Mazda MX-5 Miata membelok masuk ke perkarangan rumah Puan Ruhana. Usai memberhentikan kereta Benz Fahri cuba meregangkan otot leher dan tangannya yang terasa lenguh akibat memandu. Sedikit perlahan kerana tidak mahu bergerak kuat. Bimbang mengejutkan orang sebelah yang sedang terlena dan tertidur lentok di atas bahu kirinya. Dia tersenyum senang. Malah gembira dan terlebih suka.
Air cond masih lagi terpasang membiarkan insan kesayangannya itu selesa. Perlahan dia memfokuskan cermin pandang belakang ke wajah isterinya yang masih terlena itu. Setiap lekuk inci wajah itu dipandang dengan senyuman dan penuh kasih.
Sedetik dia bergerak mengalihkan sedikit jarak rahangnya yang mengenai kepala sang isteri. Menoleh sipi, ubun-ubun Ann Layli dikucup penuh sayang dan tertib.
Lama dia terbuai sendiri dengan kucupan itu. Haruman yang terbit mungkin dari rambut atau selendang yang menutupi aurat paling atas tubuh itu membuatkan dia nyaman. Dia rela andai semalaman isterinya ketiduran seperti itu disampingnya biarpun otot bahunya mulai tidak terasa atau lebih tepat sudah hampir kebas dek menahan beban kepala Ann Layli yang melentok ke pangkal bahu itu.
Terasa saat itu dia kedekatan dengan isterinya. Bukan sahaja tubuh, juga perasaan pastinya. Dia bahagia.
Perlahan suara Benz Fahri beristighfar sebaik teringat akan penolakan isterinya kelmarin. Walaupun berasa hati sewaktu dia meminta ciuman wanita itu sebagai imbalan ketika bangun waktu pagi ketika baru saja sehari diijab kabulkan, dia cuba meredhakan hatinya. Seterusnya meredhakan kelakuan isterinya yang terkhilaf laku itu.
Tak apa, sungguh dia maafkan. Cuma, urusan hati yang sedikit terasa itu mungkin akan mengambil sedikit masa untuk benar-benar faham akan situasi isterinya. Terbit lagi istighfar di dalam hati, memohon keinsafan buat diri sendiri.
Justru itu, hanya ketika wanita itu tidak sedar saja dia mampu menyentuhnya. Bukannya dia tidak mahu mencium atau memeluk isteri sendiri di alam nyata. Dia mahu dan itu juga adalah keperluan batin seorang lelaki yang bergelar suami.
Namun, dia risau Ann Layli akan menolaknya lagi seperti kelmarin dan menambahkan rasa tahap ketidakpercayaannya kepada suami sendiri. Mustahil juga dia tidak mahu kumpul pahala dengan mengasihi dan menyayangi isteri sendiri kerana Allah Taala.
Tetapi saat ini, soal hati dan perasaan bukan benda mudah yang patut dia menangkan dengan kehendak dan keinginan sendiri. Dia tidak mahu julang ego. Dia sedar ego yang dijulang tinggi itu mampu membinasakan dan merosakkan masa depan yang baru sahaja mereka bina sebagai pasangan suami isteri.
Dia faham dan sedar mengapa Ann Layli masih mengekalkan jarak untuk kedekatan dengannya. Dia tahu bukan kerana isterinya itu membenci tetapi kerana kisah lalu isterinya membuatkan wanita itu terlebih berhati-hati. Wanita itu memerlukan ruang waktu. Maka ruang dan waktulah yang harus dia berikan saat itu.
Sementelah hubungan mereka masih terlalu awal. Dia tidak mahu perasaan cinta dan kasih sayang Ann Layli wujud dengan dimulai perasaan benci dan di bina tanpa asas kepercayaan yang tinggi untuknya. Kalau itu yang terjadi, maka dia juga sama seperti bekas suami wanita itu. Dan, itu tidak mungkin dia lakukan. Biarlah begini dia rela.
Benz Fahri sendiri melentokkan kepalanya atas kepala Ann Layli setelah itu untuk meredakan kepenatan. Tidak sampai hati mahu mengejutkan isterinya.
Belum pun dua saat berehat, deringan telefon bimbit dari kocek seluarnya menyentak lamunan. Membuatkan dia sendiri terkejut dan sebal. Langsung tidak memberinya ruang, deringan telefon itu masih lagi berbunyi dan akhirnya dia terpaksa menjawab panggilan tersebut.
Efek dari gerakan tangannya yang menyeluk kocek seluarnya, membuatkan Ann Layli tersedar dari tidur lantas bingkas bangun dan terpinga-pinga memandang sekeliling.
Ann Layli pandang wajah Benz Fahri yang sedang menjawab telefon itu, tetapi dapat merasakan suaminya akan berlama dengan panggilan tersebut. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk memerhati landskap taman yang terdapat di bahagian hadapan rumah agam itu seketika.
Benz Fahri sempat menjeling sekilas skrin telefon bagi membaca nama yang tertera. Namun, iris matanya sempat mengecil dan membuatkan keningnya terjongket naik saat memerhati nama yang tertera pada alat peranti ‘Apple’ tersebut. Di asak musykil dan tanda tanya, akhirnya dia menjawab jua.
“ Hmm..”
“ Dah tak tahu jalan masuk rumah ke apa?” terjah suara di balik talian.
“ Nak apa?” jawab Benz Fahri dengan nada malas mahu melayannya. Segera bahu kirinya dipicit-picit dengan tangan kanan. Telefon pula dikepit antara leher dan bahu kanan.
“ Tahulah baru kahwin dua hari. Menyombong pulak kau dengan abang. Pehal lama-lama dalam kereta? Kut tak menyempat pun masuk la bilik terus. Kitaorang faham je.” sinis Megat Bakhtiar mengusik si adik.
Muka Benz Fahri sudah terbakar dek sindiran si abang. Segera punat merah ditekan. Malas berlama mahu melayan kerenah si abang yang mengundang sebal di hati.
Lantas, wajah Ann Layli di sebelah dicari. Wanita itu masih memerhati laman rumah agam di sebelahnya. Ralit sehingga tak sedar dia memanggil.
“ Sayang, jom. Kita dah sampai rumah bonda ni..”
Ann Layli masih ralit. Entah melayan ayan apa yang sedang bertandang di fikirannya. Benz Fahri geleng kepala.
Tissot di tangan dikerling seketika. Hari hampir menginjak pukul dua empat puluh dua petang. Tidak betah menanti lebih lama di dalam kereta kerana urat belikatnya sudah pejal dan sakit dek terlalu lama memandu. Bahu isterinya dicuit buat sekian kali, mematikan lamunan wanita itu.
Segera Ann Layli berpaling wajah menghadap Benz Fahri. Kedua keningnya terangkat bertanya tanpa suara.
“ Jom turun..Kita dah sampai.” beritahu Benz Fahri sambil merungkai tali pinggang keledarnya.
“ Oh..okay..Ini rumah bonda ke?” soal Ann Layli setelah sedar akan destinasi mereka.
Sekilas Benz Fahri tersenyum. Mencabut kunci kereta setelah mematikan air cond yang masih terpasang dia pandang Ann Layli sejenak. “ Yup, rumah bonda.." Jeda sesaat..“..or did you expect our home, hmm..?” duga Benz Fahri.
Ann Layli tersengih. Tidak sejauh itu pengharapannya untuk memiliki rumah sebesar dan segah seperti di hadapannya ini.
Mungkin jika suatu hari dia sudah jelas dengan perasaan dan kehidupannya di hari depan; cukup saja rumah sederhana buatnya untuk berteduh disamping insan-insan tersayang.
Dia tidak gemar rumah besar dan mewah. Tidak gemar penjaga dan pengasuh. Tidak pula berminat mahu menata dan mengemas rumah besar tersebut sehingga keletihan dan terkuras tenaganya.
Yang diimpikan hanya kediaman yang ringkas dan biasa yang apabila dikendali tidak menguraskan tenaga yang banyak.
Juga yang dimahukan hanyalah suatu singgahsana yang nyaman. Penuh kasih sayang, perhatian serta cinta yang tidak berbelah bahagi.
“ Saya tak suka rumah besar. Penat nanti nak jaga. Kecil dah cukup as long as orang dalam rumah tu nanti cukup perhatian dari saya.” ujar Ann Layli ringkas tetapi cukup mendalam maksudnya.
“ Oh I see.” angguk Benz Fahri mencerna setiap perkataan yang terbit dari dua ulas bibir isterinya.
Tanpa terus berlengah, keduanya keluar dari perut kereta menuju pintu besar dan utama rumah agam milik keluarga Benz Fahri.
“ Alhamdulillah sampai dah menantu bonda ni!” tegur Ruhana sebaik pintu rumah terbuka dan muncul susuk Benz Fahri serta Ann Layli di situ.
Ann Layli bersalaman dengan Ruhana diikuti Benz Fahri. Pelukan erat penuh kasih memenuhi ruang dakapan antara Ruhana dan menantu barunya itu. Gembira kerana menantu barunya sudi menjejakkan kaki ke terataknya. Tidak berlama, muncul susuk Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia menyertai pertemuan ringkas tersebut.
“ Ben angkat beg semua naik bilik lepas tu bawa Puteri rehat dulu. Lepas asar turun bawah kita hi tea sama-sama. Bonda ada special menu untuk korang.” ujar Ruhana teruja.
“ Eh, tak pe bonda kitaorang tak letih pun. Biar Puteri teman bonda dekat dapur je.” balas Ann Layli.
“ Tak letih? Rasa tadi korang tertidur dalam kereta lah sebab lama kereta tu parking depan laman tunggu korang keluar!” ujar Megat Bakhtiar terang-terangan. Mengusik pasangan pengantin baru itu.
Berkerut dahi Ann Layli. Lekas wajah sang suami di cari. Benz Fahri angkat bahu. Melihatkan wajah yang bersahaja itu membuatkan perlahan wajahnya memerah. Malu!
“ Sebab tu sekarang dah tak letih. Dah terlena dalam kereta tadi.” ujar Benz Fahri menjawab selaan Megat Bakhtiar. Tidak mahu isterinya berasa kecil hati dengan usikan kasar si abang yang sememangnya bermulut lepas.
“ Takpa-takpa. Jangan balah lagi. Kalau Puteri tak letih pun naik bilik dulu. Bersihkan diri dan selesakan diri. Lepas Asar baru turun.” ujar Ruhana menghentikan perbualan antara Benz Fahri dan Megat Bakhtiar. Jika tidak pasti kedua beradik itu akan terus berbalah.
“ Sayang jom.” panggil Benz Fahri sambil menolak luggage mereka ke tingkat atas.
“ Pergilah. Lepas Asar turun kita borak-borak lagi.” ujar Sharifah Julia pula.
Ann Layli terpaksa mengangguk dan bersetuju dengan cadangan Ruhana dan kakak iparnya setelah itu.
Ruhana menghantar kedua tubuh anak-anak itu ke tangga dan tergeleng senang melihat gelagat serta kerenah pasangan pengantin baharu itu. Dia tumpang gembira dan bahagia.
*******
Benz Fahri keluar dari bilik mandi setelah siap berpakaian. Setelah menyelesakan tubuh dengan bermandi dan bertukar pakaian dia naik ke atas katil apabila tidak menjumpai kelibat Ann Layli yang dia tinggalkan di balkoni bilik mereka setelah berborak ringkas tentang program majlis resepsi mereka keesokan hari sebelum dia meminta izin untuk mandi tadi, dan menyifatkan isterinya mungkin keluar dan turun ke bawah setelah dia selesai bersiram.
Mencapai tab di sisi katil dia mula menyemak beberapa emailnya yang belum sempat dia semak sepanjang ketiadaannya untuk bercuti menguruskan majlis pernikahan dan perkahwinannya itu.
“ Can I ask you something?” Kening Benz Fahri sedikit terjongket. Terkejut juga apabila di soal tiba-tiba dari susuk yang awalnya dia cari tadi tidak kelihatan. Alih-alih muncul bersama soalan. Tablet di tangan ditutup dan dialih ke sisi.
Benz Fahri menoleh ke arah pintu bilik yang terkuak dari luar. Wanita itu berdiri di sana. Bingkas dari baringan Benz Fahri membetulkan duduk. Pandangannya naik memanah wajah Ann Layli dengan redup lalu mengarahkan isterinya masuk.
“ Masuklah..”
Susuk itu bergerak seiringan arahan sehingga mendekati suaminya di katil. Dalam hitungan saat, dia menyerahkan telefon bimbit yang berada di tangannya kepada Benz Fahri.
Berkerut dahi lelaki itu menyambut huluran Ann Layli. Usai menilik dia pandang Ann Layli semula. Lengan Ann Layli ditarik lembut dan menyorong ke sebelahnya untuk duduk bersebelahan. Tidak membantah, Ann Layli menurut.
“ What kind of question did you want to ask, hmm?”
“ Benji did you confirm about that?”
Benz Fahri tidak terus menjawab. Dia menarik nafas seketika sebelum pandangannya menala ke sebelah mencari anak mata Ann Layli. Nafas dihela perlahan kemudiannya. Menggali kesediaan agar dapat mengucapkan perkara dengan benar.
“ Babah told me, that he wanted you to further your study and you agreed to him before we get married. But unfortunately, Allah has determined our wedding earlier than babah wish. So, to fulfill his wish, I'm considered to let you further your study soon.” ucap Benz Fahri dengan tenang bersama senyuman nipis.
“ Secepat ini? Saya rasa malam nikah kelmarin baru awak bagitahu saya pasal offer letter tu kan. And you didn't get my answer pun lagi. But, now I get the confirmation through email and you settled everything without asking me a word?” ujar Ann Layli dengan nada tidak puas hati.
“ Lagi cepat lagi baikkan. Buat apa nak tunggu lama-lama. Benda baik elok segerakan. Lagipun, abang memang nak bincang dengan sayang. But now, our times are precious. Kita masih dalam fasa meraikan hari bahagia kita. Abang dengan sayang dua-dua busy. Macam mana nak bincang? Tapi, abang dah set masa nak bincang malam ni, and since sayang dah tanya, I'll let you know now..” balas Benz Fahri menjawab pertanyaan isterinya.
Ann Layli mengolengkan matanya tanda kegeraman. Masakan tidak, suaminya itu membuat satu keputusan besar dalam hidupnya tanpa bertanya apa-apa padanya. Mustahil dia tidak geram.
“ Kenapa? Sayang tak suka ke? Abang dah pilih universiti yang paling bagus untuk sayang tau. Babah pun dah setuju. Sambil belajar sambil makan angin. Baru senang pelajaran nak masuk dalam kepala nanti." soal Benz Fahri apabila melihat raut wajahnya yang seperti tidak berpuas hati itu. Dalam masa yang sama, dia juga cuba memujuk Ann Layli.
Ann Layli mengeluh. Dia menarik telefonnya dari pegangan Benz Fahri dan matanya meneliti semula barisan nama universiti yang tertera di kepala surat email tersebut.
‘ University of Birmingham Culinary Art and Hospitality ’
“ Tak jauh sangat ke? I mean out from Malaysia. Nanti babah macam mana?” soalnya gundah.
Wajah Benz Fahri dia pandang. Anak mata coklat kegelapan itu di cari. Anak mata mereka bersabung namun cepat Ann Layli mengalihkan kornea matanya apabila merasakan suatu perasaan halus menyelinap ke tangkai hati secara tiba-tiba.
Benz Fahri tergelak kecil. Dia mengocak perlahan ubun-ubun Ann Layli dengan tapak tangan kirinya. Wajah comel Ann Layli di pandang sayang. Alahai, isteri siapa lah ni?
“ Mana ada jauh sayang. 10 hour je kalau naik flight. Lagipun sayang nak pergi belajar kan. Belajar tu kan sebahagian dari jihad. I know you can do it.” pujuknya lembut.
“ Nanti babah rindu saya macam mana? Some more babah kan tak sihat dan baru je nak pulih. Siapa nak teman babah pergi check up, pergi fisio, pergi kaunseling semua? Saya risau..” luah Ann Layli.
Menaikkan sebelah lututnya ke atas katil dan melipat kaki kiri itu, Benz Fahri tersenyum senang pandang isterinya.
“ Don't worry. I will hire someone to look on babah. Lagipun, mama kan ada. Your twin brothers pun ada. They will take care of babah as you wish. Tugas sayang belajar je and graduate with a flying colours. Ada masa, abang bawa mak, ayah, babah dan mama ke sana okay?” Nadanya masih seperti tadi. Nada memujuk dan berjanji.
Ann Layli gigit bibir. Ada rasa yang membekas di hatinya. Dia tidak pernah berjauhan dengan mak dan ayahnya.
Sejak kecil kebajikannya di jaga Hasnah dan Zahid dengan sangat baik sehingga tiada yang terkurang pun.
Beberapa kali dia menerima tawaran sekolah berasrama penuh ketika beralih masuk ke alam menengah tetapi semuanya di tolak. Dengan alasan tidak mahu berjauhan dengan Hasnah dan risau di buli. Zahid dan Hasnah pula tetap menurut tanpa syarat kerana dia adalah intan juga payung. Dia lah jua kaca. Dia lah jua permata.
Pun begitu, setelah dia bernikah dengan Muqri terpaksa juga dia meninggalkan mereka.Terpaksa berjauhan dengan kedua orang tua tersebut memandangkan suaminya menginap di ibu kota berikutan tuntutan kerja hakiki.
Kini, setelah bernikah pula dengan Benz Fahri lelaki itu mahu mengotakan janjinya kepada Tan Sri Zahid untuk membenarkannya menyambung pelajaran ke luar negara pula. Maka sekali lagi dia terpaksa berjauhan dari keluarga.
Bertambah risau, apabila kini dia sudah menjadi isteri kembali. Tanggungjawabnya lebih besar buat suami tetapi Benz Fahri sepertinya tidak terkesan dengan tanggungjawab dia sebagai isteri yang sepatutnya berada di samping lelaki itu.
Tambahan, apa pula kata mertuanya apabila mengetahui keputusan mereka untuk tidak tinggal sebumbung semata mahu menunaikan harapan Tan Sri Zahid. Kusut dia memikirkan.
“ Abang minta maaf sebab tak berbincang dulu dengan sayang. Tapi abang harap sangat sayang terima keputusan ni sebab abang buat demi babah. Babah yang mahukan semuanya seperti ni.” ujar Benz Fahri.
“ Tak apalah kalau macam tu, saya terima as long as babah happy. Tapi..” Ann Layli jeda. Ayatnya tergantung. Bibir bawahnya di gigit. Hati masih tidak tenteram.
“ Alhamdulillah. I'm proud of you. Tapi apa?” soal Benz Fahri hairan. Riak kegusaran masih jelas terpeta di wajah Ann Layli.
Bagaikan mengerti apa yang bermain di fikiran isterinya Ann Layli, Benz Fahri tersenyum.
“ Jangan risaukan abang. Tahulah abang jaga diri nanti. Abang dah terbiasa sendiri. Abang redha dengan sayang. Lagipun, abang tahu sayang masih belum dapat sesuaikan diri dengan hubungan kita. So anggaplah dengan berjauhan ni, kita dapat sesuaikan diri dan selesaikan soal hati dan perasaan sayang pada abang. I know you need some time and space. Abang izinkan.” ujar Benz Fahri memahamkan isterinya.
“ Bonda macam mana? What will she say after knowing this?"
Benz Fahri melemparkan senyumannya lagi. Riaknya tetap tenang seperti tiada apa yang mengusutkan jiwa sedangkan fikiran Ann Layli sudah dipenuhi dengan pelbagai perkara.
“ This?” kening Benz Fahri terangkat bertanya.
“ Tentang kita. You and me. We're now husband and wife but will seperate our times differently yet in different places. Indeed bonda understand but not mak!” getus Ann Layli kusut.
Dia tahu Hasnah bersetuju dengan perkiraan Benz Fahri serta Tan Sri Zahid yang mahukannya menyambung pelajaran tetapi mustahil Hasnah bersetuju dengan perpisahan sementara antara dia dan Benz Fahri itu. Dia dapat rasakan, Hasnah akan membantah sekeras-kerasnya dan menghalang keputusan tersebut.
Awal lagi sebelum menjalani pernikahan telah Hasnah sisipkan beberapa nasihat dan pesanan buatnya. Tidak betah untuknya tidak menurut pesanan yang berbaur arahan itu.
“ Bonda faham semuanya. Mak pun. Jangan risau. You can trust me. Selagi abang ada, sayang tak perlu susah hati. Everything under my control." pujuk Benz Fahri lagi.
“ Terima kasih Benji sebab faham saya. Insha Allah saya akan tunaikan permintaan babah tu sebaik mungkin.” Senyum Ann Layli mengembang.
“ Sama-sama kasih. Tapi abang pun ada permintaan jugak. Can you do some favour for me?” soal Benz Fahri.
“ Tolong apa?”
“ Belajar sampai berjaya. Abang nak sayang buat yang terbaik untuk diri sayang. Bukan untuk sesiapa. Dan abang juga harap, dalam masa dua tahun ni fixkan semuanya untuk pelajaran. No need to think about others or any matter.” pesan Benz Fahri.
Ann Layli pandang wajah suaminya buat sekian kali. Wajah lelaki
itu benar-benar tenang. Seolah tidak terkesan langsung dengan perpisahan yang bakal terjadi. Sempat fikiran Ann Layli berfikir yang tidak-tidak?
Benarkah Benz Fahri ikhlas mengahwininya untuk membahagiakannya? Atau sekadar menurut permintaan babah sahaja.
Bagi dirinya, walaupun baru menginjak tiga hari usia perkahwinan mereka; dia sudah dapat menerima sedikit demi sedikit kehadiran seorang Benz Fahri dalam hidupnya sebagai seorang suami. Segala tingkah, perlakuan dan kata-kata lelaki itu membuatkan dirinya senang.
Kini, setelah mengetahui arah tuju hubungan mereka, dia sedikit bimbang.
Bagaimana dengan hubungan antara mereka dalam masa dua tahun ini? Bertahankah?
Jika ya, dapatkah dia lunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada seorang Benz Fahri jika jasad mereka terpisah antara dua benua?
Harus bagaimana?
Jika tidak, bagaimana dengan lelaki itu nanti? Dapatkah lelaki itu kekalkan perasaan sayang buat dirinya juga?
Dapatkah nanti Benz Fahri setia dengannya semasa ketiadaan dirinya di sisi lelaki itu? Apakah jaminan tiada penyondol yang akan menjadi orang ketiga yang tertarik dan terpesona dengan wajah kacak dan aura seorang Benz Fahri.
Apatah lagi, sehingga kini mereka belum sempat pun menjalani alam rumah tangga layaknya seperti pasangan lain.
Atau mungkin, status dirinya bakal berubah sekali lagi?
Memikirkan itu, Ann Layli menggeleng lemah. Dia harus memikirkan sesuatu agar gelaran yang di sandang tiga hari lepas akan kekal sehingga dua tahun akan datang dan sehingga mungkin Allah berkehendakkan yang lain.
Aksi Ann Layli yang menggeleng lemah dengan renungan mata yang menjauh mendapat perhatian Benz Fahri. Lelaki itu nyata sedar dengan mimik isterinya yang tampak tidak gembira.
Kedua tapak tangan Ann Layli diraih, kemudian anak matanya dijatuhkan pada tangan itu. Berharap sentuhan itu dapat meredakan entah perasaan asing apa yang mengganggu isterinya. Angkat wajah, anak mata Ann Layli di cari.
“ Benji, thanks for understand me. I owe you much. May Allah grant you wisdom and ease everything.” ujar Ann Layli.
Benz Fahri tersenyum. Dia mengangguk mengiakan. Hatinya sedikit bahagia apabila mendapat penghargaan seperti itu dari isteri. Malah, terlebih bahagia apabila merasakan tiada penolakan dari sentuhannya kepada Ann Layli. Tidak seperti sebelumnya. Hatinya tika itu mengembang bagai tidak cukup ruang. Terlalu gembira. Lantas, pandangan redupnya menaut anak mata Ann Layli sekali lagi. Mahu menginterpretasi perasaan bahagianya.
Ann Layli sangat terharu dengan penerimaan suaminya yang berhati suci ini. Dan dia berazam, untuk tidak menyakiti atau menyinggung hati sang pemegang kunci syurga ini. Malah bertekad untuk menjaga kesucian ikatan antara mereka.
Perasaan sendat yang mengepung hati dan jiwa wanitanya hampir meletup dengan tindakan spontan Benz Fahri apabila lelaki itu mengucup lembut kedua tangannya.
Entah mengapa saat itu dia tidak terasa mahu melarikan jemarinya dari kucupan Benz Fahri walaupun di awal pernikahan dia menolak sebarang sentuhan dari lelaki yang bergelar suami itu.
Belum sempat nafas Ann Layli berhembus tenang dek perlakuan spontan suaminya, sekali lagi dia terpesona dengan tautan bibir Benz Fahri yang hinggap di ulas bibirnya dengan tiba-tiba. Lembut dan membuai perasaan.
Bagai ada magis yang sedang menguasai dirinya tika itu untuk kekal dengan sentuhan hangat Benz Fahri. Malah membuatkan dia terpesona dan jiwanya hanyut di lautan kasih lelaki itu. Sungguh aura seorang Benz Fahri mampu melumpuhkan seluruh sistem saraf seorang Ann Layli.
Benz Fahri turut sama terbuai dengan tindakannya itu. Bagai ada suara yang sedang berbisik di telinganya agar meneruskan perlakuannya.
Entah apa yang merasuknya sehingga dia berani berbuat seperti itu dengan Ann Layli. Seorang wanita yang telah ditakdirkan menjadi pemilik tulang rusuknya saat itu.
Dua hati kini bersatu. Dua jiwa mula bersemarak.
Sungguh, jika Allah berkehendak, kuman di sebalik lautan pun boleh terlihat dek mata kasar. Hanya DIA dengan kalimat Kun Fa Ya Kun.
Dan Allah jua Yang Maha Mengetahui segala sesuatu kerana DIA lah sebaik-baik Perancang.
Belum pun sempat keduanya melakar kasih serta bermadah rindu; ketukan di pintu membantutkan hasrat keduanya.
Ann Layli cepat tersedar lalu menjarakkan kedudukannya dari Benz Fahri. Wajahnya kemerahan kerana di asak perasaan malu. Saat itu, mahu saja dia lari dan menyorokkan mukanya di balik almari.
Lelaki itu juga sama. Wajahnya membahang namun lekas Benz Fahri meraup kedua wajahnya bersama ucapan istighfar. Semerta perasaan syukur merafak dalam dirinya kerana bahagia dengan penerimaan Ann Layli terhadap hubungan mereka yang kini telah beranjak ke satu fasa yang lebih baik.
Ketukan kedua dari pintu bilik membuatkan Ann Layli bangun dan mahu membukanya namun sempat di halang Benz Fahri.
“ Tak apa, sayang duduk. Biar abang yang buka.” Tangan Ann Layli dilelar.
Bingkas bangun Benz Fahri merapati pintu bilik. Daun pintu dibuka sederhana lebar. Cukup untuk dia menjengulkan kepalanya saja.
Terpacul wajah Sharifah Julia bersama senyuman serba salahnya. Benz Fahri mengangkat kedua kening tanda bertanya.
“ Sorry for disturbing you and your wife privacy. But I need to going out for a while with your brother and there no one to handle our kids. If you don't mind, can you handle them untill we're going back?” soal Sharifah Julia.
“ Oh? Hmmm..” jemari Benz Fahri menari tanpa sedar dipermukaan pintu kayu biliknya sebelum memberi kata putus kepada Sharifah Julia. “.. wait a minute! I'm asking my lady first?”
“ Yeah, sure!” angguk Sharifah Julia.
Benz Fahri menutup pintu lalu menghampiri Ann Layli semula. Ann Layli pandang suaminya bertanya.
“ Bonda ke?”
“ Nope. Your sis in law. Kak Julia and suami nak keluar. Tapi diorang tak bawa anak-anak and they need someone to take care their child. She comes and ask whether I can handle her twin or not?"
“ Oh.."
“ Can you help me to handle Aery and Aedy together?”
“ Yeah sure!" Tanpa berfikir panjang Ann Layli bersetuju. Mendengar nama kedua beradik kembar itu dia sedikit teruja. Dia betul-betul sukakan budak-budak. Dia mudah terhibur dengan teletah mereka. Jadi, dia bersetuju kepada suaminya untuk membantu Benz Fahri menjaga kedua beradik kembar itu. Setidaknya dapatlah dia keluar dari bilik itu dari berduaan dengan Benz Fahri. Risau jika berlama, entah perkara aneh apa lagi yang akan berlaku antara dia dan Benz Fahri. Sungguh saat ini dia tidak dapat mempercayai dirinya sendiri. Kejadian aneh tadi masih membuatkan dia berasa kekok dan bergunung malu untuk berhadapan dengan suaminya.
Setelah mendapat persetujuan Benz Fahri kembali ke pintu dan memberitahu Sharifah Julia tentang persetujuan mereka untuk mengasuh kedua beradik kembar itu.
*******
Setelah kepergian Sharifah Julia dan Megat Bakhtiar, Benz Fahri mengambil alih tugasan mengasuh kedua beradik kembar itu.
Ann Layli pula awal-awal lagi melarikan diri turun ke dapur membantu Ruhana menyiapkan entah minuman petang apa di sana.
Bukan dia tak tahu mahupun perasan yang isterinya itu kemain blushing teruk selepas peristiwa aneh tadi sehinggakan mahu bertentang mata saja isterinya itu tak mampu. Bahkan, dia sendiri turut dijebak perasaan risau kerana bimbang Ann Layli akan memarahinya kerana berlebihan dalam perlakuannya tadi. Namun sangkaannya meleset sama sekali apabila Ann Layli sekadar berdiam diri dan tidak banyak bicara lagi. Wajahnya yang kemerahan akibat terlalu malu itu, membuktikan kepada Benz Fahri bahawa wanita itu mulai menerima dirinya.
Syukur Ya Allah.
Syukur Ya Mujib.
Syukur Ya Rahman.
Saat ini, Benz Fahri membawa kedua beradik itu duduk di bilik rehat sambil menonton rancangan kegemaran keduanya iaitu Coco Melon.
Tidak betah membiarkan anak kembar itu berlarutan bermain berkejaran di halaman luar selepas melihat pasangan ibu bapa mereka kepergian sebentar tadi, dia memujuk mereka agar menghabiskan masa di ruangan rehat pula sambil menonton rancangan kartun pilihan mereka.
Susuk Benz Fahri yang berada di tengah dua beradik kembar itu membuatkan keduanya saling memeluk tubuhnya di kiri dan kanan. Ralit saja mereka menonton rancangan kartun di depan.
Benz Fahri hampir saja terlelap kerana terlalu bosan menemani anak-anak buahnya yang berusia 4 tahun itu menonton. Sudah hampir setengah jam berlalu anak-anak itu masih ralit menonton watak kartun kesukaan mereka. Benz Fahri pula semakin diserang kantuk yang teruk akibat tidak sempat berehat sepulang dari kampung isterinya tadi. Namun, suara Aery menyentakkan lelapnya ke alam nyata. Matanya dibuka, namun separuh saja. Rasa kantuknya benar-benar mendominasi retina mata beriris coklatnya saat itu.
“ Kenapa Aery?” gumam Benz Fahri.
“ Ayahcu, daddy janji dengan Aery nak bagi mandi kolam. Tapi sekarang daddy keluar dengan mummy. Aery bosan lah asyik watching cartoon je.” omel Aery. Bahu kanan Benz Fahri digoyang-goyang manja. Berharap bapa saudaranya itu dapat menunaikan harapannya untuk bermandi kolam.
Susuk seorang Aery yang sememangnya terkenal dengan sifat hyper aktif itu tidak mampu bertahan dengan suatu aktiviti yang sama lebih dari setengah jam. Ada saja akalnya mahu meneroka aktiviti lain.
Benz Fahri meraup wajah menghilangkan sisa kantuk. Dia meregangkan sedikit pangkal leher yang terasa sangat lenguh itu sebelum memberi balasan jawapan kepada Aery. Belum pun sempat Benz Fahri menjawab, susuk kecil itu mula bertindak sedikit agresif.
“ Aduhh!” Benz Fahri terjerit kecil.
Senak perut dia di buatnya kerana Aery dengan tiba-tiba meng‘hijack’ abdomen depan itu. Kakinya hampir terangkat ke atas dan menyentak meja kopi di depan. Nasib dia pantas mengelak, kalau tidak nahas betis keringnya terkoyak dek hentaman kaca meja kopi di depan.
“ Aery be carefull okay!” tukas Benz Fahri. Lekas dia membetulkan duduk agar lebih stabil kerana menahan beban berat di atas perut.
“ Jomlah ayah cu. Kita swimming dekat pool.” rengek Aery di atas perut Benz Fahri. Anak itu sudah naik dan melompat ke atas perutnya sambil merengek kecil agar permintaaanya tertunai.
Aedy yang masih ralit melihat rancangan kartun di depan akhirnya ikut terpancing dengan suara bising dari Aery.
Mendengarkan ayat abangnya yang memujuk bapa saudara mereka untuk bermandi kolam dia juga akhirnya merontoi dan meleser di leher Benz Fahri. Riuh suara anak kecil berdua itu merengek sambil memujuk Benz Fahri.
“ Ya Allah!”
Ketiga kepala lantas berpaling ke suara yang berkumandang di balik pintu itu. Ruhana muncul bersama Ann Layli yang sedang menatang talam membawa minuman petang.
“ Astaghfirullahalazim.” lagian suara Ruhana berkumandang sedikit tinggi dari asal. Terkejut melihat cucu-cucunya yang sedikit gempal itu berada di atas perut dan leher Benz Fahri.
“ Bisingnya lahai. Korang tengok kartun ke apa ni? Ben what happened? Astaghfirullahalazim.. Aery..Aedy turun dari badan Ayahcu tu!” tegur Ruhana, tetapi cucunya langsung tidak mengendahkan teguran tersebut. Malah, makin menjadi rengekan mereka terhadap Benz Fahri.
Tergeleng kepalanya melihat telatah anak dan cucunya di bilik menonton itu. Sudahlah keadaan bilik yang seperti tongkang pecah akibat selerakan mainan serta bungkusan keropok dan air kotak yang sudah kekosongan isinya bersepah di atas meja kopi itu.
Ann Layli turut tergeleng kepala namun sempat tersenyum melihat kerenah suami dan anak-anak kecil itu. Hatinya sedikit terhibur melihat kerenah Aery yang masih kekal di atas perut dan Aedy yang bertekuk di leher Benz Fahri.
Kedua anak itu sedang memeluk leher suaminya sambil merengek dengan ayat yang tidak berapa jelas di pendengarannya kerana Aery melekapkan wajahnya di dada bidang Benz Fahri manakala Aedy di belakang leher. Suatu perasaan halus mula mengambil tempat di hatinya. Tenang jiwanya melihat suasana seperti itu.
Ruhana melabuhkan duduk berhadapan ketiga anak cucu itu manakala Ann Layli meletakkan talam yang berisi Teko teh serta sepinggan muffin kaya bersama tart buah ke atas meja sebelum mengemas mainan serta selerakan bungkusan makanan tadi.
“ Ayah cu..jomlah..jomlah swimming.” Aery masih tak henti merengek.
“ Jomlah ayahcu kita swimming kat pool. Dah lama Aedy tak mandi kolam.” Aedy juga sama seperti abangnya merengek.
Benz Fahri sudah hampir kelelahan digomol kedua beradik itu. Tercungap nafasnya cuba mengawal rentak jantung. Dia juga sudah hampir kehilangan daya untuk melepaskan pelukan Aery dan Aedy. Tenaganya benar-benar terkuras dengan askar kecil itu.
Melihatkan itu, Ann Layli jatuh kasihan. Merapati suaminya, dia cuba memujuk kedua anak kecil itu.
“ Aedy, meh kat aunty. Kesian ayahcu sayang. Ayahcu penat dah tu. Petang sikit kita pergi cycling dekat taman nenek nak?” Ann Layli memanggil si abang seraya memujuk serta membuat sedikit tawaran yang dia kira menarik untuk anak kecil seumur Aedy.
Aedy di dekati sambil menggosok kepala anak kecil itu. Namun Aedy menggeleng malah berpaut lebih kuat di leher Benz Fahri.
“ Turun Aery.. nanti ikut nenek ke belakang. Kita feeding Fetty nak?” pujuk Ruhana pula.
Dia juga cuba mengambil Aery dari perut Benz Fahri dan menawarkan tawaran yang tidak kurang hebat iaitu mengajak cucunya bermain dengan Fetty si kucing perliharaan keluarganya yang sememangnya di gemari Aery akan aktiviti memberi makan dan bermain dengan kucing berbulu lebat itu.
Namun seperti Aedy, Aery menggeleng. Malah lebih agresif apabila Aery menghentakkan pula bontot lebarnya berisi lampin pakai buang dengan kuat tanda protes.
Kejadian pujuk memujuk itu berlangsung lebih dari sepuluh minit namun keputusan askar kecil itu lebih nekad berbanding penawaran Ann Layli dan Ruhana.
Keputusan kembar itu terlalu sukar dipatahkan membuatkan nenek dan ibu saudaranya beriak kecewa kerana tidak dapat memujuk mereka.
*******
“Sungguh, jika Allah berkehendak, kuman di sebalik lautan pun boleh terlihat dek mata kasar. ” “Jika Allah berkehendak, sesukar mana pun situasi dan keadaan kita, hanya DIA yang menunjukkan kita jalannya..” Hanya DIA dengan kalimat Kun Fa Ya Kun. Alhamdulillah.. dapat juga siapkan chapter ni walaupun lost my track sekejap. Sorry dear.. Doakan WL ye.. TQ yg still on my list..ill owe you dearies..May Allah bless all of u. :-*
Share this novel