Bab 50

Romance Series 77048

Tak menyempat masuk ke tandas, Ann Layli sudah memuntahkan segala yang di makan tadi ke dalam mangkuk sinki.

Urat perut mencerut sehingga dia rasa mahu putus nafas. Bibirnya bergetar kuat membuatkan gigi terasa berlaga sesama sendiri. Kembang kempis hidungnya menahan rasa mual. Sekali lagi, tanpa sempat dia menyelesakan diri anak tekak memuntahkan isinya semula.

Berpeluh-peluh wajahnya menahan sakit. Tekaknya juga terasa perit setelah tiada lagi sisa yang keluar dari perut. Tanpa segan silu, air mata mula merembes ke pipi. Perlahan diseka dengan belakang tangan.

Membuka pili, air bersih di bawa ke mulut. Dia berkumur bagi membuang sisa muntahan. Di ulang dua tiga kali sehingga dia benar-benar rasa sudah selesa dan rasa mual berkurangan.

Nafas di hela perlahan. Tangan pula dia sangga kuat pada sinki agar tubuh yang terasa lembik mampu berpaut di situ. Kepala dipanggung seketika ke hadapan cermin selepas kain purdah dia buka dan diletakkan ke tepi. Wajah sendiri dia lihat di sana sudah bertukar pucat meski solekan natural dari solekan MUA tadi masih mewarnai seluruh wajah. Hati mengeluh sendiri. Kepala kembali ditekur ke bawah semula apabila tekak mula memuntahkan sisanya entah untuk kali keberapa.

Raihan yang baru keluar dari pintu tandas terkejut apabila terlihat ada seorang wanita sedang memuntahkan isi perutnya di hadapan sinki.

Merasa kasihan, dia merapati wanita itu. Raihan cuba mengintai wajah wanita yang mahu di bantunya tetapi tidak terlihat dek kerana wanita itu sedang menunduk ke permukaan sinki. Simpatinya bertambah apabila sekali lagi wanita itu memuntahkan isi perutnya. Lantas, tangannya naik mengurut belakang tubuh wanita tersebut cuba meredakan rasa mual.

“ Cik tak sihat ni. Badan cik panas. Demam ke?" Raihan bersoal apabila tangannya yang sedang mengurut belakang tubuh wanita itu dapat merasakan haba panas yang terbit di permukaan baju si wanita.

Ann Layli hanya berdiam tidak membalas sementelah tekaknya benar-benar berasa perit. Hanya anggukan menjawab persoalan Raihan.

“ Cik tak okay ni. Jom duduk dulu dekat kerusi luar.” ajak Raihan. Tangan masih tak henti mengurut belakang tubuh Ann Layli, cuba meredakan nafas wanita itu.

Setelah sedikit tenang, Ann Layli angkat wajah. Memandang Raihan mukanya tersenyum tawar mengucapkan terima kasih kerana sudah membantunya.

“ Tak apa, terima kasih kak tolong saya."

“ Benda kecil je. Tak ada apa pun.” balas Raihan. Wajah Ann Layli yang bercalit solekan tetapi mulai pucat itu dia renung.

Cantik! Desis hati kecil Raihan.

Bentuk wajah bujur sirehnya serta alis mata yang bundar dan hidung kecil bak seludang itu membuatkan Raihan ralit menilik wajah itu. Berkali dipandang, membuatkannya tak jemu melihat.

“ Nama akak Raihan. Panggil kak Rai aje." ujar Raihan bersama huluran tangannya.

“ Saya Ann Layli. Panggil Ann aje." balas Ann Layli bersama senyuman tipis dan anggukan. Wajahnya cuba di maniskan meski seluruh tubuh terasa begitu lemah.

“ Betul Ann okay ni?" soal Raihan risau. Melihat wajah yang pucat itu menerbitkan rasa simpatinya lagi.

“ Insha Allah saya okay. Terima kasih banyak akak tolong saya.”

“ Tak de hal lah. Benda kecil je. Kalau Ann dah cakap macam tu, akak minta diri dulu lah ye. Kawan-kawan akak dah tunggu dekat luar tu. Kita orang nak jumpa dengan pengantin sekejap before balik." Raihan meminta diri sebelum sekali lagi dia menghulurkan tangan berjabat dengan Ann Layli.

Mengangguk Ann Layli menghantar pemergian Raihan keluar dari restroom itu dengan senyum tawar. Tenaganya benar-benar terkuras selepas memuntahkan isi perut tadi.

Ann Layli kemudian membasahkan wajah dengan air putih sekali lagi untuk mengurangkan rasa ketidakselesaannya sebelum dia berniat untuk kembali ke dalam dewan semula.

Kepala yang masih pening dipicit picit bagi mengurangkan kesakitan. Saat itu, mahu saja dia kembali ke bilik supaya dapat berbaring sambil merehatkan badan yang terasa sangat lemah.

Menyesal dia membantah pelawaan suaminya pagi tadi agar membatalkan majlis resepsi mereka pada malam itu. Semuanya gara gara dia tidak mahu menyusahkan suaminya dan beberapa pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis itu. Sangkanya dia sudah pulih, tetapi rupanya demam virusnya kembali menyerang sewaktu majlis persandingan berlangsung.

Apakan daya, terlajak perahu boleh diundur terlajak bicara padah tubuhnya. Nah, sekarang dia harus bertepuk tangan buat penghargaan kepada diri sendiri kerana berjaya menyeksakan tubuhnya apabila kembali di serang demam.

Rasanya mahu saja dia terus pulang ke bilik penginapan hotel tetapi digagahkan diri agar tidak berbuat demikian kerana mengingatkan Benz Fahri yang dia tinggalkan di dewan tadi bakal risau akan dirinya langsung, dibatalkan hasrat itu. Dia harus kembali berada di sisi Benz Fahri, kerana masih ada lagi tetamu yang belum pulang. Apa pula kata tetamu andai dia sebagai pengantin perempuan terlebih dahulu pulang sebelum mereka. Pasti suaminya akan mendapat malu.

Menapak keluar dari restroom, Ann Layli berjalan perlahan. Kepala yang pening masih tak reda sakitnya walaupun tadi sudah dia lumurkan sedikit minyak kayu putih yang sempat di ambil di dalam tas tangannya lalu di bawa bersama ke tandas.

Baru saja mahu melepasi sempadan ruang dewan dengan restroom, terdengar namanya di seru. Menoleh, Ann Layli berhenti bersama kerutan di wajahnya. Tidak menyangka akan berjumpa dengan lelaki itu di situ.

Susuk lelaki berkemeja hitam segera mendekat ke arah Ann Layli. Senyumannya terbias buat wanita itu.

“ Tahniah Ann! Selamat pengantin baru." ujar lelaki itu. Sekotak hadiah bersaiz bola sepak yang berada di tangannya di hadiahkan kepada Ann Layli.

Teragak-agak Ann Layli mahu mengambilnya.

“ A token of gratitude for your special day.” ujar lelaki itu lagi.

Mendengarkan itu, Ann Layli menerimanya juga. Fikirnya, tidak baik menolak pemberian orang, apatahlagi hadiah itu khusus untuk hari perkahwinannya.

“ Terima kasih."

“ Sama-sama kasih. Cantik Ann malam ni.” pujinya bersama senyuman yang tak surut di wajah.

Ann Layli menunduk mendengarkan pujian dari lelaki yang suatu masa dulu pernah mempunyai nama di ruang hatinya. Rasa bersalah wujud dalam dirinya saat itu apabila mendengarkan pujian yang tidak sepatutnya terbit dari bibir seorang Zen Huzaini yang bergelar suami orang. Pun begitu dia juga sudah bergelar isteri orang. Bukankah pujian sebegitu hanya layak di berikan buat pasangan sendiri?

Beberapa saat berlalu, suasana kekok menyelubungi keadaan mereka. Masing-masing membisu tidak tahu berbual apa. Membuatkan Ann Layli diserang perasaan bersalah terhadap suaminya.

“ Ajai."

“ Ann.”

Keduanya saling berseru nama. Sudahnya Zen Huzaini ketawa perlahan. Teringat akan momen sepuluh tahun yang lalu di mana mereka pada saat pertama kali berjumpa dalam keadaan seperti itu. Saling membisu dan hanyut dengan perasaan masing-masing. Akhirnya sama-sama bersuara dengan menggunakan ayat panggilan nama sendiri sebagai permulaan bicara mereka.

Ann Layli ikut tersenyum. Tetapi senyumannya begitu tawar.

“ Ladies first." Zen Huzaini memulakan perbualan. Gesture tangan ke arah tubuh wanita itu di angkat sebagai tanda mempersilakan Ann Layli memulakan perbualan mereka.

“ Kak Hani mana?"

Kepalanya sedikit meliar mencari susuk kakak angkatnya itu. Namun tidak kelihatan. Pandang wajah Zen Huzaini, keningnya terangkat bertanya.

Senyuman yang mengembang di wajah Zen Huzaini tadi mula surut sebaik mendengarkan nama isterinya meniti di bibir Ann Layli. Baru saja dia merasa gembira dapat bertemu wajah secara empat muka dengan wanita itu meski status Ann Layli hari ini sudah bertukar sebagai isteri orang tetapi tetap dia rasa bahagia.

“ Maybe in the ballroom. We're not together. Actually I'm heading to Jakarta tonight. So, I got to catch my flight after sending you this message." ujarnya. Matanya terarah kepada kotak hadiah yang sudah berada di tangan Ann Layli itu.

Ann Layli sedikit pelik mendengar penjelasan Zen Huzaini tentang Hani Wardah. Tetapi malas bersoal lagi kerana waktu itu dia benar-benar tidak selesa dengan keadaan dirinya. Mahu saja dia cepat kembali ke dewan dan mengajak Benz Fahri pulang ke bilik hotel mereka. Namun, perjumpaan secara tak sengaja dengan Zen Huzaini di situ, membuatkan dia terpaksa melengahkan hasratnya sebentar.

“ A night in Jakarta?” keningnya terangkat. Hairan. Tak dapat nak mengolah maksud sebenar lelaki itu.

“ Ah..ha. Get my name mention in offers by Indonesian government. So proudly serving my best version and action to the country.” jelasnya dengan wajah teruja.

“ Wow! It's like a blast gifted for you. Superb young man. Likely, supposed me are apparently to wish you a tenderness congrats!” balas Ann Layli bangga.

Mendengarkan berita baik itu dia ikut teruja mengucapkan tahniah buat Zen Huzaini yang berjaya meluaskan kerjayanya sebagai penyelamat elit di rantau orang. Bukan sesuatu yang biasa baginya. Dia turut berbangga dan tumpang gembira dengan lelaki itu.

“ You're welcome. So this is a farewell night I think."

“ Jangan cakap macam tu. Insha'Allah panjang umur murah rezeki kita mesti jumpa lagi. We're friends right? A friend's never ending it's friendships to the last way. It's grow and never die."

“ Hmmm..you're not my friends Ann. You're someone special in my life. It's grown here and here very much.” pangkas Zen Huzaini bersama telunjuk kiri di bawa ke kepala dan dadanya. Bibirnya bergetar menahan sebak yang mencengkam perasaan.

Sukar dan payah dia menerima kenyataan tetapi semuanya sudah tertulis. Dia pasrah. Jiwa yang nanar ingin di bawa jauh ke seberang lautan agar dia dapat memberi ruang dan peluang kepada Ann Layli berbahagia.

Ann Layli terdiam. Jauh di lubuk hati dia ikut bersedih dengan Zen Huzaini tetapi tiada apa yang dapat mengubah jalan hidupnya.

Takdirnya bersama Benz Fahri. Dia menolak cinta Zen Huzaini bukan kerana benci tetapi kerana perasaannya sudah tidak ada buat lelaki itu. Jiwanya kini terikat kuat buat seorang lelaki bergelar suami. Sejauh mana dia cuba menyembunyikan diri, sejauh itu juga takdir menjumpakannya dengan belahan jiwanya itu.

“ Ajai please! Kita dah bincang benda ni lama dulu. Antara kita cuma teman. Tak lebih dari tu walaupun kita pernah berkongsi perasaan yang sama. Tolonglah hormat perasaan pasangan kita. Ann doakan yang baik-baik untuk Ajai dan Kak Hani. Dan doakan yang baik-baik juga untuk Ann dan Benz. Please accept that fate fares us better than what we're looking up." tambahnya. Dada sudah sesak dengan nafas yang tertahan. Air hangat sudah bergenang di tubir mata. Bila-bila masa saja akan melimpah namun dia tahan.

Lantas kepala bertambah denyut. Pening yang tak hilang dari tadi semakin membuatkan Ann Layli bertambah sukar untuk berdiri dengan tegak. Tangan naik menahan tubuh ke tepi dinding apabila sudah terasa kakinya terumbang ambing memijak lantai.

Sedar saat itu dia harus beredar. Dia perlu mendapatkan rehat memandangkan badannya sudah berasa lebih teruk dari tadi. Badannya mula menggigil. Mengingatkan Benz Fahri yang mungkin mencarinya, Ann Layli meminta diri.

“ I got to go. Thanks for this.” Hadiah di tangan diangkat separa tinggi. “ Till then. Have a good journey anyway. May Allah bless you wherever..” belum sempat Ann Layli menyudahkan baris ayatnya yang terakhir tubuhnya terasa melayang.

“ Ann..!” Susuk Zen Huzaini nampak berbalam-balam dan berbayang.

“ Ann..!” Sayup saja telinganya mendengar namanya di panggil. Mata sudah berbinar dengan kepala terasa mengembang sebelum terasa tubuhnya disambar dan langsung tidak sedarkan diri.

Allahuakbar!

Zen Huzaini kalut menyambar tubuh yang dah hampir tumbang ke lantai. Hampir saja dia terduduk kerana menampung berat Ann Layli yang rebah tiba-tiba itu.

Melingas ke kiri dan kanan, dia cuba memanggil seseorang untuk membantunya. Namun, tiada sesiapa yang boleh diharapkan kerana laluan itu sedikit tersorok dari laluan awam.

Dalam keadaan yang sangat panik seperti itu dia terpaksa juga mengendong tubuh Ann Layli keluar dari laluan restroom itu.

Namun baru beberapa tapak melangkah dia terserempak dengan Benz Fahri. Pegun tubuhnya berdiri membalas tatapan tajam lelaki itu.

“ Benz!"

Laju Benz Fahri menghampiri susuk Zen Huzaini yang sedang mengendong seorang wanita di pangkuannya. Gopoh langkahnya.

Bersama riak wajah yang risau dan tegang, tubuh isterinya disambar laju dari pangkuan lelaki itu. Hampir terbalik ke belakang Zen Huzaini di buatnya impak dari tubuh sasa Benz Fahri yang menerpa laju. Mujur dia sempat menstabilkan tubuh dengan memampan kuat kedua belah kaki dari terjatuh. Kalau tidak, mahu dia juga Ann Layli sekali ikut tersungkur.

“ Kau apa hal!” Geram diterpa begitu Zen Huzaini mula menyinga.

“ What are you trying to do with mine?" Bengis wajah Benz Fahri mencerlung pandang ke arah Zen Huzaini.

Tersenyum sinis, Zen Huzaini membalas tatapan lelaki itu.

“ Macam ni ke cara orang intelektual berterima kasih pada orang yang dah tolong wife kau!"

“ Kalau kau nak tolong bukan dengan cara sentuh wife aku!" keras suara Benz Fahri membalas.

“ Itu darurat. No one can help that time, so aku tolong. Aku takkan biarkan orang mati depan akulah. Perhaps, she's someone special to me!" Zen Huzaini turut menjerkah Benz Fahri.

Geram dia dengan lelaki itu yang menuduhnya bukan-bukan. Kecil besar saja dia menatap wajah suami Ann Layli itu. Kalau tidak kerana sabar yang masih tersisa, pasti wajah lelaki itu dia layangkan dengan buku limanya. Biar tahu adab berterima kasih kepada orang yang dah membantunya.

Tambahan, dia belum hilang sifat perikemanusiaan lagi untuk tidak menyelamatkan nyawa orang dalam keadaan darurat begitu. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberikan pertolongan.

“ Kalau aku nak buat apa-apa bukan sekarang masanya. Lama dulu dah aku buat. Tak berbaloi aku tunggu sampai dia jadi hak kau sekarang.” sambung Zen Huzaini lagi. Hujung hidungnya disentuh dengan ibu jari bersama keluhan kasar dilepas keras. Matanya merah menahan amukan marah dalam dada apabila mendengar Benz Fahri menuduhnya sebegitu.

“ She's my wife. Tak ada siapa yang lebih layak untuk dia selain aku. Kau tak ada hak nak mengaku macam tu!" marah Benz Fahri pula. Berombak dadanya menahan sakit hati.

Berang dia mendengar pengakuan Zen Huzaini itu. Sungguh lelaki itu tidak tahu malu kerana dengan berani mengaku Ann Layli adalah orang istimewa dalam hidupnya.

“ Tak payah cakap pasal layak atau tak. Buktikan kau suami yang bertanggungjawab Ben. Jangan sakiti dia macam Muqri dulu. Kalau tak mampu, beritahu aku. Anytime aku boleh jadikan dia milik aku.” cabar Zen Huzaini.

“ Step my over dead body!" jerkah Benz Fahri. Oktaf suaranya lebih meninggi dari tadi.

Rasanya kalau tiada tubuh Ann Layli di dalam pangkuannya saat itu, sudah lama lunyai Zen Huzaini dia kerjakan. Sakit hatinya mendengar kata-kata Zen Huzaini. Urat lehernya bertambah tegang.

“ Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Ajai. Jaga mulut kau!" tambah Benz Fahri tidak puas hati.

“ Kau yang kurang ajar. Bini kau sakit kau pergi mana hah! Nasib aku yang datang kalau tak lama dah bini kau tu tersungkur dekat sana." balas Zen Huzaini turut sama bengang.

“ Dah la bro lebih baik cepat bawa wife kau dapatkan rawatan. Tak guna kita bertegang urat dekat sini. Her life is very important right now." tempelak Zen Huzaini.

Menunduk, Zen Huzaini mengutip kotak hadiah yang sudah jatuh dari pegangan Ann Layli sebelum wanita itu pengsan tadi lalu menyerahkan kepada Benz Fahri.

“ Congrats for your wedding. Send my regards to her. Jaga Ann baik-baik kalau kau tak nak aku miserablekan hidup kau. She's too worthy to waste. Once I heard you messed with her, I'll get you through the law.” ujar Zen Huzaini memberi amaran lalu menunjal bahu Benz Fahri sebelum berlalu pergi dengan nada keras.

Dia begitu memaksudkan kata-katanya kepada Benz Fahri. Bahkan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika lelaki itu mengabaikan tanggungjawabnya.

*******

“ Lambatnya Kak Rai ni? Apa la yang dia buat dekat tandas tu?” bebel Jihan ke arah Salmi dan Hani Wardah berhadapannya. Jam tangan di tilik sebentar. Sudah hampir lima belas minit wanita itu menghilang.

“ Kejap lagi dia datang la tu.” ujar Salmi.

“ Tu ha, Raihan. Datang dah dia!”

Telunjuk Hani Wardah terarah ke arah susuk wanita berbaju kebaya hijau lumut yang mula mendekat ke meja mereka.

Jihan angkat wajah. Menggeleng kepalanya melihat Raihan yang begitu santai saja berjalan ke arah mereka. Sedangkan dia mengejar masa mahu pulang kerana adiknya ada mengkhabarkan berita yang tidak baik seketika tadi.

Bangun, Jihan menarik Raihan dengan kalut. Terhuyung hayang Raihan melangkah dengan stiletto yang tidak stabil di kaki.

“ Ei, sabar la kejap. Kau kalut kalut nak ke mana Jihan oi."

“ Akak ni cepatlah. Jie nak balik dah ni. Ada emergency kat rumah. Jomlah pergi jumpa dengan pengantin!”

Tidak sempat Raihan membalas langsung menonong Jihan capai tas tangan milik Raihan yang berada di atas kerusi bersebelahannya lalu meyerahkannya gopoh kepada wanita itu. Dia kemudian memimpin tangan Raihan agar ikut berjalan saing dengannya menuju ke arah pentas pelamin.

“ Kak Hani, Kak Salmi jomlah cepat!" getus Jihan sambil menoleh ke belakang apabila dia sudah bergerak ke hadapan meninggalkan dua orang lagi teman ofisnya itu di belakang.

“ Ye..ye kita orang datang la ni." balas Hani Wardah dan Salmi serentak. Tergeleng kepala dua orang wanita itu melihat kekalutan Jihan. Kaki mereka langsung melangkah mengikut arah Jihan dan Raihan.

Baru mereka hendak bertegur sapa dengan Benz Fahri, kelihatan lelaki itu sudah bergerak meninggalkan meja Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia.

Terhenti langkah wanita berempat itu saat melihat susuk Benz Fahri menghilang. Melongo mereka terutamanya Jihan yang begitu teruja mahu bertemu dengan pengantin tersebut.

“ Akak la ni lambat. Tengok Tuan Benz dah pergi. Melepas nak tengok pengantin dekat-dekat." rungut Jihan. Mencuka wajahnya. Bahu Raihan digoncang geram.

“ Akak bukan sengaja. Emergency kat tandas tadi. Lagipun akak tolong orang tak sihat kat tandas tu. Sorry la!”

Jihan melepas keluh.

“ Time- time ni la pun akak nak tolong orang. Siapa yang tak sihat kat tandas tu?” garang Jihan bertanya.

“ Aah, siapa yang akak tolong tu?" soal Salmi juga ingin tahu.

“ Tak kenal. Tapi serious perempuan tu tak sihat. Dia demam kut. Masa akak keluar tandas nampak dia termuntah muntah dekat sinki. Akak pun tolong lah. Bila akak gosok je belakang dia, mak ai panas betul badan dia. Macam nak terbakar tapak tangan akak ni. Kesian dia." Raihan bercerita.

“ Dah tahu tak sihat datang sini buat apa la!” geleng Jihan.

“ Nama pun sakit Jihan. Emergency kes la tu. Itu namanya malang tak berbau." jawab Hani Wardah.

“ Dah tu sekarang macam mana? Tuan Benz pun dah pergi."

“ Apa lagi. Balik la. Tak ada rezeki nak jumpa dia dengan wife dia. " balas Jihan.

“ Jomlah. Tunggu sini pun bukan dapat apa pun. Penat dah ni.” ujar Salmi pula. Dia meraih lengan Hani Wardah lalu bergerak menuju pintu utama dewan.

“ Ha jom jom. Jihan, kau tadi kalut nak balik kan. Tunggu apa lagi. Jomlah.” panggil Raihan.

Jihan tak membalas sebaliknya kalut berjalan mengikut Raihan yang mendahului Salmi dan Hani Wardah di depan.

Namun sebaik mereka sampai ke pintu utama dewan, suasana di situ sudah sesak dan riuh dek ramai orang yang berkerumun di laluan masuk hotel.

Terpinga-pinga mereka melihat keadaan yang sangat sesak itu. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum Hani Wardah mendahului yang lainnya menyelit dicelahan orang ramai itu untuk melihat situasi sebenar.

“ Kak Hani!” panggil Salmi sebaik melihat Hani Wardah menonong mendahului mereka.

Jihan dan Raihan ikut memanggil tetapi nyata terlambat. Hani Wardah sudah lepas lebih jauh.

“ Laju betul Kak Hani ni! Apa hal yang jadi eh?"
Jihan bersoal kepada Raihan dan Salmi namun sepertinya mereka juga tidak tahu membuatkan keduanya hanya menjungkit bahu.

Akhirnya langkah Hani Wardah hanya dihantar pergi dengan iris ketiga wanita itu.

Selepas mendapat sedikit ruang, barulah Hani Wardah dapat melihat perkara yang jelas di hadapan. Terlihat susuk suaminya Zen Huzaini yang sedang cemas dan kalut bersebelahan Benz Fahri berserta ahli keluarga lelaki itu apabila melihat sebuah ambulans yang tiba di dataran hadapan hotel.

Dengan gopoh serta perasaan yang berdebar, Hani Wardah memajukan langkahnya tetapi dek kesesakan orang ramai perjalanannya terganggu. Matanya tak lepas memusatkan perhatian ke arah Zen Huzaini. Jelas kelihatan riak suaminya sedang berada dalam kekusutan dan sepertinya menghadapi masalah berat.

Hani Wardah bertambah risau. Dia cuba mencelah dengan perlahan-lahan sehingga dia tiba ke arah Zen Huzaini dengan berjaya. Sebaik dia mendekati suaminya, ambulans pula sudah bergerak pergi. Toh, kelibat Benz Fahri dan beberapa ahli keluarga lelaki itu juga sudah tidak kelihatan di sana.

“ A—bang!”

Zen Huzaini yang sedang menyepak keras batuan jalan tar yang berada di hujung kaki membuatkan kepulan debu tanah berterbangan ke serata arah menoleh apabila dipanggil. Wajah Hani Wardah memonopoli pandangan bersama riak wajah tegang.

Terkejut wajah Hani Wardah melihat aksi Zen Huzaini membuatkan dia tertanya-tanya mengapakah suaminya bersikap demikian. Pun begitu dia hairan apabila melihat Zen Huzaini Di situ kerana setahunya suaminya akan ke Jakarta malam nanti. Sudah dia ajak Zen Huzaini menghadiri majlis perkahwinan Ann Layli dan Benz Fahri tetapi lelaki itu menolak. Katanya mahu menyiapkan barang ke sana. Tetapi hatinya kuat mengatakan yang sebenarnya Zen Huzaini hanya mahu mengelak dari menyaksikan perkahwinan pasangan itu. Suaminya itu sebenarnya ingin membawa diri berikutan cintanya di tolak Ann Layli.

“ Hani!" Datar saja nada Zen Huzaini.

“ What happened here? Tought you're not attending this event!”

Zen Huzaini mengeluh. Sedikit kasar bunyinya membuatkan Hani Wardah jelas dengan keadaan suaminya yang sedang di dalam keadaan yang tidak baik. Malah moodnya juga mungkin kacau bilau.

Tidak mahu menjelaskan apa-apa, Zen Huzaini bergerak melepasi Hani Wardah mahu menuju ke basement.

Terpinga-pinga Hani Wardah melihat susuk suaminya berlalu pergi meninggalkan dirinya saat di tanya tadi.

Sedar, keadaan akan bertambah buruk jika dia berkeras mahukan penjelasan di biarkan Zen Huzaini berlalu pergi. Memberi ruang agar suaminya bertenang terlebih dahulu sebelum membuat perhitungan dengan lelaki itu. Dia pasti sesuatu sedang berlaku jika tidak masakan Zen Huzaini berkelakuan menyebalkan seperti itu. Dia sudah arif dengan sifat dan keperibadian seorang Zen Huzaini yang telah menjadi suaminya selama beberapa tahun ini.

*********

Ann Benz kembali.. TQ korang yg tunggu WL update FFM..korang mmg awesome! Selamat membaca! Sorry kalau byk typo..hihi..tak sempat nak edit..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience