“ Yang..abang dapat arahan bertugas luar kawasan!" muka cemberut dengan nada terpaksa Zen Huzaini pamerkan.
“ Macam tak biasa?” sengih hujung bibir menyeget ke arah si suami. Namun Mata masih tak lepas menghadap cermin solek. Tangan juga masih kekal di bibir mengoles lipstik mauve dengan cekap. Siap berdandan, batang lipstik hitam itu diletakkan ke bekas alat solek semula.
“ Sebulan kut!” dengus Zen Huzaini geram. Nafas dilepas bertambah kasar.
Hani Wardah memutar tubuh badan, di bawa menyandar pada drawer meja solek. Kedua tangan dilipat ke dada. Tersenyum lucu melihat aksi suami yang masih bertuala di birai katil dengan muka masam mencuka.
Sesudah mandi tadi, Zen Huzaini masih bermalasan di hujung birai tersebut. Pakaian seragam yang dah siap bergosok sang isteri masih elok tersangkut di penyangkut baju. Sangat malas untuk dicapai dan mahu disarung ke tubuh. Mood paginya hilang lagi hari ini. Kalau diikutkan, sudah seminggu mood lelaki bernama Zen Huzaini itu hilang. Hilang di bawa pergi sekali oleh sang cinta hati.
Tanpa sedar, rambut yang masih separuh basah dikucar kacirkan kerana terlampau geram. Kepala pun naik serabut sama dengan barisan arahan semalam yang masih terngiang di cuping telinga.
“ By hook or by crooked, you must've been there. They need you as an escort officer for I month! ”
Berjalan ke arah penyangkut baju, uniform biru itu dicapai. Di bawa ke arah tuan badan. Tuala lap badan yang di bawa sekali di lapkan ke arah badan yang masih berteleku kejung atas katil. Tak nampak gaya nak bergerak walau seinci pun. Terpaksalah dia tolong. Kalau tak sampai ke minit seterusnya, mungkin suami dia tu tak beranjak dari situ nak bersiap ke tempat kerja.
Usai mengelap badan dan rambut Zen Huzaini yang sudah seperti kanak-kanak berumur empat tahun itu, Hani Wardah capai singlet putih yang sudah tersedia atas katil sejak tadi. Disarungkan ke kepala suaminya. Bagai anak kecil menurut saja Zen Huzaini dipakaikan baju. Seterusnya kemeja biru itu disarungkan ke badan pemiliknya.
“ Nanti Ann balik lah. Abang jangan macam ni. Rindu rindu jugak..tapi kerja kena jalan. Tu kan tanggungjawab kita. Lepas ni tanggungjawab abang lagi berat tau.”
“ Sebulan lama sangat kut. Macam la diorang tak tahu abang nak buat majlis nikah tu dua minggu lepas tu. Tak sempat nanti macam mana?”
” Insha Allah sempat." pujuk Hani Wardah.
” Hmm..dah la Ann pun tak balik-balik lagi. Nak jumpa pun kemain payah. Bila nak bincang pun entah." ujar Zen Huzaini merungut.
“ Sabar la abang. Nanti kita settle satu satu.” ujar Hani Wardah memujuk sekali lagi. Pipi Zen Huzaini dielus sayang.
“ Sabah yang..Sabah..jauh kut! Bukan Serdang!" mendengus. Oktaf suaranya pun naik lagi satu tangga. Butang baju dikancing dengan sebal yang tak sudah.
********
Hari minggu berlalu. Masuk pula hari bekerja meninggalkan yang lepas. Dan sampai semula ke hari minggu seterusnya membawa cerita lepas.
Sedar tak sedar hampir sebulan berlalu lepas peristiwa pertunangan tanpa sengaja tu. Ann Layli masih kekal berteduh di bawah bumbung milik pasangan Zen Huzaini dan Hani Wardah. Bukan membangkang keputusan Benz Fahri. Tidak. Tapi dalam keadaan sesiapa pun yang belum tahu tentang peristiwa dia dihalau Hajah Jamilah, membuatkan semuanya jadi payah.
Walaupun sudah berhajat mahu berpindah keluar dari situ, tetapi dengan masalah yang satu persatu timbul membuatkan keadaan tak berpihak kepadanya. Malah, dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini, nak mencari rumah sewa bukannya mudah. Susah sangat. Bukan dia tak mencari tetapi seakan jodoh untuk bertemu rumah sewa tu sukar pula. Ada saja halangannya. Sampai pening kepala di buatnya. Ini pun nasiblah Zen Huzaini di arahkan keluar bertugas di luar kawasan. Jauh nun di seberang laut Sabah kerana dia dikehendaki menjadi pegawai pengiring seorang konsulat di sana. Dapatlah dia bertahan lagi di rumah itu sementara mencari rumah sewa. Selesai semuanya, barulah dia akan memberitahu kepada keluarga tentang semua cerita yang terjadi termasuklah kepada tunangnya.
Tahan tak tahan pun, sehari sebelum kepergian Zen Huzaini dia mendapat kejutan kedua. Hampir, dia pitam mendengar perkhabaran Hani Wardah tersebut. Entah apalah nasibnya, jodoh perkahwinan saja yang mudah melekat dan senang dapat. Jodoh lain, lari menjauh.
Sepulang dari rumah Tan Sri Zahid tadi, Ann Layli meletakkan kepala di tangan sofa. Dek kerana kepala yang berdenyut sakan, dia berhasrat mahu berehat di situ. Lagipula, ketika dia sampai penghuni rumah tersebut tiada. Mungkin belum pulang dari bekerja kut.
Baru saja kepala mencecah bantal kecil sofa, dia di kejutkan dek bunyi kunci yang berkeriuk di muka kenop. Terngadah dia seketika. Mendengarkan kenop pintu semakin di kuasai kunci di bawa tubuh tegak duduk. Sempat jam dinding dikerling. Lima setengah petang. Ah! pasti tuannya sudah pulang.
Lekas tangannya mencapai tudung sarung yang elok tersidai dihujung sofa dengan kepala terhuyang hayang. Hajat Di hati ingin terus berlalu tetapi tidak kesampaian. Baru saja ingin melangkah meninggalkan ruang rehat itu suara sapaan Hani Wardah dan Zen Huzaini kedengaran di balik bukaan pintu.
“ Ann!” serentak suara bergema.
Dengan gerakan perlahan, Ann Layli putar tubuh. Nafas dilepaskan perlahan menatap ke arah wajah keduanya.
“ Kak Hani, Abang Ajai!” sapanya bersama anggukan. Senyum nipis di lemparkan buat pasangan tersebut.
Hani Wardah mendahului langkah si suami. Laju berjalan merapati Ann Layli. Pelukan diberikan dengan suara teruja bersoal. “ Bila sampai? Tak bagitahu akak pun!”
“ Baru je." balasnya lalu melepaskan pelukan.
Zen Huzaini di belakang memerhati senang reaksi kedua wanita kesayangannya itu. Wajah yang tadinya kelesuan kini dah bertukar keceriaan serta senyuman segar mula menghias bibirnya. Langkahnya pula lebih bersemangat. Dia berjalan lalu melabuhkan duduk ke sofa dengan mata tak lepas memandang Ann Layli. Berbunga jadi hatinya. Cinta hati sudah pulang!
“ Ann dah makan? Kalau belum jomlah makan sekali dengan akak dan abang. Petang ni kebetulan Encik Benz belanja satu ofis. Banyak sangat tadi, akak tapau bawak balik.” terangnya dengan sengihan seraya mengangkat dua beg plastik besar berisi tuperware lutsinar di hadapan mata.
Ann Layli tersenyum. Kalau ikutkan hati mahu saja dia makan tapi mengenangkan ada Zen Huzaini sekali, terus tak jadi. Tambahan, mata lelaki itu yang dari tadi asyik memandangnya lagi lah dia rasa nak lari. Kalau boleh,mahu saja wajahnya di bawa menyorok. Biar terlindung dek pandangan ‘sesuatu’ lelaki itu.
“ Err tak apalah kak, Ann kenyang lagi. Akak dengan abang ajelah makan.” tolaknya lembut.
“ Laa kenyang ke? Banyak ni..tak larat akak nak habiskan. Rugi tau, Ann tak makan. Ada kuih favourite Ann dalam ni. Jomlah teman akak.” pujuk Hani Wardah tak putus asa.
“ Tu abang Ajai kan ada. Ajaklah dia.” muncung Ann Layli terarah ke hadapan Zen Huzaini.
Zen Huzaini yang perasaan namanya disebut dalam bualan mengangkat wajah. “ Eh, apasal abang pulak? Korang ajelah makan. Abang nak kena maintain berat badan ni.”
Hani Wardah tergelak. “ Eleh, maintain lah sangat. Esok-esok buncit juga perut abang tu kitaorang kerjakan. Siaplah!”
Terjegil biji mata Zen Huzaini. Dia bangun dari duduk dan menghampiri wanita berdua itu.
“ Tak ada..tak ada. Jangan nak melebih. Ini perut cari makan tau. Pegawai kerajaan sekarang mana boleh lebih berat badan dari yang di benarkan. Nanti susah nak perform. Perut buncit jenuh nak workout bagi kempis balik. Kalau yang buncit tu bukan abang tapi korang! Asyik makan je. Dok tambah lemak.” ujar Zen Huzaini.
Hani Wardah juling mata tidak puas hati. Ann Layli pula sudah terkekeh ketawa.
“ Dah Ann, jom kita makan. Akak tak kira Ann kena teman akak jugak. Mana aci akak je perut buncit. Ann pun kena jugak. Baru fair and square. Lagipun ada benda akak nak cakap ni.” ujar Hani Wardah. Menonong saja dia meninggalkan Ann Layli dan Zen Huzaini di depan pintu dapur kerana geram kepada suaminya.
Nak tak nak, terpaksa juga Ann Layli arahkan langkah ke dapur. Nak patah masuk ke bilik, tak mungkin. Jalan tengah tu dah kena hijack dengan Zen Huzaini yang tengah menyendeng dekat dinding sambil dok perati dia atas bawah dengan senyum senget. Muka pun ala pencuri kelas satu tengah nak mencuri hati. Rimas dengan pandangan mengoda tu dia masuk ke dapur. Kurang-kurang dapat juga makan bagi kenyang perut yang sedang lapar.
“ Ann, akak ada nak cakap something dengan Ann ni.” ujar Hani Wardah selepas mereka tamat acara membuncitkan perut dengan hidangan petang itu.
Seperti awal tadi, Zen Huzaini langsung tak ikut menjejak ke dapur tu kerana dia sudah tahu apa yang bakal terjadi. Sudahnya, dia membiarkan dua orang kesayangannya saja di situ membicarakan soal hati dan perasaan.
“ Apa dia?”
“ Tapi Ann jangan salah faham. Akak buat semua ni sebab ikhlas.”
Ann Layli tergelak. Senyuman manis mekar di bibirnya. Asal ayat Hani Wardah ni semacam je? Walaupun pelik tetapi dia mahu juga tahu. Siapa tahu ada hal mustahak! Mungkin dia boleh membantu.
“ Apa kak? Macam susah je nak cakap tu. Beritahulah kut Ann boleh tolong.”
“ Err.. macam mana nak cakap ek! Akak tak reti la nak kona-kona ni.” pelipis yang tak gatal digaru. Aduhai!
“ Cakap je straight. Tak perlu nak kona-kona. Senang terus Ann dengar dan faham. Kalau kona karang, salah masuk simpang pulak lagi la susah nak faham. Spill!” mata Hani Wardah di tentang tenang. Tangan terhulur mengelus lengan wanita itu.
Hani Wardah tarik nafas dalam dan hembus perlahan. Di ulang beberapa kali sehingga dia mulai rasa ritma jantungnya stabil.
Patutlah Zen Huzaini suruh dia aje yang approach Ann Layli. Susah rupanya nak approach orang bab-bab hati dan perasaan ni! Mungkin..sebab takut jugak nak terima penerimaan orang lepas habis bercakap nanti. Aduhai! Debarnya kembali merenyut di tangkai hati. Tak semena peluh sejuk merecik di seluruh tubuh.
“ Err..kalau akak cakap Ann jangan salah faham, jangan salah sangka, jangan marah dan jangan fikir bukan-bukan. Please! Akak buat semua ni Lillahi Taala. Dan..lagi satu, tak perlu kalut beri keputusan. Ambik masa dan fikir masak-masak. Tapi akak harap sangat Ann bagi keputusan yang menyenangkan.” ujar Hani Wardah.
“ Ye kak, insha'Allah. Buat suspen je akak ni. Apa dia?” tak sabar nak tahu. Tapi rasanya dia dapat agak dah apa permintaan Hani Wardah tu. Dan pastinya dia akan terima permintaan tu tanpa ragu.
“ Akak nak lamar Ann..” lambat-lambat Hani Wardah menutur. Bibir bawahnya digigit cuba meredamkan perasaan yang berdentum dentam dalam hati.
“ La–mar?” Ann Layli tergelak.
Angguk.
“ Maksud akak?” keningnya terjongket.
“ Lamar Ann bagi pihak Ajai.” tutur Hani Wardah.
“ What?” riak Ann Layli berubah terkejut.
“ Yes.” Yakin Hani Wardah menjawab.
“ Ta–pi ke..kenapa?”
“ Sebab Ajai nak sambung balik relation korang yang terhenti dulu tu.” laju saja dia menjawab. Kalau ikutkan memang pun. Hubungan Zen Huzaini dan Ann Layli terputus bukan disebabkan kecurangan. Tapi disebabkan keadaan yang tak memihak kepada mereka.
“ Nonsense! Akak main-main aje kan?” sengih Ann Layli bertambah lebar. Dia rasa Hani Wardah sengaja mahu mempermainkan dia ketika itu.
“ Tak. Akak tak main-main. Ajai minta akak approach Ann untuk sampaikan pesanan dia. He wants to marry you.”
“ Ridiculous! Cerita tu dah berzaman kak. Dah jauh tertinggal jadi sejarah pun.” nada Ann Layli berubah tegang.
“ Ann..Ajai tak main-main bab hati dan perasaan dia. Akak rasa Ann pun tahu tentang tu. Ann terlebih dulu kenal dia berbanding akak. Percayalah!” tangan Ann Layli digenggam kuat.
Ann Layli terngadah. “ Kak, Ann rasa Ajai keliru tu. Tolonglah sedarkan dia. Antara kami tak ada jodoh. Ann dah redha lama dah.”
“ Tak Ann.. Akak yakin dengan perasaan dia pada Ann. Dia ikhlas. Akak pun ikhlas terima Ann sebagai isteri kedua Ajai.”
“ Tapi kenapa Ann?!”
“ Sebab Ann cinta hati dia dari dulu sampai sekarang. He never stop loving you despite he married me. Your love spark in his eyes and mind. And he wants to marry you because I'm forces him to reunite your relation back.”
“ Ann rasa akak mimpi ni. Mengarut la. Mana ada isteri yang beri kebenaran pada suami dia supaya menikah dengan perempuan lain. Kalau ada pun mesti bersebab.” Ann Layli cekak dahi. Peningnya menjadi-jadi.
“ Akak tak mimpi. Ini kenyataan. Akak benarkan Ajai kahwin lain sebab akak nak bahagiakan suami akak. Macam mana dia sayang dan cintakan Ann, macam tu juga akak. Akak nak dia bahagia. Walaupun bukan dengan akak. Dan Ann orang yang tepat!” jelas Hani Wardah.
Lagi-lagi Ann Layli sakit kepala. Rasa sakit di awal tadi kian bertambah apabila mendengar penjelasan Hani Wardah yang dia rasa tak masuk akal tu. Kaku tubuhnya cuba menghadam kata-kata Hani Wardah.
“ Ann tak perlu beri jawapan sekarang. Lepas Ajai balik dari Sabah bulan depan baru kita bincangkan hal ni. Lagipun dua minggu selepas tu umi dan ayah Ajai nak ke Mekkah. Diorang rancang untuk pergi dengan kita sekali.” ujar Hani Wardah
Ann Layli termangu. Ayat yang barusan terlontar dari mulut Hani Wardah membuatkan tubuhnya menggigil. Kehidupannya sekarang menjadi lebih rumit. Lebih rumit daripada menyelesaikan mainan kotak rubik yang berubah tempat mengikut susunan warna asal. Semakin dipusing, semakin rumit.
********
Pagi itu, sudah kali keempat Hani Wardah mengulang ke tandas. Sejak pagi semalam dia sudah berasa perut dan tekaknya tak selesa. Tetapi di gagahkan juga ke tempat kerja berikutan banyak kerja yang belum selesai di samping beberapa mesyuarat yang perlu diseliakan. Ann Layli puas memujuk mahu membawa dia ke klinik tetapi Hani Wardah menolak keras. Katanya dia akan sihat selepas mengambil ubat.
Namun, sehingga jam menginjak ke sebelas tengah hari, hari ini perut dan tekaknya masih tak mahu beri kerjasama walaupun sudah mengambil ubatan. Entah apa yang tak kena!
Hani Wardah melangkah kalut ke tandas bersama tekupan tangan di mulut. Belum saja dia menolak daun pintu, isi perutnya sudah berhamburan keluar.
Uwekkk!!
“ Opsssy!”
Tangan kekar milik seorang lelaki pantas menyambar tubuh Hani Wardah dari tergolek jatuh menyembah lantai mozek depan pintu tandas ofis itu walaupun separuh dari kemeja baby blue nya sudah dicemari air muntahan Hani Wardah.
“ Puan Hani what happened?” kalut suaranya menyoal sebaik menyedari wanita yang di bantu itu adalah Hani Wardah.
Geleng. Hanya itu saja yang mampu Hani Wardah buat. Urat bibir dah tak mampu untuk dia gerakkan hatta tangan pun dah lemah longlai untuk di angkat. Tubuh juga ikut lembik seperti agar-agar. Otot kakinya juga sudah longgar skru mahu menampung tubuh. Mujur saja ada tangan kekar menyambar badannya dari mencium lantai mozek.
“ Puan Hani please open your eyes. We are heading to emergency!” panggil suara itu cemas apabila tidak merasakan tindak balas Hani Wardah.
Tetapi selepas itu, semuanya beransur senyap dan gelap dari pandangan mata juga telinga Hani Wardah.
*******
Lapangan Terbang Kuala Lumpur kurang sesak hari itu. Dapatlah dia bersantai keluar dari balai ketibaan itu. Penerbangan Zen Huzaini baru saja mendarat di lapangan terbang tersebut. Keluar saja dari balai ketibaan, hatinya melonjak suka. Berkobar-kobar perasaan gembira saat menjejak kaki ke tanah semenanjung ini sementelah sebulan bermastautin di negeri bawah bayu itu. Tak sabar mahu memberi kejutan buat kedua orang insan tersayangnya.
Kakinya laju melangkah keluar dari pintu pelepasan bersama bagasi besar. Sengaja dia mahu membuat kejutan untuk pulang ke Kuala Lumpur hari itu. Malah sengaja juga dia tidak mengkhabarkan kepada Hani Wardah dan Ann Layli tentang kepulangan awalnya dua hari sebelum dari tarikh asal. Ini disebabkan hari lahir Ann Layli jatuh dua hari selepas kepulangannya ke semenanjung dan dia mahu menyambut hari lahir wanita itu dengan merancang satu majlis kecil.
Usai keluar dari bangunan itu dia mahu membuat pesanan grab untuk pulang ke rumah. Menarik telefon pintar dari poket seluar khakis, dia menghidupkan papan pemuka telefon. Namun, sekilas senyumannya meleret saat terpandangkan panggilan yang tak berjawab beberapa jam sebelumnya. Hatinya berlagu indah. Bertambah tak sabar jadinya mahu pulang ke rumah.
Zen Huzaini lantas me‘nyah’ aktifkan ‘aeroplane mode’ pada telefonnya. Sejurus itu, langsung membuat panggilan ke talian tersebut.
Beberapa saat menunggu pantas panggilannya disambut.
“ Assalamualaikum.” meleret nadanya seakan merindui kekasih yang tak berjumpa setahun.
“ Abang Ajai!” cemas suara di balik talian.
Berkerut dahi Zen Huzaini.
“ Ann ke tu!”
“ Abang..Kak Hani...!” jika tadi cemas sekarang suara itu sudah mengongoi pilu. Suaranya serak menerpa corong telinga Zen Huzaini.
“ Kenapa Ann? Anything bad happened to you?” Zen Huzaini bersoal cemas.
Geleng.
“ Ann kenapa? Please jangan diam macam ni. Cerita dengan abang sayang!" soal Zen Huzaini apabila tidak mendengar suara Ann Layli beberapa saat itu. Hatinya tiba-tiba bertukar rentak. Dari gembira bertukar gemuruh. Apa dah jadi pada kesayangan berduanya tu!
“ Kak Ha–ni pengsannn de..dekat off..fisss..” meleret sedu Ann Layli cuba menerangkan.
“ Hani what?” hampir saja telefon dalam genggamannya terlepas ke bawah.
“ Ann kat mana sekarang?” soal Zen Huzaini lagi.
“ Ann de..kat ke..dai. Te..tengah tunggu grab nak ba..balik ambik barang-barang Kak Hani.” terang Ann Layli dengan suara sedu sedan menahan tangis.
“ Boleh Ann suruh grab tu ambik abang dekat KLIA lepas Ann naik nanti. Kita balik rumah ambik barang apa yang patut then baru pergi hospital semula." Zen Huzaini memberi arahan.
*******
Selamat Membaca! Tq yg komen dan follow FFM.. Doakan WL cepat siapkan FFM ni ye.. Keep support me okay ;-)
Share this novel