Ann Layli sibuk mengemas peralatan memasak yang digunakan tadi. Semuanya diletakkan ke dalam sinki untuk di basuh. Siap membasuh Ann Layli tuju ke meja makan. Lauk-pauk yang di masak di hidang siap-siap. Jug air bersama gelas diatur elok dalam dulang. Ann Layli tersenyum gembira apabila semuanya sudah siap diatur. Tunggu masa suaminya balik untuk makan.
Teringat akan nasihat mak yang selalu berpesan agar mengikat perut suami dengan masakan. Sebelum tawan hati kena tawan perut dulu. Barulah kasih sayang elok tersemai. Kalau tak, nanti suami cari lain. Itu pesan Puan Hasnah sebelum dia berkahwin dengan Muqri dulu.
Mengingatkan itu, hati Ann Layli selalu resah. Walaupun dia berkahwin dengan Muqri bukan atas dasar suka dan cinta namun dia yakin saat ini rasa tanggungjawab menjadi isteri lelaki itu melebihi segalanya. Maka, dia rela berguru dengan mak belajar memasak dan beberapa hal tentang rumah tangga sebelum berkahwin.
Jam di dinding dapur dia kering sekilas. Baru 6.45 petang. Awal lagi. Biasanya Muqri akan sampai lebih kurang 7 lebih nanti. Maklumlah hidup di kota raya yang terlebih sibuk ni. Jarak rumah dan pejabat suaminya agak jauh. Malah di waktu puncak suaminya pasti akan terperangkap dalam masalah kesesakan lalu lintas. Lebih baik dia ke bilik dulu untuk mandi. Bersiap dan berhias untuk tatapan suami. Bukankah itu tanggungjawab sang isteri. Lebih beruntung, pahala digali dan redha Ilahi diraih sekali.
Setelah siap kerja di dapur, dia terus ke bilik. Ketika melintasi laluan dapur nak ke bilik dia menilik tubuh yang tersarung tshirt biru dan skirt kembang berwarna coklat muda di cermin yang tergantung di sudut dinding.
Hurm, selekeh betul rupa dia! Ni kalau Muqri tengok mahu pengsan nanti. Ann Layli tergelak kecil lantas meneruskan langkah ke bilik.
Usai mandi dan berdandan dia terus keluar ke ruang tamu.
Baru saja mahu duduk atas sofa kedengaran enjin kereta memasuki laman. Terus saja dia bangun dan merapati pintu sebelum membukanya. Wajah manis beserta senyuman ditayang ketika melihat kelibat Muqri keluar dari kereta dengan menjinjit beg kerja. Riak wajah Muqri yang ceria membuatkan hati Ann Layli gembira.
“ Alhamdulillah abang dah balik. " tegur Ann Layli sambil menghulur tangan mahu bersalam dengan suaminya di depan pintu. Muqri senyum lalu mengucup lembut ubun si isteri.
" Abang nak makan? Saya dah siap hidang. Saya masakkan abang gulai lemak cili padi dengan udang hari ni." beritahu Ann Layli. Wajahnya juga teruja sambil menanggalkan kot pada bahu Muqri.
“ Kejap lagi kut. Nak rehat dulu. " Muqri terus bersandar pada dada sofa. Wajahnya sedikit menegang. Penat dengan kerja di office yang menimbun. Tapi nasib bila pulang ke rumah hati sedikit tenang dengan layanan si isteri. Dia begitu beruntung mendapatkan Ann Layli sebagai isteri. Wanita tu bijak melayaninya.
Lalu kot dan beg kerja Muqri di bawa Ann Layli ke bilik. Dia keluar semula sambil mendapatkan suaminya dengan membawa limau ais segelas.
“ Thanks."
“ Hujung minggu ni abang sibuk ke?" tiba-tiba Ann Layli bersuara.
Gelas ais limau yang habis diteguk diletak ketepi. Muqri angkat wajahnya pandang Ann Layli di sebelah. Hujung kening di angkat seolah bertanya.
Ann Layli tunduk pandang tshirt di tubuh. Hujung jari sibuk memintal baju itu. Dia serba salah mahu bercakap. Tapi kalau tak diberitahu dia susah hati.
“ Ada masalah apa? "
“ Err.. Kalau abang tak sibuk saya nak ajak balik kampung. Tengah hari tadi mak telefon beritahu ayah tak sihat. " lega bila dapat diluahkan. Dia risau kalau Muqri tak setuju. Dia juga turut rindu pada kedua orang tuanya kerana semenjak dia mengikuti Muqri selepas berkahwin belum pernah lagi dia pulang menjenguk mereka.
“ Oh ayah tak sihat. Mak tak bawak ayah pergi klinik ke? "
“ Bawak dah. Tapi biasalah orang tua. Mak kata ayah mungkin rindu dekat kita. Tapi.. Kalau abang sibuk tak apalah, saya boleh naik bas." ujar Ann Layli. Sungguh dia tak mahu membebankan suaminya.
Muqri tak terus menjawab. Dia mengambil iPhone dari poket seluar kerja lalu menatal telefon tersebut. Setelah beberapa saat dia pandang Ann Layli dengan senyuman. Bahu Ann Layli dipaut.
“ Okay hujung minggu nanti kita balik. Tapi tak boleh berlama la abang banyak kerja dekat office." terang Muqri.
Dalam hati Ann Layli melonjak girang. Gembira mendapat persetujuan dari suaminya yang mahu balik ke kampung melawat mak dan ayahnya.
“ Thanks abang."
“ Thanks aje. Abang nak upah! " Muqri kenyit mata.
“ Upah?"
Ann Layli kerut dahi. Tak pasti dengan ayat Muqri yang tersenyum simpul di depan. Ya, Ann Layli masih malu-malu di depan suami sendiri memandangkan mereka baru tiga bulan melayari alam rumah tangga.
“ Malam nanti abang bagitahu.." melebar sengih Muqri pandang wajah isterinya yang polos tu.
Membahang wajah Ann Layli sementelah baru dia menghadam maksud sebenar suaminya. Dia tak pernah kenal dengan Muqri sebelum ini. Malah jauh sekali mencintai lelaki tu. Perkahwinan mereka ditetapkan keluarga. Keluarga Muqri adalah kawan baik maknya di kampung. Hampir dua tahun dia menunggu Zen Huzaini yang hilang tanpa khabar akhirnya dia menerima keputusan mak untuk mengahwinkan dia dengan Muqri walaupun pahit untuk dia terima. Jasa mak ayah di kampung wajib dia balas. Sementelah baru dia tahu yang Puan Hasnah dan Encik Zahid bukan ibu bapa kandungnya. Itupun ketika dia mahu mendaftarkan perkahwinannya dengan Muqri beberapa bulan yang lalu.
Teringat masa tu..
" Manja, ayah nak beritahu sesuatu pada manja. Mari..." Encik Zahid menggamitnya yang sedang sibuk menyapu laman yang dipenuhi daun kering.
Penyapu lidi yang di pegang disandarkan pada tiang rumah. Dia merapati Encik Zahid yang sedang duduk atas beranda. Ketika itu, Puan Hasnah juga ada.
" Kenapa yah? Macam ada hal penting je."
" Penting bagi ayah dan mak untuk bagitahu semua ni. Pertama sekali ayah dan mak nak minta maaf dengan manja. Ayah dan mak bukan ayah dan mak yang baik untuk manja tapi kami berusaha buat yang terbaik untuk manja. Memandangkan sekarang dah ada orang yang masuk meminang manja jadi ayah nak beritahu satu rahsia. " keluh Encik Zahid. Dia pandang Puan Hasnah disebelah yang sudah kelam wajahnya.
Ann Layli berdebar. Dapat dia rasakan ada satu masalah yang di sembunyikan mak dan ayahnya di depan.
" Ayah dan mak sebenarnya bukan ibu bapa kandung manja. Kami berdua mak ayah angkat saja. Sejak manja dilahirkan seorang wanita yang kami hormati kami dah anggap manja macam anak kami sendiri. Maafkan mak dan ayah sebab tak pernah bagitahu hal ni."
Wajah Ann Layli berubah. Sekejap dia merasakan dunianya yang penuh ceria tadi kelam. Apa dia tak salah mendengar? Selama 22 tahun baru hari ini mak dan ayah menceritakan hal yang sebenar.
" Tapi mak dan ayah sayangkan manja melebihi segalanya. Mak dan ayah tak pernah anggap manja anak angkat. Kami betul-betul sayangkan manja." tambah Puan Hasnah. Nadanya sedikit bergetar. Tangan Ann Layli di raih dan tubuh itu di peluk erat menyalurkan kasih sayang ya yang tak pernah pudar.
" Habis siapa ibu bapa kandung manja yang sebenar?“ tak dapat tidak dia juga mahu mengetahui siapa sebenarnya insan yang telah membawanya ke dunia ini.
Encik Zahid dan Puan Hasnah berpandangan sesama mereka sebelum akhirnya Encik Zahid menceritakan pada gadis di depan mereka bahawa ibunya meninggal ketika melahirkan Ann Layli. Bapanya pada ketika itu ada kerja luar dan sebenarnya perkahwinan ibu bapanya tak mendapat restu keluarga. Kebetulan pada masa itu pasangan suami isteri itulah yang menjadi orang gaji dan driver keluarga Ann Layli. Mereka di amanahkan ibu Ann Layli untuk membawa Ann Layli pergi. Dia khuatir jika keluarga mentuanya memisahkan anak dan suaminya.
Air mata berlinang turun ke pipi gadis itu. Sungguh dia tak sangka selama ini dia adalah anak angkat saja. Tapi dia bersyukur dia masih mendapatkan kasih sayang dari pasangan suami isteri tu tanpa belah bahagi.
“ Ayah tahu mana ayah manja?"
“ Maaf manja, ayah tak tahu. Lepas ibu manja meninggal ayah manja di paksa keluarganya bernikah lain dan sejak dari itu kami hilang berita tentangnya. Sejak itulah mak dan ayah bawa manja balik ke sini."
“ Manja.. Mak harap sangat manja tak tinggalkan mak dan ayah. Kami minta maaf kerana merahsiakan semuanya. "
“ Tak apa mak.. Manja faham. Manja bersyukur dapat mak dan ayah jaga manja dengan baik. Terima kasih untuk semuanya." Ann Layli memeluk maknya erat.
“ Sayang.. Oh sayang.. " tubuh Ann Layli di goyang.
Baru Ann Layli tersedar yang dia sedang melamun. Dia tersengih memandang Muqri di depan.
“ Sorry abang."
“ Teringatkan siapa? "
“ Mak dan ayah. " polos gadis itu menjawab. Muqri geleng kepala.
“ Jangan susah hati. Hujung minggu nanti abang bawa sayang balik jumpa mak dan ayah okay."
Ann Layli tersenyum manja. Dia bahagia mempunyai suami yang bertimbang rasa seperti lelaki tu.
**************
" Jadi ke manja balik hujung minggu ni Has?" soal Encik Zahid yang terbatuk-batuk di hujung beranda.
Jauh matanya melamun memandang luasnya sawah di depan. Ternampak-nampak bayangan Ann Layli sewaktu kecil berlari atas batas sawah tu bermain layang-layang dengannya. Semuanya memori dan kenangan indah ketika anak itu bersamanya. Sungguh dia rindu.
Puan Hasnah yang sedang melipat kain menggeleng. Faham benar dengan perangai suaminya sejak dua menjak ni. Selalu teringatkan si anak tunggal mereka tu.
“ Ya, jadi abang. Sabtu lepas kerja Muqri bawa manja balik."
“ Nanti awak masakkanlah lauk kegemaran manja tu. Lama sangat dia tak balik sini sejak kahwin. Entah makan apalah budak tu dekat sana."
" Ya, nanti saya masak. Abang jangan lah susah hati. Budak tu duduk dengan suaminya pandailah si Muqri tu jaga isteri. " balas Puan Hasnah. Suaminya tu sungguh risaukan anak mereka mengalahkan dia yang menjadi ibunya.
“ Nanti pesan pada Azman ambik buah-buah kayu yang dah masak di kebun tu. Boleh manja makan nanti. Kesian budak tu. Dekat Kuala Lumpur sana tu mesti susah nak dapat buah-buah kampung macam di sini. " pesan Encik Zahid lagi. Kakinya dilunjurkan sambil dipicit-picit. Kakinya tu semakin hari semakin tak rasa. Kebas saja. Kata doktor saraf ditubuhnya semakin lemah berikutan penyakit kencing manisnya yang semakin teruk.
“ Baik abang. Kejap lagi saya telefon si Azman bagitahu. Abang janganlah susah hati. Abang tu kena jaga kesihatan baik-baik. Manja mesti susah hati kalau tengok abang sedih-sedih macam ni. "
“ Nak jaga macam mana lagi Has, abang ni dah tua. Makin hari makin banyak penyakit. Kalau abang meninggal pun tak ada apa yang nak disusahkan lagi. Anak dah besar dah kahwin pun." balas Encik Zahid datar.
" Ke situ pulak abang ni. Habis saya ni abang tak kisah ke?" soal Puan Hasnah geram. Boleh pula suaminya tu sebut soal mati.
Encik Zahid tergelak. Dia pandang isterinya dengan senyuman bahagia. Isteri yang dikahwininya selama 25 tahun tu masih tetap cantik di matanya meski usia sudah dijamah waktu. Kasih dan sayangnya buat wanita tu tak pernah habis. Utuh dan mendalam setiap waktu.
“ Awak kahwin barulah Has. Awak muda lagi dari abang. Apa orang kata masih bergetah." sengaja dia mengusik isterinya.
Puan Hasnah menjegil mata memandang si suami. Naik geli telinganya mendengar ucapan yang tak manis tu. Nasib suami sendiri yang bercakap, kalau orang lain sudah lama dia piat telinga dan dilumur lada pada mulut tu. Dah tua bangka otak masih senget nak bercakap yang bukan-bukan.
“ Hish abang ni. Ke situ pulak dia. Kalau abang pergi nanti, saya pun ikut abang jugak. Jangan nak berani-berani tinggalkan saya." garang Puan Hasnah memberi amaran.
" Yelah.. Yelah.. Awak tu cinta mati saya Has." balas Encik Zahid pendek. Dia kembali pandang daun padi yang terliuk lentok ditiup angin petang di depan rumah. Damai pandangannya saat tu.
**************
Sebaik kereta Muqri memasuki perkarangan rumah Encik Zahid senyum melebar. Nama isterinya dilaung kuat dari depan beranda.
“ Has.. Anak menantu kita dah sampai ni. Cepatlah.. "
Kocoh-kocoh Puan Hasnah keluar dari pintu depan sebaik mendengar suara suaminya yang kuat. Berdebar rasa hatinya. Risau ada perkara yang tak elok berlaku.
“ Kenapa bang?"
“ Tu Manja dengan Muqri dah sampai." tunjuk Encik Zahid ke arah kereta Toyota Vios putih yang baru memasuki perkarangan laman rumah.
Elok saja kereta tu diparkir, sepasang pengantin baru turun mendapatkan tubuh tua di halaman beranda. Mereka bersalam dan berpelukan.
“ Rindunya mak dengan ayah dekat manja." ujar Puan Hasnah. Tubuh Ann Layli yang agak berisi ditilik.
“ Ya mak, ayah manja pun rindu sangat. Maaf sebab tak boleh balik selalu sebab abang Muqri sibuk." balas Ann Layli setelah usai berpelukan melepas rindu.
“ Kut ya pun ajak lah anak menantu awak tu duduk Has. Kesian si Muqri ni tercegat dekat situ dari tadi tengok drama sebabak awak dengan manja tu." tegur Encik Zahid.
“ Maaflah Muqri, mak rindu sangat dengan Manja ni. Jom.. Jemput masuk. Mak dah siap masak. Tunggu kau dan manja je sampai nak makan." ajak Puan Hasnah.
“ Tak apa mak. Saya faham. Muqri pun nak minta maaf sebab tak boleh selalu bawak Ann balik lawat mak ayah. Tender tengah banyak masuk sekarang ni." balas Muqri ramah.
“ Ayah dan mak faham. Biasalah kerja macam kau memang sibuk. Bagus juga sekarang kerja kuat. Untuk masa depan anak isteri nanti." balas Puan Hasnah. Gembira dia melihat sisi baik Muqri yang pandai mengambil hatinya dan suami.
“ Tak apa Muqri, kau orang dah sampai ni pun ayah dan mak bersyukur sangat. Boleh la lepaskan rindu." sampuk Encik Zahid pula.
Setelah berbual singkat, mereka semua berlalu masuk ke dalam rumah. Ann Layli dan Puan Hasnah terus ke dapur untuk bersiap menghidang makanan. Manakala Encik Zahid dan Muqri duduk berbual di ruang tamu sementara menunggu makanan dihidang.
Sorry reader semua untuk update story yang agak cliche ni.. Pelan-pelan ehh, nanti WL update yang best-best sikit.. Tgh mencari idea bagi blast skit.. P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.
Share this novel