Bandar Taiping mereka tuju. Jarak perjalanan yang hanya memankan masa empat puluh lima minit dari pekan Gerik melalui jalan raya menuju ke pekan Taiping membuatkan Ann Layli sedikit teruja berikutan pekan itu pernah dia duduki seketika bersama Hasnah dan Zahid selama lima tahun sebelum tamat tingkatan lima.
Saat pacuan empat roda itu memasuki bandar Taiping melalui laluan susur tol Changkat Jering dia tersenyum senang. Masih tak banyak yang berubah kawasan itu meski dirinya sudah meninggalkan tempat itu lebih sedekad.
Beberapa rumah kampung serta bangunan kedai lama yang masih utuh berdiri di sepanjang laluan jalan Kuala Kangsar - Taiping itu masih sama. Tidak banyak yang berubah. Walaupun begitu, ada juga kelainan yang terlihat. Antaranya laluan jalan menuju ke bandar bersejarah itu kebanyakkannya sudah besar dan terdapat banyak traffic light. Deretan gerai-gerai makanan street food juga bersepah seperti cendawan tumbuh.
Ann Layli begitu leka menikmati pemandangan luar sehinggakan susuk Benz Fahri di sebelah dihiraukan. Seolah dia sedang berada di dalam dunianya sendiri. Malah bersikap dramatik apabila menyaksikan tempat yang banyak menyimpan kenangan sewaktu usia remajanya di situ. Sesekali dia tersenyum senang apabila melihat antara kawasan yang pernah dia kunjungi bersama rakan-rakan mahupun dengan Hasnah dan Zahid dahulu.
Benz Fahri yang menyedari akan kelainan isterinya mula mengambil kesempatan untuk bersoal semasa berhenti seketika di traffic light menuju ke bandar yang dikenali sebagai Larut pada zaman penjajahan British dahulu.
“ Askìm.." tegur Benz Fahri.
Masih ralit dalam angannya, panggilan Benz Fahri langsung tidak mendapat perhatian membuatkan lelaki itu menyentuh lengan si isteri seraya memanggil lagi panggilan mesra isterinya itu lebih kuat dari sebelumnya.
“ Askìm..”
Seperti tersedar dari alam mimpi, Ann Layli menoleh dengan riak terpinga-pinga apabila terdengar namanya diseru.
“ You're outta of blue!" ujar Benz Fahri.
“ Really?” riak Ann Layli berubah. Semerta merah wajahnya saat ditegur begitu. Segan dirantai dengan pandangan dari iris mata Benz Fahri, membuatkannya langsung menundukkan pandangan seraya mengucapkan kata maaf dek perlakuan tidak manisnya itu. “ Sorry!"
“ Mind to share with me hmmm?" soal Benz Fahri lembut. Jemari kanan isterinya dielus perlahan sebelum di bawa ke bibir lalu dikucup manja.
“ Hmm..entahlah. Maybe I'm too happy to visit this place." Ann Layli menjawab perlahan. Bibirnya diketap seketika.
Mendengarkan itu, Benz Fahri tersenyum senang lalu genggaman tangan isterinya tadi di bawa berehat ke atas ribaanya tanpa melepaskan.
“ Bila kita nak balik ke KL semula?" soal Ann Layli setelah beberapa detik.
“ Maybe esok. Why?"
“ Hmm..boleh tak sebelum balik kita singgah makan mee udang dekat Kuala Sepetang?" Teragak-agak dia cuba bertanya.
“ Mee udang?"
Ann Layli angguk. Wajah polosnya menatap riak si suami yang terlihat berfikir itu.
“ Kuala Sepetang?" soal Benz Fahri lagi inginkan kepastian.
Ann Layli angguk sungguh-sungguh. Wajahnya berharap. Dah berhari sebenarnya dia mengidam hendak makan mee udang itu. Walaupun di kawasan sekitar Kuala Lumpur mempunyai menu yang sama seperti itu dan mudah juga untuk mendapatkannya tetapi dia tetap mahukan mee udang yang buatannya dari gerai yang terdapat di Kuala Sepetang itu juga. Mengingatkan udang yang besar serta banyak di dalam kuah mee tersebut serta kemanisan rasa udang yang baru ditangkap dari laut itu membuatkan liurnya bertambah kecur untuk menikmatinya.
“ Area mana?” Angan Ann Layli tersentak dek pertanyaan Benz Fahri semula. Mengarahkan pandangan ke arah iris kecoklatan itu, dia tersenyum.
“ Ala dekat-dekat sini jugak. Nanti saya try search Google. Saya dah pernah datang makan situ tapi ingat-ingat lupa jalan ke restoren tu." ujar Ann Layli
Setelah berfikir ringkas dan melihatkan wajah isterinya yang penuh berharap, Benz Fahri lantas memutuskan untuk membawa Ann Layli menikmati mee udang keinginannya itu.
“ Kalau tak ada aral, Insha Allah sebelum balik KL kita pergi.." janji Benz Fahri.
“ Thank you Benji!"
“ My pleasure!"
Beberapa minit berlalu hanya bualan kosong mengisi perjalanan mereka sebelum Benz Fahri melanjutkan pertanyaan tentang bandar yang pernah isterinya itu diami sebelum ini.
“ Maknanya sebelum ni you pernah datang sini lah ye? Buat apa?" soal Benz Fahri.
Tidak menunggu lama, Ann Layli menjawab pertanyaan suaminya itu. “ Mak dan ayah pernah menetap dekat sini selama lima tahun. Dekat area Kamunting. Mungkin 7 ke 8 km dari pekan Taiping ni. Hujung minggu ayah rajin bawa saya dan mak keluar makan dan beriadah. So adalah beberapa tempat yang fames tempat makannya yang saya tahu dan pernah datang dekat sini.”
“ Kenapa I tak pernah tahu pun part ni?" keningnya terangkat bertanya bersama riak wajah musykil. Sungguh dia belum pernah tahu lagi bahagian cerita yang ini. Baik dari Tan Sri Zahid mahupun Hasnah.
“ Awak tak pernah tanya!” getus Ann Layli sambil tersenyum kelucuan. Terhibur melihat riak suaminya yang penasaran itu.
“ Then, story it!" suruh Benz Fahri ingin tahu.
Ann Layli tersengih sebelum membalas. Kepala digelengkannya seketika sebelum membuat mimik muka berfikir. Selang sesaat dia menalakan pandangan ke arah suaminya kembali lalu bertanya. “ Kita nak kemana?"
Benz Fahri papar wajah kebingungan. Tidak menjawab pertanyaannya, malah bersoal yang lain pula membuatkan lelaki itu bertambah hairan. Namun tidak mahu membuatkan isterinya ralat dia membalas ringkas. “ Ke Taiping lah.."
“ Memang lah ke Taiping tapi atas tujuan apa? Awak ada nak jumpa sesiapa ke atau ada kerja yang belum settle and which part of Taiping that you prefer tu? If sesuai dengan place yang awak nak pergi tu nanti saya story pasal saya dan Taiping ni.." ujar Ann Layli sambil kulum senyum. Di dalam kepala sudah terlayar beberapa momen menarik yang pernah terjadi suatu ketika dulu.
“ Sounds nice! It looks like kerja I semua dah settle.. mengherotkan bibirnya, Benz Fahri kelihatan berfikir sejenak sebelum menalakan pandangan ke arah Ann Layli semula lalu pasang senyum dan membalas santai...yang belum settle, you dan I sekarang ni! Memandangkan I nak bawa you untuk short vacation, I want you to story the whole thing without hesitation. Lagipun, I dah pilih satu tempat untuk prehoneymoon kita.”
“ Really? Kat mana?" suara Ann Layli kedengaran teruja. Wajahnya tak kurang juga bercahaya.
“ Still remains secret. Once we arrive I bet it will make you happier!" beritahu Benz Fahri sambil mengenyitkan matanya.
“ Alright.." angguk Ann Layli setuju sebelum menyambung semula kerana mengingatkan pernyataan terakhir Benz Fahri sebentar tadi. “.. but wait, is the prehoneymoon to be needed and suitable for us? And what is possible?” soal Ann Layli polos. Tidak pernah pula dia tahu ada tempoh tertentu seperti itu dalam hubungan perkahwinan. Sementelah tempoh perkahwinan mereka sudah pun mencecah sebulan lebih dan dikira sudah basi untuk melanjutkan acara manis seperti itu. Bahkan, hubungan antara mereka juga tidaklah sebaik dan sekukuh pasangan lain yang memiliki cinta sepenuh jiwa raga bersama untuk merasai momen momen indah di awal perkahwinan itu. Umum mengetahui, pernikahan antara mereka wujud kerana aturan keluarga dan disamping mengelakkan gangguan luar terhadap dirinya sebagai balu. Itu sahaja.
Menarik nafas, Benz Fahri hela tenang. Sulaman tangannya diperkukuhkan lagi di celahan jemari Ann Layli. “ You and I need more time and space together to build up our marriage solid. Seems we are busy after this break, we have to get a grip on all those things. Embracing it, only these ways make us closes. So this is time to wrap this serenely and break the ice!” ujar Benz Fahri tekad.
“ Also pre-honeymoons are packages with honeymoons and babymoons too!" tambah Benz Fahri dengan usikan yang berhasil membuatkan wajah Ann Layli kemerahan.
Meleraikan sulaman tangan mereka, Ann Layli melarikan pandangan ke luar tingkap dek kerana berasa segan dengan usikan itu.
“ Yelah tu..suka sangat nak gulakan saya!"
“ Buat apa I nak gulakan you pula! You know that some words belong to the real fact which is my lips born naturally. You're always sweetened in my eyes and heart although I don't get to taste it. Remember, you're my askìm right!” ujar Benz Fahri sambil kenyit mata. Masih tak habis menyakat isterinya. membuatkan Ann Layli tersenyum sumbing dan menjulingkan matanya.
“ Oh my! Cut it out Benji. I dont eat sweets word either!"
“ Then, let me eat you!"
Tangan kiri dilepaskan dari pegangan stereng seketika. Hidung dan bibir Ann Layli menjadi mangsa cuitan jemari besarnya. Sempat lelaki itu mengusik membuatkan Ann Layli mencebir geram dan memarahinya.
“ Benji, tangan tu pegang stereng lah.. We're still in the car!” protes Ann Layli dengan mulut yang muncung. Tangan kiri suaminya diarahkan semula ke arah stereng kerana risau pemanduan Benz Fahri bakal tersasarr dari laluan jalan raya.
“ Hahahah..” Ketawa besar menjemput si empunya suara dari meledak kuat apabila melihat wajah cemberut isterinya. Tidak habis di situ, sekali lagi tangannya mencubit geram pipi gebu Ann Layli berikutan isterinya itu mempamerkan wajah masam tanda protesnya yang belum pun surut.
“ By the way, sebenarnya banyak perkahwinan yang macam kita ni..” Benz Fahri kembali bersuara selepas reda mentertawa dan mengusik Ann Layli tadi.
“ Perkahwinan macam kita?" soal Ann Layli tidak faham. Iris matanya dikerling ke arah Benz Fahri dengan wajah penuh tanda tanya.
“ Yup,” angguk Benz Fahri mengiakan sebelum menerangkan maksudnya. “ We're not in love like others. Therefore our marriage was arranged by the family and it's just a part of a will. Previously, we didn't even know each other and perhaps this will mark up a glorious serene between us and hoping that we meet a sparkling relationship. Frankly, I intend to have a successful marriage together as sake for God.”
“ Berapa lama?"
“ Sampai you bersedia jadi isteri I yang sebenar. And when that precious time is coming, we proceed for another honeymoon perhaps a babymoon too." terangnya sungguh-sungguh. Sekali lagi, jemari Ann Layli disulam erat.
Ann Layli melepaskan keluh. Wajahnya bertukar muram. Sebetulnya dia sedikit terganggu dengan pernyataan Benz Fahri tentang kesediannya agar menjadi isteri sebenar buat lelaki itu. Dan melihatkan kesungguhan kata-kata Benz Fahri membuatkannya berasa takut dan berasa tidak layak untuk memiliki sekeping hati yang tulus dan sangat baik seperti Benz Fahri itu.
“ Benji.." seru Ann Layli teragak-agak.
Benz Fahri sekadar menggumam apabila matanya di fokus ke jalananan sebaik lampu isyarat tadi bertukar warna.
“ Err.. berapa lama you sanggup tunggu sampai I betul-betul sedia jadi isteri you?" tanya Ann Layli ingin tahu.
Benz Fahri menoleh seketika ke arah Ann Layli bersama senyuman nipis. Sudah mengagak akan pertanyaan sebegitu bakal keluar dari mulut isterinya itu. Melepaskan sulaman tangannya, bahu si isteri dipaut lalu di dekatkan ke rusuk kirinya. Matanya kembali di pusatkan ke hadapan jalan sambil sesekali mencium pundak kepala isterinya itu sepenuh hati.
“ Until my last breath." jawabnya yakin. Bukan sahaja yakin di hati malah yakin sepenuhnya dengan anugerah terindah yang Allah berikan buatnya itu. Tiada sekelumit pun perasaan ragu di hati saat meyakini akan jawapan dari sujudnya yang lalu.
“ Berbaloi ke?"
“ Tak ada yang tak berbaloi dengan janji Allah askìm. Cukup je you percaya dengan lafaz ijab kabul I masa hari pernikahan kita tu..and I will make sure you will have a good life on it.” tulus kedengaran kata-kata Benz Fahri membuatkan berbulir bening mulai terbit dikelopak mata Ann Layli tanpa dipinta. Hatinya tersentuh. Bibirnya diketap perlahan menahan rasa rawan yang menghiba. Begitu tinggi iman Benz Fahri. Dan lelaki itu terlalu baik untuknya sedangkan dia bukannya siapa-siapa.
Saat itu terngiang-ngiang nasihat Hasnah di telinga.
“ Manja kena taat dengan suami walaupun tak sayang dan cintakan dia. Lepas lafaz ijab kabul nanti Manja sepenuhnya milik dia. Kena patuh dan taat setiap perintah dia. Allah kata, kalau ada hambaku yang akan aku suruh dia sujud untuk mendapatkan keredhaaanku sudah pasti aku berikan takhta itu kepada para sang suami. Kerana pada mereka letaknya syurgamu. Ingat, nak buat apa-apapun kena dapatkan restu suami. Kalau suami restu, isteri akan di redhai suami sekaligus mendapat keredhaan Allah. Dan Allah janjikan syurga buat isteri yang taat suaminya."
.
.
Ann Layli mengerjapkan mata apabila terasa tubuhnya teroleng kiri dan kanan. Entah bila dia terlelap. Setahunya dia hanya merehatkan kepala sekejap di dada suaminya ketika lelaki itu sedang memandu tadi. Mengalihkan pandangan dia menatap Benz Fahri yang masih setia memeluknya.
“ Kita kat mana Benji?"
Ann Layli menegakkan tubuh sambil meraup wajah. Membetulkan sedikit pakaiannya yang sudah berantakan dia panggung wajah semula.
“ Maxwell Hill. Dah nak sampai. Lagi satu cek point rasanya." ujar Benz Fahri serius dengan mata di pusatkan ke arah jalan yang berbengkok di depan. Fokusnya serius ketika melalui laluan sempit itu.
“ Bukit Larut?" bulat matanya. Segera pandangannya di alihkan ke luar tingkap untuk melihat dan secara kebetulan Benz Fahri sedang melalui laluan yang terdapat papan tanda lokasi. Sempat iris hazelnya menangkap paparan lokasi itu yang menyatakan mereka berada pada aras ke lima sebelum tiba ke puncak.
Berasa sedikit lega, pandangan dialihkan semula ke hadapan. Pacuan empat roda mereka sedang melalui jalan yang berbengkang bengkok menuju ke puncak bukit membuatkan kepala Ann Layli mula tidak selesa.
Tidak semena, segera tubuh Benz Fahri dipaut lalu dipeluk rapat. Tidak cukup dengan itu wajahnya disembamkan ke dada bidang Benz Fahri sehingga terdengar di telinganya ritma jantung lelaki itu yang sedang berdegup tenang.
“ Why askìm?” berkerut dahi Benz Fahri. Terpinga-pinga di buatnya. Fokus pemanduannya sedikit terganggu.
“ Saya tak boleh tengok jalan bengkang bengkok. I feel dizzy. Rasa nak muntah.” gumamnya di bawah dada sang suami. Walaupun suaranya perlahan namun masih dapat di dengari Benz Fahri.
“ Sorry I tak tahu. Keep calm okay. Just lay in my chest. Sampai sekejap lagi I bagitahu.” ujar Benz Fahri cuba menenangkan isterinya. Tidak mampu membalas pelukan Ann Layli kerana kedua tangannya sibuk mengendalikan stereng Raptor yang berkemampuan mendaki bukit setinggi 1036km dari aras laut itu.
Laluan jalan yang sangat sempit juga membuatkan Benz Fahri perlu berhati-hati mengendalikan pacuan empat roda itu untuk tiba ke puncak yang memiliki cuaca sejuk seperti di Fraser Hill.
Dia tertarik dengan Bukit Maxwell itu setelah secara tidak sengaja melihat brosur tentang keindahan bukit tersebut melalui suatu laman web yang dia layari semalam. Tambahan dia teringat pernah ke sana kerana mengikuti program di kolej dahulu membuatkan dia mahu ke sana sekali lagi dan membawa bersama Ann Layli. Dan tidak sia-sia dia ke situ hari ini kerana kawasan sekitar puncak bukit itu lebih indah dari sebelumnya. Tidak lagi seperti lima belas tahun yang lepas. Ternyata pusat peranginan itu sudah diberi nafas baru oleh kerajaan negeri.
Benz Fahri memakirkan Raptor hitamnya di satu-satunya club house yang terdapat di puncak bukit itu sebaik tiba. Club House tersebut merupakan satu-satunya cafe yang memiliki penginapan untuk para tetamunya yang mahu bermalam di sana.
Tubuh Ann Layli yang masih setia memeluk tubuhnya itu disentuh sambil mematikan suis penghawa dingin dan radio yang masih berfungsi. Bahu isterinya dielus lembut.
“ Askìm..can you open your eyes? Kita dah sampai ni..." soalnya sambil menunduk mencari wajah yang disorokkan dicelahan dadanya itu.
Ann Layli cuma mengangguk-anggukkan kepalanya sambil menggumam tanpa sedikit pun melepaskan pelukannya.
“ Hmm.."
“ Kalau okay.. jom kita keluar. Hari dah mendung. I takut hujan turun sekejap lagi. Nanti tak sempat kita keluar hujan turun pulak.." beritahu Benz Fahri sambil mengintai sekilas ke luar cermin tingkap. Langit yang mendung tadi kini mulai gelap. Awan hitam sudah berarak lebih berat. Pasti sekejap lagi hujan turun dengan lebat memandangkan mereka betul- betul berada di kawasan kolam tadahan hujan.
Mendengar bicara suaminya perlahan Ann Layli membuka matanya lalu melepaskan pelukan dan menyisihkan sedikit kepalanya.
Sebaik memastikan kereta mereka benar-benar sudah tidak bergerak dan terpakir elok Ann Layli menggumam lega.
“ Jom.." ajak Benz Fahri. Tali pinggang keledar yang masih membalut tubuh Ann Layli dibuka setelah membuka tali pinggang yang mencangkuk tubuhnya sendiri.
Melihat wajah isterinya yang masih sedikit suguh lekas Benz Fahri menyulam tangannya ke jemari Ann Layli sebaik memaut wanita itu turun dari Raptor. Bahu wanita itu dipaut kedalam pelukan tegapnya lalu menuntun tubuh mereka masuk ke club house yang tidak ramai berpenghuni saat itu.
Ann Layli menurut tanpa sebarang bantahan walaupun sebelum ini dia menetapkan batasan kepada suaminya agar tidak bermesra di khalayak. Bukannya tidak suka tetapi lebih kepada segan. Sementelah dia baru cuba untuk menyesuaikan diri dengan Benz Fahri. Namun rasa mual dan pening yang menggangu diri membuatkannya akur dengan pelukan itu.
Sebaik mereka memasuki restoren, hujan mulai turun dengan lebat.
“ Nasib sempat masuk sini!” getus Benz Fahri kelegaan sambil berjalan menuju ke arah kaunter pendaftaran sambil tangan masih erat menuntun isterinya.
Benz Fahri membuat pesanan makanan serta menempah bilik untuk mereka berdua di kaunter pendaftaran Maxwell Inn itu sebelum menuntun Ann Layli ke arah suatu tempat duduk yang sedikit tersorok dari kaunter pesanan.
Dia memilih sudut yang sedikit tersorok dari pandangan ramai itu kerana mahukan privasi. Keduanya melabuhkan duduk bersisian sambil menala pandangan ke luar cermin restoren yang membolehkan mereka melihat panorama keseluruhan bandar Taiping dari puncak bukit itu.
Benz Fahri tersenyum melihat wajah isterinya yang sudah sedikit ceria. Ralit saja wanita itu menikmati pandangan luar yang di simbahi hujan lebat sambil sesekali mencicip kopi panasnya. Nampaknya mood isterinya it sudah kembali ceria. Benz Fahri kelegaan.
Mereka berbual santai sambil menikmati makanan yang baru tiba ke meja. Saling bertukar cerita dan kisah kerana sudah berjanji mahu mengenali hati budi masing-masing sebelum meneruskan hubungan yang lebih serius dalam perkahwinan itu. Pun begitu, Benz Fahri yang memang sudah bersedia dari awal menerima seorang Ann Layli sebagai isterinya tidak mempermasalah langsung dalam hal ehwal rumah tangga mereka. Cuma Ann Layli saja yang masih malu-malu untuk berinteraksi dan berkomunikasi bagi menjayakan hubungan mereka. Namun dek sikap terbuka Benz Fahri memberi peluang dan ruang membuatkan Ann Layli berjaya melalui proses itu walaupun nampak kekok.
Selepas menikmati pesanan yang tiba ke meja mereka masih santai berbual dan bercerita tentang diri masing-masing membuatkan perasaan kagum wujud di antara mereka. Pun begitu, Benz Fahri tidak melupakan tentang janji Ann Layli untuk menceritakan kisahnya dengan bandar Taiping itu. Menuntut janji, dia pandang isterinya meminta penjelasan.
“ Will you fulfill your last word while we're in the car before?
“ Kisah yang mana ya?" soal Ann Layli tidak ingat.
“ Taiping and you of course? Ke you ada cerita yang lain lagi untuk dikongsi dengan I."
Terlupa dengan janjinya Ann Layli tersenyum sumbing. “ Not less than before!”
“ You're pleasure mam!" gestur tangan dipersilakan ke arah isterinya.
“ For a short long story here, mak ayah banyak pindah randah semenjak saya mula masuk sekolah. Dulu tak tahu sebab apa ayah asyik tukarkan sekolah saya sampai saya fed up nak ada kawan-kawan. Bayangkan baru dua bulan sekolah dah kena pindah tempat lain. Tapi sebab masa tu tak fikir apa, saya enjoy je. Bila dah tahu cerita sebenar baru saya nampak apa hikmah dia. Masuk tingkatan 1 sampai tingkatan 5 barulah tak ada fenomena jadi orang nomad dah. Lega sikit. So, this is the last tempat yang paling lama Then, sampailah habis tingkatan 5 baru mak ayah pindah balik kampung sekarang. paling lama. So, banyak la saya tahu pasal pekan ni."
Benz Fahri tekun mendengar. Tidak ada sedikit pun pertanyaan di ajukan. Sepenuh fokus dia berikan pada penceritaan Ann Layli di sebelah.
“ Lima tahun dekat sini, buatkan saya jadi seorang yang happening and adventures. Ramai kawan, ramai cikgu-cikgu dan yang paling best banyak tempat makan yang saya tahu dekat sini. I endorsed all these places much." ceritanya ceria.
Benz Fahri tersenyum senang. “ Not bad! Mesti banyak pengalaman jugak dekat sini kan?"
“ Biasa je. Semua tempat ada cerita masing-masing tapi yang paling dapat tempat di hati pekan ni lah. Saya tak tahu kenapa tapi ia buatkan saya tenang dan damai setiap kali datang sini. Dulu, masa tingkatan empat dan lima setiap petang saya selalu datang dekat tasik area kaki bukit ni. Cantik tempat dia. Tenang je panorama. Kira boleh healing-healing la.."
“ Oh ye, buat apa?"
“ Awak nampak tak tadi masa sebelum naik ke kaki bukit ni ada kawasan reakreasi?”
Benz Fahri angguk mengiakan tanda dia mengenalpasti kawasan tersebut. Sebuah tasik buatan yang di buka pada tahun 1823 oleh British. Dia mengetahuinya melalui pembacaannya di laman sesawang sebuah portal rasmi milik Majlis Perbandaran Taiping kerajaan negeri Perak sebelum ini. Keluasan asal kawasan ini kira-kira 62 hektar persegi sebelum diterokai lebih dalam oleh Perancang Bandar dan Wilayah kerajaan British ketika itu yang menjadikan kawasan tasik buatan itu kini mencecah 96.44 hektar persegi. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia telah menganggarkan kira-kira terdapat 113 pokok hujan-hujan yang sudah beratus tahun usianya serta 1300 spesies pokok yang lain. Dan itu menjadikan kawasan tasik berkenaan sangat tenang, sejuk dan menjadi kawasan tadahan hujan yang paling tinggi puratanya selain menjadi kawasan paling lembap di dunia.
“ Biasanya, petang-petang saya datang jogging takkpun beriadah sambil buat kerja sekolah dengan kumpulan kerja yang cikgu decide untuk kelas." sambung Ann Layli lagi.
“ Oh, ingatkan datang dating tadi sebab I nampak tadi ramai jugak couples sini sana duduk berdua-duaan.”
“ Hey mana ada..saya datang beriadah je."
“ Ermm..tapi kan kalau tak silap mak pernah cerita yang you couple dengan Inspektor Zen tu since form one lagikan. Mesti pernahkan datang dating dua-dua sini.." sengaja Benz Fahri bertanyakan hal tersebut.
Hampir tersedak Ann Layli dek liur sendiri sebaik mendengar persoalan suaminya. Wajahnya dikerutkan dan tersenyum selepas itu.
“ Itu cerita lama Benji. Saya tak nafikan saya pernah berkawan dengan dia. Masa berkawan pun kitaorang bawa kawan-kawan lain juga jadi teman. Tak adanya jumpa berdua-duaan. So, terms of ‘dating’ are not acceptable." sangkal Ann Layli. Cumanya pertemuan terakhirnya antara Zen Huzaini yang ketika itu mahu masuk kursus kepolisian saja tidak di ceritakan. Biarlah itu menjadi rahsia terakhir kisah cintanya dengan Zen Huzaini.
Wajah Benz Fahri yang serius tadi kini berubah tenang. Dia sudah boleh menerima kisah lama isterinya dengan lelaki itu. Cumanya dia masih berasa kurang yakin lagi dengan perasaan Zen Huzaini terhadap isterinya kerana kali terakhir pertemuan mereka telah menyebabkan tragedi hampir dia membelasah Zen Huzaini akibat cemburu melihat lelaki itu mengendong isterinya yang pengsan. Dan dari situ, jelas kelihatan bara cinta Zen Huzaini masih ada untuk isterinya. Meskipun lelaki itu sudah beristeri, perasaan cintanya untuk Ann Layli masih ada malah mungkin melebihi segalanya
“ Tapi, I rasa dia still cintakan you!"
Ann Layli tersenyum hambar. “ He's married man Benji. I'm not interested in interfering with others'relationship."
“ But..dia lelaki yang boleh kahwin lebih dari satu askìm.." nada cemburu mula terhidu dek pernyataan Benz Fahri itu.
Ann Layli menghamburkan tawanya perlahan sehingga mensisakan sedikit saja bukaan matanya. Anak matanya menancap iris coklat Benz Fahri. Mencari makna di sebalik sinaran mata dari kata-kata yang terzahir itu. Sebagai wanita dan isteri dia dapat rasakan yang suaminya sedang di bakar api cemburu.
“ I'm your wife Benji if you forgot!" ujar Ann Layli mengingatkan.
“ I'm not forgetting dear askìm. I'm just wondering about her love to you."
“ I'm always asking to have the best man in my dua's. And Allah rewarded you as my imaam lastly."
“ Thank you askìm."
“ With pleasure dear hubby!" balas Ann Layli.
Selepas berbicara dari hati ke hati seperti itu, perasaan Benz Fahri berasa sangat tenang. Jiwanya yang berat sebelum ini sudah terasa ringan dek pengakuan dari Ann Layli.
Mereka berdua menghabiskan masa dengan berbual-bual santai sambil menyaksikan curahan hujan di luar windbreaker yang mulai berhenti itu. Saat ralit dengan ayan masing-masing, tiba-tiba suara Ann Layli mencecah pendengarannya semula.
“ Benji look!" tunjuk Ann Layli ke suatu arah yang menghala ke hujung bukit. Suaranya yang teruja membantutkan perlakuan Benz Fahri dari menyisip kopi panas di tangannya.
Meletakkan cawan kopi, pandangannya di bawa menoleh ke arah hujung telunjuk isteri. Sayup terlihat biasan warna pelangi yang sedang membentuk fenomena cahaya selepas hujan.
“ Pelangi." ujarnya.
“ Subhanallah..nice serene!" gumam Benz Fahri setelah mensyukuri nikmat pancaindera yang satu itu ketika menyaksikan keindahan ciptaan Allah.
“ Masya Allah, cantik sangatkan!"
“ Macam you!" Tatapan mata Benz Fahri segera beredar dari pancaran pelangi itu ke wajah kekasih hatinya di sebelah. Dia merenung dalam wajah isterinya bersama senyuman penuh romantis bagi menghantar perasaannya yang dalam buat wanita itu.
Wajah Ann Layli membahang. Terasa segan saat dipuji. Wajahnya menunduk. Tidak mampu membiarkan anak matanya menampung sinaran mata penuh galak suaminya itu.
“ Your face redness! It looks like I'm in big success!" usiknya lagi sambil mengintai wajah di sebelah. Bahu Ann Layli dipaut mesra.
“ Did you need a big applause?" gumam Ann Layli geram. Cuba mengubah suasana hati yang sedang mencair agar kekal beku.
“ Most welcome dear. Sometimes there are no reasons to give a compliment to someone are special in our life you know! It comes naturally. And since the facts are right, my lips are born freely to it.” ucap Benz Fahri senang.
Ann Layli hampir rebah mendengar ucapan itu. Entah wajah yang merah tadi sudah bertukar dengan warna apa pula. Hati yang sedang mencair kini terus menitis tanpa henti. Bersama itu, muncul huluran jemari milik Benz Fahri menyulam erat tangan mereka bersama ucapan janji setia sang suami.
“ You're my soft marshmallow..You're my red apple.. You're my sassy fairytale! You're my pleasure now and then askìm.”
*********
Benz Fahri mengotakan janjinya untuk membawa Ann Layli menikmati mee udang di Kuala Sepetang seperti yang dipersetujui mereka setelah menghabiskan masa semalaman bermadu kasih di Bukit Maxwell itu.
Oleh kerana petang Ahad sudah memunculkan diri, sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur mereka singgah di Kuala Sepetang terlebih dahulu.
Gerai bernama Mee Udang Mak Jah mereka tuju setelah Ann Layli membuat carian lokasi di carian Google beberapa jam sebelum ke sana.
Sebaik tiba ke lokasi, terdapat ramai pelanggan yang sedang menikmati makanan itu di sana berikutan gerai tersebut merupakan lokasi viral yang sedang mendapat perhatian ramai.
Ann Layli hampir menyerah kalah untuk mengajak Benz Fahri pulang kerana terpaksa menanti lama untuk mendapatkan makanan keinginannya itu.
Namun, dek pujukan si suami yang begitu sabar membuatkan Ann Layli akur menanti beberapa minit seterusnya sebelum mendapati satu meja kosong yang sudah ditinggalkan pelanggan lain.
Beriringan berpegangan tangan, Ann Layli dan Benz Fahri melanjutkan hajat mereka ke meja tak berpenghuni itu. Setelah duduk, seorang pelayan gerai datang mengambil pesanan mereka. Usai membuat pesanan, mereka berbual seketika sambil menanti hidangan utama yang di pesan sebentar tadi.
Lima belas minit berlalu, akhirnya mee udang pesanan mereka tiba. Bersinar wajah Ann Layli melihat mangkuk mee nya terisi dek udang besar sebanyak enam ekor itu sehingga menenggelamkan rupa mee.
Sempat Benz Fahri merakam aksi teruja Ann Layli ke dalam galeri cloudnya berikutan dia sedang mengakses beberapa gambar worksite projek Royal Belum kiriman dari seorang pembantu kanannya. Terlalu teruja dengan mangkuk mee udang tersebut membuatkan Ann Layli langsung tidak perasan akan dirinya menjadi bahan rakaman Benz Fahri.
“ Benji, awak tak nak makan ke?” tegur Ann Layli sambil mata menala ke arah mee udang dihadapannya itu. Seakan terlihat enam ekor udang yang besar itu sedang mengamitnya dan menyuruhnya makan.
“ Askìm makan la dulu. I ada sikit lagi kerja ni.." balasnya singkat sambil ralit meneruskan rakaman video itu.
Ann Layli menggeleng dengan senyuman. Mangkuk mee yang penuh dengan udang itu dia perhati geram sebelum mencapai sudu dan garfu untuk memulakan aktiviti santapannya setelah mendapatkan keizinan suaminya.
“ Saya makan dulu lah ye. Udang ni dari tadi dok panggil-panggil saya suruh ngap dia.." ujarnya. Sesudu kuah mee beserta isi udang yang dikupas menggunakan sudu itu, di sudu ke mulutnya setelah usai membaca basmalllah.
“ I wish that I'm that prawn!" usik Benz Fahri saat melihat mimik isterinya yang begitu taksub menikmati mee udang itu melalui pantulan skrin iPhone di tangannya itu.
Hampir tersembur kuah mee yang baru menurun rengkung Ann Layli saat mendengar ujaran Benz Fahri. Mengeram sejenak bagi meneutralkan rengkungnya, lekas Ann Layli mendapatkan gelas air lemonnya. Dengan rakus, air lemon ais itu disedut bagi mengurangkan rasa perit akibat sedakan tadi.
Sementara Ann Layli melegakan tekaknya dengan air, Benz Fahri sempat juga merakam aksi lucu itu. Setelah beberapa saat barulah dia menghentikan rakaman video tersebut dan meletakkan alat peranti komunikasi itu ke atas meja lalu menyertai acara makan isterinya.
Menggelengkan kepala, Benz Fahri menghulurkan tangannya menggosok belakang badan Ann Layli yang masih belum berhenti meneguk ais lemon itu.
“ Hati-hati makan tu askìm. Tengok, kan dah tersedak.."
“ Saya dah terlebih berhati-hati tadi tapi awak tu suka sangat kacau saya. Tak baik tau, ganggu saya makan. Saya dah berapa hari mengidam nak makan mee udang Mak Jah ni." getus Ann Layli setelah meletakkan gelas lemon aisnya yang sudah tinggal hampir suku itu.
“ Okay I'm sorry. Tapi mana ada I ganggu you pun. I cakap je..I wish that I'm that prawn sebab I tengok you berselera sangat makan udang tu. Sampai I pula rasa jealous dengan udang tu. You tak selera pun nak pandang I macam tu. Tapi dengan udang mata you bersinar-sinar kalah emas permata.” ujar Benz Fahri dengan nada rajuk.
“ Ya Allah, ada ke situ pula. Saya nak makan udang ni sebab dah mengidam banyak hari. Lagipun, mana boleh samakan udang dengan manusia. Saya bukan kanibal. Manusia tak makan manusia lah.." balas Ann Layli. Hampir tergelak dia melihat riak wajah suaminya yang membuat muka cemberut itu.
“ Mengidam you kalah orang mengandung tau! Esok-esok kalau mengandung entah muka anak pun sama macam udang." bebel Benz Fahri.
“ Ada pulak samakan muka anak dengan udang. Saya kahwin dengan orang bukannya haiwan. Tak adanya nak ikut muka udang. Dah tentu-tentu muka anak copy paste awak ataupun saya.” Ann Layli tergelak.
Bersinar wajah Benz Fahri mendengar pernyataan Ann Layli. Tak semena terpacul soalan yang di luar silibus lalu dipersoalkan kepada isterinya “ Awak sudi mengandungkan anak saya tak?"
Sudu yang mahu di bawa ke mulut terhenti di tengah angin. Automatik iris hazel Ann Layli menala pandangan suaminya. “ Apa punya jenis soalan tu?" keningnya terangkat bertanya.
“ Soalan yang mahukan jawapan pasti!" sengih Benz Fahri.
Meletakkan sudu yang masih berisi mee udang, Ann Layli pandang wajah Benz Fahri penuh ikhlas. Nafas ditarik dalam sebelum dihela. Mengebamkan bibirnya, Ann Layli meneutralkan perasaan sendiri sebelum memberi jawapan yang paling selamat. Sedaya upaya dia cuba mengatur ayat agar tidak tersalah maksud yang ingin di sampaikan kepada suaminya itu.
“ Insha'Allah soon Benji. I will definitely give you that title. But, please give me some time to negotiate mentally and physically before entering a new phase in our marriage." ujarnya hati-hati.
“ Thank you askìm..I know you won't t let me down.. Take your time and I will always wait for it."
Ann Layli mengangguk dengan senyuman yang paling manis. Dalam hati merafak penuh syukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu baik dan bertimbang rasa serta pandai bertolak ansur dengannya. Malah dikurniakan suami yang tinggi imannya dalam mendidiknya menjadi seorang isteri solehah.
Benz dan Ann kembali.. TQ yang still tunggu progress FFM ni.. harap terhibur walaupun byk yg kurang. TQ jgk yg masih support WL..luv korang..
Share this novel