SEKALUNG KATA

Romance Series 77048

Assalamualaikum.

Maaf kiranya nukilan ini mengganggu semua. Terlalu banyak kata yang nak WL ungkapkan namun semuanya terbatas dek masa.

Benar, penantian itu suatu penyeksaan kan! Baru hari ini WL diberi kelapangan utk menyatakan.

Seperti yg semua maklum sebelum ini bapa mertua WL tidak sihat dan dimasukkan ke hospital. Hampir dua bulan dia dirawat. Namun, kami sekeluarga di uji apabila Allah telah menarik nikmat utk kami terus berbakti kepada orang tua kami. Allah lebih syg kan 'abah'. Dan dia telah menghadap ilahi pada bulan April yg lalu. Segala perancangan WL tergendala. Bukan mudah nak mencari semangat yg telah hilang. Bukan mudah utk bangun semula apabila tempat yg kita bergantung harap hilang utk selamanya. Kami terlalu rapuh.

Namun kami redha. Allah menguji hambanya kerana sayangkan hambanya. Namun, hati dan perasaan ini mengambil masa utk dirawat kembali. Alhamdulillah, hari ini setelah beberapa waktu WL bangkit dan kembali ke dunia yg WL cintai.

Terima kasih yg tak hingga buat readers sekalian yg masih menanti coretan WL. Yang tak jemu follow WL di medan penulisan ini. WL amat hargai.

Maka, bermula hari ini WL akan kembali mencoretkan sehingga ke akhir penamat penceritaan. Diharapkan readers sekalian masih sudi membaca, support dan follow WL yg kerdil ini.

Yang baik semuanya dari Allah yang kurang semuanya dari WL.

With Love :)
WL ~ whitelily

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience