Bab 52

Romance Series 77048

Pak Bakar sedang mencangkul di belakang rumah lewat pagi itu apabila terdengar suara seseorang memberi salam. Meletakkan cangkul ke tepi, jalannya diatur ke hadapan rumah. Tuala kecil yang tersangkut di bahu ditarik melepasi kepala lalu mengelap wajahnya yang bersisa peluh.

“ Waalaikumsalam. Ha Mie ada hal apa kau datang rumah aku ni?" soal Pak Bakar sebaik melihat susuk Raimi yang menghampiri beranda rumahnya.

Raimi yang sedang berjalan bersisian di sebelah seorang wanita yang sedang mengendong bayi itu tersengih apabila di sapa bapa saudaranya. Tak jadi melangkah ke dalam rumah, dia berpusing turun dari beranda diikuti wanita itu. Pak Bakar yang sedang mengelap peluh dihujung tangga beranda dia soal sebaik merapati lelaki itu.

“ Mak Lah ada rumah tak? Ni ha, adik cantik ni nak jumpa dengan Mak Lah. Ada hal katanya." beritahu Raimi. Pandangannya ditujukan ke arah wanita itu bersilih ganti dengan Haji Bakar yang berada dihadapannya. Sesekali Raimi tersenyum simpul memandang wanita itu.

Mengangkat wajah, Pak Bakar memandang susuk wanita yang disebutkan oleh Raimi itu. Usianya mungkin melewati pertengahan dua puluhan. Wanita itu juga kelihatan cantik dan bergaya. Gayanya juga agak sofiskated. Tetapi di sebalik semua itu, wajahnya menyiratkan sesuatu. Riaknya tampak keruh seperti sedang memanggung masalah berat.

Mata Haji Bakar dibawa pula memandang ke arah bayinya yang sedang terlena pulas di dalam gendongan wanita itu. Bayi perempuan yang mungkin berusia lebih kurang 5 ke 6 bulan mengikut perkiraan kasar lelaki itu. Kelihatan seorang bayi perempuan yang sangat comel sedang mengisap puting bersama mata yang terpejam rapat. Alis matanya yang lentik itu mirip seseorang membuatkan Pak Bakar ralit merenung bayi itu sehingga deheman Raimi mengembalikannya ke dunia realiti.

“ Mana kau jumpa cik ni? Pak cik rasa ni bukan kenalan Mak Lah kamu." soal Pak Bakar.

“ Cik ni datang kat kedai Abang Saleh tadi. Dia minta kami bawakan dia ke rumah waris Muqri. Jadi saya tawarkanlah diri memandangkan saya sepupu arwah." beritahu Raimi sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia juga baru bertemu dengan wanita itu sebenanrnya. Tidak banyak yang dia tahu melainkan apa yang diceritakan wanita itu. Itupun ketika dia sedang bermain dam aji dengan rakan rakan kampungnya yang lain di kedai desa di hujung kampung ketika wanita itu datang bertanyakan kepada mereka dimanakah letaknya rumah Haji Bakar dan Hajah Jamilah. Puas sudah mereka bertanyakan hajat serta tujuan sebenar wanita itu tetapi sampai ke sudah tidak pula wanita itu khabarkan kepada mereka. Katanya hanya mahu bertemu dengan waris Muqri sahaja. Jadi, Raimi menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke rumah kedua ibu bapa saudaranya. Dan sekarang di situ lah mereka.

Pak Bakar mengangguk angguk mendengar penjelasan Raimi.

“ Dah, kau baliklah. Terima kasih tolong bawakan dia ke mari." Ucap Pak Bakar. Dia ldapat merasakan ada hal penting yang di bawakan gadis itu ke rumahnya kalau tidak masakan dia tidak menceritakan hajatnya kepada orang kampung di kedai tadi.

Raimi yang sudah faham dengan pendirian Pak Bakar yang tidak suka orang mengetahui hal rumah tangganya, terus berpaling dan beredar meninggalkan wanita berkenaan dengan Pak Bakar walaupun perasaan ingin tahunya membuak-buak. Melihatkan wajah keras Pak Bakar seperti itu, tidak mungkin dia menunggu lama mahu mencari tahu hal mustahak yang di bawa wanita itu. Silap haribulan Pak Bakar bertukar menjadi harimau jadian pula. Bukan dia tidak tahu tentang baran lelaki paruh baya itu. Tambahan, semenjak kematian Muqri yang meninggalkan banyak hutang dan masalah untuknya. Bertambah baran jadinya lelaki itu. Mak Milah juga sekarang seperti sudah hilang taring untuk berdebat dengan suaminya jikalau ada hal yang dia mahu bangkang. Mudah saja dipatahkan Pak Bakar kerana tidak mahu menuruti kehendak isterinya yang banyak ragam itu.

“ Duduklah. Saya Haji Bakar. Panggil saja Pak bakar. Nama cik siapa? Datang dari mana? Bawakan hajat apa untuk Hajah Jamilah isteri saya tu?" soal Pak Bakar menyiasat. Mahu lebih dulu tahu duduk perkara sebenar sebelum membawakan Hajah Jamilah bertemu dengan wanita tersebut.

Susuk gadis berbaju dress floral berwarna oren dan hijau itu dia persilakan duduk ke arah pangkin kayu yang terdapat di hujung anjung rumahnya.

Wanita itu menurut. Dia meletakkan bayinya ke atas lantai pangkin sebelum bangun berdiri lalu menghulurkan tangannya ke arah Pak Bakar yang masih berdiri di hujung anjung. Berkerut dahi orang tua itu kerana hairan tetapi tetap juga menghulurkan sepasang tangan tuanya buat wanita di hadapan.

“ Saya Anita. Ini anak saya, Qaireen. Saya dari Kuala Lumpur pak cik." balas Anita sedikit gementar. Gugup kerana melihat wajah Pak Bakar yang tampak bengis. Malah, gaya lelaki paruh baya itu juga sangat serius dan tidak mesra orangnya. Naik takut Anita mahu menyampaikan hajat yang tersimpan di hati. Mengenggam tangan yang sedikit gementar, Anita cuba mententeramkan perasaan cuaknya itu.

Pak Bakar angguk. Langsung kaki di bawa menghala ke arah pangkin bersebelahan tidak jauh dari Anita. Duduk; dia membuang pandang ke halaman rumahnya yang sudah bersih di sapu sebelum menoleh ke arah Anita dan bayi kecil di dalam gendongannya. Hatinya terbersit sesuatu tetapi lekas dia sangkal sebelum mengetahui tujuan asal wanita berambut blonde seperti gadis mat saleh itu. Bimbang bersangka buruk pula.

Diam-diam Pak Bakar memerhati tindak tanduk Anita. Wanita itu tampak tidak selesa duduknya, cuak malah gementar. Sesekali matanya mengintai halaman dan ruangan dalam rumah Haji Bakar. Menilik dan menilai entah apa. Reaksinya saat itu jelas menyimpulkan ada sesuatu perkara besar yang mahu Anita sampaikan kepada isterinya.

Jelas sudah Pak Bakar tentang keinginan Anita yang mahu bertemu dengan pemilik nama Hajah Jamilah seperti yang di beritahu Raimi di awal kedatangan mereka tadi.

Deheman Pak Bakar lekas membuatkan pandangan Anita kembali di tala ke arah orang tua itu semula. Sebaik bersabung, wajah serius Pak Bakar masih melatari riaknya.

“ Anak cari siapa sebenarnya? Apa kaitan Hajah Jamilah isteri pak cik tu dengan Anita? Pak cik tak rasa kedatangan Anita ni tidak mustahak. Tentu ada perkara penting yang mahu Anita sampaikan kepada Hajah Jamilah?" soal Pak Bakar ingin tahu seraya ingin mematikan teka teki yang bersarang di dalam kepala. Ada baiknya, dia mencari tahu dahulu tentang hajat Anita sebelum di bawanya wanita bergaya terlebih barat tersebut bertentangan mata dengan isterinya, Hajah Jamilah. Kalau terus di bawa kepada Hajah Jamilah risau masalah saja yang datang. Elok hal kecil, langsung menjadi besar dan bawa petaka. Bukan dia tidak tahu tentang perangai isterinya yang selalu terburu-buru membuat keputusan sehingga mengundang lebih banyak perkara buruk. Jadi, sebelum masalah bertambah, lebih baik dia yang tanganinya.

“ Erm..." gumam Anita. Kedua jemarinya yang saling bersulam dimainkan resah. Peluh juga sudah merenik di sekitar wajah. Soalan Haji Bakar benar-benar buatkannya hilang keyakinan. Gugupnya benar-benar menguasai tubuh. Itu membuatkannya sukar mahu berterus terang tentang tujuannya ke situ. Rangka ayat yang sebelum ini dia karang, entah berterabur ke mana sebaik wajah garang Haji Bakar dia tatap.

“ Anita?” Pak Bakar menyeru. Bebola mata Anita yang jelas menyimpan sesuatu dia tatang dengan penasaran.

Anita menoleh. Keyakinannya terus di gali dengan susah payah walaupun udara nyaman sedang dia hirup saat itu. Liur ditelan pahit. Tetapi tidak sepahit kenyataan yang bakal dia ceritakan malah tidak sepahit kenyataan yang dia rasa semenjak kelahiran Qaireen Muliya. Menarik nafas, Anita lepaskan perasaan risau dan takut yang bersatu itu.

“ Muqri.." bibirnya terhenti dari bertutur sebaik terasa gerakan kecil di dalam gendongannya. Menjatuhkan pandangan ke arah bayinya, air hangat meleleh turun ke pipi. Wajah Qaireen yang terjaga dari tidur dipandang sayu. Seakan mengerti masalah yang mengelilingi ibunya, mata bundar Qaireen bagaikan tersenyum memberi semangat. Tangan kecilnya tergapai gapai keluar dari balutan kain cuba menyentuh dada Anita. Mungkin mahu mententeramkan hati ibunya.

Tangan Anita terangkat membelai puncak kepala Qaireen langsung menyeka air hangat yang meleleh di pipi. Wajah seseorang yang menghiasi wajah Qaireen membuatkan Anita menjadi lebih sakit tetapi saat ini bukan masanya mahu meratapi nasib diri. Tubuh kecil itulah yang seharusnya mendapat haknya. Berfikir sejenak, langsung nafas berat yang mengandung sebak di dada, dia usir dalam payah. Rengekan Qaireen tambah menjadi membuatkan khayalan singkat Anita menghilang. Tidak mahu rengekan Qaireen terusan menganggu pertemuan pentingnya, puting tiruan yang tersangkut di leher baju si anak disuakan semula ke mulutnya yang sebelumnya dihisap anak itu ketika tidur tadi. Itu membuatkan suara rengekan Qaireen lantas senyap. Melihatkan itu, lekas Anita menyamankan Qaireen dengan sedikit dodoian tubuhnya agar anak itu kembali tenang sekalian mengembalikan kantuk Qaireen. Anita berasa sedikit lega apabila Qaireen kembali lena dalam pelukan hangatnya. Memikirkan bayi kecilnya itu, langsung mengembalikan kekuatan Anita untuk meneruskan hajat di hatinya yang luntur sebentar tadi. Dia nekad.

“ Pak cik..boleh sa..saya jumpa den..dengan mak..mak cik?" soal Anita gagap. Gugupnya belum hilang sepenuhnya walaupun dia betul-betul yakin dan nekad ketika melihat wajah mulus Qaireen Muliya itu. Nasib anaknya harus terbela. Kalau bukan dia yang membela nasib anaknya, siapa lagi? Suami? Hanya tinggal impian.

Mengangkat pandangannya memandang Haji Bakar, tekadnya membulat. Tidak sekali dia akan siakan anaknya. Malah sebagai ibu yang mengandung serta melahirkan, sesukar mana pun keadaan tetap akan dia pertahankan hak Qaireen Muliya.

Seperti tadi, riak serius Haji Bakar masih sama. Kerutan dahinya juga tetap saja berlapis. Tatapan geruhnya masih seperti tadi malah kian tajam membuatkan Anita terus-terusan kecut perut. Hajatnya yang menggunung tadi kini kembali rata disodok tatapan mata helang Haji Bakar. Toh, hatinya yang berbelah bahagi tadi, langsung tidak berani meneruskan hajat. Terkubur langsung dek ketakutan yang menguasai diri.

“ Ma..maf pak cik kalau kedatangan saya dengan anak saya menganggu pak cik Dan keluarga. Saya minta diri dulu." Tidak berfikir lama, Anita bangun buru lalu turun dari pangkin kayu Haji Bakar. Dia sudah nekad tidak jadi memberitahu hal yang sebenarnya kepada lelaki itu mahupun isterinya. Mengejapkan pelukan Qaireen ke dalam tubuh, dia pasrah.

“ Maafkan mama Qaireen." bisiknya perlahan kepada anak kecil yang tidak mengerti apa-apa itu. Bergesa saja langkah Anita langsung menuju ke arah Toyota Vios putihnya yang terpakir tidak jauh dari laman utama Haji Bakar.

“ Eh, nanti dulu Anita. Kamu belum berjumpa dengan Hajah Jamilah lagi!" laung Haji Bakar. Terkejut dia melihat tindakan wanita beranak satu itu yang begitu tiba-tiba. Sepicing mata saja, tubuh Anita bersama bayi dalam gendongannya bolos ke dalam jentera putih di hadapan tanpa sempat Haji Bakar menahannya. Yang lebih Haji Bakar kesalkan, tujuan sebenar Anita tidak dia ketahui langsung.

“ Tunggu!" panggil Haji Bakar gopoh. Sesaat deruan enjin Toyota itu menderu langsung menyusur keluar dari halaman Haji Bakar dan berlalu pergi.

“ Hurff!!." bentak Pak Bakar kasar. Tuala putih di leher, di tarik kasar lalu menyeka peluh geram dan bengang yang merenik di sekitar wajah.

“ Abang marahkan siapa?" tegur Hajah Jamilah yang muncul tiba-tiba.

Terkejut di sapa dari belakang, Pak Bakar menoleh. Kelihatan Hajah Jamilah sedang berjalan ke arahnya lalu mendekati sambil menatang setalam sarapan pagi lalu diletakkan ke atas pangkin kayu berhampiran.

“ Hah keluar pun kamu! Ada perempuan muda datang cari kamu tadi. Aku tak sempat nak panggil kamu dia dah cabut lari. Kamu ada buat hal apa apa ke kat bandar tu sampai ke mari orang mencari kamu Jamilah?” serkap Pak Bakar. Geramnya dilepaskan kepada Hajah Jamilah.

Membuntang mata, Hajah Jamilah mendengus geram. Angin tak ada, ribut tak ada dia diserbu dengan taufan si suami. Mudah diasak perasaan, Hajah Jamilah juga dijangkiti puting beliung Haji Bakar. Talam sarapan pagi yang berisi nasi goreng bilis serta air kopi hangat dihentak ke lantai menunjukkan protesnya.

“ Abang Haji ni kan, asal ada orang datang cari saya je abang haji tuduh saya buat hal. Abang Haji memang tak boleh fikir yang baik baik untuk saya ke. Selalu aje nak cari salah saya. Kenapa tak tanya perempuan tu tadi? Sekarang tak tahu apa apa, nak dituduhnya kita pulak." dengus Hajah Jamilah berang.

Semerta bunyi bising teko berlaga dengan cawan kaca milik mereka berdua di situ membuatkan Haji Bakar memicing matanya melihat reaksi tak semenggah si isteri. Dari muda hingga ke tua tak pernah berubah sifat isterinya itu. Mendengus, memberontak serta memprotes itulah saja yang Hajah Jamilah tahu jika tidak kena pada hatinya. Entah macam manalah dirinya boleh bertahan dengan sikap dan sifat perempuan seperti itu?

“ Dah tu kamu nak suruh aku fikir apa? Fikir yang perempuan tu cuma datang sini sebab nak minta sedekah dengan kamu. Atau fikir yang kamu nak ambil bayi untuk dijadikan anak asuhan? Hey, kepala aku ni dah cukup serabut tanggung masalah yang datang lepas anak manja kamu meninggal. Semua orang yang datang bawa perkara yang negatif tahu tak. Jangan salahkan aku kalau yang datang lepas ni lagi memang semuanya bawa bala. Tak ada satu pun yang tak bawa masalah. Kamu jangan cuba nak buat sesuatu yang aku tak suka!" dengus Pak Bakar sekalian memberi amaran. Tuala peluhnya dihempas ke lantai. Kelakuannya turut sama kasar dengan sikap dan bahasa isterinya itu.

Suasana menjadi tegang. Hajah Jamilah terkesip tetapi itu tidak membuatkannya tunduk dengan amaran Haji Bakar.

Cuba meredakan amarah sendiri lantas teko air kopi diangkat seraya menuang isinya ke dalam cawan kopi. Minuman itu belum sempat Hajah Jamilah hidangkan lagi. Usai, dia mengangkat cawan tersebut lalu menghirup air hitam pekat itu bagi menghilangkan dahaganya. Sudahlah dahaga, panas juga hatinya apabila berhadapan dengan sikap Hajah Jamilah yang langsung tak boleh ditegur dan dibentuk. Keras kepala isterinya itu sepertinya konkrit.

“ Abang kalau bercakap memang tak sayang mulutkan. Sejak anak kita meninggal ni kerja abang asyik bersangka buruk je dengan saya. Asyik nak panas hati je. Apa yang dah saya dan anak abang tu buat sampai abang nak marah macam ni sekali. Muqri dah meninggal abang. Dia dah tinggalkan kita. Lebih sedih tanpa sesuatu yang dapat mengingatkan kita pada dia. Waris pun tak sempat nak bersambung. Sepatutnya abang bersedih, ini tidak asyik nak cari salah dan buruk saya dan anak kita tu aje.” bebel Hajah Jamilah. Geram dia di buatnya dengan perilaku suaminya. Hari hari ada saja akalnya untuk mencari gaduh tentang Muqri. Naik bosan Hajah Jamilah mengadap perangai suaminya itu.

“ Eh Milah, kau dengar sini baik baik. Aku bukan marahkan Muqri tu. Aku belum lupa lagi yang dia dah tak ada. Memang tak baik bercakap tentang hal orang yang dah pergi tu. Aku bercakap ni sebab tak mahu kamu ikut perangai anak kamu yang suka buat hal membabi buta tu. Selalu tak fikir kemudian hari. Aku ni dah tua Milah, entah esok lusa nak pergi mengadap ilahi dah. Aku cuma nak beritahu dan nasihatkan kau selagi aku bernyawa ni. Aku tak mahu tanggung dosa kat sana nanti. Sebab tu aku selalu pesan dan beritahu."

“ Bagus jugak Muqri tu tak tinggalkan waris untuk kita, kalau tak mahu naya anak bini dia dengan perangai dia. Aku bersyukur sangat Ann tak sempat nak mengandungkan benih anak kamu yang baran tu. Kalau tak dengan anak dia sekali ikut baran bapaknya. Setidaknya sekarang aku lega sebab Ann pun dah kahwin lain, kalau tidak masalah pun asyik ikut dia aje." Pak Bakar terusan membebel.

“ Eh, abang jangan nak kata anak saya je yang baran. Abang pun baran tau. Keras kepala. Kepala angin. Semua abang angkut sekali. Kalau dah bapak borek anak pun rintik. Saya ni mengandungkan aje anak abang. Benih tu benih abang. Jadi segala perangai dia semuanya dari abang. Jangan nak salahkan saya seorang. Memang bagus si anak bekas kekasih abang tu tak mengandungkan benih anak saya kalau tidak rosak habis keturunan saya dek perangai perampas nenek dan mak dia tu." balas Hajah Jamilah seperti peluru berpandu. Mencerlung matanya melawan pandangan Haji Bakar yang sudah merah menahan geram. Biar Haji Bakar tahu, yang dendam dan sakit hatinya selama lebih dua puluh lapan tahun ni tak pernah terpadam. Malah akan kekal hingga ke akhir hayat. Dia; kalau dah benci sehingga tujuh keturunan pun dia benci sekali.

Pap!

Lantai kayu pangkin segera bergegar kuat dek hentakan tapak tangan Pak Bakar. Tajam iris matanya memasung wajah si isteri yang mencuka. Bukan setakat kolam matanya berapi malah hatinya juga sama. Hangat hatinya apabila Hajah Jamilah sesuka hati menuduh dan memburukkan nama Hasnah serta Ann Layli yang begitu baik di matanya. Entah di mana silapnya kedua beranak itu membuatkan dendam Hajah Jamilah menjadi kesumat seperti itu hingga ke hari ini.

“ Diam Jamilah, kalau kamu tak ada benda yang elok dan baik untuk dikatakan. Mulut jangan dibiarkan menjadi pedang tajam menikam perasaan orang hingga terluka. Jangan sesuka hati membuat dosa menabur fitnah dekat orang lain. Salah sendiri perbaiki dahulu!" tempik Haji Bakar.

“ Hah, baguslah..bagus bela sangat bekas kekasih abang tu. Anak dia tu pun sama. Mak kalau dah mandul dengan anak pun ikut sama mandul!" balas Hajah Jamilah masih tidak puas hati.

“ Jangan biadab Jamilah! Cermin diri sendiri dulu. Jangan cabar aku bercakap benda yang kamu tak suka dengar." ujar Pak Bakar bersama telunjuk kanannya terangkat ke hadapan wajah Hajah Jamilah.

“ Apa-apa jelah bang haji.” dengus Hajah Jamilah. Malas mahu melayan baran Pak Bakar lagi, Hajah Jamilah turun laju dari pangkin lalu masuk ke dalam rumah. Mulutnya tak henti henti memprotes entah apa. Dia benar-benar berang mendengar pembelaan suaminya terhadap orang luar itu berbanding dirinya sebagai isteri.

Pak Bakar menarik nafas lalu menghembus kuat. Menggeleng kepalanya melihat sikap pentingkan diri dan besar kepala isterinya. Ditegur sikapnya sedikit sahaja, sudah wanita itu lari dengan omelan yang panjang.

Malas mahu melayan perasaan lagi, kopi yang berasap nipis itu dia hirup. Kakinya di bawa melunjur di atas pangkin kayu bagi merehatkan tubuh yang keletihan setelah mencangkul dan mengemas kawasan rumahnya tadi. Ingatannya melayang mengingatkan wanita yang bernama Anita tadi. Entah apa hajat yang di bawa wanita itu. Tidak pula sempat Haji Bakar bersoal dan mencari tahu. Tetapi hati tuanya berat mengatakan bahawa wanita itu membawa satu hajat yang sangat besar untuk keluarganya.

*******

Anita membawa laju keretanya membelok lorong kecil di laluan kampung berhadapan kedai. Belum sempat steringnya dikawal ke kedudukan asal, bayinya mula menangis. Sebelah tangan dibiarkan mengawal stering manakala sebelah tangan lagi menepuk nepuk tubuh bayinya yang sedang menangis itu agar selesa Di dalam baby coatnya. Namun bayi itu tetap juga menangis membuatkan kosentrasi Anita terganggu lantas keretanya melanggar tiang elektrik berdekatan. Kelam kabut Anita menarik brek tetapi sudah terlambat. Bonet depannya sempat menghentam tiang elektrik berkenaan sehingga senget dan menyebabkan separuh enjin kereta Vios miliknya pecah dan rosak.

Wajahnya terselamat dari terbentur ke depan stering kerana dilindungi air beg yang berfungsi. Mengerang sedikit, kepalanya cuba diangkat. Terus susuk bayinya di cari. Dia menarik nafas lega apabila melihat bayinya masih baik baik saja di dalam baby coat di sebelah.

“ Qaireen." panggilnya. Bayi yang berusia hampir dua bulan itu hanya tersengih melihat Anita. Tangisannya sudah berhenti membuatkan Anita berasa lega.

“ Alhamdulillah anak mama tak ada cedera kat mana-mana." Tangannya menilik seluruh tubuh montel anak itu. Memastikan anaknya tiada kecederaan di mana mana.

Setelah itu, Anita mengurut dadanya yang terasa sedikit sesak akibat terhentak di permukaan air bag tadi. Nyeri sangat terasa dadanya.

Tok!Tok!

Pintu kereta diketuk membuatkan Anita terkejut lantas berpaling. Dapat dia lihat beberapa orang penduduk kampung sedang mengurumuni keretanya saat itu. Wajah risau mereka terpamer saat itu.

Membuka lock tingkap, Anita menurunkan cermin keretanya.

“ Cik..cik tak apa-apa?"

“ Cik..cik okay ke?"

“ Nak panggilan ambulans ke cik?"

Berpusu pusu soalan diajukan kepadanya sebaik cermin tingkap keretanya diturunkan.
Wajah beberapa orang lelaki yang tidak dia kenali menerpa ke hadapan matanya membuatkan dia kepeningan.

“ Sa..saya okay." Langsung Anita gelap mata dan tak sedarkan diri.

*********

Ann Layli baru saja melelapkan matanya apabila terasa hidungnya dicuit-cuit. Mendengus geram, dia menepis. Namun, cuitan di telinga pula menyusul. Berang tidurnya diganggu Ann Layli bingkas bangun dengan mata yang separuh terbuka.

“ Arghhh!!” Ann Layli menjerit dek terkejut melihat wajah Benz Fahri yang berada dekat di hadapan tubuhnya. Wajah yang sangat dia rindui itu sedang elok tersenyum sambil memandang ke arahnya.

“ Hai askìm?" Benz Fahri kenyit mata. Rambut Ann Layli digosok manja.

Berkerut kepala Ann Layli cuba memproses imej dihadapan. Merasakan dia bermimpi, kelopak matanya digosok berkali kerana tidak percaya bahawa susuk itu benar benar berada dihadapan matanya. Tidak cukup itu, dia berpaling pula ke sebelah bantal mencari telefon pintarnya lantas alat komunikasi itu dicapai. Membuka langsung mencari sesuatu di dalamnya. Setelah menjumpai, dia mencampakkan alat telekomunikasi itu sembarangan.

Tindakan drastik Ann Layli yang terlampau terkejut dan teruja itu langsung membuatkan Benz Fahri tidak sempat menduga aksi isterinya itu.

“ Benji!!" Tubuh Benz Fahri diterkam laju seraya melaung nama suaminya kuat. Leher lelaki itu dia paut dengan sekali pelukan saja. Benz Fahri yang tidak sempat membina pertahanan, akhirnya melayang jatuh ke bawah katil. Bahkan, Ann Layli juga ikut sama mendarat ke atas tubuh si suami.

“ Askìm, is this a new way to greeting your spouse?" soal Benz Fahri dengan mata yang terkebil kebil memandang isterinya.

Ann Layli juga ikut sama terkebil kebil memandang Benz Fahri di bawah. Pandangan mereka bersatu dengan sela masa yang seakan terhenti. Kedua tangan Ann Layli masih melingkar kemas di lehernya.

“ Canìm!" lembut suara Benz Fahri berbisik membuatkan pandangan Ann Layli membundar sepenuhnya sebaik tersedar. Semerta gugup tubuhnya apabila tersedar yang tubuhnya sedang menindih Benz Fahri.

Sedar sudah tersilap langkah, Ann Layli
pantas bangun dari tubuh Benz Fahri. Wajahnya memerah saat panggilan suaminya menerjah pendengaran.

“ Sorry Benji. Siapa suruh you balik buat suprise macam ni. So I mark up a new suprise too!" balas Ann Layli setelah stabil berdiri tetapi membelakangkan suaminya yang masih di lantai parquet bilik. Sungguh dia malu sehingga bertindak luar alam seperti itu. Rambutnya yang elok tersanggul pula cepat dileraikan ikatannya. Mahu menyorokkan wajah di sebalik lindungan rambutnya yang panjang itu dari tenungan Benz Fahri.

Meletus ketawa Benz Fahri. Senyumannya melebar panjang. Bangun dari lantai, dia menggosok kepalanya yang sedikit perih akibat terhentak pada lantai parquet bilik namun berbaloi. Kemeja denim yang tersarung di badan, turut dia betulkan setelah renyuk ditindih isterinya ketika terjatuh tadi. Melangkah, dia menghampiri isterinya.

“ Surprise huh!" Benz Fahri sempat menyambar pergelangan lengan Ann Layli yang bertindak mahu melarikan diri ke bilik air. Ditarik tubuh itu lalu di bawa ke dalam dakapannya. Wajah merah isterinya ditenung dalam. Ann Layli sudah pandai membuatkan hatinya tidak tenteram seperti itu maka wanita dambaannya itu harus membayar hutangnya terlebih dahulu sebelum berjaya melepaskan diri.

Rambut Ann Layli yang panjang di bahagian pelipis diselitkan ke tepi telinga. Mendekatkan wajahnya ke wajah Ann Layli, haruman badan yang melekat di tubuh itu disedut dalam bagi menghilangkan rindunya ketika berjauhan selama sebulan dengan Ann Layli. Hidungnya menjalar ke serata wajah Ann Layli membuatkan wanita itu turut terpejam menikmati sentuhan hangat suaminya.

“ You miss me ey!" Dagu Ann Layli diangkat. Mata mereka bertentangan namun sempat dilarikan Ann Layli sekali lagi. Benz Fahri tersenyum sambil menggeleng melihat telatah isterinya yang tersangat pemalu itu.

“ Hurm.." Ann Layli jeda. “ Are you...”

Belum sempat Ann Layli menyambung bicara, bibirnya laju dijamah Benz Fahri membuatkan Ann Layli terkejut. Mahu menjarakkan tubuh, Benz Fahri pula lebih cepat merapatkan tubuh mereka semula. Belakang kepala isterinya disangga dengan lebih kejap dengan kedua tapak tangan menyebabkan Ann Layli langsung tidak dapat bergerak. Ciuman di bibirnya terus di manfaatkan membuatkan Ann Layli tidak mampu menolak lagi sentuhan hangatnya. Nafas mereka bersatu. Lama.

*******

Hai, FFM kembali.. TQ semua reader yg komen itu ini.. Maaf atas kekurangan..Happy reading u all. Hepinizi seviyorum..(love u all)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience