Bab 4

Romance Series 77048

Dengan langkah yang berat Ann Layli gagah juga menapak ke laman rumah Hani Wardah. Orang dah beria terpaksalah dia terima ajakan.

Sampai depan pintu, belum sempat Hani Wardah memegang tombol pintu rumah terkuak dibuka dari dalam.

“ Abang dah balik?” Hani Wardah tersengih depan pintu. Tangan yang tadi menarik lengan Ann Layli dilepaskan lalu bersalaman dengan suaminya.

“ Baru balik. Sayang dah siap hantar semua makanan tu ke?” soal lelaki tu. Dia agak terkejut melihat ada seorang wanita dibelakang isterinya. Namun, wajah wanita tu tak berapa ketara dek terlindung susuk Hani Wardah di depan.

Ann Layli yang terkial-kial memasukkan telefon bimbit ke dalam poket baju kembali menala wajah bila dengar Hani Wardah menyapa seseorang yang sudah pasti suami wanita itu. Namun, segalanya bagaikan terhenti. Dadanya bagai mahu pecah. Figura di depan membuatkan jiwanya diruntun beribu perasaan. Mahu saja saat tu, dia berlari keluar dari perkarangan rumah Hani Wardah tapi bagai kakinya dipasak kuat pada lantai untuk bergerak.

“ Siapa?” soal suami Hani Wardah kembali padanya namun dengan nada yang agak perlahan.

Hani Wardah tersenyum sambil pandang belakang. Dia berpusing lalu menarik Ann Layli merapatinya dan memperkenalkan wanita itu kepada suaminya.

“ Nilah si budak Ann yang sayang cakap tu. Jiran sebelah. Sayang baru balik hantar makanan semua tu dengan dialah. Ni, nak ajak dia masuk makan. Penat dia tolong sayang tadi. Jom abang kita masuk makan dulu. Lapar dah ni. " Hani Wardah menarik tangan Ann Layli melintas suaminya dan masuk ke dalam rumah tanpa sempat menunggu keizinan dari suaminya.

Ann Layli yang terkejut dek tindakan drastik wanita tu tak sempat berkata apa. Tubuhnya bagai angin lalu ditarik dan di bawa masuk Hani Wardah ke dalam rumah langsung menuju ke dapur.

Manakala, Zen Huzaini tercengang dengan situasi di depan. Matanya menatap ambien seseorang yang amat dia rindukan. Ann! Ya Ann Layli. Gadis yang suatu masa pernah menjadi kesayangannya. Malah sehingga ke hari ini nama tu terpahat kemas dalam lubuk hati dan perasaan ya.

Tanpa sedar, ada perasaan gembira yang menyelinap dalam hatinya. Bertahun menjejak wanita tu namun hampa. Tapi kini doanya di makbulkan Allah. Dia berjaya menemukan Ann Layli dalam cara yang sungguh tak di sangkanya.

“ Abang.. " laungan suara Hani Wardah di depan pintu rumah mematikan lamunan Zen Huzaini. Terngadah dia sebentar.

“ Kenapa yang terjerit-jerit ni sayang?”

“ Jomlah masuk makan. Tetamu tunggu lama dah. Kita panggil dari tadi boleh pulak dia melamun kat sini.” bebel Hani Wardah. Mencerut masam wajahnya.

“ Yelah-yelah. Abang datang lah ni. " balas Zen Huzaini. Selipar di kaki ditanggalkan dan mula menapak ke dalam rumah membontoti langkah Hani Wardah.

**************

Sekejapan mata Zen Huzaini melirik ke arah wajah Ann Layli di depan. Serba tak kena wanita tu dibuatnya. Lauk pauk dan makanan serta pencuci mulut elok terhidang depan mata tak berusik dek Ann Layli. Mana taknya, renungan dan jelingan dari Zen Huzaini di depan yang acapkali memerhati riak dan gelagatnya mematikan gerakan Ann Layli.

Sementelah, Hani Wardah di sebelah suaminya pula sibuk menuang air ke dalam cawan mereka bertiga. Mereka duduk bersidang makan di meja makan dapur. Ann Layli yang perasankan tingkah laku lelaki tu duduk diam menunduk wajah. Dalam hatinya mengutuk geram akan tindakan Zen Huzaini.

Zen Huzaini masih seperti di awalnya. Menatap Ann Layli tanpa jemu. Ternyata wajah bujur sireh Ann Layli masih seperti dulu. Tiada yang berubah walau bertahun mereka terpisah. Yang pasti, rindu itu semakin menimbun. Dan jelas tergambar pada renungan matanya seakan bertanya kepada Ann Layli. Kemana gadis tu menghilang bertahun yang lepas?

" Ann tambah lagi roti jala tu. Banyak lagi. Tu kari ayam pun ada. Kalau tak suka boleh cicah dengan serawa durian ni." pelawa Hani Wardah. Kaserol berisi kuah durian di depannya ditolak ke arah Ann Layli.

" Err cu.. Cukup kak. Cukup. Banyak sangat dah ni. Tak tahu nak makan yang mana satu. Tengok pun dah kenyang.." gagap bercampur gementar dia berbicara. Dalam hati betapa dia risau kalau Hani Wardah perasaan yang suami wanita tu acapkali memandang dan merenung dirinya.

Hani Wardah tersenyum. Dia langsung menoleh ke arah suaminya dan mendapati pinggan suaminya sudah licin.
“ Abang nak tambah tak?"

Ann Layli gugup lalu segera menunduk. Gusar dia tak semena bila Hani Wardah tiba-tiba menoleh ke arah Zen Huzaini. Risau kalau - kalau kelakuan sumbang suami wanita itu tertangkap. Zen Huzaini pura - pura senyum setelah tersilap langkah. Dalam hati tak habis dia menyesali tindakan sendiri.

“ I'm full. Thank you." sudu diletakkan atas pinggan. Napkin mulut di sebelah dicapai. Di bawa lap ke tepi bibir dan diletakkan semula di tepi meja. Lengan Hani Wardah di raih dan dia sedikit menunduk rapat ke sisi telinga wanita itu.

“ Abang masuk dulu. Sakit kepala.” Zen Huzaini beralasan.
Tak boleh tidak, dia mahu beredar dari situ. Berlamaan mengadap wajah tetamu yang dirindui tu boleh buatkan dia hilang kewarasan.

“ Err, Ani.. makanlah. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri. ” ringan mulut Zen Huzaini bersuara menegur Ann Layli di depan.

“ Ish, abang ni. Nama dia Ann lah. Ada pulak Ani! ” sangkal Hani Wardah sambil menepuk bahu suaminya. Dia tergelak melihat wajah terkejut Ann Layli yang panggung kepala bila di sapa suaminya. Mahu tak terkejut kawan. Nama elok-elok Ann Layli ditukarnya Ani oleh Zen Huzaini. Lelaki tu pula garu kepala yang tak gatal sambil tersengih serba salah.

Ann Layli tersengih lalu mengangguk. Zen Huzaini lalu melangkah keluar dari dapur meninggalkan isteri dan bekas kekasihnya di situ.

“ Sorry Ann, suami kak tu memang pelupa orangnya. Semua nama orang dia tukar. Mungkin waktu masuk polis dulu kepala dia banyak sangat terhentak masa latihan. " ujar Hani Wardah mengekek.

“ Lagipun dia kata sakit kepala sikit. Sorry ehh.”

“ Tak apa kak. Saya yang segan. Mengganggu masa kak dan suami je nak berehat.”

“ Tak ada apalah. Tak ganggu pun. Dah jom makan lagi." ajak Hani Wardah. Ann Layli mengangguk lalu meneruskan suapan ke mulut.

Kini baru tenang sikit perlakuannya untuk makan. Dah tak ada orang merenung dan menjeling seperti tadi. Galau di hati juga beransur hilang. Tanpa sedar, Ann Layli mengeluh.

**************

“ Kau ingat Keri, hutang tetap hutang! " jerkah Kenji. Nafasnya turun naik. Hampir dia hilang pertimbangan tadi. Nasib ada orang suruhan disekelilingnya yang bijak mengawal keadaan. Nyaris dia tak belasah lelaki dihadapan dia tu. Kalau tak mahu lelaki tu tempah wad malam itu.

“ Ya, ya aku ingat. “ Lelaki yang duduk di kerusi di depan Kenji tu tunduk. Dia cuak saat Kenji menarik kolar baju kemejanya dengan tangan kanan masih di atas angin mahu melayangkan penumbuk. Nafasnya turut turun naik. Peluh sudah berjejer di sekeliling wajah. Perasaan gentar berlipat kali ganda menghentam dada. Siapa yang tak takut di gertak pihak ceti haram. Atau lebih dikenali sebagai lintah darat mahupun ah long.

Orang - orang Kenji berada di depan mahupun belakangnya saja. Dua orang bouncer berada di kiri kanannya juga turut memegang kedua belah bahu Muqri kejap. Mereka bersiap siaga memerhati tidak balas Muqri. Selangkah Muqri khilaf, maut sudah menunggunya.

“ Aku tak mahu budak-budak aku balik tangan kosong. Kau pinjam bukan sikit. Berjuta bro." Kenji beri peringatan lagi. Kedua tangannya menepuk kuat meja. Pistol yang berada di situ turut berganjak dari kedudukan asal. Malah jantung Muqri hampir saja copot sehinggakan bahunya terhinggut dek terkejut.

Matanya tak lepas memerhati pistol di depan. Bila-bila masa saja Kenji boleh mencapai pistol tersebut dan menghala ke arahnya. Oh tidak! Dia masih mahu hidup lagi. Mana mungkin dia membiarkan Kenji serta orang-orang lelaki tu menamatkan riwayat hidupnya secepat ini.

Kenji berpusing kelilingnya dalam bilik suram itu. Lampu mentol di atas kepala turut bergoyang ketika derap tapak kaki dari kasut kulit Kenji melangkah. Sahut-sahutan suara anjing liar diluar turut kedengaran menggila. Makin bercucuran peluh di tubuhnya.

Sudah dua hari dia di tahan di situ gara-gara terlewat bayar hutangnya pada minggu tersebut. Pada Ann Layli dia katakan dia ada kerja luar. Pada ketika itu, mana mungkin dia lari dari tempat persembunyian Kenji. Hidupnya bakal musnah jika lari meninggalkan sarang kotor Kenji.

Kalau tidak kepalanya pecah bersepai dek peluru Glock-17 mungkin tubuhnya bercerai tulang belulang dek gigitan dan koyakan rakus si anjing liar di luar. Jadi, jalan terbaik adalah membuat 'deal' terbaik dengan lelaki itu.

Kenji akhirnya berhenti tepat di depan Muqri. Setelah habis berfikir dengan baik dia menadah tangannya ke belakang. Sesaat, seorang pengikutnya berjalan ke arah Kenji dan meletakkan sesuatu ditangannya.

Kenji membawa tangannya yang berisi satu sampul dan diletakkan ke atas meja. Rokok yang tadinya di sepit ke celah jemari di bawa ke mulut. Dikemam sedikit sebelum menyedut asap itu dan kemudiannya dilepaskan ke muka Muqri apabila dia menunduk menyamai paras wajah itu lalu Muqri terbatuk kecil. Meruap wajahnya menahan lemas dek kepulan asap yang berlumba memenuhi rongga hidung dan dada.

Sampul yang ada di depan ditolak ke arah Muqri. Muqri membaca isi sampul. Panas rasa hatinya. Matanya terbelalak memandang Kenji. Tak puas hati.

“ Kau tak boleh buat macam ni! "

“ Apasal tak boleh? Aku punya duit. Kau pinjam tak boleh bayar maa.." ujar Kenji dengan ketawa panjang dan sengaja di buat-buat.

“ Hari tu kau janji lain. Sekarang lain. Kau tak boleh buat macam ni!” sangkal Muqri. Wajahnya bertambah cuak.

“ Itu hari kau pinjam 200k. Belum settle kau sudah tambah lagi. Bunga pun sudah naik bro!”

Sekali lagi Muqri baca surat 'aggreement' tersebut. Matanya meniti pada baris ayat 'once borowwed consider deals'. Hatinya bertambah kecut. Surat perjanjian sudah dia tandatangani di awal pinjaman dulu. Mana dia nak lari dalam keadaan genting ni. Bukan setakat diri dia saja jadi taruhan. Lebih parah, segala harta bendanya juga bakal disonglap habis-habisan oleh lintah darat tu.

“ Keri kau punya bini cantik. Body pun solid. Barang pun mesti baik. Kalau kau tak mau susah kau jangan cari masalah. Bayar macam kau janji.” Kenji tepuk bahu Muqri beberapa kali mengingatkan. Ibu jari kanan naik menolak hidungnya dengan lagak sekali.

Berdesing telinga Muqri. Panas dan merah wajahnya mendengar kata-kata Kenji. Dia mula tak senang duduk bila nama isterinya jadi bualan dalam 'perbincangan' yang tentunya tak berpihak pada dia.

“ Tolong Ken.. Tolong jangan libatkan isteri aku. Aku janji aku bayar. " pintanya separuh merayu. Pantas saja kaki Kenji diraih. Dia memeluk rapat kaki Kenji. Dia akan buat apa saja demi keselamatan Ann Layli.

Kenji bertambah seronok dan galak ketawa. Sehingga bergema kuat di ruang kawasan bilik gelap itu. Hatinya terasa digeletek kuat dek rayuan Muqri.

Itulah manusia, masa menabur janji bukan main manis lagi. Bila tak mampu tunaikan dia menabur janji lagi. Terus terusan berjanji sehingga janji makan diri.

“ Macam mana kau mau bayar? Kau punya business makin jatuh. Aku mau cash money macam kau pinjam. Sekarang apa kau nak cagar lagi? Aku cuma nampak isteri cantik kau saja! " tempelak Kenji. Dia kemudian menyepak Muqri yang melekat di kakinya lalu bergerak ke kerusi dan duduk bertindih kaki.

Muqri tak puas hati. Dia masih mahu memujuk Kenji. Dia bangun dengan bibir yang pecah lalu memaut lagi kaki Kenji yang duduk di kerusi di depan. Kedua tangannya melekap satu sama lain dan di angkat memohon ke arah wajah Kenji. Merayu.

“ Aku janji Ken.. Aku janji aku bayar. Tapi tolong jangan usik bini aku. Dia tak tahu apa-apa. "

“ Baguslah dia tak tau apa-apa. Senang sikit kerja aku. Aku boleh arahkan orang-orang aku 'train' dia. From zero to hero." bertambah galak Kenji menyakat Muqri. Dia berasa seronok melihat Muqri merayu pada dia. Bagai ada satu perasaan puas di situ.

“ Jangan Ken.. Aku janji aku bayar. Mak aku ada tanah di kampung. Kau bagi aku masa sampai hujung minggu ni. Aku pasti bayar." ini saja peluang yang dia ada. Dan dia akan pastikan tanah mak di kampung menjadi sandaran asalkan Ann Layli tak menjadi taruhan.

Setelah berdiam diri beberapa ketika Kenji bangun dari duduk. Dia membetulkan jaket kulit yang tersarung di badan. Bahu bajunya dikuis beberapa kali membuang kotoron walaupun tak nampak kotor. Dia panggung kepala melihat wajah Muqri yang sugul lalu memanggil seorang bouncer di belakangnya. Dia berbisik entah apa lalu bergerak pergi.

Bouncer yang tadi bergerak merapati Muqri lalu menarik kolar baju lelaki tu kuat. Terhuyung hayang Muqri bangun bila ditarik. Dengan sekali hayunan, Muqri jatuh tersungkur. Dia mengerang kesakitan bila perutnya menerima tumbukan padu dari bouncer yang berbadan tegap dan sasa tu.

“ Hujung minggu kita jumpa lagi. Aku mahu tanah yang kau cakap. Kalau tak, bini kau... " ujar bouncer tersebut dengan menunjukkan jarinya ke batang lehernya seakan mengelar.

Terus Muqri angguk bertalu-talu. Beberapa orang bawahan Kenji yang lain datang mengangkat Muqri dan membawanya keluar dari bilik suram itu.

**************

“ Abang!" terjerit kuat Ann Layli. Terketar-ketar tangan Ann Layli memaut tubuh Muqri yang jatuh tersungkur depan pintu rumah. Dia yang tadi ralit menonton televisyen kelam kabut bangun dari sofa apabila terdengar loceng rumahnya di tekan berkali-kali. Sebaik pintu dan gril di buka sekujur tubuh yang sangat dia kenali jatuh longlai depan mata.

Sebaik menarik Muqri masuk ke dalam, Ann Layli mendapatkan peti kecemasan. Dia membawa keluar ubat antiseptik dan krim luka serta kapas.

Berdesah Muqri apabila kapas yang dah siap disapu ubat antiseptik tu ditekan ke tepi bibirnya. Hinggakan terangkat tangannya mahu menepis tangan si isteri.

“ Abang gaduh dengan siapa? Kenapa sampai luka teruk macam ni. Jom kita pergi klinik lepas tu buat report."

“ Sikit aje ni. Tak payah klinik ke apa. Report polis pun tak payah. Esok baik la."

“ Baik apa macam ni. Makan masa nak pulih. Saya risau la. Abang ada musuh ke?" soal Ann Layli tak puas hati. Kapas antiseptik tadi di buang dalam tong sampah kecil di tepi sofa yang dia bawa dari dapur. Tubuh badan Muqri yang lain dia belek. Risau kut-kut ada tempat lain lagi yang luka atau terkehel.

“ Tak ada. Tak payah risaulah.” ujar Muqri lalu bersandar pada dada sofa. Dia memejamkan matanya. Cuba menenangkan fikiran yang serabut.

“ Kalau tak ada, siapa yang pukul abang ni? " risau Ann Layli bersoal lagi. Muqri hanya berdiam diri. Malas mahu berpanjang cerita.

“ Betul ni abang tak nak pergi klinik. Kalau tak nak pergi klinik kita pergi buat report. Saya risau kalau ada orang tak baik nak bermusuh dengan abang." Ann Layli bangun dari duduk. Dia mahu bersiap untuk membawa Muqri membuat report.

“ Abang okay."

“ Abang tak okay. Jomlah abang kita pergi buat report." Ann Layli menggoncang bahu Muqri. Beria-ia dia mahu mengajak suaminya tu. Riaknya sungguh penasaran. Melihat Muqri longlai begitu buatkan dia bertambah risau.

“ Kau tak faham bahasa ke hah! Aku cakap tak payah tu tak payah lah. Bukannya aku mati pun!" kasar dan kuat Muqri menengking. Malah rahang Ann Layli dicengkam kasar. Jari telunjuknya naik memberi peringatan pada Ann Layli.

“ Abang sakit.." Ann Layli cuba menahan tangan besar Muqri dari terus mencengkam rahangnya. Air mata terasa berlinang ditubir mata. Pertama kali dia dikasari Muqri sepanjang tiga bulan perkahwinan mereka. Dia amat terkejut dan tak menyangka Muqri sanggup berbuat begitu. Terketar-ketar tubuh Ann Layli menahan esak nangis.

“ Tahu kau sakitkan. Ini last warning aku. Kalau kau sebut lagi pasal nak buat report siap kau aku kerjakan! " bentak Muqri. Rahang Ann Layli dilepaskan kasar lalu dia meninggalkan Ann Layli. Bengang dia dengan tindakan terburu-buru Ann Layli.

**************

Hey ya! Plot baru nak bermula. Next chap kita garap yang best2 lagi. Ann Layli okay ke tu? Zen Huzaini aka Ajai saja lupa ke atau buat2 lupa tu?? Selamat membaca. Jangan lupa tinggal kan komen. P/s : Terima kasih yang sudi baca. Pls vote ya! Nanti kan lagi new chapter dari whitelily :) Yang nak komen pun dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience