perkara yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dia lakukan demi itu. Jadi, dia akan guna masa ini sebaiknya. Malah akan memastikan kehidupan anaknya itu terjamin dalam kedudukan keluarga Sharifah dan Syed. Dia tidak mahu, anaknya menjadi mangsa lagi. Cukuplah hampir dua puluh lima tahun ini anaknya kekurangan kasih sayang keluarga dan harta yang sepatutnya di warisi. Akan dipastikan semuanya menjadi milik Puteri Ann Layli.

“ Insha'Allah bang. Irah selalu doakan abang dan anak-anak. Semoga ikatan kekeluargaan kita bertambah erat lagi lepas ni.” senyum Amirah senang.

“ Amiin. Terima kasih Irah kerana fahami abang.”

“ Tak perlu berterima kasih bang. Anak abang anak Irah jugak. Irah akan sentiasa sokong dan berada di belakang abang tak kira apa pun yang jadi.” ucap Amirah sepenuh hati.

Tiada apa yang dia mahukan melainkan kebahagiaan buat suaminya. Apa pun yang berlaku dia akan tetap memberi sokongan padu.

“ Bila Puteri nak pindah sini?” Teringat akan anak gadis itu, Amirah bertanya lanjut. Semalam dia tidak sempat berbual panjang dengan Ann Layli.

“ Tak tahu lagi. Dia kata bila selesai semua urusan dia dekat sana dia akan beritahu abang.” beritahu Tan Sri Zahid sedikit teruja. Matanya sangat bersinar ketika membicarakan perihal si anak. Tak sabar menunggu waktu itu tiba.

“ Tak apalah kalau macam tu. Mungkin banyak kut hal dia dekat sana yang kena bereskan. Maklumlah, diakan balu. Bergerak seorang diri untuk uruskan hal-hal penting memang ambil masa. Tak apa, kita beri dia masa dan ruang. Abang sabar ya.” pujuk Amirah. Lengan Tan Sri Zahid dielus lembut.

“ Ye abang tahu dan abang faham keadaan dia. Abang pun tak mahu mendesak sangat. Bimbang dia tak selesa. Bukan mudah dia nak beri kepercayaan kepada kita. Ianya akan mengambil masa. Abang akan bersabar menunggu masa tu sampai.”

“ Betul tu abang. A flower may take a day and more to bloom their petals yet to get the best result. Macam abang bersabar selama dua puluh lima tahun ni untuk dia balik ke pangkuan abang. Suratan yang terlalu indah, buat family kita. Kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah Taala. Segalanya adalah milik Dia.”

“ Yeah, I'm believe on it. Thanks for stick up with me.” senyum Tan Sri Zahid menyinar. Perlahan tangannya naik memeluk bahu Amirah lalu mengelusnya. Bahagianya berganda dan tak terkira.

**********

“ Puan, petang ni saya dengan Zahid dah nak balik ke kampung. Rasanya lama sangat dah kami duduk makan tidur dekat sini. Sampai naik segan kami di buatnya.” ujar Hasnah menyusun kata.

Ketika itu, dia dan Amirah sedang sibuk di dapur tengah hari itu bagi menyediakan makan tengah hari untuk mereka sekeluarga.

Amirah pandang Hasnah dengan wajah berkerut. Dia menarik Hasnah bergerak ke meja pulau di tengah ruangan dapur itu lalu duduk di situ. Meninggalkan kerja-kerja memasak yang sedang dilakukan saat itu.

“ Takkan nak balik dah? Duduklah sehari dua lagi di sini. Kita baru aje berjumpa. Puteri pun baru je nak bersuai kenal, beramah mesra dengan kami sekeluarga. Lagipun apa yang nak di segannya. Has dengan Zahid bukan orang luar. Tuan dah anggap kamu berdua keluarga dia juga.” Halang Amirah. Hatinya sedikit tidak senang dengan berita tentang kepulangan tersebut. Semenjak ada Hasnah, dia tidak merasa kesunyian lagi walaupun dia keluar bekerja. Tetapi bila saja dia pulang, Hasnah masih setia di rumah. Masih senang melayannya dan menjadi pendengar yang baik.

“ Tak apalah Puteri tu memang duduk dekat area sini. Bila-bila aje dia boleh datang ke mari. Saya dan Zahid kena balik. Lagipun lagi dua tiga hari lagi Zahid ada rawatan susulan penyakit kencing manis dia tu di klinik kesihatan di kampung.” beritahu Hasnah.

“ Kalau macam tu lagi dua tiga hari baru balik. Duduk lagi di sini. Banyak hal lagi yang perlu kita bincang mengenai budak-budak tu.” tutur Amirah memberi cadangan. Dia berharap sangat Hasnah masih mahu berada di rumahnya buat sementara waktu ini. Setidaknya sehingga kesihatan suaminya pulih.

“ Hal apa tu Puan Sri?”

“ Nantilah kita bincang lepas makan tengah hari ni. Kejap lagi Kak Ruhana pun nak datang sini. Tuan jemput dia makan tengah hari.” lapor Amirah. Kekura tangan Hasnah disentuhnya lembut.

“ Oh ye ke? Kalau dah gitu kata puan saya ikut aje. Cuma saya minta maaf sebab dah susahkan puan dan tuan selama kami di sini.. Ben tu ha, asyik sibuk je uruskan Zahid dan tuan yang sakit. Kesian saya dengan dia. Padahal suami saya tu bukan sesiapa pun dengan dia. Baik sangat si Ben tu.” ujar Hasnah serba salah. Segan dengan perhatian yang diberikan anak muda tu kepada suaminya.

“ Tak apa, Benz tu memang dah biasa di rumah ni. Dah macam anak kandung kami juga. Dia memang rapat dengan babahnya. Lagipun apa salahnya Ben tolong Zahid, keluarga dia juga. Dia pun memang suka buat kerja-kerja amal tu.” balas Amirah.

“ Lega saya dengar puan. Bukan apa, segan jugak dengan Ben tu. Baik sangat budaknya. Bertuah siapa dapat dia. Berbudi bahasa sangat orangnya. Sejuk perut Puan Ruhana kandungkan dia.” ucap Hasnah masih memuji Benz Fahri.

Amirah tersenyum mendengar pujian melangit Hasnah terhadap anak saudara suaminya itu. Dia juga bersetuju dengan Hasnah tentang akhlak dan adab anak muda itu. Patuh dan sangat menghormati orang tua. Siapa yang tak jatuh cinta melihat budi bahasanya. Bahkan melihat wajahnya saja sudah buatkan hati wanita tergoda. Memang bertuah badan.

“ Tinggi sangat pujian Hasnah tu. Dengar dek budak tu tak tidur malam di buatnya nanti.” ujar Amirah. Tersenyum senang dia mendengar pujian tersebut.

“ Saya ikhlas puan. Saya bercakap berdasarkan pemerhatian saya. Apa yang saya nampak itulah yang dikatakan.” tambah Hasnah. Senyumnya melebar mengingatkan Benz Fahri.

“ Terima kasih Hasnah. Semoga anak saudara saya itu mengekalkan akhlak baiknya sampai bila-bila. Amiin.” tutur Amirah senang hati, sekalian berdoa agar anak itu dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

“ Amiin. Eh, puan jomlah saya tolong apa yang patut untuk siapkan menu kita tengah hari ni. Lambat siap, lambat pula makan.” ujar Hasnah. Kelam kabut dia apabila melihat jam dinding yang sudah bergerak ke angka 11.20 pagi itu.

“ Yelah.” sahut Amirah selepas matanya ikut memerhati angka yang tertera pada jam dinding dapurnya itu.

Kedua Amirah dan Hasnah bangun dan menuju ke dapur semula meneruskan misi memasak makanan tengah hari mereka.

Beberapa ketika melewati waktu, hidangan sudah disiapkan Amirah dan Hasnah bersama pembantu dapur yang lain.

Ruhana juga sudah tiba dan sedang berbual dengan adiknya di atas. Amirah naik ke bilik lalu memanggil kakak iparnya serta Zahid turun untuk acara makan tengah hari mereka.

Sambil itu mereka berbincang beberapa perkara penting usai makan tengah hari.

“ Apa kata kamu Zahid?” soal Tan Sri Zahid sebaik memandang Zahid, bekas pembantunya itu.

“ Saya ni bukan sesiapa pun tuan. Kalau keputusan tuan tu baik untuk keluarga baik juga bagi saya. Saya dan Hasnah tiada halangan.” ujar Zahid memberi persetujuan.

“ Kakak pula bagaimana? Setuju?” Perhatiannya beralih pula kepada Ruhana.

“ Akak terima semua keputusan Zahid tu. Kalau bukan kita yang selamatkan keluarga kita siapa lagi." balas Ruhana dengan senyuman. Turut bersetuju.

“ Hasnah?”Tan Sri Zahid berpaling ke arah Hasnah pula. Persetujuan ini perlu di ambil kira daripada wanita ini kerana dialah yang menjadi penjaga hak buat Ann Layli selama hampir dua puluh lima tahun ini. Segala pengorbanan wanita itu tidak dapat dia balas walau apa pun yang jadi. Sungguh dia terhutang nyawa kepada Hasnah dan juga suaminya kerana sanggup menjaga dan memelihara anaknya seperti darah daging sendiri.

“ Kalau hitam kata tuan, hitam juga kata saya. Asal yang baik-baik aje. Bahagia Manja, bahagia jugalah saya.” jawab Hasnah senang hati. Sudah tiba waktunya untuk dia melepaskan tanggungjawabnya selama ini.

“ Irah macam mana?” Tan Sri Zahid kemudian bertanyakan isterinya pula.

“ Irah setuju apa yang abang setuju. Irah ikut saja asalkan tidak ada perkara yang memudaratkan.” Amirah memberi jawapannya. Dia sentiasa akan menjadi tulang belakang kepada lelaki itu. Tak kira apa pun perkara baik yang dilakukan suaminya dia mahu lelaki itu tahu dia sentiasa menyokong.

“ Kalau macam tu alhamdulillah. Kita proceed je ikut persetujuan hari ni. Lain-lain hal saya akan bincang lagi.” beritahu Tan Sri Zahid. Lega dia rasakan apabila mereka menyetujui cadangannya.

Yang lain mengangguk setuju. Masing-masing beriak ceria setelah mendengarkan kata putus Tan Sri Zahid.
Semoganya kisah hampir dua puluh lima tahun ini akan menjadi kisah yang paling indah dalam kehidupan mereka sekeluarga. Tiada lagi hujan yang akan membasahi. Kini, pelangi mula membiaskan warnanya sedikit demi sedikit.

********

Kertas-kertas yang bertabur di depan meja di kemas cekap. Di masukkan ke dalam fail-failnya semula. Segala dokumen berkaitan diteliti ringkas dengan tujuan menyemak buat kali kedua. Setelah berpuas hati, dokumen itu juga di masukkan kembali ke dalam fail.

Hmm..nampaknya semuanya telah diatur dengan baik. Dia yakin semuanya telah dirancang Megat Bakhtiar dengan teliti. Dan, dia berpuas hati dengan setiap laporan dari bahagian akauntasi yang disediakan Arina itu.

Nampaknya, dia sudah boleh memikirkan langkah yang seterusnya. Perlahan senyumannya mengembang. Belakang badan di bawa pusing ke belakang meja lalu bersandar di situ sambil memeluk tubuh. Bidai jendela yang ditembusi cahaya lurus masuk ke dalam biliknya. Matahari di luar sana terang menyuluh sehingga membiaskan cahaya ke wajah. Dia menadah wajah seketika. Nafas perlahan ditarik dalam dan dihembusnya tenang. Senyum masih tak hilang dari wajah. Teringat seseorang, dia jeda sambil termenung memandang suasana di luar yang sibuk dengan rutin kehidupan.

Suasana itu tidak lama, kerana bunyi dari panggilan telefon membuyarkan sedikit lamunannya. Berdecit dia tidak suka namun tak punya pilihan selain mengangkat telefon itu.

“ Ya..”

“ Babah ada hal nak cakap sikit. Itu pun kalau Ben free.. ”

“ Apa dia bah?”

“ Mengenai pengagihan harta. Kita dah bincangkan sebelum ni..”

Benz Fahri telan liur.

“ Babah rasa dah sampai masanya.”

“ Tapi bah..”

“ Please no excuses. Babah dah tak sanggup. Kita pun dah jumpa Puteri. Ini masa yang sesuai.”

“ Tapi Ben belum sedia..” tangan naik meraup wajahnya. Sedikit kusut.

“ Sampai bila-bila pun kita takkan bersedia Ben. Kalau kita tak ambil langkah pertama dari sekarang, masalah ni takkan selesai. Ben kena ingat, babah ni tak menongkat langit. Cepat atau lambat babah akan pergi. Babah tak mahu buang masa. Lebih cepat lebih baik.” ujar Tan Sri Zahid memberi kata putus.

Menarik keluh Benz Fahri jeda. Menimbang seketika baik buruk hal yang akan dibincangkan nanti. Dia perlukan masa lagi untuk berfikir.

“ Beri Ben masa bah.." bibir bawahnya digigit menghilangkan debar yang datang bertandang. Sungguh dia tak punya kekuatan.

“ Nope.. times up young man. Ini masanya.” Tan Sri Zahid bertegas.

“ Kalau dah itu kata babah Ben terpaksa akur walaupun Ben rasa Ann takkan setuju.” Liur ditelan. Matanya dipejam rapat. Terpaksa juga dia terima keputusan babah.

“ Setuju atau tak, dia kena terima. Ben tak perlu risau. Babah nak ucapkan terima kasih pada Ben sebab banyak tolong babah selama ni. Dan tentang Puteri, babah tahu Ben takkan kecewakan babah. Ini semua demi masa depan Ben dan Puteri.” ujar Tan Sri Zahid.

“ Macam mana kalau dia juga tak bersedia?” soal Benz Fahri bimbang.

“ Tak apa, babah akan jelaskan semuanya nanti. Serahkan pada babah. Ben tinggal berdoa yang baik-baik aje. Semoga urusan kita akan dimudahkan nanti.” nasihat Tan Sri Zahid. Dia tahu, kalau kena gaya Ann Layli akan termakan juga pujuknya apatah lagi Benz Fahri yang bukan anaknya juga tidak mampu membantah keputusannya, masakan anak kandung sendiri bisa menolak. Dia sudah memikirkan pelbagai kemungkinan yang ada untuk meneruskan harapan kelurganya hingga berjaya. Apatah lagi, amanat itu perlu juga ditunaikan demi janjinya dengan Sharifah Aini Latifah. Dia sudah boleh manarik nafas lega saat itu. Tinggal direalisasikan saja amanat tersebut.

“ Yang lain macam mana?” Dalam keruh sempat juga dia bertanyakan persetujuan dari semua pihak. Tidak mahu dikatakan membelakangkan orang tua.

“ Petang ni balik ke villa bawa Puteri sekali. Kita selesaikan semuanya. Jangan risau, babah dah maklumkan pada semua.” muktamad keputusan Tan Sri Zahid. Tiada yang boleh menyangkal lagi jika lelaki itu sudah menyimpulkan kehendaknya.

“ Baik bah, kalau itu keputusan babah Ben redha.” Lemah saja jawapannya.

Ganggang diletakkan. Lama matanya merenung telefon dihadapan. Kepalanya ligat memikir perkara yang baru disuarakan Tan Sri Zahid. Benz Fahri mendesah payah. Kedua tangan naik meraup rambutnya. Mengucar perlahan dan banyak kali sehingga rambut potongan JQ itu kelihatan berantakan. Setelah agak lama berfikir dia tersenyum juga akhirnya.

Tangan sekali lagi mengangkat telefon membuat panggilan. Usai panggilan berjawab, dan berbicara dia meletakkan semula ganggang itu. Dan kali ini, nyata senyumannya lebih bermakna. Lebih menyerlah selepas panggilan Tan Sri Zahid tadi. Azamnya sudah tersemat. Tekadnya juga sudah bulat.

********

Setelah menghilang sehari semalam, akhirnya Ann Layli pulang ke rumah Hani Wardah dan Zen Huzaini pada petangnya saat usai dengan kerja hakikinya di Feeds.Kitchen.

Saat memasuki rumah, masih tiada penghuni lagi di sana. Dia kelegaan. Biliknya dituju. Masuk saja ke bilik dia melepaskan lelah dan penatnya.

Tudung di buka dan dihampar di hujung besi katil. Belakang leher diusap perlahan. Menghilangkan rasa lenguh kerana ketika dalam perjalanan pulang tadi, dia sempat terlelap di dalam grab kerana terlalu mengantuk. Kaki di bawa melangkah ke birai katil. Membawa tubuh duduk melepaskan lelah setelah penat bekerja seharian. Apatah lagi hari ini Zara tidak datang kerja kerana mengalami cirit birit mengikut kata bossnya Rafidah. Dengan itu, kerjanya jadi berganda kerana terpaksa mengambil alih kerja Zara pula.

Baru saja Ann Layli mahu berbaring, telefon pintar di dalam tote begnya berbunyi minta diangkat.

Tangan menggagau ke dalam tote beg mencari alat komunikasi tu. Tanpa sempat melihat gerangan pemanggil Ann Layli terus mengangkat panggilan.

“ Ann kat mana?” soal si pemanggil. Nadanya kedengaran serius.

“ Hello. Siapa ni?” Tidak menjawab, Ann Layli malah bertanya. Berkerut dahi dan keningnya serentak. Suara pemanggil lelaki... Siapa? Setahunya dia tidak pernah memberi nombor telefonnya kepada mana-mana lelaki pun. Tapi ini siap tahu namanya lagi. Benar-benar pelik.

“ Ben. Ann kat mana? Banyak kali call tak angkat.” Singkat saja pengenalan namanya tapi cukup membuatkan Ann Layli melopong. Serius lah mamat muka ketat ni call dia! Mencemar duli nampaknya. Mana dia dapat nombor aku? Ah, tak hairan ni mesti kerja mak. Mak kan dah jadi bff mamat muka ketat tu sekarang. Tengoklah masa datang cari dia minggu lepas tu pun. Mak dan ayah datang dengan dia kan! Siap Kak Hani pelik lagi macam mana diorang boleh berkenalan. Tak pasal pulak dia menipu Kak Hani kata mamat tu kenal masa hari pengebumian arwah Muqri dengan pasal pemberian hadiah sagu hati sebab arwah tu pernah bekerjasama dengan syarikat diorang. Walaupun setengah dari cerita tu betul. Ah! pening kepala dia. Takkan dia nak cerita rupanya mamat ketat tu sepupu dia sebelah arwah ibu dan babah. Nanti mesti semua orang tahu dia anak Tan Sri Zahid. Padahal babah pesan jangan umumkan hal tu pada sesiapa lagi sehingga babah betul-betul sihat. Semuanya gara-gara dia ni susur galur keturunan Syed dan Sharifah. Hmm...

“ Hello..hello..hello are you still?” kuat oktaf di balik talian tu bersuara menerjah ruang corong telefon yang dilekapkan ke telinga Ann Layli membuatkan lamunan wanita itu membuyar.

“ Ya..ya, I'm here.” gugup suaranya menjawab. Antara risaukan keadaan babah dan rasa tak percaya dihubungi mamat muka ketat tu. Habis bertabur ayat yang keluar dari mulutnya.

“ Ada mana? Siap sekarang, Abang Mat are on his way to pick you up. Babah are waiting.” Arahan diberikan tanpa sempat Ann Layli mencelah walau sepatah. Benar-benar diktator.

“ Rumah. Err..tapi babah okay kan!” Gelabah. Hanya nama babah yang sempat melintasi benaknya saat itu. Panggilan sangat kecemasan macam ni sudah pasti melibatkan babah. Tak ada orang lain lagi yang dia risaukan. Pasti!

“ Okay..if you hurry up.. Better fix it on 5 minutes. Pack your things too.” Dan talian di matikan secara sepihak.

Ann Layli ternganga. Gila 5 minit. Mana sempat!l?! Nak mandi. Nak solat. Berkemas. Bersiap. Dia ingat boleh buat kerja tu semua macam kilat. Tapi mustahil lah Abang Mat boleh sampai dalam waktu sedemikian. Hish! nampaknya dia kena game dengan mamat muka ketat tu. Arghh, geramnyaaa!!

Ann Layli rasa nak je dia jerit kuat-kuat. Nak lepas geram sebab baru perasan dia kena tipu hidup-hidup. Tapi kalau jerit pun bukan mamat muka ketat tu boleh dengar pun. Argh, buat sakit tekak dia aje. Dalam bengang dia bangun juga menyiapkan diri. Dia berkira mahu mandi tapi memikirkan waktu semakin suntuk dia akhirnya mengambil keputusan untuk bersolat saja dahulu memandangkan waktu Asar hampir tiba ke penghujung. Usai bersolat, dia bersiap ala kadar dan mula mengemas barang-barang keperluannya untuk ke rumah babah. Setelah selesai semua persiapan, dia sekali lagi menulis nota buat Hani Wardah. Risau wanita itu mencarinya lagi seperti kelmarin. Itupun baru dia tahu kerana baru menghidupkan telefonnya yang kehabisan bateri ketika tanpa niat terpaksa bermalam di rumah babah kelmarin. Terdapat hampir 17 missed call dari nombor wanita itu dan hampir 58 missed call dari nombor ‘unknown’. Tidak termasuk panggilan WhatsApp dan mesej dari aplikasi hijau itu.

~ Kak Hani, sorry Ann keluar lagi. Jumpa mak dekat rumah kawan dia. Ayah tak sihat. I'm stay back. Anything, I will call. Don't worry!! ~

Usai, nota kecil itu di bawa keluar bersama sebuah beg baju yang ingin di bawa ke rumah babah. Sampai di hadapan pintu rumah, Ann Layli melekatkan nota kecil itu di atas kabinet TV di ruang tamu berhampiran pintu utama.

Ann Layli baru mahu menyarung kasut di depan pintu ketika kereta yang Abang Mat pandu sampai ke hadapan rumah lamanya. Mendengarkan bunyi enjin kereta, dia menjengah ke luar tembok dan memastikan itu adalah kenderaan yang diarahkan Benz Fahri untuk menjemputnya. Tidak menunggu lama, dia keluar dan menghala ke arah kereta Abang Mat.

“ Cik Puteri kenapa dari rumah sana? Bukan ini rumah cik Puteri ke?” soal Abang Mat hairan menunjukkan rumah sebelah Hani Wardah itu sebaik membukakan pintu untuk Ann Layli. Lagian, Benz Fahri sudah memesan kepadanya agar menjemput Ann Layli di hadapan pintu rumahnya saja. Bukannya dari rumah jiran wanita itu.

Kaki yang baru nak melangkah ke dalam perut kereta terhenti. Dia pandang Abang Mat di belakangnya. Melalui ekor mata jelas nampak Abang Mat seperti kehairanan. Hatinya penasaran seketika dengan soalan tak terduga itu. Tetapi cepat saja dia beriak selamba bagai tiada apa. Namun, yang di dalam hati tiada siapa pun tahu. Hatinya tika itu sudah dilanda kerisauan yang maha hebat. Risau, rahsianya terbongkar.

“ Oh, err saya jumpa kawan saya tadi. Rumah sebelah tu rumah kawan saya.” terang Ann Layli sedikit gugup.

“ Oh patutlah. Abang Mat ingatkan dah salah rumah tadi. Kalau salah, mati abang Mat kena marah dengan Tuan Ben.” sengih Abang Mat kelegaan. Abang Mat kemudian beralih ke arah pintu pemandu dan memboloskan diri ke dalam setelah menutup pintu kereta bahagian penumpang untuk wanita itu. Segera kereta itu di bawa menjalar ke atas jalan raya selepas menghidupkan enjin.

Ann Layli tersenyum saja melihat gelagat Abang Mat yang sepertinya kerisauan itu. Haih, Abang Mat pun takut mamat muka ketat tu!

“ Err..Abang Mat saya tanya sikit boleh?” soal Ann Layli berani. Kepalanya dibawa menjenguk ke tengah ruang pemandu.

“ Tanyalah...kalau Abang Mat tahu Abang Mat jawab. Kalau tak, maaf la cik Puteri. Apa dia?” balas Abang Mat sambil melirik mata ke arah cermin pandang belakang keretanya. Memerhati raut wajah ayu milik anak gadis majikannya itu.

“ Kenapa ya Encik Ben suruh saya ke rumah babah? Babah tak sihat lagi ke?" soal Ann Layli sebaik kereta yang dipandu Abang Mat bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu.

“ Tak tahu Cik Puteri. Saya cuma dapat arahan je dari Tuan Ben agar membawa Cik Puteri pulang ke villa.” jawab Abang Mat semula.

“ Hmmm..” Jari jemarinya di ketuk ke pangkal dagu. Jeda sesaat. Berfikir. “ Tak apalah kalau macam tu.” Perasaan ingin tahu Ann Layli yang membuak-buak itu akhirnya terbantut dek penjelasan Abang Mat. Ann Layli mengangguk faham. Akur dengan berita tersebut.

Dalam hatinya masih cemas memikirkan keadaan kesihatan babah. Tetapi dia terpaksa bersabar sehingga tiba ke rumah babah sekejap lagi untuk mengetahui keadaan sebenar. Harap babah sihat-sihat aja. Hatinya Cuba ditenangkan sendiri.

“ Kenapa Cik Puteri tak tanyakan pada tuan aje?” soal Abang Mat kali ini. Matanya masih fokus dengan jalan. Hanya sesekali dia melirik ke arah cermin pandang belakang untuk melihat Ann Layli.

“ Sebenarnya saya nak bertanya, tapi muka Encik Ben tu ketat 24/7 aje takut pula saya nak bertanya. Sebab tulah saya tanya abang Mat.” beritahu Ann Layli sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Belakang badan di bawa bersandar ke tengah kusyen. Menyelesakan letak duduk.

Abang Mat tergelak sebaik mendengar cerita Ann Layli. Alah, dengan perempuan pun si tuannya tu buat muka garang dah kenapa? Tak tergoda ke Tuan Benz tu dengan Cik Puteri ni! Sikit punya cantik lagi ayu boleh pulak tayang muka garang. Kalau dengannya yang lelaki ni tak apalah. Haih, macam-macam peel manusia ni rupanya. Abang Mat bermonolog sendiri.

“ Abang Mat pun takut tengok muka Encik Ben tu sama juga ketat 24/7. Macam singa garangnya. Kadang-kadang tu pendiam juga tapi kalau bersuara ayatnya boleh menusuk ke jantung. Tapi tulah.. hati dia baik sebenarnya. Sopan santun. Yang paling penting sangat menghormati orang tua.” puji Abang Mat melambung setelah bersetuju dengan kenyataan awal wanita itu tadi.

Terangguk-angguk Ann Layli mendengar pujian Abang Mat. Memang dia tak nafikan sikap dan akhlak Benz Fahri yang satu itu. Sangat beradab dan berpekerti mulia. Dia suka.

“ Err..Abang Mat janganlah asyik panggil saya cik Puteri..cik Puteri.. segan saya tahu. Lagipun saya tak biasa dengan nama tu..panggil je Ann.” tegah Ann Layli. Dia tidak biasa dengan nama baru yang diberi babah itu. Bukannya tidak suka, tetapi berasa tidak layak pula. Bukannya dia anak raja pun. Meskipun darahnya ada keturunan raja, dia tak mahu menggunakan gelaran itu. Dia mahu menjadi rakyat biasa yang hidupnya sederhana saja. Itu sudah membuatkan dia bersyukur dengan kehidupannya sekarang. Bersederhana dengan apa saja. Barulah hidup tenang dan bahagia.

“ Sedap apa nama Puteri tu. Tuan Benz pun sebut cik Puteri. Jadi saya Puteri kan aje nama tu untuk cik Puteri. Saya pun tak biasa nak panggil nama cik Puteri dengan nama Ann. Risau nanti kena marah pula dengan tuan dan Tan Sri.” ujar Abang Mat memebela diri.

“ Ala tak apa, kalau diorang marah cakap aje saya yang benarkan Abang Mat panggil saya begitu.” usul Ann Layli.

Abang Mat garu kepala. Bingung dengan kehendak Puteri itu. Namun demi tak menghampakan permintaan tuan Puteri yang cantik rupawan, terpaksalah Abang Mat turutkan saja.

“ Kalau Abang Mat kena marah nanti, Cik Puteri janji back up Abang Mat tau.” pinta Abang Mat seakan anak kecil. Telunjuk abang Mat terangkat kehadapan menyuruh Ann Layli berjanji.

Dengan Tuan Benz tu jangan dibuat main. Mahu kena pecat kalau dia naik angin. Dengan Tan Sri ada ampunnya juga. Mengingatkan itu, badannya menggedik sendiri. Jangan cari nahas! Sela suara dalam kepala pula. Tetapi, dek kerana Ann Layli tayang wajah mengharap dengannya terpaksa jugalah dia bersetuju dengan wanita itu.

“ Ye, Ann janji. Deal!” Ann Layli menunjukkan ibu jarinya yang bersatu dengan jari telunjuk membuat tanda ‘ok’. Memberi jaminan dengan permintaan Abang Mat itu.

Manis saja Ann Layli mengangguk dengan senyum simpul. Wanita itu juga menayang wajah comel dihadapan Abang Mat tanda mempersetujui kata-katanya sebentar tadi.

Kedua mereka terangguk-angguk suka dan tersenyum gembira. Abang Mat merasa lega. Mereka kemudiannya berbual-bual kosong sementara mahu sampai ke villa. Becok mulut Ann Layli berbual mesra dengan pemandu babahnya itu. Sikap mesra Abang Mat membuatkan dia berasa senang dan bercerita serba sedikit tentang kisahnya yang lalu.

Dalam tak sedar Ann Layli melayan bual Abang Mat, dia terlena di tempat duduk penumpang itu. Abang Mat membiarkan tuan puteri yang cantik manis itu terbuai lena sehingga kereta yang dipandunya sampai ke halaman besar villa Tan Sri Zahid.

sorry lambat update, bz ank2 exam..tqvm pd semua yg support, yg komen, yg baca, yg vote..tk sangka rate naik byk dr novel WL sblm ni. Alhamdulillah..keep supporting me! insha allah WL cuba cepatkan jln cerita smpai ke penghujungnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience