Megat Bakhtiar kembali ke surau mini selepas selesai membuat panggilan kecemasan kepada doktor peribadi keluarga Tan Sri Zahid. Susuk sang isteri di carinya saat tiba ke ruangan solat tersebut.
“ Mana babah?”
“ Ben dan adik-adik dah bawa masuk bilik.”
“ Kalau macam tu abang naik atas kejap tengok babah.”
“ Ok. Dapat call Doktor Junaidi? Dia datang tak?”
“ Dah, don't worry. Kejap lagi sampai la tu.. Sayang kalau lapar pergilah makan dulu. Kita stay sini kejap, abang nak temankan Ben settlekan urusan babah.” bahu isterinya disentuh lembut.
“ It's okay, sayang tunggu abang. Kita makan sama-sama.” putus Sharifah Julia.
Megat Bakhtiar tidak menunggu lama selepas meninggalkan beberapa pesanan kepada Sharifah Julia. Dia keluar dari mini surau lantas mendaki ke tingkat atas mahu melihat keadaan terkini Tan Sri Zahid.
Sharifah Julia masih kekal di sebelah bonda mertuanya. Berpaling ke sebelah dia merangkul tubuh Ruhana dan melentokkan kepalanya di bahu wanita itu.
Ruhana, ketika itu baru saja memulakan bacaan Yassin kerana tidak betah duduk saja. Dek terlalu risau dan khuatir memikirkan keadaan Tan Sri Zahid tersebut. Fikirnya lebih baik mengalunkan kalam suci itu supaya dapat ditenangkan hati dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. Gelagat Sharifah Julia yang menempel di sebelahnya dibiarkan. Pembacaannya sedikit pun tidak terganggu dengan ulah manja si menantu. Ubun-ubun Sharifah Julia yang dilapisi selendang putih di elus perlahan mengalirkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi walaupun saat itu hatinya sendiri di rundung kerisauan.
Manakala Sharifah Julia di sebelah bondanya kekal diam di situ memandang ke serata perkarangan surau mini setelah Megat Bakhtiar berpesan agar menunggu di situ. Hendak mengikut bondanya membaca Yassin pula, dia sedang uzur. Seketika dia terpandangkan seseorang yang baru hendak dikenalkan sebagai anak kepada babahnya itu. Lantas, ingatannya menghasilkan suatu memori. Wajah itu mengingatkan dia pada seorang wanita yang pernah menyelamatkan salah seorang anaknya; Megat Aedy yang terlepas dari pegangan ketika masuk ke pasaraya. Malahan kalau tidak silap juga, itu wanita yang sama, pernah Benz Fahri bantu di hospital dan mereka menghantarnya pulang ke rumah. Tanpa sedar, sebenarnya mereka juga telah bertemu buat kali ketiga ketika menghadiri pengebumian arwah Muqri yang merupakan kontraktor binaan Syarikat Endah Holding. Ya, dia masih lagi mengingati susuk wajah tersebut. Sungguh dia tidak menyangka.
Dia lalu bangun dan berjalan menghampiri Ann Layli yang sedang berbual dengan pasangan suami isteri itu.
“ Err, maaf ganggu..boleh saya tanya sekejap?”
Seraya Zahid, Hasnah dan Ann Layli memandang ke arah Sharifah Julia sebelum Ann Layli mengangguk memberi persetujuan.
“ Ingat akak lagi?” Sharifah Julia menghalakan jari telunjuk ke arah dirinya sendiri.
Ann Layli mengerutkan kening sekalian dengan wajah cuba mengingati. Namun menggeleng selepas percubaan untuk mengingatinya tidak berhasil.
“ Dekat pasaraya dulu ada budak hilang? Awak pernah selamatkan seorang budak umur empat tahun yang cuba panjat rak makanan ringan? Dia nak ambil cotton candy, lepastu mummy budak tu datang cari anak dia. Ingat?” panjang lebar penceritaan dari Sharifah Julia cuba mengingatkan detik itu.
Ann Layli yang awalnya kelam, semakin lama mula memaparkan senyuman di wajahnya. Dia mengangguk akhirnya. Ya, dia sudah ingat insiden kecil di pasaraya dulu. Sangat comel budak yang diselamatkannya itu dengan menghadiahkan cotton candy unicorn kepadanya.
“ Oh, yang itu...ya, baru saya ingat..Saya Ann Layli. Ini mak dan ayah saya.”
Ann Layli menghulurkan tangannya ke arah Sharifah Julia bersalaman dan memperkenalkan kedua orang tuanya yang berada di sampingnya.
“ Akak anak saudara Tan Sri Zahid. So, kita bersaudaralah. Sepupu!” teriak Sharifah Julia sedikit teruja.
Ann Layli ikut tersenyum melihat wajah ceria Sharifah Julia.
“ Jadi, Ann lah anak babah yang hilang tu? Ya Allah, tak sangka kita dah kenal rupanya.” ujar Sharifah Julia lagi.
“ Ya, mak dan ayah yang menjaga saya. Saya pun baru tahu tentang Tan Sri Zahid malam ini. Semuanya rasa macam mimpi. Betul lah orang kata, dunia ni kecil saja. Pusing-pusing bersaudara rupanya. Kita dah pernah berjumpa sebelum ini tapi tak saling mengenali.” balas Ann Layli. Dia tersenyum manis kepada wanita di hadapannya itu lagi. Menilik serba sedikit wajah wanita itu. Mereka ada persamaannya. Dari segi bentuk wajah yang mempunyai ras kacukan Arab.
“ Tak apalah semuanya dah berakhir. Awak dah dapat bertemu dengan babah. Babah pun sangat merindukan anak dia. Welcome to our family. Big family...” ucap Sharifah Julia. Dia memeluk Ann Layli erat. Gembira, bahagia, sebak semuanya menyatu dalam pelukan itu.
“ Alhamdulillah.” balas Ann Layli bersama anggukan kecil.
“ Jom saya kenalkan dengan bonda. Kakak babah, emak saudara saya merangkap emak mertua dan emak tiri saya.” Ajak Sharifah Julia setelah melepaskan pelukan mereka. Tangan Ann Layli diraih mengajak wanita itu bertemu dengan Ruhana.
“ Bonda? Banyaknya status bonda?" soal Ann Layli kebingungan. Berkerut dahinya cuba mencerna.
“ Ya, paling banyak dalam keluarga saya. Sebab dia ibu kandung kepada suami saya merangkap ibu tiri saya juga merangkap ibu kandung kepada adik tiri saya. Bonda sebelum kahwin dengan ayah saya sudah punya seorang anak iaitu suami saya sekarang ini. Dan ayah pun sudah punyai saya sebelum berkahwin dengan bonda. Beberapa tahun selepas itu, bonda lahirkan pula adik kami iaitu Benz Fahri.” terang Sharifah Julia terperinci menjawab kecelaruan Ann Layli.
Wajah Ann Layli yang tadinya kelam mula mengangguk faham.
“ Makcik pakcik izinkan saya bawa Ann jumpa bonda sekejap ya,” Sharifah Julia meminta keizinan pada Hasnah dan Zahid yang dari tadi menjadi pemerhati bualan antaranya dengan Ann Layli.
Ann Layli menoleh ke arah Hasnah dengan pandangan bertanya ‘ Bolehkah?’
Hasnah membalas dengan anggukan kecil bersama kerdipan mata tanda mengizinkan.
“ Pergilah.” ujar wanita itu.
Sharifah Julia bangun dan memimpin Ann Layli ke arah Ruhana. Mereka menanti Ruhana selepas usai dengan bacaan Yassin-nya.
“ Bonda..” panggil Sharifah Julia sebaik Ruhana menamatkan bacaan Yassin. Sementara menanti Ruhana menyimpan buku yassin, Sharifah Julia menarik lengan Ann Layli mendekat.
“ Ya, Lia, ada apa?” soal Ruhana saat mengangkat wajahnya.
“ Lia nak kenalkan bonda dengan seseorang..” Tubuh Ann Layli ditarik ke sisi dan tak sampai setengah meter dihadapan Ruhana. “ Inilah anak babah..Ann, kenalkan ini bonda saya.” ujar Sharifah Julia.
Segera Ann Layli bersalaman dengan Ruhana setelah Sharifah Julia memperkenalkannya.
“ Ann Layli.” ucap Ann Layli lembut dan tertib sekali.
“ Puteri!”
Saat mata tuanya melihat wajah yang iras Sharifah Aini Latifah, perasaan sebak mula bertandang. Diamati lagi wajah itu..yang dilihatnya tetap sama malah alis mata gadis itu memperlihatkan bayangan Zahid membuatkan Ruhana pasti itulah permata hati adiknya yang selama ini dicari. Ruhana menyeru gadis itu dengan suara yang sangat hiba dan sayu.
Tanpa Ann Layli bersedia, Ruhana menarik Ann Layli ke dalam pelukannya. Wanita separuh baya itu, akhirnya menangis kegembiraan. Wajah Ann Layli dicium bertalu; kiri dan kanan melepaskan kerinduan terhadap anak saudaranya. Dia juga seperti Zahid, tidak pernah menatap anak itu semenjak kelahirannya sehinggalah diberitakan tentang kematian Sharifah Aini Latifah selepas beberapa hari melahirkan bayi perempuan.
Hampir separuh dekad, Zahid dan keluarga mereka menangisi dua kehilangan. Kehilangan isteri tercinta juga permata yang dinantikannya sehinggakan Zahid tenggelam punca dan hampir menemui kegagalan dalam kehidupannya. Namun, pertemuannya dengan Amirah tanpa sengaja berjaya membuahkan bibit-bibit cinta malah berjaya mengubah pendirian adiknya sehingga berjaya sampai ke saat ini. Sungguh dia bersyukur.
“ Alhamdulillah, akhirnya kita ditemukan juga. Ya Allah, syukur ya Allah kau berikan kami kesempatan ini.” Terketar bibirnya mengucap syukur saat itu.
“ Auntie...”
“ Bukan auntie sayang, bonda.. panggil bonda aje. Puteri pun anak bonda juga macam yang lain-lain.” suruh Ruhana. Wajahnya jelas terpeta riak keibuan yang sangat penuh dengan kasih sayang.
Gayanya yang penuh kelembutan dan sangat bersifat keibuan itu membuatkan Ann Layli berasa senang dan selesa dengannya.
“ Bonda sihat?”
“ Alhamdulillah sihat.. Puteri?”
“ Sihat. Boleh Ann tahu kenapa semua panggil Ann, Puteri?” soalnya ingin tahu. Tan Sri Zahid tadipun menggelarkan dirinya Puteri. Kini, Ruhana juga turut memanggilnya dengan gelaran itu. Apakah dia memangnya anak keturunan raja?
Ruhana tidak terus menjawab, dia tersenyum memandang Ann Layli lalu mengelus lembut bahu wanita itu.
“ Nama Puteri lah tu. Kalau tak silap bonda, babah kamu yang letak nama Puteri di awalan nama kamu. Puteri- Ann-Layli.” terang Ruhana.
“ Oh ye? Saya tak tahu pulak nama hadapan saya ada nama puteri!” beritahu Ann Layli terkejut.
“ Tak apalah nama siapa pun..yang penting kita semua dah bertemu kembali. Mungkin, kalau Puteri mahukan lebih kepastian, babah kamu akan ceritakan nanti.” ulas Ruhana.
Sharifah Julia dan Ann Layli mengangguk setuju.
“ Boleh Ann tahu, babah sakit apa bonda?” soal Ann Layli ingin tahu. Masih tidak hilang rasa terkejutnya saat melihat Tan Sri Zahid yang tiba-tiba mengalami kesukaran untuk bernafas.
Ruhana mengeluh sebelum tangan Ann Layli diraih dan digenggam erat. Wajah cantik itu dipandang lama sebelum memberikan penjelasan.
“ Sebelum ni babah Puteri tak ada penyakit pun, cuma semenjak dua menjak pencarian dia mengenai Puteri menemui jalan buntu..dia selalu mengalami mimpi buruk tentang anaknya. Lama kelamaan babah kamu mulai stress. Satu hari, ada seorang P.I yang dia upah berjaya menjejak keberadaan anaknya..tapi belum sempat mereka pergi berjumpa dengan keluarga angkat Puteri dia diserang sakit jantung. Start dari situ, dia mengalami masalah kesihatan. Fikirannya sering terganggu. Dia tak boleh stress atau terkejut. Kalau tak, jadi macam tadi tulah.” jelas Ruhana. Wajahnya sedikit sayu apabila terkenangkan adiknya Zahid yang telah banyak menempuhi ujian hidup.
“ Allahuakbar.” tapak tangan kanan Ann Layli naik menutup mulut yang separuh terbuka. Terkejut dia mendengar cerita dari Ruhana.
Dadanya bergetar hebat. Hampir saja, air matanya menitis. Begitu sekali ujian yang terpaksa bapa kandungnya terima demi mencari dan menjejak anak kandungnya. Ann Layli merasakan sangat tak wajar jika dia menolak dan menidakkan kehadiran seorang bapa yang bersusah payah mahu menemukannya. Ya Allah, kau panjangkanlah umur babah. Kau kurniakanlah kesihatan yang berlipat ganda buat babah. Kau permudahkanlah urusan kesihatan babah. Bisik hati kecil Ann Layli.
Ann Layli masih di situ bersama Ruhana dan Sharifah Julia bercerita tentang beberapa perkara lama dan baru. Baik hal dirinya mahupun hal keluarga ibu bapa kandungnya. Ruhana juga tidak kurangnya dalam menceritakan setiap kisah bermula dari perhubungan kedua ibu bapanya yang mendapat tentangan dari keluarga ibunya; iaitu keturunan Syed dan Sharifah sehinggalah kepada terjadinya perpisahan antaranya dengan Tan Sri Zahid selama hampir dua puluh lima tahun ni.
Dalam rancak berbual, Amirah tiba ke ruangan solat itu dengan menjemput semua tetamunya yang ada di situ untuk menikmati hidangan yang telah tersedia di luar. Menjadi tuan rumah yang sangat zalim kiranya dia melambatkan dan menahan rasa lapar para tetamunya. Wajib dia mendahulukan para tetamu yang dijemputnya kerana para tetamu itu adalah tetamu yang dikirimkan Allah supaya membawa pulang kesemua dosa penghuni Teratak Kaseh. Dia tidak mahu dosa-dosa mereka di Teratak Kaseh terkumpul tanpa dapat disucikan dengan memberi makan kepada para tetamunya.
Amirah terpaksa meneruskan acara makan malam itu walaupun sepatutnya suaminya Tan Sri Zahid membuat beberapa pengumuman penting tentang pertemuan semula dengan anak perempuannya terlebih dahulu. Memandangkan telah berlaku suatu hal yang tak diingini, Amirah terpaksa juga meneruskan majlis tersebut sehingga selesai. Dia berharap para jemputannya dapat memaafkan kesilapan yang tak terjangka dari pihak mereka sekeluarga.
“ Kakak, jemputlah makan. Semua dah menikmati hidangan dekat luar. Jangan biar perut tu kosong lama-lama, nanti kakak pula yang sakit.” celah Amirah sekalian menasihati. Risau Ruhana; kakak iparnya pula jatuh sakit.
Ruhana yang sedang diapit kiri dan kanan Sharifah Julia dan Ann Layli turut memanggung wajah sebaik wanita anggun itu menegur mereka.
“ Tak apa lah Irah, kejap lagi kakak makan. Lagipun seronok berbual dengan anak-anak menantu sampai lupa pulak rasa lapar.” ujar Ruhana. Pandangannya silih berganti pada Ann Layli dan Sharifah Julia di kiri kanan tubuh. Melemparkan senyuman manis.
“ Makan dulu kakak, berbual tu kejap lagi boleh. Perut masuk angin nanti susah. Kesian dengan Tiar dan Ben. Ben tu pun dua kali lima je tadi bila Tiar suruh dia makan dulu. Dari tengah hari sibuk di pejabat, membawa ke malam pula, sekarang masih kelam kabut uruskan abang Zahid sampai tak ingat nak isi perut. Kalau semua dalam rumah ni sakit macam manalah agaknya keadaan nanti.” pujuk Amirah. Bahu kakak iparnya, di paut lembut.
“ Yelah, kejap lagi kakak mintakan Lia bawakan makan untuk kakak. Irah dah makan ke?” soal Ruhana. “Irah pun kena jaga kesihatan juga. Sudahlah Zahid tengah sakit, kalau Irah sakit sama anak-anak lain pun susah.” pesannya lagi.
“ Irah baru lepas makan tadi. Kakak jangan risau.” ucap Amirah. “ Lepas ni Lia dan err ..” balas Amirah sambil pandang Sharifah Julia dan gadis di sebelah anak saudaranya itu. Mahu memanggil nama gadis itu tetapi dia terlupa namanya.
“ Ini Puteri Irah..anak Zahid.” beritahu Ruhana apabila perasan pandangan Amirah terhadap Ann Layli.
“ Haa..Lia nanti ajak Puteri ambilkan makanan untuk bonda ya. Kamu berdua pun jangan lupa makan sekali.” pesan Amirah kepada Sharifah Julia. Sharifah Julia dan Ann Layli mengangguk mendengar pesanan Amirah agar mengambil makanan di luar buat Ruhana.
Setelah itu, pandangannya dialih semula pada Ruhana..“ Itulah Irah ingat budak ni. Irah dah kenal dia kak. Tak sangka Irah dia anak abang Zahid yang dicari tu.” ulas Amirah dengan senyuman.
Perkenalan dan pertemuan singkatnya di Feeds.Kitchen dengan Ann Layli diceritakan serba sedikit kepada Ruhana. Ruhana tersenyum senang mendengar cerita adik iparnya itu.
Sejurus itu, Amirah bergerak pula ke arah Zahid dan Hasnah untuk menjemput tetamu istimewanya itu menikmati dahulu juadah makan malam sempena majlis yang tidak dapat berlangsung itu sebelum kembali menyertai Ruhana dan anak-anaknya.
“ Mari Puteri dekat mama.”
Ann Layli pandang Ruhana dan Sharifah Julia berbelah bahagi. Masih tenggelam punca tentang Amirah yang membahasakan dirinya mama itu.
“ Puteri, ini isteri babah kamu. Mama Amirah kahwin dengan babah selepas tiga tahun babah kematian ibu Puteri..dan kehilangan Puteri sendiri.” terang Ruhana.
Ann Layli tarik nafas sedikit lega. Satu persatu wajah yang dia kenali sebelum cerita malam ini diuarkan rupanya orang-orang penting dalam kehidupan babahnya. Kini, bertambah terkejut lagi dengan kenyataan yang terbentang di depan. Tak sangka Puan Sri Amirah yang datang ke Feeds.Kitchen kelmarin adalah isteri babahnya.
“ Puteri..mari dekat mama sayang. Patutlah bila berjumpa hari itu, mama dah dapat rasakan sesuatu.” panggil Amirah. Perasaannya sudah jatuh kasih saat pertama kali pandang gadis itu.
Ann Layli datang dan mendekat. Tangan Amirah dicapai dan dikucup penuh hormat. Sekejapan saja, Ann Layli berada dalam dakapan hangat Amirah. Mereka berpelukan sehingga wajah Amirah dipenuhi air mata kebahagiaan dan kegembiraan. Setelah bertahun hidup di samping Zahid, menyaksikan suka duka jatuh bangun seorang suami, hari ini dia bersetuju dengan takdir mengapa suaminya terlalu sangat mahu mencari anak perempuannya ini. Pertama kali melihat pun, dia sudah jatuh kasih apatah lagi suaminya yang sememangnya mempunyai pertalian darah dengan anak gadis itu.
“ Sungguh mama tak sangka Puteri anak babah. Allah..patutlah masa jumpa hari tu, mama dapat rasakan sesuatu. Rupanya Allah nak hantar bidadari cantik ni untuk mama dan babah. Alhamdulillah..syukur ya Allah.” ucap Amirah. Bahu Ann Layli dipautnya berkali-kali. Ciuman gembiranya juga berlabuh berkali-kali di pipi Ann Layli membuatkan gadis itu tersipu malu sehingga tidak tahu, mahu beriak seperti apa. Segalanya pantas berlaku dan diluar jangkaan. Hanya satu malam, kehidupan gadis itu bertukar.
Nun, di balik tirai ada seseorang memerhati bonding antara seorang ibu dan anaknya membuatkan sengihan dibibir itu makin melengkung manis.
*******
“ Macam mana Di?” keruh wajah itu bersoal. Kedua tangan yang tadinya berada di dalam kocek seluar kini di bawa rapat ke dada. Berpeluk tubuh sambil memerhati Doktor Junaidi menyudahkan rawatan ke atas Tan Sri Zahid.
Tatapan matanya geruh berselang dengan belakang tubuh lelaki berkaca mata yang sedang menjadi perawat kepada jasad yang berbaring lemah di atas katil di depan itu.
Menarik keluar stetoskop dari celahan leher, Doktor Junaidi menyimpan alat itu ke dalam bekasnya semula. Kemudian, pad BP yang masih terlilit elok di pangkal lengan Tan Sri Zahid pula di buka dan digulung kemas sebelum menyimpannya ke dalam beg khas, setelah mengamati bacaan tekanan darah lelaki itu kembali pada tahap normal.
Mengangkat tubuh dan berdiri, Doktor Junaidi menghadap Benz Fahri tenang. Bahu sahabatnya disentuh.
“ Calm down dude. Pernafasan Tan Sri dah okay dan stabil. But, please make sure jangan selalu biarkan dia mengalami kejutan atau stress yang melampau. For now, aku akan bagi ubat tidur untuk bagi Tan Sri rest yang secukupnya.” pesan Doktor Junaidi tegas. Beg bimbit yang berisi beberapa peralatan rawatan yang telah disimpan itu dijinjit ke tangan kanannya.
Nafas Benz Fahri yang tadinya tersekat sekat kini sudah teratur elok saat mendengar ucapan Doktor Junaidi. Lega. Terasa beban yang berat di atas pundaknya kala itu mula berkurangan walaupun tidak sepenuhnya.
Kedua mereka beriringan turun ke ruangan bawah setelah Doktor Junaidi usai dengan tugasnya. Benz Fahri berhajat mahu menjemput rakannya merangkap doktor peribadi keluarga Tan Sri Zahid itu untuk menjamu selera terlebih dahulu sebelum pulang.
“ Alhamdulillah. Syukur. Thanks banyak-banyak Di. Risau aku tadi tengok babah tak cukup nafas.” beritahu Benz Fahri. Mengenang beberapa jam sebelum ini, buatkan nafasnya turut terasa sesak dan hampir putus. Kalau dia tiada ketika waktu kejadian, tidak tahulah apa yang bakal jadi. Mengenang saja pun sudah cukup buat jiwa dia rasa nak melayang. Allah Maha Besar. Nasib ada Ann Layli juga yang turut membantu babahnya tadi.
“ Alhamdulillah. Tak ada apalah Ben, aku tolong mana yang mampu je. Lagipun dah tugas aku sebagai doktor. Ni aku bekalkan ubat, jangan lupa bagi Tan Sri makan. Jangan biarkan dia fikir perkara-perkara yang negatif atau apa saja yang boleh buatkan dia tertekan. It's for his own good.” pesan Doktor Junaidi lagi.
“ Insha Allah..baik..baik.” angguk Benz Fahri faham.
“ Kalau kau tak keberatan boleh aku tahu kenapa Tan Sri blh jadi macam ni?” soal Doktor Junaidi.
“ For short story, Babah baru jumpa dengan anak kandung dia yang terpisah lama. Malam ni sebenarnya majlis kesyukuran untuk sambut kepulangan anak dia..first time jumpa dari sebelum lahir. Arwah isteri dia meninggal sehari lepas lahirkan baby tu tapi dia tak sempat jumpa pun sebab ada orang larikan dan sorokkan anak dia atas sebab-sebab tertentu..then, babah upah PI untuk cari anak dia. So, tonight they meet together for the first time and the rest is story..”
“Oh.. no wonder la.” angguk Doktor Junaidi mula memahami jalan cerita. “Dia terkejut aje tu.. So far everything are okay now..jangan risau.” sambung Doktor Junaidi sambil tepuk bahu Benz Fahri lembut memberi keyakinan.
Benz Fahri tersenyum nipis. Wajahnya yang sedikit berjambang nipis diraup menghilangkan resah yang masih membalut perasaan.
“ Anak dia lelaki atau perempuan?" soal Doktor Junaidi kembali. Dia kelihatan berminat dengan cerita yang baru disampaikan rakannya itu.
“ Perempuan.” balas Benz Fahri datar.
“ Cantik tak?”
Benz Fahri berpaling dan merenung Doktor Junaidi lalu menjulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah. Tahu sangat dengan perangai lelaki kasanova ni, pantang dengar nama perempuan laju saja dia nak masuk line. Tak sedar diri dah jadi suami orang. Benz Fahri geleng kepalanya. Perangai tak pernah nak berubah!
“ Sama macam perempuan lain jugak.. ada mata, hidung, mulut, kaki tangan." jawab Benz Fahri acuh tak acuh. Malas mahu melayan.
“ Subjektif sangat tu. Common la..”
“ Dah tu, kau nak aku describe macam mana? Perempuan means perempuan la..Takkan nak describe macam lelaki pulak!” dengus Benz Fahri geram. Rimas pun ada.
“ Hey, aku nampak ada orang jeles!” usik Doktor Junaidi sambil tersengih. “Takkan dengan aku pun kau nak jeles? Chill la.” sambung Doktor Junaidi dengan muka menyakatnya. Dia terkekeh melihat wajah cemberut Benz Fahri.
“ Oh, please! Waste my time nak jeles dengan kau. Tak ada makna pun. Kau tu ingat sikit Di..ada Janna dekat rumah tengah tunggu kau tu..” ujar Benz Fahri mengingatkan.
Junaidi gelak besar. Dia tepuk bahu Benz kuat-kuat. Cis!
”..aku ada lagi tiga kouta la dude..”
“ Tiga kouta ke empat ke..kalau sorang tu pun pening kau nak layan simpan jela angan-angan tu.” cemuh Benz Fahri. Bukan dia tak tahu sikap isteri doktor kacak di sebelahnya itu. Cemburu teruk.
Cemburunya boleh mengakibatkan rajuknya menjadi panjang. Pantang nampak suaminya berbual mesra dengan perempuan mulalah angin cemburu dia datang. Walhal, kecil saja masalahnya. Bila tersepit begitu, Doktor Junaidi datang menyusahkan dirinya pula. Minta tolong dia jadi agen pembaik pulih hubungan antara pasangan suami isteri itu. Haish..
“ Eh, Di.. dah alang-alang ni jemput makan dulu sebelum balik.”
“ Boleh jugak. Aku pun memang lapar ni. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari.” balas Doktor Junaidi tersengih. Perutnya yang leper dilapisi kemeja maroon itu diusap perlahan.
“ Haa..jom..jom.. Aku teman kau makan. Aku pun lapar ni..tak sempat makan apa pun dari tadi.” Benz Fahri mengajak. Bahu Doktor Junaidi dipaut mesra.
Sedang mereka menuruni tangga, telefon Doktor Junaidi berbunyi..“ I'll take my call first.” Dia meminta izin rakannya sebaik menarik alat telekomunikasi itu dari celahan poket seluarnya dan melirik sekilas ke arah papan pemuka telefon. Huh, panjang umur!
Dan Benz Fahri mempersilakan dengan gesture tangan pada lelaki itu.
“ Hello baby..ya..ya..kejap lagi I balik. Dah selesai dah. On the way. Ye.. kejap lagi I belikan. Okay, bye.” perlahan saja nadanya namun masih dapat Benz Fahri mendengar. Doktor Junaidi lantas mengembalikan telefon pintar itu ke dalam poket seluarnya semula.
Benz Fahri sudah kulum senyum. Rasa masin sangat mulutnya menyebut nama Janna tadi membuatkan wajah Doktor Junaidi yang tadinya manis bertukar kelat sebaik menerima panggilan dari isterinya itu.
“ Kan aku dah cakap! Belum apa-apa Janna dah call. Panjang betul umur dia..hmm simpan jela angan-angan kau tu.” sengih Benz Fahri dengan riak mengejeknya lagi.
Doktor Junaidi garu kepalanya yang tidak gatal. Di saat itu, dia terpaksa bersetuju dengan pendapat Benz Fahri. Jangan nak berangan kahwin lebih dari dua kalau si Janna seorang pun dia pening kepala nak handle! Bukan takat kahwin dua, nak berangan ada kekasih pun jangan mimpilah. Memang cari nahas jawabnya.
“ Eh, Ben aku tak jadi nak makan ni..Janna call minta belikan dia something nak makan tu. Aku kena gerak dulu. Kang lambat naya je merajuk. Satu hal pulak nak memujuk. Kau tahu-tahu jela kalau Janna tu merajuk. Aii seram aku..” ujar Doktor Junaidi.
“ Laa..tak jadi makan ke? Sekejap je..Lepas makan baru chow!” Benz Fahri masih tak putus asa mengajak Doktor Junaidi mengisi perut dulu sebelum pulang.
“ Tak ada rezeki aku nampaknya malam ni. Next time jela. Aku kena gerak dah ni. Jumpa nanti.”
“ Okay. Dah pergi balik cepat sebelum dia kunci kau kat luar. Naya jugak karang..” ujar Benz Fahri dengan nada mengusiknya lagi.
“ Yelah..aku nak balik la ni.. Pasal Tan Sri tu, kalau ada apa-apa let me know hmm..” balas Doktor Junaidi.
“ Yes sure. Thanks banyak-banyak Di.” ucap Benz Fahri menghargai jasa baik lelaki itu. Dia kemudiannya, bersalaman dengan Doktor Junaidi di akhir perbualan mereka dan disambut lelaki itu dengan senyum senang.
Benz Fahri menghantar Doktor Junaidi ke arah kereta lelaki itu dan menunggunya sehingga BMW hitam itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan villa Teratak Kaseh.
******
“ Apasal sunyi je rumah?” soal Zen Huzaini sebaik masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Matanya berkeliling melihat suasana rumah yang sedikit malap dan suram itu.
Isterinya yang sedang duduk bersantai sambil menonton rancangan kegemarannya di atas sofa tiga itu dihampiri. Menghulurkan tangannya agar disambut Hani Wardah. Isterinya dengan cepat menyambut lalu mencium tangannya.
“ Dah malam memang sunyi la abang. Abang baru balik? Nak makan tak Hani hidangkan..” soal Hani Wardah. Sudah separuh badan dia berdiri dari sofa mahu ke dapur menyiapkan hidangan makan malam untuk Zen Huzaini yang baru pulang dari operasinya.
Zen Huzaini melabuhkan duduk di sebelah Hani Wardah lantas menahan lengan isterinya dari terus berlalu.
“ Abang dah makan kat luar tadi. Hanif belanja. Sayang dah makan?”
Hani Wardah mengalihkan pandangan ke arah suaminya lalu tersenyum. Dia kemudian kembali duduk ke sofa bersebelahan suaminya.
“ Oh, okay. Dah makan tadi. Tapi lapar balik..baru nak ajak abang late supper.” sengih Hani Wardah. Bahu Zen Huzaini dipicit lembut.
Zen Huzaini membawa belakang tubuh bersandar di kepala sofa apabila merasakan picitan isterinya itu. Matanya dipejamkan seketika. Menjemput rehat. Hampir dua puluh empat jam membuat operasi khas membuatkan badannya terasa letih dan lesu yang bukan sedikit.
“ Sorry sayang. Abang dah kenyang. Sayang ajak la Ann temankan sayang makan.” ulas Zen Huzaini bersama katupan mata yang mula memberat.
“ Nak ajak Ann apanya..dia tak ada.” tangan Hani Wardah masih lagi memainkan peranan di bahu sasa suaminya itu. Malah picitan itu lebih diperkuatkan apabila Zen Huzaini menyuruhnya sehingga terpejam-pejam mata Zen Huzaini menikmati urutan itu. Dan dengan itu, sungguh-sungguh Hani Wardah memicit lengan dan bahu suaminya berulang-ulang memberi kenyamanan pada suaminya.
Terus mata Zen Huzaini tercelik. Segera kepalanya menoleh, menatap mata sang isteri. Apa dia tak salah dengarkah?
“ Tak ada? Pergi mana? Dia ada bagitahu sayang ke nak ke mana-mana ke?” soal Zen Huzaini bertalu dan kalut. Risau mengenangkan jika terjadi apa-apa kepada wanita yang menjadi perlindungannya itu.
“ Tak pasti pulak Hani. Tapi katanya dia nak pergi majlis kesyukuran sekali nak jumpa mak dan ayah dia dekat situ. Ada nota dia tinggalkan atas meja TV ni tadi.” terang Hani Wardah dengan jelas. Dia pun baru saja baca nota berpelekat yang ditinggalkan berhampiran kabinet televisyen itu.
“ Kat mana majlis tu?” soal Zen Huzaini masih tidak puas hati.
“ Tak ada pulak dia bagitahu.”
“ Ni dah pukul berapa takkan tak balik lagi. Dia ada cakap nak balik pukul berapa?” soal Zen Huzaini kerisauan.
Hani Wardah menggeleng. Memang dia tidak tahu apa-apa melainkan pemberitahuan dari nota kecil yang ditinggalkan wanita itu sebelum dia keluar rumah siang tadi.
Zen Huzaini mendengus sebal. Wajahnya diraup menghilangkan resah yang mula bertandang. Zen Huzaini bangun dari duduk. Dia berjalan mundar mandir dihadapan Hani Wardah. Edifice ditangan kiri dikerling. Sudah jam sebelas tiga puluh tujuh minit malam. Ah, galau dihatinya makin menjadi. Fikirannya mula berfikir yang tidak-tidak. Risau keselamatan Ann Layli yang keseorangan di luar itu.
Beberapa minit begitu, Zen Huzaini kembali duduk ke sofa semula. Kedua tangan disangga pada lutut dan di bawa ke dagu. Kepalanya ditekur memaku ke lantai cuba memikir cara untuk mencari tahu keberadaan wanita itu.
Dia sekali lagi meminta Hani Wardah memicit bahunya yang terasa pejal itu. Tanpa banyak soal, Hani Wardah menurut. Namun, akibat tersalah sentuh Zen Huzaini mendengus kasar membuatkan Hani Wardah sedikit tersentak. Dengusan yang agak kasar dan keras itu menjadikan Hani Wardah pegun di tempat duduknya. Semerta tangan yang sedang memicit bahu Zen Huzaini itu terhenti. Kecut perut sebenarnya melihat riak bengang dan sakit yang terpeta di wajah itu.
“ Abang janganlah risau. Mungkin Ann stay dengan mak dan ayah dia tu.” ucap Hani Wardah takut-takut.
“ Hurm..” Jeda Zen Huzaini. “ Ada nombor Ann? Bak sini abang call dia tanya ada dekat mana?” pinta Zen Huzaini. Tapak tangan kanannya terhulur ke arah isteri.
“ Tak apalah bang, esok Hani call atau mesej dia tanya. Dah lewat sangat ni. Abang masuklah bilik dulu rehat. Abang baru aje balik kan.” ujar Hani Wardah memberi cadangan. Wajah Zen Huzaini yang nampak keletihan itu membuatkan dia jatuh kasihan. Rasanya, tidak perlu kut mereka suami isteri risau yang berlebihan pada wanita itu kerana dia sudah memberitahu awal-awal lagi bahawa dia menghadiri sebuah majlis. Mungkin Ann Layli punya alasan yang kukuh mengapa dia belum pulang lagi.
Zen Huzaini menoleh ke arah Hani Wardah. Pandangannya yang redup mula bertukar tajam. Urat di lehernya kelihatan menegang. Pantang sekali dia apabila meminta sesuatu tetapi tidak dituruti. Mulalah datang barannya.
“ Hani tak dengar ke apa yang abang mintak? Susah sangat ke nak dengar cakap abang ni! Tak payah nak tunggu esok. Kalau ada sesuatu yang buruk terjadi siapa nak jawab?!” begemertap bibirnya menahan geram. Sekali lagi dengusan kasar terbit dari bibirnya.
Terpanar Hani Wardah melihat riak suaminya itu. Risau amarah suaminya bertambah langsung dia bangun dan mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja kopi disebelah sofa yang di duduki mereka itu. “ Sekejap Hani ambilkan.”
Mencari nama Ann Layli dalam senarai panggilan telefon pintarnya itu. Setelah menjumpai dia memberikan kepada Zen Huzaini.
Tanpa menunggu sesaat pun, pantas Zen Huzaini membuat panggilan telefon kepada Ann Layli namun panggilannya tidak dapat dihubungkan. Bertambah bengang dan risau Zen Huzaini saat itu.
“ Shit!” carutnya. Telefon pintarnya dicampak kasar ke atas sofa. Bengang dan geram bersatu membuatkan hatinya makin panas.
Dia kemudian bangun dari duduk langsung berjalan laju menuju ke bilik meninggalkan Hani Wardah dalam keadaan terpinga-pinga. Hani Wardah tidak mampu berkata apa-apa hatta sepicing ayat pun. Terkedu terus. Hanya pandangan kosongnya menghantar langkah kaki suaminya yang melaju itu. Tergeleng kepala Hani Wardah dengan sikap suaminya. Dia mengeluh berat. Nampaknya, impak kehilangan seorang Ann Layli terhadap suaminya itu benar-benar mempengaruhi emosi Zen Huzaini ketika itu.
*******
Ben jeles dengan Doktor Junaidi ke tuu?? haha.. Dahtu, abang inspektor pun tiba-tiba naik hantu pasal Ann tak balik rumah..apa kes!! Tq yg tggu WL update FFM ni..sorry bz skit mggu ni..thanks support tau korang..muahhh korang semua.. love,, WL (๑˙❥˙๑)
Share this novel