Bab 14

Romance Series 77048

“ Alolo geramnya acik!” Ann Layli cuit pipi montel baby Haifa yang sedang tidur dalam baby cot di tengah ruang bilik tidur itu. Sekejapan wajah comel bayi yang baru berusia lima hari itu diusap manja bahagian ubunnya. Wajah bayi yang masih kemerahan itu di tatap lama. Terasa perasaan sayang pada anak kecil itu menderu-deru mengalir dari jiwanya.

Seha sahabat baiknya di kampung tersenyum senang. Dia pasti, jika Ann Layli diberi kesempatan suatu saat nanti tentunya wanita itu bahagia di kurniakan seorang bayi perempuan yang comel serta cukup sifatnya. Dalam diam, dia turut mendoakan agar sahabatnya itu dikurniakan anak suatu ketika nanti.

“ Kan.. Aku geram tang pipi pau dia tu. Rasa nak gigit-gigit je.” tambah Akma pula. “ Kau mengandung dulu suka makan pau ke Seha?” soal Akma. Dia pandang Seha yang tersengih melihat telatah kedua sahabatnya yang sedari tadi geram dengan kecomelan baby Haifa.

“ Entah, tak ingat pulak aku. Tapi masa mengandung Haifa aku suka sangat tengok muka baby yang comel-comel dan bulat-bulat. Terkenan kut dekat anak aku ni.” balas Seha. Stokin kaki di betulkan letak duduk lalu menyandar pada dada katil.

Akma dan Ann Layli ketawa. Mereka begitu ralit melayan aksi si comel Haifa. Mata bayi itu walaupun terpejam rapat sekejap-sekejap dia akan menggeliat. Sekejap lagi dia akan menguap. Sekejap lagi mulutnya menyonyot seolah sedang menghisap puting susu.

“ Ann kau cepat tau timang baby. Aku nak tengok anak kau pulak. Mesti comel jugak macam si Haifa ni.” ujar Akma yang masih teruja mengusik pipi merah si comel Haifa.

“ Insha Allah nanti ada la rezeki tu. Korang sabar eh. Dapat je berita nanti aku terus bagitahu. Korang doakan aku sihat, murah rezeki dan panjang umur je.” balas Ann Layli dengan senyuman. Sebolehnya dia malas mahu memanjangkan isu yang paling sensitif ini. Tipulah kalau dia tak terasa, tapi kalau Allah belum nak memberi siapa dia untuk menyoal ketentuan itu.

“ Selalu Ann. Setiap waktu aku doakan kau.” Seha menambah. Bahu Ann Layli di tepuk manja memberi dorongan.

**************

“ Waalaikumsalam.” jawab Puan Hasnah. Terkocoh-kocoh dia menutup api masakan di atas dapur sebaik mendengar orang memberi salam. Laju dia berjalan ke muka pintu dan membukanya. Terpacul wajah Muqri di situ.

“ Mak.” tutur Muqri lantas meraih tangan ibu mertuanya bersalaman.

“ Kamu rupanya. Mak ingatkan Azman tadi. Bila kamu sampai?” soal Puan Hasnah.

“ Baru je mak. Ann mana mak?” tanya Muqri selepas tak nampak bayang isterinya menyambutnya di hadapan pintu itu. Kelihatan Muqri tertinjau-tinjau kawasan sekitar mencari Ann Layli.

“ Ohh, Ann pergi rumah Seha. Melawat Seha baru bersalin anak sulung. Masuklah dulu. Kejap lagi baliklah dia. Ann tak ada pulak bagitahu kamu nak balik. Nasib mak masak banyak hari ni.” cerita Puan Hasnah. Dia menjemput menantunya masuk ke dalam lalu mengekor Muqri sehingga ke ruang tengah dapur.

Muqri masuk ke situ dan duduk di atas kerusi kayu yang memang di sediakan emak mertuanya untuk tetamu duduk bersantai. Sementara Puan Hasnah berdiri berhampiran kerusi Muqri.

“ Muqri tak boleh lama-lama ni mak. Malam ni jugak kena balik Kuala Lumpur. Esok kena pergi Gerik, Perak. Ada urusan projek dekat sana sambil-sambil tu nak bawak Ann makan angin sekali.” terang Muqri. Dia duduk menyandar pada kerusi kayu itu sambil mengipas tubuh yang terasa hangat dek cuaca.

Hatinya turut terasa panas apabila mendengar Ann Layli tiada di rumah. Namun dia cuba berlagak tenang. Mana mungkin dia menunjukkan sikap kurang sopan di depan mertuanya.

Puan Hasnah terangguk-angguk cuba memahami cerita si menantu. Melihat Muqri yang mengipas tubuh wanita tua itu bergerak ke tempat suis kipas. Kipas meja di hidupkan dan di hala pada Muqri. Menderu-deru angin menampar kedua tubuh mereka.

“ Oh ye ke. Tak apalah kalau macam tu. Muqri duduklah dulu. Mak masak bagi siap. Kejap lagi Ann balik kita makan sama-sama.”

“ Mana ayah mak?” soal Muqri. Baru dia teringatkan bapa mertuanya yang tak kelihatan sejak dia sampai tadi.

Puan Hasnah yang dah separa jalan bergerak menuju ke dapur berpaling lantas tersenyum.

“ Keluar dengan Azman tadi. Pergi farmasi cari supplement untuk kencing manis dia.”

“ Oh.” balas Muqri pendek. “ Mak.. Lupa pulak nak bagitahu. Mak dengan ayah kirim salam pada mak dan ayah di sini. Tadi sebelum balik sini, saya singgah rumah ayah.” sambung Muqri.

“ Waalaikumsalam. Kamu rehatlah dulu. Kalau nak tidur ke apa ke masuk je bilik. Kejap lagi kita makan.” sambung Puan Hasnah lalu terus berjalan ke dapur meneruskan misi memasaknya.

**************

“ Kau cepat sikit boleh tak!” bentak Muqri. Dia berhenti lalu menoleh melihat isterinya yang keluar dari tandas itu dengan gerakan yang sangat perlahan. Dia merengus geram. Sebal.

Hajat hatinya ingin terus pulang petang tadi tapi di sebabkan Ann Layli lambat balik dari rumah Seha terpaksalah dia menunda sehingga ke waktu malam.

Apabila keretanya mulai bergerak masuk ke highway Ann Layli pula mengadu sakit perut dan wanita itu mahu ke tandas. Terpaksalah Muqri singgah ke tandas R&R itu. Rasanya sejak dari rumah mak mertuanya sudah dua tandas di R&R dia singgah sebelum sampai ke rumahnya di Bangi. Betapa dia geram melayan kerenah Ann Layli itu.

“ Kau apahal?” kasar Muqri bertanya. Matanya mengecil pandang wajah Ann Layli yang pucat.

Itu, kalau di rumah sudah lama dia hempuk isterinya. Sudahlah hati dia panas tengok aksi terlebih mesra Ann Layli dengan Azman, anak angkat keluarga mertuanya itu. Boleh pula masa dia terjaga dari tidur di ruang tamu itu kelihatan Ann Layli bergelak mesra dengan Azman di pangkin rumah. Seolah-olah dia tak wujud di situ.

Bertambah geram apabila Encik Zahid melayannya acuh tak acuh walhal dengan si Azman boleh pula orang tua itu bersembang rancak. Seperti dia tetamu yang tak diundang pula di tengah-tengah keluarga mertuanya.

“ Sakit perut.” balas Ann Layli. Perut di pegang kejap. Mukanya bertahan kerut. Terasa belakang kepala turut berdenyut kerana menahan sakit.

“ Dah cepat masuk kereta. Balik karang letak ubat.” ujar Muqri bengang. Dia yang mula terasa diikuti melangkah laju ke hadapan meninggalkan isterinya.

Ann Layli terasa kepala mula melayang-layang. Jalan di depan dah nampak berbayang. Tekak juga mula terasa mahu memuntahkan isi perut. Lalu langkah menjadi sangat perlahan dan bertingkah-tingkah. Sudahnya tubuh Ann Layli melayang mencecah lantai namun sempat di paut dari kepala terhentak ke bin longkang.

Brangg!!!

Yang di tunggu belum tiba yang di elak datang bertandang. Muqri terpinga-pinga. Tangan naik menghalang serpihan kaca yang berderai depan muka apabila kayu besbol dihentak kuat pada cermin tingkap. Seraya suara jantan Muqri bergema.

Entah dari mana tangan kasar mencekak kolar baju dia. Tapi Muqri dah bersedia. Laju kaki menekan pedal dan menolak gear. Ngauman kereta membelah permukaan jalan meninggalkan decitan tayar yang agak kuat di kawasan rehat dan rawat itu.

“ Bangsat!” John meludah liur ke tepi. Tangan menghentak hujung kayu besbol di tangan sendiri.

“ Mark suruh orang follow dia cepat.” jerit John. Mark laju mengangguk lalu membuat satu panggilan. Dia tersenyum sinis sesudah mematikan panggilan lantas memandang John dengan anggukan.

“ Settle. Call Kenji kita jumpa dekat sana.” balas Mark. Pintu kereta di buka dan dia memboloskan tubuh ke dalam kereta diikuti John. Tawa mereka bergema dalam kereta kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang di beri.

Hepi reading. Sorry terlambat update. Maaf, idea byk ke Laut China Selatan. Jujurnya WL sedang di dlm dilemma kerana seluruh ahli keluarga WL kini diuji dengan kesakitan. Kesakitan yang amat dalam di mana abah mertua WL sedang tenat di icu. Hanya menunggu keajaiban dari yang Esa. Selebihnya hanya doa yang menjadi penghubungnya. Jadinya kesempatan utk menulis langsung tak ada di tambah mood yang sentiasa ke laut. Namun demi pembaca tersayang, I'll try my best to updated. Mohon sedekahkan doa kalian yg mungkin di antaranya mustajab agar abah mertua WL kembali sembuh seperti sediakala dengan izinNYA. Thanks a lot.. Salam sayang, WL~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience