Bab 39

Romance Series 77048

Benz Fahri sedang khusyuk. Mata tak lepas memandang Jared Leto sedang beraksi sebagai yakuza menentang ‘traitor’ Ochiro antara keluarga Shumeitso dan Akhiro menggunakan ‘katana’ di layar kaca skrin besar itu.

Aksi tangkas lelaki itu membuatkan nafasnya menderu seakan dia sedang berlawan. Turun naik dan kelihatan urat lehernya tegang menandakan adrenalinenya turut berpacu mengikut rentak aksi.

Sehingga fokusnya terganggu akibat ketukan di muka pintu berulang kali. Yang membuatkan dia terpaksa mencapai alat kawalan agar dapat menghentikan seketika cerita aksi Jared Leto yang bak ninja itu ke muka pintu.

Tok! Tok!

“ Masuk!” Kepala di bawa menoleh seraya bersama arahan ke pintu.

Figura bonda tersayang terjengul di situ bersama senyuman nipisnya.

Ruhana melangkah merapati katil sofa yang dikuasai sepenuhnya anak bujangnya itu.

“ Bonda ganggu ke?”

Benz Fahri hanya mampu tersengih menyambut kedatangan sang ibu. Badan di bawa berkalih ke tepi. Menepuk lembut tempat di sisinya lalu mengisyaratkan Ruhana duduk di situ.

“ Hujung minggu anak bujang orang lain keluar dating, outing, flirting..tapi anak bujang bonda duduk watching pulak! Haih.." bebelnya.

Tergeleng kepala Ruhana melihat anak bujangnya di hujung petang minggu itu. Lantas, mata di bawa pandang ke depan melihat layar kaca bersaiz 80 inci di depan yang membeku dengan aksi lelaki Amerika sedang memancung lelaki Jepun di situ. Bertambah gelengan kepalanya. Entah apa-apa cerita yang ditonton Benz Fahri ni!

“ Again!”

Benz Fahri mencapai Forbes Magazine yang terbuka tersadai atas meja kopi dihadapannya lalu di bawa menekup ke wajah. Dia menggumam entah bahasa apa di bawah kertas putih itu.

“ Tak betul ke apa yang bonda cakap ni? Cuba hari minggu macam ni keluar ambik angin sikit. Tenang-tenangkan fikiran dekat luar sana.” ujar Ruhana.

Tangannya menarik majalah itu dari wajah si anak. Diletakkan semula atas meja kopi di hadapan. Terpapar wajah kelat anak lelaki bongsunya itu dengan mata terpejam rapat.

“ Enam hari dah sibuk bekerja. Cuba rehatkan badan dan minda tu sama. Kerja tu sampai bila pun tak habis. Badan tu nak pakai lama. Esok-esok bila badan terlampau stress, dapat penyakit nanti susah.” nasihat Ruhana.

Benz Fahri menjatuhkan kepalanya berkali-kali memandang Ruhana dengan senyuman kelat tanda mengiakan fakta bondanya.

“ Tamam! Tamam!”

“ Habis tu kenapa tak keluar?”

“ Keluar ke mana?”

“ Keluar la ke mana-mana pun. Asalkan tak terperuk dalam rumah macam anak dara!”

“ Tak minat.”

“ Habis tu takkan sehari suntuk duduk terperam dalam bilik ni nak tengok TV?”

“ Okay apa. Boleh healing.” sengih Benz Fahri. Bantal kusyen dicapai dan dibawa ke pelukan. Melentokkan kepala ke situ dengan damai.

“ Healing apa kalau tengok TV movie lawan-lawan gini. Banyak violence je bonda tengok. Tak ada gaya macam orang nak kahwin langsung." bebel Ruhana. Memicing matanya sebal melihat aksi di layar kaca TV itu.

Benz Fahri menoleh ke arah Ruhana dengan mulut sengetnya.

“ Apa kena mengena nak kahwin dengan tak boleh tengok cerita aksi?”

“ Nak belajar jadi ganas ke? Nanti pukul isteri. Dera isteri. Macam tu? Orang belajar bercinta. Tak ada la nampak kayu je bila dah kahwin nanti.” ujar Ruhana pelik.

“ Nanti-nanti je Ben belajar. Kan lambat lagi nak kahwin.”

“ Lambat apanya Ben. Lebih kurang setahun je lagi. Pejam celik pejam celik sampai dah waktu. Takkan masa tu baru sibuk nak belajar. Baru sibuk nak buat persediaan. Ben nak bina masjid. Bukan bina pondok. Tapak asas kena kukuh. Kalau tak nanti pecah terbelah. Tiang tiang nak kena bina tegak. Kalau senget cepat juga roboh.” nasihat Ruhana.

“ Ya bonda. Ben faham.”

“ Faham tapi tak terkesan dekat hati susah. Ben kena belajar kenal diri dan pasangan, belajar kenal kepercayaan diri dan pasangan, belajar bina tahan kesabaran diri dan pasangan..semua tu antara asas. Kalau tak mula dari sekarang, bila nak mula?”

“ Kahwin nanti boleh bonda. Lebih afdal. Bercinta lepas kahwin lebih manis.” senyumnya mengembang.

“ Memang manis. Tapi kalau satu apa pasal Ann pun Ben tak tahu, macam mana nak bercinta lepas kahwin? Lagipun orang nak kahwin mesti sibuk ke hulu ke hilir siapkan persediaan. At least, buat survey untuk majlis. Ini tak, sibuk menonton entah apa-apa cerita yang tak masuk akal.” bebel Ruhana. Masih tak puas hati dengan cerita yang ditonton anak bujangnya itu.

“ Lambat lagi bonda majlis tu. Lagipun, bonda kan dengar Ann cakap haritu..tak boleh berhubung dengan dia langsung. Macam mana nak buat persediannya?"

Ruhana tergelak. Peha Benz Fahri di tepuk manja.

“ Penat je bonda dengan babah hantar Ben belajar jauh-jauh. Tapi akal cetek!”

“ Betul apa? Apa yang ceteknya?”

“ Tak boleh berhubung maksudnya tak ada la sampai semua benda pun tak boleh tahu. Dia cuma nak Ben bagi dia masa berfikir je. Bukan langsung tak boleh tanya pasal semua persediaan perkahwinan kamu berdua?"

“ Dahtu tak boleh through call, message, socmed semua nak through macam mana lagi? Kalau dia izinkan berjumpa pun, takkan bonda nak suruh Ben usung dia ke hulu ke hilir.” Benz Fahri garu kepala yang tak gatal.

“ Eh budak ni! Memang la bonda tak benarkan Ben buat macam tu. Berani lah, bonda potong kaki tu. Bonda dan Kak Lia kan ada.”

“ Maksudnya?"

“ Bonda dan Kak Lia akan uruskan untuk Ben. Ben cakap je nak yang macam mana..” ujar Ruhana memberikan cadangan.

Oh! begitu..

“ Terima kasih bonda. Kalau macam tu Ben serah kat bonda semua je. Hire je mana-mana wedding planner yang bonda rasa bagus. And I've no doubt at all!”

“ Betul?"

“ Ben ikut je. As long as cantik dan menarik dekat mata bonda dengan Ann nanti. I'm agree.” putusnya memberi persetujuan.

“ Cakap macam tak excited pula nak kahwin? Ben okay ke tak ni?” soal Ruhana.

“ Ben okay bonda. Takkan la nak tunjuk excited menari terkinja-kinja pula. Ben bukannya umur budak tadika empat tahun bila dapat hadiah. Cukup Ben je tahu perasaan nak kahwin tu macam mana. Tak perlu tunjuk pun.” balas Benz Fahri.

“ Ben..ni perkahwinan. Bukannya perkara main-main. Sekali seumur hidup kita nak tempuhi. Buatlah yang terbaik. Kurang-kurang ada benda baik yang akan kita kenang sepanjang tempoh perkahwinan tu. Yang buatkan kita rasa berbaloi untuk tempuh setiap ujian dan dugaan yang akan wujud dalam fasa perkahwinan kita nanti.” pesan Ruhana.

“ Ya bonda. Insha Allah Ben akan ingat setiap pesanan manis bonda ni.. Bonda jangan risau kay.. Persedian perkahwinan semua Ben serahkan pada bonda. Ben tak kisah asalkan Bonda dengan Ann happy je.”

“ Sementara Ben ni bujang lagi apakata bonda tolong Ben buat satu benda... Esok-esok kalau dah kahwin, bonda mesti rindu dekat Ben. Nak Ben manja-manja dengan bonda kan? Haa...” sengihnya. Lengan Ruhana dipicit-picit lembut. Seolah-olah sedang membodek.

Ruhana menjongketkan keningnya.

“ Apanya?”

Benz Fahri mengarah Ruhana agar beralih duduk ke hujung katil sofa tersebut.

Sementara dia pula kekal duduk di sofa bed hujung sini seraya membuka baju tee polo putihnya dan disangkut di kepala sofa bed. Merebahkan tubuh dalam posisi meniarap dan meletakkan kepalanya di ribaan Ruhana.

“ Tolong picit belakang. Sengal la bonda.”

Ruhana menggeleng kepala. Dia sudah dapat mengagak tindakan si anak bujang itu. Tak lain hanya mahu meraih kemanjaan di samping mahu dia berhenti dari membebel dan berceloteh panjang. Sudah di hafal setiap tindakan serta sikap anak-anak. Masing-masing punya gaya tersendiri.

“ Dah tua bangka pun nak minta picit-picit lagi. Manja..”

Namun, tapak tangannya ringan saja menyentuh permukaan kulit putih Benz Fahri itu. Mula mengatur gerakan jemarinya ke belakang badan dengan memicit-micit otot Benz Fahri yang dikatakan sengal itu.

“ Manja dengan bonda je.. Takkan nak manja dengan Kak Lia pulak. Mahu abang kejar dengan kayu golf!” gumam Benz Fahri dengan suara kembang di ribaan Ruhana.

“ Tak apa, nanti dah kahwin manja-manja dengan Ann je! Senang isteri sendiri.” usik Ruhana.

“ Bonda....”

“ Betul apa bonda cakap ni. Esok-esok dah kahwin, suruh isteri Ben je yang picitkan. Takkan dah kahwin pun nak suruh bonda lagi."

“ Ben kan anak manja Bonda. Mesti Bonda takkan tolak punya kalau Ben suruh.”

Ruhana terkekeh suka. Benz Fahri memang seorang anak yang selalu menyenangkan hatinya. Tidak kira di waktu susah mahupun senang anak itu seringkali dapat membuaikan jiwanya.

Kini dia akur dengan kata anaknya, bahawasanya jika anak itu sudah berkahwin nanti, pasti dia akan merindui momen seperti itu dengan Benz Fahri.

******

“ Bang, saya nak tukar lokasi ya. Tak jadi ke KPJ. Kalau tambah caj pun tak apa. Saya bayar berapa je yang abang minta.” ujar Ann Layli setelah masuk ke dalam grab yang di tempahnya tadi.

Hampir sepuluh minit menamatkan perbualan dengan Zen Huzaini tadi, grab yang di pesannya tiba. Ann Layli melangkah pantas mendapatkan grab tersebut dan memboloskan diri ke dalam.

Pemandu grab memandang Ann Layli melalui cermin pandang belakang saat wanita itu berlabuh di seat penumpang. Berkerut dahinya memandang Ann Layli dengan wajah cemas.

“ Tukar ke mana cik?”

“ Ke KLIA. Lepas tu ke Astana Idaman.”

“ Jauh tu cik. Tambang ni ikut lokasi.”

“ Tak apa, saya bayar. Kes kecemasan ni! Tolong ya bang.” pujuk Ann Layli dengan wajah mengharap.

“ Hmmm..bolehlah.”

Nissan Almera berwarna hitam itu meluncur laju membelah jalan menuju ke lokasi baharu seperti permintaan pelanggannya.

******

“ Ann..” panggil Zen Huzaini apabila menoleh ke belakang memandang Ann Layli yang duduk di seat belakang.

“ Ya.”

“ Ann okay tak ni?”

“ Ann takut. Risau sangat-sangat pasal Kak Hani. Kenapa Ajai balik awal? Kak Hani cakap lagi dua hari?” soal Ann Layli setelah menyatakan keadaan dirinya yang agak kerisauan itu.

“ Duty habis awal.. Err..macam mana Hani boleh pengsan?" soal Zen Huzaini setelah menjawab pertanyaan Ann Layli.

“ Tak tahu. Kawan ofis dia nama Salmi called. Dia cakap Kak Hani pengsan sebelum waktu rehat tengah hari tadi.” beritahu Ann Layli sebak.

Kepalanya dari tadi sakit berdenyut memikirkan bagaimana akan keadaan Hani Wardah sekarang. Selagi tak nampak depan mata, selagi itu pelbagai andaian buruk menerpa fikiran dan benaknya. Risau, takut, gelisah, serba salah semuanya menjadi satu.

Zen Huzaini melepas keluh. Alto di tangan ditilik. ‘ Ah pukul 5 petang!’

“ Dia sakit apa?” soal Zen Huzaini lagi meminta kepastian. Baru semalam dia bercakap dengan isterinya itu. Tak ada pula Hani Wardah mengadu apa-apa. Suara juga terdengar sihat-sihat aje.

“ Start dari pagi semalam Kak Hani muntah-muntah. Dia tak lalu makan. Perut pedih. Dia cakap kepala pun pening-pening. Ann pujuk dia nak bawa pergi klinik tapi dia berkeras tak mahu. Dia cakap dah makan ubat. Pagi ni sebelum keluar kerja nampak dia dah okay. So..Ann assume dia okay lah. Pukul 2 tadi kawan ofis dia called bagitahu Kak Hani ada dekat KPJ.” senafas Ann Layli menuturkan kronologi kejadian yang membawa Hani Wardah ditimpa kecelakaan itu.

Sekali lagi terdengar keluhan berat terlepas dari bibir Zen Huzaini itu. Kenapa la menyeksa diri?

“ Hani tu penakut makan ubat. Mesti dia tak ambik ubat tu!” pelipis dipicit kuat dengan mata di bawa menala ke cermin hadapan daripada pandangan Ann Layli. Runsing!

Baru je balik nak seronok-seronok. Nak happy-happy dengan dua orang kesayangannya. Sudah jadi begini pula. Bertambah runsing kepalanya.

“ I'm sorry!”

Zen Huzaini mengiring tubuh sedikit ke belakang memandang wanita itu. Keningnya terjongket apabila mendengar kata maaf Ann Layli.

“ For?”

“ Sebab tak jaga Kak Hani baik-baik. Sampai dia sakit. And now she's in hospital.” sebak suaranya.

Air mata mulai gugur di pipi Ann Layli namun cepat dia kesat lalu membawa wajah pandang ke luar tingkap. Segan apabila ditatap Zen Huzaini yang melihat dia menangis.

Tangan Zen Huzaini terhulur ke celah ruangan. Menggenggam tangan Ann Layli dan dielus perlahan.

“ Don't be! It's not your fault. Dah memang dia nak sakit. Nak buat macam mana. Sabar kay! Kita balik rumah dulu lepas tu kita melawat dia. Doa yang baik-baik, so yang baik-baik juga akan datang kepada dia dan berbalik kepada kita.” pujuk Zen Huzaini.

Hatinya turut rasa sedih mengenang isterinya ditimpa musibah itu.

Pun begitu, melihat Ann Layli si pujaan hati bersedihan begini juga membuatkan hatinya tersiat. Belum apa-apa lagi hubungan mereka sudah diuji. Tetapi itu tidak membuatkan dia patah semangat. Dia perlu kuat dan bersabar menghadapi semuanya.

Ann Layli menarik nafas berat. Dia pandang Zen Huzaini seketika sebelum tunduk pandang genggaman lelaki itu pada tangannya. Tersedar, pantas tangannya dilarikan.

“ Sorry!”

Ann Layli angguk menerima kata maaf tersebut namun di dalam hati berasa kesal kerana terleka membiarkan lelaki itu menyentuhnya. Perasaan bersalah menyelinap perlahan ke lubuk hati.

“ Okay dah sampai. Berapa bang tambang?” Zen Huzaini bertanya. Lekas, tali pinggang keledar di buka.

Pemandu grab melihat amaun yang tertera pada skrin telefon pintarnya sekilas sebelum memandang Zen Huzaini bersama senyuman keresahan.

“ Maaf bang caj mahal ni. Sebab pesanan luar aplikasi.” ujarnya serba salah sambil menggaru dagu.

“ Tak apa, berapa pun saya bayar!” ujarnya.

Seraut senyuman dilemparkan buat pemandu grab lelaki yang berusia awal 30an tu agar lelaki itu bisa berfikir yang dia sememangnya ikhlas mahu membayar berapa saja jumlahnya yang dipinta.

“ 108 kilometer termasuk jammed dari sungai besi ke LKSA tadi.. semuanya RM 263 bang.” Akhirnya terlontar juga ayat di bibir pemandu grab itu.

Angguk. Tanpa banyak soal, Zen Huzaini terus menyeluk poket dan mengeluarkan walletnya. Menarik tiga keping not ungu lalu diserahkan kepada pemandu tersebut.

“ Baki dia awak simpan. Terima kasih bawa kami dengan selamat sampai ke destinasi.” ujarnya. Tangan Zen Huzaini menggenggam pegangan pemandu grab itu mengisyaratkan agar menerimanya.

“ Eh bang banyak ni. Jangan macam ni bang.” tolak pemandu grab tadi. Not ungu dalam genggaman dia pandang. Serba salah nak mengambil baki sebanyak RM 37 lagi.

“ Tak apa, anggap je saya bersedekah. Dan..kalau boleh tolong doakan kesejahteraan dan kesihatan isteri saya di hospital sekarang ni.” ujar Zen Huzaini dan memohon pemandu itu agar mendoakan kesembuhan buat Hani Wardah.

“ Kalau gitu, terima kasih bang. Lebih kurang mintak halal ya. Terima kasih banyak-banyak. Saya doakan isteri abang cepat sembuh.” ujar pemandu grab lagi. Tangannya dihulur mahu bersalaman dengan Zen Huzaini.

“ Sama-sama.” Zen Huzaini menyambut salam pemandu grab itu.

Setelah itu, dia keluar dari perut kereta. Membuka pintu penumpang di belakang mahu memanggil Ann Layli tetapi wanita itu sedang ketiduran. Menundukkan tubuh, dia mula memanggil Ann Layli.

“ Ann, kita sampai dah ni.”
ujar Zen Huzaini lalu menggerak Ann Layli yang sempat terlelap di kerusi penumpang belakang itu.

Terkejut dengan gerakan Zen Huzaini, segera kelopak matanya terbuka. Terpinga-pinga dia seketika. Kepala di bawa menoleh kiri kanan. Dan..baru dia tersedar yang mereka sudah sampai.

“ Dah sampai ni. Jom turun. Takkan nak suruh abang dukung pulak!” ulang Zen Huzaini bersama usikan nakalnya.

Ann Layli tertunduk segan. Mengenangkan dia masih di dalam grab dan menjadi perhatian pemandu grab itu, laju saja gerakan Ann Layli mengesot ke arah pintu kereta lalu keluar dengan laju dan menonong masuk ke rumah

Zen Huzaini menggeleng kepala melihat aksi kelam kabut Ann Layli.

*******

Enjoy reading! Happy weekend all :⁠-⁠*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience