Bab 9

Romance Series 77048

“ Ben bangun!” lengan si anak lelaki yang sedang elok lena itu di goyangkan. Sekilas mata Puan Ruhana melihat jam dinding yang tersangkut dalam bilik anak bujang tu. Enam setengah pagi.

Dengan sekali goyangan, Benz Fahri terjaga. Dia menggeliat seperti anak kecil yang polos lalu bangun duduk. Wajah si bonda di depan ditatap dengan penuh kebahagiaan. Dia tersenyum manja. Tangan naik mengusap wajah lalu menyauk rambut depan yang separas mata ke belakang.

“ Bangun Ben, bonda ada appointment hari ni. Kejap lagi Ben pun nak kena bersiap pergi ofis kan!” ujar Puan Ruhana sekali lagi. Pipi Benz Fahri ditepuk manja.

“ Ai ai mam. Ben siap kejap bonda. Nanti kita pergi. Bonda nak Ben teman bonda sampai selesai ke?” soal Benz Fahri sambil meregangkan otot badan. Dia pusing tubuh kiri dan kanan. Terdengar bunyi tulang pinggangnya berlaga. Lega.

Penat petang semalam tak hilang lagi kerana dia terlalu seronok berentap dengan Jerry bermain tennis. Almaklumlah dah lama tak berjumpa dengan BFF merangkap sepupu paling rapat itu. Tapi apakan daya, dia dah janji dengan si kakak iparnya merangkap kakak satu ayah untuk masuk ke ofis hari ini. Sudah sebulan dia balik dari London dan berjanji pada suri hati si abangnya untuk masuk kerja di Khazanah Berhad.

“ Tak payah. Hantar aje bonda. Ben lupa ke nak kena masuk ofis Abang Megat hari ni? Dah berapa kali Kak Lia tanya bonda suruh ingatkan Ben.” Puan Ruhana geleng kepala. Dari semalam dia sudah ingatkan Benz Fahri tentang urusan kerja itu.

“ Ye, Ben tak lupa bonda. Tapi bonda kan tanggungjawab Ben. Selesai urusan bonda Ben masuk la ofis. Nanti Ben bagitahu dengan Kak Lia dan Abang Megat tu.” meleret-leret jawapan Benz Fahri.

Kaki dah melangkah turun dari katil. Mencapai tuala mandi dia menghilang ke dalam bilik air. Tak sempat Puan Ruhana nak berkata apa lagi. Sudahnya dia hanya geleng kepala dan melangkah keluar dari bilik anak bujang tu.

Usai solat dan berpakaian kemas Benz Fahri mencapai tali leher yang tersadai atas katil lalu disangkut ke atas bahu. Dia mahu bonda yang mengikatkan untuknya. Setelah melihat diri pada pantulan cermin dinding dan berpuas hati dia turun ke bawah.

Wangian English Peer & Freesia by Jo Malone itu meruap ke serata ruang dapur apabila figura kacak Benz Fahri turun dari anak tangga. Kesemua anak mata yang berada di meja makan itu berpaling pandang melihat anak muda tersebut. Wajah kacak dan segarnya menghiasi ruang pandangan.

“ Bonda tolong pakaikan tie ni!” ujar Benz Fahri menonong ke arah Puan Ruhana sambil angkat tie hitam belang biru di raja di tangannya.

Puan Ruhana geleng kepala. “ Kenapa tak pakai sendiri? Dah besar gajah pun nak suruh bonda lagi.” tak sudah Puan Ruhana ambil juga tie di tangan si anak bujang tu lalu melilit pada leher baju kemeja Benz Fahri.

“ Ben nak ambil berkat dari bonda sebab tu suruh bonda pakaikan. Semoga hari pertama bekerja ni membawa seribu rahmat untuk Ben dan seluruh keluarga kita.” ucap Benz Fahri dengan semangat bersama senyuman lebar.

“ Okey siap. Suits you well.” Puan Ruhana tepuk bahu Benz Fahri lembut setelah mengemaskan ikatan tali leher itu.

“ Ben love you bonda. Thank you very much queenly.” Benz Fahri kenyit mata lalu cium ke dua pipi Puan Ruhana. Itu kelaziman pada caranya menyantuni si ibu dengan penuh hemah dan kasih sayang yang tiada taranya. Kerana seluruh bahagianya ada pada syurga itu.

“ Turun dah pun putera kayangan ni! Lama sangat bersiap mengalahkan perempuan.” usik Sharifah Julia dengan mata melirik pada Benz Fahri sebaik dia masuk ke ruang makan itu sambil menatang talam berisi teko kopi.

Sharifah Julia meletakkan teko kopi di tengah meja. Dia berdiri di tengah-tengah tubuh dua orang lelaki kesayangannya itu. Dengan berhati-hati Sharifah Julia menuang air bancuhan kopi ke dalam cawan milik suaminya Megat Bakhtiar.

“ Sorry. Ambik mood dulu before turun padang.” sengih Benz Fahri dengan menampakkan barisan giginya yang putih dan tentunya elok tersusun menambahkan lagi kekacakkan sedia ada.

Benz Fahri menyinsing lengan kemeja baby bluenya hingga paras siku sebelum duduk di sebelah Puan Ruhana dan laju saja mencapai waffle vanilla yang berinti peanut butter dalam pinggan abangnya si Megat Bakhtiar. Ya, Megat Bakhtiar itu adalah abang kandungnya yang seibu dengan Puan Ruhana namun berlainan bapa. Manakala dia juga sekandung dengan Sharifah Julia yang sebapa tetapi berlainan ibu.

“ Sorry abang. Thank you Kak Lia.” dia angkat tangan tanda sorry pada Megat Bakhtiar kemudian mengenyit mata pada Sharifah Julia di sebelah kanannya. Sharifah Julia tersengih memandang kelaku adik bongsu berlainan ibu dengannya itu.

“ Sibuk je kau ni. Perangai tak pernah berubah. Suka sangat ambik abang punya.” rungut Megat Bakhtiar sambil menepuk tangan anak muda itu geram. Matanya tajam memandang Benz Fahri.

“ Alah bukannya luak pun. Suruh Kak Lia buat banyak-banyak lepas tu makan sampai buncit biar abang tak hensem dah. Kan Kak Lia.” kutuk si adik bongsu itu sambil dia angkat kedua kening ulang-ulang dengan sengih menyakat pandang muka abang dan kakaknya silih ganti.

“ Sudah-sudah. Depan rezeki nak bercakau. Ben cepat makan. Lepas tu kita boleh gerak dah. Bonda ada appointment dengan Dr. Anis hari ni. Lambat sampai susahkan doktor tu pulak.” Puan Ruhana masuk campur bila tengok anak-anak di depan macam tak ada gaya nak berhenti. Mengusik sesama sendiri.

Megat Bakhtiar juih mulut pada si adik. Suaranya perlahan berbisik pada Benz Fahri. “ Serve your right.”

“ Abang.”

“ Tiar.”

Serentak suara Puan Ruhana dan Sharifah Julia memanggil Megat Bakhtiar.

Dan Benz Fahri terkekeh ketawa pandang abangnya semula. Turut tak mahu kalah dalam perang mulut depan meja makan itu dia kemudian bingkas bangun lalu tunduk rapat ke telinga abangnya kemudian berbisik pada Megat Bakhtiar.

“ Serve you right.”

Setelah itu, laju kakinya berlari meninggalkan meja makan itu. Suara jantan Benz Fahri berdekah membuatkan Megat Bakhtiar bertambah cemberut.

“ Benz Fahri.”

“ Adik.”

Sekali lagi serentak suara Puan Ruhana dan Sharifah Julia bergema. Geleng kepala dua beranak itu dengan gelagat keanak-anakkan antara Megat Bakhtiar dan Benz Fahri. Yang seorang dah berumur lewat 30 an yang seorang lagi pula dah 20an masih bersikap keanak-anakkan. Saling menyakat saling berebut tak kira tempat dan waktu.

“ Bonda pergi dulu Lia, Tiar.” Puan Ruhana turut bangun dan mencapai beg tangannya di kerusi sebelah apabila mendengar laungan suara Benz Fahri di depan pintu memanggilnya.

Sharifah Julia bangun berdiri lalu bersalaman dengan ibu mertuanya merangkap ibu tirinya itu. Ayahnya Syed Fathullah berkahwin dengan Puan Ruhana setelah isteri pertamanya ibu kepada Sharifah Julia meninggal ketika dia berumur 5 tahun kerana menghidap kanser rahim. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki di beri nama Benz Fahri. Manakala Megat Bakhtiar adalah anak Puan Ruhana dari perkahwinan pertamanya dengan Megat Bakri yang juga telah meninggal dunia sebelum Puan Ruhana bernikah dengan Syed Fathullah.

“ Hati-hati bonda. Selesai nanti bonda call Lia ye.” ujar Sharifah Julia sambil mencium dan memeluk Puan Ruhana.

“ Betul tu bonda kalau apa-apa call Tiar jugak.” ucap Megat Bakhtiar pula. Kedua suami isteri itu turut menghantar Puan Ruhana sehingga ke depan pintu utama. Kemudian, Puan Ruhana berlalu mendapatkan Benz Fahri yang sedang menantinya di pintu kereta.

“ Abang tak balik makan tengah hari ni. Ada meeting dengan consultant Emas Trading. Lia makan dengan anak-anak je nanti. Apa-apa abang akan inform Lia if have any replacement. Abang kena gerak dah ni. Lagipun nak introduce si Ben tu pulak.” ujar Megat Bakhtiar setelah bayangan kereta Benz Fahri hilang dari pandangan layar mereka suami isteri. Beg bimbit dia capai dari atas bench chair di ruang utama itu. Tangan dia hulur pada isteri.

“ Okey. Have a nice day abang.” Sharifah Julia menyambut tangan suaminya lalu dikucup mesra. Tak lupa juga ciuman di pipi sebagai tanda memberi semangat buat suaminya.

Megat Bakhtiar tersenyum senang. Dia bertuah kerana di anugerahi seorang isteri yang cukup sempurna seperti Sharifah Julia. Wanita itu pandai membawa diri dan penuh keyakinan walau di mana pun dia berada.

“ Tapi before Lia lupa, Lia nak bagitahu abang yang Lia kena pergi sign kontrak dengan Majalah Rasa pukul dua setengah petang. Minggu depan diorang dah start nak shooting untuk slot Ramadan.” ujar Sharifah Julia meminta izin.

“ Oh hari ni ke?” soal Megat Bakhtiar. Dia hampir terlupa.

“ Ye, abang.” sengih Sharifah Julia.

“ Okeylah kalau macam tu. Nanti abang suruh Dhani hantar dan ambil Lia. Hati-hati. Peluk cium abang untuk Aery dan Aedy.” balas Megat Bakhtiar.

Sharifah Julia angguk dan senyum setelah menunggu Megat Bakhtiar keluar dari pintu utama dan menghala ke arah Mercedes-Benz s580e metaliknya itu.

*************

Wajah Ann Layli kelihatan gusar sebaik masuk ke dalam kereta Toyota Yarris milik Hani Wardah membuatkan si tuan punya kereta itu hampir melatah kerana hempasan pintu kereta itu berbunyi dengan agak kuat. Hampir saja gugur jantung Hani Wardah di buatnya.

“ Kenapa Ann? Kalut semacam je pagi ni. Rileks la. Jangan kelam kabut.”

“ Ann risau la kak. Betul ke ni Ann dapat temuduga kerja dengan Khazanah Berhad? Macam tak percaya je.” ucap Ann Layli. Dalam masa yang sama dia begitu teruja.

“ Breath Ann. Calm down. Take a deep breath. " atur Hani Wardah memandang Ann Layli yang bermain dengan jari nya di atas riba. Saling menggenggam erat kedua tapak tangan yang sudah berpecah peluh itu.

Ann Layli mengikut saranan dari Hani Wardah sehinggakan dadanya sudah kembali ke rentak asal. Tenang. Ann Layli tersenyum nipis kemudiannya.

“ Ann tak mimpi. Ini realiti. Kejap lagi kita sampai Ann perform sehabis baik masa sesi interview tu. Insha Allah ada rezeki Ann nanti. Akak doakan yang terbaik untuk Ann. Don't worry dear.” pujuk Hani Wardah sambil menepuk kekura tangan Ann Layli memberi semangat. Dia tahu Ann Layli terlalu panik sehingga sukar mengawal pernafasannya dengan baik.

