Sepanjang perjalanan pulang, semua penghuni di dalam kereta diam seribu bahasa. Terasa suasana sangat hening. Hanya deru nafas masing-masing yang menyatu bersama penghawa dingin yang membekukan lagi keadaan.
Benz Fahri terasa bersalah saat terpandang wajah keruh Hasnah dan Ann Layli di tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang.
Bersalah kerana terpaksa menyelesaikan perkara sulit tadi dengan membuat keputusan sendiri. Sebenarnya, dia juga buntu bagaimana harus menangani masalah tersebut. Tetapi, terpaksa apabila hatinya sakit melihat Ann Layli yang bersungguhan merayu, menolak cadangan Hasnah dari di kahwinkan dengan Zen Huzaini. Malah, bertambah bengang apabila Zen Huzaini secara terang-terangan menyatakan perasaan cintanya kepada Ann Layli. Ego lelakinya sedikit tercabar. Menggelegak hatinya tahan amarah yang memuncak mendengar pengakuan berani mati tuan inspektor itu serta lamaran terhadap tunangannya.
Kedua wanita itu lagaknya sedang melancarkan perang dingin namun lebih berpihak kepada Hasnah yang sedang meredam amarah kepada anaknya.
Benz Fahri terasa amat canggung sekali. Dia perlu menghilangkan perasaan bersalah dan canggung itu dari terus membelenggu benaknya. Tidak dapat tidak, dia akhirnya bersuara.
“ Abang Mat nanti singgah masjid jamek depan sana tu kita solat Isya' dulu. Boleh makcik?” arah Benz Fahri kepada pemandunya serta soalnya kepada Hasnah. Sengaja dia mahu mencairkan suasana hening nan beku saat itu.
Abang Mat mengangguk lalu fokus kepada pemanduannya sebelum menukar haluan ke kanan menghala ke arah masjid jamek yang berdekatan dengan kawasan mereka lalui itu.
Hasnah pula saat di soal, berkalih wajah dari cermin tingkap ke wajah Benz Fahri.
“ Makcik ikut Ben aje. Tapi kalau boleh lepas tu kita terus balik. Makcik risaukan pakcik kamu. Kejap lagi dah masuk waktu makan ubat dia.”
“ Baik makcik. Tak pergi mana dah pun. Nak singgah solat aje.” ujarnya.
Hasnah mengangguk bersetuju dan suasana kembali seperti tadi. Hening dan lebih beku bersama penghawa dingin yang dipasang abang Mat sehingga terasa sejuk menggeletar di kulit tubuh.
Usai solat Isya' Benz Fahri berjalan menuju kereta yang diparkir di kawasan tempat meletakkan kenderaan berhampiran perkarangan masjid.
Dia membuka pintu mahu masuk ke dalam namun terkejut dek suara tangisan yang berbunyi halus dari tempat duduk belakang. Tahulah dia suara halus itu milik siapa.
Tak jadi masuk, pintu kereta di tutup semula. Melangkah merapati pintu penumpang belakang dia bersandar di situ. Kepalanya dihalakan lurus ke depan. Kedua tangannya di masukkan ke dalam poket seluar sekalian menanti ketibaan Hasnah dan Abang Mat yang masih belum selesai bersolat mungkin.
Menarik nafas dalam, dia menghembus perlahan. Di bawa wajah toleh ke sisi, mencari suara halus yang masih terdengar esak tangis namun sudah perlahan itu. Mungkin dek kerana ketibaannya ke situ lantas meredakan tangisan Ann Layli.
“ Dua sebab je kita menangis. Pertama, bahagia. Kedua, derita. Walaupun saya tak tahu sebab yang mana awak menangis tapi saya nak awak tahu saya tak suka awak menangis. Saya minta maaf sebab terpaksa masuk campur tadi. Kalau awak marahkan saya pasal tu, saya minta maaf. Tapi jangan sekali-kali bazirkan air mata untuk orang, perkara dan hal yang tak berfaedah. It's not worthy."
Jeda.
Dia menunggu respon wanita itu selepas bersuara, tetapi tiada balasan walau sepicing suara.
“ Can you answer me for some questions that I need to know hmm??” soalnya. Kepala di bawa toleh semula ke depan. Lampu jalan membias ke depan wajah. Terdongak sedikit wajahnya memandang terang cahaya yang menyuluh. Langit malam juga saat itu, kelihatan terang dek bulan yang sedang mengambang penuh di dada langit.
Hening.
“ Just answer yes or no. Knock the door once if your answer yes. If you say no, knock the door twice. Got it!”
Sesaat berlalu, tiada jawapan ke udara membuatkan Benz Fahri bersuara semula.
“ Are you loves Tuan Inspektor like he loves you?” soalnya. Gegendang telinganya sudah bersedia mahu mendengar jawapan dari ketukan wanita itu yang masih kekal di bahagian dalam kereta.
Ann Layli tidak turun bersolat tadi kerana uzur. Walaupun tidak diberitahu kepadanya secara lisan, namun dia tahu jawapannya. Maka, hanya dia, abang Mat dan Hasnah saja yang turun menunaikan solat di masjid jamek tersebut.
Tiba-tiba terdengar dua ketukan di pintu dari sebelah dalam langsung membuatkan Benz Fahri menarik nafas lega. Dia tersenyum memandang hujung kasutnya. Sandarannya diselesakan lagi lantas meneruskan lagi pertanyaannya.
“ Tadi awak kata kalau makcik maafkan awak dan terima awak semula, awak akan kahwin?”
Sekali ketukan dari Ann Layli membuatkan Benz Fahri tersenyum lebih panjang.
“ Awak mahu teruskan hubungan kita?"
Hampir lima minit berlalu tiada jawapan dari ketukan wanita itu membuatkan Benz Fahri mengulang semula pertanyaannya.
“ Awak mahu teruskan hubungan kita sebagai pasangan yang bertunang?" Kali ini, nada suaranya dikuatkan sedikit kerana bimbang Ann Layli tidak mendengarnya berikutan deruan enjin kereta yang lalu lalang di luar perkarangan masjid itu membataskan suaranya sampai ke telinga wanita itu.
Terdengar sekali ketukan dari dalam membuatkan dua ulas bibir Benz Fahri tersenyum tanpa paksaan. Malah, bertambah ligat otaknya merangka soalan kerana mahu bersoal jawab dengan tunangannya.
“ Do you love Toh Puan Ruhana Kamaruzzaman much?”
Ann Layli yang duduk menunduk sambil menekup wajahnya tersentak. Apa dia tak salah mendengar. Diulang nama yang barusan meniti di bibir milik lelaki itu di dalam hatinya. Ruhana Kamaruzzaman? Siapa? Eh, Ruhana kan bonda? Ann Layli hampir tersengih. Pandai betul lelaki muka ketat ni putarbelitkan soalan dia!
Setelah yakin, Ann Layli melepaskan sekali ketukan ke panel pintu.
Benz Fahri lantas tersenyum senang.
“ Did you loves Megat Bakhtiar and Sharifah Julia clans much?” soal Benz Fahri seterusnya membuatkan lagian otak Ann Layli bekerja keras memikirnya.
Eh mamat ni? Apasal soalan dia berbelit sangat. Apa kena mengena nak tanya pasal anak Kak Lia dan Abang Tiar pulak ni? Apa yang dia nak clarify nya pun! Bebel Ann Layli dalam hati.
“ Tak make sense langsung!”
Itu yang terkeluar dari bibirnya. Lain yang mahu dia jawab lain pula yang dia terkeluar dari mulut. Tangan di genggam kuat melepaskan geram pada diri sendiri.
“ Just knock the door!” pesan Benz Fahri.
Saat itu terdengar satu ketukan di panel pintu kereta Vellfire itu dan bertambah lagi tahap gula di dalam senyuman Benz Fahri selepas itu. Manisnya umpama madu lebah ratu.
“ Will you reunite with babah soon?”
Ann Layli pejam mata sebentar. Tubuh yang menekur tunduk tadi di sandarkan pada dada kerusi. Jemarinya bergetar kuat sebelum membuat keputusan terakhir tentang kepulangannya kepada babah semula. Andai itu dapat memberikan kebahagiaan buat babah dan seluruh ahli Teratak Kaseh, dia rela dan redha lantas jemarinya mengetuk panel pintu dengan sekali ketukan.
Benz Fahri tersenyum gembira kerana dapat menunaikan janjinya pada Tan Sri Zahid selepas ini.
“ Last but not least, I'll choose lady to be my other half because babah asked me instead some of ibu's will and would you acceptence his whims too?” soalnya yakin walau dalam hati sudah dilanda ribut kuat.
Paluan di jantung Benz Fahri juga begitu kuat sehingga dia berasa berdebar menanti jawapan. Namun tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kerana dia pasti sakitnya saat terjatuh nanti.
“ First!" Perlahan suara Ann Layli menjawab namun sampai ke telinga Benz Fahri membuatkan jantungnya hampir terhenti. Sandaran pada badan kereta tadi pantas ditegakkan. Tangan yang tersimpan kemas di dalam poket seluar juga sudah dikeluarkan lalu di dakap ke dada. Cuba memberi sokongan kepada dada dari terus berdebaran dengan kuat.
Tanpa nada, hanya gerakan bibir Benz Fahri saja mengucapkan patah kata ‘alhamdulillah'. Tangan diangkat meraup wajah dan senyuman lebarnya mengembang di dalam tapak tangan sendiri sebelum di bawa ke hadapan semula.
Akhirnya, solat hajat dan istikarahnya selama ini sudah terjawab. Bukan dek permintaan babah saja yang membuatkan dia menerima pilihan itu, tetapi kerana sudah wujud rasa saat pertama kali terpandang Ann Layli. Sukar dia percaya, namun itulah yang dirasa. Dia bersyukur.
“ Are you sure?" Tanyanya pasti. Tidak mahu keputusan seterusnya membuatkan Ann Layli merasa bersalah kerana mengambil tindakan yang drastik.
Masih mengekalkan posisi memandang lurus ke hadapan seperti di awal tadi. Sedetik pun Benz Fahri tidak mengambil kesempatan untuk menoleh memandang Ann Layli di belakangnya di dalam kereta itu walaupun suara di dalam kepalanya sudah beratus kali menujah membisik ke telinga agar memandang wanita itu namun dipasakkan hati dan perasaannya. Belum masanya kerana mahu kekal menjaga pandangan.
“ Pretty sure!”
“ Saya harap awak buat keputusan yang terbaik sebab selepas malam ni semuanya akan berubah dan awak tak tak boleh berpatah balik. Atau awak mahu masa seperti sebelum ni?"
“ Just proceed with the same issue. Masa hanya akan membuatkan saya membunuh lebih banyak perasaan.”
“ Thanks for your time. I just want to clear and clarify some sort of thing.”
“ Back to you too.”
Dan suara Abang Mat memecahkan suasana bahagia mereka saat itu.
“ La kat sini rupanya kau Ben, penat abang cari kat dalam tadi. Ingatkan dah tinggal abang dengan acik Nah. Kita risau cari dia, dia sibuk dating kat sini pulak. Aduh la..” ujar Abang Mat sambil garu hidung. Tersengih-sengih dia pandang Benz Fahri yang terus pamer wajah tegangnya. Hasnah juga sudah hilang wajah amarahnya. Yang Ada cuma, sengihan panjang melihat Benz Fahri yang sudah merah wajahnya walaupun keadaan di situ samar-samar saja.
Bersaing mereka masuk ke dalam kereta selepas itu lalu bergerak pulang ke rumah.
********
Zen Huzaini termenung panjang. Selepas kejadian semalam hatinya bertambah parah menerima kenyataan yang menyakitkan. Tidak rela membiarkan, namun dia tiada pilihan.
Semerta kenangan bersama dulu menabiri ingatan dan mengucarkan lagi perasaannya.
Suatu masa..
Ann Layli berlari anak ke arah kawasan perhentian bas. Dia baru saja turun dari bas kawasan perumahannya. Sinaran matahari yang terpacak di atas kepala tak dihiraukan. Beg sandang di bahu dibetulkan letak duduk lagi sekali. Tangannya melirik ke arah Baby-G di tangan kiri.
" Aduh, lewat lagi!" dia monolog sendiri.
Peluh halus mula merenik di dahi, tapi kakinya yang panjang tetap juga berlari anak sehingga sampai ke destinasi. Tak sabar nak berjumpa dengan si buah hati.
" Sorry Ajai, Ann lambat lagi. Kena tolong mak kira stok barang dekat kedai."
" Tak apa, Ajai pun baru sampai je. Rajin betul buah hati Ajai ni tolong mak ye. Untunglah Ajai nanti."
" Mestilah kena tolong kalau tak jangan harap nak dapat permission datang date hari ni" Ann Layli kenyit mata.
" Ya Allah, bertuah punya budak. Baik ada makna ni!" tangan kanan Ajai naik menggosok kepala Ann Layli. Dia menggeleng kepala.
" Sorry tau," sekali lagi Ann Layli minta maaf. Dia tersenyum manis pada Zen Huzaini.
" It's okay. Dah lah, jom lepak Garuda. Ajai belanja Nasi Goreng Bandung favourite Ann nak!" bersinar mata Ann Layli mendengar ucapan Zen Huzaini.
Kedua merpati sejoli tu berpegangan tangan sambil melalui kawasan pejalan kaki menuju restaurant makanan yang di beri nama Garuda kerana kawasan kedai makanan tersebut terletak di bangunan milik syarikat Pos Kawalan Keselamatan Garuda. Satu-satunya kedai makan yang terletak di bahagian paling atas bangunan 3 tingkat. Rata-rata pengunjung yang datang ke situ adalah pasangan muda-mudi yang menghabiskan masa berdating.
Setelah sampai, Ajai memilih meja yang paling hujung dan agak tersorok di bahagian paling dalam kedai. Ini kerana, dia tidak suka akan kebisingan di situ. Dan yang paling nyata dia tidak suka bila ada sesetengah pelanggan lelaki yang bermata keranjang memerhati dan merenung Ann Layli kesayangannya.
" Kita dah sebulan tamat STPM ni. Apa rancangan Ann lepas keluar result nanti?" Lemon ais dalam gelas di depan disedut dalam. Cuba menghilangkan dahaga setelah berjalan agak jauh dari station bas tadi bersama Ann Layli.
" Ann rasa nak tolong mak dengan ayah dekat kedai dulu. Lagipun ayah pun tak berapa sihat sekarang ni. Kesian mak sorang-sorang." Ann Layli turut sama menyedut Neslo Ais di depannya.
" Ajai pulak macam mana. Nak kerja atau sambung belajar. Dah ada perancangan ke?"
" Kalau Ajai bagitahu ni Ann marah tak? " Jari jemari Zen Huzaini mengetuk straw yang berada dalam gelas sehingga minuman tu berkocak perlahan. Nampak sangat hatinya tengah gundah gulana.
" Belum bagitahu lagi dah cakap Ann marah. Apa dia? " gadis yang berambut lurus tu tersengih.
" Ajai dapat tawaran polis. Kemasukan pertama sesi mac, " perlahan suara Zen Huzaini menggumam. Mukanya keruh saat memberitahu sang kekasih.
Wajah Ann Layli bertukar ceria. Dia tersenyum manis sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
" Alhamdulillah. Tahniah Ajai. Eh, bukan-bukan.. Tahniah Kpl. Zen Huzaini."
" Ann suka ke kita berjauhan?"
“ Tak suka. Tapi sekurang-kurangnya masa depan Ajai dah terjamin. Ann happy on behalf Ajai. Rezeki tau. Bukan senang nak dapat." teruja Ann Layli membalas.
" Terima kasih. Tapi Ajai nak Ann janji dengan Ajai satu benda." Zen Huzaini menarik tangan kiri dan kanan Ann Layli ke dalam genggaman tangannya. Ann Layli mengangkat kening seolah bertanya.
" Ann tolong tunggu Ajai! Enam bulan aje." penuh pengharapan Zen Huzaini melafazkan.
" Enam bulan tu macam-macam boleh jadi. Kalau ada jodoh antara kita pasti takkan ke mana."
" Ya, Ajai tahu. Ajai harap hubungan kita berjalan lancar. Apa pun yang jadi Ajai harap sangat Ann akan tunggu Ajai." termeterai lafaz janji itu.
Keeseokannya..
Ann Layli bersiap dengan kemas. Dia menyarung kemeja flannel berwarna biru gelap dipadankan dengan seluar jogger berwarna khakis. Rambutnya yang lurus separas dada diikat ponny tail. Beg silang kickers di sarung ke tengah badan. Dia menambah lip gloss berperisa cherry di bibir bagi menampakkan keceriaan wajahnya.
Wajahnya yang berbentuk bujur sireh tu sangat mempersona akan sesiapa yang melihatnya di tambah dengan warna kulitnya yang putih mulus. Sekali lihat, malah kedua kali pun orang akan mengatakan yang wajahnya persis darah kacukan. Wajahnya tak ada langsung mirip kedua ibu bapanya. Tetapi dia sering mengabaikan sangakaan orang terhadapnya. Dia cukup bahagia mempunyai kedua orang tua yang baik dan amat menyayanginya sejak lahir.
Pintu bilik ditarik. Ann Layli mencari kelibat Puan Hasnah di dapur. Dia mahu memberitahu tentang kepergiannya ke bandar untuk bertemu Zen Huzaini buat kali terakhir sebelum lelaki tu berangkat ke Kuala Lumpur.
" Mak oh mak!" mata bundar itu melilau mencari susuk si emak. Habis segala pintu dapur dan pintu tandas dia buka demi mencari Puan Hasnah.
" Mak kat sini manja." laung mak dari luar. Puan Hasnah sedang menjemur baju di penyidai luar. Ann Layli menjenguk muka ke depan pintu belakang.
" Mak.. Orang nak pergi pekan ni. Nak jumpa Ajai. Esok dia nak pergi Kuala Lumpur dah."
" Yelah, hati-hati. Cepat pergi cepat balik. Kirim salam mak dekat dia." pesan Puan Hasnah. Ann Layli angguk. Dia sempat melayangkan flying kiss kepada Puan Hasnah. Tergeleng kepala orang tua tu dengan gelagat Ann Layli.
Ann Layli buru-buru berjalan kaki melalui kawasan pejalan kaki menuju ke Taman Tasik Taiping. Dia telah berjanji dengan Zen Huzaini untuk bertemu di situ.
Setelah sampai, dia mendapati Zen Huzaini sedang menanti di sebuah kerusi batu berhadapan tasik buatan manusia yang pertama di Malaysia.
Ann Layli mengeluh buat kesekian kali. Setiap kali berjanji temu pasti Zen Huzaini yang akan mendahului dia. Tak pernah sekali pun lelaki tu datang lewat ketika berjanji temu. Dan tak pernah sekali pun lelaki tu mengungkit atas keterlewatannya.
" Ajai dah lama sampai ke?"
Zen Huzaini berpaling sebaik mendengar suara si gadis. Dia tersenyum manis.
" Baru setengah jam."
" Sorry Ann lambat lagi kali ni." Ann Layli duduk di sebelah Zen Huzaini. Pandangannya dilontarkan ke tengah tasik. Air tasik yang mengalir tenang turut membuatkan hatinya juga tenang.
" Tak apa. Ajai yang keluar awal tadi."
" Tapi tak best lah, setiap kali keluar Ann selalu lambat."
" Ajai tak ambil hati pun. Janji Ann datang."
" Kalau Ann tak datang macam mana?” sengaja Ann Layli menduga.
" Hmmm.. Ajai pergi cari dekat rumah."
" Ajai bukan tahu rumah Ann pun. Macam mana nak cari Ann."
" Small matter aje. Jangan pandang Ajai sebelah mata tau. Ajai kalau nak satu-satu benda Ajai akan buat sampai dapat. Termasuklah untuk dapatkan Ann."
" Yelah tu. Lelaki kan kalau cakap lembut gigi dari lidah. Bila dah dapat buat endah tak endah."
"Eh, bila masa pulak Ajai buat endah tak endah kat Ann ni. Ajai hari-hari susah hati kalau tak boleh cakap atau jumpa dengan Ann tau."
" Angau teruk la Ajai ni.
" Kenapa? Ajai angau dengan awek Ajai je pun. Bukan angau dengan orang lain. Dah sayangkan.. Nak buat macam mana?"
" Yelah-yelah. Ajai sorang je ada awek. "
" Ann tak sayang Ajai ke?
" Tak.
" Amboi sampainya hati dia. Ajai nak pergi esok tau. Janganlah buat Ajai susah hati. Nanti tak lena tidur kat sana." Hampir merajuk Zen Huzaini dengan gadis disebelahnya tu.
" Belum pergi ayat jiwang manis sangat. Nanti sampai sana entah-entah lupa terus kat Ann. Dengar kata awek-awek polis sana ramai jugak yang cun-cun. Kalau nak banding dengan Ann ni apalah sangat." ujar Ann Layli merendah diri.
" Biarlah yang datang sepuluh orang pun. Ajai tetap akan pilih Ann.”
" Dah lah, Ann kadang-kadang takut dengan Ajai ni tau. Tak nak lah bincang pasal ni. Kita muda lagi lah. Banyak cita-cita dan harapan yang nak kita capai untuk bahagiakan mak ayah kita. Masa depan kita jauh lagi." Ann Layli cuba tukar topik. Dia sendiri takut untuk berangan. Takut angan-angan tak seindah kenyataan.
" Kita kena lah bincang sekarang. Kena rancang sekarang supaya kita nampak hala dan arah tuju masa depan kita tu." nasihat Zen Huzaini. Dia rasa seronok mengangankan masa depannya dengan gadis tu. Hati bila dah jatuh sayang, tak ada siapa dan apa pun yang boleh sangkal perasaan tu.
" Kita ada takdir. Allah akan menentukan semua takdir kita."
Dan ternyata Allah yang merencanakan sesuatu sesuai kehendak–NYA. Kini Ann Layli tetap juga bukan jodohnya. Takdir mereka tetap tidak bersatu. Walau berat di hati merelakan kepergian Ann Layli dia terpaksa menerimanya juga. Mengenang amaran Benz Fahri semalam membuatkan air matanya menitis satu persatu.
~ Allah tidak pernah salah mempertemukan kamu dengan seseorang. Hadirnya membawa salah satu di antara dua hadiah untukmu iaitu kebahagiaan ataupun pengalaman.
*******
thanks yg keep comment..terhibur WL bace.Yg sudi follow FFM pun thanks jugak..korang memang ohsem! Alhamdulillah, view dah 20k+ Tak sangka sgt dgn support readers semua. love all to the moon and never been back.
Share this novel