Ann Layli terpisat bangun dari lena dalam bilik tamu itu kerana cuaca sejuk yang mencengkam hingga ke tulang sum-sum. Entah bila dia tertidur berbantalkan lengan sehingga tidak sedar apa pun.
Jendela bilik tamu itu dia pandang. Masih gelap suasana di luar. Perlahan dia menongkat tangan bangun dari baring. Terasa tubuh pegal akibat beralaskan lantai simen malam tadi dengan sakit di kerjakan Muqri masih tak hilang. Rambut yang kusut dikemaskan. Wajahnya diraup berkali dengan ucapan zikir yang tak henti-henti di bibir.
Dia bangun dan perlahan keluar dari bilik itu. Menuju ke bilik sendiri bagai pencuri dengan langkah kaki yang terhendap-hendap. Risau jika pergerakan itu, berkemungkinan mengejutkan Muqri. Pasti bertambah onar lelaki itu.
Sebaik memulas tombol, pintu dikuak hati-hati. Lega. Lega kerana lelaki itu terbongkang masih tak sedarkan diri. Nafas dihela. Menarik tuala, kamar mandi dituju.
Pancuran air sejuk yang mengena di seluruh permukaan kulit badannya di kala hening subuh itu, membuatkan Ann Layli merasa nyaman namun sayu. Air mata tanpa dipinta mengalir. Dari perlahan sehingga lebat dan akhirnya dia jelepok di bawah pancuran tersebut dengan tubuh bergetar hebat lawan esak tangis.
Dia benci dalam keadaan begitu. Menangisi sesuatu yang bukan pilihannya membuatkan dia terasa begitu teruk dan rapuh. Terasa seperti perempuan yang tak punyai harga diri dan maruah. Malah berasa lebih teruk dari wanita pelayan.
Air yang mengalir di ratakan ke seluruh tubuh. Menyental dan menggosok kuat menghilangkan sisa jijik yang ditinggalkan suami. Hampir setengah jam membersihkan diri, Ann Layli keluar ke kamar dan menunaikan solat subuh.
Lama dia duduk di atas tikar sejadah berdoa. Mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dan mertuanya. Malah turut memohon ampun atas segala salah suaminya. Memohon ampun atas segala dosa-dosanya. Memohon kekuatan lahir dan batin agar terus kuat mengharungi segala liku kehidupan dalam rumah tangganya.
Sesungguhnya dia tahu apa yang terjadi adalah ujian. Allah menguji kerana Allah sayang. Allah menguji kerana Allah nak memberi. Memberi sesuatu yang lebih baik dari hidupnya kini. Namun, dia juga manusia biasa tak lepas dari berburuk sangka. Di saat dia kecewa dia tiada sesiapa yang boleh dijadikan pendengar setia melainkan hanya mengadu pada Rabb, Tuhan yang satu.
Dia memohon agar terus diberikan kekuatan. Memohon agar sentiasa dikurniakan ilham supaya dapat menyelesaikan masalah rumahtangganya. Dia berusaha untuk keluar dari masalah itu. Dia mahu mencuba. Bukan duduk berdiam diri menangisi takdir semata. Walaupun sehingga ke hari ini masih lagi belum dia menjumpai jalan nya. Namun dia tekad ini semua akan berakhir. Semangat itu tiba-tiba hadir menyuntik ke dalam diri dan membuatkan dia cepat-cepat mahu bertindak positif.
**************
Hani Wardah sampai ke pejabat awal hari itu. Setelah beg diletakkan di mejanya dia bercadang mahu ke pantri membancuh air memandangkan ada lagi waktu sebelum office hour bermula. Ketika dia di rumah tadi dia tak sempat pun menjamah makanan dan minuman kerana mahu cepat sampai berikutan ada beberapa dokumen penting yang mahu disiapkan. Hani Wardah melangkah menuju ke pantri di hujung blok banggunan pejabatnya.
Ketika di pantri Hani Wardah menegur beberapa rakan sekerja lain yang duduk di situ sambil berborak sesama mereka. Biasalah para pekerja wanita jika ada yang tiba awal di tempat kerja, pastinya di pantri lah mereka duduk berbual kosong dan bergosip sebelum mulai bekerja.
“ Assalamualaikum. Morning Kak Rai. Morning Salmi.” tegur Hani Wardah dengan senyuman yang ceria.
Raihan dan Salmi yang sedang rancak bersembang terhenti dan memandang Hani Wardah saat di sapa. Keduanya tersenyum ceria membalas ucapan wanita itu.
“ Waalaikumsalam. Morning Hani. Baru sampai ke?" soal Raihan.
“ Awal sampai hari ni Kak Hani.” belum sempat Hani Wardah membalas soalan Raihan, Salmi pula menegur.
“ Aah baru sampai Kak Rai, Salmi. Awal hari ni sebab Tuan Megat nak dokumen tender yang kena submit hari ini. Urgent katanya. Kalau tak time-time macam ni saya baru nak keluar rumah.” sengih Hani Wardah memandang Raihan dan Salmi silih berganti.
Hani Wardah mencapai muk putih yang tergantung pada rak. Bekas nescafe dicapai lalu dia menyudu serbuk nescafe dengan hujung sudu teh ke dalam muk putih di depannya. Kemudian bekas gula pula dicapai dan dia menyudu dua sudu gula ke dalam muk yang sama. Muk itu kemudiannya di masukkan air panas yang di tekan dari mesin penapis air. Setelah siap dia mula mengacau air nescafe o pekat itu dan duduk di meja bersama Raihan dan Salmi.
Sedang rancak mereka berbual sambil menikmati minuman masing-masing, timbul ambien seorang lelaki di depan pintu pantri itu. Terus mati kata dan gelak tawa mereka bertiga. Mata Hani Wardah di bawa melirik ke arah pintu. Dan jelas tampang si ketua CEO mereka berdiri tercegat dengan kedua tangan bersilang ke dada dengan wajah yang ketat dan serius.
“ I tak bayar gaji untuk you semua bergosip di sini. Kalau nak bergosip pergi ke kedai mamak. Sini ofis tempat cari rezeki.” bidasnya dengan suara yang serius. Matanya mencerun pandang pada ketiga-tiga pekerja yang duduk di pantri itu.
Salmi dan Raihan dah tak senang duduk memandang wajah ketua mereka yang ketat. Hani Wardah lekas menyenggol lengan Raihan dan membuat isyarat mata supaya cepat beredar dari situ. Baru saja mereka bertiga nak bangun dan beredar ke tempat duduk masing-masing lelaki itu kembali bersuara.
“ Hani, cepat masuk bilik I sekarang. Bawa sekali dokumen tender tu.” arahnya pula kepada Hani Wardah.
“ Baik tuan.” angguk Hani Wardah faham. Dia membontoti langkah kaki tuannya. Namun belum beberapa tapak lelaki itu melangkah dia kembali berpaling dan hampir saja Hani Wardah mencium dada tuannya. Terundur dia kembali ke belakang.
Lelaki itu berhenti dan menyorot tajam pada Hani Wardah.
“ Watch your step Hani. By the way, please make a hot coffee now. No sugar. No creamier.” ujar lelaki itu lantas berpusing meneruskan langkah dan hilang di balik daun pintu.
“ Huh, Diktator!” mencebik mulut Hani Wardah kerana sebal yang bukan kepalang.
“ Make a hot coffee. No sugar. No creamier.” ajuk Hani Wardah semula dengan ulang tayang gaya majikannya. Mengekeh Salmi dan Raihan bila tengok Hani Wardah ajuk percakapan dan gaya tuan mereka sehingga berair mata.
“ Eh, dah tak payah nak bergosip lagi! Karang bos tu marah pulak kau tak hantar hot coffee dia. Cepat Sal, kita ni nanti di halau balik pulak. Hani tak apa, dia secretary kesayangan bos.” ujar Raihan. Kalut saja dia tarik lengan Salmi agar cepat beredar ke tempat duduk mereka semula.
Hani Wardah patah semula ke meja pantri apabila Raihan dan Salmi kembali ke meja mereka. Tangan lincah membancuh hot coffee yang di minta. Apabila selesai muk hot coffee yang berasap nipis tu diletakkan atas talam lalu ditatang dan dia menapak ke bilik bosnya.
Pintu diketuk dengan tangan kanan dan fail yang di minta tadi dikepit di celah ketiak sementara tangan kiri tatang talam berisi muk coffee yang dah siap dibancuh. Beberapa saat menanti suara dari dalam memberi izin. Memulas tombol pintu Hani Wardah melangkah masuk.
Susuk bosnya di depan di pandang. Lelaki itu khusyuk dengan dahi berkerut memandang skrin laptop di depan. Entah menelaah apa.
“ Tuan, ini hot coffee dan dokumen tender yang tuan minta.” Perlahan tangan Hani Wardah meletakkan fail tender yang dikepit di celah ketiak dan muk hot coffee ke atas meja kerja singa jadian.