Masakan tidak Ann Layli boleh panik sebegitu kerana sebaik saja dia tamat persekolahan di tingkatan enam dia tak pernah bekerja di mana-mana syarikat pun. Malah tak pernah dia bermimpi dapat pengalaman pergi temu bual kerja. Ini kali pertama. Sudahlah begitu dia juga tak terfikir yang dia akan pergi interview di syarikat gergasi yang namanya tersenarai dalam bursa saham negara itu.

“ Terima kasih akak. Banyak sangat akak tolong saya. Tak tahu macam mana nak balas.”

“ Tak payah balas Ann. Dapat berkawan dengan Ann pun akak dah bersyukur dah. Anggap je pertolongan akak ni ikhlas sebagai tanda persahabatan kita.” balas Hani Wardah riang.

Ann Layli angguk. Perlahan-lahan dia tanamkan kata-kata azimat di dalam hati. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan kosong seperti yang di beritahu Hani Wardah sebelum ini. Dia sudah tekad ingin mengubah nasib dirinya. Walaupun sehingga kini dia belum mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik dalam rumah tangganya bersama Muqri.

“ Suami Ann tahu ke Ann ikut akak ni. Tahu tak Ann pergi interview?” soal Hani Wardah semula.

“ Err.. Dia tak tahu kak. Lagipun masa Ann keluar tadi dia tidur lagi. Kesian nak kejut dia sebab dia balik lewat semalam. Lagipun hari ni dia cuti. Tapi Ann dah tinggalkan notes untuk dia.” sengih Ann Layli.

Dia memang takut mahu mengejutkan Muqri dari tidur kerana takut di halang lelaki itu. Malah berkemungkinan Muqri akan naik hantu memarahi dan memukulnya seperti sebelum-sebelum ini. Dia nekad mahu menyembunyikan perkara ini sehingga dia dapat pekerjaan itu nanti. Sekurang-kurangnya Muqri tak boleh menghalang jika dia sudah bekerja kerana pasti lelaki itu gembira kerana dia tak perlu memberi wang lagi buat si isteri.

“ Okeylah kalau macam tu. Tapi nanti Ann nak balik macam mana? Akak terus masuk ofis nanti.” tanya Hani Wardah dengan prihatin. Risau pula dia pada wanita itu.

“ Tak apa kak saya naik grab je. Lagipun saya ingat habis interview saya nak singgah ke bakery sekejap. Nak beli barang buat scones dan cream puff.” beritahu Ann Layli. Dia tersenyum nipis pada Hani Wardah yang sedang memandu itu. Wanita itu angguk tanda mengerti.

“ Ann pandai buat scones dan cream puff?” teruja Hani Wardah mendengarnya. Sudah lama dia mengidam mahu merasa cream puff yang enak tetapi belum pernah dia menjumpai dengan seleranya.

“ Pandai tu tak lah kak. Ann amatur je. Bolehlah takat nak lepas kat tekak kalau teringin tu.” Ann Layli tersipu malu. Dia hanya membuat dessert itu sebagai hobi di kala kebosanan melanda.

“ Kalau macam tu nanti Ann buatkan untuk akak ye. Akak order dengan Ann. Akak nak banyak tau. Nanti nak bawak pergi ofis bagi kawan-kawan akak rasa. Boleh kan?” pesan Hani Wardah.

Ann Layli angguk dengan senyuman.“ Insha Allah. Nanti Ann buatkan untuk akak.”

**************

Setelah membawa Puan Ruhana menemui doktor pakar mata Benz Fahri terus menuju ke Syarikat Khazanah Berhad. Usai parkir Mazda 6 berwarna putih di petak vvip itu Benz Fahri melangkah dengan penuh gaya menuju ke pintu masuk. Dia di sambut dengan senyuman paling manis oleh beberapa orang staf di bahagian depan pejabat itu.

Benz Fahri melajukan langkah ke arah lift apabila Tissot di tangan di kering sekilas. Sudah lima belas minit dia terlambat. Pasti Tuan Ceo dan staf yang lain sedang menantinya. Dalam keadaan yang buru-buru itu dia terlanggar seorang gadis yang kebetulan juga mahu keluar dari kotak lift tersebut.

“ Auch!” mendengus gadis itu sebaik bahunya dilanggar. Habis bertaburan fail dan dokumen di tangannya jatuh ke lantai. Gadis itu mengeluh dan tunduk mengutip barangannya.

“ Allah, sorry! My bad. Sorry sangat-sangat. Cik okey ke?” Benz Fahri pandang wajah gadis di depan yang tertunduk mengutip segala fail dan dokumennya. Tak mahu rasa bersalah, dia juga turut melutut dan membantu mengutip kertas-kertas tersebut.

Gadis di depan yang berbaju kebaya labuh berwarna kuning langsat berserta tudung bawal berwarna caramel itu sungguh ayu dan sopan namun masih berdiam tak berkata sepatah pun. Hanya gerakan jarinya yang lincah meneruskan gerakan mengutip barangannya membuatkan Benz Fahri ralit memerhati.

Pesona gadis itu betul-betul menganggu ketenangan pandangannya. Seolah-olah masa bagaikan terhenti dan Benz Fahri masih ralit memandang si gadis. Bauan fruity dari tubuh yang hampir dengannya juga membuatkan naluri Benz Fahri terusik. Seperti dejavu yang pernah dia alami.

Seketika bunyi dentingan lift di depan membuyarkan lamunan Benz Fahri. Dan pantas dia dongak kepala mencari figura gadis itu namun telah hilang dari pandangan.

“ Like a fairytale!” desis Benz Fahri. Dia akhirnya bangun berdiri dan masuk ke dalam lift bersama satu perasaan yang sukar di gambarkan. Dadanya masih berombak kencang dan berdebar-debar.

Punat lift dia tekan pada angka dua puluh dan sebaik pintu itu tertutup laju saja lift itu bergerak ke destinasinya. Ketika tiba di tingkat 20 pintu lift terbuka dan Benz Fahri segera melangkah ke arah kaunter di bahagian depan pejabat. Kelibat seorang gadis penyambut tetamu sedang tersenyum manis padanya lalu menyapa hormat dengan penuh tatasusila.

“ Assalamualaikum. Selamat datang ke Khazanah Berhad. Boleh saya bantu encik?” gadis yang bertag nama Jihan di dada itu menyambutnya.

“ Waalaikumsalam. Saya Benz Fahri. Tuan Ceo nak berjumpa dengan saya hari ini. Boleh saya masuk?” ujar Benz Fahri dengan senyuman nipis.

“ Dipersilakan encik. Tuan Megat dan yang lain-lain sudah lama menunggu di dalam.” balas Jihan teruja. Saat mengetahui jejaka kacak di depannya itu adalah Benz Fahri yang bakal menyandang jawatan Chief Operating Officer itu, Jihan tak habis-habis tersengih. Hatinya mekar bak bunga yang kembang setaman kerana jejaka itu sangat tampan.

Benz Fahri angguk lalu meminta diri terlebih dahulu.

“ Terima kasih Jihan.” ucap Benz Fahri sambil melirik tag nama staf itu sebelum kaki panjangnya di bawa melangkah laju ke arah bilik Ceo di depan. Sepanjang dia melalui meja-meja staf di bahagian itu dia perasaan yang mata kesemua staf abangnya sudah terbeliak melihatnya. Namun di biarkan saja mata-mata itu.

Bilik Megat Bakhtiar di ketuk beberapa kali sebelum mendapat arahan ringkas dari tuan punya badan di dalam. Sebaik pintu terbuka Benz Fahri menghadiahkan senyuman paling macho buat abangnya.

“ Assalamualaikum."

“ Waalaikumsalam. Kenapa lambat? Staf semua dah bersuarai sebab tunggu kau datang lewat.” soal Megat Bakhtiar dengan wajah serius. Pen di tangan diletak atas meja. Dia cuba memberi fokus kepada Benz Fahri di depan.

Benz Fahri mengeluh. Kaki di bawa melangkah ke arah Megat Bakhtiar yang masih bersandar di kerusi kerjanya lalu duduk di atas kerusi itu.

“ Jalan jem abang. Lagipun lepas jumpa Doktor Anis terus dia orang refer bonda ke bahagian xray pula. Sebab tu habis lewat.” Terang Benz Fahri satu persatu. Dia rasa bersalah kerana tidak punctual sedangkan hari ini adalah hari pertamanya bekerja di situ. Walaupun syarikat Khazanah Berhad itu merupakan syarikat milik keluarganya. Tetapi dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas keistimewaan dan kelayakan syarikat itu untuk dirinya.

Megat Bakhtiar mengeluh perlahan. Sedikit kecewa dengan sikap adiknya yang tak menepati masa. Tapi apakan daya semuanya berada diluar kawalan mereka. Dia pasti Benz Fahri juga turut kesal dengan masalah yang terjadi.

“ Can we proceed our small meeting with all members departments? Staf dah tak sabar nak jumpa you.” beritahu Megat Bakhtiar tenang apabila fikirannya kembali waras.

“ Yeah, surely.” balas Benz Fahri dengan senyuman nipis. Dia tidak mahu membuang waktu lagi. Baginya masa itu berharga.

Seketika Megat Bakhtir angkat ganggang interkom di atas mejanya setelah mendapat kata putus dari Benz Fahri yang dah bersedia mahu di kenali oleh semua staf dan jabatan di Khazanah Berhad itu. Usai menyatakan sesuatu pada suara di balik talian yang semestinya adalah PA Megat Bakhtiar lelaki itu bangun dari duduk dan menghampiri Benz Fahri.

“ Abang harap Ben tak sia-siakan tawaran Kak Lia ni. Abang sendiri masih belajar menguruskan Khazanah Berhad dengan baik. Ben kena ingat yang Khazanah Berhad adalah milik keluarga Kak Lia. Kita cuma menguruskan saja. Kita kena pastikan Khazanah Berhad terus teguh dan maju supaya Kak Lia tak akan kecewa dengan kita dan bonda. Ini adalah harapan Kak Lia dan babah.” nasihat Megat Bakhtiar pada si adiknya. Dia bangun dan menghampiri Benz Fahri lalu menepuk bahu lelaki itu lembut memberi semangat dan peransang.

“ Insha Allah. Ben akan buat yang terbaik. Ben akan pastikan impian babah dan Kak Lia tercapai. Ini juga amanah babah dulu. Ben tak akan sia-siakan peluang yang ada. Ben harap abang akan sentiasa ada untuk Ben. Beri Ben semangat dan kekuatan. Terima kasih kerana percaya pada Ben.” tubuh Megat Bakhtiar di peluk erat.

Tiba-tiba suasana suram itu di kejutkan dengan bunyi ketukan pintu. Lantas, Megat Bakhtiar memberi keizinan kepada tetamu di luar masuk. Terpacul Hani Wardah di balik pintu itu dan tersenyum kepada dua orang di depannya.

“ Tuan, shall we? Semua staf dah tunggu tuan dan Encik Benz di bilik mesyuarat Kenanga.” ujar Hani Wardah.

Megat Bakhtiar pandang Benz Fahri meminta persetujuan dan adiknya memberi anggukan tanda bersedia lalu mereka bertiga melangkah keluar menuju ke bilik mesyuarat Kenanga di bahagian sayap kiri syarikat itu.

Sebaik masuk ke bilik mesyuarat ke semua staf bangun memberi hormat kepada mereka bertiga. Tepukan gemuruh juga diberikan kerana meraikan ahli baru dalam mesyuarat kali itu. Benz Fahri melangkah dengan penuh hemah dan bergaya.

Megat Bakhtiar memberikan ucapan pembuka dan memulakan sesi mesyuarat mereka pada pagi itu. Setelah memberi sedikit taklimat dan membahas tentang masalah berbangkit pada minit mesyuarat yang lepas dia mula memperkenalkan Benz Fahri pada kakitangan dan ketua-ketua syarikat serta kepada semua pemegang saham syarikat. Rata-ratanya bersetuju dengan perlantikan Benz Fahri selaku ketua Pengurus Operasi mereka yang baru.

Kita bagi sikit je dulu intro Benz Fahri nii..hehehe Nanti kita update lagi yang suwit sawit tau.. Enjoy reading gais... Tq support WL (^o^) P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience