Bab 17

Romance Series 77048

Daun pintu bilik Wad Cempaka itu ditolak. Perlahan serta penuh hati-hati. Terlayang susuk tubuh yang uzur sedang nyenyak tidur di ruangan mata. Terus perasaan bersalah menyerang diri.

Tambah bersalah kerana memungkiri janji untuk datang melawat Tan Sri Zahid semalam.

Merapat ke katil tangan lelaki itu dia capai. Di cium penuh hormat lalu di bawa tubuhnya duduk di kerusi yang berada di sisi katil lelaki itu. Nafas dia hela perlahan. Jeda.

Wajah separuh abad itu dia tatap. Sayu. Perlahan jemarinya mengelus tangan itu. Kata maaf tak putus bermain di mulut dan hati. Dia tertunduk. Perasaan bersalah semakin menguasai diri. Sudah sangat lama dia tak menjenguk Tan Sri Zahid. Sepulang dari oversea belum lagi dia punyai kesempatan itu.

“ I'm sorry babah." ucap Benz Fahri lemah.

Dalam dia melayan ayan tak berapa lama kedengaran pintu wad itu di buka. Menoleh kepala Benz Fahri melihat ambien seseorang.

Seorang wanita yang amat dia hormati muncul di situ dengan senyuman yang penuh kelembutan. Walau sudah di mamah usia namun wanita itu kelihatan awet muda.

Menegak tubuh, anak muda itu bangun dari duduk seraya menyambut kedatangannya.Tangan wanita itu di cium penuh hormat juga.

“ Mama apa khabar?” senyuman dibiaskan.

“ Alhamdulillah. Mama sihat walafiat. Ben?” soal Amirah. Dia tak terkejut sama sekali apabila melihat anak muda itu di situ kerana sebelum ini anaknya Azlan Waqif ada mengkhabarkan kepadanya.

Kerdipan mata wanita itu sangat redup sehingga membuatkan Benz Fahri terasa senang dan selesa apabila bertemu dengannya. Wanita yang penuh dengan kelembutan dan kebaikan itu membuatkan hatinya sentiasa damai.

“ Kenapa mama tak call Ben cakap babah tak sihat? Kalau tak kerana terserempak dengan Lan, Ben tak tahu babah warded sini! ” ada nada merajuk di situ. Dia terkilan kerana tak mendapat berita awal daripada wanita itu.

Senyuman tenang masih dia pamerkan walaupun nada merajuk jelas terdengar pada suara Benz Fahri. Amirah melangkah tertib ke arah sofa di hujung bilik kerana tidak mahu mengejutkan suaminya yang masih lena. Sedikit buah tangan yang di bawa untuk suaminya diletakkan di atas meja kopi yang turut terdapat di situ.

Amirah tersenyum mesra ke arah Benz Fahri. Anak muda itu mengekori langkahnya lalu duduk di sofa bersebelahan Amirah. Wajah redup serta tenang Amirah yang selayak ibunya itu dia tatap dalam.

“ Mama tak sangka babah sakit sampai kena warded macam ni. Mama panik! That time mama memang tak boleh nak berfikir dengan baik. I'm sorry Ben.” ulasnya. Bahu Benz Fahri di paut lembut.

Dia juga masih trauma berhadapan dengan situasi pada malam kejadian. Akibat panik dia tak dapat berfikir dengan baik setiap perkara yang perlu dia lakukan. Di fikirannya hanya satu. Selamatkan nyawa Zahid!

Benz Fahri hela nafas perlahan. Dia angguk faham dengan situasi yang terjadi pada ketika itu. Namun, perasaan sesal tetap menghantui dirinya kerana terlambat mengetahui hal tersebut.

“ Mama buat Ben tak senang duduk. Ben risaukan babah. Nasib mama cepat bawa babah dapatkan rawatan. I'm still can't imagine what happened if no one helped babah.” balas lelaki itu kembali. Dia meraup wajahnya. Kesal masih merajai di hati.

“ Alhamdulillah Allah masih sayangkan babah. Allah masih panjangkan usianya hingga ke saat ini dan berikan mama peluang lagi untuk berbakti padanya.”
ujar wanita itu lagi. Ya, Allah mendengar doanya dan angkat doa itu sehingga makbulkannya agar suami yang dia kasih kerana Allah itu selamat. Dia amat bersyukur.

“ Alhamdulillah. Tapi lepas ni mama kena janji yang mama akan update setiap perkembangan babah. Ben bukan apa, Ben risaukan babah.” pesan Benz Fahri.

Tersengih Amirah mendengar bebelan anak muda di hadapannya. Dia tahu Benz Fahri terlalu risau akan perkhabaran seperti itu. Namun, dia tidak mahu menganggu waktu anak muda itu dengan perkara remeh seperti semalam. Selagi dia boleh kawal, sedaya upaya dia akan menguruskan sebaiknya.

“ Baiklah. Lain kali kalau emergency mama akan call Ben okay. Mama akan update semua hal babah. Dah, tak mau merajuk dengan mama. Lepas kita tengok babah jom temankan mama lunch. Mama lapar plus tak cukup rehat. Semuanya kelam kabut sejak babah warded kelmarin.” akui Amirah. Baru dia terasa lapar dan mahu makan. Semalam dia masih tidak berselera mahu menjamah apa pun. Dia hanya minum air untuk mengalas perut.

Tak berlama Benz Fahri mengangguk bersetuju. Dia tersenyum senang apabila mama Amirahnya berjanji akan memberitahunya setiap perkembangan Tan Sri Zahid yang amat dia sayangi dan hormati itu.

“ Lan dan Han mana? Diorang tak datang sekali dengan mama ke?” tiba-tiba kepala dia melingas kiri kanan. Mencari sosok dua orang tersebut.

“ Diorang ada hal. Petang nanti baru datang sekali gus jadi peneman babah malam ni.” Benz Fahri sekali lagi angguk tanda faham.

Dalam ralit mereka berbicara, Tan Sri Zahid mulai sedar dari lenanya yang panjang. Namun, suara tua itu memanggil suatu nama yang kurang jelas di pendengaran Benz Fahri dan Amirah.

Tersentak. Keduanya bangun dan merapati Tan Sri Zahid yang masih di atas katil. Cuba mengenal pasti butir kata lelaki itu. Tangan yang bercucuk saline drip itu nampak tergapai-gapai dan terawang-awangan.

“ Ly.. Ly.. Tun.. Tun.. .” Sayup dan perlahan serta bergetar dan serak saling beraduk menjadi perkataan yang sukar di mengerti kedua manusia di hadapan Tan Sri Zahid itu.

Kedua mereka berpandangan sesama sendiri. Benz Fahri bangun diikuti Amirah dari belakang. Merapati katil Tan Sri Zahid mereka cuba menenangkan lelaki itu namun tetap saja lelaki itu meracau entah butir apa yang disuarakannya menyebabkan Benz Fahri terpaksa menekang butang merah di kepala katil memanggil doktor perawat dan jururawat bertugas.

***************

“ Macam mana dengan Ann hari ini. Ada suami tak guna dia tu datang ke?” Sebaik masuk ke bilik itu ayat pertama yang meluncur dari mulut Zen Huzaini kepada si isteri.

Terkejut dan tersigap Hani Wardah urut dada. Dia baru saja usai berdoa setelah solat isya. Menoleh ke arah wajah cemberut sang suami dia geleng kepala. Tegang semacam.

Dari duduk, dia bangun lalu membuka ikatan telekung di kepala dan melabuh duduk semula di birai katil.

“ Masuk-masuk je bawak angin bawah laut tu kenapa abang? Baru balik kan! Terkejut Hani.” bebel wanita itu. Tangan lincah melipat telekung di tangan dan di letak atas katil.

Zen Huzaini melangkah ke arah isterinya. Menghempas susuk tubuh separa kuat membuatkan duduk Hani Wardah bergoncangan di katil. Mengerdip hairan dia pandang suaminya dengan tanda soal memenuhi ruang kepala. Bertambah pelik wanita itu dengan sikap tak menentu si suami.

“ Abang tanya Ann macam mana hari ni? Ada perkembangan pasal suami dia tu tak? ” Soalan pertamanya di ulang lagi.

Sakit hatinya tadi masih tak hilang saat terpandang Ann Layli duduk termenung dan menangis di beranda rumah. Hampir sepuluh minit dia memerhati wanita itu masih statik di tempatnya. Pasti menunggu kepulangan si suami durjana itu.

Jiwanya bagai di cengkam kuat dan terhiris bila terpandang wajah polos itu dan dia tak mampu untuk berbuat apa bagi menghilangkan duka wanita itu. Remuk redam hatinya apabila wanita yang dia puja dan masih sayang itu berduka lara.

“ Macam tu jela. Duduk termenung sana. Termenung sini. Bila Hani tanya dia diam je. Sesekali nampak la dia menangis. Kesian Hani tengok.” Hani Wardah turut runsing kenangkan tentang adik angkatnya itu.

“ Memang tak guna perangai jantan macam tu. Hidup menyusahkan anak bini. Baik mati lagi baik. Dah seminggu dia dekat sini. Tapi batang hidung tak nampak-nampak lagi.” suguh Zen Huzaini. Rahangnya diketap geram.

“ Tak baik abang cakap macam tu. Mungkin suami dia ada hal mustahak. Takkan la sanggup tinggal isteri.” bela Hani Wardah.

“ Hani sayang.. Kalau suami sayangkan isterinya dia takkan sanggup nak tinggalkan isteri dia lama-lama macam tu. Bukan Hani tak tahu apa dajal yang dia dah buat dekat Ann tu? ” berapi saja ayat Zen Huzaini yang keluar saat itu. Kalaulah saat itu dia berhadapan dengan jantan keparat tersebutvpasti lunyai dia kerjakan. Biar tahu dek untung!

Hani Wardah keluh nafas. Dia turut termenung bila dengar suaminya berkata begitu. Tak dapat otaknya berfungsi dengan baik. Mengingatkan Ann Layli hatinya bertambah simpati. Entah apalah nasib wanita itu. Terkapar-kapar sendirian menanti sang pembela hidup.

“ Abang ni dah tak boleh nak fikir positif lagi dah. Perangai hanat jantan macam tu memang patut mati aje. Tak perlu susahkan orang dah! ” rungut Zen Huzaini lagi. Masih seperti tadi. Aura kemarahannya jelas berapi.

“ Abang perlahan la sikit cakap tu. Dengar dek Ann nanti apa kata dia. Buruk ke baik ke lelaki tu tetap suami dia. Kita tak ada hak nak kata apa-apa!” sangkal Hani Wardah.

Risau perbualan mereka suami isteri di dengari wanita itu. Sudah pasti akan tergores hati wanitanya nanti. Lagipula mereka bukan siapa siapa yang boleh berkata sesuka hati tentang kehidupannya.

Mendengus geram Zen Huzaini bangun. Dia mencapai tuala biru dari penyidai. Membuka singlet putih dan seluar uniform yang masih tersarung di badan. Tuala di bawa membalut tubuh lalu kaki di arah ke bilik mandi. Berlama di situ bertambah angin dia satu badan. Karang tak pasal jadi perang mulut dengan isterinya pula. Hal masalah orang lain jadi masalah dia pula. Tapi apa nak di kata hati dia sakit tengok wajah Ann Layli bermuram durja macam tu.

Hani Wardah terkelip-kelip pandang sikap pelik suaminya. Terpinga-pinga apabila Zen Huzaini bersikap angin satu badan macam tu. Baru dia perasan yang suaminya mula bersikap baran apabila melibatkan cerita Ann Layli.

Keesokan hari..

Hani Wardah bangun seperti biasa. Dia turun ke dapur setelah usai solat subuh. Namun hari itu adalah cuti umum. Jadi dia tidak bekerja. Dia berhajat mahu menyediakan sarapan pagi. Tapi kaki yang sedang melangkah tu tak jadi nak melangkah. Terhenti di tengah jalan apabila melihat Ann Layli sedang berkecah di dapurnya.

“ Awal Ann bangun hari ni?” tegur Hani Wardah.

Tangan yang menggaul bihun dengan sudip dalam kuali di atas dapur itu terhenti. Dia menoleh dengan senyuman. Sudip di tangan kanan diletakkan. Manakala tangan kiri menutup api dapur. Siap dan selesai memasak sarapan bihun goreng pagi itu.

Ann Layli merapati Hani Wardah yang duduk di kerusi makan itu.

“ Mata ni awal terjaga kak. Dah tak boleh tidur. Lepas solat terus turun ke dapur. ” ujarnya.

“ La ye ke. Kesian Ann bangun awal. Buat susah je masak. Patutla bau semerbak satu rumah.” sengih Hani Wardah.

“ Tak susah kan pun. Ann yang susahkan akak dan suami. Ann tak pandai sangat masak kak. Setakat nak makan bagi kenyang tu boleh la. Sorry tau kak kecah kan dapur akak. Kejap lagi Ann kemas ye.”

“ Tak ada susahkan pun. Akak dan suami okay je. Tak ada selerak mana pun dapur tu. Kejap lagi kita kemas sama-sama okay. Ann masak apa?” soal Hani Wardah. cuba menjengah k

“ Bihun goreng aje. Eh akak tak kerja hari ni? ” kedua keningnya bertau

“ Hari ni kan Hari Yang Dipertuan Agong. Cuti umum. Akak cuti hari ni.” tukasnya.

“ Oh lupa pulak Ann! Maklumlah orang tak pernah bekerja. Macam nilah. Mana nak ingat cuti umum ke cuti hujung minggu ke.” seloroh Ann Layli dengan senyum simpul.

Zen Huzaini yang keluar dari bilik mencari isterinya tertegun mata memandang gurau senda yang riuh di dapur itu. Hatinya berbunga-bunga pagi itu. Melihat wajah ceria Ann Layli hatinya turut mengembang senang. Dah tak ada raut sedih seperti semalam.

Dalam diam hatinya berdetik indah. Hidup sebumbung begitu bersama dua orang ratu membuatkan senyumannya tak lekang di pinggir bibir. Menguntum penuh bak mawar yang kembang di waktu pagi. Bahagia dia rasakan. Seolah mempunyai dua isteri yang saling berbaik. Mungkin menjadi madu dalam kehidupannya. Manis selalu.

“ Seronok pagi-pagi dua orang ni. Kecah dapur. Masak apa?” soal lelaki itu. Kerusi di meja makan dia tarik lalu duduk dengan senang.

“ Abang dah bangun! Duduklah. Ni Ann buatkan bihun goreng. Favourite abang ni.” Ujar Hani Wardah menarik pinggan ke hadapan suaminya lalu menyenduk bihun goreng tersebut.

“ Ann buat bihun goreng? Hani buat apa untuk abang? ” soalnya mengusik. Dia melirik ke arah Ann Layli yang masih bercatuk di depan dapur gas. Entah mengerjakan apa.

“ Hani buat kopi je.” sengihnya. Cawan kopi ditarik lalu menuang air kopi panas ke dalam cawan porselin itu dan dihulur buat suaminya pula.

“ Oh! Terima kasih sayang. Terima kasih Ann. " berbunga hatinya bila dapat tahu Ann Layli masih ingati makanan kegemarannya suatu masa dlu. “ Tapi hari ni macam abang nak minum kopi susu la. Hani tolong tambahkan susu boleh?” cawan porselin itu kembali dihulurkan pada Hani Wardah.

“ Boleh. Tapi bukan abang tak suka sangat ke kopi susu?” soalnya pelik. Dia kehairanan melihat sikap suaminya pagi itu.

“ Tiba-tiba je tekak pagi ni rasa nak minum kopi susu. Pahit-pahit campur lemak kan sedap.” Zen Huzaini tersengih menatap wajah pelik si isteri. Namun, dia tidak endahkan. Apa yang penting hatinya bahagia.

“Baiklah tuan inspektor! Hamba yang menurut perintah.” Menonong Hani Wardah capai teko kopi lalu di bawa ke kabinet dapur. Mencapai susu kotak dia tuangkan ke dalam teko dan mengacau perlahan lalu membawanya semula ke meja.

Ann Layli tersenyum hambar melihat gurau senda kedua pasangan tersebut. Tetapi sebagai wanita dia juga turut berasa sedih sementelah teringatkan hubungan rumahtangganya bersama sang suami yang dalam dilema kini.

Entah dia sendiri tidak tahu dan mahu mengandaikan masa depan rumahtangganya bersama Muqri.

Dia sempat merasa bahagia hanya seketika. Waktu itu, dia merasakan dialah insan yang paling bahagia. Setelah bulan berganti dirinya ibarat habis madu sepah dibuang.

Tiada lagi gurau senda dan ketawa dalam kehidupannya.Yang ada cuma makian dan sepak terajang dari lelaki bergelar suami.

Ann Layli mengeluh memikirkan nasib diri. Semalam semasa dia mahu naik ke bilik terdengar pasangan suami isteri itu berbual.

Mendengar butir bicara keduanya membuatkan Ann Layli menganggapi yang pasangan tersebut sudah muak dengan kehadirannya di rumah mereka itu.

Setelah di fikir semasaknya dia nekad. Dia perlu cekal dan tabah harung kehidupannya sendiri. Dia harus sedar diri dan berjuang untuk menerima ketentuan takdir hidupnya meski Muqri tidak kembali.

Jadi, pagi ini dia akan memberitahu pada pasangan itu yang dia akan kembali ke rumahnya. Akan dia khabarkan juga pada mereka yang Muqri akan kembali padanya agar mereka tidak simpati dan peduli lagi tentangnya. Sementelah dirinya bukan siapa pun pada mereka.

Dia tidak mahu mereka meletakkan simpati padanya tambahan pula Zen Huzaini itu pernah menjadi kekasih hatinya. Dia tidak mahu melukakan hati wanita sebaik Hani Wardah yang sudah dia anggap seperti kakak kandungnya sendiri jika wanita itu mengetahui cerita lama antara dia dan lelaki itu.

“ Ann menung apa? Makan lah. Tengok akak dengan abang buat apa. Kami memang macam ni, macam murai tercabut ekor!” getus Hani Wardah. Dia tergelak sambil pandang suaminya yang sedang mencerlung mata ke arahnya. Sengaja dia mematikan lamunan wanita di hadapannya itu.

“ Eh, ada pulak samakan dengan murai tercabut ekor. Mulut sayang je yang macam murai tercabut ekor. Bising tak tentu pasal. Abang biasa je.” Zen Huzaini menjulingkan matanya.

Ann Layli tersengih malu apabila tertangkap melihat merpati dua sejoli di hadapnnya itu yang masih tak berhenti bergurau senda dari tadi.

“ Ye Ann nak makan la ni akak. ” Ann Layli menekur kembali pada pinggan yang berisi bihun goreng yang di masaknya tadi. Masih tidak berusik sedikit pun. Dia tiada selera dan perutnya terasa sebu untuk menerima makanan.

Dalam diam dia masih tak dapat memadamkan api kecemburuannya. Bertambah cemburu di hatinya melihat pasangan bahagia itu. Bukan cemburukan mereka kerana Zen Huzaini pernah menjadi kesayangannya tetapi cemburu kerana melihat keakraban dan kasih sayang mereka yang tak bertepi. Tidak seperti dirinya. Di buang suami sesuka hati. Entah di mana silapnya kasih sayang yang dia tuaikan buat suami itu.

Setelah mereka menikmati makan pagi seusainya Zen Huzaini meminta diri mahu berangkat ke tempat kerja. Namun panggilan Ann Layli membataskan pergerakannya berjalan ke muka pintu. Dia berpaling.

“ Aj.. ” tersalah kata Ann Layli cepat saja menukar panggilan. Nasib Hani Wardah tidak perasan kerana masih ralit menatal telefon di tangan. Zen Huzaini mengerutkan keningnya menanti bicara seterusnya dari wanita itu.

“Ab.. Abang. Terima kasih tumpangkan Ann dekat sini. Banyak sangat dah pertolongan abang dan akak untuk Ann. Ann hargai sangat. Kejap lagi Ann nak balik rumah. Ann baru dapat panggilan dari suami Ann.” ujarnya senafas. Lega dia rasakan apabila dapat dia beritahu pada pasangan itu.

Zen Huzaini memicingkan matanya menatap wajah wanita itu mencari kebenaran di balik kata Ann Layli. Benarkah?

Setelah menilik dia akhirnya terpaksa berpuas hati dengan permintaan Ann Layli walaupun hatinya galau untuk melepaskan wanita itu pergi untuk kali kedua dari hidupnya.

“ Hurm.. ” Zen Huzaini berjeda seketika. Dia pandang wajah isterinya meminta pendapat. Melihatkan Hani Wardah yang berdiam dan mengangkat bahu tanda tidak tahu dia terpaksa akur.

“ Tak apalah kalau Ann dah cakap macam tu. Abang dan Hani tiada halangan. Tapi sekiranya ada hal apa-apa jangan malu dan segan untuk memberitahu pada kami. Tolong menolong tu dah jadi tanggungjawab sesama manusia. Hari ni hari Ann mana tau esok lusa abang dan Hani pulak yang dalam kesusahan.” tukasnya hambar.

“ Betul ni suami Ann nak balik? Akak okay je kalau Ann nak terus duduk sini. Sekurangnya akak ada kawan. Tak adalah akak kebosanan. Tambah-tambah kalau abang tak ada.” ujar Hani Wardah menatap Ann Layli sekali lagi.

“ Betul kak. Dia baru call tadi. Terima kasih sangat-sangat. Terhutang budi sangat Ann dengan kalian. Semoga Allah murahkan rezeki akak dan abang dan mudahkan semuanya buat kalian. Jasa kalian hanya Allah saja yang dapat balasnya.” terang Ann Layli.

Terus raut Zen Huzaini mengendur. Baru saja tadi hatinya merasa bahagia namun sebaik mendengarkan perkhabaran Ann Layli hatinya di rundung kesedihan.

“ Baiklah kalau itu yang buatkan Ann gembira. Kirim salam pada suami nanti.” pesan Zen Huzaini lagi sebelum meneruskan langkahnya.

“ Hani abang pergi dulu. Jaga diri. Apa-apa bagitahu abang.” ujarnya kepada Hani Wardah pula.

Hani Wardah mengangguk faham lalu bersalaman dengan suaminya sebelum lelaki itu berlalu pergi dengan membawa hati yang penuh rawan.

**********

Muqri tersedar dari lena yang panjang. Matanya di pejam celik berulang kali. Masih terasa pening dan berat kepalanya. Tangan kanan cuba di angkat tetapi agak terbatas kerana masih tercucuk saline drip. Dia hela nafas namun terasa berat juga. Dadanya sakit yang teramat. Barulah dia perasaan yang dia mengenakan alat bantuan pernafasan. Dia menyeringai sakit . Matanya melilau melihat keliling cuba mengenalpasti letak duduk diri. Apabila otaknya bekerja keras barulah dia mengingati apa yang telah terjadi.

Setelah tahu diri dia cuba bangun namun dek terasa nyilu dan sakit yang teramat di perut dia terpaksa merebahkan semula badannya. Dia meraba-raba butang merah di hujung katil untuk meminta bantuan jururawat apabila terasa mahu membuang air pula.

Namun belum sempat dia menekan butang kecemasan itu dia terperasan seseorang yang amat dia kenali sedang merenung tajam dari balik tirai berhampiran katilnya. Semakin lama lelaki itu semakin menghampirinya bersama sebilah pisau rambo yang di cekal di tangan lelaki berpakaian hitam tersebut.

Dia terkejut dan panik lantas menjerit meminta tolong. Namun sepantas kilat lembaga hitam itu menghentak belakang kepalanya lalu menarik alat bantuan pernafasannya serta menekup mulutnya. Pisau rambo tadi dihunus pula tepat ke arah rusuk kirinya.

Terhengah Muqri menahan nafas dan sakit yang bersatu dengan tikaman di rusuk kirinya. Lelehan darah pekat mula mengalir membasahi cadar berwarna putih itu. Matanya kembali berbalam dan dia terkulai layu semula. Manakala orang yang berbaju hitam itu tadi terus menghilangkan dirinya.

Jururawat yang kebetulan melalui kawasan itu mendengar kecoh dari arah katil Muqri segera bergegas ke situ. Tetapi dia melopong sebaik melihat jasad Muqri yang sudah terkulai. Cepat dia memanggil beberapa lagi jururawat dan doktor petugas.

“ Doctor, help. Patient bed 7! Emergency in case.” laung jururawat bernama Hanim itu. Terbelalak matanya melihat darah merah yang sudah meleleh dari celahan tubuh pesakitnya.

Beberapa orang jururawat berkejaran ke arah katil yang di sebut Hanim. Seketika muncul dua orang doktor dari arah belakang pula. Doktor Ramesh dan Anela terpempan apabila mendapati pesakit itu tidak sedarkan diri. Topeng alat bantuan pernafasannya juga sudah tercabut. Bacaan dari alat tekanan darah di sisi itu juga menunjukkan bacaan yang tidak stabil. Bertambah kalut apabila bacaan jantungnya menjadi laju dan nadinya hampir terhenti.

“ OT check. Transfusions blood. Patient unconscious.” ujar Doktor Ramesh pantas. Keadaan Muqri bertambah kritikal dari sebelumnya.

“ Call surgeon and anaesthetic to standby. Resection and section need.” balas Doktor Anela pula kepada jururawatnya sama pantas dengan Doktor Ramesh yang sedang membaca rekod pesakit.

Jururawat yang berada di situ memainkan peranan masing-masing. Ke hulu kehilir menyediakan keperluan doktor untuk merawat pesakit. Mereka cuba menyelamatkan nyawa Muqri yang bagaikan telur di hujung tanduk itu. Katil Muqri di tolak masuk ke OR sepantas itu juga.

Di OR pakar anaes dan surgeon sudah bersedia untuk melakukan pembedahan. Masing-masing berada di kedudukan yang sepatutnya dan mereka meneruskan kerja mereka sebaik pesakit tiba.

Ketika pembedahan dijalankan, pesakit tiba - tiba sawan dan mengejang. Pakar bius yang di ketuai oleh Doktor Suhana terpaksa menghentikan pembedahan apabila Doktor Zaki tidak dapat membaca struktur nadi pesakit di leher lelaki itu.

“ CPR cepat! I tak dapat rasa pulse patient. ” kepalanya menggeleng. Tiada denyutan walaupun doktor pelatih yang membantu tadi sudah memulakan tekanan di atas dada pesakit.

Doktor Zaki mengambil alih cardiac pulmonary resuscitation dari HO. Membantu pasukan bius yang sebahagiannya sedang sibuk di troli ubat.

“ Inaz bring it defib.” laung Zaki. Berkejaran Inaz berlari mendapatkan mesin defibrillator di hujung OR itu.

Apabila mendapat arahan selanjutnya Inaz terus mengangkat pedal defib itu yang telah siap di cas.

“ 360 joule" ucap Zaki semula.

Inaz mengangguk dan menyediakan julat bacaan yang di arahkan kepadanya.

“ Move!” laung Zaki.

" Clear." balas Inaz kuat.

" Everything clear." balas mereka semua dan menjauhkan diri dari mesin defibrillator serta troli alatan.

Doktor Ramesh melekatkan pedal defib pada dada pesakit di hadapannya. Terangkat tubuh itu. Zaki membuat carian nadi di tepi leher pesakit itu namun masih tiada. Bacaan pada skrin defib juga masih tidak menunjukkan apa-apa tanda gelombang.

Zaki sekali lagi mengarahkan Inaz membuat pengecasan pada mesin defibrillator itu.

“ Move!”

“Clear!”

“ Everything is clear!” serentak laung pasukan pembedahan itu.

Ramesh masih statik dengan pedal defib di tangan di hadapan dada Muqri. Apabila mendapat arahan Zaki dia menekapkan alat itu ke atas dada Muqri dengan tekanan yang tidak terlalu kuat dan dalam. Jika terlalu kuat ianya akan membuatkan tulang rusuk lelaki itu patah pula.

Setelah mencuba kali ke dua barulah bacaan menunjukkan gelombang turun naik pada skrin defib. Zaki pantas membuat carian nadi semula di tepi leher pesakitnya.

“ ROSC!” ( Return Of Spontaneous Circulation)

“ Alhamdulillah.” balas Doktor Suhana kelegaan.

Dan ianya mula berdenyut semula.

Semua pasukan pembedahan itu melepaskan nafas kelegaan. Peluh renik membasahi kesemua wajah mereka yang bermatian menyelamatkan pesakit.

“ Anela closing faster. We will send patient to ICU for post CPR care. Once stable we will do re-laparotomy.”

Doktor Suhana mengarahkan mereka semua terus memberhentikan pembedahan itu. Ianya bakal membuatkan nyawa pesakit melayang sekali lagi. Doktor Suhana juga mengarahkan agar pesakit ditempatkan di wad icu untuk melihat perkembangan seterusnya.

Sedikit bingkisan utk readers sekalian. Thanks pd yg sudi menanti. Selamat membaca. Harap menepati citarasa semua. Salam sayang, WL

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience