Bab 2

Romance Series 77048

PLS ALERT!!!!
CHAPTER INI MENGANDUNGI UNSUR 18SX.

##################################

“ Berapa hari cuti Manja? " soal Puan Hasnah yang sedang membancuh kopi di kabinet dapur pagi tu.

Ann Layli yang sedang menggoreng cucur sukun dalam kuali beralih memandang emaknya. Dia tersenyum saja sebelum mematikan api lalu mengangkat sukun goreng tu ke dalam pinggan. Di bawa ke arah meja makan di dapur.

“ Dua hari je mak. Esok petang kena balik dah. Abang Muqri nak ke Seremban. Nak lawat site katanya. Kenapa mak?"

Puan Hasnah yang siap membancuh air kopi turut membawa teko tersebut ke meja.“ Tak ada apa. Saja mak tanya. Macam mana dah jadi isteri orang ni. Manja okey ke? Muqri layan manja macam mana? "

“ Abang Muqri okey mak. Layan manja dengan baik. Tapi tu lah manja bosan tak buat apa dekat rumah. Nak kerja abang Muqri tak bagi. Dia suruh manja berehat je kat rumah." adu Ann Layli.

Semenjak dia berkahwin dengan lelaki tu satu kerja pun dia tak pernah buat. Ada juga dia minta izin pada Muqri namun ditolak mentah lelaki tu. Katanya dia lebih suka isterinya di rumah melayani dia saja. Segala keperluannya semua Muqri siapkan dengan lengkap. Sudahnya, kerja dia di rumah hanya makan tidur sahaja.

“ Bagus lah macam tu, susah nak jumpa suami baik macam Muqri tu. Manja beruntung. Maknanya dia sayang manja lah. Dia tak mahu manja susah payah. Manja pun kena lah layan suami baik-baik. Tak boleh sambil lewa layan suami. Mesti sepenuh hati. Tanggungjawab isteri taat perintah suami." panjang lebar tazkirah Puan Hasnah.

“ Memang lah mak tapi manja yang bosan. Tak ada aktiviti sihat langsung. Asyik makan tidur makan tidur bangun masak kemas apa yang patut lepas tu ulang rutin yang sama. Mak tengok lah pipi manja ni dah macam pau kukus kedai Pak Abu dekat hujung simpang tu ha.. " cebik Ann Layli.

Puan Hasnah tergelak mendengar sungutan si anak. Padanya tidak mengapa lah kalau anaknya begitu asal kan Muqri tak menyusahkan anaknya. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya bersusah payah. Tambahan Ann Layli tak pernah susah dari kecil. Segala keperluan dan kehendak anak itu diusahakan sebaiknya.

" Sebab pipi pau itu lah abang makin sayang. " tiba-tiba suara garau Muqri muncul dari belakang mereka. Hampir melatah Puan Hasnah dengan gelagat menantunya tu.

Muqri menghampiri Ann Layli lalu memaut bahu isterinya. Betapa dia tidak kekok menunjukkan kemesraan di depan mak mertuanya sehinggakan memerah wajah Ann Layli.

" Abang!! Terkejut saya." Ann Layli menjeling geram. Laju saja tangannya mahu menampar lengan Muqri namun sempat dielak lelaki tu.

“ Yelah sayang bergosip dengan mak sampai tak sedar abang datang. "

Kerusi makan ditarik lalu dia duduk di situ dengan riak bersahaja. Wajah mak mentua yang tersenyum memandangnya di balas dengan senyuman juga. Puan Hasnah tergelak. Dia menggelengkan kepala melihat anak menantunya berbual mesra.

" Senang hati mak tengok kamu berdua bahagia macam ni. Lepas ni cepat la mak dapat cucu." usik Puan Hasnah. Wajah Ann Layli di depan bertambah kembang dan merah bila disakat emak.

" Insha Allah mak. Tak lama lagi dapat la berita baik tu. Mak doakan ye.. Kembar 3 saya bagi mak. "

Pap!!

“ Auchh.. Sakit lah sayang. Ganas la sayang ni." Ann Layli sempat menampar peha milik suaminya di sebelah kerana terlalu geram. Betapa dia malu dengan ucapan si suaminya di hadapan Puan Hasnah.

" Ya, mak doakan. Insha Allah mudah-mudahan Allah makbulkan. Amiin. " tambah Puan Hasnah. Wanita tu bangun lalu ke ruang tamu untuk memanggil suaminya. Dia mahu beri ruang pada anak menantu tu bergurau senda.

“ Apa abang ni cakap macam tu depan mak. Buat malu je." getus Ann Layli sebaik Puan Hasnah menjauhi mereka.

Muqri ketawa besar. Seronok dia dapat lihat wajah Ann Layli yang kemerahan menahan malu.

“ Nak malu buat apa sayang. Mak juga yang cakap nak cucu cepatkan. Lagipun tadi abang dengar sayang cakap dekat mak, sayang boring duduk rumah tak buat apa. Kalau ada anak hilang lah boring sayang tu..." balas Muqri. Sukun goreng dalam pinggan dia capai lalu di bawa ke mulut.

“ Malu lah.. Itu hal rumah tangga mana boleh cerita dekat orang. Buat mak berharap je." jeling Ann Layli geram. Masam mencuka wajahnya dengan perangai sengal si suami.

“ Tak apa, kita cuba sampai jadi yee.." meleret ayat si Muqri. Wajah miang sengaja di tayangnya.

Ann Layli juling mata ke atas. Ya Allah! Bertambah merah lagi wajahnya dengan ayat terakhir si suami. Memang dasar si Muqri ni tak segan langsung. Cakap tak pikir dah orang depan belakang. Nak berlapik jauh sekali. Ikut suka hati dia saja. Haih, keluh Ann Layli bertambah kuat. Mukanya cemberut kalahkan cuka.

***********

“ Ya, aku tak lari. " sekejapan rambut depannya disauk ke belakang. Mata dan kepalanya tak lepas tertoleh-toleh kiri kanan lagak orang risau. Suara tu apatah lagi. Bercakap bagai berbisik dalam selimut. Hendak tak hendak saja keluar bunyinya.

“ Jangan risau la. Aku janji. Petang esok kita jumpa! "

Encik Zahid yang duduk atas beranda cuba pasang telinga perbualan menantunya entah dengan siapa di balik talian. Namun, sengaja dia buat-buat ralit menabur gandum untuk di beri pada ayam dan burung yang lalu di depan lamannya tu seolah-olah tidak mendengar.

Usai meletak panggilan Muqri berjalan langsung ke arah bapa mertuanya tu. Sengaja dia berlakon mahu berbual dengan orang tu bagi menghilangkan rasa gugup sebentar tadi. Risau kalau Encik Zahid mengesan sesuatu yang pelik melalui perbualannya walaupun sebentar tadi kelihatan orang tua tu sibuk saja dengan kerjanya.

“ Banyak ke ayam yang ayah dan mak bela? Sihat - sihat dan gemuk nampak ayam-ayam ni. " tegur Muqri. Dia turut mengambil segenggam gandum dari dalam balang berhampiran kaki bapa mertuanya lalu ditabur juga pada ayam dan burung di depan laman. Bertambah galak ayam dan burung tersebut mencatuk gandum yang penuh di tanah.

“ Dulu banyak, tapi sekarang ni tak berapa dah. Selalu saja hilang dan mati. Ini pun bukan semua ayam mak dan ayah. Ada jiran punya jugak. Tumpang sekaki aje. " balas Encik Zahid.

Muncung Muqri membulat dengan perkataan 'o' sambil terangguk-angguk. Lagi segenggam gandum ditabur ke tanah hinggakan burung dan ayam di situ berkepak dan berebut mencatuk makanan mereka. Tak kurang juga ada yang berkejaran bergaduh mahu mencatuk makanan masing-masing.

“ Kamu ada masalah ke Muqri? Ayah tengok kamu macam ada masalah saja. " tegur Encik Zahid.

" Err.. Tak.. Tak ada yah. " rambut depannya disauk ke belakang. Begitulah gaya Muqri jika ada yang tak kena.

“ Biasalah sub kontraktor macam saya ni. Berebut tender dengan syarikat-syarikat lain. Masing-masing nak tawarkan harga yang rendah semata nak dapatkan projek dari pelanggan. Kalau tak makan pasirlah semua pekerja dan anak bini kami. " sengih Muqri.

Terangguk-angguk Encik Zahid mendengar penerangan lelaki tu. Dia tersenyum kemudiannya lalu menitipkan beberapa nasihat. Lega dia mendengar penjelasan Muqri. Sekurang-kurangnya tidaklah dia berfikir yang tidak-tidak.

“ Yelah, jatuh bangun seorang ketua pasti melibatkan orang-orang di bawah kita juga. Bukan senang nak jadi pemimpin. Hati kena cekal. Azam kena kuat. Semangat kena tekad. Barulah beroleh kejayaan. Tapi ayah yakin kamu pasti dapat menyelesaikan segalanya dengan baik. Usaha doa dan tawakal kunci kejayaan. Ayah sentiasa doakan anak menantu ayah. " Encik Zahid menepuk bahu Muqri memberi semangat.

“ Terima kasih ayah bagi saya semangat. Insha Allah, semoga apa yang saya usahakan berjaya."

**************

Hujan mulai berhenti. Langit petang mula menampakkan awan dan burung juga mulai berterbangan bebas setelah berteduh seketika. Nun di hujung bukit kelihatan pelangi menghias kaki langit.

Ann Layli dan Muqri masing-masing membawa beg baju serta barangan lain lalu meletakkan di muka pintu. Dari belakang Puan Hasnah dan Encik Zahid membuntuti. Muqri terus membawa masuk beg pakaian ke dalam kereta sementara Ann Layli bersalaman dengan kedua ibu ayahnya.

“ Jaga diri baik-baik. Nanti senang-senang balik lah lagi. " ujar Puan Hasnah setelah berpelukan dengan anak gadisnya. Encik Zahid di sisi sekadar memandang sayu. Entah mengapa dia dapat merasakan sesuatu yang kurang baik. Namun, cepat saja dia abaikan perasaan yang kurang enak tu.

“ Insha Allah mak, ayah. Ada masa kami balik lagi." balas Ann Layli. Tangan tua Encik Zahid dicapai. Ann Layli tunduk mencium kekura tangan ayahnya yang duduk atas kerusi roda tu. Lama Encik Zahid mendakap tubuh Ann Layli. Tak tahu mengapa sayu sekali rasa hatinya.

“ Mak, ayah kami balik dulu. Ada masa mak ayah datang la ke rumah kami pulak. " Muqri berbahasa. Tangan Puan Hasnah dan Encik Zahid silih berganti disalam dan dicium.
Kedua orang tua tu sekadar angguk dan senyum.

Kereta milik Muqri akhirnya bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah ibu bapa mertuanya.

“ Baik si budak Muqri tu kan bang. Pandai dia layan manja. Lega saya tengok manja tu baik-baik aje. " ujar Puan Hasnah sebaik kereta anak menantunya berlalu. Dia menolak kerusi roda si suami ke arah beranda lalu melabuhkan duduk atas kerusi rotan di situ.

Encik Zahid tersenyum. Dia pandang wajah isterinya.

“ Alhamdulillah. Anak kita tu baik, mestilah dapat suami yang baik juga. Tapi kita kena sentiasa beringat rumahtangga mana pun kalau tak dijaga dengan baik pasti ada juga ribut taufan yang datang melanda. Itu semua asam garam dalam kehidupan rumahtangga. Semoga anak kita kuat dalam mengekalkan kebahagiaan mereka. ”

Puan Hasnah angguk bersetuju. Kerukunan rumahtangga bergantung kepada sesuatu pasangan. Kalau sama-sama berganding bahu tentulah rumah tangga akan damai selalu. Pihak suami dan pihak isteri kena selalu bersatu hati dalam membentuk suasana rumahtangga yang harmoni.

“ Boleh la bang, nanti ada masa kita ke rumah Manja dengan Muqri ye.” pinta Puan Hasnah dengan senyuman manis mengangankan impiannya ke rumah anak menantu.

“ Ya, nanti kita pergi. Sekali sekala kena la melawat anak menantu. Lagipun kerja si Muqri tu banyak. Tak boleh selalu balik tengok kita. Semalam pun abang tengok tak berhenti dia jawab panggilan. Katanya business partner. Projek pun banyak yang masuk.” beritahu Encik Zahid.

“ Oh ye. Tak apa, masa muda ni lah kena kerja kuat. Untuk masa depan keluarga. Lagipun, Muqri tu belajar tinggi. Sayang kalau tak kembangkan bakat yang ada tu." tambah Puan Hasnah. Hatinya gembira bukan kepalang melihat kebahagiaan anak menantu. Dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka. Tambahan, dia tak punyai anak menantu lain yang nak dia banggakan pun selain Ann Layli dan Muqri. Itu sajalah waris yang dia ada.

***********

“ Abang nak ke mana ni? Ni bukan jalan hala ke rumah kita." soal Ann Layli pelik. Signboard jalan di depan menunjukkan haluan yang berbeza untuk balik ke rumah mereka. Silih berganti dia pandang signboard di depan dengan wajah si Muqri di sebelah.

Muqri bersahaja memandu. Dia hanya diam dan fokus pada arah pemanduan di depan. Sikit pun tak hiraukan pertanyaan si isteri.

“ Abang..kita nak ke mana? Ni bukan jalan balik ke rumah. " kerut di dahi Ann Layli bertambah lapisan. Wajahnya pelik apabila melihat banggunan hotel di depan yang dituju Muqri. Lelaki tu memandu ke arah lobi hotel dan memberhentikan keretanya.

Dia senyum sebaik menarik brek tangan lalu pandang wajah Ann Layli yang bertambah bingung. Tangan kanan isterinya dicapai dan dibawa ke bibir. Dikucup penuh kasih. Ann Layli bertambah pelik. Tertanya-tanya dia mengapa mereka di situ.

“ Dah sampai. Jom! " ajak Muqri.

“ Ni Hotel. Abang nak buat apa kat sini?”

“ Nak berehat la. Dah cepat! ” Muqri kenyit mata. Seatbelt di pinggang dilepaskan lalu dia keluar dari kereta. Ann Layli garu kepala yang tak gatal. Pelik dengan kelakuan suaminya. Di kampung bilangnya mahu pulang! Di sini katanya nak berehat pula.

Ah, pusing!

“ Abang, tunggu.!” Ann Layli ikut keluar dari kereta. Langkah suaminya disaing. Muqri menghala ke arah meja penyambut tetamu. Dia senyum kepada gadis tersebut lalu menyebut sesuatu. Gadis itu senyum dan angguk lalu menghulurkan kunci bersama kad akses bilik.

“ Your suite in level 4, room 207 sir!” ujarnya mesra.

Muqri mencapai kunci dan kad akses tersebut. “ Thank you." balasnya. Tangan Ann Layli dicapai sebaik gadis tu berhenti di sisinya. Terpinga-pinga Ann Layli sambil menurut langkah kaki si suami ke lif hotel pula.

Setibanya di depan bilik Muqri terus melalukan kad akses pada pintu. Dia menjengah kepala terlebih dahulu untuk memastikan apa yang di rancang seperti yang dia mahukan sebelum menuntun Ann Layli ke dalam.

Sebaik menjejak kaki ke suite tersebut buntang mata gadis tu melihat pemandangan di depan. Muqri terus memeluk isterinya lalu memaut bahu Ann Layli dan berbisik.

“ Surprise! "

“ Untuk apa abang?" teruja Ann Layli menyoal. Pandangan matanya bertaut seketika dengan Muqri.

“ Our honeymoon. Sorry, ni je sempat abang buat. Tapi tak lama lah, esok dah kena balik. Abang busy. "

“ Kita dah kahwin tiga bulan la abang. Ann tak kisah pun honeymoon semua ni. Ann tahu abang sibuk." balas Ann Layli melentokkan kepalanya di dada Muqri. Matanya meliar pandang bilik hotel yang mewah tu. Semuanya bagai kan mimpi. Bertambah teruja apabila dia terpandangkan katil king di depan yang telah siap di hias kelopak mawar merah yang berbentuk hati. Betul dia terasa bagai pengantin baru.

“ Abang kisah. Sebab sebelum ni abang tak sempat nak buat surprise honeymoon semua ni so hari ni tercapai la impian abang. I just want you to be happy with me! “ hidung mancung Ann Layli dicuit manja.

“ Tapi bukan abang cakap esok dah start kerja ke? " Ann Layli mengangkat kepalanya dari dada Muqri yang erat memeluknya di depan katil king tu.

“ Malam ni free lagi. Kita stay sini. Esok balik lah, petang abang ada meeting dengan kontraktor."

Ann Layli angguk faham.

“ Kenapa? Sayang tak suka ke?” soal Muqri.

“ Eh, bukan macam tu. Ann takut ganggu kerja abang je. Tapi since abang cakap esok petang baru keje tak apalah." sengih Ann Layli.

“ Tak ganggu pun. Sayang lebih penting sekarang ni. " sisi kepala isterinya dikucup manja. Bahagia.

Ann Layli kemudian meleraikan pelukan bahagia sang suami. Dia berjalan melewati suites tersebut. Semuanya kelihatan mewah. Entah berapa banyak wang yang dilaburkan suaminya untuk penginapan mewah seperti ini.

“ Sayang jom!”

Ann Layli yang ralit melihat pemandangan dari tingkap suite itu menoleh ke arah Muqri di belakang. Hampir terjojol biji mata dia melihat penampilan Muqri. Masakan tidak, Muqri sudah elok bertuala. Entah bila lelaki tu menukar pakaian.

Disebabkan terlalu lama menunggu pergerakan Ann Layli, Muqri melangkah mendapatkan isterinya lalu mencempung Ann Layli. Terkejut gadis tu, lalu meronta manja.

“ Abang, lepaslah. Saya boleh jalan.” protes Ann Layli.

“ Sayang jalan lambat. Abang tak mahu buang masa!”

“ Buang masa apanya?”

" Buang masa lah.. Kita kan dah janji nak bagi mak baby kembar tiga.” terkekeh Muqri sambil menghayun langkah membawa Ann Layli ke arah bilik mandi. Ann Layli sempat menolak manja dada sang suami. Malu, itu sudah pasti.

“Abang!” jerit Ann Layli manja. Mukanya merah membahang bila mendengarkan ulang tayang ayat tersebut.

Cis! Itulah modal suaminya. Tak habis dengan bayi kembar tiga.

Muqri buat tak dengar apabila isterinya menjerit halus di tepi telinga. Kaki laju saja di bawa ke arah tub mandi lalu diturunkan isterinya ke dalam tub mandi yang telah dipenuhi buih sabun yang beraroma lavender musk tersebut. Bauan tersebut memenuhi ruang mandi tu. Dengan tangkas Muqri turut masuk ke dalam tub tersebut lalu menanggalkan tualanya serta pakaian isterinya.

Dan malam itu, berlalu dengan begitu panjang. Aktiviti suami isteri tu berlalu penuh romantis menghangatkan musim cinta sepasang kekasih halal itu.

*********

Hai readers kesayangan.. Sorry lambat update. Busy sekolah dah buka kan. Apa-apa pun WL harap u all happy membaca. Thanks a lot (^o^) P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience