Benz Fahri sudah siap berkot hitam dan berslack warna senada serta kemeja kelabu yang tersarung di badan. Kerling jam digital atas meja konsol di sebelah, iris matanya menatap nombor yang sudah bertukar waktu itu. Sembilan tiga minit. Sudah hampir masanya. Ligat terus tangannya mengemaskan ikatan tie di leher sambil mengerling pantulan susuk yang sedang membelakangkan dirinya dari cermin solek di hadapan.
Bibir diketap seketika sebelum helaan nafas perlahan dilepaskan. Menghadam perkara yang sedang terjadi sejak semalam. Begitu sulit untuk dijelaskan tetapi ianya nyata sedang berlaku membuatkan dirinya hampir buntu mencari jalan penyelesaian.
Apa tidaknya..Ann Layli, kesayangannya itu sedang merajuk! Runsing melihat wajah suram Ann Layli yang bertambah kelam tanpa senyuman itu. Ianya turut membuatkan hati Benz Fahri ikut sama resah.
Sejak semalam saat mendapat perkhabaran bahawa dia harus pulang ke Dubai hari ini, terus hilang riak mesra di wajah Ann Layli. Malah, suasana hubungan antara mereka semerta menjadi hambar dan tawar.
Melihat wajah yang masih kelat itu, lekas sikat diletakkan cermat di atas meja solek setelah merapikan rambut. Bergerak merapati susuk Ann Layli yang berada di birai katil, lunak suara dia pasang memanggil sang pujaan hati.
“Askìm.."
Panggilan itu sekadar berlalu di bawah bayu yang berlagu di tepi telinga Ann Layli. Isterinya itu tidak memandang tetapi cuma merespon panggilan tersebut dengan deheman singkat. Nampaknya, rajuk isterinya benar-benar berada pada paras yang bahaya. Jikalau silap percaturan, mungkin perang akan tercetus. Mengenang itu, liur diteguk payah.
Melirik ke arah jam digital di hujung katil, Benz Fahri elus pangkal leher lebih kerap apabila angka itu pantas bertukar detik demi detik. Dia resah kerana masa semakin suntuk tetapi orang yang hendak dipujuk masih belum terpujuk. Penerbangan ke Dubai bakal berlepas pukul sebelas setengah pagi nanti. Itu bermakna dia cuma punyai masa satu jam setengah saja lagi. Tidak mahu membuang masa, lekas susuk Ann Layli dihampiri.
Sedar, Benz Fahri sedang merapati sengaja Ann Layli endahkan. Dengan sengaja dia teruskan kerjanya yang sedang memasukkan pakaian milik Benz Fahri ke dalam bagasi bersaiz 20 inci itu. Walaupun marah, tugas sebagai isteri untuk melayan suami tetap tidak dia abaikan. Dengan cermat, sehelai demi sehelai pakaian Benz Fahri dia susun dan masukkan ke dalam compartment bagasi.
Benz Fahri tarik keluh sebaik hampir di sisi isterinya apabila sedar Ann Layli dengan sengaja menghiraukan panggilan tadi. Dari semalam Ann Layli kekal dingin dengannya. Di tanya sepatah, di jawabnya juga sepatah. Naik buntu dia hendak mencari idea mahu memulakan perbualan dengan Ann Layli. Jika dibiarkan tentu emosi isterinya bertambah tidak stabil. Dan itu juga bakal membuatkan dia ikut susah hati kerana meninggalkan isterinya dalam keadaan yang tidak harmoni. Hendak tak hendak, harus juga dia berkomunikasi agar hubungan mereka kembali pulih.
“ You jangan diam macam ni... buat I lagi serba salah nak tinggalkan you.” ucap Benz Fahri.
Tangan isterinya yang masih lincah bekerja, dicapai dan dielus lembut manakala tangan sebelah lagi meraih sedikit wajah putih itu agar ikut memandang ke arahnya. Sejenak anak mata yang tidak berseri itu di renung dalam. Menzahirkan kasihnya.
“ Then, tak payah la pergi!" balas Ann Layli dingin. Aura rajuknya masih menebal kerana memprotes keputusan Benz Fahri. Mata di bawa lari dari terus terperangkap dengan pandangan mengharap Benz Fahri. Risau lama memandang nanti, rajuknya akan membaik.
Mendengar itu, Benz Fahri hanya mampu tersenyum tawar. Dahinya dicekak dengan tangan. Pusing dia jadinya dengan rajukan Ann Layli yang belum reda.
“ I janji, I pergi tak lama. Habis je urusan dekat sana, I balik okay," mencuba nasib, sekali lagi dia memujuk.
“ Hmm..penting sangat ke urusan awak dari saya yang dekat sini?" pertikai Ann Layli.
Mengangkat muka, wajah serba salah Benz Fahri ditatap, itupun hanya dengan sela masa yang singkat. Dia kembali tunduk dan tekun menyudahkan kerjanya semula apabila Benz Fahri seakan hilang kata-kata untuk menjelaskan asbab yang kukuh.
“ Dua-dua penting askìm. But, for now I have to settle for something urgent there!" ujar Benz Fahri.
“ Kan ada partner awak dekat sana! Tak boleh ke dia handle urusan tu?" muncung bibir Ann Layli menyoal dengan wajah yang masih mengharap agar keputusan Benz Fahri berpihak kepadanya. Keyakinan harus di mantapkan dengan tinggi walaupun impian tak seindah kenyataan. Tak salah bukan!
“ Tak semua benda dia boleh uruskan. Bahagian kerjanya lain. Urusan ni, hanya I yang boleh approve and make decisions. Lagipun ini kes kecemasan.” terang Benz Fahri dengan gigih.
Ann Layli tarik nafas berat saat mendengar keputusan muktamad itu. Nampaknya, dia harus mengalah.
Melihat riak kecewa yang terbias di wajah Ann Layli, semerta Benz Fahri kulum senyum. Sah! Isterinya benar-benar merajuk. Tidak menyangka wanita yang nampak lembut luarannya sebelum ini, rupanya rapuh di dalam.
Dan sebanyak mana usaha Ann Layli cuba membatalkan keputusan Benz Fahri untuk tidak pulang ke Dubai, sebanyak itu jugalah usaha Benz Fahri cuba memahamkan si isteri tentang keadaan yang sedang melanda perniagaannya di sana.
“ Tapi bukan lusa ke baru awak nak balik ke sana. Awak dah janji dengan saya nak teman saya daftar ke kolej esok!" soal Ann Layli cuba mengingatkan janji yang di buat Benz Fahri tempohari.
“ Masalah yang timbul sekarang ni, tak sempat nak tunggu lusa. So, I terpaksa pergi. I janji, esok lepas selesaikan semuanya dekat sana, I akan ambil flight balik sini and temankan you." janji Benz Fahri. Tangan diangkat separa bahu berikrar sebagai tanda janji dipatri buat Ann Layli.
“ Flight ke Dubai pun ambil masa sehari lebih. Tolak tambah darab bahagi dengan masalah-masalah lain boleh jadi sehari semalam. Tak logik kalau awak boleh balik esok untuk temankan saya Benji!" protes Ann Layli.
“ I'll do everything for you. Promise, I akan balik esok." sekali lagi Benz Fahri tabur janji.
“ Tengok, janji lagi. Kang tak boleh tepati, saya juga yang panas hati." bebel Ann Layli. Tangan naik memukul lembut permukaan paha suaminya sehingga membuatkan Benz Fahri terkekeh kecil. Terhibur dengan keletah wanita itu.
“ Benjiiii... Dahlah, malas saya layan awak!" cebik Ann Layli dengan wajah masam. Hatinya makin terasa dengan cara dan layanan Benz Fahri yang sepertinya tidak serius itu.
Bangun dari duduk, laju kakinya melangkah keluar dari bilik dengan perasaan berbaur. Sedih, kecewa dan sakit hati kerana suaminya masih kekal dengan keputusan untuk pulang ke Dubai. Sepertinya, dia tidak penting buat lelaki itu.
Benz Fahri masih tidak berhenti ketawa walaupun Ann Layli sudah keluar dari bilik. Sungguh dia berasa terhibur dengan sikap cengeng dan manja sang isteri sehingga membuat kepalanya tergeleng. Baru dapat dia lihat sekarang, sikap sebenar isterinya itu. Kuat merajuk, polos dan sangat manja! Dan sikap itu yang membuatkan seorang Ann Layli nampak lebih comel di mata dan hatinya. Yang menjadikan siang dan malamnya sangat bermakna.
Seketika, deringan telefon lantas menghentikan tawa Benz Fahri. Mengangkat lalu alat itu dilekapkan ke telinga.
“ Tuan Benz, kita perlu bergerak sekarang!"
“ Okay,"
.
.
Ann Layli menapak turun ke ruangan bawah meskipun hati masih berantakan. Bimbang terlebih emosi di hadapan Benz Fahri, hati yang rapuh harus dia kuatkan.
Semenjak peristiwa malam seminggu yang lepas hubungan mereka menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dia juga tidak percaya dengan diri sendiri kerana dia sudah boleh menerima lelaki itu sebaiknya. Senang saja dia bersikap terbuka dengan Benz Fahri. Tiada lagi perasaan kekok dan segan saat bermesra dengan lelaki itu. Pendek kata, Ann Layli lebih menjadi diri sendiri apabila bersama Benz Fahri. Jujur dia akui Benz Fahri sangat pandai membuatkan dia rasa selesa untuk bercerita dan berkongsi semua perkara dengan lelaki itu. Sikap sabar dan tidak pernah memaksa Benz Fahri, membuatkan Ann Layli bertambah yakin. Tanpa sedar, dia sudah boleh menerima susuk seorang lelaki sebagai suami dalam hidupnya yang penuh tragik sebelum ini.
Tak semena, senyumnya terlorek sendiri saat mengingati perlakuan-perlakuan manis Benz Fahri kepadanya. Perasaan senang dan tenang dirasai apabila didampingi Benz Fahri setiap saat dan langsung menjadikan trauma dan fobianya menghilang sepenuhnya. Kini setiap malam, dia sudah tidak lagi bermimpi perkara buruk dan membangkitkan emosi yang celaru dalam diri. Yang ada hanya mimpi- mimpi indah saja. Tetapi baru seminggu ini saja dia mahu melayari keindahan hidup berpasangan dengan lelaki itu sekali lagi dia dan Benz Fahri terpaksa berjauhan. Belum pun suaminya itu kepergian, dia sudah terasa sedih ditinggalkan. Bagaimana dia mahu melalui hari tanpa figura seorang Benz Fahri yang setiap waktu mengisi ruang hidupnya malah yang selalu meredakan perasaan galau dan takutnya tentang trauma yang selalu mengganggu tidurnya saban malam.
Ann Layli mengeluh. Berat terasa hatinya mahu melepaskan figura sang suami pulang ke Dubai. Tetapi, apakan daya dia harus faham tugas yang menuntut suaminya supaya pulang ke sana.
Ann Layli berjalan hampir melewati dinding kaca yang menjadi penghalang dapur dan ruangan rehat tetamu saat itu. Dia mahu ke dapur untuk membasahkan tekak. Sejengkal saja lagi dia bakal berlanggar dengan dinding itu. Kepalanya yang sarat dengan pelbagai perkara membuatkan dia tidak sedar dia sudah menghampiri objek lutsinar tersebut.
Megat Bakhtiar yang sedang berbual santai dengan isterinya mulai perasan akan kehadiran susuk Ann Layli yang menghampiri kawasan tersebut. Dahinya sedikit berkerut. Melihatkan cara Ann Layli itu, dia yakin adik iparnya langsung tidak perasan. Baru hendak dia melaung memanggil Ann Layli, susuk wanita itu sudah terjerit dan jatuh terduduk di hadapan cermin itu. Sudahnya, dahi Ann Layli benar-benar menghentam permukaan dinding kaca itu tanpa sempat dihalang.
“ Hufff.."
Bergegas Megat Bakhtiar yang sedang duduk santai bersama isterinya di ruangan mengadap kolam renang bangun lalu mendapatkan wanita itu. Gopoh dia beriringan dengan Sharifah Julia.
Ann Layli terngadah. Automatik tangan naik memegang dahi yang terhantuk di dinding kaca itu sambil mulut tidak henti mengaduh sakit. Berbalam pandangannya seketika
“ Puteri?" seru Megat Bakhtiar dengan wajah tercengang.
“ Ya Allah Puteri! Macam mana boleh langgar dinding ni?" soal Sharifah Julia pula. Bergegas dia memaut susuk Ann Layli.
“ Tak perasan kak!" ujarnya perlahan. Sedikit segan dengan Megat Bakhtiar yang masih berdiri di sebelah isterinya itu, bibir bawahnya digigit.
“ Aduh, Puteri. Hati-hati la. Kan dah sakit kepala tu!" bebel Sharifah Julia. Bahu Ann Layli diampuh seraya memaut adik iparnya itu bangun.
Membawa Ann Layli menapak ke ruangan istirehat berhadapan kolam, di rehatkan wanita itu di situ.
“ What happened?" soal Benz Fahri dengan tiba-tiba sebaik turun dari tingkat atas saat mendengar bunyi riuh suara di bawah sana. Wajah Megat Bakhtiar, Sharifah Julia dan Ann Layli dipandang silih berganti.
“ Puteri langgar dinding kaca tu," tunjuk Sharifah Julia ke arah dinding tersebut.
“ What?" terkejut, lekas Benz Fahri mendapatkan Ann Layli. Wajah Ann Layli ditilik penuh prihatin sehingga membuatkan isterinya tidak selesa.
“ Yeah, your wife hit the wall! Nasib tak pecah dinding kaca tu. Kalau tak mahu berparut dahi," jelas Megat Bakhtiar pula selepas isterinya memberitahu tadi.
“ Askìm..macam mana boleh langgar? You tak nampak dinding tu ke? Sakit tak?" bertalu-talu soalan terbit dari mulut Benz Fahri bersama riak risau yang terpampang jelas di wajah jejaka itu.
“ My bad!" balas Ann Layli ringkas. Mood dinginnya masih bernyala membuatkan dia hanya membalas sepatah kata.
“ Jom I bawak pergi klinik." raih tubuh Ann Layli, Benz Fahri mahu membawa isterinya untuk mendapatkan rawatan.
“ No need. Susahkan awak je. Flight awak tak lama dah tu.." Ann Layli menggeleng seraya menahan tangan Benz Fahri dari meraih tubuhnya. Dia tidak mahu menyusahkan suaminya dengan hal sekecil itu. Lagipun, sakitnya tidak keterlaluan. Hanya dia yang cuai dan tidak berhati-hati.
Benz Fahri tarik keluh. Ann Layli masih merajuk.
“ Abang can you bring her to the clinic?"
“ Yes, sure no problem!" balas Megat Bakhtiar.
“ Tak apa. Saya tak mahu susahkan siapa-siapa." cepat-cepat Ann Layli menolak. Dia benar-benar tidak mahu menyusahkan sesiapa di situ.
“ Tapi kepala you kena periksa..I risau!"
“ It's okay. My head, my responsibilities. You don't have to worry. Just go.." suruh Ann Layli dengan nada yang masih rajuk.
Benz Fahri tarik nafas dalam. Cuba bersabar dengan kehendak isterinya itu. Runsing dia! Sudahlah merajuk. Degil pula isterinya itu! Tapi apakan daya dia terpaksa mengalah dari terus memujuk memandangkan waktu pelepasan makin tiba.
“ Tamam..if anything let me know."
Ann Layli angguk.
“ Korang gaduh ke apa ni?" tebak Sharifah Julia yang perasaan keadaan janggal kedua pasangan suami isteri itu.
“ Tah, macam gaduh je!" Megat Bakhtiar turut menokok apabila melihat situasi tegang antara Ann Layli dan Benz Fahri.
“ Mana ada!" serentak pasangan merpati itu menjawab.
Sharifah Julia dan Megat Bakhtiar hanya tersengih dan menggeleng melihat keadaan dingin itu.Tidak mahu mencampuri urusan keduanya, mereka meninggalkan Benz Fahri dan Ann Layli apabila melihat keduanya seperti tidak mahu menjelaskan apa-apa.
Usai kakak dan abangnya beredar, Benz Fahri merapati Ann Layli.
Menjatuhkan duduk di sebelah isterinya, tangan Ann Layli yang sedang menekup dahi, Benz Fahri tarik perlahan. Melihat ke arah dahi yang sudah merah dan mulai bengkak hatinya menjadi tidak tenang. Tidak berfikir lama, Benz Fahri lekas bangun dan menuju ke dapur. Sejenak menghilang, lelaki itu kembali semula bersama 'ice pack' dan tuala kecil di tangan bersama kit kecemasan.
Mengarahkan Ann Layli bersandar ke dada kerusi, lincah tangan sasa Benz Fahri membuat kerja di atas dahi isterinya. 'Ice pack' lekas ditetapkan ke dahi Ann Layli supaya benjolan dari hentaman perlanggaran dinding itu tidak terus membengkak dan membiru. Beberapa minit membiarkan kedinginan ais batu itu mengenai kulit dahi isterinya, barulah Benz Fahri meletakkan pula tuala kecil yang dia tuam menggunakan nafas mulutnya tadi ke atas dahi Ann Layli. Sejurus itu, ointment dari kit kecemasan dikeluarkan lalu disapu sedikit ke atas permukaan kulit yang merah itu.
“ Hati-hati askím..I belum pergi lagi you dah cedera macam ni. Risau I nak tinggalkan you." bebel Benz Fahri.
Sambil-sambil itu, mulut Benz Fahri terkembung-kembung meniup permukaan dahi Ann Layli agar wanita itu berasa selesa dari rengsa kesakitan.
Ann Layli sedikit tersentuh melihat keprihatinan lelaki itu. Bagai ada rama-rama yang berterbangan di dalam perutnya saat melihat reaksi suami yang begitu prihatin terhadap dirinya saat itu meskipun lelaki itu sedang mengajar waktu untuk berlepas. Seketika dia terbuai dengan layanan mesra suaminya walaupun jiwa sedang dilambung ombak rajuk yang masih belum reda.
“ Sikit je ni. Jangan risau..."
Mengambil kesempatan, wajah tampan milik Benz Fahri dia tilik penuh minat.
“ Tak payah risau you cakap. Kalau jadi apa-apa, I nak cakap apa dengan babah dan bonda nanti? Nampak sangat I tak pandai jaga isteri!" terjongket kening Benz Fahri mendengarnya.
“ Jawab aje, saya yang clumsy. Lagipun malang tak berbau kan!" mudah jawapan Ann Layli membuatkan Benz Fahri mencerunkan pandangan tajam.
Masih ralit, wajah maskulin Benz Fahri yang di hiasi kening tebal, hidung mancung persis raja arab serta bulu-bulu halus yang terbit di sekitar jawline dan bibir merahnya menjadikan tatapan mata Ann Layli pegun di daerah wajah itu. Malah bauan segar dari tobacco vanille yang terbit dari haruman badan suaminya membuatkan rongga nasal Ann Layli begitu terbuai dan menggugat emosi rajuknya. Diam-diam dia mengagumi ketampanan lelaki itu. Baru dia sedar, yang Benz Fahri mempunyai paras rupa yang segak dan sangat seksi. Saat itu, dia merasakan sangat bertuah memiliki seorang suami yang kacak dan baik budi pekertinya, malah bonus untuknya kerana memiliki suami yang begitu prihatin dan menyayanginya. Sungguh dia syukur dengan kurniaan seperti itu.
“ Dah habis renung muka abang?" soal Benz Fahri tiba-tiba seraya mematikan lamunan hangat Ann Layli.
Ann Layli terkejut. Bibir bawahnya diketap. Lekas pandangannya dialihkan dari menatap sekujur wajah kacak itu. Liurnya ditelan kesat. Dadanya berdebar hebat. Terus saja wajahnya terasa bahang panas. Hendak menarik nafas pun dia sudah terasa gugup saat iris coklat milik Benz Fahri masih lagi menyorot wajahnya dengan senyum tujuh ratus megawatt lelaki itu.
“ Suami you ni memang kacak. Pandanglah puas-puas, boleh buat bekal rindukan I, masa I tak ada nanti." usik Benz Fahri. Mengambil tempat duduk di sebelah Ann Layli sebelah tangannya naik mengelus bahu wanita itu setelah mengemaskan kit kecemasan yang dia gunakan tadi.
Ann Layli masih dengan riak terkejut dan segannya. Keadaan itu membuatkan dia berasa sangat janggal. Mahu saja dia lari menyorok dari pesona Benz Fahri tetapi pautan tangan Benz Fahri di bahunya itu membuatkan reaksinya hanya mampu kekal pegun di situ. Segan dan malunya menyatu kerana tertangkap merenung wajah si suami. Apa yang mampu dia lakukan tika itu adalah dengan kekal berdiam walaupun masih ada lagi cebisan rasa tersinggung terhadap keputusan Benz Fahri yang akan pulang ke Dubai.
“ Askìm..I dah nak pergi ni. Abang Mat dah tunggu kat luar. You doakan I selamat pergi dan selamat pulang tau!" ujar Benz Fahri. Puncak hidungnya dirapatkan ke sebelah pelipis kanan Ann Layli lalu dikucup penuh kasih di situ. Seketika bauan segar dari haruman rambut isterinya terbit dan memonopoli ruangan nasal lelakinya. Perlahan dia hidu dan simpan haruman itu dalam minda agar bauan itu menjadi pengubat rindu saat berjauhan nanti.
Tangan kanannya meraih jemari kanan Ann Layli juga. Cincin kahwin yang tersarung di jari manis wanita itu dimain main seketika sebelum menyulam tapak tangannya ke dalam tapak tangan Ann Layli. Mengangkat jemari molek itu, Benz Fahri bawa ke bibirnya dan mengucup penuh kasih.
“ I janji, selesai je urusan kat sana I terus balik dan temankan you. Waktu I tak ada, I harap you jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal." titip Benz Fahri lagi beserta beberapa pesanan lain yang membuatkan Ann Layli benar-benar tidak keruan.
Ann Layli hanya mampu mengangguk. Dia benar-benar terusik dengan pesanan itu. Bimbang jika bersuara, dia pasti bulir-bulir kaca berupa air hangat akan turun dan membasahi daerah wajah.
“ You ada nak pesan apa-apa dari Dubai?”
Menggeleng. Dalam hati dan fikirannya saat itu hanya mahukan suaminya yang bernama Benz Fahri selamat pergi dan akan selamat pulang saja. Lain-lain sudah tidak menjadi keperluan lagi kerana hatinya hanya mahukan lelaki itu sebagai pendamping hidupnya. Berjuta perasaan kasih telah meresap ke dalam relung hatinya kini untuk mencintai lelaki itu saja.
“ Okay. Got to go. See you when I see you." balas Benz Fahri setelah Ann Layli hanya endah tak endah. Dia faham yang isterinya masih merajuk lagi. Bangun dari duduk, kaki di pasang untuk melangkah.
Ann Layli gigit bibir. Perasaannya menjadi berantakan sekarang. Tadi rajuknya menggunung, tetapi saat mendengar kata-kata Benz Fahri yang ini, langsung perasaan sebak pula yang mendahului jiwa rapuhnya.
