Ann Layli berlari anak ke arah kawasan perhentian bas. Dia baru saja turun dari bas kawasan perumahannya. Sinaran matahari yang terpacak di atas kepala tak dihiraukan. Beg sandang di bahu dibetulkan letak duduk lagi sekali. Tangannya melirik ke arah Baby-G di tangan kiri.
" Aduh, lewat lagi!" dia monolog sendiri.
Peluh halus mula merenik di dahi, tapi kakinya yang panjang tetap juga berlari anak sehingga sampai ke destinasi. Tak sabar nak berjumpa dengan si buah hati.
" Sorry Ajai, Ann lambat lagi. Kena tolong mak kira stok barang dekat kedai."
" Tak apa, Ajai pun baru sampai je. Rajin betul buah hati Ajai ni tolong mak ye. Untunglah Ajai nanti."
" Mestilah kena tolong kalau tak jangan harap nak dapat permission datang date hari ni" Ann Layli kenyit mata.
" Ya Allah, bertuah punya budak. Baik ada makna ni!" tangan kanan Ajai naik menggosok kepala Ann Layli. Dia menggeleng kepala.
" Sorry tau," sekali lagi Ann Layli minta maaf. Dia tersenyum manis pada Zen Huzaini.
" It's okay. Dah lah, jom lepak Garuda. Ajai belanja Nasi Goreng Bandung favourite Ann nak!" bersinar mata Ann Layli mendengar ucapan Zen Huzaini.
Kedua merpati sejoli tu berpegangan tangan sambil melalui kawasan pejalan kaki menuju restaurant makanan yang di beri nama Garuda kerana kawasan kedai makanan tersebut terletak di bangunan milik syarikat Pos Kawalan Keselamatan Garuda. Satu-satunya kedai makan yang terletak di bahagian paling atas bangunan 3 tingkat. Rata-rata pengunjung yang datang ke situ adalah pasangan muda - mudi yang menghabiskan masa berdating.
Setelah sampai, Ajai memilih meja yang paling hujung dan agak tersorok di bahagian paling dalam kedai. Ini kerana, dia tidak suka akan kebisingan di situ. Dan yang paling nyata dia tidak suka bila ada sesetengah pelanggan lelaki yang bermata keranjang memerhati dan merenung Ann Layli kesayangannya.
" Kita dah sebulan tamat STPM ni. Apa rancangan Ann lepas keluar result nanti?" Lemon ais dalam gelas di depan disedut dalam. Cuba menghilangkan dahaga setelah berjalan agak jauh dari station bas tadi bersama Ann Layli.
" Ann rasa nak tolong mak dengan ayah dekat kedai dulu. Lagipun ayah pun tak berapa sihat sekarang ni. Kesian mak sorang-sorang." Ann Layli turut sama menyedut Neslo Ais di depannya.
" Ajai pulak macam mana. Nak kerja atau sambung belajar. Dah ada perancangan ke?"
" Kalau Ajai bagitahu ni Ann marah tak? " Jari jemari Zen Huzaini mengetuk straw yang berada dalam gelas sehingga minuman tu berkocak perlahan. Nampak sangat hatinya tengah gundah gulana.
" Belum bagitahu lagi dah cakap Ann marah. Apa dia? " gadis yang berambut lurus tu tersengih.
" Ajai dapat tawaran polis. Kemasukan pertama sesi mac, " perlahan suara Zen Huzaini menggumam. Mukanya keruh saat memberitahu sang kekasih.
Wajah Ann Layli bertukar ceria. Dia tersenyum manis sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
" Alhamdulillah. Tahniah Ajai. Eh, bukan-bukan.. Tahniah Kpl. Zen Huzaini."
" Ann suka ke kita berjauhan?"
“ Tak suka. Tapi sekurang-kurangnya masa depan Ajai dah terjamin. Ann happy on behalf Ajai. Rezeki tau. Bukan senang nak dapat." teruja Ann Layli membalas.
" Terima kasih. Tapi Ajai nak Ann janji dengan Ajai satu benda." Zen Huzaini menarik tangan kiri dan kanan Ann Layli ke dalam genggaman tangannya. Ann Layli mengangkat kening seolah bertanya.
" Ann tolong tunggu Ajai! Enam bulan aje." penuh pengharapan Zen Huzaini melafazkan.
" Enam bulan tu macam-macam boleh jadi. Kalau ada jodoh antara kita pasti takkan ke mana."
" Ya, Ajai tahu. Ajai harap hubungan kita berjalan lancar. Apa pun yang jadi Ajai harap sangat Ann akan tunggu Ajai." termeterai lafaz janji itu.
*********
Setiap hari rutin Ann Layli adalah membantu maknya. Setelah solat subuh dia ke kedai runcit milik ayahnya iaitu Pak Zahid. Sejak dari kecil lagi Ann Layli rajin membantu kedua orang tuanya. Dia di ajar untuk berdikari. Malah dia seorang anak yang rajin dan taat.
" Awal hari ni cik Tipah?" soal Ann Layli menegur salah seorang pelanggan yang masuk ke kedainya pagi itu. Wajah ceria dia paparkan bagi menyambut pelanggan pertama.
" Aah awal hari ni. Cik Tipah nak masak lauk kegemaran abang Faris kamu. Dia balik hari ni. Dia baru je tamat kursus polis. Cik Tipah bukan apa. Rindu sangat ke dia. Dah dekat setahun dia tak balik tau." ujar Cik Tipah bersemangat. Dia memilih beberapa sayur segar di dalam kotak polistrin di depannya. Selain itu, bakul di depan tu juga sudah penuh di isi dengan lauk basah yang lain. Ada udang, sotong, ikan kerisi dan ayam.
Ann Layli tersengih mendengar. Patutlah pun!
“ Tapi bukan ke kursus polis tu enam bulan aje. Kenapa abang Faris pergi kursus lama sangat? " berkerut dahi Ann Layli memikir. Tangannya lincah mengambil sayuran Cik Tipah dan diletakkan ke atas timbang digital. Sekilas dia melihat angka yang tertera pada skrin penimbang.
" Berapa tu? “ soal Cik Tipah laju. Dia tertinjau-tinjau angka di skrin penimbang.
Ann Layli mencongak laju dalam kepala sebelum menjawab pertanyaan Cik Tipah. " Sawi sekilo RM7 , ni 230 gram lebih kurang RM 1.60 sen je cik Tipah. " jawab Ann Layli lalu memasukkan sayur sawi tu ke dalam plastik.
" Okay. Oh, abang Faris kamu sambung kursus UTK pulak lagi 6 bulan. Tu yang lama tu. Kalau ikut kan memang dah habis lama dah. " balas Cik Tipah bangga. Almaklumlah, anaknya merupakan anak lelaki pertama dalam kampung mereka yang menjadi anggota Unit Tindakan Khas.
Bulat mulut Ann Layli menyebut huruf 'o' dengan kepala terangguk-angguk.
" Dah kira semua berapa. Cik Tipah nak balik masak ni. Karang abang Faris kamu sampai Cik Tipah tak siap masak lagi. " bebel cik Tipah sambil menyeluk dompetnya untuk mengeluarkan duit.
Ann Layli tersengih mendengar bebelan cik Tipah yang umumnya dikenali dengan mulut murai. Riuh suaranya berbicara jika ada sesuatu perkara yang dia tahu.
" Semuanya RM45.20 tunai. Tapi dua puluh sen tu saya genapkan aje. RM45 cukup." sengih Ann Layli seraya menghulurkan plastik barangan Cik Tipah.
Cik Tipah menghulurkan not hijau kepada Ann Layli dan gadis itu mengambilnya lalu memulangkan baki. Cik Tipah menonong keluar dari kedai dengan langkah besar. Kalut saja lagaknya.
" Banyak Cik Tipah kamu borong Manja. Lepas tu kalut aje mak tengok. Dia nak ke mana?" soal Puan Hasnah yang tiba-tiba muncul dari belakang Ann Layli. Terkejut Ann Layli bila disergah emak.
Mata Puan Hasnah mengekor langkah Cik Tipah yang keluar dari kedainya. Cik Tipah tu adalah pelanggan tetap kedainya sejak bertahun dulu.
" Isk, mak ni.. Terkejut orang. " ujar Ann Layli. Dia menggosok dadanya yang terperanjat.
" Abang Faris jaguh kampung ni nak balik. Katanya baru tamat kursus polis dekat Kuala Lumpur tu ha.." Ann Layli memberitahu. Terangguk-angguk Puan Hasnah mendengar cerita si anak.
" Mak.. Sebut pasal kursus polis ni, orang nak bagitahu mak something ni. " Ann Layli tersengih-sengih.
" Apa? " soal Puan Hasnah yang sibuk membersihkan rak yang dipenuhi habuk di belakang mereka. Ann Layli berpusing menghadap emaknya.
" Orang saja la nak bagitau mak. Hmmm.. Ajai dapat tawaran masuk polis. Dia kena pergi kursus enam bulan dekat Kuala Lumpur. Mungkin sama tempat dengan abang Faris tu kut." Ann Layli menggigit bibir.
Puan Hasnah berpusing 180 darah menghadap si anak. Wajahnya berkerut melihat gelagat Ann Layli.
" Alhamdulillah. Rezeki dia lah tu. Bila dia nak pergi?"
“ Mungkin lusa kut. Nanti orang nak keluar jumpa Ajai tau mak. Mak nak kirim salam tak dekat dia? Pesanan ke? Sepatah dua kata ke? " Ann Layli cuba berlucu dengan emak. Cuba menghilangkan perasaan sedih yang menapak. Dia bakal kehilangan kawan baik yang banyak membantu dirinya.
Dia dan Zen Huzaini sudah lama berkenalan. Sejak memasuki tingkatan satu di sekolah yang sama. Lusa dia bakal berjauhan dengan lelaki tu. Bermacam perasaan yang mengganggu benaknya saat tu.
Emak menggeleng kepala. " Macam-macam lah kamu ni. Yelah, nanti kirim salam dekat dia. Pesan pada dia jaga diri baik-baik. Solat jangan tinggal. Selalu buat baik dengan orang. Jangan lupa orang tua."
" Itu aje. Lagi.." desak Ann Layli. Dia cuba menganggu fokus emaknya. Ann Layli tersengih melihat riak emak yang cemberut.
" Nak cakap apa lagi itu ajelah. "
" Pesan dekat dia jangan lupakan kita. "
" Itu kamu sendiri ajelah yang cakap. Bukan kita.. Kamu aje. Perasan sangat. Buatnya berbulan dia pergi dia lupakan kamu. Siapa yang susah. Badan sendiri yang merana. Dah jangan nak mengharap sangat. Cepat kemas kaunter tu. Kejap lagi mak nak balik nak masak untuk ayah." pesan Puan Hasnah. Ann Layli termangu. Kata-kata emak mengganggu benak dan fikirannya.
*******
Ann Layli bersiap dengan kemas. Dia menyarung kemeja flannel berwarna biru gelap dipadankan dengan seluar jogger berwarna khakis. Rambutnya yang lurus separas dada diikat ponny tail. Beg silang kickers di sarung ke tengah badan. Dia menambah lip gloss berperisa cherry di bibir bagi menampakkan keceriaan wajahnya.
Wajahnya yang berbentuk bujur sireh tu sangat mempersona akan sesiapa yang melihatnya di tambah dengan warna kulitnya yang putih mulus. Sekali lihat, malah kedua kali pun orang akan mengatakan yang wajahnya persis darah kacukan. Wajahnya tak ada langsung mirip kedua ibu bapanya. Tetapi dia sering mengabaikan sangakaan orang terhadapnya. Dia cukup bahagia mempunyai kedua orang tua yang baik dan amat menyayanginya sejak lahir.
Pintu bilik ditarik. Ann Layli mencari kelibat Puan Hasnah di dapur. Dia mahu memberitahu tentang kepergiannya ke bandar untuk bertemu Zen Huzaini buat kali terakhir sebelum lelaki tu berangkat ke Kuala Lumpur.
" Mak oh mak!" mata bundar itu melilau mencari susuk si emak. Habis segala pintu dapur dan pintu tandas dia buka demi mencari Puan Hasnah.
" Mak kat sini manja." laung mak dari luar. Puan Hasnah sedang menjemur baju di penyidai luar. Ann Layli menjenguk muka ke depan pintu belakang.
" Mak.. Orang nak pergi pekan ni. Nak jumpa Ajai. Esok dia nak pergi Kuala Lumpur dah."
" Yelah, hati-hati. Cepat pergi cepat balik. Kirim salam mak dekat dia." pesan Puan Hasnah. Ann Layli angguk. Dia sempat melayangkan flying kiss kepada Puan Hasnah. Tergeleng kepala orang tua tu dengan gelagat Ann Layli.
Ann Layli buru-buru berjalan kaki melalui kawasan pejalan kaki menuju ke Taman Tasik Taiping. Dia telah berjanji dengan Zen Huzaini untuk bertemu di situ.
Setelah sampai, dia mendapati Zen Huzaini sedang menanti di sebuah kerusi batu berhadapan tasik buatan manusia yang pertama di Malaysia.
Ann Layli mengeluh buat kesekian kali. Setiap kali berjanji temu pasti Zen Huzaini yang akan mendahului dia. Tak pernah sekali pun lelaki tu datang lewat ketika berjanji temu. Dan tak pernah sekali pun lelaki tu mengungkit atas keterlewatannya.
" Ajai dah lama sampai ke?"
Zen Huzaini berpaling sebaik mendengar suara si gadis. Dia tersenyum manis.
" Baru setengah jam."
" Sorry Ann lambat lagi kali ni." Ann Layli duduk di sebelah Zen Huzaini. Pandangannya dilontarkan ke tengah tasik. Air tasik yang mengalir tenang turut membuatkan hatinya juga tenang.
" Tak apa. Ajai yang keluar awal tadi."
" Tapi tak best lah, setiap kali keluar Ann selalu lambat. "
" Ajai tak ambil hati pun. Janji Ann datang."
" Kalau Ann tak datang macam mana? “ sengaja Ann Layli menduga.
" Hmmm.. Ajai pergi cari dekat rumah."
" Ajai bukan tahu rumah Ann pun. Macam mana nak cari Ann."
" Small matter aje. Jangan pandang Ajai sebelah mata tau. Ajai kalau nak satu-satu benda Ajai akan buat sampai dapat. Termasuklah untuk dapatkan Ann."
" Yelah tu. Lelaki kan kalau cakap lembut gigi dari lidah. Bila dah dapat buat endah tak endah. "
"Eh, bila masa pulak Ajai buat endah tak endah kat Ann ni. Ajai hari-hari susah hati kalau tak boleh cakap atau jumpa dengan Ann tau."
" Angau teruk la Ajai ni.
" Kenapa? Ajai angau dengan awek Ajai je pun. Bukan angau dengan orang lain. Dah sayangkan.. Nak buat macam mana."
" Yelah-yelah. Ajai sorang je ada awek. "
" Ann tak sayang Ajai ke?
" Tak.
" Amboi sampainya hati dia. Ajai nak pergi esok tau. Janganlah buat Ajai susah hati. Nanti tak lena tidur kat sana." Hampir merajuk Zen Huzaini dengan gadis disebelahnya tu.
" Belum pergi ayat jiwang manis sangat. Nanti sampai sana entah-entah lupa terus kat Ann. Dengar kata awek-awek polis sana ramai jugak yang cun-cun. Kalau nak banding dengan Ann ni apalah sangat." ujar Ann merendah diri.
" Biarlah yang datang sepuluh orang pun. Ajai tetap akan pilih Ann.
" Dah lah, Ann kadang-kadang takut dengan Ajai ni tau. Tak nak lah bincang pasal ni. Kita muda lagi lah. Banyak cita-cita dan harapan yang nak kita capai untuk bahagia kan mak ayah kita. Masa depan kita jauh lagi." Ann Layli cuba tukar topik. Dia sendiri takut untuk berangan. Takut angan-angan tak seindah kenyataan.
" Kita kena lah bincang sekarang. Kena rancang sekarang supaya kita nampak hala dan arah tuju masa depan kita tu." nasihat Zen Huzaini. Dia rasa seronok mengangankan masa depannya dengan gadis tu. Hati bila dah jatuh sayang, tak ada siapa dan apa pun yang boleh sangkal perasaan tu.
" Kita ada takdir. Allah akan menentukan semua takdir kita."
*******
P/s : Hii semua.. Meet my 2nd novel. Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan. * slow update *
Share this novel