Tanpa beralih wajah singa jadian di depan sekadar mengiakan.
“ Ada apa-apa lagi yang tuan perlu? Kalau tak ada saya keluar dulu.” soal Hani Wardah.
“ Wait a second. I have an important things to discuss with you.” ujar lelaki itu. Tapak tangan kanannya naik menghalang pemergian pembantunya itu namum mata masih juga memandang skrin laptop di depan.
“ Okay.” balas Hani Wardah. Dia kekal berdiri statik depan meja kerja lelaki itu. Menunggu lelaki itu selesai dengan kerjanya.
“ Have a sit.” pelawa Tuan Megat dengan mata dan kepala masih pandang cermin skrin.
Hani Wardah tarik kerusi di depan. Dia duduk di situ sambil menanti dengan penuh sabar.
Hampir lima minit menunggu barulah lelaki itu pusing dan berdehem. Tangannya menarik fail tender tadi. Beberapa saat menyemak dia letak semula fail itu di atas meja.
“ Okay. Pastikan Rashid hantar tender ini sebelum pukul dua petang.” ujar Tuan Megat.
Hani Wardah angguk.
“ Baik tuan. Ada apa-apa lagi tuan?”
“ You dah iklankan ke jawatan kosong untuk position secretary tu. Bila sesi interview?”
“ Sudah tuan. Tapi baru ada tiga candidates saja. Lusa sesi interview.”
Lelaki itu angguk. Dia tarik nafas dalam lalu hembus perlahan dengan menatap Hani Wardah dengan wajah datar.
“ Tak apa kalau tak ramai candidates pun. Yang penting ada calon. Senang nanti nak pilih. And for your information next week adik I akan masuk bekerja. Harap you dan staf lain boleh tunjuk ajar pada dia.”
“ Oh yang baru balik dari England tu? Tahniah tuan.” ucap Hani Wardah.
Tuan Megat angguk dengan senyuman. Pertama kali dia senyum nampak ceria. Bahagia. Kalau tidak semedang saja wajah lelaki yang berumur lingkungan pertengahan 40an tu ketat dan tegas.
“ Terima kasih.”
“ Okaylah tuan, saya keluar dulu.” balas Hani Wardah. Dia bangun berdiri dan ambil fail tender untuk di hantar ke meja Rashid selaku Pengurus Maklumat.
Tuan Megat angguk. Dia kembali fokus kepada skrin laptopnya. Namun belum sempat Hani Wardah keluar dari pintu, sekali lagi dia panggil setiausahanya.
“ Hani, I'm sorry for the past few days. Is it okay with your Encik Polis?”
Hani Wardah tersengih.
“ Tuan lain kali don't you dare buat macam tu. Hampir Encik Polis I naik hantu.” bola mata dia juling ke atas. Geram.
Ketawa Tuan Megat meletus. Dia geleng kepala sambil angkat tangan separa bahu. “ No I won't.”
Hani Wardah sengih sumbing. Dia juga turut geleng kepala. Dia tahu Tuan Megat hari itu sengaja mengusik dia dan suami. Mana mungkin Tuan Megat yang takut bini tu main kayu tiga. Mahu tempah katil di icu jawabnya kalau cik Puan Sharifah Julia dapat tahu. Isteri Tuan Megat tu garang. Apatah lagi dialah boss besar merangkap pemilik Syarikat Khazanah Berhad ini. Tuan Megat hanya menguruskan syarikat milik isterinya. Menurut Tuan Megat setelah berkahwin isterinya tidak mahu bekerja lagi dan mahu berada di rumah menguruskan hal keluarga saja.
“ Saya keluar dulu.” Hani Wardah memulas tombol dan menghilang di balik pintu.
**************
Ann Layli duduk di sofa lalu mengambil remote controller dan membuka rancangan televisyen. Setelah dia siap memasak tadi dia mahu berehat seketika sementara menunggu kepulangan Muqri dari kerja.
Dari satu rancangan ke rancangan yang lain dia tekan dan akhirnya dia tertarik dengan rancangan yang disiarkan oleh TV9 yang sedang memaparkan slot Semanis Kurma yang di acarakan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah bersama suaminya Wan Akasyah. Tajuk hari itu berkisar tentang `Hidup Itu Satu Ujian Tuhan?
Ann Layli begitu khusyuk mendengar ceramah motivasi itu. Setiap penyampaian dari pakar motivasi itu dia dengar dan hadam lalu cuba mencerna sebaiknya.
“ Dua kali Allah ulang dalam al-quran tuan-tuan, puan-puan sekalian; Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disudahi dengan kesenangan. Surah Al-Insyirah, ayat 5 dan 6. Maka, kita wajib percaya setiap masalah dan ujian yang datang itu pastinya Allah jua yang akan memberi jalan keluar.”
Suara ustazah itu berkumandang. Ann Layli menyelesakan letak duduk. Bersandar ke dada sofa sambil memeluk bantal kecil.
“ Sesuai usaha dan tindakan, Insha Allah Allah akan tunjukkan jalan keluar daripada setiap permasalahan. Jangan pernah berhenti berdoa. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.” beritahu Ustazah Siti Nor Bahyah lagi.
Hati Ann Layli menjadi sejuk dan tenang saat mendengar. Terasa Allah telah menyiram hatinya dengan setiap pesanan melalui titipan kata dan semangat pada dia melalui bicara wanita itu.
Sungguh bukan mudah untuk dia lalui semua itu, namun dia percaya suatu masa dan saat Allah pasti akan membantu. Dia sentiasa berdoa di dalam setiap sujud kepada Rabbnya agar semua urusannya dipermudahkan walau berkali-kali dia jatuh tersungkur. Dia akan bangkit. Dia percaya Allah menguji kali ini tak lain hanya untuk dia lebih kuat.
“ Allah uji sebab Allah sayang. Bila hati terasa sedih, terasa beratnya ujian, patah hati serta buntu berzikirlah. Zikirlah sebanyak-banyaknya. Allah mendengar. Allah bersifat Maha Mendengar. Al-Samii'. Nescaya hati terasa lapang serta menjadi tenang dan Allah kurniakan jalan keluar yang terbaik.” Kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah meluncur lagi ke pendengaran lalu sampai ke benaknya. Terangguk dia sendirian dengan mata masih fokus menala di hadapan skrin TV.
“ Pernah suatu hari sahabat Rasulullah berada dalam kesukaran. Dia kemudian pergi bertemu Rasulullah lalu bercerita kepada rasul. Dan Rasulullah tersenyum lalu bersabda; Wahai Abdullah bin Qais, Mahukah engkau aku tunjukkan suatu simpanan dari berbagai simpanan syurga? Lalu sahabatnya menjawab; Tentu Ya Rasulullah. Kemudian beliau bersabda; La Haula Wala Quwwata Illa Billah.” tambah ustazah kemudiannya.
Dan itu membuatkan Ann Layli terasa bangkit dari tidur. Terjaga dari lena yang panjang. Membuatkan dia terasa lebih berazam untuk mencari jalan penyelesaiannya. Dia mahu merubah kehidupannya agar menjadi lebih baik. Dia tersenyum sendiri mengingatkan saat manis itu pasti akan tiba. Dia percaya pada ketentuan Allah. Percaya kepada takdir Allah. Usaha doa dan tawakal menjadi pegangan dia.
**************
Dari hari ke hari Muqri bertambah cerewet dan panas baran. Ada saja perkara yang di buat tak kena pada mata suaminya itu. Malah Muqri juga semakin tidak betah duduk di rumah seperti di awal perkahwinan mereka. Lelaki itu perginya di awal pagi dan pulangnya larut malam. Adakalanya apabila pulang kerja cepat saja lelaki itu mahu keluar semula. Jika di soal kemana pastinya cepat saja lelaki itu naik berang. Sudahnya Ann Layli diamkan saja.
Seperti malam ini, lelaki itu keluar lagi. Pakaiannya sentiasa kemas dan wangi. Sebelum keluar, sempat dia menitip pesan.
“ Malam ini tak payah tunggu. Aku balik lambat. Pintu pastikan berkunci. Kau tu tidur mati. Karang pencuri masuk rumah pun kau tak sedar.”
Intonasi suaranya juga kalau tak ada yang menyinis pastinya kasar. Kalau tidak pun kuat dan tinggi. Ann Layli sudah arif malah sudah terbiasa. Malas mahu melayan sakit hati dia diamkan saja. Namun tetap juga bibir dia herot kiri dan kanan tanda protes.
Langkah Muqri diikuti hingga ke depan pintu. Sebaik mendapat pesanan Ann Layli angguk. Tangan dia hulur untuk bersalaman dengan suami namun di sambut dingin oleh Muqri. Sempat lagi mulutnya membebel.
“ Aku nak keluar meeting dengan kawan je pun. Kau tu nak salam beriya macam nak sambut raya kenapa?” kasar nadanya.
“ Hormat.” sepatah Ann Layli menjawab dengan wajah datar.
“ Menjawab saja kerja kau.” rungut Muqri tak puas hati lalu terus masuk ke dalam kereta.
Mengunci pintu sebaik kereta Muqri hilang dari pandangan Ann Layli masuk ke bilik. Resume yang telah siap dicetak Hani Wardah petang tadi di masukkan ke dalam fail bersama sijil-sijil akedemik, sijil penghargaan serta beberapa dokumen lain di atas katil. Siap berkemas dia simpan fail itu bawah katil semula.
Tubuh di bawa bersandar di tengah kepala katil. Fikirannya jauh menerawang. Semerta teringat perbualannya dengan Hani Wardah petang tadi.
Ann Layli tersenyum sendiri. Bagus juga jika dia dapat mencari duit poket sendiri. Tak perlu dia meminta dengan Muqri. Susah jika meminta. Suaminya semakin hari semakin berkira. Bukannya dia minta beli barang peribadinya. Minta duit untuk beli belanja dapur pun Muqri memarahinya. Kata lelaki itu dia tak pandai berjimat. Tahu minta duit saja.
Pernah sebelum ini dia bekerja di kedai pakaian. Namun, kerana waktu kerja yang tidak sesuai membuatkan Muqri suruh dia letak jawatan. Dan setelah itu, Muqri tidak lagi membenarkan Ann Layli bekerja.
“ Hai Ann, buat apa tu?” tegur Hani Wardah sebaik turun dari kereta sepulangnya dia dari kerja.
“ Tak ada apa pun. Saja kemas dekat luar ni sikit-sikit kak. Kak Hani baru balik kerja?” balas Ann Layli ramah sambil tangan sibuk menyapu daun kering di laman rumah.
Hani Wardah tersenyum. “ Aah baru balik Ann. Kerja banyak sekarang ni. Biasalah hujung tahun. Meeting lah kejar dateline lah. Eh, macam-macam lah. Sampai tak menang kaki tangan ni. Ann tak bosan ke duduk rumah je. Tak rasa nak cari kerja ke apa ke?” soal wanita itu.
Ann Layli meletakkan batang penyapu ke tepi dinding. Dia merapat ke pagar berhadapan dengan Hani Wardah yang berdiri di sempadan pagar rumah mereka.
“ Bosan tu memang lah bosan kak. Tak ada nak buat apa. Tapi Ann tak tahu nak cari kerja apa. Kalau kerja setakat dekat pasaraya atau kedai-kedai serbanika tu susah sikit. Sebab kerjanya ada shift. Suami Ann tu lain sikit ragamnya. Balik kerja mesti nak ada bini di rumah.” jawab Ann Layli dengan tersengih-sengih.
Hani Wardah terangguk-angguk mendengar. Seketika dia memicingkan mata lalu teringat akan jawatan kosong di pejabatnya.
“ Hah! Ann nak tak try isi jawatan kosong dekat ofis akak tak? Ada nak pakai orang. Cubalah, mana tahu rezeki Ann ada.” tiba-tiba Hani Wardah mengusulkan cadangan sebaik teringat akan jawatan setiausaha di pejabatnya.
“ Ye ke akak?” Wajah Ann Layli penuh teruja.
“ Ann ada sijil-sijil semua kan. Try lah. Belum cuba belum tahu. Kejap lagi Ann datang rumah akak kita submit resume dan isi borang untuk jawatan kosong tu. At the same time boleh akak yakinkan boss akak nanti. Mana tahu dia tergerak hati nak ambil Ann kerja. Tak adalah Ann bosan di rumah ni.” cadang Hani Wardah lagi.
“ Boleh ke akak. Tapi Ann tak ada pengalaman kerja. Hmm.. sebenarnya jawatan kosong dekat ofis akak tu jawatan apa?” soal Ann Layli. Walaupun dia teruja tapi dia tetap khuatir kerana tak punyai pengalaman bekerja. Bukan kah semua pekerjaan memerlukan pengalaman terlebih dahulu.
“ Ala, kita try je hantar resume. Tak payah risau lah. Ann try dulu. Doa banyak-banyak. Insha Allah ada rezeki nanti.” Hani Wardah cuba meyakinkan Ann Layli.
“ Nantilah Ann fikirkan.” balas Ann Layli. Risau juga dia mahu mencari kerja. Belum dapat persetujuan dari Muqri lagi. Tahu dek suaminya teruk pula dia di marahi nanti.
“ Tak payah fikirlah. Kita isi je. Dapat tak dapat belakang cerita. Yang penting kita usaha.”
“ Tapi Ann kena bagitahu Muqri dulu kak. Nak minta keizinan dia."
“ Okey, macam ni. Akak masuk mandi solat dulu lepas tu Ann datang rumah akak kita isi resume semua. Nanti misalan kata ada rezeki Ann dapat kerja tu Ann bagitahu lah dia. Takpe, nanti akak jumpa suami Ann beritahu dia. Kita pujuk dia sampai dia setuju. Okey?” pujuk Hani Wardah.
Entah kenapa beriya sungguh Hani Wardah mahu Ann Layli mengisi borang kerja di pejabatnya. Dia yakinkan Ann Layli bahawa gadis itu boleh bekerja dengan baik sekiranya mendapat jawatan itu nanti.
Ann Layli kelihatan berfikir-fikir sejenak sebelum dia mengangguk laju bersetuju dengan cadangan Hani Wardah.
“ Okeylah kalau macam tu. Kita try dulu.”
“ Ha macam tu lah adik akak. Okey, kejap lagi datang eh. Jangan lupa pulak. Akak masuk dulu.” Hani Wardah meminta diri lalau menghilang di sebalik pintu rumahnya.
Beberapa kali mengetuk, daun pintu di buka. Hani Wardah yang berbaju kelawar masih bersidai tuala di bahu. Dia menjemput Ann Layli masuk ke dalam.
“ Ann masuklah. Duduk dulu. Akak sakit perut ni. Nak ke tandas kejap. Nanti kita isi borang dan submit resume tu.” ujar Hani Wardah kemudian berlalu meninggalkan Ann Layli di ruang tamu rumahnya.
Sedang ralit Ann Layli membelek telefonnya di ruangan tamu rumah itu dia di sapa oleh suara seorang lelaki yang tak asing di pendengarannya. Bola mata di bawa naik mencari susuk di depan. Yang baru pulang dari kerja mungkin berikutan dari pakaian seragam yang tersarung kemas di badan lelaki itu.
“ Oh ada tetamu. Dah lama sampai?” soal Zen Huzaini. Dia duduk di wing chair tepi pintu sambil membuka stokin di kaki dengan anak matanya menatap lembut ke arah tetamu di depan.
Sekadar hormat tuan rumah Ann Layli mengangguk. Takkan pula dia nak diam membisu bila orang dah bertanya. Tak elok dan kurang sopan. Namun, segan mula menguasai diri apabila berhadapan dengan suami orang itu.
“ Nak jumpa Hani ke?” ramah Zen Huzaini bersoal lagi.
Ann Layli berkerut kening. Dalam hati membebel tak sudah. ' Ish, mestilah aku nak jumpa Kak Hani. Takkan nak jumpa dia kut.'
Angguk saja yang Ann Layli tahu saat itu. Segan dan tak selesa bertimpa-timpa. Dia dapat rasakan Zen Huzaini mahu bertanyakan dia sesuatu. Dari cara pandang lelaki itu saja sudah dapat dia teka.
“ Hani mana?” kepala Zen Huzaini menjengah ke depan dengan bola mata bergerak mencari figura sang isteri dan kemudiannya beralih menatap Ann Layli lagi.
“ Tandas. Sakit perut.” sepatah-sepatah perkataan juga yang keluar dari mulut wanita itu.
Zen Huzaini mengeluh akhirnya. Lama dia menyorot tubuh di depan yang tunduk membisu. Tak menunggu lama dia bersuara kembali. Saat ini, tetap juga dia mahukan penjelasan dari wanita itu tentang peristiwa hampir 3 tahun yang lalu.
“ Ann hutang Ajai penjelasan. Boleh bagitahu Ajai apa sebabnya? Mana janji Ann pada Ajai dulu.” soal Zen Huzaini tanpa selindung lagi. Hatinya menjadi sakit dan kecewa yang bukan sedikit. Menanggung beban perasan rindu lebih perit dari segala macam perasaan yang ada. Dia tekad. Penjelasan saja yang dia mahukan saat itu.
Ann Layli tersentak. Tanpa sedar kepala naik mendongak memandang susuk di depan. Jantung mula berdetak laju. Sudah dia agak, pasti penjelasan yang mahu di tuntut lelaki itu sementelah sudah beberapa kali Zen Huzaini mencari peluang mahu berbual dengannya.
Ann Layli masih diam membisu. Dalam kepalanya berbagai jawapan yang ada. Sama ada mahu menjelaskan atau tidak tentang hal yang lama itu dia sendiri bingung.
“ Ann, tolonglah jelaskan semuanya. Kenapa Ann tak tunggu Ajai?” desak Zen Huzaini semula. Wajahnya mengharap.
Ann Layli mula gelisah di desak. Risau Hani Wardah muncul bila-bila saja. Dia tak mahu merosakkan hubungannya dengan wanita itu. Malah dia juga tak mahu hubungan Hani Wardah dan suaminya berantakkan gara-gara dia. Namun melihatkan wajah penuh mengharap Zen Huzaini dia jadi bersalah. Dia gusar jika tidak menjelaskan kali ini pastinya Zen Huzaini mencari peluang lagi mahu bersoal jawab dengannya. Tidak mahu menambahkan beban dia akhirnya mengambil kata putus menjelaskan.
Dia sedut nafas dalam sebelum hembus perlahan. Anak mata tetap juga di fokuskan pada karpet di kaki. Tak punya kekuatan untuk dia menatap mata Zen Huzaini. Perasaan bersalahnya menggunung buat lelaki itu. Namun pilihan apa yang dia ada kerana dia juga turut terdesak atas masalah keluarga. Dia juga menanggung beban perasaan.
“ Maafkan Ann. Ann betul-betul minta maaf pada Ajai. Ann tak ada niat pun.”
Zen Huzaini diam memberi ruang. Mahu mendengar sebaiknya penjelasan wanita itu.
“ Ann dapat surat Ajai yang terakhir. Waktu tu lagi dua minggu Ajai nak balik. Tapi Ann tak ada pilihan selain ikut cakap ayah yang terpaksa pindah balik kampung dia. Ann tak tahu apa masalah ayah. Ayah tak beritahu walaupun Ann dan mak bertanya.”
Zen Huzaini mengeluh berat. Itu saja sebabnya. Dia seperti tak percaya. Mesti ada sesuatu yang disorokkan Ann Layli.
“ Itu saja puncanya? Kenapa tak balas surat dekat Ajai bagitahu. Ann tahu tak Ajai dah macam orang gila cari Ann. Habis kursus hari yang sama Ajai cari Ann dekat rumah. Tapi sayang rumah Ann kosong. Ajai tanya jiran semua cakap tak tahu.”
“ Lepas pindah. Ayah di serang stroke. Mak jual semua barang kedai untuk survive hidup. Ann dan mak kena jaga ayah sampai Ann tak boleh berfikir satu apa pun tentang nak balas surat tu. Kami fokus pada penyembuhan ayah. Semuanya mendadak. Semuanya tiba-tiba. Ann minta maaf sangat-sangat.” Emosi Ann Layli seakan terdera bila mengingat kembali masalah nan lalu. Masalah yang membawa ke masalahnya kini.
“ Allah. Pak cik sekarang macam mana? Mak cik sihat ke?” soal Zen Huzaini serba salah. Semerta ingatannya terlayar pada wajah Encik Zahid dan Puan Hasnah yang begitu baik padanya setiap kali dia berkunjung ke rumah Ann Layli.
Zen Huzaini beristighfar. Baru dia faham dan sedar kini. Beratnya ujian Ann Layli. Dia ingatkan ujian dia saja yang berat sebab terlalu tanggung rindu pada wanita itu. Rupanya Ann Layli lebih lagi. Diuji dengan masalah kesihatan ayah serta masalah kewangan keluarga dan masalah percintaan. Dia menggeleng lemah. Kenapa semua itu terjadi di saat dia tak ada dengan Ann Layli. Kenapa semua itu terjadi di saat dia kini bukan sesiapa lagi dengan Ann Layli.
“ Alhamdulillah ayah dah makin sihat. Tapi sakit kencing manis ayah makin melarat. Sekarang duduk atas kerusi roda je. Mak yang jaga ayah. Nasiblah mak masih sihat.” cerita Ann Layli lagi.
“ Kenapa Ann tak jaga ayah dan mak? Sibuk bercinta lepas tu kahwin.” tuduh Zen Huzaini bila mengingatkan tentang status wanita itu kini. Wanita yang dia puja-puja akhirnya menjadi milik orang lain. Impian bertahun yang dia tanam musnah sekelip mata. Lantaran membawa hati yang retak seribu, cadangan ibu untuk menikahkan dia ketika itu di terima bulat-bulat. Semuanya kerana mahu memujuk hati yang lara.
Zapp!! Kepala Ann Layli melangut pandang tajam Zen Huzaini.
“ Ajai jangan nak pandai-pandai buat cerita. Ajai tak tahu apa masalah Ann jadi jangan nak tuduh sembarangan.” Ann Layli mula geram. Sakit hatinya.
“ Jadi ceritakan semua sebabnya. Kenapa Ann tak tunggu Ajai? Ajai dah pesan suruh Ann tunggu sampai Ajai tamat kursus. Setiap surat-surat yang Ajai kirim, Ajai tak pernah lupa untuk ingatkan Ann. Ann tahu tak betapa Ajai sayang dan cinta Ann separuh mati.” tekan Zen Huzaini lagi. Dadanya berombak laju menahan perasaan.
Ann Layli tersengih sinis. “ Ann baru kahwin hampir 5 bulan Ajai. Hampir 5 bulan sedangkan Ajai?” keningnya terangkat tinggi memandang anak mata lelaki itu.
Zen Huzaini tertunduk lemah. Tak mampu memandang lagi anak mata mencari sayang dan cinta wanita itu untuknya kerana dialah orang yang memusnahkan impian sendiri.
Dia akur yang dia telah tersalah membuat percaturan. Kalau tak di sebabkan desakan ibu yang mahu dia bernikah dengan anak saudara kawan abahnya mungkin hari ini hari yang paling bermakna buat dia. Bermakna kerana telah menjumpai wanita kesayangannya. Wanita pujaan hatinya. Wanita yang menjadi sumber inspirasi dalam setiap langkahnya. Benarlah kata pepatah kerana wanita, lelaki pasti tersilap langkah.
“ Ann mohon Ajai maafkan untuk salah dan silap Ann selama ini. Selama kita pernah berkenalan. Bukan mudah untuk Ann sebenarnya tapi kita masing-masing dah dewasa. Masing-masing punya haluan hidup sendiri. Ajal, jodoh pertemuan dan perpisahan semua milik Allah. Anggaplah yang kita tiada jodoh. Ann dah lama redha.”
“ Ann bahagia dengan dia?”
“ Tak perlu persoalkan kerja Tuhan. Bahagia Ann Allah dah tetapkan. Jangan risau.” senyum Ann Layli. Lapang kini dadanya setelah menjelaskan apa yang sepatutnya.
Melemah hati dan perasaan Zen Huzaini saat mendengar ucapan Ann Layli. Dia tahu Ann Layli tak bahagia. Dia tahu ada yang tak kena pada kehidupan rumahtangga Ann Layli. Sementelah dia teringat kembali kejadian di rumah Ann Layli yang di gantung bangkai kambing dan disimbah air longkang. Namun wanita itu bijak saja menyorokkan halnya.
“ Ajai maafkan. Ajai pun minta maaf sebab pernah salah sangka pada Ann. Tapi satu Ajai nak pesan. Walau apapun yang jadi Ajai akan tetap tunggu Ann. Ajai sentiasa ada untuk membantu.” balas Zen Huzaini seraya bangun dan berlalu. Tak betah dia menunggu lama di situ kerana dia tahu status Ann Layli takkan dapat merubah apa pun keadaan. Cuma perasaan sayang dan cinta itu tak bisa dia padam. Biarlah menjadi simpanan dalam lubuk hati yang paling dalam.
Ann Layli tertunduk memandang jari sendiri. Perasaannya galau dan huru hara. Namun dia cuba bersikap biasa. Tak mahu mengeruhkan keadaan yang sedia kucar kacir dalam hidupnya.
“ Sorry Ann lama tunggu. Akak salah makan tadi. Perut meragam pulak.” balas Hani Wardah yang baru muncul di ruang tamu itu sambil tersengih-sengih. Dia lalu duduk di sebelah Ann Layli sambil menarik meja kopi yang telah tersedia laptop di atasnya. Mereka kemudiannya meneruskan kerja-kerja mengisi borang dan membuat resume seperti yang dijanjikan di awal tadi.
Enjoy reading ye korang.. Muahh Muahh.. WL lapang sikit minggu ni, sebab tu update awal. Takut minggu depan kena drag time sbb ank2 nak masuk school balik. Kalau sempat WL tetap akan update. Kita nak masukkan watak baru untuk Ann Layli lagi.. Hehe.. Tunggu tau!! Maaf kalau ada yang typo dan terkurang dalam penyampaian. Tq yang support (^o^) P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.
Share this novel