Bab 3

Romance Series 77048

Hari ini sangat cerah dan ceria. Awan kolomunimbus yang penuh di angkasa turut melatari dada langit. Sang suria bergerak perlahan mewarnai hari.

Dan di lorong perumahan Desa Astana terdapat pasangan suami isteri yang baru berpindah. Beberapa buah perabot kayu di bawa masuk oleh beberapa orang lelaki. Ada juga yang membawa perkakasan lain turun dari trak berwarna biru gelap yang elok terpakir di hadapan rumah teres berkembar dua tu. Laluan rumah juga agak sibuk dek aktiviti mereka. Suasananya agak hingar lewat pagi itu.

Ann Layli yang ralit menjirus tanaman sesekali memicing mata memandang kejiranannya. Sebelumnya, rumah sebelah tu kosong. Hari ini, sudah ada penghuni baru.

Sedang Ann Layli leka dengan aktiviti berkebunnya, dia disapa seorang wanita dari luar pagar. Manis senyumannya serta lemah lembut lenggok bahasanya menegur.

“ Assalamualaikum. Maaf ganggu. "

Ann Layli yang sedang membongkok tegak berdiri saat di sapa. Wajahnya menoleh memandang susuk badan yang berdiri depan pintu pagar rumahnya.

“ Waalaikumsalam. Ya, Puan?” tangan yang menyarung sarung tangan plastik di buka dan diletakkan sebelah pasu bunga berhampiran. Pintu pagar dirapati.

" Saya Hani Wardah. Jiran baru." ramah wanita tu memperkenalkan dirinya sebagai Hani lalu bersalaman dengan Ann Layli. Dia senyum menampakkan barisan giginya.

“ Oh, selamat berkenalan. Saya Ann Layli. Baru pindah dari mana Hani?” soal Ann Layli menyambut tangan wanita tu. Matanya memandang suasana sibuk pekerja yang ulang alik mengangkat barangan masuk ke dalam rumah turun dari lori di belakang Hani.

“ Perlis. Sebelum ni suami bertugas di sana."

Ann Layli angguk namun matanya terarah pada trak lori berwarna biru gelap di sebelah. Tahulah dia, yang suami wanita tu seorang anggota polis rupanya. Semerta dia teringatkan seseorang.

“ Polis? "

" Aah, polis. Baru dapat pertukaran je. Dua tahun kami di Perlis sebelum suami saya dinaikkan pangkat dan mendapat pertukaran ke Kuala Lumpur ni." balas Hani lagi. Lagak wanita tu ramah bagai bertahun telah mengenali jiran barunya si Ann Layli.

“ Tahniah. " tak tahu lagi Ann Layli mahu berbual apa.

“ Err.. Saya nak minta tolong Ann Layli sikit boleh?” tambah Hani Wardah sementelah dia teringatkan sesuatu.

“ Panggil saya Ann aje, Hani. Tolong apa tu? Insha Allah kalau boleh saya bantu apa yang patut."

“ Kebetulan petang ni saya ada buat sedikit jamuan sempena kenaikan pangkat suami saya dan sebab baru pindah rumah. Kalau tak keberatan Ann boleh tak bantu saya agihkan makanan buat jiran tetangga kita. Maklumlah saya orang baru. Mahu juga berkenalan dan bermasyarakat dengan jiran yang lain.” terang Hani Wardah.

“ Oh boleh aje Hani. Nanti bagitahu pukul berapa.”

“ Tak susahkan Ann ke? "

“ Tak ada apa yang susah pun. Kebetulan saya pun seorang je di rumah. Suami saya outstation. Lusa baru balik. Anak pun belum ada lagi." terang Ann Layli. Baik juga rancangan Hani tu. Tidak lah dia bosan petang ni. Sekurangnya masa lapangnya terisi.

“ Oh bolehlah kalau macam tu. Erm.. maaf la kalau Hani bertanya. Ann baru kahwin ke?”

“ Aah Hani, saya baru kahwin. Tapi tak ada lah baru sangat. Empat bulan dah!” sengih Ann Layli.

“ Hani pun baru kahwin ke? ” soalnya kembali.

“ Saya dah lama kahwin. Hampir dua tahun. Tapi belum ada rezeki nak timang anak."

“ Tak apalah, Insha Allah nanti ada la rezeki tu." ujar Ann Layli.

“ Umur Hani berapa. Maaf lah kalau saya sibuk bertanya. Bukan apa, rasa macam tak manis pulak kalau panggil nama je, sebab gaya Hani nampak matang.”

“ Tak apa saya dah biasa. Panggil nama pun okay. Saya tua dah. Nak masuk 3 series dah pun! " Hani tertawa kecil. Semakin rancak mereka berbual di halaman pagar rumah Ann Layli tu.

“ Kalau macam tu saya panggil Hani kakak lah. Lebih manis. Kak Hani lebih pengalaman dari saya. Saya ni muda lebih kurang tiga empat tahun dari Kak Hani je."

“Ikut Ann lah, mana-mana pun okay. Okaylah Ann, Kak Hani balik dulu. Nak kemas apa yang patut. Kejap lagi suami Kak Hani sampai dengan lagi satu trak polis. Ann ada nombor telefon? Petang nanti Kak Hani text Ann pukul berapa nak temankan Kak Hani boleh?” pinta Hani Wardah.

Ann Layli angguk. Dia membaca nombor telefon bimbitnya kepada Hani Wardah yang turut mengeluarkan telefon bimbit dari poket baju tuniknya lalu menyimpan nombor dalam senarai panggilan telefon wanita tu.

**************

Usai solat Asar, Ann Layli bersiap ala kadar. Dia menyarung tudung malas jenama souk yang berwarna biru dipadankan dengan blouse putih serta seluar palazo coklat muda. Sedikit bedak muka disapu ke wajah dan juga calitan lipgloss ke bibirnya. Setelah siap dia keluar menyarung selipar.

Kawasan rumah Hani dijengah. Kelihatan beberapa barang pindah masih lagi diluar laman. Bersepah dengan kotak-kotak, beberapa beg plastik hitam, pasu bunga, frame gambar dan beberapa barangan lain.

Ann Layli berdiri tegak tepi tiang rumahnya sebelum menyemak semula text kiriman dari Hani di aplikasi wasap yang di hantar wanita tu.

Jam di tangan kanan dikerling. Lima dua puluh dua. Dah lepas asar. Betul lah Kak Hani pesan suruh pergi rumah dia usai asar. Pergi jelah. Kak Hani tunggu aku dah kut! Karang lambat pulak nak pergi hantar makanan semua. Ann Layli bercakap sendirian. Malas bertangguh, dia orak langkah keluar dari pagar rumah dan belok ke kiri.

Tiba depan pagar rumah Kak Hani dia memberi salam.

“ Kak oh Kak Hani. Ann datang ni. " hampir dua minit menunggu kelihatan kelibat Hani Wardah keluar dengan senyuman.

“ Ye..ye, datang jugak Ann kan. Kejap Kak Hani tengah siapkan bekas-bekas makanan tu. Masuklah dulu. Tapi maaf lah masih bersepah lagi barang-barang ni." Hani menjemput Ann Layli masuk ke rumahnya.

“ Alah, biasalah kak orang baru pindah. Pelan-pelan la mengemas. Kalau Kak Hani tak menang tangan Ann boleh tolong apa yang patut. Bagitahu je. Ann dekat rumah makan tidur makan tidur je.” sengih Ann Layli. Tanpa sedar dia menceritakan rutin sehariannya di rumah.

Ann Layli duduk atas sofa sebaik dipelawa Hani. Kemudian wanita tu kembali ke dapur menyiapkan bekas makanan yang mahu diagihkan sekejap lagi.

Dalam ralit memerhati keadaan rumah yang sememangnya bersepah kerana masih belum berkemas sepenuhnya Ann Layli terpandangkan sebiji gitar kapok di sudut ruang tamu yang elok tersandar di tepi dinding.

Melihat gitar tu semerta ingatannya melayang pada Zen Huzaini. Ya, bekas kekasihnya dulu pandai bermain alat muzik jenis gitar di sekolah mereka. Tak hairanlah, sewaktu bersekolah dulu Ajai selalu masuk persembahan serta pertandingan mewakili sekolah.

Kadang hampir setiap petang, dia akan memainkan gitar menemani Ann Layli di pondok sekolah mereka usai sesi kelas tambahan sementara menunggu bas untuk pulang ke rumah.

Ajai akan memainkan lagu Cinta Luar Biasa untuknya. Bagai terngiang-ngiang muzik dari petikan gitar lagu tersebut ditelinganya.

WAKTU PERTAMA KALI
KU LIHAT DIRIMU HADIR
RASA HATI INI INGINKAN DIRIMU..

HATI TENANG MENDENGAR
SUARA INDAH MENYAPA
GELORANYA HATI INI
TAK KU SANGKA..

RASA HATI INI TAK TERTAHAN
HATI INI SELALU UNTUKMU..

TERIMALAH LAGU INI DARI ORANG BIASA
TAPI CINTAKU PADAMU LUAR BIASA..

AKU TAK PUNYA BUNGA
AKU TAK PUNYA HARTA..

YANG KU PUNYA HANYALAH
HATI YANG SETIA TULUS PADAMU..

“ Amboi jauh termenung Ann! Rindu cik abang ke?”

Tiba-tiba suara Hani Wardah mencantas ingatan waktu yang dulu. Kelihatan wanita tu menjinjit dua beg kertas yang sudah siap diisi bekas makanan keluar dari dapur.

Senyuman yang terukir di bibir Ann Layli lenyap sama sekali. Kalut dia pandang wajah si tuan rumah. Malu ditangkap melamun di rumah orang.

Apalah buruk sangat perangainya tu!

Haish..

“ Mana ada Kak Hani. " tersipu-sipu Ann Layli cuba berdalih.

“ Kak, siapa punya gitar tu?” soal Ann Layli sebaik bangun dari sofa dan berjalan menghampiri Hani Wardah berdekatan meja makan. Matanya masih melekat pada gitar kapok tersebut.

“ Oh, itu gitar kesayangan abang polis rumah ni lah. Dah rosak gitar tu. Talinya banyak yang dah lari tune. Kak Hani nak buang tapi tak dibaginya. Katanya ada sentimental value.” balas Kak Hani. Matanya juga turut sama menala pada gitar yang tersandar tepi dinding tu. Tak sempat lagi dia nak simpan dalam stor.

Ann Layli terangguk-angguk. “ Yelah, dah namanya pun ada sentimental value memang lah suami Kak Hani tak bagi buang. Sayang lah tu. "

“ Mungkin la. Tapi dah lama jugak la suami Kak Hani tak main gitar tu. Dulu kalau baru-baru kahwin hari-hari dia main. Sampai naik pekak telinga Kak Hani. Dia langsung tak bagi usik gitar tu. Sentuh jauh sekali. Pernah sekali tu kucing jiran masuk rumah lepas tu jatuhkan gitar tu. Seminggu dia tak tegur Kak Hani sebab tak tolong halau kucing tu. " ujar Kak Hani. Dia menggeleng kepala setiap kali mengingatkan kejadian gitar tu jatuh dilanggar kucing.

Ann Layli tergelak mendengar cerita di sebalik gitar kesayangan suami jiran barunya tu.

“ Kak, tak apa ke kita cakap pasal suami kak ni, karang kalau dia dengar marah pulak dia.” sambil Ann Layli melingas kiri kanan. Risaulah dia kalau tiba-tiba suami Hani Wardah tu muncul dan dengar mereka bercakap hal lelaki tu.

“ Tak payah risau, suami Kak Hani dah keluar pergi solat Asar kat surau hujung taman kita ni. Dengan dia pun Kak Hani kirimkan makanan tu. Bersedekah seorang sedikit untuk ahli masjid. Lagipun suami Kak Hani nak mereka buat doa selamat sikit lepas solat Asar tadi. ” terang Hani Wardah.

“ Oh." sengih Ann Layli terangguk-angguk kepala dia.

“ Dah, jom kita edarkan makanan ni. Karang lewat pulak.” ajak Hani Wardah lalu mengambil beg kertas biru yang berisi pulut kuning, roti jala serta kari ayam dan kentang dari atas meja.

“ Yang beg kertas merah tu Ann tolong bawak. Yang tu mee goreng.” arah Hani Wardah ke meja makannya. Ann Layli angguk lalu bangun mengikut gerakan Hani Wardah. Dua beg kertas besar penuh berisi bekas polistrena di dalamnya di ambil Hani Wardah dan Ann Layli.

Mereka keluar dari rumah Hani Wardah menaiki kereta yang dipandu Ann Layli. Setiap lorong di kawasan perumahan tu mereka lewati. Jika ada penghuni rumah yang ahli keluarganya ramai, Hani menggagihkan lebih sedikit. Dia turut memberitahu mereka tentang dia yang baru berpindah ke kawasan tu selain mengatakan dia membuat sedikit jamuan kesyukuran.

Usai menggagihkan makanan, Hani Wardah dan Ann Layli pulang ke rumah. Setelah Ann Layli pakir kereta milik Hani Wardah di laman wanita tu dia meminta diri untuk pulang.

“ Kak, Ann balik dulu ye. Dah lewat ni. "

“ Eh, jomlah masuk dulu makan dan minum. Makanan tadi pun ada banyak lagi kat dalam tu. Apa nak balik pulak!” larang Hani Wardah. Lengan Ann Layli disambarnya. Dia belum pun sempat lagi nak ucapkan terima kasih atas bantuan Ann Layli membantunya mengenali jiran-jiran mereka.

“ Tak apa kak, kat rumah pun banyak makanan. Ann tolong kak Hani ikhlas." balas Ann Layli.

“ Tak ada. Jangan nak mengada-ngada. Jom kita makan dulu. Kejap lagi boleh balik. Bukan rumah Ann tu jauh sangat. Sekangkang kucing je." bebel Hani Wardah.

Ann Layli tersengih mendengar ayat terakhir wanita tu. Tak pernah lagi dia dengar perumpamaan 'sekangkang kucing'. Selalu orang sebut sekangkang kera aje. Haish! Peribahasa sekarang ni rupanya banyak yang dah kena sabotaj.

“ Tapi kak, Ann seganlah dengan suami Kak Hani.” dalih Ann Layli. Sememangnya dia segan kalau nak jumpa dengan orang yang dia tak kenal.

“ Segan? Segan apanya. Bukannya awak tu tak bermulut ke tak berhidung ke tak bertangan ke! Dah jangan nak banyak songeh. Kita masuk kenal-kenalan dulu dengan suami Kak Hani pastu kita makan. Kak Hani nak bagitahu suami kak Hani dapat kawan baru!” sengih Hani Wardah.

Dia dulu berjalan mendahului Ann Layli sambil tarik tangan wanita tu kejap tak dilepaskan. Risau bolos. Dia berjalan dengan wajah ceria dan semangat yang tinggi mahu memperkenalkan Ann Layli.

P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience