Bab 44

Romance Series 77048

“ Ma, Puteri macam mana?” kalut Benz Fahri bersoal sebaik saja dijemput masuk ke dalam rumah.

Amirah tersenyum lucu melihat keletah Benz Fahri yang muncul di rumahnya malam itu dengan riak kegusaran. Walaupun sudah agak lewat, dia tetap menjemput anak itu masuk. Hatinya sangat pasti tentang tujuan utama anak itu ke rumahnya walaupun tidak diberitahu secara terang-terangan. Tak lain kalau bukan kerana risau tentang kesihatan bakal isterinya itu.

“ Puteri okay. Baru makan ubat sekejap tadi lepas tu dia naik atas dah. Katanya nak berehat. Ben nak jumpa dia ke?” soal Amirah yang memahami riak kerisauan yang jelas terpancar di wajah lesu itu.

Setelah menjemput duduk, Amirah turut melabuhkan duduknya berhadapan anak muda itu.

“ Err..rasa macam tak manis. Lewat sangat dah ni. Ben singgah cuma nak tahu keadaan dia je. Since mama cakap dia okay, Ben rasa lega la sikit.” balasnya. Riak wajah yang menegang kerana risau tadi segera mengendur.

“ Dia okay dah. Cuma masa balik tadi je muka dia pucat lagi sebab masih pening teringat darah yang keluar banyak tu.” cerita Amirah.

Benz Fahri sekadar mengangguk. Dia tersenyum nipis.

“ Kalau macam tu tak apalah. Harap dia cepat sihat. Ben balik dulu lah mama." ujar Benz Fahri. Dia bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Amirah dengan perasaan kelegaan setelah mendengar khabar bakal isterinya itu baik-baik saja.

“ Laa nak balik dah. Baru je sampai kan. Cuba bawa berehat sekejap. Tunggu mama ambilkan air." ujar Amirah. Dia bangun dari duduk dan segera menghilang ke dapur tanpa sempat Benz Fahri menahannya.

Muncul semula bersama segelas air kosong, Amirah menghulurkan kepada Benz Fahri.

“ Ben baru touch down ke ni? Dah makan?” soal Amirah semula. Wajah keletihan anak itu ditatap kasihan.

“ Baru tak baru jugak. Dalam pukul lapan tadi. Ingatkan nak singgah makan dulu tapi sebab luggage delay tadi terpaksalah settlekan urusan luggage tu dulu. Tengok jam dah lewat macam ni Ben memang tak makan dah la. Esok jela makannya.” jelas Benz Fahri. Senyumnya separuh tawar sambil mata pandang Tag Huer di tangan kiri. Hampir sebelas malam. Memang lewat sangat dah ni.

Benz Fahri meneguk air kosong pemberian Amirah tadi sehingga habis. Gelas kaca ditangan diletakkan semula ke atas meja kopi di hadapannya.

“ Dah settle urusan di Dubai?” soal Amirah berbasa-basi. Dia baru mendapat khabar dari Ruhana tentang pemergian anak itu ke negara Timur Tengah tersebut bagi menguruskan urusan pekerjaannya. Kalau tak diberitakan, sampai ke sudah dia tidak tahu kemana anak itu membawa diri.

“ Alhamdulillah. Settle dah semua."

“ Baguslah. Tak adalah orang yang kat atas tu risau je semedang.” ucap Amirah. Mengingatkan riak wajah Ann Layli yang muram semalam yang baru juga mendapat tahu tentang urusan kerja Benz Fahri ke sana, dia jatuh kasihan pada anak gadis itu.

Seharian setelah pulang kerja, terlihat Ann Layli hanya duduk termenung saja. Bila di soal sepatah, sepatah juga di jawabnya. Sudahnya dia terpaksa menghubungi Ruhana semula kerana Ann Layli ada memberitahu dia bertemu dengan bakal mertuanya itu bersama Sharifah Julia yang datang ke tempat kerjanya.

“ Ben bukan tak nak cerita apa-apa pada dia. Ben sibuk sangat ma. Semua hal kalau boleh Ben nak uruskan bagi selesai sebelum bercuti panjang nanti. Bonda pun tak tahu Ben ke sana. Ben minta maaf sebab tak cerita pada mama dan babah.” jelas Benz Fahri. Terasa bersalah kerana membuatkan semua orang tertanya-tanya kehilangan dirinya selama seminggu ini. Lebih bersalah apabila dia mendapat tahu Ann Layli sedang merajuk dengannya kerana dia menolak ajakan wanita itu untuk berbincang sesuatu dengannya sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung esok.

“ Tak apalah, mama faham. Tapi lepas kahwin jangan buat macam ni lagi. Puteri tu akan jadi isteri Ben. Ke mana pun pergi kena beritahu dia. Apa pun masalah kenalah bawa berbincang. Kalau dua-dua ego, rumahtangga takkan aman tenteram. Mama harap Ben dapat selesaikan masalah Ben dengan Ann lepas ni." nasihat Amirah. Dia bukan sengaja mahu menegur tindakan Benz Fahri yang seolah melarikan diri dari Ann Layli. Dia faham situasi mereka. Tentunya Benz Fahri juga punyai jalan penyelesaiannya sendiri tetapi sebagai orang tua yang lebih dulu merasa asam garam dalam perkahwinan dia mahu menasihati pasangan itu. Setidaknya, anak-anak itu mendapat nasihat dan pengajaran yang sepatutnya. Tidaklah nanti rumahtangga yang mahu di bina berada dalam masalah.

“ Insha'Allah ma. Terima kasih. Ben hargai nasihat mama.” ujarnya dengan senyuman nipis.

“ Ma..lewat dah ni. Ben rasa Ben kena gerak dah. Esok ajelah kita jumpa dekat kampung.” ucap Benz Fahri seraya bangun dari duduk dan berdiri.

Amirah angguk. Menyusul Benz Fahri yang telah melangkah menghampiri pintu anak muda itu menghulurkan tangannya bersalaman dengan Amirah.

“ Balik apartment ke balik rumah bonda ni?”

“ Balik rumah bonda."

“ Hati-hati.”

“ Insha'Allah. Ma, nanti tolong kirim salam pada babah ye." pesan Benz Fahri kepada Amirah.

“ Insha'Allah. Puteri?"

Kakinya yang tengah disarung kasut terhenti gerak tangan. Angkat wajah, Benz Fahri pandang muka Amirah dengan kerutan.

“ Puteri?” soalnya hairan.

“ Dengan Puteri tak nak kirim salam rindu? Orang kata, kalau tak dapat jumpa tuan badan pun tak apa, sekurangnya dapatlah berkirim salam. Terubatlah sikit rindu di hati tu." usik Amirah dengan sengihan.

Benz Fahri geleng kepala. Terasa membahang wajahnya apabila diusik Amirah. Malas memanjangkan isu tersebut dia sekadar mendiamkan diri lalu menyudahkan sarungan kasut di kaki.

Amirah turut menggelengkan kepalanya melihat kebisuan anak itu. Pastinya Benz Fahri berasa malu dengan usikannya tadi.

Selepas bersalaman, Benz Fahri bergerak masuk ke dalam Mazda MX-5 Miata hitamya. Amirah sekadar menghantar persona anak muda itu hingga ke hadapan pintu saja. Seiring bergeraknya kereta tersebut menghilang dari pandangan Amirah masuk ke dalam rumah. Nafas kelegaan ditarik. Pening melihat ragam anak-anak itu. Seorang terlebih prihatin. Yang lagi seorang pula kuat merajuk. Dalam hati Amirah memanjatkan kesyukuran agar pernikahan dan perkahwinan kedua anak-anak tersebut berjalan lancar dan dimudahkan segala urusan mereka esok.

Awal petang tadi lagi dia telah
diberitahu Ruhana tentang kepulangan Benz Fahri yang tergesa-gesa selepas mendapat berita kemalangan kecil yang menimpa Ann Layli itu. Sejak itu dia mengagak yang Benz Fahri pasti datang melawat Ann Layli di rumah nanti.

Nah, sangkaannya benar sekali apabila sehingga lewat malam seperti ini pun Benz Fahri masih sanggup singgah untuk mengetahui keadaan semasa Ann Layli.

Tengah hari semalam anaknya itu mendapat kecederaan ringan dan setelah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran Feed's Kitchen, Rafidah selalu majikan yang bertanggungjawab telah menghantar anaknya pulang ke rumah.

Melalui cerita Rafidah yang dikhabarkan oleh doktor yang merawat, Ann Layli baik-baik saja setelah mendapat dua jahitan di atas kulit tangan kirinya itu. Cumanya, kerana panik terlihat darah Ann Layli pengsan tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana anaknya hanya terlibat dengan kemalangan kecil saja. Kalau tidak, sudah pasti dia dan suaminya susah hati tentang anak itu.

********

Akhirnya majlis pernikahan antara Benz Fahri dan Ann Layli berlangsung di rumah Hasnah dan Zahid di kampung.

Hampir terkejut seluruh kejiranan Hasnah dengan berita pernikahan Ann Layli buat kali ke dua ini. Namun, sebagai ibu Hasnah menerimanya dengan hati terbuka walau ada beberapa cerita yang tidak enak dipendengarannya. Baginya, asalkan majlis itu berlangsung dengan lancar dan dipermudahkan setiap urusan sudah mencukupi baginya.

Majlis itu di adakan kerana ingin meraikan hari bahagia anaknya bukannya untuk mengambil peduli fikiran serta buah mulut orang yang sentiasa tidak berpuas hati terhadap keluarga kecilnya itu. Apa yang penting saat itu adalah kebahagiaan keluarga.

Hasnah masuk ke bilik pengantin apabila suaminya Zahid menyuruhnya memanggil pengantin perempuan keluar setelah pihak pengantin lelaki tiba dan tok kadi pun sudah sedia menunggu pasangan mempelai untuk melangsungkan acara pernikahan tersebut.

Daun pintu ditolak perlahan. Belakang tubuh Ann Layli yang sedang duduk di hadapan cermin sambil ditata rias oleh seorang juruandam diperhati. Cantik anaknya saat itu disaluti persalinan pernikahan berwarna putih gading walaupun dari pandangan belakang. Baju kebarung berserta veil dari kain lace berwarna putih juga menjadi padanan yang sangat sesuai dan tentunya elegen tersarung cantik di tubuh anak itu.

Perlahan Hasnah menarik nafas sedalam mungkin lalu menghembusnya perlahan cuba mententeramkan hatinya yang tiba-tiba berasa sayu itu. Entah sebab apa dia sendiri tidak pasti namun dia berharap semua itu akan bertukar menjadi pekara yang baik-baik saja. Walaupun separuh lagi hatinya diselubungi perasaan gembira kerana anak yang dikasihi itu bakal bernikah sekali lagi tetapi hati ibunya tetap tercuit risau memikirkan nasib si anak. Bagaimana jika sekali lagi hidup anak itu dilambung ombak laut? Tegarkah anak itu menghadapinya lagi? Dia yang melihat tidak merasa tetapi tetap terkesan juga. Sedih anaknya sedih jugalah hatinya sebagai ibu. Namun, saat itu hanya kiriman doa yang tulus dan tidak putus harus dititipkan buat anaknya agar bahtera yang dinaiki sekali lagi tidak roboh saat belayar andai dihentam samudera. Harapannya kali ini biarlah bahtera itu kekal berlayar hingga berlabuh di persinggahannya nanti.

“ Manja dah siap?” soal Hasnah seraya kaki melangkah merapati sang anak. Wajah gusarnya segera hilang bergantian dengan senyuman bahagia saat melihat wajah Ann Layli yang sudah cantik tertata dek solekan nipis dan semulajadi. Hasnah tersenyum puas hati. Dicapai tangan anaknya lalu menggenggam erat. Raut wajah itu ditenung penuh kasih.

“ Manja cantik sangat. Mak doakan Manja berbahagia hingga ke syurga.'' tutur Hasnah sedikit sebak.

Ann Layli yang tertunduk itu panggung wajah. Senyumannya turut terukir menatap wajah Hasnah. “ Terima kasih atas doa mak. Manja hargai sangat-sangat. Terima kasih mak untuk segalanya. Jasa mak sangat besar buat Manja. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.''
Hasnah tersenyum getir. Dia mengangguk lalu menyapu perlahan air mata yang meleleh ke pipi.

“ Mak janganlah menangis. Mak doakan Manja ya. Doakan Manja bahagia dalam perkahwinan kali ni. Manja buat semua ni sebab nak tengok mak happy bukannya menangis sedih.” ujarnya. Tangan kanan yang bebas dari kesakitan itu, diangkat ke arah wajah Hasnah. Segera sisa air mata Hasnah dilap dengan jemarinya. Hatinya turut tersentuh mengenang Hasnah yang sangat sayangkannya seperti anak kandung.

“ Mana ada mak sedih. Mak happy sangat sampai air mata ni pun suka sangat nak keluar.” ujar Hasnah. Sempat lagi dia berlucu menutup kegusaran hati. Lantas dia menoleh mencari Dina si juruandam di belakang.

“ Dah siap ke si Ann ni Dina? Kalau dah siap Kak Nah nak bawa keluar. Pengantin dah sampai nun!” soal Hasnah Cuba mengelak dari terus bersedihan dihadapan Ann Layli.

“ Belum Kak Nah. Saya nak touch up sikit bagi glowing lagi.” balas Dina. Segera beg yang berisi perkakasan makeupnya diselongkar.

“ Ni dah cantik ni.. Nak cantik macam mana lagi?” soal Hasnah hairan. Ditilik kiri dan kanan wajah anak itu namun satu cela pun dia tak nampak.

“ Nak bagi glowing Kak Nah oii..muka si budak Ann ni dah macam ayam sakit perut aje saya tengok. Orang lain kahwin berseri-seri. Yang dia macam mati laki!” bebel Kak Dina. Tangannya yang melentik memegang berus make up mula diangkat ke arah wajah Ann Layli. Terlentik-lentik tangan Dina cuba menambah pemerah pipi di kulit mulus itu agar persembahan rona wajah pengantin itu menyerlah dengan lebih cantik lagi.

Ann Layli malas mahu melayan Kak Dina. Matanya menjeling geram dengan ayat pedas wanita itu. Ikutkan hatinya malas mahu beria-ia untuk bermekap di majlis pernikahannya. Dia juga mampu bersolek ala kadar tetapi mengenangkan permintaan beberapa sahabat baiknya yang beria mahukan dirinya di solek, akhirnya dia bersetuju juga.

“ Tah Manja ni pun. Cuba la senyum sikit. Muka kejung je.” tokok Miza sahabatnya.

Ann Layli yang malas mahu berdebat dengan kedua orang wanita itu akhirnya mengalah. Wajahnya semerta dipamer riak senyuman ceria.

“ Ha macam nilah. Tersenyum manis. Cik abang tengok pun tergoda.” Sorak Miza sambil bertepuk tangan. Teruja kerana melihat wajah Ann Layli yang sudah cantik berseri itu.

Hasnah juga tersenyum senang melihat Ann Layli sudah ceria diusik rakan-rakannya.

“ Kalau dah siap Kak Nah bawak Ann keluar sekarang. Pengantin dengan ahli keluarganya yang lain dah sampai. Karang lambat, marah pula tok kadi Zaki tu!” beritahu Hasnah kepada Dina.

“ Dah..dah siap. Okay Kak Nah dah boleh bawak pengantin ni keluar.” balas Dina setelah menyembur rose water ke wajah Ann Layli buat kali terakhir untuk mengekalkan asas solekan wanita itu.

“ Ha yelah. Jom Manja..” ujar Hasnah kepada Ann Layli.

Tidak banyak kata, Ann Layli menurut. Namun belum pun sempat mereka keluar dari bilik, Dina menahannya kerana ingin membetulkan letak duduk selendang dan mahkota di kepala Ann Layli itu yang sedikit senget akibat berpelukan dengan Hasnah tadi. Setelah siap, Ann Layli keluar diiringi Hasnah dan Miza sahabatnya.

Dan sekali lagi Ann Layli ditahan Dina.

“ Apa lagi Dina?” soal Hasnah. Geram apabila langkah mereka ditahan kali ke dua.

“ Ni, lupa nak bagi Ann. Tak berseri tau kalau tak ada bunga ni!” ketus Dina tersengih sambil menghulur bunga tangan kepada Ann Layli.

Bunga tangan dari paduan lima kuntum bunga lili putih yang telah siap digubah diserahkan kepada Ann Layli. Tersenyum wanita itu lalu menyambutnya.

“ Terima kasih Kak Dina.”

“ Sama- Sama. Haa..gitulah senyumnya. Baru cik abang kau tengok tergoda. Ini tidak kalah muncung itik serati Mak Milah bekas mak mentua kau tu.” ujar Dina sambil mengajuk muncung itik tersebut.

Ann Layli hanya mampu tersenyum simpul walaupun saat itu dia mahu ketawa besar apabila melihat mimik lucu yang di buat Dina itu. Sungguh pun yang lain sudah ketawa mengekek malah bergegar seluruh tubuh dia masih mengekalkan riak wajah yang bersahaja. Bimbang apabila dia ketawa seperti mereka, mahkota serta selendang yang telah dipakaikan di atas kepala itu nanti akan senget semula.

“ Has dah siap ke Manja tu? Cepat sikit. Tok kadi dah tunggu lama tu.” ujar Zahid dari balik tirai bilik Ann Layli.

Mereka yang masih tertawa kerana terhibur dengan lawak yang di buat Dina tadi mulai diam apabila melihat Zahid muncul di sebalik tirai itu dan sedang bersoal dengan Hasnah.

“ Dah bang. Dah siap. Nak keluar dah ni.” balas Hasnah. Tubuh Ann Layli segera dipimpin perlahan keluar dari bilik.

Ann Layli berasa debar yang bukan kepalang apabila matanya melihat ramai tetamu yang hadir di ruangan tamu rumahnya itu. Dari jauh dia sudah dapat melihat belakang tubuh bakal pengantin lelaki yang sedang berhadapan dengan tok kadi. Bertambah lagi debaran kuat menghentam dadanya kerana sebentar saja lagi dia bakal menyandang gelaran isteri buat kali kedua. Sungguhpun dengan orang yang berlainan tetapi trauma dan fobia yang masih belum hilang itu membuatkan dia berasa panik. Serasa saat itu skru di kakinya mulai longgar dan hampir tercabut. Namun memikirkan air muka Hasnah dan Zahid serta keluarga besarnya yang lain terpaksa juga Ann Layli kuatkan hati. Tidak mahu perasaan panik menguasai dirinya dengan lebih jelas segera wajahnya ditundukkan ke bawah agar gementar dan paniknya hilang.

Hasnah masih setia memimpin Ann Layli sehingga ke pelaminan mini yang tersedia tidak jauh dari pengantin lelaki dan tok kadi yang sudah sedia menanti di ruangan tamu itu.

Suara riuh rendah kedengaran saat mata mereka menancap kehadiran pengantin perempuan yang menuju ke pelaminan.

Tok kadi Zaki segera memberi sepatah dua kata untuk meredakan keriuhan tersebut.

“ Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pengantin pun dah sampai. Jadi bolehlah saya ingin meneruskan upacara pernikahan ini. Pengantin perempuan dah sedia?” soal Tok kadi Zaki yang memegang mini mikrofon kepada Ann Layli. Suaranya sedikit bergema memenuhi ruangan tamu rumah kampung milik Hasnah dan Zahid lantas membuatkan suara keriuhan tetamu tadi segera senyap.

Ann Layli yang masih berdebar hebat itu hanya mengangguk tanpa mengangkat wajah.

“ Alhamdulillah. Pengantin lelaki dah sedia? Ada apa-apa yang nak diperkatakan ke sebelum saya mulai upacara ni?” soal Tok Kadi Zaki kepada Benz Fahri pula.

“ Tak ada.” balas Benz Fahri singkat.

“ Kalau begitu kita mulai sekarang. Selawat dahulu sebelum sambut tangan saya." pesan Tok Kadi Zaki.

Belum pun sempat Tok Kadi Zaki mengangkat tangannya tiba-tiba Tan Sri Zahid mencelah di antara Tok kadi Zaki dan Zahid.

“ Tok, kalau saya sendiri yang mahu nikahkan anak saya boleh?”

Tok kadi Zaki angkat kepala dan menoleh. Semerta senyumannya mengembang.

“ Tentu saja boleh tuan. Bapa lebih layak dan afdal. Sila.” ujar Tok kadi Zaki. Segera lelaki itu beranjak kedudukan dan memberi laluan kepada Tan Sri Zahid duduk berhadapan dengan pengantin lelaki.

“ Kita mulakan sekarang ya. Mulakan dengan kalamullah dahulu. Bismillahirrahmanirrahim...” ujar Tok kadi Zaki menyuruh Tan Sri Zahid memulakan upacara pernikahan antara anaknya dan Benz Fahri.

Tan Sri Zahid mengangkat tangan lalu di bawa kehadapan sang pengantin. Lafaz menyerah akad kepada pengantin diucapkan lelaki itu dengan tenang.

Benz Fahri menarik nafas dalam dan menghembusnya perlahan setelah beberapa kali mengulang istighfar serta selawat di dalam hati lalu menerima jabat tangan Tan Sri Zahid yang menjadi wali pernikahan itu.

“ Aku terima nikahnya Puteri Ann Layli binti Zahid dengan mas kahwinnya sebentuk cincin emas putih serta dua kilobar tunai.” ucap Benz Fahri dengan sekali lafaz.

Tan Sri Zahid menoleh ke arah Tok Kadi Zaki yang berada di sebelah kanannya untuk bertanyakan tentang pengesahan akad tersebut. Tangan Benz Fahri yang sedikit sejuk itu masih belum dilepaskannya. Setelah mendengarkan pengesahan dari Tok Kadi Zaki dan dua orang saksi pernikahan barulah Tan Sri Zahid melepaskan tangan Benz Fahri yang kini telah bergelar menantunya itu.
Segera mereka menadah tangan memohon kesyukuran.

Ann Layli yang masih tertunduk dipelamin kerana masih berdebar dan sedikit panik itu menangis akhirnya saat suara Benz Fahri usai melafazkan akad tadi. Perlahan perasaan debarnya hilang bergantian rasa sebak. Namun perasaan itu tidak sempat berlebihan kerana tubuhnya dipeluk erat oleh Hasnah.

“ Tahniah Manja. Semoga pernikahan Manja dengan Benz bahagia hingga ke syurga.” ucap Hasnah sambil mencium pipi anaknya itu.

Ann Layli tidak mampu berkata apa kerana masih terkejut dan tidak percaya. Hanya anggukan saja menjawab ucapan emak angkatnya itu.

Setelah Hasnah, Amirah juga turut tidak ketinggalan memeluk anak tirinya itu. Amirah juga mengucapkan ucapan tahniah dan harapannya kepada Ann Layli.

“ Tahniah Puteri. Mama doakan semoga Puteri menjadi seorang isteri yang menyejukkan mata serta menenangkan hati suami dan semoga perkahwinan kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Semoga bahagia hingga ke Jannah.”

“ Terima kasih mama.”

Amirah tersenyum gembira dan bahagia. Walaupun Ann Layli bukanlah anak yang dikandungnya tetapi semenjak mengenali anak itu, hatinya sudah terpaut kasih dan sayang. Kebahagiaan anak itu membawa kegembiraan buat dirinya dan suami.

Suara Hasnah akhirnya mematikan lamunan mereka dan pelukan singkat itu terlerai.

“ Manja, suami Manja dah tunggu untuk upacara pembatalan air sembahyang. Mak dengan mama turun dulu ya.” ujar Hasnah membuatkan Ann Layli yang tadinya sudah tenang kini dihambat perasaan debar dan panik semula.

Hasnah dan Amirah mulai beredar dari mini pelamin yang cantik dihias dengan gabungan bunga lili putih dan pink itu.

Ann Layli pula masih menundukkan wajah sehinggalah tubuh seorang lelaki mulai duduk berkongsi kerusi di sebelahnya. Wangian eksklusif Tobacco Vanille dari Tom Ford mulai memenuhi ruang hirupan udaranya membuatkan tubuh Ann Layli menggeletar tiba-tiba. Malah degup jantungnya berdenyut lebih laju berbanding tadi. Bunga tangan lili putih bertambah kejap dipegangnya agar getar tangannya tidak terlihat dek orang sekeliling juga yang disebelah.

“ Assalamualaikum wifey.” Lembut dan perlahan suara Benz Fahri menegur sang zaujahnya itu namun cukup jelas dipendengaran Ann Layli.

“ Waalaikumsalam.” balas Ann Layli perlahan dan masih menunduk segan. Jantungnya masih tidak berhenti berdegup laju membuatkan dia berpeluh sedikit.

Benz Fahri tersenyum simpul melihat reaksi manis isterinya. Dia menggeleng perlahan kerana jelas kelihatan Ann Layli sangat panik. Benz Fahri kemudiannya mengeluarkan bekas cincin berwarna hijau dari poket baju melayunya. Cincin emas putih yang bertatahkan berlian itu dikeluarkan dan tangan kirinya mencapai tangan kanan sang isteri lalu menyarungkan cincin tersebut.

Automatik, Ann Layli tunduk mencium kedua tangan suaminya itu walaupun dia sebenarnya sangat gugup dan panik yang bukan sedikit. Setelah itu, bekas goldbar berwarna biru diraja yang terisi dua bentuk kilobar bernilai dua kilo juga turut dihulurkan ke arah Ann Layli.

Setelah selesai menyerahkan mas kahwin milik isterinya Benz Fahri dan Ann Layli diminta oleh jurugambar untuk berposing seketika bagi merakamkan detik bersejarah itu. Tidak mampu menolak permintaan tersebut, kedua pasangan pengantin itu akhirnya akur dengan permintaan ramai.

Dalam ketaksediaan Ann Layli juga, akhirnya perasaan panik dan debar itu menghilang dengan sendiri apabila dirinya sibuk diarahkan oleh jurukamera untuk diambil gambar bersama suaminya.

*******

Menjelang Maghrib barulah kedua pasangan pengantin itu berkesempatan masuk ke bilik untuk berehat dan bersolat.

Ann Layli membuka segala perhiasan kepalanya lalu diletakkan ke atas almari solek. Dia mendesah lega kerana kepalanya terasa ringan selepas berjaya mengeluarkan segala aksesori yang berat itu. Kemudian, solekan asas di wajah disisihkan menggunakan tisu muka serta water cleanser.

Usai, dia mencapai tuala mandi serta baju persalinannya lantas menuju ke bilik air namun ditahan oleh Benz Fahri yang baru saja masuk ke bilik dan melabuhkan duduknya ke atas birai katil.

“ Ann..”

Terhenti langkah, Ann Layli menoleh. Raut wajah suaminya dipandang. Mata mereka bertentang buat kali pertama tanpa kehadiran manusia lain membuatkan Ann Layli terasa serba tak kena. Jantungnya kembali bekerja lebih masa. Tidak tahu mahu bereaksi seperti apa, Ann Layli berdiri bak patung cendana saja di tengah bilik itu sehinggalah tubuh suaminya mendekatinya lalu menarik tangannya.

Ann Layli yang panik, menarik tangannya kerana terkejut dengan sentuhan tersebut membuatkan Benz Fahri juga menghentikan perlakuannya.

“ I'm sorry. Can we sit and talk for a while?” ujar Benz Fahri memandang isterinya menantikan jawapan.

Ann Layli tarik nafas dan melepasnya perlahan. Hilang sedikit panik yang menguasai dirinya tadi. Ingatkan Benz Fahri mahu mengapa-apakan dirinya. Rupanya mahu mengajaknya berbincang. Eh, tahu pulak nak berbincang sebelum ni ajak berjumpa nak berbincang macam-macam alasan! Dalam panik sempat juga di layan perasaan geramnya terhadap sang suami.

Benz Fahri mengundur setapak, memberi ruang kepada isterinya lalu menunjukka gesture tangan ke arah katil agar isterinya ke sana dan mereka perlu berbincang seketika memandangkan mereka baru saja mendirikan rumahtangga petang itu. Banyak hal dan perkara yang perlu mereka selesaikan.

“ Bincang apa?” nadanya datar. Masih tidak beranjak, baju persalinannya dipeluk erat di tengah bilik. Cuba menutup debar dada yang masih belum hilang kerana berduaan saja dengan lelaki itu.

Benz Fahri memandang lagi dengan senyuman melihat isterinya. Kegugupan Ann Layli yang sedang berdiri itu membuatkannya hampir melepaskan tawa tetapi ditahan sebaik mungkin dari terlolos di bibir. Bimbang wanita itu bertambah merajuk dengannya pula.

“ Sebelum ni sayang ajak jumpa kan? Surely sayang ada perkara yang nak di beritahu. Me also. Now, it's time.” pujuknya apabila mulai mengerti bahasa tubuh sang isteri yang masih kekal berdiri di tengah bilik itu. Tak dapat menggunakan sentuhan, ayat pujukan pula digunakan. Harap taktiknya menjadi kerana dia tahu isterinya itu mempunyai sisi yang sangat manja melalui cerita Hasnah sebelum ini. Dan dia juga tahu yang Ann Layli sebenarnya sedang merajuk dengannya kerana dia pernah menolak untuk berjumpa dengan tunangannya ketika itu.

Malas mahu berdebat, Ann Layli akhirnya melangkah juga walaupun dia teringin sekali melampiaskan rasa geram dan sakit hatinya pada sang suami ekoran kes sebelum ini. Namun mengenangkan dia kini telah menjadi isteri lelaki itu dan seharusnya memperlihatkan wajah yang manis seperti isteri mithali, dia akur dengan perasaan sendiri. Duduk dijatuhkan ke birai katil. Tidak mahu memandang wajah Benz Fahri, kepalanya ditekur ke bawah memandang lantai saja tanda protes.

Benz Fahri tergeleng kepala. Tidak mengambil hati dengan protes sang isteri dia tersenyum dengan tenang. Dalam hati mengakui yang Ann Layli seorang yang keras kepala juga. Tetapi kerana hatinya kini sudah jatuh sayang pada wanita itu, dibiarkan saja perlakuan itu.

Songkok yang dipakai tadi di buka dan diletakkan di sebelahnya. Membetulkan duduk dengan sedikit rapat di sebelah Ann Layli, tangan karinya menarik baju persalinan di riba wanita itu lalu diletakkan ke tepi. Manakala tapak tangan kanannya diletakkan ke atas ubun-ubun sang isteri dan tangan kiri tadi mencapai tangan kanan isterinya dan digenggam erat. Ann Layli ingin menarik tangannya tetapi pautan tangan sang suami lebih mendominasi membuatkan dia terpaksa akur.

Serentak itu terdengar lafaz doa meniti di bibir suaminya.

BISMILLAAHHIRRAHMANNIRRAHIMM

ALLAHUMMA INNI
AS’ALUKA MIN KHAIRIHA WA KHAIRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI.

WA A’UDZUBIKA MIN SYARRIHA WA SYARRI MA JABALTAHA ‘ALAIHI

Artinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya”.

Ann Layli angkat sedikit wajahnya memandang Benz Fahri yang tersenyum tenang membalas renungan itu. Dia sangat tersentuh mendengar ucapan doa itu dari seorang lelaki bergelar suami. Perlahan, dia mengaminkan doa yang sangat jelas dilafazkan Benz Fahri itu.

“ Amiin.”

“ Ada apa dekat bawah tu sampai langsung tak nak pandang muka saya? That I look horrible to you?” soal Benz Fahri apabila melihat Ann Layli masih menundukkan wajahnya setelah dia selesai membacakan doa nikah tadi.

Dia tidak mahu membacakan doa nikah itu di hadapan khalayak tadi kerana bimbang Ann Layli bertambah tak selesa tambahan acara itu juga tidak sepatutnya dipertontonkan di tengah khalayak. Biarlah hanya dia dan isterinya saja yang tahu.

Ann Layli sekadar menggeleng. Kedua jemarinya yang di dalam genggaman tangan Benz Fahri perlahan ditarik. Bukan apa, dia cuma rasa tidak selesa kerana tangannya berpeluh sejuk dan sedikit menggigil. Malah perasaan gemuruh juga mendominasi diri apabila berada dekat dan rapat dengan lelaki itu.

“ Dah tu asyik pandang bawah je?" soal Benz Fahri lagi cuba memancing reaksi isterinya.

Masih seperti tadi, Ann Layli tetap menggeleng. Sedikit pun tidak mengangkat wajahnya kerana dia benar-benar tidak selesa.

“ Tak apalah kalau macam tu. Orang tak sudi nak pandang nak buat macam mana kan." ujar Benz Fahri dengan nada merajuk seraya bangun dari katil dan berlalu.

Ann Layli yang mendengarkan nada rajuk itu cepat mengangkat wajahnya. Susuk Benz Fahri yang sudah berlalu di panggilnya pantas.

“ Err..awak!"

Benz Fahri buat tidak dengar. Sengaja dia tidak berhenti walaupun dia tahu isterinya sedang memanggilnya.

Ann Layli garu kepalanya yang tak gatal. Habislah mamat muka beku ni merajuk pulak? Meletakkan tuala dan baju persalinan ke tepi dia melangkah mengejar susuk suaminya.

“ Ben..tunggulah!”

Semerta langkah kaki Benz Fahri terhenti saat dipanggil namun tidak sempat dia berpaling belakang tubuhnya bergegar dilanggar Ann Layli.

Berdecit wanita itu menahan sakit di kepala akibat terhantuk pada bidang belakang suaminya.

“ Aduhh!” Kepalanya digosok perlahan.

Ni orang ke pokok? Keras betul! Omel Ann Layli di dalam hati.

Dengan gerakan pantas, Benz Fahri berpusing. Tangannya tangkas menangkap tangan Ann Layli yang sedang menggosok kepalanya dan sekali lagi wanita itu berdecit sakit akibat tangannya yang bertampal kain kasa ditarik kuat Benz Fahri.

“ Auchh!!”

“ Sayang..I'm sorry. Jalan tu hati-hati la. Nasib langgar saya. Kalau langgar tiang, mahu benjol kepala tu.” ujar Benz Fahri. Kalut dia menarik tubuh isterinya lalu didudukkan di katil semula.

“ Dah tu awak yang stop tiba-tiba tak bagi signal nak berhenti mana saya tahu.” balasnya dengan muncung yang panjang. Geram.

“ My bad. Sorry kay. Sini saya tengok benjol ke tak. Nanti orang cakap saya buli isteri pulak." ujar Benz Fahri sambil menarik lembut kepala Ann Layli yang masih tersarung selendang. Menilik dengan teliti permukaan dahi Ann Layli, Benz Fahri menggosok perlahan kawasan yang sedikit merah itu. Setelah mengenalpasti tiada kecederaan dia menyisihkan tangannya dari kepala Ann Layli. Nafas kelegaan dihembusnya perlahan.

“ Sayang okay tak ni? Ada rasa pening ke apa-apa? Kalau tak okay kita pergi klinik."

” Sikit jelah. Takkan langgar sikit sampai nak ke klinik!” balas Ann Layli. Hampir saja dia ketawa dengan lucu Benz Fahri. Masakan terhantuk pada tubuh manusia sampai kena dapatkan rawatan doktor pula. Bukannya dahinya bocor pun!

“ Ada pun mulut. Ingatkan tak ada tadi. Sayang..sayang!" giat Benz Fahri dengan senyuman mengusiknya.

Ann Layli menjulingkan mata. Baru dia tahu yang suaminya sekadar mempermainkan dirinya. Kerana geram, Ann Layli mencubit halus perut Benz Fahri namun cepat ditangkap tangan kecil itu.

“ Saya ada benda nak bincang dengan Puteri. Boleh kita berbincang sekarang?” soal Benz Fahri setelah beberapa detik ralit merenung isterinya yang polos itu.

“ Can you stop calling me Puteri?"

“ Why?”

“ Tak biasa.” gumamnya. Mata masih memandang ke arah lain walaupun seluruh wajahnya mengadap Benz Fahri. Masih tidak dapat meredakan perasaan debarnya saat berhampiran lelaki itu.

“ Then, what should I call you then? ‘Manja' is it alright for you?”

Bulat mata Ann Layli mencerlung ke arah Benz Fahri memberi amaran.

“ Don't you dare. Only mak and ayah can call that name!”

“ Puteri tak boleh. Manja tak boleh. Habis apa yang boleh hmm?”

“ Just call my name. Ann.”

“ Ant!” ulangnya.

Bertambah besar mata Ann Layli mencerlung ke arah Benz Fahri. Akibat geram dipermainkan, pantas juga tangan kanannya mencubit lengan Benz Fahri sehingga suaminya itu meringis halus.

Menggosok lengannya, Benz Fahri tersengih sambil memandang Ann Layli.

“Garang!” Betullah dia kena panggil ‘ant' dekat permaisuri di depannya ni. Permaisuri ni bukan sebarang semut. Semut api rasanya. Tangan kecil tu cepat aje nak menyemut tubuhnya.

“ Menyesal?”

“ Buat apa nak menyesal?” kerut dahi Benz Fahri bersoal. Tidak faham maksud yang diucapkan Ann Layli itu.

“ Yelah sebab baru tahu wife awak ni garang. Selalu lelaki macam awak ni suka cari yang lemah lembut, sopan santun aje. But I'm not that type! Sebab nilah antara perkara yang saya nak bincang dengan awak before we get married. Saya tak mahu awak menyesal bila dapat tahu saya yang macam ni. Saya wanita yang tak sempurna sedangkan awak laki-laki yang cukup serba serbi. Saya janda sedangkan awak teruna. Saya tak layak berdiri sama tinggi dengan awak Ben. Awak akan malu bila berdampingan dengan saya di depan orang nanti.” luah Ann Layli dengan telunjuk menghala ke tubuhnya. Bergetar sedikit suaranya menahan sebak apabila mengingatkan dirinya yang tidak punyai apa-apa setelah ditinggalkan Muqri. Semua impian dan angannya musnah semasa perkahwinan pertama itu. Sehingga saat ini, dia masih risau serta trauma melayari alam perkahwinan. Sebab itu, dia sebolehnya mahu berbincang dengan Benz Fahri untuk membatalkan perkahwinan ini tetapi mengingatkan babah dan ugutan Hasnah, dia terpaksa akur. Bersamaan itu, Benz Fahri juga tidak mahu memberi kerjasama dengannya untuk berjumpa membincangkan masalah mereka membuatkan dia benar-benar tidak punya pilihan selain meneruskan perancangan babahnya.

Benz Fahri menyelesakan letak duduknya sebelum memulakan perbincangan mereka dengan lebih santai. Masih merapati isterinya, kedua tangannya terhulur menggenggam tangan kanan Ann Layli. Tautan tangan itu dikejapkan bila terasa Ann Layli cuba menarik tangannya. Melalui kerdipan mata, Benz Fahri menyampaikan hasratnya. “ No excuses, please!”.

Ann Layli akur.

Nafas ditarik dalam dan dihela perlahan sebelum dia menyantun katanya kepada Ann Layli. Benz Fahri kekal memandang Ann Layli dengan senyuman nipis cuba meredakan perasaan gundah wanita itu. Dia mahu perbincangan mereka bermula di dalam keadaan yang santai dan bukannya stress kerana keadaan tersebut akan memberikan tekanan kepada mereka seterusnya membuatkan mereka sukar mencapai kata persetujuan nanti.

“ Abang nikahi Ann kerana Ann adalah jodoh dari Allah. Abang tak kisah dan tak menyesal sebab abang dah buat istikharah. Allah yang dorong jodoh ni untuk abang. Allah dah bagi jawapan dalam setiap istikarah abang. Perasaan ni juga Allah yang dorongkan untuk abang sayang, kasih dan cintakan Ann. Ann tak perlu risau fikir perasaan yang Allah kurniakan ni untuk abang. That's my feeling. Abang berhak ke atas perasaan sendiri untuk sayang dan cinta akan isteri abang selepas ijabkabul tadi. Itu tanggungjawab abang pada Ann. Jadi kerja Tuhan ni biar Tuhan yang buat..Kita manusia ikut aje perancangan yang Tuhan dah tetapkan. Lagipun ianya dah tentunya baik.”

“ Tapi..” Ann Layli cuba mencelah lagi tetapi pantas Benz Fahri meletakkan telunjuknya ke bibir mungil itu membuatkan Ann Layli terpaksa berdiam dari terus berkata-kata.

“ Let me finish my word. Dan..salah ke kalau janda? Salah ke balu? Salah ke bekas orang? Jawapannya tak salah sayang.. Itu semua gelaran manusia aje. Kita semua manusia yang sama. Cuma yang membezakan kita adalah amalan kita je. So jangan compare semua tu.. Lagipun abang ni juga manusia Ann bukannya malaikat. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Abang hanya hamba Allah. Allah yang tetapkan hati dan perasaan abang. Kalau Allah dah takdirkan hidup abang bernikah dengan pelacur sekali pun, abang tetap tak dapat mengubah takdir sekalipun abang tidak suka dengan wanita seperti itu. Abang tetap tak dapat berbuat apa-apa. Sebab apa? Sebab Allah dah mentakdirkan seperti tu. Baginda Rasulullah sendiri mengahwini Saidatina Khadijah yang juga seorang janda. Itu rasul pilihan Allah. Seorang yang maksum. Baginda tetap tak dapat elakkan takdirnya mengahwini Khadijah. Apatah lagi nak dibandingkan dengan abang ni. Jadi, bila babah sampaikan permintaan dia abang bukan sengaja terima. Abang dah buat solat istikarah minta petunjuk. Dan jawapan dia seperti hari ini bila Allah kata Kun Fa Ya Kun. Abang tetap nikahi Ann Layli sebagaimana yang Allah dah takdirkan. Ann adalah wanita pilihan Allah untuk abang. Saat abang lafaz akad dan Ann terima kabul tadi, sudah jadi kewajipan abang sebagai seorang lelaki bergelar suami melindungi, mengasihi dan menyayangi Ann selayaknya isteri. Jadi abang harap Ann dapat jadi isteri yang solehah untuk abang dan rumahtangga kita. Semua yang Ann nak tanya sebelum ni, abang dah sedia untuk menjawabnya waima sebesar kuman pun soalan tu. Ini janji abang.” luah Benz Fahri panjang lebar.

Ann Layli mengeluh buat sekian kalinya. Dia masih tidak boleh berdamai dengan hati sendiri tentang perkahwinan ni. Dia takut dia kecewa walaupun dia yakin Benz Fahri seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Dalam masa yang sama dia tahu Benz Fahri lelaki yang sangat sempurna dan lebih layak berdampingan dengan wanita yang sepadan dengannya.

“ Ann tak sempurna. Ann bukannya yang terbaik untuk Ben. Ann tak nak Ben menyesal kemudian hari.”

“ Ann, sayang..Sempurna atau tak bukan ukurannya pada abang. Abang juga manusia yang tak sempurna. Kita sama-sama tak sempurna di mata Allah. Jadi Allah dah jodohkan kita untuk sama-sama sempurnakan diri ke arah yang lebih baik. Insha'Allah semuanya akan dipermudahkan nanti. Lagipun ini semua kerja Tuhan. Tugas kita sebagai hamba hanya ikut apa yang dah agama syariatkan. Jadi jangan persoalkan lagi. Abang akan bimbing sayang sama-sama menuju jalan Allah. Dan abang harap sayang juga sentiasa disamping abang, memberi kekuatan dan sentiasa menjadi tulang rusuk abang menyokong setiap kerja abang dalam mencari redha Allah.

Lagipun kalau Ann cakap abang ni sempurna sangatlah kan.. jadi yang menyempurnakan Ann yang tak sempurna tu adalah abang.. Maka untuk menjadikan Ann Layli sempurna, Ann kena jadikan Benz Fahri ni sebagai suami sempurna tu. Isteri tanpa suami sampai bila pun takkan sempurna tau. Jadi bila ada Ann kenalah ada Benz. Macam baca ABC tu. Kalau tak ada A tak lengkaplah carta abjad tu kan. Sama juga macam kita. Abang akan bantu sayang jadi sempurna depan pandangan Allah bukan depan pandangan manusia. Sebab itu semua perkara yang sia-sia. Okey sayang!" ujar Benz Fahri sambil mencuit hidung seludang Ann Layli.

Akhirnya Ann Layli mengangguk faham dan akur dengan nasihat suaminya. Perasaan traumanya sedikit demi sedikit sirna walaupun belum hilang sepenuhnya. Dia berjanji akan cuba memperbaiki diri agar menjadi isteri yang solehah buat suaminya itu.

“ Dah nak masuk maghrib ni. Ann pergilah mandi dulu. Kejap lagi kita solat jemaah.”

“ Okey tapi saya nak minta something boleh?"

“ Sound great! Tapi awal lagi. Kita solat dululah. Tak baik lengahkan solat ni." Benz Fahri tersenyum simpul sambil mengangkat kedua keningnya ke atas berulang. Mengusik.

Lekas Ann Layli mencubit perut Benz Fahri sekali lagi apabila mula memahami pernyataan suaminya itu. Merah padam wajahnya menahan malu dan serentak itu, desahan kesakitan terlolos dari bibir Benz Fahri akibat cubitan si semut api isterinya.

“ Okey, abang gurau je tadi. Sorry!” Benz Fahri angkat kedua tangannya tanda mengalah. Boleh tahan juga cubitan manja isterinya tu. Kalau hari-hari kena cubit begitu mahu berlubang juga perutnya nanti. Tapi, sudah namanya sayang dia rela aje dicubit oleh Ann Layli.

“ I don't want to call you abang.” Ann Layli menyuarakan permintaannya.

“ Dahtu?”

“ Benji sounds good for you!” sengih Ann Layli.

Berkerut wajah Benz Fahri apabila mendengar nama panggilan baru itu.

“ Dah macam nama arnab peliharaan je bunyinya!” getus Benz Fahri tidak puas hati. Masam saja wajahnya membuatkan tawa Ann Layli meletus tanpa sengaja.

“ Okey what! Ann Layli punya arnab peliharaan! Benji..Benji..” usik Ann Layli dengan ketawa besarnya membuatkan wajah Benz Fahri bertambah masam. Meleret-leret nada suaranya memanggil gelaran baru itu terhadap Benz Fahri.

“ Ada ke patut!” Benz Fahri memprotes tidak puas hati.

“ Patut tak patut saya tak peduli asalkan bukan panggil abang.”

“ Hmm..Arnab peliharaan pun arnab peliharaan lah. Janji ada orang jaga dan sayangkan abang.” putus Benz Fahri akur dengan kehendak isterinya.

“ Tapi..Abang tetap akan bahasakan diri abang dengan panggilan abang depan Ann. Dan abang izinkan Ann panggil abang Benji bila dengan abang aje tapi depan family dan orang luar Benji are not allowed for you to call me neither you like or not. It's my final decision. Deal?”

Ann Layli kelihatan berfikir seketika sebelum memberi kata putus kepada Benz Fahri.

“ Sure. Thank you Benji..." meleret nada suara Ann Layli sekali lagi saat memanggil nama suaminya itu. Sungguh nama itu di rasakan sangat sesuai dengan suaminya yang memiliki wajah yang sangat keras dan tegas. Harapnya nama Benji itu akan membuatkan suaminya sentiasa tersenyum lembut selepas ini. Tak adalah kecut perutnya tengok muka suami yang seperti pegawai warren tentera aje.

Benz Fahri tersenyum senang melihat Ann Layli yang sudah tenang itu. Tiada lagi riak panik di wajah isterinya. Teringatkan sesuatu, Benz Fahri bangun dan berlalu ke arah beg pakaiannya. Mengambil sesuatu dari dalam poket beg, dia berpatah semula ke arah isterinya.

Ann Layli pandang wajah Benz Fahri dengan tanda tanya apabila suaminya itu menyerahkan sekeping sampul surat bersaiz A4 kepadanya.

“ Bukalah. Baca lepas tu kita bincang.” arahnya.

Ann Layli menyambut huluran sampul tersebut lalu membukanya. Terdapat dua helaian kertas A4 yang dikepil bersama. Ann Layli membetulkan duduk lalu membacanya. Buntang matanya setelah membaca isi surat tersebut.

Biar betul!

Haru la macam ni!

Baru nak bincang pasal ni..

*********

Ann Benz kembali bersiaran. Happy reading guys.. TQ yg support, comment, follow, view and rates. I love u to the moon n never been back.. keep support me okay! :⁠-⁠*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience