Ann Layli tersedar apabila terasa kulit mukanya disentuh sesuatu. Mahu di buka mata tetapi ianya terasa berat mahu di angkat. Bagai di gam saja pelupuk matanya ketika itu.
Fikirnya mungkin hujung rambutnya sendiri yang panjang itu sedang berantakan. Maka ianya membuatkan rambut itu mencucuk serta mengganggu pipinya. Mahu dia endahkan berikutan dia tiada daya langsung mahu membuka mata, tetapi semakin lama di biarkan semakin bermaharajalela pula geseran demi geseran mencucuk ke bahagian pipinya itu langsung membuatnya kegelian.
Berasa rimas, dipaksakan juga matanya untuk di buka. Hampir biji matanya terjojol saat mata di buka. Degup jantung juga laju membuat larian marathon di landasan dada. Malah, hampir saja mulutnya menjerit kuat akibat terlalu terkejut. Tetapi dek refleks dari neuron yang menghantar isyarat ke otak semula setelah melihat pemandangan di hadapan membuatkan Ann Layli hilang daya. Dia benar-benar kehilangan kosa kata waima sepicing ayat.
Nafas yang tertahan dihela perlahan-lahan. Bibir diketap menelan saliva yang terasa kelat di hujung rengkung apabila sedar pemandangan yang di sangkakan rambut tadi rupanya adalah bulu bulu halus dipermukaan kulit bahagian rahang wajah sang suami. Atau lebih tepatnya kini, pipinya sedang melekat dekat dan bersentuhan dengan rahang Benz Fahri. Malah, tubuhnya juga sedang berada di bawah pelukan seorang Benz Fahri.
Semerta haruman maskulin Tobacco Vanille yang sudah bercampur dengan American Crew Classic Body Wash milik Benz Fahri menyeruak ke rongga hidungnya.
Gabungan wangian itu sangat mendamaikan dirinya. Tetapi dalam masa yang sama begitu menyesakkan dada Ann Layli lantas membuatkan jantungnya terpaksa bekerja lebih dari biasa kerana bauan itu sedang mengucar-kacirkan jiwa wanitanya.
Walaupun terpesona dengan haruman itu, namun impak kepada jiwanya sangatlah menghuru-harakan perasaan seorang Ann Layli. Perasaan segan benar-benar menguasainya saat itu.
Entah bagaimana dia boleh berada di dalam pelukan itu. Puas di fikir, namun otaknya langsung tidak mahu memberi kerjasama. Tidak tahu bagaimana ianya bermula tetapi pengakhirannya, dia sedang dalam pelukan Benz Fahri.
Kepalanya elok terlentok di atas bahu Benz Fahri dan berada dalam dakapan dada suaminya. Sehinggakan dia dapat mendengar detak jantung yang sedang berdegup di dada bidang itu. Melodinya terdengar sangat indah.
Ann Layli mengeluh sendirian. Sedar tak sedar hampir lima minit dia selesa dan selamat berada di dalam pelukan suaminya sehingga akal yang waras kembali menyerang mindanya.
Langsung matanya dipejam rapat semula cuba menyedut sebanyaknya oksigen agar membolehkannya berfikir dengan baik. Tetapi gagal secara menyeluruh kerana haruman tubuh Benz Fahri itu terlalu memonopoli rongga nasalnya sehingga membuatkan dirinya berasa berada di awang awangan bersama perasaan takut dan segan.
Takut andai Benz Fahri mengatakan dia cuba mengambil kesempatan dengan memeluk lelaki itu tanpa lelaki itu menyedari apabila terjaga kelak.
Segan pula apabila nak memahamkan perasaan sendiri yang sepertinya makan tuan. Entah bagaimana dia tanpa sengaja telah tersuka kepada suaminya itu memandangkan sebelum ini dia bermati matian mengatakan dirinya memerlukan masa untuk menyukai dan menerima perkahwinan mereka. Alih alih, belum dua puluh hari usia perkahwinan mereka, dia sudah kalah dengan perasaan yang di bina itu.
