“ Assalamualaikum.”
Mengalih pandangan dari komputer sebaik mendengar suara salam di hadapan. Wajah Ann Layli dipandang dengan senyum segaris. Salam gadis itu di jawab lembut.
“ Waalaikumsalam. Oh, Ann. Ada apa?”
“ Maaf kak, saya mengganggu ke?” soalnya sebaik masuk ke bilik majikannya itu.
“ Eh, tak pun. Duduklah dulu. Macam ada hal penting je?" duga Rafidah. Jarang Ann Layli masuk ke ruangan pejabatnya kalau tiada hal mustahak atau masuk jika dia memanggil saja.
Ann Layli tarik kerusi di hadapan Rafidah lalu duduk. Nafas yang sedikit berat dihembuskan. Masih terkial-kial mahu menyusun ayat di dalam kepala.
“ Err..tak tahu nak cakap penting ke tidak. Tapi, rasanya saya kena beritahu Kak Fid jugak. Saya..” terbata ayat dibibir Ann Layli. Masih terkial-kial mahu menyusun ayat di dalam kepala. Dia mulai berasa sedikit segan kerana terpaksa meminta seperti itu kepada Rafidah. Pasti wanita itu akan berfikiran negatif kepadanya apabila dia bakal menyampaikan berita itu kelak.
“ Kenapa Ann? Ann ada masalah kewangan ke?”soal Rafidah dengan kening ternaik.
“ Eh..bukan kak. Bukan soal duit.” tingkah Ann Layli menafikan. Duduknya terasa bertambah canggung di kerusi itu.
“ Habis tu hal apa?” kerut dahi Rafidah cuba mencari jawapan.
“ Err..kalau saya cakap ni akak tolong jangan fikir yang bukan-bukan ye.” bibir bawahnya digigit sedikit cuba menghilangkan debar di dada.
Bergaris kerutan di wajah wanita itu.
“ Ann.. Ann..” geleng Rafidah. “ ..belum beritahu apa-apa lagi dah cakap macam tu. Ann boleh percayakan akak la. Ceritalah apa dia?” Tersenyum Rafidah melihat gelagat Ann Layli yang serba tak kena itu.
Sekali lagi, bibir bawahnya digigit sambil mengeluh perlahan. Tunak matanya memandang wajah Rafidah mengharap Rafidah mengerti perasaannya ketika itu.
“ Ann.. walaupun akak baru je kenal Ann tapi akak tahu Ann perempuan yang baik-baik. Ann boleh percayakan akak kalau Ann nak cerita apa pun. Akak sedia mendengar dan sedia membantu jika Ann ada sebarang kesulitan. Ceritalah. Mana tahu lepas Ann berkongsi dengan akak, perasaan Ann akan jadi lega. Setidaknya, jika akak tak membantu pun ianya akan mengurangkan beban perasaan Ann tu.” ujar Rafidah memberi jaminan.
Ann Layli pandang wajah Rafidah lagi. Masih ragu. Tetapi anggukan lembut dan redup mata Rafidah itu akhirnya mengurangkan perasaan itu.
“ Sebenarnya...” lambat-lambat ayat yang keluar dari mulut Ann Layli. Kedua jemarinya dicantum cuba menghilangkan rasa gemuruh juga.
“ Spill. I'm hear you.”
“ Saya akan bernikah hujung minggu ni. Jadi, saya nak minta jasa baik akak untuk luluskan permohonan cuti saya. Kalau tak boleh lama pun tak apa, dua hari pun dah cukup.” tutur Ann Layli senafas. Pantas ucapannya meniti bibir. Saat itu, terasa bahang menular memenuhi roman wajahnya. Malu.
Rafidah ketawa hingga berair matanya. Wajah janggal Ann Layli dipandang lucu.
Ann Layli pula yang berasa serba tak kena. Dia salah cakapkah? Atau.. ceritanya sangat lucu sampai Rafidah mentertawakannya sebegitu? Dia cakap pasal kahwin aje tadi. Apa yang lucu sangat? Ann Layli monolog di dalam hati.
Apabila reda sudah ketawa Rafidah, wanita itu bersuara semula.
“ So, Ann nak minta cuti kahwin la ni?Akak ingatkan ada masalah kewangan ke apa. Ann..Ann..” tersengih panjang wanita itu memandang Ann Layli.
Mengangguk Ann Layli mengiakan kebenaran ceritanya.
“ Congrats!” Tangan kanan dihulur Rafidah ke arah Ann Layli.
“ Err, te..terima kasih kak.” balas Ann Layli agak gugup. Huluran tangan Rafidah disambut.
Biar benar Rafidah ucapkan tahniah padanya? Apa Rafidah tidak berfikir yang bukan-bukan pasal dia? Yalah, dia kan balu. Tiba-tiba aje mintak cuti untuk kahwin sedangkan dia baru saja bekerja dengan Rafidah hampir dua bulan lepas. Pun begitu, Rafidah juga tahu dia baru lepas kehilangan suami. Takkan semudah itu Rafidah menerima ucapannya.
“ Dengan siapa?” soal Rafidah ingin tahu. Cuba merisik sedikit cerita pekerjanya yang sedikit perahsia itu.
“ Someone of my relative.” ringkas jawapannya.
Nah, kan sudah diberitahu. Ann Layli memang sangat perahsia orangnya. Susah mahu mendengar cerita peribadi wanita itu meniti di bibirnya. Tambahan sewaktu bekerja, lagilah bibir mungil itu tertutup rapat tanpa sebarang perkataan. Hanya fokus pada pekerjaannya saja.
“ Dah lama kenal?” Rafidah cuba mengorek lagi. Tetapi ternyata Ann Layli tetap seperti sebelumnya.
Geleng. “ Family yang aturkan.” ujarnya. Malas mahu bercerita lanjut kerana tidak mahu tersalah bicara. Bukannya dia tahu apa-apa pun pasal bakal suaminya tu melainkan mereka ada pertalian sepupu.
Rafidah angguk. “ So, Ann nak start cuti bila?”
“ Kalau akak tak keberatan, mulai Khamis ni hingga Ahad. Isnin saya masuk kerja semula.”
“ Okay. Akak approved cuti Ann tu. Tapi betul ke Ann nak cuti lima hari je. Ambil la lebih sikit, buat cuti honeymoon ke?” pelawa Rafidah.
“ Eh tak apa kak..lima hari cukup dah. Nanti lama-lama kesian dekat akak tak ada siapa yang nak handle kedai.” tolak Ann Layli kerana segan.
“ Eh, awak nak kahwin tau bukan hal biasa-biasa. Tak perlu nak fikir pasal kedai ni. Ambil je cuti settle apa yang patut.” ujar Rafidah lagi.
Akhirnya, setelah mendengar sedikit nasihat Rafidah, Ann Layli akur dengan kata-kata wanita itu. Dia kemudian keluar dari bilik Rafidah dengan perasaan lega.
Cutinya diluluskan Rafidah lebih dari lima hari dan sekiranya ada hal berbangkit setelah habis cuti tersebut dan dia masih memerlukan cuti Rafidah memintanya memaklumkan kepadanya semula dan akan meluluskan cuti tersebut.
Bertambah rasa serba salah Ann Layli kepada Rafidah yang bersikap sangat baik kepadanya. Hendak menolak, segan pula bila Rafidah begitu beria-ia. Tetapi dia pula yang pening kepala apabila memikirkan tentang cutinya yang hampir sepuluh hari itu? Mahu dibuat apa cuti sebanyak itu. Honeymoon? Jauh panggang dari api. Kenal mesra pun tidak dengan mamat muka ketat tu. Macam mana nak fikir jauh sampai honeymoon. Dia minta cuti pun sebab mak dan bonda yang bersungguh memintanya berbuat begitu. Katanya kena buat yang terbaik untuk perkahwinan sekali dalam seumur hidup. Tetapi dia kahwin kali ini sudah masuk kedua kali. Rasanya tak perlu beria masa untuk menguruskan majlis seperti status anak dara dahulu.
Sebenarnya banyak benda juga yang perlu dia bincangkan dengan bakal suaminya sebelum aturan perkahwinan keluarga ini diteruskan tapi mengenangkan permintaannya untuk bertemu dengan Benz Fahri mendapat penolakan bulat-bulat dari lelaki itu yang disampaikan babah dia terpaksa akur semuanya. Segala persoalan dikubur begitu saja dalam fikiran tetapi kerap menganggunya membuatkan dia bertingkah serba tak kena menjelang hari bahagia yang tak berapa nak bahagia tu.
Perasaan risau, takut, fobia, trauma dan pelbagai perkara lain mengasak dirinya untuk menempuhi alam rumahtangga buat kali kedua. Jelas, dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan status balu yang disandang enam bulan lepas dan kini terpaksa menyandang status isteri pula buat kali kedua. Sudah pasti mendapat pandangan serong dari masyarakat setempat kepadanya. Mengingatkan itu, dia benar-benar rasa fobia untuk meneruskan perkahwinan tersebut. Sungguh dia dilemma.
Namun mengenangkan keadaan babah yang semakin tidak sihat serta amarah Hasnah yang masih belum reda kepadanya tentang isu di rumah Zen Huzaini sebelum ini membuatkan dia terpaksa juga meneruskan dan mempercepatkan urusan perkahwinan itu. Semuanya kerana dia tidak mahu membuatkan hati kesayangannya terus tersinggung dengan kekhilafan diri. Ikutkan hatinya, mahu saja dia lari dari semua ini. Pergi jauh membawa diri dan menggagalkan perkahwinan aturan keluarganya serta terus membuatkan perasaan keluarganya berantakan. Namun sehingga ke saat ini, fikiran itu hanya mampu dipendam saja. Segala kekuatannya seolah ditarik pergi apabila memandang wajah Hasnah yang masih marahkannya dan wajah kasihan babahnya. Dia tidak sampai hati. Dia perlu menjernihkan suasana. Jadi, biarlah dia terus beralah demi membahagiakan kehidupan orang lain dari membahagiakan diri sendiri.
*****
“ Puteri!” nyaring suara Sharifah Julia melaung nama itu. Tangannya naik melambai ke arah pandangan seseorang yang baru saja melangkah masuk ke dalam bakeri Feeds.Kitchen tersebut.
Terdengar namanya dilaung, segera wajahnya di angkat. Lantas, susuk seorang wanita bekerjaya sedang melambai girang kepadanya. Ann Layli berkerut wajah.
“ Kak Lia!” ketusnya perlahan. Laju langkahnya menghampiri wanita itu.
“ Puteri dah balik pun!” ujarnya teruja.
“ Eh, kak buat apa sini? Bonda? Nak tempah apa-apa ke?” soal Ann Layli. Dia kemudian merapati kedua wanita tersebut dan bersalaman seketika. Dalam fikiran masih tertanya tujuan asal kedua beranak itu.
“ Nak ajak Ann keluar la. Ingatkan Ann keluar lunch pukul 1. Tak sangka akak sampai Ann dah tak ada.” jelas Sharifah Julia.
“ Oh, Ann rehat pukul 12 hari ni. Sebab kawan sekerja Ann nak rehat pukul 1. Kena bergilir-gilir sebab takut tak menang tangan time lunch hour nanti. Kedai ni kadang sesak jugak di buatnya.” jelasnya.
“ Patutlah.” ujarnya. Mata Sharifah Julia meliar ke sekeliling ruangan kedai melihat keadaan waktu makan tengah hari di situ. Benar, ramai juga pelanggan yang hadir dan menikmati hidangan di bakery tersebut.
“ Sorry kak.”
“ It's okay. Tapi kesian bondalah belum makan apa-apa lagi. Ingatkan nak ajak Ann dengan bonda lunch dekat kedai nasi briyani yang baru bukak area sini. Tapi tersalah timing pulak.” ujar Sharifah Julia tersengih.
“ La..kesian bonda lapar. Maaf bonda. Apa kata, bonda makan apa-apa dulu dekat sini untuk lapik perut. Tak adalah masuk angin kalau lambat nanti. Akak dengan bonda tunggu sekejap biar Ann masuk dalam buatkan hidangan dulu.” ujarnya memberi cadangan. Ann Layli sudah serba salah apabila mendengar cerita dari Sharifah Julia yang sedang menunggunya itu.
“ Tak apa. Kejap lagi bonda makan dengan Kak Lia aje. Tak perlu susah-susah Puteri.” balas Ruhana tersenyum senang. Sejuk perutnya melihat tingkah bakal menantunya itu. Sangat pandai mengambil hati. Harapnya nanti anak itu pandai juga mengambil hati anaknya.
“ Aah tak payah la risau. Akak bawak bonda makan kejap lagi.” tambah Sharifah Julia pula.
“ Tapi kak..” bantah Ann Layli.
“ Tak ada tapi-tapi. Jangan risaulah. Kan bonda? Bonda okay kan?” bantah Sharifah Julia sambil pandangannya melirik kepada Ruhana dan bertanya kepada ibunya.
Ruhana mengangguk bersama senyuman tanda dia tidak apa-apa dan akan baik-baik saja.
“ Before tu, bonda nak suruh Puteri tengok something. Actually Benz choices. Tapi dia nakkan persetujuan Puteri dulu. Can we have another of your minutes?” pinta Sharifah Julia.
Memandang sekeliling, Ann Layli mencari tempat sesuai untuk berbual seketika sebelum waktu rehatnya yang berbaki sepuluh minit lagi tamat. Pun begitu, ligat kepalanya berfikir tentang pilihan Benz Fahri. Sejak bila mamat muka ketat tu bagi ’attention’ untuk majlis perkahwinan mereka. Selama ni bila dia ajak berbincang, total saja lelaki itu beralasan. Malah terang-terangan menolak untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara yang dirasakan sulit untuk diceritakan kepada orang tengah yang menjadi pengantaraan lelaki itu kepada dia. Apa tidaknya, babah, Hasnah dan termasuklah Ruhana serta Sharifah Julia yang menjadi orang pengantaraan lelaki itu. Masakan mahu menyampaikan perkara berstatus ‘ rahsia’ kepada orang tengah pula? Naik buntu Ann Layli dibuatnya. Sudahnya dia menyimpan saja pertanyaan itu dalam kotak fikiran.
Memandang sebuah meja kosong tanpa pelanggan dari beberapa aturan meja yang terdapat di bahagian kiri kedai dia mengajak mereka duduk di situ sebelum Rafidah muncul dari bahagian belakang bakeri bersama setalam hidangan.Tersenyum wanita itu merapati tetamunya.
“ Bagus Ann dah balik! My special guest are waiting for you!” ujarnya ramah. Hidangan dua cawan kopi hazelnut dan sepiring pastries tuna curry puff diletakkan di atas meja sebelum menjemput tetamunya menikmati hidangan tersebut.
“ Jemput makan auntie. Our special menu today! Menu's made from Ann.” ucap Rafidah.
“ Oh ya." Ruhana tersenyum kagum. Tangannya terhulur mencapai tuna curry puff lalu disua ke mulut. Menciap setiap gigitan dan menelannya tertib supaya dapat merasa setiap bahan penting yang menjadikan hidangan itu sebiji curry puff.
“ Perfect match.” puji Ruhana saat menelan lumat gigitan tuna curry puff tersebut.
“ Credit to your daughter in law. She's doing well her job. I like her very much.” puji Rafidah melangit seraya melirik ke arah Ann Layli yang sudah tersipu malu.
Ruhana membiaskan senyuman manis kepada bakal menantunya.
“ Bonda je kau jemput. Aku tak mahu jemput pulak? Kaki bulu betul kau ni!” tiba-tiba Sharifah Julia mencelah mematikan ketidakselesaan Ann Layli yang dipuji melambung Rafidah itu.
“ Eleh kau ni itupun nak terasa ke? Hah, jemput makan Cik Puan Sharifah Julia binti Tun Sri Megat Fathullah. Makanlah sampai kenyang. Kalau tak kenyang lagi, dekat belakang masih ada. Nak tapau pun boleh.” usik Rafidah bersamaan ucapan nama panjang sahabat baiknya itu. Bahu sahabat baiknya ditepuk berkali-kali.
“ Jahat betul kau ni!” Sharifah Julia mencebir bibir. Geram dipersendakan Rafidah.
Ann Layli kelihatan sedikit terpinga melihat aksi serta kemesraan antara Rafidah dan Sharifah Julia itu. Lagak mereka sudah saling mengenali lama. Otaknya cuba mencerna kaitan antara mereka tetapi nampaknya gagal keseluruhan.
“ My colleagues also known my bff.” terang Rafidah seraya memaut bahu Sharifah Julia lantas tersengih dan saling berpandangan keduanya.
Sempat rahang Ann Layli jatuh seketika sebelum Rafidah menyambung ayatnya semula yang membuatkan Ann Layli bertambah canggung dan malu kuasa dua belas menguasai dirinya.
“ So, Ann.. I hope my decision to let you pick up your honeymoon date are truly right. You get my allowing for the wonderful moment in your new life is effective by tomorrow.”
“ Thank you Fid. Kaulah majikan yang paling baik hati di abad ini.” puji Sharifah Julia kepada sahabat baiknya itu.
“ You know me! Aku memang baik hati, murah hati, lembut hati pun sejak azali lagi.” Rafidah tidak kalah menyambut pujian Sharifah Julia tersebut dengan senyuman meleret sambil memandang Ann Layli.
“ Pantang di puji betul kau ni!"
“ Dah orang puji.. aku tambah la lagi tahap kepujian tu untuk diri sendiri. Barulah bertambah keyakinan diri. Tak salahkan?” kedua bahunya sengaja dijungkit tinggi.
“ Memang tak salah. Tapi overrr sangat."
“ Whateverr...” Rafidah menjulingkan matanya.
Sharifah Julia tersengih panjang melihat reaksi sahabatnya itu.
“ Lagipun aku terpaksa la luluskan cuti Si Ann ni lepas dapat tahu yang dia bakal kahwin dengan adik kau. Karang kau kata aku majikan zalim pulak. Dengan bff pun nak berkira.” tokok Rafidah.
“ Ehh bila masa aku cakap?” terjongket kening Sharifah Julia memandang Rafidah.
“ Sebelum kau bercakap baiklah aku approved siap-siap. Tak pasal dapat title sahabat durjana pulak!”
“ Kau ni memang over ehh. Fikiran tu suka melampaui batasan.” tergeleng kepala Sharifah Julia mengenangkan perangai gila-gila sahabat baiknya itu.
“ Hahaha..” Rafidah turut ketawa suka.
“ Actually aku approved bukan apa..Ann ni sejak kerja sini tak pernah ambil cuti pun. Harap cuti weekend and public aje. So memandangkan dia pekerja yang baik dan tak berkira dengan kerja apa salahnya aku belanja dia cuti kahwin lama sikit. Tidak-tidak aku boleh jugak buat amal dengan kau, auntie, Ann dengan bekas ‘bakal’ suami tak jadi aku dulu tu.” tambah Rafidah lagi. Sengaja ayat bakal itu ditekan kuat kosa katanya.
Ya, dulu semasa zaman kolej, Rafidah selalu mengikut Sharifah Julia pulang ke rumahnya. Dan dari situ dia mulai mengenali Benz Fahri. Lama kelamaan dia mula tertarik dengan adik tiri sahabatnya itu. Namun perasaan suka itu cuma terzahir kepada Sharifah Julia saja. Tetapi awal-awal lagi Sharifah Julia sudah memberi amaran kepadanya agar tidak jatuh cinta kepada adiknya itu kerana menurutnya dia tidak mahu mendapat adik ipar yang sama baya. Malah Sharifah Julia bertindak sebagai seorang kakak yang terlalu protektif kepada adiknya. Namun itu tidak membuatkan Rafidah gentar. Ada saja helahnya mendekati Benz Fahri. Namun, pemuda itu tidak pernah mahu menerimanya. Berasa kecewa, akhirnya Rafidah menjauhkan diri. Seiring masa, Rafidah sedar perasaan suka itu hanyalah mainan perasaan jiwa mudanya sahaja apabila dia akhirnya jatuh cinta kepada pensyarah di kolej mereka. Menginjak ke tahun akhir, Rafidah akhirnya menerima lamaran Professor Kamarul yang begitu tergila-gilakannya. Tambahan mengingatkan jika dia berkeras dengan perasaannya yang satu itu, mungkin hingga ke hari ini tiada lagi hubungan persahabatannya bersama Sharifah Julia.
“ Amal apa?” celah Ruhana seraya mematikan lamunan Rafidah sebentar tadi. Berkerut dahi Ruhana cuba memikir tentang amal yang dikatakan Rafidah.
“ Bagi anak, anak buah dan cucu untuk auntie and family la. Bagi cuti lama dekat pekerja lebih kurang macam hadiah saya juga pada dia. Saya buat amal untuk dia. Benarkan dia cuti dua minggu. Seminggu untuk cuti kahwin dan seminggu lagi untuk cuti honeymoon. Mana tahu rezeki masuk kerja minggu ketiga dan keempat kita semua dapat good news kan!" ucap Rafidah. Teruja dia membayangkan Ann Layli yang akan berbadan dua nanti. Sudah pasti bayinya sangat comel seperti kedua ibu ayahnya yang cantik dan kacak itu.
“ Amiin Ya Mujib. Ya Allah Fidah, baik betul kamu ni.” ujar Ruhana beriak teruja sekalian mengaminkan kata-kata Rafidah. Mendengar istilah cucu buatkan Ruhana tidak sabar menanti perkahwinan Ann Layli dan anaknya yang kurang seminggu lagi akan berlangsung.
“ Now, I have no doubt at all about you! You're such an amazing bff forevahh..” Ujar Sharifah Julia seraya bangun dan memeluk erat bahu Rafidah dengan ketawa yang tak henti. Sungguh propa aksinya.
Terkekeh ketawa mereka di situ termasuk Ruhana. Ann Layli pula sepertinya sudah hilang tingkah. Tidak tahu mahu senyum atau lari menyorok dengan bicara kedua sahabat baik tu. Sudahnya dia hanya menjadi pendengar dan pemerhati saja antara mereka. Ibarat bagaikan patung cendana. Terpaksa berdiam diri kerana menjadi topik bualan. Bimbang jika mencelah nanti bertambah hangat dia menjadi bahan bualan. Lagian wajahnya entah diselaputi warna apa kerana bertimpa-timpa rasa malu menampal di kulit muka dek penangan perbualan kedua sahabat baik itu.
“ Okaylah. Aku nak ganti tempat staff aku yang sorang lagi tu. Kau berbual lah dulu dengan Ann.” ujar Rafidah lalu bangun dan mahu meninggalkan meja itu.
“ Tapi kak, ” Ann Layli sempat menahan Rafidah. “ Lunch hour saya dah habis ni!” Pangkal tangannya yang tergelang Shein diangkat lalu menilik waktu. Ya, jarum jam sudah menginjak jam 1 satu minit petang. Itu bererti waktu makan tengah harinya juga sudah tamat sebentar tadi.
“ Tak apa, akak tambah waktu lunch hour Ann lagi sejam. Duduklah berbual dulu. Biar akak cover tempat Zara.” balas Rafidah.
“ Kak jangan macam tu. Segan saya..”
“ Tak apa. Anggap je akak buat amal dengan Ann dan bff akak tu.” muncungnya terarah ke wajah Sharifah Julia.
“ Tapi kak..” Ann Layli masih ragu.
“ It's okay. Just go on.”
“ Kalau macam tu balik nanti saya kerja lebih masa bahagian cleaning ya?” cadangnya. Masih cuba berdiplomasi dengan Rafidah. Tidak mahu dikatakan sebagai pekerja yang tidak berbahasa. Orang sudah berbudi, tentu juga dia mahu berbahasa.
“ Yalah..”
“ Terima kasih kak..”
“ Sama-sama.”
Ann Layli kembali duduk menyertai Sharifah Julia dan Ruhana.
Ruhana mengeluarkan sesuatu dari tas tangan Hermesnya lalu disuakan ke hadapan Ann Layli.
Melopong mulut Ann Layli saat itu. Berulang kali dia menyorot tulisan di atas pamphlet di hadapannya.
“ Benz berhajat nak berikan ini sebagai mas kahwin nanti. Apa pendapat Puteri?” Ruhana menolak pamphlet berwarna merah dan emas itu ke hadapan Ann Layli.
“ Kenapa dia nak beri yang ni? Selalunya orang bagi emas atau berlian untuk mas kahwin.”
“ Benz tu otak dia kreatif sikit. Akak pun tak faham sangat bila dia bagitahu tentang benda ni. Tapi since dia dah berhajat kita orang submit ajela untuk dia pada Puteri. Kan bonda?” jelas Sharifah Julia.
Ruhana mengangguk setuju.
“ Dia harap Puteri setuju dengan hajat dia. Dia suruh bonda tunjukkan pada Puteri. Puteri terima ya?”
Lama Ann Layli berfikir sebelum bersuara.
“ Nanti Ann fikir. Boleh bonda bagitahu dengan dia Ann perlukan masa. Sebab Ann rasa benda ni macam tak masuk akal. Tinggi sangat nilai dia. Rasa macam tak layak aje. Plus Ann rasa dia bazirkan duit. Cukuplah dengan semua persediaan untuk majlis di dua buah tempat nanti. Ann segan dengan keluarga bonda.” tutur Ann Layli. Sungguh dia benar-benar tak dapat mencerna dengan baik pilihan Benz Fahri itu.
Ruhana dan Sharifah Julia berpandangan sesama sendiri sebelum Ruhana mengambil kata putus untuk cuba memujuk Ann Layli lagi.
“ Itu hajat dia Puteri. Bonda tak ada hak nak bantah. Lagipun ini perkahwinan pertama dia. Bukan senang Benz nak terima keputusan kami semua supaya berkahwin kali ini. Sudah lama bonda dan babah pujuk dia untuk tamatkan zaman bujang dia. Akhirnya dia terima. Kami bersyukur sangat. Bila dia sendiri yang buat pilihan tentang majlis dia serta tetapkan sendiri apa yang boleh apa yang tidak boleh untuk perkahwinan ni bonda terpaksa akur walaupun ada juga timbul beberapa isu yang tak jelas pada kami. Tapi it doesn't matter. His wedding kan so his rules.”
“ Lagipun betul cakap Lia tu. Benz tu otak dia memang lain dari yang lain. Rasanya sebab dah ramai dan menjadi trend orang bagi emas sebagai mas kahwin sekarang ni. So dia nak buat kelaianan dengan beri benda ni untuk mas kahwin dia pada Puteri nanti. Layak atau tak layak bukan ukurannya. Yang penting niat dia ikhlas. Lagipun bonda nampak effort dia menghargai bakal isteri nanti. Sebab tu sampai sekarang dia tak mahu jumpa Puteri.” tambah Ruhana meyakinkan Ann Layli.
“ Effort apa bonda?”
“ Kerja bermati-matian. He's working on weekends also. Non stop. Now he's in Dubai.” celah Sharifah Julia tersengih membocorkan rahsia sang adik.
“ Lia.. Lia kan dah janji dengan dia tak nak beritahu pada sesiapa..” suara amaran Ruhana menegah anaknya. Bulat mata Ruhana.
Sharifah Julia sudah terkekeh ketawa.
“ Tak ada bezanya bonda. Lia pun beritahu bonda jugakan..” tukas wanita itu dengan ketawa yang bersisa.
“ Hmmm..” Ruhana terpaksa mengiakan akhirnya kata-kata Sharifah Julia itu.
“ Puteri terima ya.” pujuk Ruhana. Bahu Ann Layli digosok lembut.
“ Insha'Allah bonda. Tapi bonda beritahu dia juga ya. Katakan Ann mahu nilai yang sedikit saja. Tak perlu banyak-banyak. Sebab dia bakal berkahwin dengan janda bukannya anak dara.” Akhirnya Ann Layli terpaksa akur. Pun begitu masih memilih untuk sedar diri tentang harga dirinya. Tidak mahu sampai menyusahkan bakal suaminya walaupun dia tahu niat baik lelaki itu.
Ruhana dan Sharifah Julia mengangguk bersetuju dengan keputusan Ann Layli tersebut.
******
“ Kak..”
“ Hmm..”
“ Siapa Puteri?”
Diam. Tangan masih ligat mencuci pinggan di dalam sink. Sudah habis pinggan. Gelas serta alat utensil yang lain pula dicuci dan dibilas bersih. Pertanyaan Zara di hujung telinga di buat tak layan.
“ Kak, dengar tak ni.” Zara memanggil lagi.
“ Hmmm..” panjang dehemannya.
“ Siapa Puteri? Perempuan dengan auntie cantik semalam tu pun siapa? Siap bersembang kamceng dengan Kak Fid lagi?” soal Zara. Sudah seperti bertih jagung lagi suaranya ketika itu. Meletup-meletup saat bertanya.
“ Kawan Kak Fid la tu.”
Zara angkat bahu walaupun jawapan dari Ann Layli tidak begitu membuatnya berpuas hati. Terpaksa akur dengan jawapan tersebut.
“ Dah tu siapa Puteri?” Masih tak mengalah Zara tetap bersoal.
“ Kawan dia jugak la kut.”
“ Bukan akak ke? Zara dengar dia sebut Puteri akak ia kan aje.” mengecil mata Zara cuba mengorek rahsia saat memandang wajah Ann Layli.
“ Zara salah dengar la tu.”
“ Akak nak kahwin eh?” giat Zara.
Prang!!
Gelas kaca yang di dalam pegangan Ann Layli jatuh berderai ke lantai dapur. Habis pecah berselerak menjadi serpihan membuatkan Zara kaku di atas kerusi yang di dudukinya itu.
Ann Layli juga tergamam. Pandangannya semerta berpinar melihat darah meleleh dari celahan jari tangan kanan.
“ Akak!” Zara teriak kaget.
Tubuh Ann Layli perlahan melorot ke lantai. Zara seperti baru sedar dari disumpah kelam kabut turun dari kerusi lantas menerpa tubuh Ann Layli yang sudah kejung pitam di lantai dapur.
Riuh suaranya berteriak memanggil bantuan. Tubuhnya ikut menggigil apabila terkejut melihat Ann Layli tiba-tiba jatuh pengsan itu.
“ Kenapa Zara?” Anis datang kelam kabut dari bahagian dapur kering.
“ Kak..tolong...Kak Ann pengsan.” beritahu gadis itu.
“ Ya Allah!”
“ Jom kita bawa dia ke klinik.” pinta Zara. Dia sudah panik. Sesekali dia menepuk pipi Ann Layli namun tubuh itu tetap kaku membuatkan Zara bertambah risau.
“ Okay..okay..” Anis turut bersetuju. Lantas duduk melutut menghampiri Zara dan Ann Layli.
Sepantas kilat tubuh Ann Layli dipapah Anis dan Zara. Sempat Zara menghubungi Rafidah memberitahu hal kecemasan tersebut. Mira pula diarahkan mereka agar menjaga kedai dan disuruh tutup selepas tamat waktu bekerja sebelah malam itu.
*******
“ Hey bro jauh menung?”
Jerry menepuk perlahan belakang Benz Fahri. Tersentak lelaki itu lalu berkalih leher memandang sepupunya yang tersengih seperti kerang busuk itu.
Benz Fahri menjuling mata. Malas mahu melayan perangai menyebalkan Jerry, kepala ditala semula ke hadapan. Memandang laut nan luas dihadapan saat itu sambil memuji keagungan tuhan lebih baik buatnya.
Sementara Jerry yang tidak mendapat respon baik dari Benz Fahri mula menuju ke arah kerusi rehat yang kosong disebelah lelaki itu. Menyisihkan kot kelabu dari tubuh dan disangkut ke belakang kerusi tersebut sekalian merebahkan kepalanya ke dada kerusi. Turut membawa hala pandangan ke tengah lautan. Nun sayup di tengah perut laut nan menghijau itu kelihatan berpuluh-puluh kapal kapal layar sedang beraksi membuat pertunjukkan. Ketika itu, Dubai sedang menjadi tuan rumah kepada pesta sukan air terkemuka di dunia yang sedang berlangsung di dalam acara Dubai International Boat Show.
Hotel yang menghadap laut yang di dalam lingkungan Palm Jumeirah itu memberikan landskap yang sangat menarik kepada pelancong asing sehingga memberi pelaburan yang lumayan kepada syarikat perhotelan mereka. Malah ianya juga berhadapan dengan Burj Khalifa yang merupakan bangunan ikonik negara Timur Tengah yang paling kaya di dunia itu.
“ Kau dah sedia ke? Dah praktis?”
“ Menda punya soalan ni!” Kaki dilunjur. Kedua tangan dilipat ke dada. Sayup pandangan dilempar jauh ke tengah lautan semula. Oakley hitam ditarik dari atas kepala lalu dilekapkan semula ke mata. Tanda tidak mahu meneruskan bicara yang terasa sia-sia itu.
Jerry mendesis. Sebal dengan tingkah Benz Fahri.
“ Kau ni..dengan aku pun aci main tarik tali. Bukan sehari dua kita kenal. Kentut kau pun aku boleh hidu tahu kau makan apa..inikan pula hati kau.” ujar Jerry.
Megat Zairy Ghadaffi atau lebih mesra dengan panggilan Jerry merupakan sahabat serta sepupu sebelah ayahnya yang sangat akrab dengan Benz Fahri. Segala tindak tanduk mereka sudah tidak asing lagi dalam pengetahuan keluarga. Sejak kecil mereka membesar dan bersekolah bersama. Malah ketika melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dengan mengambil jurusan Ekonomi serta Perdagangan juga sama. Sehinggalah Jerry bertindak mahu kekal menetap di Dubai setelah tamat belajar dan barulah mereka membawa haluan masing-masing pun begitu mereka masih berhubung baik.
Malah Jerry juga merupakan rakan seperjuangannya dalam bidang perniagaan perhotelan mereka yang ditubuhkan sendiri selain menerajui perniagaan keluarga masing-masing. Perusahaan yang berpangkalan di Dubai yang merupakan sebahagian dari negara Arab Bersatu itu diusahakan oleh Jerry dan Benz Fahri hanya menjadi ‘sleeping patnernya’ sahaja. Tetapi segala idea dan keputusan akan dibuat oleh Benz Fahri kerana lelaki itu lebih berpengalaman dan lebih mendominasi dalam bahagian tersebut.
“ Kau kalau bercakap perfect aje kan!” dengus Benz Fahri.
“ Of course. I'm a perfect man, bro. Bukan macam kau.. time-time macam ni nak layan ayan pulak. Takkan cuak kut! Jom praktis dengan aku!” giat Jerry mengusik. Sengaja tangannya dihulur ke hadapan wajah Benz Fahri mahu memulakan acara pra akad nikah.
Benz Fahri menepis kasar tangan itu. Malas mahu melayan perangai sengal lelaki itu.
“ Tak nak aku. Bukan aku nak menikah dengan kau pun!”
“ Kau jual mahal dengan aku ehh. It's okay. Jangan sampai kau terpaksa Skype dengan aku time nak nikah esok sudah lah.” bebel Jerry.
Dia tahu lelaki itu datang mencarinya ke Dubai kerana cuak akan melangsungkan perkahwinannya yang berbaki kurang dua hari itu. Walau tak di ceritakan tetapi dari air muka Benz Fahri sudah dapat dia baca tentang perasaan lelaki itu.
“ S.E.W.E.L.” Benz Fahri juling mata. Malas mahu melayan cerita Jerry yang sengaja mahu mengorek rahsianya itu. Dia sebenarnya bukanlah cuak ataupun risau tetapi kerana Ann Layli yang kerap mendesak untuk berjumpa membuatkannya dia melarikan diri ke negara Timur Tengah itu. Bukan tidak mahu berbincang tetapi dia rasa segala penolakan wanita itu terhadap setiap keputusannya untuk majlis itu membuatkan dia sedikit terasa hati. Pun begitu, sengaja di waktu-waktu penghujung zaman bujangnya dia mahu menghabiskan masa bersama Jerry sebelum statusnya bertukar nanti.
“ Kau dengan aku pun nak rahsia-rahsia. Betul kan kau cuak?” Provok Jerry lagi.
“ Tak ada maknanya.” Pangkal hidungnya dilurut menghilangkan rengsa akibat lengkungan Okley hitamnya itu.
“ Tu fon kau berbunyi dari tadi tak angkat-angkat kenapa?” Juih Jerry ke arah telefon pintar yang sedang berkelip- kelip di sebelah lelaki itu.
“ Malas.”
“ Kau takut rahsia kau bocor eh! Kenapa?Kau datang sini tak bagitahu bakal bini kau!" telah Jerry lagi. Sekilas dia mengerling lagi telefon pintar milik Benz Fahri yang masih berbunyi nyaring tetapi lekas saja sepupunya itu menamatkan panggilan.
“ Apa nama dia?”
“ Siapa?”
“ Kau memang minta kaki ke? Eh, bendul betul la. Mesti la nama bakal bini kau. Takkan nama house skipping hotel ni pulak!” Jerry tayang wajah geram. Mahu saja dia luku kepala Benz Fahri saat itu.
“ Puteri.”
“ Hmm..nice name. Mesti orang dia cantikkan. Kalau tak, takkan kau tidur siang tadi pun mengingau sebut nama dia." usik Jerry.
Benz Fahri kalih wajah dari pandangan laut di hadapan ke arah Jerry. Mengecil saja matanya.
“ Bila masa?”
“ Siang tadi."
“ Nonsense.”
“ Tak nak mengaku sudah.”
“ Sebab benda tak betul memang aku takkan mengaku.” sangkalnya.
“ Mana kau tahu, kau tidur. Teringin jugak aku nak tengok muka bakal wife kau tu. Mesti cun giler. Kalau tak, takkan sampai sewel buddy aku ni dibuatnya.” Asak Jerry lagi. Jari telunjuknya dilurut dibawah dagu membuat gaya orang sedang memikir.
“ In your dreams!”
“ Betul kau suruh aku mimpi dia? Jangan tanya kalau malam ni jugak aku fly balik Malaysia. Aku hantar resign letter dua puluh empat jam pun boleh tau.” ugut Jerry dengan senyuman penuh maknanya.
Benz Fahri bangun dan terus mencekek leher Jerry olok-olok. Bergocoh dua orang lelaki terlebih umur itu tentang perkara yang remeh di ruangan rehat hotel mereka sehinggakan menarik perhatian beberapa pengunjung hotel yang sedang menikmati pemandangan laut berhampiran eatery tersebut.
Deringan telefon bimbit milik Jerry berbunyi seraya menamatkan pergaduhan manja kedua lelaki tersebut.
“ Sekejap..sekejap. Aku nak angkat fon dulu.” teriak Jerry dengan suara termengah-mengah di bawah tubuh Benz Fahri yang masih lagi membelasah Jerry.
Benz Fahri menyisih sedikit tubuh apabila mendengar permintaan Jerry. Dia bangun dari tubuh Jerry lalu merapikan juntaian rambut yang sudah berantakan itu. Kerusi rehatnya dituju lalu duduk semula. Gelas berisi lemonade dicapai dan dibawa ke mulut. Meneguk jus berperisa lemon itu bagi menghilangkan dahaga setelah bergumpal dengan Jerry tadi.
Jerry mencapai telefon pintarnya lalu menjawab panggilan. Sekilas dia mengerling Benz Fahri yang sedang duduk bersandar di atas kerusi rehatnya tadi. Beberapa saat kemudian dia menghala ke arah lelaki itu.
“ Ben your call!” ujar Jerry seraya menyerahkan telefonnya kepada Benz Fahri.
“ Siapa?” soalnya dengan nada bisu. Hanya gerakan bibir bersoal.
“ Bonda.”
Benz Fahri berkerut kening. Dari tadi bonda asyik menelefonnya. Entah sebab apa? Dia malas mahu menjawab di awalnya tetapi apabila melihat raut wajah Jerry yang pelik dan berkerut membuatkan hatinya tidak sedap.
Telefon pintar Jerry akhirnya disambut lalu dilekapkan ke telinga juga.
“ Benz..” suara Ruhana berbaur cemas.
“ Kenapa bonda?”
“ Puteri pengsan.”
“ Puteri what?” ternaik oktaf suaranya kerana agak terkejut.
“ Ya, Puteri pengsan. Tangan dia kena gelas kaca petang tadi. Bonda call banyak kali Benz tak angkat. Benz bila nak balik. Lusa dah majlis?” bertalu soalan Ruhana menerpa ke pendengaran Benz Fahri.
“ Teruk ke?”
“ Almost two stitched. Bila nak balik?” soal Ruhana tidak jemu. Geram juga dia dengan perangai si Benz Fahri itu. Lagi dua hari majlis pernikahannya akan berlangsung tetapi anak itu sengaja pula membawa diri jauh ke negara Arab sana. Entah apa halnya. Bila di soal ada saja jawapan mengelak anak itu.
“ I'm on my way.”
“ Benz, tak payah la cemas sangat. Bonda saja call nak tanya bila Benz nak balik. Puteri okay dah tu. Ben...”
Benz Fahri meraup wajah apabila tidak dapat berfikir dengan waras lantas panggilan segera ditamatkannya tanpa kata pamitan kepada Ruhana. Perasaannya bercampur baur ketika itu.
Segera telefon pintar Jerry dikembalikan kepada tuan punya badan.
“ Suruh Nela book tiket flight balik KL untuk aku malam ni juga. I'm off until the wedding day ceremony. In case hal penting direct emel aku.” arah Benz Fahri. Bingkas dia bangun dari sandaran.
Jerry sudah melopong melihat telatah cemas sepupunya itu. Laju sudah kaki sepupunya melangkah keluar dari kawasan rehat itu. Jerry juga terpaksa membontoti langkah Benz Fahri menghala ke arah lif hotel. Beberapa pelanggan yang berpapasan dengan mereka juga turut memandang pelik melihat gelagat gopoh Benz Fahri ketika itu. Seperti dikejar hantu lagaknya.
“ Kau pehal bro?” laung Jerry ketika mengejar lelaki itu.
“ Puteri injured.” Benz Fahri memberitahu tanpa menoleh ke arah Jerry di belakangnya. Kakinya tetap berlari laju sehingga sampai dihadapan pintu lif utama. Beberapa orang terpaksa menyisih dan memberi laluan terlebih dahulu kepada Benz Fahri dan Jerry selaku pemilik hotel tersebut untuk menggunakan lif itu.
“ What happened?”
“ Spinning glasses on her hand.” ujar Benz Fahri sebaik menekan butang lif.
Berdekah suara Jerry memecah gema di dalam lif itu. Benz Fahri memandang sepupunya pelik. Tetapi lebih geram apabila melihat wajah ketawa mengejek lelaki itu.
“ Cuak macam bini nak beranak aje kau ni. Spinning glasses aje pun!" getus Jerry. Wajahnya masih mempamer riak mengejek.
“ Wait for the Maria and by that time served you right. I'll take this as compliment.” dengus Benz Fahri bengang.
********
hai semua..tq sabar menunggu. harap dapat mengubati sedikit kerinduan kalian pada Benz dgn Ann ni ok. Agak-agak benda apa Benz bg kat Ann sebagai mas kahwin diorang tu ek?
Share this novel