“ I'm sorry Benji." bergetar suara Ann Layli. Lekas tangan si suami disentuh dan di bawa ke bibir untuk dikucup. Perasaan bersalahnya menyelinap ke seluruh tangkai hati.
Terpasung langkah Benz Fahri dari terus bergerak. Pandang tangannya di dalam genggaman si isteri, semerta bibir merahnya mengoyak cebisan senyum.
Langsung tubuh dijatuhkan semula ke samping Ann Layli. Membetulkan posisi duduk secara berhadapan dengan pujaannya, wajah bujur sireh itu dipaut dengan kedua belah tapak tangan.
Jelas raut kesedihan Ann Layli terpeta di situ, tetapi dia tidak boleh larut dengan keadaan. Rasional harus di utamakan sekarang. Ada misi yang harus dia selesaikan. Hanya kepada Allah SWT saja dia harapkan untuk menjaga sang pemilik hatinya itu.
“ Don't be sorry askìm. You kan kesayangan I. You tak buat salah apa-apa pun. I tahu you kecil hati dengan keputusan I. I minta maaf. Tapi I harap you faham dengan kerja I. I janji I pergi tak lama. I pun kalau boleh tak mahu tinggalkan you hari ni dan sampai bila-bila. But, I have to go. I pergi sekejap untuk uruskan apa yang perlu. Once selesai, I terus balik. I harap sangat you dapat doakan I supaya cepat dapat selesaikan masalah dekat sana..." ujar Benz Fahri.
Ann Layli tak mampu berkata apa-apa mendengarkan kata pujukan sebegitu dari suaminya. Hatinya yang dilanda rajuk itu kini bertukar sebak dan sesak. Bening kolam matanya cuba menahan air hangat dari terus menyiram ke wajah namun nyata hati wanitanya tidak mampu. Air mata itu tanpa segan silu menuruni lekuk wajah. Buat pertama kalinya dia menangisi pemergian sang suami saat mahu di tinggalkan. Dan itu juga, pertama kali dia merasa begitu sakit tentang cinta.
“ Saya salah sebab memberontak. Saya salah sebab merajuk dengan awak. Saya sangat childish. Saya berdosa dengan awak. Saya tak patut layan awak dengan enteng. Tengok, Allah dah balas salah saya pada awak dengan kesakitan ni. Tapi, saya redha bila Allah dah balas perbuatan saya dekat awak. Saya tahu saya tak layak sayang awak. Tapi, saya nak awak tahu yang saya hargai sangat-sangat pengorbanan awak menjadi suami saya. Terima kasih Benji... Saya redha awak keluar cari rezeki untuk family kita. Saya doakan awak selamat pergi dan selamat pulang. Dan semoga semua urusan awak dipermudahkan." titip Ann Layli dengan emosi yang celaru. Tersedu-sedu dia memohon ampun dari Benz Fahri.
“ You sebahagian dari hidup I askìm..You yang melengkapkan seluruh hidup I dengan kekurangan tu semua. I'm happy about that. Terima kasih askìm sebab faham I. I really love you." ujar Benz Fahri. Kedua tangannya naik mengesat air mata yang beranak sungai di pipi wanita kesayangannya itu. Bersama senyuman yang paling manis, dia hadiahkan kucupan singkat di kedua pasang pipi itu dan seterusnya di kedua kening milik Ann Layli dan memeluk wanita itu.
“ I love you more!" balas Ann Layli. Bersama kekuatan yang entah bila terbina dalam jiwanya saat itu, lantas ulas bibir Benz Fahri menjadi mangsa pagutan singkatnya.
Benz Fahri yang tidak menyangka mendapat kejutan seperti itu, hampir rebah ke belakang impak dari tubuh Ann Layli yang drastik menciumnya. Waras yang baru muncul dari minda sedar membuatkan bebola iris Benz Fahri membulat. Mahu menarik isterinya semula tetapi wanita itu rupanya sudah bertindak lebih awal. Ann Layli lebih cepat meloloskan diri sebelum Benz Fahri menangkapnya. Wanita itu sendiri tidak menyangka dirinya berani bertindak sejauh itu.
“ Askìm..." laungnya selepas susuk Ann Layli menjauh. Malangnya, wanita itu sedikit pun tidak menoleh dan menyebabkan Benz Fahri menggeleng kegeraman kerana tidak sempat menghalang Ann Layli dari berlalu. Tak dan dia nak dapatkan penjelasan.
Licik!
Tak semena jari kanannya naik menyentuh bibir yang basah akibat ciuman singkat itu. Senyumannya mekar. Boleh jadi angau dia kalau Ann Layli terus berkelakuan nakal seperti ini. Girang hatinya dapat merasa manisnya bekas yang di tinggalkan oleh Ann Layli sebaik dia mengemam bibir.
“ I like it!" hatinya berlagu girang.
*******
Orakk langkah, Ann Layli tetapkan hati. Titipann babah dia pahat dalam ingatan dan hati.
“ Belajar baik-baik. Hanya dengan ilmu hidup manusia akan bertamadun!"
Bersama itu, hari ini dia di temani Amirah, dan Hasnah. Susah payah Hasnah datang dari kampung mahu menemaninya walaupun dia berkeras menghalang si ibu dari datang. Rupanya Amirah yang beria-ia berpakat dengan wanita itu. Masakan tidak, kata Amirah Hasnah itu 'bffnya' sekarang. Jadinya dia mahukan Hasnah turut datang menemani anak mereka mendaftar kolej. Ann Layli pula sudah pening kepala dengan gelagat dua orang 'ibu' itu.
“ Mak, manja pergi sorang je. Tak payah lah teman. Manja bukan umur 18 tahun lagi." bebel Ann Layli. Lilitan tudung di kepala dibetulkan.
“ Tak apa lah, mak teringin nak teman. Nak tengok jugak kolej tu macam mana rupanya." bantah Hasnah. Rasa tak tenang hati nak biarkan ankanya itu pergi seorang diri. Kalau ada si menantu dia haraplah juga.
“ Aduh mak, kolej tu sama jugak macam sekolah. Bezanya besar dan bangunannya lawa macam bangunan pejabat tu. Seganlah manja kalau mak ikut. Nanti orang pandang anak mak ni pelik pulak. Umur dah 28 tahun masih ada mak yang nak teman."
“ Kisah pulak mak orang nak cakap. Semua orang ada mulut manja. Dan fungsi mulut memang untuk bercakap. Abaikan aje. Yang penting mak dapat tengok anak mak ni sambung pelajaran."
“ Yelah-yelah." Ann Layli buntu nak beri alasan lagi. Dia terpaksa akur juga dengan kemahuan Hasnah bersama wajah cembeng. Hasnah kalau dapat berhujah, peguam negara pun ikut kalah.
Tak berhenti di situ, pening kepala Ann Layli makin bertambah bila nampak kelibat Amirah pula menanti mereka di hadapan pintu rumah mertuanya pagi itu.
“ Mama buat apa di sini? Nak jumpa bonda ke?" soal Ann Layli dengan kerutan di dahi. Terus saja, tangannya meraih tangan Amirah dan bersalaman dengan wanita itu. Seingatnya selepas sarapan pagi bersama dengan si ibu mertuanya tadi, tidak pula Ruhana memberitahu akan hal kedatangan adik iparnya itu.
“ Taklah, mama nak ikut Puteri dengan Cik Has ke kolej tu lah. Dah siap ke? Jom mama drivekan.." balas Amirah dengan senyuman lebar setelah bersalaman dengan anak suaminya serta bff nya itu. Pintu kereta dia buka untuk si anak.
“ Laa..kenapa susah-susah ni mama. Abang Mat ada untuk bawa kita orang," lembut Ann Layli menolak. Dia tidak mahu menyusahkan isteri bapanya itu.
“ Tak apa, tak susah pun. Mama teruja nak bawa anak perempuan mama ni."
“ Beria aje mama ni!" ujar Ann Layli dengan segan.
“ Hey, mama ada anak perempuan sorang aje tau. Mestilah beria!" ceria Amirah memberitahu. Selepas dua puluh tahun, baru dia dikurniakan anak perempuan yang sangat dinantikan kehadirannya, tak mungkin dia akan abaikan peluang yang datang seperti ini. Dia sanggup lakukan apa saja demi anak itu biarpun kesempatan itu lewat.
“ Tah kamu ni Manja. Tak hargai langsung pengorbanan kami sebagai ibu. Esok-esok kamu dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan kami nak hantar anak-anak masuk sekolah." pangkas Hasnah membela Amirah.
Tarik keluh, Ann Layli lepas perlahan. Wajah ceria dan gembira Amirah serta Hasnah dia pandang seketika. Jelas wajah keduanya sangat bahagia saat itu membuatkan Ann Layli tidak dapat menahan dan menyangkal kemahuan mereka.
“ Thanks mama!" mendekat Amirah, tubuh itu dia peluk penuh kasih. Sesungguhnya dia bersyukur dengan kebaikan dan kasih sayang yang di tonjolkan wanita itu.
“ Dah..jom. Nanti jalan jem kita juga yang susah!" Amirah sudah masuk ke bahagian pemandu dan mula menghidupkan enjin keretanya selepas meleraikan pelukan si anak.
Di temani keduanya dia akhirnya tiba ke kolej untuk urusan pendaftaran. Walaupun sedikit terkilan dengan ketiadaan Benz Fahri yang sudah berjanji sebelumnya namun sosok dua ibu yang tiada pertalian darah itu membuatkan sebahagian hatinya merasa senang dengan keprihatinan yang ditonjolkan.
“Dah selesai ke Manja?” soal Hasnah sebaik melihat susuk Ann Layli mendekat dengan kawasan menunggu mereka berhampiran bangunan pentadbiran itu.
“ Kalau ikut dah selesai. Tapi ada satu hal yang belum. Scholarships." beritahunya.
“ Kenapa?" soal Amirah.
“ Kalau ikut, pelajar jurusan Diploma memang wajib ambil. Tapi rasanya hari tu abang tak apply sekali. Administ tu suruh apply semula."
“ Dah tu apply aje lah." balas Hasnah.
“ Masalahnya, Manja kena minta izin dengan abang dulu. Manja call dia tak angkat. Pendaftaran ni tamat sebelum 1 petang. Lagi sejam aje lagi. Takut tak sempat."
“ Dah tanya ke kalau tak apply memang tak boleh ke? Setakat biasiswa tu mama rasa Benz boleh tanggung Puteri. Lagipun perbelanjaan dalam negara tak mahal macam luar negara tu. Suami Puteri tu lebih dari mampu." ujar Amirah pula.
“ Dah tanya mama... diorang cakap wajib."
“ Macam-macam lah kolej sekarang ni. Mama dulu langsung tak ada scholarships nak mintak. Ini kita tak mahu disuruhnya pulak. Leceh betul!"
“ Banyak duit gamaknya kolej ni Irah." tukas Hasnah dengan tawa bersisa.
“ Taktik diorang je ni Has. Nak suruh student bayar kadar pulangan dengan lebih tinggi. Kerajaan nak kaut untung beginilah."
“ Oh patutlah..."
Ann Layli sudah buntu. Berkali-kali dia mencuba menghubungi si suami tidak juga dapat menembusi talian. Nafasnya dibuang lemah. Sedikit perasaan tidak enak menjalani hati. Namun melihat Shein ditangan, sedarlah dia yang suaminya waktu ini mungkin sedang ketiduran. Memandangkan waktu tempatan Malaysia berbeza dengan Dubai hampir 13 jam, Ann Layli terpaksa akur untuk tidak menganggu waktu tidur suaminya ketika itu.
“ Biar mama cuba call Benz." suara Amirah memberi cadangan. Terus saja telefon bimbitnya dikeluarkan dari Hermes Birkin di lengan. Tak sempat Ann Layli menghalang, kurang seminit selepas itu panggilan dari Malaysia itu bersambung terus ke talian antarabangsa Benz Fahri.
“ Benz, mama ni...Puteri ada hal sikit nak cakap dengan kamu." ujar Amirah dan sesaat kemudian alat komunikasi pintar itu bertukar tangan.
“ Abang," lembut suara Ann Layli menembusi talian.
“ Yup," suara husky Benz Fahri memecah talian. Sah, lelaki itu sedang tidur. Terbit perasaan bersalah Ann Layli kerana menganggu tidur suaminya saat itu.
“ Abang tidur ke? Maaf Ann ganggu. I'm just to get your permission actually."
“ About what?"
“ Scholarship. You didn't apply scholarship for me right? But this administration wants me to get it. How?" bibirnya digigit cuba bertanya.
“ Wajib ke?"
“ Wajib katanya,"
“ Proceed," ringkas jawapan Benz Fahri tanpa berlama membuatkan Ann Layli beriak sedikit hairan. Kenapa suaminya tu sangat santai hari ini. Selalunya lelaki itu cerewet sekali dengan setiap perkara. Semuanya dia timbang tara dengan teliti.
“ Abang.." seru Ann Layli semula.
“ Hmmm.." Acuh saja balasan Benz Fahri membuatkan Ann Layli di usung sebak. Sudahlah berjauhan, dirinya pula dilayan sebegitu. Malas hanyut dengan perasaan Ann Layli segera menghentikan fikiran yang tidak enak itu mengingatkan waktu yang sedang berlangsung antara mereka.
“ Sayang..” panggil Benz Fahri apabila sejenak wanita itu berdiam diri.
“ Ya.."
“ I need to go. I will call you letter." pangkas Benz Fahri langsung mematikan panggilan.
Ann Layli terkesip. Sebak di hati mula berlarut dengan sikap Benz Fahri. Sedih yang cuba di padam dari kolam hati bertambah setelah Benz Fahri melayannya sebegitu. Terus telefon dikembalikan kepada Amirah.
Pertanyaan Amirah selepas itu segera melenyapkan jiwa rapuhnya. Sehabis baik di mempamerkan wajah ceria di hadapan dua orang wanita yang sedang menanti bicaranya. Tetapi dasar hatinya hanya dia saja yang tahu bagaimana.
“ Apa kata Benz. Dia izin tak?" soal Hasnah.
“ Dia kata proceed."
“ Alhamdulillah. Dah cepat pergi apply. Kejap lagi pejabat tu tutup pulak." suruh Amirah.
“ Okey."
Menghalakan langkah Ann Layli menurut suruhan Amirah. Tapi hatinya tetap dirundung pedih mengenang sikap Benz Fahri yang melayaninya dengan acuh.
.
.
Hampir lewat malam mata Ann Layli masih tidak mampu lelap. Menanti panggilan dari Benz Fahri yang tak kunjung tiba membuatkan rasa rindunya kian bertambah. Jam di sudut dinding dia pandang lemah. Angka jam sudah menginjak sebelas lima puluh tujuh minit malam. Mungkin waktu ini, Dubai sudah bertukar siang. Apa Benz Fahri lupa dengan janjinya kah mahu menghubungi dirinya? Pertanyaan itu sekadar bermain di minda.
Penat melayan rasa, sedar tak sedar akhirnya Ann Layli terlelap bersama ingatan terhadap si suami. Sempat sebelum tidur tadi dia mengambil sehelai baju pijama Benz Fahri yang belum berbasuh lalu didakap erat ke dalam pelukan. Sesekali, dia menghidu bauan yang melekat di situ. Semakin di hidu, semakin sesak rasa rindunya meruap. Wajah dekat Benz Fahri yang terakam dalam minda tempohari menyulut lagi. Rindu yang entah sejak bila pandai bermukim di hati itu benar membuatkan jiwanya makin emosi. Bersama haruman yang tertinggal di sana tidur malamnya bersambut dek bau kecanduan pada tubuh itu.
Sementara di Dubai...
Benz Fahri melepaskan rungkaian tali leher sambil melabuhkan duduk di sebelah Jerry. Wajah penatnya jelas tergambar saat pulang kerja ketika itu. Laut lepas di hadapan dipandang sayup dari balik dinding kaca suite tingkat 30 itu dengan tubuh yang terasa begitu penat menganjal. Seharian sibuk di pejabat membuatkannya begitu letih dan tak bertenaga sekali.
Pandang Jerry yang ralit menyaksikan perlawanan bola sepak di televisyen membuatkan dia menggeleng kepala.
Suara hingar dari peti tayangan itu membuat dia rimas. Lantas, mencapai alat kawalan jauh di atas meja kopi di antara lelaki itu, segera dia tekan butang ‘off ’. Langsung, badan direbah ke atas L shape sofa. Tenang!
“ Woiii apa ni!” jerit Jerry sambil cuba merampas alat kawalan tersebut itu semula. Tetapi alat kawalan itu, awal-awal lagi dia sorokkan. Takkan dia biarkan lelaki itu mendapatkannya dan memusnahkan ketenteraman yang baru di rasa.
“ Bingit tahu tak telinga aku ni. Kau tu tengok bola kalau boleh satu bangunan hotel ni kau nak bagi dengar!” omel Benz Fahri.
“ Okay apa? Memang macam tulah orang tengok bola. Kau apa tahu? Kayu macam kaki bangku!" selar Jerry tak puas hati.
“ Ewah, sesedap rasa kau kata aku kayu macam kaki bangku. Aku ni jaguh berturut-turut NBA tau! Ingat sikit!" bahu Jerry dia tepuk geram. Tak boleh terima dengan kutukan melampau si teman.
“ Iyalah..memang kayu pun. Kau dah kahwin berapa lama dah.. tak ada pulak aku dengar kau bakal jadi bapa ke apa!" balas Jerry tak puas hati.
“ Eh, hello! Apa kena mengena jadi bapa dengan bola semua benda ni?" kerut dahinya naik berlapis. Tak faham dengan olahan Jerry.
“ Yelah, sebab tu aku panggil kau kayu! Kejung semacam. Tak bergerak-gerak. Kalau bola..bila disepak dia bergolek merata... Sah-sah bini kau tu laju je mengandung kalau kau golek dia!" laju Jerry bagi perumpamaan dengan kekehan di hujung ayatnya.
Merah padam muka Benz Fahri mendengar ayat tak bertapis Jerry. Kalau tadi dia cepuk saja bahu lelaki itu, tetapi sekarang ni pula dia rasa nak hempuk mulut Jerry dengan bekas ashtray rokok di atas meja kopi sebelahnya ni. Tak beradab punya mulut!
“ Kau kan!" bekas ashtray dia angkat separa tinggi dan cuba mengacah untuk dilayangkan ke arah mulut Jerry membuatkan lelaki itu mengelak dan gelak besar.
“ Betul apa aku cakap.. kau memang kayu pun!"
“ Eh, kau ingat bini aku tu apa? Hari ni nikah, esok dah keluar anak. Bini aku bukannya anak patung. Terus-terus je nak terkam!" bising Benz Fahri lalu meletakkan semula bekas ashtray tadi ke tempatnya semula.
“ Hahaha..” Jerry masih bergelak. Lucu melihat ekspresi panas hati si teman merangkap sepupunya itu.
“ Aku tak kata pun bini kau anak patung yang senang kena terkam ke apa.. Tapi aku sebagai kawan yang paling rapat dengan kau.." mimik wajah Jerry di buat gaya berfikir “.. curious jugak. Kau dah kawin dekat setahun kut!"
“ Dah tu apa masalahnya?" kening Benz Fahri terjongket. Lagi-lagi dia di buat pening dengan ayat tak habis Jerry.
“ Kawan-kawan kita yang lain kawin je sebulan dua semua dah update kata nak jadi daddy-to-be. Apa orang kata..” jeda sejenak sebelum menyambung, “.. ha bunting pelamin! Kau bukan kata nak update daddy-to-be..kau tu siap boleh berpisah benua macam ni berbulan-bulan kut. Kau tak rindu bini kau ke?" soal Jerry hairan.
Tarik keluh, Benz Fahri lepas nafas perlahan. Kemeja yang dia pakai terus dia buka dari tubuh dan hanya bersinglet saja. Meraup wajah, Benz Fahri berteleku seketika sebelum panggung wajah mengadap Jerry semula. Secarik senyum dia koyak buat Jerry.
“ Orang gila je tak rindu bini dia Jerry. Aku pun kalau boleh tak suka nak duduk jauh-jauh macam ni. Tapi keadaan tak seperti yang kau nampak dan fikir!" ujar Benz Fahri kepada Megat Zairy Ghadafi itu. Kosong anak mata Benz Fahri apabila terkenang sosok sang isteri yang jauh beribu batu nautika terpisah darinya.
“ Spill!" tarik sila, wajah Benz Fahri dia pandang dalam.
“ We are not in term as what you taught!" ujarnya.
Kelam. Suasana menjadi hening. Hanya deru ombak yang menjengah dalam sela masa itu.
“ Pardon!"
Tarik sengih, Benz Fahri geleng.
“ Nothing!"
“ Kau biar betul?" ujarnya sepatah. Kerusi yang di duduki Jerry hampir terbalik sesaat kemudian apabila ayat yang diolah Benz Fahri awalnya mengetuk minda. Buntang mata dia pandang wajah keruh Benz Fahri.
“ Ke kau luar alam?" Jerry sengaja memancing emosi Benz Fahri lagi.
Benz Fahri pandang tajam riak Jerry.
“ Banyak la kau punya luar alam! Kalau luar alam, lama dah aku kerjakan kau tahu!" dengus lelaki itu.
“ Dah tu, kalau bukan luar alam benda apa lagi aku nak fikir kalau kau kahwin dah dekat setahun tak sentuh bini depan mata. Ke kau sakit anu!"
“ Aku benam kau Jerry dalam Laut Merah depan tu!" jerit Benz Fahri geram. Kusyen kecil di sebelah dihempuk berulang kali ke tubuh Jerry.
“ Rileks la bro..gurau pun tak boleh. Kemain eh sejak kahwin dah tak boleh nak gurau pulak. Poyo betul.."
.
.
Pagi yang indah tak semekar wajah Ann Layli. Bangun pagi ini sudah hampir sebulan dia dan Benz Fahri berpisah benua. Hari-hari yang di laluinya terasa suram. Walaupun setiap malam sekadar sepuluh minit sempat lelaki itu menghubunginya untuk berbicara dan meluahkan apa yang perlu namun itu membuatkan Ann Layli tetap terasa sunyi.
Walaupun sepanjang menempuh hari menjadi pelajar kolej ini aturan rutin hidupnya menjadi sedikit berlainan tetapi perasaan dan ingatan buat suaminya itu tidak pernah terpadam dan hilang.
Hampir setahun menjadi pasangan hidup dengan Benz Fahri, dia sudah hafal setiap gerak tubuh dan perlakuan serta bicara lembut lelaki itu. Malah yang membuatkan hatinya di pagut rindu yang sangat dalam apabila mengingatkan sikap Benz Fahri yang terlalu tenang dan tidak suka memaksa.
Semerta ingatannya terimbau pada ulas bibir si suami yang dia curi ciumannya sebelum lelaki itu berangkat ke Dubai tempohari. Sehingga hari ini terasa segar di bibirnya. Ann Layli mengoyak senyum lebar hingga ke telinga.
Manis!
“ Hai!" tegur satu suara parau di belakang. Segera membuat ingatan Ann Layli pada setiap kenangan indah Benz Fahri membuyar.
Menoleh, Ann Layli mencerun pandang wajah smirk seorang lelaki yang sedang elok berdiri di meja cafe berhampirannya; di mana tempat dia menghabiskan waktunya sebelum masuk ke kelas seterusnya petang itu.
“ May I sit?" pinta lelaki itu dengan senyuman penuh menggoda. Wajahnya seperti kacukan cina dengan mata yang agak sepet tetapi macho persis Pangeran muda Abdul Mateen, iaitu pewaris takhta kerajaan negeri Brunei Darussalam.
Turun naik mata Ann Layli menilik lelaki yang dia kira seorang pelajar kolejnya juga. Memandangkan lelaki itu memakai tag lencana kolej mereka di lehernya.
“ Do I know you!" soalnya malas. Air putih di dalam gelas di hadapannya diteguk.
“ I'm Dinzly. From Art department." tutur lelaki itu sopan. Tangannya terhulur ke hadapan Ann Layli mahu berjabat.
Tidak mengendahkan huluran, Ann Layli menunjukkan riak rimas kepada jejaka itu.
Namun yang namanya Dinzly mana pernah hairan dengan pandangan tidak hairan seorang wanita cantik kepadanya. Lagi ditolak lagi dia sibuk nak approach. Belum pun Ann Layli mempelawa duduk, terus lelaki berbaju biru muda itu melabuhkan tubuhnya bersebelahan dengan wanita itu.
Bulat mata Ann Layli. Terkejut dengan tindakan Dinzly yang tak beradab!
“ Who cares you!" cantas Ann Layli segera bangun dari duduk. Geram Ann Layli dengan sikap degil Dinzly. Moodnya terus masuk ke alam introvert. Wajah yang sedia mendung bertambah mencuka dek mimik geram dengan perangai tak bertamadun seorang manusia di sebelah.
“ Hey, cool lady! I'm just want to be friends with you." ujar Dinzly tergelak apabila melihat Ann Layli mahu beredar.
Whoa! Pertama kali seorang perempuan merejek dirinya. Agaknya perempuan cantik itu belum cukup kenal siapa dia!
Tidak mengendahkan bicara si wajah smirk yang bergaya ala-ala mat romeo, Ann Layli angkat kaki. Mendengus geram dia dengan ayat kasanova seperti itu.
Meluat!
Hey, dia isteri oranglah! Tak kena tempat nak ajak dia berkawan. Dia ke situ nak cari ilmu, bukannya nak berfoya-foya.
Sebaik melangkah, bunyi notifikasi mesej dari telefon bimbitnya menghentikan bebelan rimasnya terhadap sang pemuda. Menyeluk tote beg yang disandang di bahu kiri, telefonnya dikeluarkan. Ligat tangannya membuka pesanan dari tetingkap aplikasi telefon hijau itu.
Sekilas mata melirik aksara yang tertera.
‘ Kelas Puan Hamim batal! ’
Itu pesanan dari grup wasap kelas kulinarinya petang itu. Sepatutnya pukul 2 nanti kelas yang diajar Puan Hamim sebagai pensyarah masakan itu diadakan, tetapi nampaknya kelas pensyarah paling muda darinya itu dibatalkan pula.
Tarik keluh, Ann Layli duduk sebentar di kerusi yang terdapat di daerah bangunan pelajar itu sewaktu dia melalui kawasan tersebut. Sudah tidak ada kelas yang perlu dia hadiri petang itu, maka dia harus pulang. Moodnya juga sudah berciciran angkara lelaki kasanova bernama Dinzly tadi. Hajatnya jika pulang dari kelas Puan Hamim petang nanti, dia mahu ke Damascus Bukit Bintang untuk mendapatkan Shawarma daging yang begitu viral di laman sosial ketika ini. Bila sudah begini, Shawarma daging yang terlihat enak itu terus tidak membuatkan dia berkeinginan lagi.
Berjeda seketika terus saja dia mendail nombor abang Mat. Ann Layli tunggu panggilannya bersambut sambil menghayun kaki yang bersarung sneakers putih itu dengan santai.
Namun hampa saja yang dia dapat apabila hampir sepuluh minit mencuba, akhirnya panggilan itu memasuki peti simpanan suara.
“ Allah. Mana aje abang Mat ni!"
Berfikir sejenak, akhirnya aplikasi grab dia tuju. Tubuh diangkat bangun dari duduk. Langkah kembali dihalakan ke arah pintu keluar kolej. Sepuluh minit berjalan, dia tiba di pondok menunggu kenderaaan awam.
Ann Layli ralit mengitari aplikasi Instagram miliknya sementara menanti pesanan grab yang ditunggunya tiba apabila bunyi hon dari Honda Civic Type-R merah mencuri perhatiannya. Angkat pandang Ann Layli kecilkan mata cuba mengenalpasti kenderaan tersebut.
Kelihatan seorang lelaki keluar dari perut Honda itu dan mula menghampirinya.
Terus saja Ann Layli menayang wajah bengang. Serupa tak ada orang lagi dah dekat kolej ni!
“ Hai sweety! Nak balik ke? Jomlah I hantarkan." tegur Dinzly dengan gaya mat romeonya seperti kali pertama tadi. Sewaktu dia menemui Ann Layli di kafeteria kolej mereka.
“ Mind your own business boy!" gerutu Ann Layli. Muak dengan gaya romeo itu. Dasar anak buaya!
“ Kenapa you nak marah sangat dengan I hah! I'm just being friends with you aje kut?" soal Dinzly masih ramah. Kacamata hitamnya di buka lalu disangkut pada kolar baju. Butang baju kemejanya juga sudah terbuka dua pertiga dari asal menampakkan kulitnya yang putih. Lagi membuatkan Ann Layli meluat dengan gaya tak bertamadun seperti itu.
Dinzly melabuhkan duduk di bangku yang sama dengan Ann Layli berdekatan. Dia tayang wajah tidak menyerah pada bicara Ann Layli yang terang-terangan menolak kehadirannya saat itu. Senyumannya ditarik selebar mungkin.
Ann Layli juling mata. Dia masih mengamalkan sikap jual mahalnya sebagai seorang wanita apatah lagi dengan statusnya sebagai seorang isteri. Kecil besar saja dia lihat Dinzly yang tidak faham bahasa itu.
“ Panas ni. Boleh rentung kulit you kalau berlama di sini. Jomlah I hantarkan you balik." Dinzly masih memancing umpan.
Namun yang namanya Ann Layli tetap juga tidak merespon bicara mamat romeo di sebelahnya itu. Alangkan Benz Fahri yang sudah menjadi suaminya itu juga dia masih menjual mahal apatah lagi budak hingusan seperti Dinzly ini. Setakat mahu menjual minyak senyoyong yang timbang kilo seperti ini sedikit pun dia tidak terasa hendak membeli. Bagi free pun dia tak hingin lah!
Hon dari kereta awam yang berlogo grab car itu, menghentikan suasana panas Dinzly terhadap Ann Layli.
“ Sampai pun!" desis Ann Layli lalu bangun dari duduk. Ann Layli lekas menghampiri pintu kereta grab yang di pesannya tadi sebaik kereta itu berhenti tepat di belakang kereta Honda merah Dinzly. Membuka pintu, dia loloskan tubuh ke dalamnya dengan perasaan lega.
Dinzly ditinggalkan tanpa sebarang bicara dengan gelagat yang terkulat-kulat di tengah panas pondok kenderaan awam itu.
Mendengus geram, kakinya menyepak batu jalan sebelum menghampiri keretanya semula. Berbakul kata seranah terbit dari mulutnya kerana sakit hati dengan ulah Ann Layli.
Berderam enjin kereta Civic Type-R itu berdecit membelah laluan jalan raya. Langsung dia tidak boleh menerima bahawasanya dirinya senang saja ditolak mentah-mentah seperti itu.
.
.
Hasnah datang ke rumah Amirah setelah dijemput wanita itu. Katanya sengaja mahu berme-time memandangkan Ann Layli sudah sibuk ke kolej. Kesihatan Zahid yang sudah beransur pulih juga membuatkan Hasnah berani untuk menerima jemputan itu.
Bosan hanya di rumah, Amirah mengajaknya keluar. Berhasrat mahu menghabiskan suasana petang dengan santai akhirnya mereka ber hi-tea di sebuah kafeteria yang selalu di kunjungi Amirah di tengah-tengah bandaraya.
Setelah tiba dan membuat pesanan mereka duduk berbual sambil-sambil berkongsi cerita masing-masing.
Hampir sejam di situ, sempat Amirah mengajak Hasnah membeli belah di sebuah pasaraya yang berhampiran dengan kafeteria tersebut.
Dengan hanya mengambil masa sepuluh minit Amirah dan Hasnah cuma berjalan kaki ke sana. Katanya sesekali berjalan dapatlah juga mereka mengeluarkan peluh setelah menghimpun kalori dari minuman dan makanan bergula di kafeteria tadi.
Dari satu kedai ke satu kedai mereka masuk dan mencuci mata dan sehinggalah kedua mereka singgah di sebuah kedai barangan bayi yang berjenama.
“ Irah, jom masuk nak. Comelnya baju- baju baby dekat sini." ujarnya teruja.
Amirah mengangguk turut menyetujui cadangan Hasnah. Dia juga teruja melihat baju dan perkakasan bayi yang lainnya sedang dipamerkan di hadapan dinding kaca kedai tersebut. Membuat dia begitu rambang mata!
Melangkah beriringan keduanya masuk dengan perasaan teruja sekali. Baju bayi perempuan yang kebanyakkannya terdiri daripada fabrik kapas dan bercorak pastel begitu mengujakan mereka. Terbayang di mata bayi-bayi yang comel saat mengenakan pakaian dan aksesori itu.
“ Cantik-cantik belaka Has baju baby ni. Geram saya tengok. Bila lah agaknya anak menantu kita nak dapat baby ye? Kalau ada baby nanti, saya nak beli banyak-banyak buat cucu kita tu!" ujar Amirah. Tangannya mengelus sehelai gaun berfabrik kapas bayi perempuan yang berwarna baby pink.
“ Baju baby memang cantik-cantik Irah. Nak-nak bayi perempuan. Boleh gelap mata kita di buatnya."
“ Itulah. Comel sangat. Agaknya bila Puteri nak bagi kita baby ye Has. Kalau dapat baby girl mesti comel macam Puteri kan!"
“ Entahlah Irah. Lambat lagi agaknya kut..."
“ Kenapa Has?"
“ Baru ni, masa diorang balik ke kampung Benz ada la mengurut dengan sorang pengamal urutan tradisional ni. Dia bagitahu yang Benz tu masih anak teruna!" Hasnah keluh nafas. Topi bayi lelaki yang mempunyai bebola tanduk di hujungnya dipintal-pintal sugul.
Terkejut dengan pernyataan itu Amirah melopong. Tidak percaya dengan apa yang di sampaikan Hasnah.
“ Kenapa boleh macam tu Has. Anak kita tu kan dah bernikah berbulan dah..."
“ Entahlah Irah. Mungkin Manja tu masih trauma dengan perkahwinan dia yang lepas kut. Tapi Irah jangan risau saya dah nasihatkan dia. Irah pun kalau ada masa nanti tolong ye nasihatkan anak menantu kita tu. Bukan apa, saya sayangkan Benz dan Manja. Kalau boleh tak mahu dah lihat mahligai anak-anak retak. Saya mahu yang baik-baik aje untuk mereka.”
“ Insha Allah Has. Has jangan risau ye. Nanti saya nasihatkan mereka. Kita doa yang baik-baik untuk Benz dan Puteri.”
“ Eh, Irah saya rasa nak belikan juga la baju-baju ni untuk bakal cucu kita. Mana tahu bila kita hadiahkan diorang barang bayi ni diorang terbuka hati nak dapatkan baby?" ujar Hasnah. Idea itu muncul secara tiba-tiba di benaknya.
“ Betul juga kan. Mana tahu ada rezeki dapatlah kita timang cucu nanti. Jomlah beli. Cepat Has pilih yang comel-comel. Saya bayarkan. Tak sabar nak hadiahkan diorang semua ni." kalut Amirah.Tangannya serba tak kena memegang baju-baju bayi yang bersangkut di ‘hanging rack wardrobe’ itu.
Maka, Hasnah dan Amirah mulalah menjalankan misi membeli belah barangan bayi yang comel-comel buat bakal cucu mereka itu.
“ Hai aunty!" sapa seseorang.
“ Eh, hai Lia. Seorang aje ke?" balas Amirah saat di tegur Sharifah Julia yang kebetulan turut membeli barangan bayi di situ.
“ Eh tak lah ada dengan Tiar sekali. Tapi dia ke washroom sekejap. Karang sampai lah tu. Aunty buat apa dekat sini?" tanya Sharifah Julia. Matanya melorot jatuh ke arah pegangan wanita anggun itu yang di temani ibu Ann Layli.
Mengangkat barangan beliannya bersama Hasnah, Amirah tersengih suka sambil mengulang pandang ke arah Hasnah dan Sharifah Julia.
“ Aunty saja jalan-jalan sini. Nampak kedai ni ada promosi. Lepas tu tengok bajunya cantik-cantik belaka. Terbeli la sikit."
“ Oh, untuk siapa?"
Pandang Hasnah, Amirah tersenyum segan ke arah Sharifah Julia semula. Tapi dia beritahu juga bakal ibu itu walaupun pasti Sharifah Julia berfikir yang tidak-tidak padanya.
“ Saja belikan untuk bakal cucu aunty!" bisiknya sedikit perlahan tetapi dengan riak yang teruja.
“ Maksud aunty untuk bakal anak Puteri dengan Benz!" Sharifah Julia terkejut mulanya tetapi melihat wajah teruja kedua wanita dihadapannya dia tersenyum juga.
“ Oh, baguslah aunty. Tapi.." Sharifah Julia jeda. Bibir bawahnya digigit perlahan. Sebenarnya dia serba salah mengingatkan pernyataan yang di beritahu oleh adiknya beberapa waktu yang lalu.
“ Kenapa Lia?" soal Amirah hairan.
“ Benz kata, diorang tengah merancang. Tunggu Puteri habis belajar baru diorang fikir nak ada baby."
“ Oh, tak adalah lambat sangat tu! Lebih kurang 2 tahun aje lagi si Manja tu nak habis belajar. Tapi itu kata diorang. Tapi kalau Allah nak beri lebih cepat dari itu, kita kena bersiap sedia dari sekarang.” sambung Hasnah teruja.
“ Betul tu Lia. Kita ni manusia yang hanya merancang. Tapi Allah lebih tahu kemampuan kita di mana. Perancangan Allah tu selalunya yang lebih baik dari kemahuan kita. Insha Allah kita doa yang baik-baik untuk mereka ya.."
“ Yelah aunty. Harapnya begitulah. Bonda pun asyik persoal je tentang bakal cucu dia tu!"
“ Cakap pasal cucu, ni bila due Lia?" soal Amirah sambil menyentuh sedikit perut Sharifah Julia yang sudah memboyot ke depan itu.
“ Insha Allah aunty kalau tak ada aral masuk pertengahan puasa ni Lia bersalin lah." ujarnya teruja.
“ Oh, cepat aje ye. Harap Lia selamat bersalin dan dimudahkan urusan nanti ye,” ucap Amirah. dan Hasnah.
****
Hai.. we're back! Selamat membaca. Segala typo harap di maafkan. Tq for waiting this late update..Luv all to the moon n never been back..
Share this novel
Update pliss sis tq