Tap!!
Tidak kuat tidak perlahan. Pintu kereta Jamilah hempas saat kaki sudah melangkah keluar dari kereta Raimi.
Tergeleng kepala jejaka yang berambut kerinting bak apfro itu apabila melihat tindakan emak saudaranya yang kadang kala menjengkelkan itu. Tapi apa yang boleh dia kata sementelah tambang tol serta belanja minyak petrol untuk ke Kuala Lumpur itu di sara wanita tersebut. Sudahnya, dia cuma berdiam diri dan mengekor dari belakang Jamilah saja.
Pintu rumah berkembar dua di hadapan mata Jamilah pandang dengan senyuman sinis. Seketika dia menyedut udara lalu melepasnya perlahan. Kaki diorak langkah ke arah pintu yang bercat 'ash grey' itu.
Tok!! Tok!!
Pintu terbuka setelah dua kali Jamilah ketuk. Biasan wajah sang menantu menabiri ruang mata. Semerta dia pamer wajah yang sangat dingin. Tanda kedatangannya yang tak diinginkan namun ada cerita yang harus dia noktahkan.
“ Mak.” Jemari mulus Ann Layli terhulur menyambut tetamu kehormatnya saat itu. Namun tidak mendapat sambutan dari Jamilah. Bagai berlalu di tengah angin saja. Fahamlah Ann Layli dengan riak itu, lalu segera dia menurunkan tangannya yang tak bersambut.
Masih menghormati, dia mempersilakan tetamu tak diundangnya itu masuk ke dalam rumah. Seketika baru dia perasan akan kehadiran lagi seorang tetamunya.
“ Oh, Raimi pun ada. Masuklah Mie.”
Kelmarin Jamilah ke Kuala Lumpur kerana menghadiri majlis perkahwinan anak sepupunya di sana. Suaminya Pak Bakar awal-awal lagi menolak mahu mengikuti ke majlis tersebut kerana sibuk mengurusi kebun-kebunnya. Sudahnya dia ke sana ditemani anak saudaranya si Raimi. Bonus buat dirinya kerana ketiadaan sang suami. Dapatlah dia melunasi hajat di hati tanpa pengetahuan si suami. Dalam fikiran pelbagai rencana telah dia susun.
Setelah dua hari bermalam di rumah sepupunya serta usai menghadiri majlis keramaian itu, Jamilah meminta Raimi membawanya ke rumah arwah Muqri. Dikhabarkan kepada Raimi dia mahu melawat menantunya Ann Layli yang baru kehabisan edah minggu itu. Tanpa banyak soal dan bicara Raimi membawa Jamilah langsung ke sana.
Apabila tiba di rumah menantunya, Ann Layli mempersilakan ibu mertuanya masuk ke dalam. Raimi duduk di sofa sementelah Jamilah berjalan sambil mengitari ruang tamu rumah itu lagak tuan rumah datang melawat rumah sewanya saja. Gayanya kelihatan angkuh dan sombong.
Ann Layli membiarkan saja ibu mertuanya lalu setelah bersalaman dengan wanita itu dia masuk ke dapur menyiapkan minuman untuk tetamunya itu.
Beberapa minit ke dapur, Ann Layli keluar semula sambil menatang dulang berisi teko dan cawan teh bersama sepiring karipap frozen lalu diletakkan di atas meja kecil di sudut ruang tamu itu.
“ Jemput minum mak, Raimi.” huluran cawan berisi teh disua Ann Layli ke hadapan dua tetamunya.
“ Huh!” Jamilah berdesis. Dia masih sibuk mengitari ruang tamu rumah anaknya itu tanpa sedikit pun wajah memandang Ann Layli yang terkulat berdiri di hujung sofa.
“ Terima kasih Ann. Minumlah sama.” ucap Raimi tersenyum simpul dengan tangan kanannya terhulur mencapai cawan berisi teh itu namun matanya yang galak tak sudah memandang Ann Layli dari atas ke bawah. Semakin cantik wanita itu sejak menjadi balu. Desis, hati kecil Raimi.
“ Tak apa, Mi jemputlah minum. Saya baru lepas minum tadi.” balas Ann Layli dengan anggukan serta senyuman nipis.
“ Mak lama ke kat sini? Kalau lama Ann siapkan bilik dulu. Kalau mak bagitahu nak datang boleh Ann siapkan bilik untuk mak awal-awal.” Ann Layli bersuara memecahkan rasa canggung dan perasaan yang berdebar apabila terperasan akan mata Raimi yang dari tadi melirik nakal itu.
Jelingan tajam Jamilah membuatkan hatinya bertambah debar. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang tidak enak dari pandangan itu. Namun, cepat dia sangkal. Tak mahu mendidik hatinya agar selalu berburuk sangka.
“ Memang aku lama kat sini. Kenapa..ada masalah?” bulat mata Jamilah menjeling menantunya.
“ Err, tak.. tak mak.” gugup Ann Layli bersuara. Wajah garang Jamilah tak berani dia pandang lama. Pandangannya ditala kembali pada ibu jari kaki yang dipasung kejap pada lantai mozek itu. Menunduk mendiamkan diri.
Jamilah akhirnya melabuhkan duduk di sebelah Raimi. Setelah berkira-kira, dia nekad mahu memberitahu pada Ann Layli. Dengan nada yang amat bongkak sekali lagi dia bersuara.
“ Aku rasa kau tak perlu dah tinggal dekat sini. Kalau tak silap aku, dua hari lepas hari terakhir kau edah kan!Maknanya habis dah tanggungjawab aku sebagai orang tua Muqri jaga dan bela kau selama jadi balu anak aku. Aku nak kau keluar dari rumah ni sebab rumah ni rumah anak aku. Dulu semasa anak aku hidup kau mungkin permaisuri dalam rumah ni. Tapi sekarang anak aku dah tak ada. Kau jangan nak bersenang lenang pulak. Makanya kau dah boleh berambus dari rumah ni!” lantang suara Jamilah bergema di ruangan tamu itu. Keras sekali. Buntang matanya memandang Ann Layli seakan mahu meratah wanita itu hidup-hidup.
Sudah lama sebenarnya dia tahan amarah itu. Sakit hati dan bencinya dengan Ann Layli telah lama dia pendam semenjak Muqri anak lelaki tunggalnya membuat keputusan untuk berkahwin dengan Ann Layli lagi.
Dia terpaksa berpura-pura menyukai pilihan anaknya. Dia terpaksa menerima tanpa redha ikatan tersebut.
Hari ini, setelah bertahun amarah itu terpendam akhirnya meletus jua. Bagai gunung berapi yang meletup memuntahkan lahar jingga yang panas dan mendidih. Puas hatinya apabila dapat melontarkan perasaan yang menggigit jiwanya sekian lama. Dendam lama harus di balas agar dia puas. Harga kesengsaraan dia perlu dibayar.
Zapp!!
Dari menekur pandangan di lantai tadi Ann Layli naik terdongak. Mahu tak mahu wajah tanpa riak Jamilah terpaksa dia pandang. Hatinya makin tak keruan. Dadanya berdegup kencang.
“ M—maksud mak?”
Jamilah bersilang tangan ke dada. Wajahnya melakar sengihan yang sukar di mengertikan memandang Ann Layli yang seperti pesalah banduan. Menanti saat dijatuhkan hukum.
“ Maksud aku, aku nak kau keluar dari rumah ni! Kemas kain baju kau dan berhambus cepat.”
“ Tapi mak, kalau Ann keluar Ann nak duduk mana mak? Kesian dekat Ann mak!” rayu Ann Layli. Air matanya sudah berlinang. Dia mendekati ibu mertuanya yang sedang duduk di atas sofa itu. Kedua tangan Jamilah diraih. Cuba meraih simpati wanita itu.
Jamilah menepis kasar tubuh itu. Dia jijik. Dia geli di sentuh Ann Layli. Sudah lama dia anggap gadis itu pembawa malang. Pembawa sial. Semenjak kehadiran Ann Layli dalam hidup anaknya bermacam perkara buruk yang terjadi. Dia benci dengan anak pungut Zahid dan Hasnah itu.
Lalu dengan nafsu yang merajai hati, dia nekad mahu menyingkirkan gadis itu dari hidup keluarganya. Dia tidak mahu baki keluarganya mendapat bala yang lain pula. Ann Layli perlu diusir. Sementelah dendam lamanya dengan Hasnah perlu di balas.
“ Kau punya pasal nak duduk mana pun. Bukan lagi urusan aku!” bentak Jamilah kasar. Oktaf suaranya meninggi.
“ Tapi mak, Abang Muqri cakap dulu rumah ni dia hibahkan atas nama Ann. Jadi Ann ada hak atas rumah ni. Mak tak boleh buat macam ni!” pertahan Ann Layli.
Dia mulai terisak. Sedih diperlakukan kasar seperti itu. Dari dulu dia tahu ibu mertuanya itu tidak sukakan dirinya. Dapat dia lihat jelas dari riak wajah wanita separuh abad itu. Sangat bongkak dan angkuh dan tidak pernah bermesra dengannya. Jikalau ada Muqri dan suaminya Pak Bakar saja barulah dia akan melayan Ann Layli dengan baik. Atas sebab apa Jamilah tidak menyukainya pun dia tidak tahu. Dia tetap juga cuba berbaik dengan Jamilah namun Jamilah dengan sombongnya mengendahkan dirinya. Lama kelamaan Ann Layli menjadi lali dengan sikap Jamilah tersebut.
“ Hibah?” terkekeh wanita tua itu sehingga berair matanya. Dia berasa sangat geli hati mendengar ucapan bekas menantunya itu. Tergeleng-geleng kepalanya.
Anggukan dari Ann Layli membuatkan hatinya bertambah gelegak. Geram dan benci makin membuak membuatkan automatik tangannya beraksi. Kepala Ann Layli yang di hujung lututnya ditunjal membuatkan Ann Layli terlayah kebelakang sehingga bucu sofa yang satu lagi mengenai pinggangnya. Menyeringai Ann Layli kesakitan.
Puan Jamilah bangkit berdiri dari sofa satu yang dia duduki. Bercekak pinggang di tengah ruang itu dia sekali lagi bersuara kasar.
“ Hibah konon! Tak ada maknanya. Tak sempat dia nak buat hibah untuk kau dia dah meninggal. Aku tahulah Muqri tu anak aku. Semua harta dia dulu dia dah tukar hak milik atas nama aku. Kau tu sedar diri sikit. Jangan tahu nak kikis harat anak aku je. Sebab kaulah anak aku mati. Kau ni bawa sial tahu! Tak sudah-sudah asyik bawa malang!” geram yang menggunung Jamilah lampiaskan semahunya.
“ Hei betina..kau dengar sini! Sejak anak aku kahwin dengan kau hidup dia porak peranda kau tahu. Bisnes dia berapa kali melingkup sebab bela biawak hidup macam kau. Sikit pun tak bawa untung. Sampai hari ni kau tu tak mengandung zuriat keturunan keluarga aku. Sama macam mak kau. Sampai hari ni tak ada zuriat sendiri. Mandul! ” hina Jamilah lagi.
“ Mak...tak baik mak tuduh macam tu.” ngongoi Ann Layli. Sudah tak sanggup di caci. Dia boleh terima kalau dia saja dihina tapi bukan Hasnah ibunya.
Cercaan Jamilah membuatkan hati Ann Layli yang terluka bertambah dalam. Kata hinaan bukan saja terpalit namanya malah nama ibunya juga turut terpaut sama. Entah apa salah ibunya Hasnah pada Jamilah.
“ Kau diam. Aku tak habis bercakap lagi.. Anak aku berhutang keliling pinggang. Pinjam lintah darat bagai sampai tergadai tanah laki aku. Kau ingat senang ke dia nak dapat duit untuk bayar hutang dia yang berkarung dekat lanun cina tu kalau tak jual tanah laki aku sampai tergadai tanah tu. Jenuh aku pujuk laki aku suruh tolong dia sebab nak langsaikan hutang tu. Kau kena berterima kasih sikit dengan aku! Jangan nak berlagak sangat. Dahlah kau porak perandakan hidup anak aku sampaikan anak aku kena bunuh dengan barua lanun cina tu semata nak tebus tanah tu. Lepas tu senang-senang kau cakap dia hibahkan rumah ni untuk kau. Mana buktinya hah?! Kau ingat aku bodoh? Semua harta anak aku dapat kat kau. Kau nak bolot semua harta dia? Jangan mimpi satu sen pun!” Menggila Jamilah melontarkan amarah. Tubuh Ann Layli dibanting bertalu dengan tenaga geramnya.
“ Sakit mak! Ampun mak!” ngongoi Ann Layli. Kaki Jamilah di paut kuat.
“ Aku tak ampunkan kau. Kau bukan keluarga aku. Mulai hari ni, aku dah tak nak tengok muka kau kat rumah ni. Baik kau berhambus sebelum aku buat report polis.” sembur Jamilah lagi. Sedikit sebanyak hatinya puas melihat rayuan Ann Layli. Kaki Jamilah naik menendang menantunya tanpa simpati.
Raimi yang berada di sofa berhampiran terkulat melihat angin ribut ibu saudaranya itu. Baru saja ingin dia bangun membantu Ann Layli, Jamilah bersuara melarang.
“ Kamu jangan berani-berani nak tolong dia Mi. Dasar betina sial macam ni tak patut di tolong. Tak sedar diri!” pekik Jamilah. Terus Raimi terkesip beku di sofa itu tak jadi nak menghulur bantuan.
“ Mak tolong bagi Ann masa mak. Ann janji akan keluar secepat mungkin.” ujar Ann Layli. Dia berusaha memujuk Jamilah agar membenarkan dia duduk di situ sehingga dia mendapat kerja dan rumah yang boleh di sewa. Tak guna dia berkeras mahu mempertahankan rumah itu kalau Jamilah sudah menghina dirinya malahan ibunya juga. Hatinya sudah cukup sakit dan terluka. Maruahnya tercalar. Dia tidak sanggup lagi nak mendengar cercaan Jamilah itu. Dia juga punya harga diri.
Jamilah sedikit pun tidak berkompromi dengan menantunya. Hatinya yang sudah dirasuk syaitan itu terus menggila melemparkan kata nista. Dia sudah tak peduli. Yang penting sekarang hatinya puas.
“ Tak ada masa aku nak layan kau. Aku tak peduli. Aku nak kau berhambus sekarang jugak. Ikut suka kau nak merempat mana. Aku dah muak tengok kau!”
“ Raimi kau suruh perempuan ni keluar. Ikut kaulah nak buat macam mana pun dengan dia. Mak Lah nak masuk berehat. Mak Lah keluar nanti tak mahu tengok muka dia ada kat sini lagi.” arah Jamilah kepada Raimi. Wajahnya memerah memberi arahan kepada anak saudaranya itu.
“ T-tapi Mak Lah!”terkulat-kulat Raimi menggaru belakang kepalanya yang tak gatal tu.
“ Tak ada tapi-tapi. Kau ikut je arahan aku.” seru Jamilah lanjut. Buntang matanya menala pandangan Raimi.
“ B—baik Mak Lah.” akur Raimi.
Raimi yang seperti lembu dicucuk hidung itu segera mengikut arahan ibu saudaranya.
Sementara Puan Jamilah terus berlenggok masuk ke dalam bilik dengan jelingan tajam dan garang tanda keputusannya muktamad dan bulat.
Saat itu, jangan ada lagi suara yang mahu memujuknya. Dia berasa amat lega dan puas kerana dapat merebut harta anaknya dari jatuh ke tangan Ann Layli. Dia benar-benar benci pada wanita itu.
Setelah mendapat lampu hijau dari wanita berusia emas itu Raimi merapati Ann Layli.
“ Maafkan Mi sebab tak dapat nak tolong Ann. Mi harap Ann bersabarlah. Ann pun tahukan perangai Mak Lah tu macam mana? Kalau hitam katanya hitamlah keputusannya.” ujarnya serba salah.
Ann Layli bangun berdiri dengan suara yang masih tersedu. Linangan air mata di pipi dilap dengan hujung lengan baju.
“ Tak apalah Mi. Ann faham. Ann akan pergi. ” balas Ann Layli dengan suara yang masih tersedu-sedu.
“ Ann masuklah berkemas apa yang patut. Siap nanti bagitahu Mi. Mi hantar Ann ke mana pun Ann nak pergi. Jangan risau. Mi dah anggap Ann macam adik Mie sendiri.” ucap Raimi dengan nada yang lembut. Dia benar-benar kasihan akan wanita yang baru kehilangan suaminya itu.
“Jangan sedih-sedih. Mi ada.” ujar Raimi. Tangannya naik menyentuh pipi Ann Layli yang kemerahan akibat terlalu banyak menangis tadi. Mengelus air mata yang tersisa di pipi itu.
Kerana terlalu simpati dengan nasib Ann Layli, Raimi cuba menenteramkan hati dan persaan wanita itu. Akibat perbuatan luar kawalan itu, membuatkan Ann Layli terkejut lantas menepis kasar tangan Raimi.
“ Oops! maaf. ” tangan Raimi perlahan ditarik ke sisi. Sebelah tangannya lagi naik menggaru pelipis menghilangkan serba salah atas ketelanjuran perbuatannya.
Ann Layli mencerlung matanya ke arah Raimi tanda tidak suka dengan sikap lepas lelaki itu. Dia terus merasa tidak selesa apabila berada di situ dengan Raimi. Lirikan mata Raimi kelihatan sangat lain membuatkan bulu romanya tegak berdiri.
Raimi memandang lenggok tubuh Ann Layli itu dengan suatu perasaan yang aneh. Apatah lagi saat kulit tangannya tadi menyentuh pipi gebu wanita itu membuatkan dia terpesona dan keasyikkan.
Meneguk liurnya berkali membuat nafsu jantannya merejut dalam. Tubuh molek Ann Layli yang hanya berbalut tshirt dan kain batik itu menaikkan berahi yang tersimpan kemas dalam batinnya.
Menyedari pandangan gila dan jijik itu Ann Layli pantas bangun dengan nafas yang mengah akibat beberapa kali dipukul Jamilah tadi. Baru saja beberapa tapak melangkah laluannya di sekat.
Raimi sempat membaca tingkah Ann Layli itu dan pantas bertindak. Tangan Ann Layli disambar laju. Sementara kaki wanita itu di halang dengan kakinya. Ann Layli jatuh terjelopok di hadapan Raimi.
Raimi tersengih seperti kerang busuk. Cepat saja tangannya memaut wajah Ann Layli. Terkial-kial Ann Layli menepis sentuhan berahi Raimi.
“ To..tolonglah. Jangan apa-apakan saya. Saya janji akan pergi sekarang.” pintanya takut-takut.
Raimi mengangguk-menggangguk. Dia tersenyum simpul. Tubuh Ann Layli dipaut perlahan. Dia cuba berlembut dengan wanita itu. Dia tahu jikalau dia bersikap kasar pasti Ann Layli akan bersikap kasar juga.
“ Tak..tak. Saya takkan apa-apakan Ann. Bangunlah. Pergilah bersiap. Saya hantarkan Ann ke tempat Ann mahu pergi.” ujar Raimi. Dia pamer wajah paling ikhlas.
Seperti mendengar ucapan emas Ann Layli kelegaan. Raimi melepaskan Ann Layli berlalu ke biliknya. Sepantas kilat Ann Layli berlari masuk ke dalam bilik.
Bagasi besar yang tergeletak di bawah katil dicapai. Mencapai kain baju dan beberapa barangan peribadi yang penting lalu disimpan ke dalam beg. Sambil itu, air matanya bercucuran laju. Dalam kepalanya tak henti berfikir. Kemanakah arah yang mahu dia pergi. Mahu pulang ke kampung mungkin keputusan yang paling akhir sekali dia akan lakukan. Tak bisa dia merusuhkan lagi masalahnya kepada kedua ibu bapanya yang semakin uzur. Setelah beberapa ketika berfikir dan menimbang tara baik buruk dia akhirnya membuat keputusan untuk ke suatu tempat yang dia rasakan baik buat sementara waktu ini.
Biarlah dia merempat dari terus menetap di rumah itu dari tergadai maruahnya yang tidak tersisa apa pun. Dahulu, semasa hayat arwah suaminya masih ada pun boleh melakukan perbuatan jijik dan terkutuk kepadanya masakan lelaki yang tidak punyai apa ikatan dihadapannya tika itu tidak boleh melakukan yang lebih jijik dari suaminya sendiri. Mengenang itu Ann Layli cepat saja menyiapkan dirinya.
Pintu bilik ditarik selak. Bagasi besarnya ditolak keluar dari permukaan pintu. Matanya meliar memerhati ruang tamu yang sedikit berantakan itu. Dihujung sudut kelihatan Raimi duduk di situ. Melihatkan susuk Ann Layli yang keluar dari bukaan pintu Raimi bangun berdiri.
“ Sudah siap? Marilah.” ajak Raimi. Tangannya terhulur mahu mencapai bagasi Ann Layli. Wajah wanita itu masih ketakutan.
Ann Layli memegang kejap bagasinya dan menggeleng.
“ Tak apa, saya boleh bawak.”
Raimi bersikap bersahaja. Dia kemudian mendahului langkah Ann Layli keluar ke muka pintu. Belum sempat melangkah ke arah kereta suara Ann Layli mematikan hayunannya.
“ Mi, tak apa tak perlu hantarkan saya. Rumah kawan saya di sebelah saja. Saya akan menumpang di sana.”
Raimi tercengang. Dia mengikut arah mata Ann Layli ke sebelah pagar rumah itu. Kelihatan rumah itu seperti tak berpenghuni. Kesemua pintu serta tingkapnya bertutup rapat.
“ Betul ke? Macam tak ada orang je.” ujar Raimi tak puas hati. Sebiji kereta pun tak ada dihalaman rumah itu. Masakan dia mahu percaya yang rumah itu rumah kawan Ann Layli. Baru saja dia berhajat mahu membawa Ann Layli pergi dari situ. Alih-alih wanita itu mahu ke sebelah saja. Haih, kempunan dia!
“ Be..betul tu rumah kawan saya. Tak apa, terima kasih banyak. Sampaikan salam maaf saya pada mak dan ayah.” pesan Ann Layli. Dia segera menarik bagasinya keluar dari pagar rumah. Di biarkan saja Raimi tercegat di situ memerhatinya sehingga dia ke perkarangan rumah Hani Wardah.
********
Air putih di dalam gelas di hadapan di teguk perlahan sementara anak matanya meneliti butiran di atas kertas putih di tangan.
Sejurus air menuruni rengkung membasahi saluran esofagus matanya mula membulat sempurna sebaik menafsir catatan bukti yang tercatit di atas kertas putih itu. Berlapis kerutan di dahinya juga.
Gelas putih yang dah kering air itu kemudiannya di kembalikan ke atas piring yang terdapat di atas meja itu.
Meletakkan kertas yang sudah di baca itu dia mendongak menatap mata lelaki dihadapannya.
“ It is true?”soalnya.
Anggukan dari lelaki yang bersuit hitam itu menjawab pertanyaannya langsung.
” Alhamdulillah. Allahuakbar. ” perlahan namun jelas dipendengaran lelaki yang berhadapan dengan Benz Fahri itu. Seraya kedua telapak tangannya diraup ke wajah. Bersinar wajahnya saat itu.
“ Kalau tak ada apa-apa lagi tuan saya mintak diri dulu. ” ujar lelaki bersut hitam tersebut seraya bangun dari duduknya.
Sampul berisi bukti di tangan Benz Fahri disambutnya semula selepas Benz Fahri turut bangun dari duduknya.
“ Ya sure. Terima Kasih banyak Zamani. Saya sangat berpuas hati dengan kerja awak. ” balas Benz Fahri. Menghulur tangan ke arah lelaki yang bersut hitam itu bersama senyuman ringkas.
“ Sama-sama tuan. Saya cuma buat yang terbaik. Selebihnya Allah yang mudahkan urusan kita. ” ujar Zamani setelah mereka berjabat tangan di hadapan pintu bilik pejabat Benz Fahri.
" Ya. Apa-apa pun saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada awak kerana membantu saya dan mudahkan semua urusan ini. I can't imagine how to handle this alone and solve this matter untill settled everything. Thanks a lot bro. ” ujar Benz Fahri.
“ Welcome. Dah tugas saya sebagai P.I. untuk selesaikan semuanya. I just doing my job. Anything matters just inform me. Insha Allah I'll try my best.”
Sejurus Zamani pulang, Benz Fahri bergegas masuk ke dalam biliknya semula.
Mencapai beberapa barangan penting Benz Fahri menapak keluar dari biliknya. Lagaknya sangat kalut sehingga hampir melanggar Megat Bakhtiar yang berselisihan bahu dengannya di koridor pejabat itu.
“ Hey, watch out bro! Kalut-kalut nak kemana? Kena kejar hantu ke apa?” soal Megat Bakhtiar.
Figura si adik yang berseri bak delima yang berkilau itu membuatkan Megat Bakhtiar berkerut wajahnya. Perasaan curiga menguasai hati. Something aje budak ni!
“ Opssy! Sorry bang!” sengih Benz Fahri.
Megat Bakhtiar geleng kepala.
“ Kuntilanak mana yang kejar kau ni. Kalut semacam je melibas orang sampai tak nampak kiri kanan!”
“ Mana ada kuntilanak siang-siang hari ni bang. Aku ada hal urgent ni. Sebab tu nak cepat. Sorrylah.”
“ Kut ye pun urgent, jalan la elok - elok. Ini tak semua kau nak libas. Haish!”
“ Sorry bos. I've got to go. Apa-apa chat or call me later. ” balas Benz Fahri. Kakinya bersedia menghayun langkah semula. Namun beberapa tapak melangkah dia berhenti semula dan berpaling.
“ Bang, pesan dengan bonda Benz tak balik malam ni. Luar kawasan. Anything i'll update her. ”
“ Hmm.” Megat Bakhtiar sekadar membalas dengan gumaman melihat langkah si adik yang maha cepat itu. Sekejap saja tubuh adiknya hilang di balik pintu ofis tersebut.
Megat Bakhtiar menggeleng kepala dengan gelagat Benz Fahri. Ada saja si budak Benz ni. Satu hal pulak nak menjawab dengan bonda pasal dia.
**********
FFM kembali bersiaran. Sorry beribu ribu sorry sbb tak dapat selalu mengupdet karya yang tak seberapa ni. Banyak sangat faktornya. Thanks readers yang selalu sabar menanti. Doakan semua urusan WL utk FFM dimudahkan ye. Tq sgt2. Muah ciked :-* :-*
Share this novel