Bab 28

Romance Series 77048

Pintu kedai yang berwarna pink keemasan itu dipandang. Melirik ke arah papan tanda premis yang tertera nama Feeds.Kitchen.

Betul lah ni!

Sama seperti lokasi yang di beritahu kakak angkatnya Hani Wardah. Pasang wajahnya dengan senyuman Ann Layli atur langkah.

Menyedut nafas, Ann Layli kemudian menghembuskannya perlahan dan teratur. Dia melangkah dengan yakin dan penuh semangat. Berharap, ini suatu permulaan yang baru dan baik untuk hidupnya.

Nekad!

Matanya mengitari ke seluruh ruangan premis bakeri saat masuk ke situ. Senyumannya melebar sebaik melihat seorang gadis sedang berdiri di kaunter hadapan kedai itu. Gadis itu sedang membersihkan kawasan sekitar kaunter bersama sebatang bulu ayam yang dikibas kibaskan ke serata permukaan meja yang terdapat di situ.

Masih awal pagi ketika dia sampai ke situ dengan menaiki grab tadi. Nyata masih tiada pengunjung yang datang.

Premis itu juga baru di buka kerana tadi sempat dia membaca maklumat di pintu kaca yang tertulis waktu operasinya.
l
Sheen ditangan ditilik sekilas. Benar, baru pukul 9 pagi. Dia tersenyum lagi. Gembira dan teruja.

“ Assalamualaikum.” ujarnya. Kaki di bawa merapati kaunter coklat berkayu yang tinggi separas pinggangnya.

Wajahnya gadis yang sedang sibuk berkemas itu semerta dipanggung ke arah tubuh Ann Layli dihadapan.

“ Waalaikumsalam. Selamat datang ke Feeds.Kitchen.” balas gadis berbaju putih dan berapron pink keemasan itu.

“ Terima kasih. Saya datang nak serah borang. Semalam, kawan saya ambil borang jawatan kosong dari kedai ni.” ujar Ann Layli. Borang putih di tangan dia hulur ke arah gadis bertudung biru laut tu.

Tanpa banyak soal gadis itu terus mengambil borang tersebut lalu menilik seketika sebelum panggung kepala dan tersenyum lagi ke arah Ann Layli.

“ Akak dah isi semua?” pandangannya dijatuhkan ke atas kertas di tangannya bergilir dengan wajah Ann Layli dihadapan. Meneliti isi yang tercatit di borang itu.

“ Semua saya dah isi.” balas Ann Layli dengan senyuman.

“ Baiklah, kalau macam tu akak ikut saya jumpa dengan owner kedai. Kak Fid memang tengah tunggu pun. Mari kak.”

Bulu ayam yang digunakan tadi dia simpan ke bawah kaunter sebelum keluar dari pintu kecil di sebelah kanannya merapati Ann Layli.

Dia kemudian menjemput Ann Layli mengikutnya masuk ke suatu ruangan yang terletak di sebelah kaunter tersebut. Terdapat satu bilik di hujung ruangan itu dan mereka masuk ke dalamnya setelah gadis tersebut mengetuk pintu bercat putih itu. Ann Layli mengekor dari belakang.

“ Kak Fid, calon temuduga dah datang. Ini borang dia.” ujar Zara lalu menyerahkan borang tersebut.

Seorang wanita lewat 30an yang sedang tekun mengadap komputer menoleh ke arah gadis bertudung biru laut itu lalu menyambut huluran borang tersebut. Sekilas senyuman terbit dari bibirnya.

“ Oh dah sampai. Jemput dia duduk.” arah Rafidah yang sempat melirik ke belakang Zara. Kelihatan seorang gadis berdiri dengan senyuman memandangnya. Dia membalas senyum lalu memberitahu Zara. Borang di tangan sekilas di buka dan di baca.

“ Baik kak.”

Zara mengangguk menerima arahan bosnya.

Gadis bertudung biru yang bernama Zara itu menjemput Ann Layli agar duduk di kerusi berhadapan meja kerja wanita yang di panggilnya Rafidah itu.

“ Jemput kak.”

“ Terima kasih.” balas Ann Layli.

“ Kak Fid, Zara keluar dulu eh. Kalau Kak Fid nak apa-apa Zara ada dekat kaunter tau.” ujarnya ke arah Rafidah.

“ Okay.”

Sementara menanti pemilik kedai yang bernama Rafidah berbual dengan Zara, Ann Layli mengambil kesempatan menilik dekorasi bilik yang bernuansa pastel itu. Di setiap sudutnya terdapat gantungan sijil-sijil penyertaan, sijil-sijil penghargaan dan sijil-sijil anugerah di samping beberapa bingkai gambar Rafidah menerima anugerah. Tidak luput dari pandangannya juga terdapat gambar-gambar Rafidah bersama ciptaan kek dan pastrinya yang mendapat anugerah. Malah, terlihat juga beberapa dekorasi ciptaan kek dan dessert Rafidah di situ. Kesemuanya nampak menyelerakan. Di hujung sudut bilik juga terdapat rak yang memapar piala dan medal yang mungkin Rafidah menangi. Sungguh dia kagum. Hanya menjual kek, pastri dan dessert seperti itu bisa membuatkan Rafidah berjaya.

“ Assalamualaikum. Saya Rafidah pemilik Feeds.Kitchen. Selamat datang ke kedai saya.”

Suara Rafidah menyentak lamunan Ann Layli sekaligus membuatkan Ann Layli memusatkan pandangannya yang ditebar ke seluruh bilik tadi ke arah wanita itu semula. Dia terlalu ralit melihat dekorasi bilik itu sehingga tidak perasan wanita itu sudah habis berbicara dengan Zara.

“ Waalaikumsalam.” balas Ann Layli. Senyuman manis dia lempar buat Rafidah.

“ Ann Layli! ” seru Rafidah. Dia melihat ke arah borang di tangannya yang tertera nama Ann Layli di situ.

“ Ya saya,”

“ Kita buat sesi interview sekejap ya, boleh?”

“ Boleh.”

“ Silakan duduk.” Jemput Rafidah bersama gesture tangan ke arah kerusi yang terdapat dihadapan meja kerjanya itu.

Ann Layli akur. Kerusi ditarik dan menempatkan tubuhnya ke situ.

“ Pernah ada pengalaman kerja sebelum ni?” soal Rafidah setelah nampak Ann Layli bersedia. Wajah ayu Ann Layli di pandang mesra.

“ Ada sebelum saya berkahwin. Tapi sekejap aje.”

“ Kahwin? Tapi dekat sini status awak bujang?” soal Rafidah pelik. Berkerut dahinya. Wajah Ann Layli dan borang tersebut bersilih ganti di pandangnya.

Ann Layli tersenyum.

“ Saya baru kehilangan suami kak. Baru habis eddah, itu yang baru saya keluar cari kerja.”

“ Oh, maaf. Salam takziah.” Angguk Rafidah faham.

“ Ada anak?” soalnya lagi.

Menggeleng Ann Layli sejurus di soal Rafidah.

“ Tak ada rezeki. Perkahwinan saya bertahan setahun saja sebelum suami saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.” Terang Ann Layli panjang lebar sebelum Rafidah bertanya lanjut.

“ Oh, maaf sekali lagi.” ujar Rafidah. Hatinya sedikit terusik mendengar cerita Ann Layli. Tidak dapat dia bayangkan kehidupannya jika menerima nasib sebegitu.

“ Tak apa.”

“ Berbalik kepada pengalaman kerja awak tadi..boleh saya tahu sebelum ni awak bekerja di mana dan sebagai apa?”

Ann Layli angguk dan tersenyum kecil.

“ Mak saya pernah buka kedai runcit. Jadi saya pernah bekerja dengan membantu mak saya. Nak kata arif pasal perniagaan tu tidak la, tapi setakat urusan-urusan jual beli tu, insha Allah saya ada pengalaman.” jelas Ann Layli yakin.

Rafidah terangguk-angguk mendengar penjelasan Ann Layli.

“ Awak tinggal di Astana Desa? Jauh jugak ya dari sini.” soal Rafidah bersama kerutan di dahi.

“ Tak jauh sangat. Yang buatkan rasa jauh sebab kesesakan lalu lintas je.” sengih Ann Layli.

“ Betullah tu.”

“ Ada kenderaan untuk ulang alik?”

Ann Layli menggeleng.

“ Zaman modern macam sekarang, tak perlu memiliki kenderaan pun. Banyak dah perkhidmatan kenderaan di luar sana. Sebut apa saja, baik lrt, mrt, grab, teksi, bas semuanya boleh di naiki melalui satu aplikasi. Hanya gunakan hujung jari aje. Yang wajib ada sekarang adalah wangnya.” sengih Ann Layli.

Betul la kan! Memang kena ada duit kalau nak hidup. Bak kata orang putih; No money no talk!

Rafidah angguk lagi. Setuju.

“ Boleh bekerja lebih masa?”

“ Insha Allah boleh. Lagipun saya tidak terikat dengan apa-apa status. Mudah bergerak untuk ke mana-mana tanpa kongkongan.”

“ Boleh terima teguran? Sebab dekat sini saya mementingkan sikap kerja yang professional dan suasana bekerja secara berkumpulan.”

“ Maksud cik?”

“ Puan. Panggil aje saya Kak Fid. Di sini saya amalkan kerja berkumpulan. Kena saling bertolak ansur. Mudah di beri tunjuk ajar dari yang berpengalaman. Pelanggan pun terdiri dari golongan berkelas sosial tinggi. Jadi mereka sedikit cerewet. Saya akan menegur jika pelanggan saya memberi feedback yang negatif. Bukan apa, untuk mengekalkan pasaran jenama Feeds.Kitchen itu sendiri. Saya sangat mementingkan branding Feeds.Kitchen.” terang Rafidah lagi.

“ Err..maaf Kak Fid. Saya faham.” Ann Layli gigit bibir. Pandangannya dijatuhkan ke arah anggukan Rafidah selepas itu tanda kemaafannya di terima.

“ Erm.. awak pandai buat cookies, kek, pastries dan hal-hal berkaitan dessert yang lain?” Kedua tangan Rafidah di lipat lalu disilang ke atas meja.

“ Saya berkelulusan sijil seni kulinari lepasan STPM. Ada belajar serba sedikit tentang bidang masakan, kursus penyediaan makanan, pastries serta kek dan aktiviti yang menonjolkan tatacara bermula penyediaan makanan sehingga persiapan bahan masakan ke dalam pinggan. Insha Allah, saya tahu membaking dan membuat beberapa jenis dessert, pastries dan kek.” Cerita Ann Layli serba sedikit.

“ Boleh tahan.” gumam Rafidah bersama anggukan kecil. Wajah yakin Ann Layli ditatap sebelum menanyakan beberapa lagi soalan.

“ Contoh dan jenis pastries yang awak tahu?” soal Rafidah ingin tahu sambil matanya membaca beberapa butir peribadi Ann Layli lagi yang tertera di borang tersebut.

“ Pastries sebenarnya adalah adunan kuih yang berlapis-lapis dan dipanggang dan merupakan adunan tertentu yang digunakan untuk membuat pai, puff, tart dan lain-lain.” ujar Ann Layli. Dia berhenti sejenak sebelum menyambung semula.

“ Terdapat beberapa jenis pastry, antaranya puff pastry, chaux pastry, short pastry, filo pastry, croissant dan beberapa jenis lagi.”

“ Nampaknya banyak juga yang awak tahu. I can't doubt it.” puji Rafidah senang. Nampaknya, calonnya kali ini mempunyai sedikit pengetahuan tentang bidang bakery.

“ Serba sedikit je.” balas Ann Layli segan. Kedua tangannya di bawah meja dielus sesama sendiri.

“ Macam mana kek dan dessert pulak? Apa pendapat awak?”

“ Kek dan dessert dua makanan yang berbeza dari segi pembuatan dan penyediaan tetapi berkait rapat dan punya rasa yang sama iaitu manis. Ianya tergolong dalam kategori pencuci mulut. Pembuatan dan penyediaan kek sedikit berat dan tak mudah.”

“ Manakala dessert terbahagi kepada dua bahagian iaitu dessert sejuk dan panas. Kalau kita hasilkan kek mestilah untuk sampaikan rasa sedap selain menonjolkan dekorasi kek tersebut. Tak terkecuali dessert. Pencuci mulut yang sedap buatkan ramai orang tertarik untuk menikmatinya. Contoh yang paling asas untuk dessert sejuk adalah puding dan dessert panas seperti cookies, kek cawan, brownies atau candy meringue. Bergantung pada citarasa seseorang.” jelas Ann Layli. Nasib malam tadi dia membuat sedikit carian di Google. Boleh lah dia menjawabnya. Kalau tidak jenuh juga. Rasanya Rafidah di depan ini bukan calang-calang orang apabila melihatkan sijil-sijil serta piala yang ada dipamerkan di rak bahagian belakang biliknya itu.

“ Sebenarnya kedai saya ni lebih mengutamakan pembuatan kek, cookies dan beberapa jenis dessert serta pastries. Selain tu, kita juga menyediakan door gift berasaskan kek, pastries dan dessert untuk pelanggan. Insha Allah dalam waktu terdekat ni, saya juga bercadang nak tambah perkhidmatan bouquet gift memandangkan permintaan terhadap perkhidmatan tersebut tinggi. Buat masa ni saya memang kekurangan kaki tangan untuk menguruskan kedai sebab saya sendiri sibuk menguruskan kelas masakan saya.Jadi, saya memerlukan kakitangan yang mencukupi untuk memenuhi kekosongan jawatan tersebut.” ujar Rafidah. Dia menarik nafas dalam sebelum melepasnya perlahan. Berfikir sejenak sebelum kembali tersenyum pada Ann Layli dihadapannya.

“ Ya, saya tahu.”

“ Okey, disebabkan kedai saya yang memerlukan sangat tenaga kerja jadi saya terima awak kerja dekat sini. Gaji permulaan sebanyak RM 1500 tidak termasuk elaun, kerja lebih masa dan insentif. Selepas tiga bulan, kita akan tingkatkan bayaran bergantung pada prestasi kerja awak. Kalau awak setuju boleh baca terma dan syarat serta tandatangan persetujuan.” ucap Rafidah. Dia menghulur sehelai kertas dan sebatang pen ke arah Ann Layli.

Ann Layli teruja dan sedikit terkejut. Namun, dia sangat bersyukur yang dia telah mempunyai pekerjaan. Wajahnya semerta membias riak gembira.

Pen dan kertas dicapai. Ann Layli menurunkan tanda tangannya di situ. Penuh semangat dan keyakinan yang tinggi.

Yeay, kerja sudah dapat!

Tunggu dapat gaji pertama dan dia akan berpindah keluar dari rumah Hani Wardah. Itu harapannya. Harapnya semua akan cepat selesai.

Menarik nafas lega Ann Layli menguntum senyum lalu menyerahkan kembali pen dan kertas tadi kepada Rafidah.

“ Terima kasih Kak Fid. Bila saya boleh mulakan kerja?” soal Ann Layli.

Wajahnya ceria dan gembira. Malahan nampak ketidaksabarannya di situ. Sungguh murah bibirnya hari itu dek senyuman. Kalau tidak kemain susah nak tersenyum serupa ada jongkong emas dalam mulut.
“ Kalau awak mahu, esok dah boleh start.” balas Rafidah.

Ya, Rafidah juga sangat gembira kerana pencarian pekerjanya juga sudah tamat. Tidak perlu lagi dia sakit kepala memikirkan pekerjaan yang tertangguh dan tak siap akibat kekurangan tenaga pekerja. Serasa separuh dari bebanannya hilang.

“ Betul ke Kak Fid? Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi.” Sengihan di pinggir bibir Ann Layli bertambah merekah.

Ya, sungguh dia gembira. Penantiannya selama beberapa minggu ini termakbul juga.

“ Oh, boleh saya tahu waktu bekerja pukul berapa? Attire pulak macam mana? Hmm.. ada waktu rest jugakkan? Maksud saya rehat untuk solat.” soal Ann Layli lagi. Hampir dia terlupa untuk bertanyakan hal tersebut.

Rafidah membetulkan duduk. Dia tersenyum pada Ann Layli. Sungguh dia suka akan gadis itu kerana teringat waktu untuk bersolat. Selain kelihatan sangat sopan dengan pemakaian yang bertutup dan longgar.
“ Kedai kita akan buka dari pukul 9 pagi hingga pukul 9 malam. Isnin hingga Ahad waktu beropersi kecuali Jumaat. Jumaat kita tutup sebab ada seorang pekerja lelaki saya berkerja sebagai runner. Jadi saya berikan dia cuti untuk mudahkan urusan solat Jumaat dia. Waktu bekerja dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.” Rafidah memberi ringkasan.

“ Jom, saya kenalkan awak dan Zara. Pekerja saya yang lagi dua orang sedang bercuti kecemasan. Anis dan Zura.” ajak Rafidah.

Dia bangun dari duduk mengajak Ann Layli keluar dari biliknya untuk bertemu Zara.

*********

“ Zara, boleh tolong akak tak?”

Tidak mengangkat kepala kerana masih ralit melorek coklat di atas potongan brownies Zara tetap bertanya.

“ Ya kak, tolong apa tu?”

Ann Layli menarik kerusi di sebelah Zara lalu melabuh duduk di situ. Hari itu hari keduanya bekerja di situ setelah di terima bekerja di kedai pastry dan kek tersebut. Tangannya mengambil satu beg piping krim berinti coklat yang sederhana besar lalu melorek garisan berbentuk daun ke atas sebiji lagi brownies yang sama seperti Zara.

“ Akak nak cari bilik sewa. Zara tahu tak mana-mana bilik untuk di sewa?”

“ Akak duduk mana sekarang?”

“ Buat sementara waktu akak duduk dengan kawan akak tapi dia dah berkahwin. Akak segan dengan suami dia. Jadi akak nak cari bilik sewa.” tutur Ann Layli.

Meletakkan piping beg krim coklat ke atas tray, Zara membuang pandang ke arah Ann Layli yang masih tekun melorek brownies dihadapannya. Tangannya di bawa menongkat ke dagu sambil memerhati wajah Ann Layli dekat.

“ Kenapa pandang akak macam tu?” soal Ann Layli apabila perasan tindakan Zara tersebut. Tangan yang memegang piping beg tu terhenti di atas angin. Berkerut dahi Ann Layli menyapa pandangan pelik Zara.

Menggeleng, Zara kemudian tersenyum sendiri.

“ Tak ada apa..saja. Akak ni cantiklah. Mata akak tu warna hazel ek! Jarang Zara jumpa orang mata macam akak. Akak ni ada mix ke?”

Terkekeh Ann Layli lalu menyambung semula kerja melorek brownies bersaiz loyang 9 inci itu sehingga siap. Piping beg kemudian diletakkan ke atas tray. Menarik bekas berisi kepingan badam, dia menabur rawak ke sudut hujung brownies di empat-empat penjuru. Kemudian, piping beg yang creamnya berwarna merah diambil dan mula menulis perkataan selamat hari lahir.

“ Betulkan akak! Jawablah kak.” Zara menggesa sambil menggoncang sedikit bahu Ann Layli.

“ Eh, janganlah Zara. Akak tengah menulis. Karang comot pulak tulisan ni.” tegah Ann Layli. Tangan kanannya yang memegang piping beg tu diangkat menjauhi brownies bar tersebut. Bimbang krim tadi tercalit dan mencomotkan permukaan brownies yang lain.

Zara terkekeh melihat gelagat Ann Layli. Tangannya sengaja di acah-acahkan ke arah Ann Layli lagi mahu mengusik wanita itu.

“ Itulah siapa suruh tak nak jawab. Cepatlah kak. Akak mix anak arab ke?”

Tak berpuas hati Zara masih dengan kedegilannya untuk bertanya.

“Sekejap-sekejap. Bagi akak habiskan menulis dulu. Karang tak pasal kena reject dengan customer.” ujar Ann Layli lalu menyambung menulis ucapan hari lahir di atas brownies tadi.

“ Cepatlah akak bagitahu,” gesa Zara apabila melihat Ann Layli sudah menolak plating kek ke tepi.

“ Mana ada kacukan. Mak ayah akak orang melayu tulen la. Original orang Malaysia. Pemegang identiti kad negara Malaysia. Bangsa.. Melayu!” nafi Ann Layli. Dia tergelak melihat riak wajah Zara yang tak percaya itu. Dari kecil dia sudah biasa dengan persoalan sebegitu. Sudah lali. Ramai yang mengatakan dia adalah anak kacukan memandangkan ras wajahnya yang saling tak tumpah seperti bangsa Arab. Dulu, dia sendiri tidak percaya dengan cakap-cakap orang. Tapi, apabila mak dan ayah menceritakan identitinya barulah dia mengetahui. Itupun ketika dia mahu bernikah dengan Muqri yang memerlukan wali untuk pernikahannya. Hari ini, Zara pula antara orang yang bertanya tentang ras wajahnya. Tetapi sengaja dia tidak memberitahu cerita sebenar. Lagipula sehingga ke saat ini dia tidak pernah bertemu dengan kedua ibu bapanya. Walaupun menurut Puan Hasnah, yang ibunya sudah meninggal ketika dia dilahirkan lagi. Dia pernah tertanya-tanya siapakah bapa kandungnya. Malah cuba mengimbau bagaimana rupa lelaki yang melahirkan dia ke dunia. Namun, semuanya menjadi sia-sia. Dan saat itu, dia tidak lagi mahu mengetahui dan bertanya tentang bapanya yang mempunyai nama yang sama dengan bapa angkatnya si Zahid. Cukuplah dia hidup bersederhana daripada dilimpahi kekayaan orang tua.

“ Tak percayalah. Muka akak memang lain dari muka orang melayu. Mustahil la tak ada mix dengan bangsa lain. Musykil betul la Zara dengan akak ni.” getus Zara lalu menarik beberapa candy stik yang berada dalam bakul lutsinar di atas meja itu. Dia mula melilitkan reben pink dan biru di batang candy. Cantik dan sangat menarik hasilnya.

“ Betul akak tak tipu. Zara ni..akak tanya dia pasal bilik sewa dia sibuk hal lain pulak.” getus Ann Layli. Sengaja dia tayang wajah cemberut di hadapan gadis itu.

Menarik sengih Zara tayang giginya yang cantik tersusun. “ Nanti Zara try tanya kawan Zara.”

“ Thanks Zara. Tapikan..kalau boleh cepat tau. Akak urgent nak cari bilik sewa tu.”

“ Baik kak. Zara cuba secepat mungkin. Akak jangan risau kay!” janji Zara seraya mengangkat tangan separas bahu tanda berjanji.

Ann Layli mengangguk senang. Selagi tidak mendapat rumah atau bilik sewa selagi itulah dia berasa risau. Tetapi selepas berbual dengan Zara, separuh dari perasaan itu hilang dari fikirannya.

Ann Layli menyambung semula dengan kerja-kerja yang tergendala tadi. Menyusun brownies yang telah siap ke dalam kotak dan mengikatnya dengan riben yang cantik lalu menyimpan ke dalam chiller. Menunggu pelanggan yang sudah menempah untuk mengambilnya.

***********

“ Assalamualaikum!” laungan salam di beri di hadapan rumah berkembar itu.

Selepas Hasnah, Zahid pula memberi salam itu. Tidak ketinggalan Benz Fahri juga.

“ Tak ada orang dekat rumah ni. Kenapa semalam awak tak telefon dekat manja bagitahu kita nak datang?” ujar Zahid.

Hasnah menggaru kepalanya yang tak gatal lalu tersengih.

“ Saya lupa. Sekejap saya cuba telefon dia.” Hasnah mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor Ann Layli.

Beberapa saat menanti jawapan tidak juga berangkat panggilan itu membuatkan Hasnah berdecak geram.

“ Telefon pun tak angkat bang. Macam mana?”

Zahid melilaukan pandangannya lalu teringat akan rumah Zen Huzaini di sebelah.

“ Apa kata kita pergi ke rumah Ajai?”

“ Siapa tu?” soal Benz Fahri.

“ Ajai tu bekas kekasih dia. Kalau tak silap pakcik rumah dia di sebelah ni.” ujar Zahid sambil jari ditudingkan ke arah rumah sebelah lalu mata Benz Fahri ikut tertuju ke sana.

Benz Fahri mengangguk dengan senyuman.

“ Jom kita ke rumah dia tanya. Mungkin dia tahu Puteri dekat mana?”

“ Itulah..pak cik pun rasa macamtu. Mungkin dia tahu manja dekat mana. Sebab isteri dia kawan baik dengan manja juga.” tokok Zahid.

Mereka bertiga bergerak ke rumah Zen Huzaini di sebelah.

Benz Fahri memberi salam di hadapan rumah itu. Beberapa kali memberi salam tuan rumahnya keluar ke ruang hadapan.

Sebaik menghampiri pintu pagar wanita itu sedikit tercenggang melihat orang yang dia kenali.

“ Tu–tuan!”

“ Puan Hani?”

Kedut berlapis di kedua dahi mereka. Tidak dapat mencerna suasana. Pandangan mereka juga menjadi pelik namun suara dari belakang membuatkan keduanya berpaling.

“ Kamu kenal ke dengan puan ni Ben?” soal Hasnah. Sedikit pelik apabila melihat Benz Fahri seakan saling mengenali dengan isteri Zen Huzaini itu.

“ Ya makcik. Saya kenal dengan puan Hani. Dia setiausaha abang saya dekat ofis.” ujar Benz Fahri dengan senyuman.

Hani Wardah turut mengangguk mengiakan kata-kata Benz Fahri.

“ Kenapa tuan?” pandangannya di tala ke arah majikannya di hadapan sebelum beralih semula kepada Hasnah dan Zahid yang merupakan ibu bapa Ann Layli.

“ Eh, mak cik pak cik bila sampai?” soal Hani Wardah. Walaupun baru sekali saja dia bertemu ketika majlis pengebumian wanita itu, dia masih mengenali wajah orang tua tersebut.

Tangan Hani Wardah terhulur memberi salam kepada Hasnah.

“ Baru sampai je.” jawab Hasnah dengan senyuman menyambut huluran wanita yang bertudung ayu itu.

“ Saya tak tahu ini rumah awak. Saya bawa mak cik dan pak cik ni nak jumpa anaknya yang nama Ann Layli yang duduk di sebelah tu. Berapa kali dah kita orang panggil tapi tak ada respon. Tahu dia ke mana? Sebab mak cik dan pak cik ada urusan family sikit." terang Benz Fahri setelah keadaan reda.

Hani Wardah mengalih pandangan terhadap lelaki itu. Sedikit tertanya di dalam hati apa kaitan lelaki kacak yang menjadi kegilaan gadis dan wanita di ofis mereka itu dengan kedua ibu bapa Ann Layli. Saudarakah?

“ Oh, kalau macam tu masuklah dulu. Kita berbual dekat dalam. Lagipun panas ni. Kesian dekat pak cik.” ajak Hani Wardah menjemput tetamu.

Benz Fahri mengangguk lalu mengajak Hasnah dan Zahid bersama. Benz Fahri menyorong kerusi roda Zahid masuk ke dalam rumah diikuti Hasnah di belakangnya.

“ Jemputlah duduk.” pelawa Hani Wardah.

“ Terima kasih.” balas Benz Fahri. Duduk dilabuhkan ke atas sofa satu. Seketika dia memerhati ruangan tamu tersebut.

Kemas dan susun atur ruangannya simple membuatkan tetamu merasa selesa dan santai.

Hani Wardah turut melabuhkan duduknya di sebelah Hasnah.

“ Makcik sihat? Pakcik apa khabar?” soal Hani Wardah berbahasa.

“ Alhamdulillah sihat.” balas Hasnah dengan senyuman.

“ Maaf kedatangan kami menganggu Puan Hani. Kebetulan kami ke rumah Ann Layli tapi rumah berkunci. Puan Hani tahu ke dia ke mana?” soal Benz Fahri. Terus saja dia bertanya kepada Hani Wardah.

“ Oh, rasanya Ann belum balik kerja tu. Biasa dia akan balik pukul 7 petang.”

“ Oh, Ann dah kerja ya? Mak cik tak tahu pula dia dah kerja. Bertuah punya anak tak ada nak bagitahu. Haihh..” Hasnah melepas keluh.

Matanya di hala ke arah sang suami lalu menggeleng. Sedikit terkejut mendapat perkhabaran tentang anaknya. Zahid sekadar diam tidak berkata apa-apa.

Sepatutnya semalam lagi mereka ke situ tetapi memandangkan suaminya Zahid tidak sihat terpaksa mereka menunda kedatangan mereka.

“ Dia lupa la tu mak cik. Dia baru je mula kerja dua hari lepas.” beritahu Hani Wardah.

“ Mungkin la tu. Makcik lama dah tak bertelefon dengan dia. Bukan apa, sibuk uruskan pakcik sampai terlupa. Lagipun line telefon dekat rumah tu susah sikit nak dapat. Maklumlah kawasan hujung kampung.”

“ Oh lupa pula saya, makcik pakcik dan tuan duduk dulu sekejap. Saya buatkan air. ”

Lembut tangan Hasnah ditepuk lalu Hani Wardah bangun dari duduk bersedia mahu ke dapur.

“ Eh tak perlu susah-susah. Kami nak balik dah. Lagipun kami ada urusan lain. Nanti makcik datang lagi.” ujar Hasnah.

Lengan Hani Wardah sempat dicapai dari berlalu pergi. Terhenti seketika wanita itu dari menapak dan memandang tamunya.

“ La iya ke! Kalau macam tu tak apalah. Nanti saya beritahu Ann makcik datang.”

“ Baiklah. Terima kasih Hani. Kami minta diri dulu.” ujar Zahid.

“ Sampaikan salam pakcik pada suami kamu.”

“ Insha Allah pakcik.” balas Hani Wardah.

“ Minta maaf la Hani sebab kami datang tak beritahu. Susahkan Hani saja. Jom Ben.” ujar Zahid seraya mengajak Benz Fahri pulang.

Hasnah di sisi Hani Wardah turut mengangguk. Terasa menyusahkan orang pula dengan kedatangan mereka.

“ Tak apa makcik pakcik. Tak ada masalah pun. Senang-senang nanti jemput lagi ke mari. Tak sempat saya nak berbual dengan makcik lama-lama.” timpal Hani Wardah pula bersama senyuman manis.

“ Insha'Allah ada rezeki makcik datang. Boleh Hani pesan pada Ann suruh dia telefon makcik bila balik kerja nanti. Ada hal mustahak makcik nak beritahu dia.” pesan Hasnah semasa bersalaman dengan wanita itu. Bahu Hani Wardah ditepuk lembut.

“ Baik makcik. Nanti saya sampaikan pesan pada Ann.”

“ Saya pulang dulu Puan Hani.” ujar Benz Fahri pula.

“ Ya, sure.” balas Hani Wardah sedikit mengangguk tanda hormat.

Hani Wardah menghantar pulang tetamunya sehingga ke pagar. Sempat juga memerhatikan kelibat kereta Toyota Alphard majikannya bergerak sehingga hilang dari pandangan.

Mereka bertiga akhirnya bergerak pulang tanpa sempat bertemu dengan Ann Layli.

***********

sorry lambat update.. idea stuck and jammed. tq yg still tunggu WL updated. Tq jgk pada yg komen, rates n view. Welcome new follower too! Tanpa anda siapalah saya,, (⁠◠⁠‿⁠◕⁠) harap terhibur semua.. with love,, WL (⁠✿⁠^⁠‿⁠^⁠)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience