Bab 61

Romance Series 77048

Penerbangan Jeddah Airways.

“ Are you okay?"

“ As if I'm with you." Senyumnya mengembang walaupun saraf zygomatic majornya saat itu terasa kebas semuanya dek sakit yang sedang dialami.

Lautan sorotan matanya menatap teduh pandangan di sebelah membuatkan senyumannya tidak terasa mahu berhenti setiap kali wajah bujur sireh itu menerpa ke ruangan pancaindera.

Wajah ayu berjilbab putih gading itu terus berubah riak. Semerta, bibir yang merah bak delima itu diketap geram. Iris hazelnya sempat dijuling ke atas tanda protes.

“ Benji jangan main-main boleh tak?”

“ No, I'm not!" tenang dan bersahaja.

Ann Layli menarik keluh. Segera jari jemari Benz Fahri yang kelihatan sedikit menggeletar itu dicapai.

“ Betul awak okay ni?"

Angguk dengan senyum nipis.

Hati Ann Layli kembali ditujah rasa gundah saat tangannya merasakan kepanasan makin berganda dari sebelum mereka menjejak ke dalam perut pesawat itu tadi ke arah telapak tangan lelaki yang menjadi mahramnya itu.

Diangkat separa jemari Benz Fahri lalu digosok-gosok perlahan dengan riak risau mewarnai wajahnya.

“ Tapi saya rasa suhu badan awak makin bertambah ni. Lagi panas dari sebelum kita naik kapal terbang lagi. Awak tak okay Benji. Saya risau!" tekan Ann Layli.

Senyum nipis, Benz Fahri gerakkan tangan yang sedang disulam jemari kecil Ann Layli ke ribanya. Menggenggam erat jemari wanita kesayangannya itu.

“ Selagi aşkım dengan abang. Selagi tu abang akan baik-baik aje. Yet, Allah with us." ujarnya dengan batuk halus mula menganggu rongga pernafasan yang semakin sejuk dibaluti udara dari penghawa dingin kapal terbang berkenaan.

Sedangkan wajah yang tadinya sudah gundah merasa tahap kepanasan dari tubuh suaminya, inikan pula melihat batuk-batuk kering yang terhasil lebih kerap akibat cuaca sejuk di situ menyebabkan riak itu bertukar lebih cemas.

Tidak boleh tidak, Ann Layli harus dapatkan bantuan. Dia tidak mahu sesuatu yang lebih buruk terjadi ke atas suaminya. Nekad, buru Ann Layli mahu bangun mendapatkan kakitangan pesawat tetapi buru juga tangan Benz Fahri menahannya dari bangun.

“ Aşkım nak pergi mana?"

“ Saya nak dapatkan bantuan. I'm about to die to see your condition like this!"

“ Sit still with me. I'm just want to relax with you." pintanya. Melarang dari bangun, wajah Benz Fahri penuh mengharap. Di bawa lekapan tangan mereka ke bibirnya dan dikucup sayang.

“ Benji..." lirih suara Ann Layli.

Telan liur dengan sedikit kesat, Benz Fahri senyum lagi. Jemari isterinya digenggam lebih erat dari tadi. Matanya tak lepas merenung anak mata iris hazel itu.

Rindunya membukit. Kasihnya menggunung. Cintanya terasa tak punyai sempadan buat susuk itu. Melihatkan wajah di depan seakan memberikan dia seluruh kekuatan untuk melawan rasa yang sedang tidak enak menjalar di tubuh.

“ I love you aşkım. Very bad. It grows everywhere and never ending."

“ Benji please! You're not okay." rayu Ann Layli. Gugur air matanya mulai membasahi pipi. Nafasnya terasa tersekat melihat susuk di depan yang mulai sukar untuk bernafas.

Mengelap pipi Ann Layli dengan kedua ibu jarinya Benz Fahri menggeleng lemah. Suara lelaki itu semakin tenggelam timbul cuba meneutralkan rentak nafas yang sedang berselang dengan batuk yang sedang di alaminya.

“ Don't cry aşkım. You're my baby. My pumpkin. My sweetie.." Senyum yang mengembang tadi mulai tawar dan ketat.

“ Benji.." suara Ann Layli bertambah oktafnya saat melihat jemari Benz Fahri mulai menjauh dari pipinya dan semakin lama tubuh itu melepaskan nafas terakhirnya.

“ Benji..." raung Ann Layli dengan sungguh pilu.

“ Ann.."

Tegak tubuh wanita itu apabila dikejutkan oleh satu suara yang masih mahu dia dengarinya walaupun sayup. Beberapa saat, dia akhirnya tersedar.

Dikerjapkan penglihatan, wajah cemas Benz Fahri menabiri mata. Terpinga-pinga Ann Layli bangun dan betulkan duduk.

“ Aşkım.. iyimsim?"

Menoleh kiri kanan, Ann Layli diterpa segan yang tak sudah apabila beberapa pasang mata memandangnya hairan. Lekas dilarikan pandangannya ke arah suaminya di depan semula.

“ Evet."

“ Mimpi buruk?"

Angguk.

“ Mimpi Muqri lagi?"

Geleng.

“ Then?" kerut berlapis di dahi Benz Fahri. Sudahlah kepalanya memang suka pening semenjak dua menjak ni. Tambah lagi dengan kisah isterinya ini pula. Berganda pening di buatnya.

“ Saya mimpi awak?"

“ You mimpi abang?" nakal senyuman Benz Fahri, tidak percaya.

Angguk. Wajahnya sangat muram. Tak tahu apa petanda mimpi buruk tersebut tetapi saat itu, dia terasa mahu memeluk suaminya dengan sangat erat. Tidak memikirkan keadaan dan tempat mereka sekarang, mahu saja dia raih tubuh sasa Benz Fahri di sebelah dan memeluk lelaki itu tanpa mahu berpisah sesaat pun.

“ Mimpi apa aşkım?" soal Benz Fahri.

“ You're dying abang. Abang...saya takut. Tolong jangan tinggalkan saya." ucap Ann Layli sebak.

Wajahnya sayu memandang suami di sebelah. Air mata sudah hampir mahu menitis.

Benz Fahri hanya tersenyum seraya menggeleng. Dicapai jemari isterinya lalu dikemaskan ke dalam pelukan tangannya dan direhatkan di dadanya.

“ Aşkım letih sangat ni. Jangan fikir sangat. Rehatlah. Abang ada je dekat sebelah aşkım until kita touch down nanti." ujarnya tenang.

“ Benji. I'm really don't want to losing you. I'm scary enough to see you're dying like Muqri before. Please promise me!" ujarnya penuh drama. Air mata menitis satu persatu.

“ Alright aşkım. I'm promise you. Now, take a rest. I'm with you as Allah will. Insha Allah." Benz Fahri tersenyum senang menghilangkan gundah dan resah di hati Ann Layli.

.
.

Azan subuh yang berkumandang terasa begitu segar menujah gegendang dengarnya. Senyum ditarik seketika tanpa sedar. Lautan rasa yang penuh syukur memenuhi ruangan dada semenjak kali pertama kaki dijejakkan ke Baitullah ini.

Seketika surat cinta yang bertintakan dakwat emas itu disudahi kalamnya dengan beberapa potongan doa yang sangat tertib.

Naskah mini yang berwarna merah hati itu dikembalikan ke dalam tote beg semula.

Tubuh dirapatkan ke dalam saf usai lantunan azan tamat. Iqamat dilaungkan sesaat kemudian membuatkan Ann Layli bersedia meneruskan rukun solat subuhnya.

Subuh yang hening dan tenang, membuatkan betapa dia rasa kerdilnya diri saat dijemput untuk beribadah di rumah suci ini. Sesungguhnya, ini adalah doa yang dipintanya dahulu. Dan Allah telah merencanakan kemahuannya untuk bahagia dengan cara yang Allah mahukan dan bukan dengan cara yang dia mahukan sebagai manusia. Dan semua yang terjadi, ini; adalah hikmah yang tak pernah fikiran manusianya mampu tembusi.

Selesai dengan solat subuh, baru saja dia aminkan doa yang dipanjatkan kedengaran ruangan saf lelaki di bahagian hadapan sedikit kecoh membuatkan pandangannya di bawa hala ke depan.

Serentak itu, sebaris nama meniti bibir serta mengetuk ruang fikir.

Benz Fahri.

Buru bangun, laju kaki berlari ke arah saf depan.

Sebaik tiba, suara lelaki arab yang menjadi penjaga ruangan menghalang tubuhnya dari terus buru mencari susuk sang suami.

“ Sorry. You're not allowed here." tegas dan garang lelaki berkopiah putih itu melarang.

“ What happend there!" soal Ann Layli cemas.

“ Some Malaysians are faint."

“ May I check? I'm wondering it might be my habibi!" beritahu Ann Layli risau. Debar jantungnya semakin mengasak dada.

“ No hajjah. You can't. Wait in front of the door!" ujarnya merujuk ke arah satu-satunya pintu keluar masjid Nabawi itu.

Tubuh Ann Layli hampir rebah mendengar arahan keras tersebut. Hatinya masih menggidik risau mengenangkan keadaan Benz Fahri yang tidak berapa sihat lagi hari ini. Sejak malam hingga ke subuh tadi suhu panasnya langsung tidak turun. Risau lelaki yang dikatakan penjaga itu mungkin adalah suaminya, tetapi arahan itu memusnahkan seluruh keinginannya untuk tahu.

Semenjak tiba di Tanah Suci itu, seringkali Benz Fahri diserang demam. Walaupun tidak teruk, tetapi kondisinya malam tadi sangat merisaukan kerana suhu tubuhnya mencecah hampir empat puluh darjah celcius dan Ann Layli sudah melarangnya untuk berqiamullail di masjid Nabawi pada hari ketiga mereka di Tanah Haram ini. Sempat Ann Layli mengajaknya ke hospital namun dia membantah. Yang namanya Benz Fahri sangatlah degil untuk menerima pujuk rayu seorang Ann Layli.

“ Kita solat dekat hotel ajelah subuh ni." ujar Ann Layli sebaik melihat Benz Fahri yang masih lagi belum pulih demamnya malam itu sebaik mereka pulang dari makan malam.

“ Nope. Abang nak solat jugak. Lagipun abang dah niat sebelum subuh nak qiam macam dua hari lepas. Bukan senang nak datang sini. Bila ada peluang abang nak rebut banyak-banyak. Lagipun tak tahu masa bila kita boleh sampai lagi. Entahkan tak berpeluang lagi atau Allah jemput nyawa abang dulu." cantas Benz Fahri menolak cadangan isterinya itu.

Buatkan Ann Layli tak mampu nak menyangkal kata-kata sang suaminya.

Saat mengingat itu, sekali lagi tubuhnya terasa melayang. Kaki terasa lembik untuk terus menampung berat tubuh namun sempat disambar Hanes Habibah dari dia rebah bersujudkan lantai masjid suci itu.

Hanees Habibah merupakan gadis yang sesama kumpulan umrahnya ke tanah haram itu, sempat menemaninya untuk menunaikan qiamullail diikuti beberapa rakan yang lain yang sama kumpulan mutawif dengannya. Hanees Habibah yang ditemani mahram abang kandungnya Haneef Hurairah turut serta dalam kumpulan umrah dengannya dan Benz Fahri.

Gadis kelahiran kota bersejarah Melaka itu sangat ramah ketika pertama kali diperkenalkan semasa program usrah travel umrah mereka beberapa minggu yang lalu. Dan membawa perkenalan mereka berlangsung dengan baik sehingga pertemuan di Tanah Arab ini, Hanees Habibah sangat mewah dengan senyuman dan pelbagai cerita menarik yang suka dikongsikan gadis yang sama umur dengannya itu membuatkan Ann Layli begitu senang berbual dan bersahabat dengan gadis itu.

“ Ann, sabar. Istighfar banyak-banyak. Kita tunggu dekat luar ya." ujar Hanees Habibah saat menghampiri temannya itu.

“ Saya nak cari suami saya Hanees. Saya risau. Malam tadi suhu badannya sangat tinggi. Dia demam lagi. Entah yang pengsan sebentar tadi tu sebenarnya suami saya.." beritahu Ann Layli dengan bibir yang terketar-ketar. Hatinya tidak tenteram.

“ Saya faham. Kita tunggu di luar saja. Lagipun belum tentu orang tersebut suami Ann. Saya akan hubungi abang Haneef untuk cari tahu." pujuk Hanees Habibah.

“ Tapi hati saya tak sedap sangat Hanees.." Air mata sudah membasahi jilbab putih di tubuhnya. Paluan dadanya masih begitu kencang.

“ Iya saya faham. Jom kita keluar dahulu. Saya janji akan tolong Ann.." pujuk Hanees Habibah lagi. Jatuh kasihan dia dengan temannya itu.

Berasa sedikit terpujuk dengan Hanees, mereka beredar dari kawasan saf lelaki itu. Mereka kemudian menanti di luar perkarangan masjid sahaja untuk mendapatkan perkembangan lanjut tentang berita yang terjadi di ruangan solat tadi.

Belum sempat mereka melabuhkan duduk, telefon bimbit Hanees Habibah berdering.

“ Ann duduk dulu ya. Saya nak angkat panggilan sekejap." ujar Hanees Habibah lalu menjawab panggilan masuk di telefonnya.

Meminggirkan diri dari susuk Ann Layli, Hanees Habibah mengangkat panggilannya.

“ Adik, abang ni..." buru saja suara dan nafas Haneef Hurairah melantun saat panggilannya bersambut.

“ Ya. Ada apa abang?" berkerut dahi Hanees Habibah menerima panggilan cemas dari abangnya.

“ Ann ada dengan adik ke?" cemas suara itu menyoal membuatkan Hanees Habibah diterpa hairan. Dikerling seketika susuk Ann Layli yang sedang berteleku melihat orang-orang yang sedang berjalan keluar masuk dari masjid Nabawi di hadapan mereka ketika itu. Riak wajahnya masih risau.

Angguk. “ Ada ni. Kami di luar masjid. Abang siapa Malaysians yang pengsan tadi?" soal Hanees Habibah ikut khuatir sebaik mengingatkan insiden yang terjadi.

“ Itulah abang nak beritahu ni...yang pengsan tu suami Puan Ann. Encik Benz rebah tiba-tiba..." ujar Haneef Hurairah gusar.

“ Allahuakbar. Habis tu macam mana?" berdebar suara Hanees Habibah menjawab.

“ Dia dah selamat di bawa ke hospital King Abdul Aziz. Adik tolong beritahu Puan Ann elok-elok ya. Lepas tu boleh susul ke sana. Abang nak beritahu pihak mutawif ni. Apa-apa call abang semula." beritahu Haneef Hurairah kepada adiknya.

“ Baik abang.."

Mematikan talian telefon, Hanes Habibah merapati Ann Layli yang masih sibuk meliarkan pandangan ke arah pintu keluar masjid. Mencari-cari susuk suaminya mungkin.

Perlahan duduk dilabuhkan. Wajah kerisauan Ann Layli dipandang. Berat mata Hanees Habibah yang memandang, berat lagi hati Ann Layli yang menanggung. Tetapi apakan daya, Hanees Habibah terpaksa juga menceritakan duduk perkara sebenar.

Perlahan tangan Hanees Habibah terhulur mencapai jemari Ann Layli seraya bibirnya sedikit bergetar mahu memulakan mukadimah bicara.

“ Ann..istighfar banyak-banyak ya."

Angguk.

“ Dah call abang Hanees tanyakan siapa Malaysians tu?" soal Ann Layli apabila beberapa detik mereka berdiam.

Hanees Habibah angguk. Dadanya penuh debar. Tetapi masakan dia mahu menyembunyikan perkara penting sebegitu. Lambat laun, pasti Ann Layli akan tahu juga.

“ Siapa?" desak Ann Layli apabila melihat riak Hanees Habibah sedikit gusar.

“ Ann sabar banyak-banyak ya. Malaysi.." belum sempat Hanees Habibah bercerita lanjut, butir mutiara serta suara esak tangis Ann Layli memotong patah bicara gadis bertubuh genit itu.

“ Benji..." Raungannya bergema di situ. Buru dia bangun ingin berlari semula ke pintu masjid Nabawi itu.

Panik jadinya Hanees Habibah disebabkan hilang kewarasan seorang Ann Layli yang sedang dilambung emosi getir.

Hampir terhuyung hayang Hanees Habibah dibuatnya mahu menampung tubuh Ann Layli yang sudah teresak menangis dan hampir terjelepuk jatuh ke lantai masjid saat dia sempat memaut tubuh itu yang mahu berlari ketempat insiden.

“ Ya Allah Ann..bawa mengucap." teriak Hanees Habibah. Dan kekacau bilauan itu, sempat hening seketika dek teguran seorang jejaka yang turut sedang menolak ibunya dengan kerusi roda membuatkan Hanees Habibah sempat memaut semula tubuh Ann Layli dari tersungkur.

“ Cik..cik okay ke?" soal lelaki itu. Pandangan lelaki berjubah hitam itu berselang dengan Hanees Habibah dan Ann Layli yang sedang berlagu hiba dalam pelukan si teman.

Dengan berhati-hati Hanees Habibah meletakkan tubuh Ann Layli yang sedang mengongoi sedih itu. Dia cuba meredakan perasaan sedih si teman. Bahu dan belakang tubuh Ann Layli digosok perlahan. “ Sabar ya Ann, kejap lagi kita ke hospital."

Lelaki itu dan ibunya turut menjejaki dua wanita itu lalu bertanya.

“ Maaf. Ada yang boleh umi dan anak bantuin?" soal wanita bertelekung hijau lumut itu dengan senyuman penuh keibuan.

Hilang sedikit resah Hanees Habibah mendengarkan pertanyaan itu. Panggung kepala, senyum singkat dia berikan buat wanita yang hampir sebaya dengan uminya itu.

“ Err makcik... Hmmm..kawan saya suaminya pengsan masa solat tadi. Jadi dia sangat terkejut lepas dapat berita tersebut." cerita Hanees Habibah dengan perkara yang sedang terjadi.

Wanita bertelekung hijau lumut itu mengangguk faham.

“ Sudah di bawa ke rumah sakit?"

“ Baru di bawa."

“ Rumah sakit apa?"

“ Abang saya beritahu Hospital King Abdul Aziz."

Wanita itu tersenyum nipis seraya mengalihkan pandangannya ke arah si anak jejakanya.

“ Rar, itukan rumah sakit tempatnya kamu bekerja bukan?"

“ Betul umi."

Paling wajah semula, wanita paruh baya itu memujuk Hanees Habibah yang sudah gundah gulana. “ Sudah, ikutan umi yuk. Nantinya anak umi bantu hantarin anak-anak ke sana ya. Usah khuatir.” beritahu wanita itu dengan nada yang sangat lembut.

Hanees Habibah merasa ragu walaupun riak wanita itu serta anaknya kelihatan seperti orang yang baik-baik. Tetapi dalam keadaan genting seperti itu, akal warasnya tidak dapat berfikir dengan baik. Tambahan berada jauh di bumi asing ini, membuatkan Hanees Habibah cepat dihambat rasa syak wasangka.

“ Lagian anak umi ini perawatnya di sana. Jangan khuatir. Umi ikhlas mahu bantuin.." beritahu wanita itu lagi apabila melihat riak Hanees Habibah yang gusar.

Beberapa detik terdiam, akhirnya Hanees Habibah mengangguk setuju.

“ Bisa enggak Rar hantarin anak-anak umi ke sana?" soal wanita berasal Indonesia itu berdasarkan loghat bahasanya dari seberang itu ke arah anaknya semula.

Jejaka yang digelar Rar oleh ibunya itu mengangguk tanpa banyak bicara.

“ Yuk, ikutin umi sekarang." panggil wanita tersebut ke arah Hanees Habibah dan temannya yang masih layu menangis dengan hiba.

Tidak mahu bertambah kusut, Hanees Habibah lekas bersetuju. Terus dia pandang Ann Layli yang masih larut dengan berita sedih itu. Diberitahu sedikit sebanyak lantas Ann Layli turut mengikut jejak Hanees Habibah.

.
.

Tirai berwarna biru langit itu diselak oleh seorang doktor lelaki diikuti seorang jururawat yang berbaju seragam merah jambu lembut. Mereka baru saja usai merawat seorang pesakit.

Ann Layli buru bangun mendapatkan doktor yang sedang keluar dari pintu bilik tersebut diikuti Hanees Habibah di belakangnya.

“ Macam mana dengan suami saya doktor?" soal Ann Layli buru.

Membuka pelitup wajah dan mencabut sarung tangan getah dari tangan, doktor lelaki yang berkumis nipis dan berkulit sawo matang itu tersenyum ke arah ahli keluarga pesakit yang baru saja dia rawat sebentar tadi.

Hampir juga dia terkesima memandang wanita yang berada di belakang wanita yang sedang bersoal di hadapannya namun cepat dikawal tingkahnya akibat terkejut.

“ Alhamdulillah suami puan sudah stabil."

“ Alhamdulillah. Syukur ya Allah." ucap Ann Layli penuh bahagia.

“ Boleh saya masuk berjumpa dengan dia?" tanya Ann Layli lagi. Sudah tidak sabar mahu melihat keadaan suaminya.

“ Boleh. Tetapi sekejap saja ya. Keadaan dia masih belum pulih sepenuhnya." ujar doktor lelaki itu.

“ Terima kasih."

Ann Layli terus laju masuk ke bilik yang menempatkan Benz Fahri sehinggakan dia terlupa mahu memberitakan kepada si teman yang turut risau akan keadaan suaminya itu.

Hanees Habibah terpinga-pinga sendirian melihat Ann Layli yang terburu-buru berlari anak masuk ke bilik pesakit.

“ Ann!!"

Manakala Doktor Abrar Rasheed menggeleng dengan senyuman nipis melihat telatah wanita itu. Sempat dia mengalihkan pandangan dari pintu yang berlepas deras ke arah panggilan seorang lagi wanita yang membontoti Ann Layli yang juga mahu masuk ke sana.

“ Cik, maaf hanya seorang saja ahli keluarga yang dibenarkan."

Hanees Habibah berhenti melangkah. Menggeleng kesal dia dengan tindakan drastik si teman yang dah bersusah payah dengannya sejak awal tadi. Lantas, kepala di bawa pusing ke arah doktor yang telah membantunya dengan Ann Layli ketika mereka berdua dilanda kebuntuan berhampiran pintu masuk Masjid Nabawi subuh tadi.

“ Err cik.." tegur Abrar Rasheed.

“ Hanees. Panggil saya Hanees."

Serentak itu, seorang lelaki berjubah kelabu dan berkopiah senada sedang berlari-lari anak seraya memanggil nama seorang wanita.

“ Habibah!"

Abrar Rasheed pandang Hanees Habibah dengan wajah kehairanan. Hanees Habibah turut terkejut dengan panggilan namanya yang sedang berkumandang itu.

“ Err.."

“ Hanees Habibah pergi mana? Puas abang cari." tanya Haneef Hurairah dengan nafas yang tercungap-cungap. Wajahnya sedikit merah padam merenung si adik.

“ Adik bawa Ann datang ke hospital lah nak tengok Encik Benz. Tunggu abang lama sangat dekat masjid. Nasib ada doktor ni yang tolong kami." ujar Hanees Habibah geram. Geram dengan abangnya yang tiba-tiba sahaja naik hantu itu. Sudahlah suka menggelarkan nama penuhnya apabila marah. Tak pasal doktor muda di hadapannya itu sudah tahu nama penuhnya.

“ Betul tu Encik..." sampuk Doktor Abrar Rasheed cuba menerangkan letak duduk perkara yang sebenar.

Pandangan Haneef Hurairah beralih ke arah jejaka tampan di hadapannya yang segak dengan suit putih suci itu.

Seraya menghulurkan tangan Haneef Hurairah mahu berjabat tangan dengan Doktor Abrar Rasheed dihadapannya dengan senyuman.

“ Saya Haneef Hurairah. Abang kandung Hanees Habibah binti Abu Bakar As-Siddiq." ujarnya dengan sengihan.

“ Abang.." bergetar dan berderam suara Hanees Habibah memberi amaran. Lekas dia memanggil abangnya sekalian menyenggol lengan jejaka itu menyebabkan tangan Haneef Hurairah tak sempat hendak berjabat dengan Abrar Rasheed.

“ Maaf doktor, adik saya ni memang kasar sikit. Belum kahwin lagi. Maklumlah perempuan bongsu dari empat beradik lelaki." sengih Habib Hurairah lagi tanpa silu. Membocorkan serba sedikit rahsia hidup adiknya itu.

“ Tak apa. So encik Haneef dengan Cik Hanees saudara dengan Encik Benz Fahri yang saya rawat tu ya?" soal Abrar Rasheed ingin tahu.

“ Saudara sesama Islam je. Saya sama mutawif dengan pasangan tersebut. Encik Benz pengsan masa solat subuh tadi. Macam mana dengan dia? Okay ke?"

“ Oh begitu. Alhamdulillah dia dah stabil. Tapi masih belum pulih. Tekanan darahnya sangat rendah dan sedikit hidrasi. InshaAllah jika dia mendapat rehat yang cukup, dia akan pulih sepenuhnya nanti." beritahu Abrar Rasheed.

“ Alhamdulillah. Terima kasih doktor tolong rawat sahabat saya dan hantarkan adik saya dan kawannya ke sini. Terima kasih banyak-banyak." ucap Haneef Hurairah. Tangannya menepuk lembut bahu doktor tampan itu.

“ Tak ada apa yang perlu di terima kasih. Saya juga membantu. Membantu rakan sesama muslim sudah jadi tanggungjawab saya juga." ujar Abrar Rasheed dengan senyum lebar.

“ Saya minta diri dulu."

“ Baiklah. Terima kasih doktor." sekali lagi Haneef Hurairah berterima kasih dengan jejaka itu dan berjabat tangan seeloknya.

.
.

Abrar Rasheed menyelak helaian kertas yang bercetak di dalam tangannya setelah diserahkan oleh seorang jururawat tadi.

Beberapa kali bebola matanya meniti cetakan berdakwat hitam itu sehingga berkerut-kerut wajahnya. Setelah berasa puas hati dia menutup lampiran tersebut lantas memandang pesakit yang berada di hadapannya.

“ So Fahri..what's up?"

Mengecil bola mata Benz Fahri dengan sapaan yang dia kira sangat mengelirukan itu.

“ What did terms of medic yang kau pakai ni Rar?" soal Benz Fahri dengan batuk kecil.

Menggeleng kepala Abrar Rasheed melihat reaksi Benz Fahri pagi itu yang masih belum sihat sepenuhnya.

“ Medical report yang Junaidi kirimkan pada saya tak relate dengan report yang saya dapat pagi ni. Macam mana saya nak diagnosis sakit kamu kalau begini?” keluh Abrar Rasheed. Runsing fikirannya cuba mengaitkan laporan di tangan dengan keadaan semasa Benz Fahri itu. Tangan kanannya naik menanggal kaca mata. Sebelah lagi tangan naik memicit lurah mata yang sedikit perih akibat sepitan kacamatanya yang dipakai terlalu lama semenjak 24 jam yang lepas.

Benz Fahri tergelak kecil. Menarik nafas dia lepas perlahan.

“ Kamu doktor atau saya yang doktor ni?" sengih Benz Fahri.

“ Entahlah. Mungkin saya kena tukar profesion agaknya?" Abrar Rasheed cuba berlucu.

Semakin Benz Fahri ketawa membuatkan kepalanya yang sedang pusing itu bertambah berdenyut dan terasa kembali mual yang menekan rasa di tekak. Tangan yang masih bersambung drip air, di bawa mengurut tekak dan kepala sekaligus.

“ Aduh..pening saya masih tak surut ni. Kamu betul ke dah periksa ujian saringan yang saya buat semalam?" soal Benz Fahri risau.

Kelam kabut Abrar Rasheed merapati pesakitnya apabila Benz Fahri menyatakan kepalanya masih pening. Memeriksa mesin tekanan darah di sebelah lelaki itu namun benar saja angka digital mesin itu tetap menunjukkan paras dan kadar denyut nadi Benz Fahri masih di tahap yang stabil. Pendek kata masih berada pada tahap normal. Tidak meningkat tidak juga menurun. Abrar Rasheed bertambah pelik.

“ Saya sudah periksa semuanya. Kamu memang sihat Fahri. Tiada yang salah pada catatan ini walaupun laporan Junaidi mengatakan kamu mengalami masalah tekanan rendah sebelum ini akibat demam panas terdahulu.” Abrar Rasheed menarik nafas. Lama dia termenung sendiri memikirkan kesihatan si temannya yang satu ini.

“ Tak apalah, esok kita akan jalani ujian sekali lagi. Mungkin kamu belum cukup rehat Fahri." beritahu Abrar Rasheed sekali lagi.

“ Baiklah kalau kau cakap macam tu."

Kembali memusingkan tubuh, doktor tampan itu mula bergerak mahu meninggalkan bilik pesakitnya. Emosinya sendiri sedikit terganggu kerana tidak dapat mendiagnosis penyakit pesakitnya itu. Dengan itu dia mahu cepat keluar dari ruangan berkenaan kerana mahu memberi lebih privasi buat pesakit untuk berehat.

Namun baru saja kakinya mahu melangkah dari pintu bilik itu, muncul sesuatu di fikirannya membuatkan Abrar Rasheed berpatah semula ke arah Benz Fahri lantas merenung wajah lelaki itu dalam dengan senyuman yang tak dapat dia tahan lagi. Lantas senyuman itu berlarutan sehingga menjadi tawa halus.

“ Kau kenapa Rar? Tersampuk renjana mana. Dian Sastrowardoyo?" soal Benz Fahri hairan melihat tingkah Doktor Abrar Rasheed dari seberang itu.

Angin tiada ribut tiada, alih-alih si teman yang merupakan sahabat sekuliah Junaidi; teman baiknya itu semasa menjadi pascasiswazah di Ireland dulu berubah laku sebegitu.

“ Saya belum tersampuk dengan mana- mana renjana lagi Fahri. Tapi saya rasa kamu yang terkena buatan renjana memandangkan semua analisa medikal yang pihak rumah sakit lakukan sampai sekarang aku dan rakan-rakan buntuin dong. Makanya..." meleret nada Abrar Rasheed ketika mahu menyuarakan pendapatnya tetapi sengaja dia berdiam di hujung bicara membuatkan Benz Fahri tertanya-tanya.

“ What?" berkerut dahi Benz Fahri mendengar pernyataan luar biasa temannya itu.

Tarik nafas, perlahan Abrar Rasheed hembus sekalian menepuk lembut bahu si teman merangkap pesakitnya itu.

“ To be honest I think your wife is pregnant Fahri.." laju ayat itu meluncur dari bibir Doktor Abrar Rasheed mengetuk deria dengar Benz Fahri.

Dari bersandar malas, terus saja Benz Fahri bangun dan duduk tegak lantas menoleh tepat ke wajah doktor itu. Riak wajahnya tercengang dan musykil. Fikirannya diserbu penuh tanda tanya. Masakan tidak, baru saja empat bulan lepas dia bersama dengan Ann Layli buat kali pertama. Itupun cuma sekali dan berpisah semula hampir dua bulan lamanya sehingga dua minggu yang sudah baru dia kembali ke tanah air dan tak mungkin isterinya itu mampu mengandungkan zuriatnya secepat itu. Jadi, mustahil hanya dengan sekali sentuhan saja isterinya akan hamil.

“ Impossible?” ujar Benz Fahri dengan tawa besarnya. Terasa Doktor Abrar Rasheed itu sengaja membuat lawak antara benua dengannya sekarang ini.

Riak Benz Fahri itu membuatkan Abrar Rasheed geli hati. Menggelengkan kepala melihat tingkah Benz Fahri saat itu.

“ I think better ask your wife. Ask her menstrual cycle or doing some urine test maybe.." suruh Abrar Rasheed supaya teman di hadapannya itu tidak lagi keliru sekalian memberi cadangan.

“ I can't relate at all. How my condition through her pregnancy. Can you explain it?"

Doktor Abrar Rasheed tersenyum tenang. Bahu Benz Fahri diraih lalu menepuk lembut tubuh itu.

“ Regarding to the report nothing serious with your condition. Ya udah, kamu demam sama loya dan pening. Kayak orang hamil. Jadi aku andaikan isteri kamu yang hamil. Masakan kamu lelaki boleh hamil. Kamu tahu enggak..kadang- kadang lumrah alam bisa terjadi sebaliknya. Isteri yang hamil, suami yang sakit-sakit. Makanya kamu harus nanya sama dia.." jelas Abrar Rasheed dengan panjang lebar.

“ If not?" tanya Benz Fahri ragu- ragu. Dia mungkin bahagia kalau telahan Doktor Abrar Rasheed itu benar, tapi jika sebaliknya dia pasti kecewa. Jadi untuk berharap dia sangat takut.

“ Cubain dulu dong. Kalau iya alhamdulillah..kalau belum kamu harus lebih banyak usaha. Sok, cowok ganteng kayak kamu tidak perkasa.” usik Doktor Abrar Rasheed dengan jenaka santainya.

Benz Fahri kelihatan berfikir-fikir. Jauh lamunannya sehingga doktor dari seberang itu bersuara semula.

“ Serah semuanya pada Allah. Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Perbanyakkan doa. Insha Allah semuanya akan mudah." nasihat Doktor Abrar Rasheed lagi meyakinkan lelaki itu.

Sedang mereka asyik membahaskan keadaan, muncul susuk Ann Layli bersama Hanees Habibah di muka pintu. Serentak Benz Fahri dan Abrar Rasheed ikut membawa pandangan ke arah kedua orang wanita yang sedang berjalan ke arah mereka.

Wajah ceria Ann Layli, Abrar Rasheed pandang berselang dengan Benz Fahri. Senyumannya makin mekar buat dua susuk suami isteri itu. Dan berharap tekaannya sangat benar nanti.

Bangun dari duduk, Abrar Rasheed berdehem sebentar.

“ Okaylah Fahri. Saya minta diri dulu. Orang rumah kamu udah sampai. Jangan lupa apa yang saya katakan tadi.." ujar Abrar Rasheed penuh hemah. Pandangannya ditundukkan sedikit ke arah kedua orang wanita di hadapan.

“ Thanks Rar.”

“ Most welcome. Tapi ya udah, kalau beritanya benar kasi tahu ke saya. Mau upgrade peringkat doktor. Biar kencan." ujar Doktor Abrar Rasheed dengan nada sedikit berbisik. Matanya dikenyitkan sengaja mengusik Benz Fahri yang nampak sedikit tertekan itu.

Benz Fahri tersenyum nipis. Anggukannya menghantar langkah doktor perawat itu ke muka pintu.

“ Err..Ann, saya pun keluar sekejap ya. Nak ke tandas." ujar Hanees Habibah kepada Ann Layli kerana ingin memberi ruang kepada pasangan itu. Berasa tidak selesa jika dia terus menerus berada di tengah-tengah pasangan suami isteri tersebut membuatkan dia mahu lekas beredar.

“ Baiklah."

“ Nanti saya tunggu di luar ya, kalau Ann sudah selesai." beritahu Hanees Habibah lagi lantas mengorak langkah keluar dari pintu sebaik Ann Layli mengangguk faham.

.
.

“ Benji..awak macam mana?"

“ I'm okay. Tak demam dah."

“ Alhamdulillah. Doktor Abrar ada bagitahu awak sakit apa-apa ke?"

Menggeleng dengan senyuman nipis.

“ Tapi dia ada cakap something dengan abang." tersenyum-senyum Benz Fahri saat memberitahu.

“ Pasal apa?" soal Ann Layli ingin tahu.

“ Pasal bukan saya yang sakit sebenarnya.." leret Benz Fahri dengan senyuman yang sangat murah pagi itu. Entah kenapa sejak Doktor Abrar Rasheed mengkhabarkan situasi itu, dia terasa mahu tersenyum saja.

“ Eh, tak sakit apanya sampai warded macam ni?" hairan Ann Layli berganda. Sudah macam agar-agar lagi suaminya sejak menjejakkan kaki di Mekah ini. Asyik-asyik demam diikuti muntah dan pening serta loya yang tak berkesudahan. Doktor pula cakap tak sakit. Doktor salah periksa ke?

“ Entahlah..tapi dia suruh tanyakan askím something?" Benz Fahri kulum senyum.

“ Tanyakan apa. Apa kena mengena saya dengan sakit awak Benji?" soal Ann Layli dengan polos.

“ When is your last period?" soal Benz Fahri terus menerus. Malas mahu bertangguh. Lagi lama bertangguh, lagi pening kepala di buatnya. Dia jadi tidak sabar untuk tahu dan mahu mengakhiri penantiannya selama ini.

Kerut di dahi Ann Layli naik berlapis. Tiba-tiba di soal seperti itu buatkan dia di asak segan.

Bertahun menjadi isteri kepada Benz Fahri belum pernah sekali pun lelaki itu bertanyakan masalah kesihatannya yang satu itu. Merah juga warna wajahnya saat itu dengan persoalan yang tak terduga dari sang suami.

“ Err..where did it come from?" soal Ann Layli tak tentu arah. Arah pandang Benz Fahri ke wajahnya cuba dielak. Segan direnung begitu, dia menundukkan wajah sambil bermain dengan pintalan tudungnya sendiri.

“ Jawablah." tekan Benz Fahri dengan suara yang lembut. Dia perlu tahu untuk mengesahkan tekaan Doktor Abrar Rasheed tadi samada benar atau tidak. Meraih jemari Ann Layli sembari anak mata hazel isterinya dicari dan ditatap dalam.

Gigit bibir, perlahan dia menjawab dengan segan. Sedikit pun anak matanya tidak memandang ke arah Benz Fahri. Risau dia pengsan saja kerana menceritakan hal peribadi seperti itu kepada suaminya. Mengingatkan kisah malam pertamanya empat bulan yang lepas saja dia sudah diserbu perasaan malu yang amat inikan pula cerita sebegini.

“ It suppose to coming actually but I've take some supplements for our umrah. So it's delay for once." beritahu Ann Layli tanpa selindung lagi walaupun segannya membukit.

“ Kalau macam tu, abang nak askìm buat urine test boleh?"

“ Hah! U-rine test? Kenapa? Awak yang sakit kenapa saya yang kena buat ujian?" Panggung kepala, riak terkejut terpeta di wajah Ann Layli. Keliru wanita itu di buatnya.

Meraih jemari isterinya, Benz Fahri bawa ke bibir. Dikucup lama. Pipi mulus isterinya dielus penuh kasih.

“ Might be you are carrying our baby in your womb." ujarnya penuh bangga. Senyum lebar menghiasi wajah tampan Benz Fahri. Semerta dia menarik Ann Layli ke dalam pelukannya dengan penuh rasa bahagia.

.
.

“ Dah buat ujian tu?" soal Benz Fahri lewat petang itu apabila Ann Layli kembali kepadanya di bilik rawatan Hospital King Abdul Aziz tersebut.

Tadi, Ann Layli pulang seketika selepas habis waktu melawat. Jadi sempat dia memujuk isterinya agar pergi membuat ujian kencing untuk mengetahui samada isterinya hamil atau tidak.

Dan masuk hari itu, hari ketiga dia dirawat di sana. Kata jururawat tadi, mungkin esok dia akan dibenarkan keluar dari hospital memandangkan keadaan kesihatannya yang sudah kembali pulih.

Angguk. Duduk dilabuhkan bersebelahan suaminya.

Benz Fahri yang tadi sedang berehat saja, terus tegak duduk sebaik Ann Layli duduk di kerusi. Dia jadi tidak sabar menunggu hasil keputusan ujian tersebut dari isterinya.

“ Macam mana?" soalnya teruja.

Melihat raut tidak sabar Benz Fahri, Ann Layli jadi gementar. Dia sendiri belum melihat hasil keputusan ujian tersebut. Doktor ingin memberitahunya, tetapi dia meminta doktor tidak mengkhabarkan kepadanya. Katanya mahu lihat sendiri keputusan ujian tersebut bersama dengan suaminya. Makanya, doktor tersebut menghormati permintaan Ann Layli.

Berdebar Ann Layli semasa mengeluarkan kertas putih hasil ujian yang dilakukan di klinik jabatan pesakit luar di hospital yang sama dari tote bag sebelum diserahkan kepada Benz Fahri.

“ Janji dengan saya, awak takkan sedih dan doubt anything if this result not as your wish." pinta Ann Layli. Tangannya menyentuh lembut tangan Benz Fahri yang sudah tidak sabar mahu membuka surat itu.

Mengangkat wajah, Benz Fahri pandang isterinya penuh kasih.

“ Come, sit here." panggilnya ke arah Ann Layli sambil menepuk tempat di sebelahnya.

Ann Layli menurut. Menghampiri Benz Fahri, lalu duduk bersebelahan dengan suaminya itu di atas katil.

Benz Fahri tidak melepaskan peluang saat Ann Layli sudah melabuhkan duduk. Tangan kirinya naik memeluk wanita kesayangannya itu. Pelipis kanan Ann Layli dikucup penuh kasih.

“ Askìm..Abang sayang dan cintakan askìm sangat-sangat. Dari dulu, sekarang dan nanti selagi Allah izin. Abang nak askìm tahu perasaan abang yang satu ni. Takkan pernah berganti untuk askìm. Abang juga berjanji dengan diri abang, apa pun yang berlaku antara kita abang mohon pada Allah agar kekalkan perasaan abang pada askìm selamanya. Jadi abang harap askìm tahu dan faham, abang akan selamanya ada dengan askìm sampai nanti Allah yang tamatkan semuanya." ujar Benz Fahri satu persatu. Dia sangat memaksudkan kata-katanya walau berkali Ann Layli takut akan kemungkinan yang akan terjadi jika wanita itu tidak dapat memenuhi hasrat lelakinya.

Mutiara jernih mulai menitis satu persatu dari tubir mata Ann Layli. Terharu hatinya mendengar penjelasan Benz Fahri. Tetapi hatinya tetap rasa insecure jika dia tidak dapat memberi zuriat kepada lelaki itu.

“ Terima kasih Benji. Terima kasih terima saya jadi isteri. Tapi saya tetap takut jika saya tak mampu beri Benji zuriat. Saya tak mahu sia-siakan pengorbanan Benji dalam perkahwinan kita ni." serak sahaja suara Ann Layli menyatakan perasaannya.

Menarik nafas, Benz Fahri cuba menenangkan diri. Aduhai isterinya ini! Paranoidnya masih belum sembuh nampaknya.

Menarik Ann Layli ke atas ribanya, wajah isterinya itu ditatap. Kedua ibu jarinya mengelap sisa air mata yang merembes di pipi.

“ Benji..inikan hospital." ujar Ann Layli mahu turun dari ribaan Benz Fahri. Segan dia dengan tindakan spontan si suami. Ya, walaupun tiada pesakit lain di bilik itu tetapi dia tetap tidak selesa kerana ruangan itu sangat besar. Lagi pula pintu bilik wad itu tidak berkunci saat dia masuk ke situ tadi. Bila-bila masa sahaja boleh diterjah oleh doktor mahupun jururawat ke ruangan itu.

Benz Fahri tergelak. Dia tetap mengeraskan badan dan mengekalkan pelukan di pinggang isterinya tanda tidak membenarkan Ann Layli bergerak turun dari ribaanya.

“ So.." Benz Fahri mengangkat kedua keningnya bertanya dengan nada mengusik.

“ Nanti doktor atau nurse masuk macam mana? Ini hospital bukannya hotel!" tegah Ann Layli dengan wajah merah masih terkial-kial mahu melepaskan diri.

“Biarlah doktor masuk pun. Abang kan suami askìm. Bukan kita buat salah pun." balas Benz Fahri bersahaja.

Ann Layli mengeluh. Merasakan usahanya untuk melepaskan diri adalah sia-sia akhirnya dia mendiamkan diri dan itu membuatkan Benz Fahri tersenyum kemenangan.

Beberapa saat menyesuaikan diri, Benz Fahri bersuara semula.

“ Hey, askìm..jangan pernah persoalkan tentang pengorbanan. Abang tak suka. Apa pun yang jadi abang nak askìm tahu Ann Layli lah pemilik hati abang dunia akhirat. Tak ada orang lain yang abang mahukan selain askìm. Soal zuriat ini, semuanya Allah yang tentukan. Siapa abang nak hukum askìm jika Allah masih tak izinkan kita untuk memilikinya. Zuriat ini rezeki buat ibu bapa. Jika Allah belum izinkan maknanya abang dan askìm masih belum layak nak pikul amanah dan tanggungjawab tu. Kalau bukan hari ni rezeki kita mungkin esok lusa. Selagi kita cuba dan ikhtiar InshaAllah, tuhan akan beri. Tak cepat tak lambat, tetapi sesuai usaha doa dan tawakal. Kita kena bersangka baik dengan Allah ya. Anggaplah ujian ini sesuatu hadiah istimewa dari Allah untuk kita. Allah beri ujian sebab Allah sayangkan kita sebagai hambanya." pujuk Benz Fahri cuba mententeramkan hati Ann Layli.

“ Tapi.." Ann Layli masih mahu beralasan namun sempat dicelah suaminya.

“ Tak ada tapi-tapi. Allah masih izinkan hati abang untuk sayang dan cintakan askìm. Dan Inshaallah Allah masih izinkan askìm dan abang untuk terus usaha kalau keputusan hari ni masih belum berpihak untuk kita. Boleh askìm janji dengan abang yang kita akan cuba usaha sampai kita berjaya?Hmmm sayang.."

Memerah pipi Ann Layli dengan pertanyaan rambang suaminya. Masih belum dapat bertenang dengan hasil keputusan ujian air kencing di tangan suaminya itu, persoalan kedua pula muncul di bibir Benz Fahri membuatkan darahnya semakin membeku.

Benz Fahri memaut dagu isterinya agar bertatapan mata dengannya. Dia suka melihat wajah isterinya yang sedang malu sebegitu. Tidak dapat tidak, Ann Layli terpaksa berserah dengan tindakan Benz Fahri.

“ Bolehkan askìm?"

“ Benji.." tegang suara Ann Layli bersama wajah ketatnya membuatkan Benz Fahri ketawa suka.

“ Nak ke tak nak?” usik Benz Fahri lagi.

“ Kalau perangai awak macam ni, boleh ke saya cakap tak nak. Menekan sangat!" mencuka wajah Ann Layli seraya menyorokkan wajahnya ke balik bahu si suami.

Benz Fahri tergelak suka. Ada bahagia yang sedang mekar dalam dadanya saat mendengar pengakuan Ann Layli itu.

“ Sekarang abang nak kita sama-sama buka surat ni dan adapt dengan keputusan yang dah keluar. Abang nak askìm janji akan get through dengan abang tak kira apa pun ujian yang akan datang nanti." ujar Benz Fahri setelah beberapa ketika.

“ Okay. We will through anything together. Don't worry Benji.." senyum Ann Layli mengangguk.

Menarik nafas, Ann Layli hembus perlahan lalu menyerahkan kertas tersebut. Bibir digigit cuba menghilangkan debar di dada ketika menanti reaksi Benz Fahri kala itu yang sedang membaca hasil ujian di atas kertas berkenaan.

“ Askím.." air mata Benz Fahri meluncur laju. Dari duduk, terus dia turun dari katil dan merapati Ann Layli yang berada di atas kerusi. Tubuh kecil itu dia tarik ke dalam pelukan. Tangisannya mulai kedengaran. Hiba tetapi bahagia.

Ann Layli menjadi kaget melihat suaminya begitu. Terkial-kial cuba melepaskan pelukan Benz Fahri. Dia jadi takut sendiri melihat raut kesedihan suaminya. Di dalam hati sudah bersangka buruk. Pasti jawapannya negatif. Kalau tidak masakan suaminya menangis sebegitu.

“ Benji are you okay? Kenapa ni. Jangan buat saya takut!" tanya Ann Layli. Lengan Benz Fahri digoyang.

“ Alhamdulillah.. alhamdulillah sayang. You're pregnant. Ya Allah terima kasih askìm..." ucap Benz Fahri tanpa henti. Tubuh Ann Layli ditarik sekali lagi ke dalam pelukan. Malah, bertalu pipi dan bibir Ann Layli menjadi mangsa ciuman suaminya.

“ Benji.." terketar-ketar Ann Layli memanggil suaminya. Telinganya mendengar butir yang tidak jelas membuatkan wajah Benz Fahri di cari. Masih samar dengan berita yang baru saja terbit dari bibir suaminya.

“ Yes askím..we did it!" girang suara Benz Fahri berteriak.

Semerta senyum Ann Layli mengembang. Rasa tidak percaya dengan berita yang disampaikan suaminya membuatkan dia mengambil kertas dari tangan Benz Fahri dan melihat sendiri.

Seperti yang tertera jelas sekali laporan tersebut menunjukkan hasil ujian kehamilan itu positif.

Ann Layli terus membalas pelukan Benz Fahri dengan kuat sekali. Air matanya turut menghamburkan tangisan bahagianya. Bibirnya tidak putus mengucapkan kata syukur yang tak terhingga.

Kini nyata, pelangi indah sedang muncul mewarnai kehidupannya bersama Benz Fahri. Tiada apa yang dia harapkan lagi melainkan rasa syukur dengan nikmat dan kurniaan tersebut.

Mereka berdua larut dan hanyut dengan khabar bahagia dan gembira yang tak terjangka sebegitu. Tambahan, menerima berita itu di bumi Allah ini lebih berganda nikmatnya kerana keinginan dan doa mereka dipenuhi seperti itu.

.
.

“ Saya risau awak sakit. Sampai pengsan di buatnya. Dah berapa hari terlantar dekat hospital ni. Saya minta maaf" keluh Ann Layli. Jemari suaminya di elus perlahan-lahan. Hatinya masih diusung bimbang dengan keadaan kesihatan Benz Fahri.

“ Jangan risau. Abang okay. Abang tak ada sakit yang serius pun. Cuma demam aje. Pening dan loya aje yang tinggal. Nanti-nanti baiklah tu. Askìm tak perlu minta maaf. Bukan salah you. Abang rasa sakit ni tak seberapa pun kalau nak diikutkan dengan pengorbanan yang sayang terpaksa lalui.." balas Benz Fahri dengan senyuman cuba meredakan bimbang si isteri.

“ Lega sikit saya dengar. Abang nak makan? Saya ada belikan buah anggur dan tamar nabi." ujar Ann Layli. Plastik bungkusan yang di bawa tadi sebelum ke mari ke hospital di buka. Dikeluarkan pek bungkusan buah anggur hitam dan tamar nabi yang disuruh bonda Benz Fahri itu bawakan. Kata Toh puan Ruhana, ianya baik untuk meningkatkan daya imunisasi seseorang selepas pulih dari demam.

“ Boleh juga. Tapi sayang suap ya. Tangan abang bengkak lagi sebab masuk drip ni..." pinta Benz Fahri cuba bermanja. Tangan kanan yang dicucuk branula itu diangkat separa ke arah isterinya dengan riak seperti anak kecil sedang mengadu sakit.
Sekali sekala mahukan perhatian dari orang tersayang, apa salahnya? Hendak pula isteri sendiri.

“ Boleh tak ada masalah." balas Ann Layli dengan senyum senang lalu menyuapkan sebutir demi sebutir anggur hitam ke mulut Benz Fahri.

Lelaki itu dengan senang hati jiwa dan raga membuka mulut menerima suapan demi suapan dari isterinya. Sesekali Ann Layli juga menyuapkan anggur hitam itu ke mulutnya sendiri sambil mereka berdua bercerita dan bergurau senda.

*******

Selamat membaca. Maaf jika ada yg kurang. Terima kasih yg sudi menanti, memberi komen dan pujian. Love u all.

Share this novel

Mythic 20 Ronaldojr7
2024-10-26 17:07:43 

lamanya xupdate

AnieAlya
2024-10-01 18:26:55 

Update lg sis pliss3 tq

AnieAlya
2024-07-27 23:49:05 

Akhirnya alhmdulillah berita gembira utk benz n Ann.. Tq sis best


NovelPlus Premium

The best ads free experience