Beberapa saat mencerna dan menghadam keadaan, Ann Layli cuba menggerakkan kepalanya perlahan-lahan tetapi akibat dari gerakan yang pincang refleks seorang Benz Fahri yang senang dan mudah tersedar dari alam tidur akhirnya terjaga.
Bingkas menyisihkan kepalanya anak mata isteri di cari. Perlahan senyuman manis dibiaskan ke arah sang isteri sambil tangannya menyentuh lembut ubun-ubun dan mencium pundak kepala Ann Layli. Bibir dengan senang melafaz ucap syukur yang tak henti henti kerana melihat bidadarinya saat itu sudah terjaga dari tidur yang panjang.
“ Alhamdulillah... alhamdulillah..syukur ya Allah.” Tapak tangan kanan di bawa meraup wajah. Wajahnya yang tadi suram mula bertukar warna.
Memanggung kepala dengan tangan kiri yang ditongkat, wajah Ann Layli dicari. Ubun-ubun isterinya dikucup lembut dan lama. Sementara tangan kanan masih tak lepas memeluk tubuh itu. Malah dieratkan lagi.
“ Morning askìm." ucapnya lembut dengan suara husky yang masih berbaur orang mengantuk. Senyum tujuh ratus megawatnya mengembang di seluruh wajah.
Tidak tahu mahu beraksi seperti apa, Ann Layli terkaku dengan wajah blurnya. Matanya terkelip-kelip menghadam aksi romantik bersama ayat yang diungkap lelaki itu. Asing di pendengarannya tetapi dia terpesona dengan senyuman dari raut yang kebiasaannya nampak tegang dan emo itu. Jiwanya mencair buat kesekian kali.
Bertambah sukar dirinya saat itu hendak bertentangan mata dengan Benz Fahri kerana urat pipi sudah terasa mengembang ke seluruh wajah. Tegang dan sendat seperti belon yang penuh dengan angin kerana terlalu malu. Sudahnya dia melarikan anak mata dari pandangan si suami.
Berasa segan dek sentuhan di kepala dan tubuh, laju saja dia bangun dan mahu melepaskan diri dari pelukan itu namun suara Benz Fahri cepat menegah.
“ Just lay on the bed. Sayang demam. Badan panas lagi..” Refleks tangan sasa lelaki itu juga cepat menahan badan Ann Layli dari terus bergerak. Ditepuk-tepuk bahu isterinya lembut agar tetap berehat di sisinya.
Kelopak mata Ann Layli cuba dikerdipkan beberapa kali selepas mendengar tegahan si suami. Otak baru sedar sepenuhnya ke alam nyata. Tangan naik meraba kepala yang terasa berat sambil menyentuh kain tuala basah yang sedang terletak elok di sana.
“ Demam?” suara seraknya bertanya.
Angguk. “ Tapi your temperature still under control. Tak tinggi sangat but surely the viruses took over his job on your weak body.” jelasnya satu persatu. Tangan kanannya, membetulkan tuala basah di atas kepala si isteri.
“ Lepas ni, bangun makan and take your medicine. Your body needs vitamins too.” tambahnya lagi.
Ann Layli mengeluh. Patutlah terasa lain macam tubuhnya. Lemah dan tak bermaya. Rupanya dia sedang dalam kondisi tidak sihat.
Sungguh dia berasa sangat terharu dengan perhatian Benz Fahri yang terlebih lebih buatnya saat itu. Dalam hati merafak syukur kerana terasa disayangi seorang suami.
“ Err..out of blue how I'm ended with this situation?” soal Ann Layli ingin tahu. Tidak dapat tidak, dia bertanya juga. Tanda soal di dalam kepalanya terlalu banyak membuatkan dia terpaksa juga bersoal tentang perkara tersebut.
“ Sayang tergelincir dalam kolam petang semalam. Plus lemas.” jelas Benz Fahri.
“ I'm what?” terkejut. Matanya membulat penuh.
“ Yup, you're drowning into the pool with the laundry basket hit your head.” jelas Benz Fahri lagi. Hujung bahagian kiri kepala Ann Layli disentuh menunjukkan tempat punca kesakitannya.
Ikut menyentuh bahagian kiri kepala, Ann Layli mendesis sakit. “ Auch!”
“ Abang dah letakkan ubat. Sayang rest aje. Kalau sakit lagi were go to clinic then.” ujar Benz Fahri.
“ No need to clinic. I'm okay. Just dramatic at all.” Matanya dipejam cuba menghalau ingatan tentang insiden yang memalukan itu.
Tambahan berasa segan yang amat apabila mata Benz Fahri menatapnya dengan sengihan walaupun cahaya di dalam bilik itu tidak seterang mana. Hanya berteman lampu tidur di hujung kepala katil. Tetapi cahayanya yang memancar ke arah wajah redup di hadapannya itu tetap boleh di lihat dengan jelas.
“ I'm sorry. Can't help myself to save you from the laundry basket hitting by.” ucap Benz Fahri sugul.
“ It's not your fault. Chaotic people suit me well. Careless and me never been apart.” ringkas Ann Layli menjawab.
Cuba membuang rasa tidak selesanya saat itu. Juga tidak mahu Benz Fahri berasa bersalah dengan keadaan yang bukan dipinta mereka.
“ The basket skipped away and drowned you fasting. It just splits second.” tambah Benz Fahri.
Dia benar-benar kesal dengan diri sendiri kerana tak sempat langsung menahan tubuh kecil Ann Layli dari terjatuh ke dalam air. Juga berasa bersalah kerana isterinya itu lemas. Nyaris saja tidak hilang nyawa. Kalau itu berlaku, memang dia takkan maafkan dirinya.
Ann Layli tergelak kecil. Kedua tapak tangan naik menutup wajah yang segan. Baru dia teringat akan bakul pakaian kotor yang dilanggarnya dan menyebabkan dia ikut terjun ke dalam kolam selepas terkejut dicuit suaminya. Pasti masa tu keadaan jadi huru hara. Tak dapat dia bayangkan bagaimana keadaan dia jatuh di dalam kolam. Ah! malu.
“ Benda nak jadi, nak buat macam mana. Saya okay dah ni. No need to pressure yourself.” ujar Ann Layli.
“ Hmm.. you're still not okay. You're got fever now. Sayang rehat kay. Sekejap lagi abang bawakan makanan. Sayang tak makan dari petang semalam lagi. Mesti lapar perut ni." ujarnya sambil mengusap perut Ann Layli yang berlapikkan selimut tebal itu bersama perasaan bersalahnya masih menyelubungi diri.
Ann Layli hanya berdiam diri. Sudah tidak tahu mahu membalas apa. Sementelah, masih berasa segan dan malu kerana sejak tersedar ke alam nyata tadi, Benz Fahri masih tidak bergerak seinci pun dari tubuhnya. Lelaki itu, masih kekal dengan posisi mendakap erat badannya.
“ Sekarang dah pukul berapa?”
Melirik ke arah jam dinding di depan, Benz Fahri tersenyum pandang isterinya yang masih berkerut wajah menahan ketidakselesaan. Barangkali masih pening dan bahang panas yang mengganggu horman di dalam tubuh membuatkannya berasa sangat lemah.
“ Dah pukul 6 pagi.”
“ Berapa lama saya tertidur ni? Allah!” Ann Layli menekan pelipis. Terkejut mendengar penjelasan si suami.
Benz Fahri tersenyum nipis. “Almost 12 hour. Sayang tak sedar semalam.”
“ I'm what?"
“ Yup. You sleep like sleeping beauty!” ujar Benz Fahri sambil mencuit hidung seludang Ann Layli.
Ann Layli mengeluh. Lagi, sisi buruknya tersingkap di depan sang suami. Memalukan!
Benz Fahri akhirnya bangun dan turun dari katil setelah melihat ketidakselesaan Ann Layli tetapi sempat berpesan kepada isterinya lagi setelah mengemaskan selimut tebal ke atas tubuh wanita itu.
“ Don't move any inches. I'll get you a drinking just a minute. Stay there!"
Membuatkan Ann Layli mengolengkan matanya ke atas secara turun naik setelah ditinggalkan dengan berbakul pesanan. Toh, diri terasa di perlakukan seperti kebudak budakan. Namun tetap dia senang dengan perhatian si suami.
Dia lemas sikit dalam kolam aje pun, tetapi Benz Fahri melayannya seperti bayi kecil yang berumur dua hari pula. Sedikit sebanyak dia terusik dengan perlakuan lelaki itu yang sangat merisaukannya.
Ya, seorang Benz Fahri yang dikenali dengan susuk keras itu merupakan seorang yang prihatin juga. Dia tersenyum senang akhirnya. Terasa lebih banyak rama-rama berterbangan di dalam perutnya saat itu.
Setelah mendapatkan air minuman dan memberikan ubat serta supplements kepada isterinya, Benz Fahri kembali menyertai Ann Layli di atas katil.
Benz Fahri mengemaskan kedudukan tuala basah di atas kepala Ann Layli yang sangat panas itu. Apabila terasa sudah kering dia sekali lagi membasahkan tuala tersebut dengan air di dalam besen yang terdapat di hujung tepi katil. Bermula dari dahi dan berakhir di pangkal leher isterinya di jelum dengan air dari tuala basah tersebut bagi mengurangkan haba panas yang menyerang.
Mulutnya juga tidak berhenti berselawat syifa ketika menjelum seluruh wajah Ann Layli itu. Riak wajahnya sedikit suram melihatkan tubuh Ann Layli yang tidak sihat itu.
“ Sayang rehatlah..abang nak solat subuh sekejap. Lepastu abang nak settle hal ceremony kita malam ni. Kalau sayang tak okay lagi, kita cancel je event tu.”
Benz Fahri bangun dan mula menapak ke pintu bilik air. Tetapi sempat tangannya di paut Ann Layli.
“ Benji..”
Terbejat langkah, matanya melirik ke arah tangan isteri yang masih memegang lengan kirinya. Tidak percaya, dengan sentuhan itu kerana Ann Layli sememangnya tidak pernah bersentuhan dengannya kecuali di majlis akad nikah mereka. Itupun kerana terpaksa. Malas berfikir yang tidak tidak, Benz Fahri mendiamkan saja. Lantas, pandangannya Di bawa ke depan mencari anak mata Ann Layli.
“ Yes askìm.”
“ No need to cancel. Saya rehat sekejap, lepastu kita selesaikan majlis resepsi tu.”
“ Are you sure? Majlis tu lama la sayang recording to the last plan hari tu. Abang tak nak sayang penat. Nanti event tak selesai, sayang sakit lagi teruk.”
“ I'll fix it. Trust me I'm okay.” putus Ann Layli nekad. Tidak mahu menyusahkan suaminya dan semua pihak yang terlibat dengan majlis mereka malam itu.
Mengemam bibir, akhirnya Benz Fahri menggangguk ikut bersetuju dengan permintaan Ann Layli walaupun dirinya begitu khuatir akan keadaan kesihatan isterinya yang tidak begitu baik itu. Dia akur.
*********
Seorang mua terkenal yang dilantik oleh event planner yang dipilih Benz Fahri sebagai perunding majlis resepsinya malam itu sedang melakukan riasan terakhir di wajah Ann Layli.
Tema yang dipilih oleh Benz Fahri untuk acara makan malam bersama pengantin itu merupakan 'Arabic Theme'. Jadi, isterinya yang jelita itu diperhiaskan dengan pakaian bertemakan Timur Tengah.
Mua bernama Kak Jamey itu sedang memakaikan purdah berwarna putih gading kepada Ann Layli ketika Puan Hasnah dan Datin Amirah masuk ke bilik persalinan hotel yang menempatkan pengantin wanita.
Melalui cermin solek, Ann Layli sudah nampak kelibat kedua orang wanita yang sangat penting dalam hidupnya itu sedang tersenyum gembira.
Menghampiri, Puan Hasnah dan Datin Amirah memeluk Ann Layli rapat. Keduanya mencium anak itu bergilir. Senyuman yang terukir di wajah keduanya sangat membahagiakan Ann Layli.
“ Cantiknya anak mak. Bertuah Ben dapat Manja.” puji Hasnah. Gembira dia melihat Ann Layli yang sangat cantik dengan persalinan putih gading bertemakan Arab itu.
“ Mak pun cantik jugak. Bertuah ayah dapat mak.” usik Ann Layli ikut meniru ayat Hasnah tadi.
Wajah Hasnah terus bertukar kemerahan diusik anaknya itu. Manakala Datin Hasnah ikut tergelak melihat senda gurau kedua beranak tersebut.
“ Betul la Puteri cantik sangat. Tak jemu mata mama pandang. Mama yang tengok pun rasa teruja, tambah la pengantin lelaki yang kat luar tu. Dari tadi ke hulu ke hilir tak duduk diam asyik tanya bini dia aje. Risau bini dia kena culik agaknya.” beritahu Amirah dengan senyuman yang panjang. Benar dia gembira melihat anak perempuannya itu.
“ Mama, malu la Puteri mama puji melambung macam tu. Efek make up aje ni. Hilang make up, jadi kuntilanak la nanti. Time tu, semua orang nak pandang pun tak selera.” tingkah Ann Layli.
“ Ada-ada je Puteri ni." geleng Datin Amirah.
Mereka bertiga sempat berbual seketika sebelum seorang wanita pengiring yang ditugaskan untuk menjemput Ann Layli turun ke acara resepsi yang sudah di mulai di Dewan Jubli Hotel Imperial itu.
Datin Amirah dan Hasnah tidak ketinggalan menjadi pendamping kehormat mengiringi langkah Puteri Ann Layli menuju ke ballroom yang menempatkan pelamin untuk majlis persandingan itu. Seramai enam orang flower girl yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang sangat comel turut menjadi pengiring pengantin ketika masuk ke dalam dewan.
Seramai dua ratus lebih orang tetamu dan kenalan rapat pihak lelaki daripada kalangan ahli keluarga, rakan taulan, rakan perniagaan serta staff staff Khazanah Berhad dijemput hadir bagi memeriahkan majlis resepsi tersebut.
Suara MC mula kedengaran setelah pengantin perempuan diiring masuk ke dalam dewan. Automatik lampu chandelier menjadi malap seketika dan spotlight besar mula mengambil alih suasana lalu menyuluh ke arah Ann Layli yang sedang beriringan dengan dayang-dayang comelnya. Wanita berpakaian Arab itu menjadi pusat pemerhatian seluruh tetamu.
Tidak ketinggalan, lagu klasik dari muzik negara Timur Tengah seperti Turki, Saudi Arabia dan Kaherah mula berkumandang di dalam dewan. Muziknya sangat asyik dan mendamaikan para tetamu di samping membuatkan tetamu terpesona dengan kehadiran seorang Puteri Ann Layli yang seumpama Ratu Balqis menuju singgahsananya mahu bertemu dengan sang Raja.
Ketika pengantin perempuan melalui karpet merah menuju ke pelaminan, tepukan gemuruh di berikan buatnya. Tidak ketinggalan juga tepukan dari sang Putera Raja yang telah berdiri sigap serta segak bersama sepersalinan jubah putih dan bandana serta serban dari warna senada.
Benz Fahri yang turut diiringi seramai enam orang kanak-kanak lelaki bersama dengan adik beradik pasangan kembar Azlan Waqif Dan Azhan Wadif itu menyambut kehadiran isterinya di hujung tangga pelamin. Tangan Ann Layli disambut penuh mesra bersama senyuman Yang tak lekang Di bibir. Dia menunduk sedikit dan mencium tangan isterinya sebelum memimpin wanita belahan hatinya ke pelamin mewah itu.
********
“ Ala, kenapa isteri Tuan Benz pakai purdah weh. Tak nampak la rupa dia macam mana?" ujar Raihan hampa.
Dia yang dari awal tadi begitu berkobar kobar mahu melihat wajah isteri majikannya itu bersa kecewa kerana tidak dapat melihat dengan jelas dan bertentangan mata dengan suri hati Benz Fahri itu.
Salmi menggeleng bersama ketawa yang panjang. Terasa mencuit hati dengan lagak Raihan yang seperti orang kecewa saja. Monyok wajah Raihan di sebelahnya membuatkan Salmi terasa mahu melepaskan gelak kuat.
Raihan juga sudah tidak teruja seperti di awal kehadirannya di majlis itu tadi. Lauk kenduri yang menjadi hidangan sedap buat para tetamu juga tidak habis dijamahnya berikutan kecewanya yang menggunung itu.
“ Mesti bini Tuan Benz tu tak lawa sebab tu dia suruh bini dia pakai purdah tu." protes Raihan. Muncung bibirnya menyungging ke arah pengantin perempuan yang sedang tertib bersanding di atas pelamin berdampingan dengan putera rajanya itu.
Hani Wardah akhirnya ikut ketawa. Berasa geli hati melihat wajah masam Raihan. Rajuk Raihan benar-benar di kemuncak nampaknya sehingga akal ceteknya semberono memberi sangkaan dan komen yang meleset tentang isteri majikan mereka.
“ Tema orang tu kan arabic Kak Rai..mesti la kena pakai purdah semua.” tukas Jihan yang sejak tadi berdiam diri kini mulai bersuara. Menggeleng Jihan di buatnya.
“ Betul la tu. Tema diorang kan arabic memang la kena pakai purdah serban jubah semua. Takkan nak pakai bikini kut.” sampuk Salmi pula.
Bertambah muncung Raihan mendengar pembelaan rakan sekerjanya.
“ Tak apa, one day akak akan cari juga sampai dapat muka bini Tuan Ben tu. Masa tu korang mesti percaya dengan pendapat akak punya. Akak confirm la yang akak paling cantik dari bini Tuan Benz tu. Tunggu dan lihat nanti."
“ Sudah sudah la tu nak jelous pun akaknya. Cantik ke tidak dia dah jadi isteri Tuan Benz pun. Kita doa aje yang baik baik buat mereka semoga berkekalan ke anak cucu.” balas Hani Wardah cuba menasihati Raihan yang masih tetap dengan pendiriannya; bahawa isteri Benz Fahri tidak lah secantik mana berbanding dia.
Raihan mencebik menyampah tidak menghiraukan kata kata Hani Wardah. Dia betul betul geram kerana hajatnya mahu melihat wajah isteri Benz Fahri tidak kesampaian.
“ Dah lah, malas akak layan korang. Akak nak pergi tandas sekejap. Tolong tengokkan beg akak. Lepas pengantin potong kek nanti kita balik la. Penat dah tengok orang bahagia. Kita pula yang sengsara.” Bebel Raihan. Dia bangun menuju ke arah luar dewan yang menempatkan restroom di sana.
********
Ann Layli berasa peningnya bertambah dengan lebih kuat. Semerta tempat pemegang kerusi yang di dudukinya itu dipegang dengan lebih kejap. Belakang tengkuk yang turut terasa berat itu di usap perlahan.
Suara suara manusia yang sedang berbual disekelilingnya sudah tak dihirau. Benz Fahri yang sedang berada jauh darinya juga dipandang dengan hujung mata saja. Mahu dipanggil suaminya itu tetapi risau menganggu kerana Benz Fahri sedang berbual dengan beberapa orang kenalan lamanya. Bimbang dikatakan seorang yang mengada ngada Ann Layli hanya berteleku saja di meja itu sambil melayan sakit di kepala.
Namun beberapa saat berlalu peningnya makin menjadi membuatkan Ann Layli mengambil keputusan untuk ke bilik air.
Dipandang kiri dan kanan lalu kelihatan Sharifah Julia yang sedang berjalan sambil membawa minuman ke meja berdekatan dengan meja pengantinnya yang mana di duduki anak anaknya.
Bangun dari kerusi, digagahkan diri mendekat ke arah meja Sharifah Julia walaupun kepala sudah teroleng- oleng dek pening yang menyerang. Lantas kerusi bersebelahan Sharifah Julia dia duduki sebelum memaut bahu kakak iparnya. Dengan suara yang sedikit tertahan, perlahan dia membisik sesuatu kepada kakak iparnya itu.
“ Kenapa? Puteri tak sihat ke?” soal Sharifah Julia risau.
Ann Layli sekadar mengangguk. Tambahan kini, tekaknya juga berasa loya mahu memuntahkan makanan yang masuk sewaktu hidangan makan beradab tadi.
“ Tak sihat sikit. Tapi akak jangan risau. Puteri okay lagi cuma nak minta tolong dengan akak je sekejap.” beritahunya kembali.
“ Tolong apa tu?”
“ Puteri nak pergi tandas sekejap. Tekak Puteri rasa loya. Kalau diorang cari Puteri tolong bagitahu Puteri ke sana ehh..” pesannya. Bangun dari duduk, kurung modern bermanik dibetulkan sedikit letak duduknya.
“ Oh boleh je. Dah bagitahu Ben?”
“ Ben tengah busy dengan kawan-kawan dia. Malas nak kacau. Akak tolong ehh, Puteri tak boleh tahan dah rasa loya ni." ujarnya kalut apabila terasa angin sudah mula menolak-nolak di saluran trakeanya. Bila-bila masa je dia akan termuntah di situ.
“ Okay-okay. Cepat pergi. Nanti akak bagitahu dengan Ben.” suruh Sharifah Julia ikut kelam kabut apabila melihat wajah Ann Layli sudah lain macam.
Ann Layli berjalan laju meninggalkan Sharifah Julia menuju ke tandas. Dia mahu cepat sampai ke sana, berikutan isi perutnya memang sudah mahu terkeluar tambahan pening di kepala makin berdenyut kuat memaksa dia melajukan langkah.
Sementara Sharifah Julia kembali meledani anak-anaknya yang sedang makan muncul susuk si suami pula.
Megat Bakhtiar duduk bersebelahan isterinya menyambung menikmati pencuci mulut pula setelah selesai menghantar rakannya ke pintu masuk dewan kerana ingin pulang.
“ Kenapa dengan Puteri tu? Kalut semacam je abang tengok.” soal Megat Bakhtiar.
“ Entahlah.Tak sihat katanya.”
“ Oh, dia tak selesa la tu. Ramai sangat yang datang dekat majlis ni. Dahtu siap pakai purdah bagai. Mahu pening budak tu!” Bebel Megat Bakhtiar.
“ Mungkin la.”
“ Mana Ben?”
“ Tu kat sana tengah sembang dengan geng-geng 'bachelor' dia. Nampak Jerry pun ada sama tu!" balas Sharifah Julia sambil memuncungkan hujung bibirnya ke arah sekumpulan jejaka hot di bahagian bawah sebelah kanan dewan.
Megat Bakhtiar ikut sama memerhati arah bibir yang ditunjukkan oleh isterinya. Mengecil mata, dia cuba memerhati gerangan yang di sebut isterinya sebentar tadi.
Memang kelihatan adik sepupu mereka Jerry di situ sedang bergelak ketawa bersama Benz Fahri dan rakan-rakan yang lain. Entah apa yang dibualkan kumpulan jejaka itu pun Megat Bakhtiar tidak tahu tetapi yang nyata, kelihatan wajah Benz Fahri bersinar dan ceria saja.
“ Dia tahu tak wife dia tak sihat? Khusyuk sangat tu! Jumpa member sampai wife pun lupa. Berbual macam tak jumpa sepuluh tahun je gaya!" bebel Megat Bakhtiar. Kepala kembali ditala ke arah isterinya.
“ Biasa la lelaki memang macam tu kan. Friends are everything. Wife is annoying.” sindir Sharifah Julia tanpa perasaan.
Megat Bakhtiar yang baru meneguk minuman tersedak kuat apabila mendengar kata-kata isterinya. Kelam kabut dia mencapai napkin mulut di atas meja lalu mengelap bibirnya yang dipenuhi saki baki air minuman. Wajah tanpa perasaan Sharifah Julia dikerlingnya geram.
“ Eh, kenapa abang pulak yang kena perli ni? Ben yang buat hal kan.” soalnya.
Sharifah Julia tersengih. Dia menjungkit bahu tanda sengaja memarakan api kegeraman suaminya.
“ Ben buat hal apa?” sergah Benz Fahri tiba-tiba dari belakang kedua kakak dan abangnya.
Sharifah Julia dan Megat Bakhtiar pusing belakang apabila di sergah adik lelaki mereka. Si kakak hanya tayang senyum saja manakala si abangnya pula membuat muka tak puas hati. Dalam hati merungut geram kepada Benz Fahri kerana akibat ulah adiknya terhadap Ann Layli, dia ikut menjadi bahan sindiran Sharifah Julia.
“ Kau la punya pasal. Sembang dengan kawan sampai lupa bini lepas tu dengan abang jadi mangsa Kak Lia kau! Memang teruk la perangai!" marah Megat Bakhtiar. Rusuk Benz Fahri di sikunya geram.
Mengaduh sakit Benz Fahri mencebik bibir. Rusuk yang disiku digosok perlahan menghilangkan
“ Apa hal pulak? Bila Ben lupa Puteri?”
“ Dah tu mana Puterinya?” soal si abangnya lagi. Keningnya diangkat-angkat memprovok Benz Fahri. Sengaja Megat Bakhtiar bertanya walaupun dia tahu status keberadaaan Ann Layli waktu itu.
Teringat akan isterinya, laju kepala di bawa memusing mencari susuk sang isteri. Namun susuk itu tidak kelihatan di ruangan dewan.
“ Kan abang cakap tadi, kau tu dapat jumpa kawan memang tak ingat bini dah. Baru je dua hari kahwin, kau dah buat hal.” getus Megat Bakhtiar lagi.
“ Kak, mana Puteri?” kelam kabut Benz Fahri bersoalkan Sharifah Julia.
“ Dia pergi tandas." balas Sharifah Julia.
“ Oh.." singkat balasan Benz Fahri lalu menarik kerusi bersebelahan Megat Bakhtiar.
Baru saja dia mahu duduk, Megat Bakhtiar kembali bersoal. Tidak jadi dia mahu melabuhkan duduk. Sudahnya dia berdiri saja bersebelahan si abangnya itu.
“ Kau tahu tak Puteri tu tak sihat?”
“ Tahu. Tapi petang tadi dia dah okay. Sebab tu Ben proceed jugak dengan majlis ni. Kenapa?”
“ Wife kau tu cakap tak sihat dengan Kak Lia tadi. Dia loya. Sebab tu dia pergi tandas." jawab Sharifah Julia.
Benz Fahri telan liur.
“ Petang tadi dia okay. Sekarang....” belum sempat ayat terakhir Megat Bakhtiar ulas, Benz Fahri sudah berlalu pergi.
Dengan langkah terburu-buru, dia beredar dari situ. Susuk Ann Layli mahu dia jejak. Perasaan risau mula menular dalam diri. Fikirannya mula berfikir yang tidak-tidak. Sementelah mengenangkan keadaan isterinya yang tidak sihat dari sebelum bermula majlis lagi.
“ Tahu pun risau!" bidas Megat Bakhtiar. Pandangannya menghantar langkah Benz Fahri yang kelam-kabut itu. Kepala digeleng perlahan.
********
Selamat Membaca! Thank You Readers! Keep supporting me okay :-*
Share this novel