Bab 59

Romance Series 77048

Petang itu, pulang dari kolej Ann Layli meminta Abang Mat singgah ke Feeds.Kitchen. Sudah lama benar dia tidak ke bakeri itu. Hari ini, tekaknya terasa mahu menikmati Mousse Blueberry Cheesecake dan Latte Honey Crombie buatan bakeri kegemarannya itu.

“ Abang Mat, hantarkan saya ke bakeri Feeds.Kithcen ya!" pinta Ann Layli sebaik memasuki tempat duduknya di bahagian belakang.

“ Kedai yang Puteri kerja dulu tu ke?" soal Abang Mat melalui cermin pandang belakang sebaik memandang wajah Ann Layli.

“ Aah, betul!"

“ Err..tapi.."

“ Tak apa, saya dah beritahu Tuan Benz dengan Toh Puan. Abang Mat jangan risau.." beritahu Ann Layli sebaik melihat riak resah yang terpeta di wajah pemandu peribadi keluarga mertuanya itu.

“ Kalau macam tu, baiklah.." senyum lega terpancar di wajah Abang Mat. Menukar haluan dengan memberi isyarat ke kiri, Abang Mat memandu mengikut permintaan Cik Puan Muda itu.

Kurang setengah jam, kereta yang dipandu Abang Mat tiba di sana. Sebaik Abang Mat mendapatkan parkir Ann Layli turun dari kereta. Sempat dia menitip pesan buat pemandu paling dipercayai suaminya itu.

“ Abang Mat, tak perlu tunggu saya. Abang Mat balik dulu. Beritahu Toh Puan, saya pulang sendiri nanti.."

Mengangguk, Abang Mat tersenyum. “ Baik, Puteri. Tapi kalau Puteri nak suruh abang ambil nanti beritahu aje ya. Bukan apa, nanti kalau Tuan Muda tanya, senang abang nak jawab.."

“ Okay, Abang Mat. Apa-apa hal Saya beritahu kemudian. Saya gerak dulu. Assalamualaikum.." laju Ann Layli loloskan diri dari Vellfire hitam itu dan menapak ke arah Feeds.Kitchen.

Menolak daun pintu bakeri itu, telinga Ann Layli menangkap ritma muzik jazz yang berkumandangan dari speaker cafe.

“ Wah! Dah ada music welcoming la.." serunya perlahan bersama senyuman penuh teruja.

Melodi ‘ Fly Me to the Moon ' yang di lagukan semula oleh band The Macaroon Project itu terdengar sangat santai dan sentimental.

Perlahan melangkah, kakinya berhenti di hadapan kaunter penyambut tetamu.

“ Puan Rafidah ada?" soalnya kepada seorang gadis di situ.

Mengangkat wajah, gadis di kaunter itu lorek senyum. Namun sesaat, apabila senyumannya bertukar terkejut dan teruja.

“ Is it you Kak Ann? Oh god!" bulat mata Anis menyoal dengan mulut terlopong.

Ann Layli angguk dengan senyuman manis. “ Yeap.."

“ Kak Ann..oh damn! It's really you, dear darling?" masih lagi dengan riak terkejutnya Anis tak habis mengomel. Meluru keluar dari kaunter, tubuh Ann Layli diterkam. Seketika tubuh keduanya menyatu.

“ Anis sihat?" soal Ann Layli turut tersenyum.

“ Ofkos la akak. Akak sihat? Ya Allah, lama betul saya tak tengok akak. Rindu nau saya!" ucap Anis sambil menarik pipi Ann Layli yang sedikit gebu itu.

“ Alhamdulillah..sihat." Ann Layli tersenyum suka melihat keriangan yang terpancar pada wajah Anis. Benar kata gadis itu, sudah lama mereka tak bersua. Kali terakhir adalah semasa majlis resepsi perkahwinannya lebih setahun yang lalu.

“ Eh, akak sorang aje ke? Mana cik abang?" soal Anis lalu meninjau di balik tubuh Ann Layli mencari susuk peneman wanita itu.

Faham akan maksud Anis, Ann Layli tersenyum membalas.“ Akak sorang je. Suami akak outstation. Lagipun akak baru balik dari kolej ni.."

“ Oh ye ke. Eh, jemput la duduk akak. Akak nak makan apa? Biar saya sediakan.." ujar Anis sambil menuntun bahu Ann Layli ke meja yang sedikit tersorok di sebelah dinding utama. Tempat di mana menjadi kegemaran mereka dahulu apabila mahu berehat dan menikmati hidangan bakeri itu.

“ Bawakan akak my favourite coffee dengan mousse yang paling sedap kat sini. Lepastu tolong panggilan Kak Fid sekali boleh... Dia ada kan?"

“ Baik akak. Kejap saya panggilkan.." beritahu Anis seraya bergerak meninggalkan meja Ann Layli.

“ Anis.." panggil Ann Layli semula.

Menoleh, Anis bersoal dengan hujung keningnya terangkat ke arah Ann Layli. “ Kenapa?"

“ But..Don't tell her I'm coming. Just surprise!" beritahu wanita itu.

Angguk bersama senyuman, Anis menunjukkan sign ‘okay’ dengan tangan kanannya tanda menurut perintah.

Seketika menikmati muzik berentak santai itu, Ann Layli pandang sekeliling kafe yang tak banyak berubah semenjak dia tinggalkan buat kali terakhir. Cuma yang terbaru, sudah ada ‘muzik welcoming' melatari suasana. Tenang dan damai. Dia sukakannya.

Lamunannya terhenti sebaik terdengar suara seseorang menegur.

“ Ya, ada apa cik nak jumpa saya?"

Pasang senyum ceria, perlahan Ann Layli menoleh.

“ Assalamualaikum Kak Fid.." balasnya ceria sebaik bersemuka.

Dan tatapan si pemilik bakeri itu kelihatan terkejut apabila wanita yang dia sangkakan adalah seorang pelanggan yang mempunyai masalah dengan bakerinya sedang memandang tepat ke arahnya.

“ Ya Allah, Ann rupanya! Akak ingat customer manalah tadi nak jumpa. Bertuahnya punya Anis.." bebel Rafidah sekilas mengerling Anis dengan riak geram.

Anis pula selamba saja terkekeh suka dari balik kaunter. Dia mengangkat kedua ibu jarinya ke arah Ann Layli kerana taktik mereka untuk memberi kejutan kepada Rafidah berjaya.

Maju langkah, laju saja tubuh Ann Layli, Rafidah paut ke dalam pelukan. Dia berasa gembira dan teruja menyambut kedatangan bekas pekerjanya itu.

“ Akak sihat?" tegur Ann Layli sebaik pelukan terlerai.

“ Alhamdulillah sihat Ann. Ann sihat?"

“ Macam yang akak tengok sekarang!" ujar Ann Layli dengan sengihan.

“ Bahagia sangat ya..Tahniah. Eh akak dengar cerita Ann sambung study ya?" soal Rafidah sebaik menjemput tetamunya itu duduk semula.

“ Ya, kak. Babah yang minta sangat Ann sambung belajar. Kalau ikut Ann nak kerja je..”

“ Okaylah tu. At least, Ann dapat luangkan masa dengan family. Ni..Benz mana?” soal Rafidah.

“ Dia outstation ke Dubai."

“ Oh, jauhnya."

“ Entahlah..katanya ada problem dengan business dia kat sana.”

“ Lama perginya?"

“ Dah sebulan. Kalau ikut, katanya minggu depan dia balik."

“ Baguslah. Ada la teman lepas ni.”

“ Hmm..bolehlah.."

“ Ann, tunggu kejap eh..akak ada something nak bagi dekat Ann. Hari tu masa majlis Ann akak tak sempat nak bagi..." ujar Rafidah. Bangun dari duduk, laju Rafidah menapak ke arah biliknya mahu mengambil barang yang di perkatakan tadi.

Sepeninggalan Rafidah, muncul pula Anis membawa bersama hidanganyang dipesan Ann Layli.

“ Akak jemputlah makan.." ujar Anis sambil meletakkan dulang berisi sepotong Mousse Blueberry dan segelas Latte Honey Crombie yang di pesan Ann Layli di awal waktu tadi.

“ Thanks Anis.."

“ Welcome." Anis senyum lalu beredar dari situ.

Sejurus Anis berlalu, terus laju Ann Layli melihat hidangan di hadapannya. Kecur liurnya melihat piring berisi manisan yang mempunyai dua biji blueberry segar di atas lapisan mousse itu.

Mengambil garfu lincah jemarinya memotong mousse bersalut cheese itu lalu disuakan ke dalam mulut.

Terpejam matanya menikmati manisan yang cair di dalam mulutnya saat gabungan buah blueberry segar itu dilumatkan bersama cheese.

“ Amboi sedapnya makan. Menikmati sungguh. Macam craving je ni. Jangan-jangan dah ada isi tak?" terjah Rafidah sebaik menghampiri Ann Layli yang sedang ralit menikmati mousse di hadapannya.

Tersedak Ann Layli apabila disergah sebegitu. Hampir tersembur lumatan mousse yang baru dikunyahnya. Kalut tangannya mencapai gelas Latte lalu disedut air berperisa kopi itu.

“ Akak ni nasib tak tercekik saya..." cebik Ann Layli setelah lega menelan air kopinya. “..mousse akak ni yang paling sedap yang pernah saya rasa tau. Mahunya tak craving saya. Tak ada maknanya ada isi. Isi perut adalah.." getus Ann Layli dengan cembeng. Rasa kelat mula menempa tangkai hati mendengarkan telahan Rafidah itu.

Semenjak dua menjak ni, ramai sangat dah yang bertanyakan hal yang sama. Hingga dia hilang kosa kata nak menjawabnya. Dia sendiri pun tidak tahu bilakah dia boleh 'berisi' apabila mengenangkan hubungannya dengan si suami yang berjarak jauh seperti ini. Memikirkan hal itu, hatinya rasa sedikit terkilan. Memang di awal pernikahan dahulu, dia pernah memberitahu kepada Benz Fahri agar memberi dia ruang untuk cuba menerima hubungan suami isteri mereka akibat trauma yang lampau. Namun seiring waktu, dia sudah boleh menerima hakikat yang takdirnya telah tertulis buat Benz Fahri. Dan saat itu, di berjaya menghilangkan rasa fobia untuk bersama dengan suaminya. Tetapi sekarang ini sepertinya Benz Fahri pula yang cuba menjauhkan diri darinya. Hati Ann Layli merusuh sendiri.

Usikan Rafidah seterusnya membuatkan Ann Layli tersedak. “ Dah berangan pulak!" Rafidah geleng kepala. “...rindukan cik abang la tu!” usiknya.

Menggeleng laju cepat saja dia menidakkan. “ Mana ada kak.." Ann Layli tersenyum kelat menutup rusuh di hati agar tidak di kesan pada pandangan Rafidah.

Tekak yang perit sebelum ini digosok perlahan cuba meredakan rasa tersedak tadi.

“ Ala..akak baru nak happy dengar Ann nak dapat baby. Cepatlah sikit mengandung. Akak tak sabar nak tengok baby Ann dengan Ben. Mesti cantik macam mommy dia nanti.." usik Rafidah seraya mengusap perut Ann Layli.

Ann Layli sedikit malu lantas menampan tangan Rafidah dari terus melekap di perutnya. Segan di usik sebegitu.

“ Sabarlah akak. Ann tengah study lagi. Tunggu lagi satu tahun ya.. Insyaallah ada rezeki nanti saya bagitahu. Lagipun sekarang kami dua-dua busy. Sorang utara sorang selatan dunia..kalau ada anak nanti, kesian dia terabai." ujar Ann Layli memberi alasan.

“ Orang lain pun sibuk jugak Ann. Kalau Allah tu berkehendak dengan kunfa ya kun..semuanya boleh berlaku. Bukannya dengan mencipta alasan." balas Rafidah hampa. Dia baru berangan nak melihat zuriat Ann Layli

Ann Layli hanya mampu tersenyum. Memang perkara itu tidak dapat dia sangkal, tapi bagi dirinya dan Benz Fahri mungkin terdapat beberapa perkara yang menghalang mereka untuk meneruskan keinginan itu.

Walaupun dia sudah bebas dari rasa trauma perkahwinan yang lampau dan sudah boleh menerima suami seperti Benz Fahri tetap juga dia berasa takut dengan perasaannya untuk mempunyai zuriat. Risau dia tidak boleh hamil kerana selama dua tahun menjadi isteri Muqri sekalipun dia tidak pernah mengandung. Toh, sekalipun dia bersama dengan Benz Fahri bolehkah dia memberi suaminya itu zuriat?

“ Kenapa Ann? Ada masalah ke? Kalau ada beritahulah akak. Mana tahu akak boleh bantu.." tanya Rafidah lembut. Melihat keruh wajah Ann Layli, dia mengagak pasti ada sesuatu yang di selindungi wanita itu.

“ Hmm.." Keluhan dilepaskan dengan berat. Mengenang keinginan orang sekeliling yang mahukan dia cepat hamil membuatkan dia begitu takut. Risau dia tidak boleh memberi Benz Fahri zuriat dan asbab itu akan menyebabkan suaminya akan meninggalkan dirinya pula. Sementelah dia tahu begitu tingginya harapan Benz Fahri dan keturunannya untuk mempunyai zuriat.

“ Kalau Ann tak boleh mengandung macam mana akak?" tanpa sengaja, kata-kata itu lolos dari bibirnya.

“ Astaghfirullahalazim..Ya Allah, apa ke situ pulak fikirnya.." berkerut wajah Rafidah tak percaya.

“ Yelah, sebelum ni Ann dah pernah kahwin. Tapi sekalipun Ann tak pernah mengandung. Kalau betul Ann yang ada masalah macam mana Ann nak beri zuriat untuk keturunan Benz akak.." keluhnya. Bibir diketap erat. Saat mengungkap ayat itu, terasa jiwanya dihiris belati tajam.

“ Ann..dengar sini.." Rafidah raih jemari Ann Layli lalu digenggam erat. Pasang wajah serius, Rafidah pandang Ann Layli sungguh-sungguh “ ..set your mind clearly..sekarang zaman dah moden. Era perubatan yang menggunakan teknologi canggih untuk mendapatkan zuriat dah bersepah. Serupa cendawan tumbuh lepas hujan. Sebut je yang bagaimana semuanya boleh selesaikan masalah. Cuma nak dengan tak nak aje. Pada akak, rasanya bab kewangan bukan masalah bagi Benz kalau itu yang Ann risaukan. Lagipun, akak yakin dan pasti Benz dah cukup matang untuk fikir semua hal ni. Ann sendiri yang kena yakin dengan diri Ann. Kena usaha, doa dan tawakal. Insyaallah semuanya akan baik-baik aje."

“ Entahlah..tak tahu nak cakap macam mana kak.." ujar Ann Layli masih risau.

“ Tak payah fikir yang bukan-bukan sekarang ni. Nah ambil ni..usaha je banyak-banyak. Lepastu doa dan berserah dengan Allah." ujar Rafidah seraya menghulur bungkusan berbalut hadiah kepada Ann Layli.

“ Apa ni kak?" soal Ann Layli dengan kerutan di dahi. Tangannya terhulur juga menyambut pemberian Rafidah. Dia belek kotak hadiah pemberian Rafidah yang bewarna merah hati itu.

“ Hadiah perkahwinan Ann yang tak sempat akak nak bagi hari tu. Ambillah. Hope suits you well!"

“ Oh ye ke, buat susah-susah je akak ni.. Terima kasih akak."

“ Tak susah pun. Beli online je sekarang ni.. mudah. Guna tau.. Jangan peram je. Nanti kalau dapat hasil beritahu akak." ujar Rafidah sambil kenyit mata bersama kekehan ketawa di hujung ayatnya.

“ Ada-ada je akak ni.." Ann Layli geleng kepala.

****

“ Betulkan ni rumah dia?" soal Benz Fahri kepada Jerry sebaik turun dari kereta.

“ Kalau tengok kat location, betullah ni." balas Jerry dengan anggukan sambil menatap telefon pintar di tangannya menilik lokasi yang dihantar Barr pagi tadi.

Barr yang merupakan teman
Benz Fahri dan Jerry sewaktu sama-sama menuntut di kolej dulu menjemput mereka untuk ke majlis makan malam di rumahnya. Lelaki itu katanya baru berpindah dari Malaysia bersama keluarga kecilnya kerana isterinya sedang menyambung pelajaran di peringkat Master. Tidak betah ditinggalkan isterinya, Barr membuat keputusan untuk ikut berpindah ke Dubai sementelah isterinya juga sedang sarat hamil anak kedua.

Hannah bakal melahirkan anak kedua mereka kurang dua bulan lagi, membuatkan Barr mengadakan majlis kesyukuran untuk isterinya dan sekaligus ingin mengemukakan jantina anak kedua mereka.

Sebaik sampai di pintu utama, Benz Fahri memberi salam diikuti Jerry dari belakang.

Beberapa ketika sahaja, pintu utama terkuak dari dalam. Seorang lelaki berusia lebih kurang Jerry dan Benz Fahri terpacul disitu menyambut mereka dengan senyuman ceria.

“ Waalaikumussalam. Hei buddy!" tegur lelaki bernama Barr itu.

Ketiga mereka bersalaman dan berpelukan seketika kerana sekian lama tidak bersua muka.

“ Datang jugak korang kan!" Barr tepuk bahu dua orang lelaki di depannya yang sudah nampak begitu matang dari usia sebenar.

“ Dah orang jemput, mestilah kitaorang datang.." sahut Jerry dengan sengihan.

“ Terima kasih sebab luangkan masa. Jom masuk. Jangan segan-segan. Buat je macam rumah sendiri." Barr mempersilakan kedua teman baiknya itu.

“ Ramai ke kau jemput ni?" tanya Jerry seraya mata melilau sekitar pelusuk ruang rumah si teman yang sudah berisi orang.

“ Buat family gathering aje ni. Tak ramai mana. Korang pun tahukan family besar aku semua dekat Malaysia nun." balas Barr. Tetamunya itu di bawa ke arah meja

“ Yelah tu. Ni pun nampak ramai dah. Kalau semua yang kat Malaysia datang, serupa kenduri kahwin tujuh keturunan la jawabnya." balas Jerry selamba.

Barr hanya tersengih. Betullah tu. Nampak sangat Jerry memang dah kenal dan faham luar dalam tentangnya dan keluarga besar yang di katakan Jerry sebentar tadi. Benz Fahri pula sekadar tersenyum dan memerhati tingkah keduanya.

“ Korang nak makan apa, makan je. Malam ni semua masakan Malaysia. Kut ada yang rindu masakan sana malam ni boleh lah lepaskan rindu." ujar Barr sebaik mereka tiba ke meja hidangan yang menempatkan pelbagai menu dari kampung halaman mereka itu.

“ Oh yeke. Cantiklah..Memang aku craving la nak makan makanan kampung kita. Si Ben asyik bagi aku makan roti pita dengan roti arab je hari-hari." oceh Jerry dengan kerlingan geram ke arah Benz Fahri sambil mengambil pinggan dan mula menyenduk sedikit nasi hujan panas.

“ Syukur jugak aku bagi kau makan roti. Kalau aku bagi minum air kosong aje, baru tahu langit tinggi ke rendah! Cuba berterima kasih sikit.. " Tidak ketinggalan Benz Fahri turut membalas pernyataan itu dengan jelingan.

“ Macam-macam la korang ni.. tak habis-habis nak berperang. Masing-masing dah tua kut. Kahwin dah pun nak bercakar lagi.." tergeleng Barr sambil membebel. Sakit kepalanya lihat sikap keanak-anakan dua orang rakan baik itu.

“ Sorry bro, aku still bachelor. Yang dah kahwin tu korang!” balas Jerry sebaik mengambil tempat di meja makan. Tangannya naik menunding ke arah mereka yang duduk bersebelahan di hadapannya.

“ Jadi bila kau nak kahwinnya? Dengar-dengar dah bertunang.." soal Barr kepada Jerry setelah beberapa ketika.

“ Aku dah putus tunang!" balas Jerry dingin. Semerta air mukanya bertukar redup. Suapan nasi ke mulut sempat terhenti. Gelas air lemon dicapai dan diteguk sedikit melegakan kesat ditekak sebaik pertanyaan yang di luar silibus di soal kepadanya.

“ Hah!" hampir terjojol biji mata Barr kerana terkejut. “Aku dengar sebelum ni kemain kau usung si Maria tu ke sana ke sini. Alih-alih tak jadi pulak. What's going on?" tanya Barr dengan riak yang tak di sangka.

“ Something had happen..." Jerry lepas nafas berat sebelum tampal senyum kelat dan menyambung, “..entahlah...cuma satu yang aku faham sekarang, jodoh aku bukan dengan dia.”

“ Betullah tu..tak apa, mungkin Allah dah rancang nak bagi kau sesuatu yang jauh lebih berharga nanti." ucap Barr dengan anggukan seraya memberi kata-kata semangat.

“ Fate fairs you better. Insha Allah.." tambah Benz Fahri juga.

“ Tak de hal pun. Thanks korang selalu support aku. Dah sekarang ni bagi aku ruang untuk makan dengan tenang. Kau Barr..kalau nak soal siasat macam-macam baik kau soal si Benz ni..Dia sekarang lagi banyak krisis dari aku. Kut-kut boleh bagi sepatah dua kata yang boleh dragged dia balik. Dipersilakan ye..." ucap Jerry ke arah Barr sekalian mengerling ke arah Benz Fahri yang sedang santai mengunyah anggur di sebelah Barr itu.

Beberapa biji anggur hijau yang sedang di masukkan Benz Fahri ke dalam mulut menggunakan tangan kanan dikembalikan semula ke dalam bakul buah. Tayang wajah geram ke arah Jerry.

“Wah..pandai-pandai je kau kan! Dia yang hilang girlfriend aku pulak yang dituduh ada krisis. Molek sangat la perangai tu!" dengus Benz Fahri dengan jelingan.

Tayang senyum sinis, Jerry membalas pernyataan si teman yang pura-pura menyangkal keadaan sebenar.

“ Benda betul buat apa aku nak tipu. Aku yang ditinggalkan girlfriend pun tak ada la runsing macam kau yang tinggal bini tu!" provok Jerry.

“ Allah! Korang ni tak habis lagi ke perangai tiga suku tu!" Geleng Barr. “ ..dah Jerry, kau makan dulu. Benz jom ikut aku jap." arah Barr seraya menepuk bahu Benz Fahri mengajak.

Angkat bahu, tanda tidak mahu peduli Jerry lantas meneruskan acara makan malamnya dengan tenang tanpa gangguan dari dua orang temannya yang sudah berangkat ke ruangan lain.

Belakang rumah yang menempatkan sebuah buaian besi dituju Barr sambil diikuti Benz Fahri. Suasana yang hingar tadi kini sudah bertukar sepi. Yang kedengaran cuma suara cengkerik berlagu riang.

Melangkah ke arah buaian, Barr mendaratkan duduk diikuti Benz Fahri sambil menatap ke arah bukit di hadapan belakang rumahnya itu. Semerta pandangan mereka sayup menujah ke bukit batuan tersebut sambil di latari gelap malam dengan taburan bintang yang penuh di dada langit.

“ Spill!" ujar Barr setelah beberapa saat sepi menyelubungi suasana mereka di situ.

Benz Fahri tersenyum sumbing. Kedua tangan diangkat dan direhatkan ke belakang leher. Tubuh disandar santai ke buaian besi itu. Jauh anak matanya memandang ke depan menembusi bukit batuan di hadapan seolah semua yang sarat di kepala terbentang di situ bak layar projektor.

“ I'm all hear Benz. Kita kenal bukan sehari dua. Bukan jugak setakat setahun dua. Dari kecik kalau nak diikutkan. Macam-macam dah sejarah yang kita berempat lakar dekat academy nun. Aku, Hud kau dengan Jerry kita ni semua dah hafal luar dalam perangai masing-masing.." Barr memulakan mukadimahnya setelah menunggu lebih kurang sepuluh minit untuk si temannya itu meluahkan cerita yang bersarang dalam otak kepala. Arah pandang Benz diikutinya sama. Tajam serta cerun pandangannya ke arah batuan bukit di depan.

“ Tak semua benda kita kena bercerita Barr. Adakala, semuanya perlu di simpan sendiri." keluh Benz Fahri. Senyum nipis dia tampal pada wajah cuba menutup masalah yang sedang dihadapi.

“ Betullah tu. Tapi kalau lebih lama kau simpan..kau pendam..benda tu akan mudarat. Tak terselesaikan semuanya. Malah, akan jadi lebih teruk." Barr masih cuba berdiplomasi.

“ Manusia mana yang tak ada masalah Barr. Realiti hidup.." ujar Benz Fahri masih tidak tergugat dengan provokasi dari Barr itu. Masih teguh pertahankan ego.

“ Masalah apa sebenarnya ni.." soal Barr masih tidak puas hati. Semua jawapan Benz Fahri tadi benar-benar buatkan dia naik geram. Tak dapat tidak, dia harus juga main peranan untuk menolong bahu si teman agar sedikit ringan.

“ Let's recap bro. Men to men je kot.." Bahu Benz Fahri dia tepuk lembut. Wajah teman rapatnya itu dipandang dalam. Jelas, riaknya sangat terganggu.

Seperti tadi, Benz Fahri masih setia menghalakan pandangan ke tengah dada bukit batuan di depan. Masih menyimpan semua rasa yang bermukim di dada tanpa berniat sikit pun untuk dikongsikan kisahnya.

Saat berganti waktu, menginjak sejam ruang suasana yang Barr berikan tadi masih sepi tak diisi dengan luahan. Lelaki itu masih santai menyepi tetapi riak wajahnya nyata seperti pungguk rindukan bulan.

“ Kenapa tinggalkan dia? Isteri tu amanah Ben..Yet, she is your responsibilitie too. Aku yakin sebelum kau buat keputusan untuk berrnikah dengan dia, aku rasa kau dah fikir semua kemungkinan yang ada kan? I bet masa kau lafaz akad tu pun, semua buruk baik dia kau memang dah sanggup untuk terima..." terjah Barr apabila sudah hampir kurang sabarnya dengan bahasa bisu Benz Fahri itu.

“ Kau takkan faham Barr.." jawab Benz Fahri kurang sesaat selepas itu. Liur perit diteguk untuk menghadam perkara yang sedang terjadi. Dia sendiri buntu. Dia sendiri tak faham kehendak diri. Jadi mana mungkin dia bercerita pada sesiapa untuk faham keadaan dia.

“ Ben..macam yang kau tahu dulu, pernikahan aku dengan Hannah pun lebih kurang kau je..our marriage cuma keuntungan sebelah pihak je. Kau pun tahu dan nampak macam mana teruknya aku struggle untuk aku dapatkan kepercayaan dia and build up our life after marriage tu, but aku tekad untuk fight. End up, kau nampak tak macam mana perancangan Allah untuk aku dengan Hannah. The things that we fight is value at all buddy.." nasihat Barr penuh diplomasi.

“ Aku tumpang happy untuk kau dengan Hannah. Untuk Hud dengan wife dia jugak. Tapi story aku tak pernah sama dengan korang. Panjang sangat kalau nak evaluate pun." balas Benz Fahri ringkas. Senyum sesaat dia tampal buat Barr sebelum pandangannya jatuh semula pada bukit batuan di depan. Masih meletakkan tembok pada ‘rant’ mereka.

“ Ya aku tahu. Memang kisah kita tak sama. Tapi, tujuan dia tetap sama Ben..jeda sesaat. Apa tujuan kau nikahi wife kau tu?" soal Barr mulai tegas. Benz Fahri ni dah tak boleh nak di bawa mod santai untuk di nasihati lagi dah. Memang takkan lut dekat otak dia punya. Tapi kalau tak ditekan, tak dipaksa memang jalan dia jumpa titik noktah nanti. Barr runsing. Mengenang janji pada seseorang dia tekad. Benz Fahri memang perlu diasak.

Jeda sekali lagi mengisi ruang waktu antara mereka. Yang kedengaran di telinga cuma bayu dan suara unggas yang saling bersahutan. Kelihatan susuk Benz Fahri seakan berfikir. Barangkali, terkesan dengan ayat yang dilontarkan si teman.

Masih tak putus asa, sekali lagi Barr buka mulut. Harapnya kali ni si teman tu hadam dan dapat buat keputusan yang paling baik untuk masa depan rumah tangganya yang baru setahun jagung tu.

“ Pernikahan yang dijalin akad dengan ijab dan kabul hanya untuk dapatkan redha Allah Ben. Kau nikahi dia untuk capai redha tu.. Walaupun aku tak pasti apa perasaan korang berdua, tapi aku nak cakap satu benda je. Once, kau lafaz akad pada dia, semua tuntutan syarak yang dia sedar, tahu dan faham atau sebaliknya dah jatuh pada bahu kau untuk tanggung walaupun bukan benda tu keinginan dan keperluan dia. Kau tetap kena bertanggungjawab dan lunaskan semua tuntutan tu. Baik zahir mahupun batin."

“ Kita ni lelaki Ben..Allah dah beri kita kelebihan untuk jadi ketua dan imam. Allah jugak bagi kelebihan pada kaum Adam seperti kita untuk jadi khalifah yang maaruf. Yang paling layak untuk bimbing jiwa manusia lain. Yang punya jiwa lembut dan rapuh seperti seorang wanita. Apatahlagi yang bergelar isteri. Jangan pulak kita sibuk nak jadi hamba yang mungkar dan persendakan syariat dia. Manusia sekarang sibuk nak buat kerja tuhan, kerja sendiri di abaikan. Ben..kerja kita sebagai suami untuk develop semua pemberian dia tak kira kita ni suka atau pun tak. Bila kau tahu, faham dan hadam tentang tugas kau sebagai manusia,lelaki dan suami, Insha'Allah banyak lagi yang Allah akan bagi nikmatnya nanti.."

“ Aku tak rasa kau terlalu dungu untuk faham semua yang aku cakap ni bro. Heart and brain are two different things. Use your brain to stimulate that heart needs.Lelaki yang matang adalah lelaki yang sihat dan cerdas akal fikiran dia. Aku tak mahu kau menyesal kemudian hari. Selagi boleh baiki, kita baiki. Bukan suka-suka buang atau tinggalkan. We don't know the value of the blue rocks until we lost it."

Pandang wajah Barr, Benz Fahri senyum setengah gula. Raut wajah bakal bapa anak dua itu benar-benar buat dia kagum.

“ Yeah, thanks Barr bagi nasihat. Mentang-mentanglah nak masuk anak dua ni, macam-macam nasihat kau bagi aku kan!" sengih Benz Fahri. Sedikit sebanyak yang Barr katakan tadi masuk jugak ke telinga dan di simpan dalam mindanya.

.
.

“ Hi Jerry, Barr mana ye?" soal Hannah bersama anak kecil bernama Nadine di gendongannya.

“ Oh.. hi Hannah. Happy to see you lady. Barr?" senyum Jerry. Pertanyaan Hannah mengenai suami wanita itu membuatkan Jerry turut ikut berkeliling pula pandangannya mencari susuk Barr yang sedang dicari isterinya itu.

“ Yeap, I nak cari Barr. Nak minta tolong dia pegangkan Nade sekejap."

“ Rasanya tadi dia sembang dengan Ben. Mungkin dekat belakang kut." beritahu Jerry.

“ Oh ye ke..kalau macam tu I cari dia sekejap lah." ujar Hannah mahu beredar mencari susuk si suami.

“ Han..Han..wait.." tahan Jerry sejenak. Tak sampai hati pula melihat keadaan Hannah yang sedang sarat itu.

Hannah tak jadi melangkah. Keningnya terangkat bertanya. “..biar I je yang pegangkan Nadine. Kejap lagi Barr datang lah tu." usul Jerry menawarkan bantuan.

“ Betul you boleh tolong jagakan Nadine sekejap? Tak susahkan you ke?" tayang wajah impress, Hannah bertanya.

“ Boleh je. Tak ada susah mana pun."

“ Kalau macam tu bolehlah. Sekejap je ye. Nanti kalau Nadine dah menangis ke apa, you panggil je bapak dia suruh jagakan. I ada hal sikit dekat dalam." ujar Hannah seraya menyerahkan Nadine si comel yang berusia sembilan bulan itu.

“ Orait mam. Don't worry."

“ Thanks Jerry." balas Hannah lalu berlalu pergi meninggalkan Nadine di dalam pangkuan Jerry. Nasiblah Nadine tidak banyak hal ketika ditinggalkan ibunya membuatkan Jerry dengan senang hati melayan buah hati milik Barr dan Hannah itu.

“ Whoa...dah boleh kahwin la lepas ni. Lulus dah pegang baby.." usik Benz Fahri sebaik tiba di tempat Jerry yang sedang menghabiskan masanya bersama Nadine.

Jerry mencebik. “ Banyak la kau punya lulus. Kau pergi mana dengan Barr hah?”

Pandang Barr dengan sengihan Benz Fahri selamba membalas.
“ Pergi main teng-teng."

“ Buat main." dengus Jerry.

Benz Fahri terkekeh ketawa.

“ Macam mana Nadine ada dengan kau ni?" soal Barr hairan sebaik melihat anaknya berada dalam dukungan si teman.

“ Bini kau cari kau tadi. Aku cakaplah kau kat belakang dengan si mamat 'weng' ni.." pandang wajah Benz Fahri dengan riak menyampah, Jerry jeling tajam sebelum pandang Barr semula. “ Dia nak suruh kau jaga anak sekejap. Dia ada hal kat dalam. Lepastu aku cakaplah kau kat belakang. Hannah sibuk nak pergi cari. Aku tak sampai hati tengok dia dengan perut besar dengan dukung anak lagi terus aku offer nak jagakan Nadine sementara kau balik sini." cerita Jerry senafas.

“ Oh..Meh sini dekat Abi, kesian uncle Jerry jaga you lama dah." agah Barr sambil mahu mengambil Nadine dari pangkuan Jerry di sebelah.

Baru saja, Barr mahu menarik Nadine suara Hannah sekali lagi memintas. Hannah muncul dengan perut besarnya agak kalut menghampiri kawanan lelaki itu.

“ Sorry ayang. You kena masuk dalam tolong I kejap. Biar Jerry tolong jagakan Nad dulu." ujar Hannah sambil menarik lengan Barr sebelum pandangan wanita itu jatuh pada Jerry dan Benz semula untuk meminta pertolongan pada kedua rakan baik suaminya itu.

“Sorry ye Jerry..minta tolong you dengan Benz jadi baby sitter sekejap tau. Pinjam my husband for a minute.." Hannah kenyit mata

“ Eh!!" Barr kerut dahi.

“ Sure, Hannah. Jerry boleh jagakan Nadine. You jangan risau. Just go you two.." sampuk Benz Fahri cepat sekali gus menolak bahu Barr supaya mengikut isterinya.

“ Thank you Benz. May Allah bring you a big happiness then.." balas Hannah lantas menyauk lengan Barr sebaik melintasi Jerry dan Benz Fahri.

Benz Fahri angkat tangan dengan senyuman nipis. Muka Jerry pula sudah gelap seperti sesumpah tertelan biji sawit. Bengang dengan Benz Fahri yang memandai memberi keizinan dari pihaknya untuk menjaga si kecil dua orang itu.

“ Memandai je kau kan. Nah, kau pulak jaga Nadine ni." putus Jerry. Si comel Nadine yang sudah comot bermandikan liurnya diberi secara gopoh kepada Benz Fahri.

Tidak sempat mengelak, tubuh montel Nadine sudah selamat di dalam pegangan Benz Fahri.

“ Ala siannya Nadine uncle ni..Tak pela biar uncle je dukung Nadine okay.." ujar Benz Fahri seraya bersembang dengan bayi berusia sembilan bulan itu. Nadine diangkat separa dari wajahnya lalu dicium geram wajah montel itu.

“ Elok pun. Cepat sikit kau proses anak. Anak orang pun kau dah pandai jaga ni..." usik Jerry membalas usikan Benz Fahri di awal tadi.

Benz Fahri tidak menghiraukan kata-kata Jerry. Wajah comel dan mata bulat lagi kecoklatan Nadine dia pandang suka. Ralit dia bermain dengan Nadine sehingga wajah Ann Layli yang mempunyai warna iris mata yang sama dengan bayi kecil itu terbayang di ruangan mata. Ianya lantas menghasilkan rasa di hati sehingga di gendang rindu.

******

Ralit menghabiskan sesi perbincangan dengan kumpulan belajar, Ann Layli hampir terlupa mahu menelefon si ibu mertua untuk mengkhabarkan keberadaannya.

“ Bye Ann..see you next Monday." ujar Fina dan Syifa seraya melambai ke arahnya. Kedua orang rakan itu sudah selamat masuk ke dalam kenderaan masing-masing dan bergerak pergi.

“ Bye.." senyum nipis Ann Layli beri.

Menyeluk tote beg, telefonnya dikeluarkan tetapi sebaik saja telefon itu dihidupkan paparan skrin tetap juga hitam.

Ann Layli mengeluh. Dia terlupa bateri telefonnya sudah mati. Mahu saja dia hantuk kepala kerana memarahi diri sendiri dengan sikap alpanya yang kian menjadi.

Tidak mahu membuang masa kerana hari sudah semakin lewat dan sudah menunjukkan tanda-tanda mahu hujan, Ann Layli menapak laju menuju ke arah hentian bas sebaik keluar dari perpustakaan kolej tadi.

Kebiasaannya abang Mat akan menjemputnya pulang tetapi oleh kerana hari itu abang Mat mengambil cuti kecemasan, pekerjaan abang Mat diambil alih oleh bonda. Bonda telah berpesan kepadanya supaya menghubungi wanita itu setelah tamat kelas dan sesi diskusi nanti. Namun, disebabkan sesi perbincangan itu mengambil masa hampir empat jam untuk selesai membuatkan Ann Layli terlupa untuk menginfo terlebih awal. Saat dia sudah selesai diskusi, barulah dia perasan akan telefonnya yang sudah tidak boleh dihidupkan.

Hendak tak hendak, Ann Layli terpaksa menanti bas pelajar yang terakhir waktu untuk membawanya ke pekan luar. Dia harus mendapatkan public transport untuk membawanya pulang ke rumah.

Hari sudah semakin gelap, dan pawana senja sudah mengambil alih suasana. Rintik hujan juga sudah membasahi perkarangan hentian bas membuatkan Ann Layli semakin resah. Bimbang lewat kepulangannya memberi kesan risau kepada Ruhana.

Dalam dia berdoa mengharapkan bas pelajar muncul, lamunannya di sapa oleh seseorang dari fakulti kejuruteraan.

“ Hai Ann..belum balik lagi. Dah lewat ni?" soal Danny sambil melirik peranti pintar di pergelangan tangannya itu.

Tarik senyum kelat Ann Layli membalas juga walaupun tidak selesa.

“ Yup, lambat sikit petang ni."

“ Nak balik ke? Jomlah I hantar. Kalau you nak tunggu bas pun lambat lagi. Arround 7 o'clock nanti. Hujan pun makin lebat ni." Danny membuat tawaran selepas merasa rintik hujan makin deras dan bunyi angin yang membawa hujan semakin kuat dipendengaran.

Mendengar itu, Ann Layli pantas melihat Shein ditangannya. Tanpa sedar, keluhan terbit di bibirnya saat melihat angka yang tertera. Baru pukul 6 petang. Kata Danny tadi, bas terakhir adalah pukul 7 petang. Ini bermakna dia harus menunggu lebih kurang satu jam lagi di situ untuk mendapatkan bas tersebut.

Hari semakin gelap. Hujan juga sudah bertimpa lebih lebat dari tadi. Kawasan sekeliling juga sudah sunyi membuatkan Ann Layli berasa sedikit gentar. Ketap bibir, Ann Layli masih menimbang tara baik buruk tawaran tersebut.

“ Jomlah..jangan risau, I takkan apa-apa kan you. I know you're someone wifey. I cuma nak tolong je." ujar Danny ikhlas. Riak risau wanita itu begitu mudah dia baca membuatkan Danny meluahkan janji.

Melihat tawaran Danny dan keikhlasan yang terpeta pada riak wajah lelaki itu membuatkan Ann Layli terpaksa menerima pelawaannya.

“ Terima kasih Danny." ucap Ann Layli sebaik masuk ke dalam kereta lelaki itu.

.
.

Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang satu jam itu, akhirnya berakhir apabila Danny telah selamat memberhentikan kereta hondanya di hadapan teratak milik Toh Puan Ruhana.

“ Here you are!" ujar Danny dengan senyuman swbaik menarik handbrake.

“ Thanks Danny. I owe you a lot!" balas Ann Layli lega.

“ No problem lah. Small matter je. Lagipun rumah I lalu kawasan sini jugak." ujar lelaki yang mempunyai lesung pipit di kiri kanan pipinya itu.

“ Oh ya?"

“ Yup.." Angguk Danny.

“ Thanks very much."

“ Takkan thanks aje?"

Mengecil bebola mata Ann Layli. Hairan dengan pernyataan Danny itu buatkan kepala Ann Layli sudah bersangka yang bukan-bukan.

“ Maksud you apa?"

“ Tawaran I masih lagi available. If you don't mind boleh kita berkawan?" pinta Danny separuh mengharap.

Ann Layli sudah hilang kosa kata. Permintaan Danny itu membuatkan dia rasa tidak selesa dan berlebihan. Dia cukup tidak suka dengan sikap lelaki yang suka mahu mengambil kesempatan seperti itu. Baru saja berbudi sudah minta balasan pula.

Lagipun bukankah Danny sudah tahu tentang statusnya sebagai isteri seseorang. Jadi mengapa masih mahu berteman dengannya. Ann Layli mengeluh. Inilah sebab utama dia tidak mahu berbaik dengan mana-mana lelaki yang ingin berkawan dan berteman di kampus. Sudah beri keizinan, cepat pula mereka mahu masuk line hendak berteman. Dia tak berminat dan tahu batas sebagai isteri orang. Maruah suami dan keluarga mertuanya harus dia dahulukan setiap kali keluar membawa diri. Tetapi ini, buatkan dia jadi tersepit.

“ Danny, I'm sorry. Rasanya you sudah arif tentang status I. I dah berkahwin dan tak elok untuk I berkawan dengan mana-mana lelaki ajnabi. I harap you faham. Tentang pertolongan you hari ni I hargai sangat. Kalau you mahukan balasan, just give me your account number. I will transfer to your account. Sorry for disturbing you." ucap Ann Layli lalu mencapai pintu kereta dan membukanya.

“ Wait..wait. Okay..okay I'm sorry.." Danny mengangkat kedua tangan yang dicantum ke tengah angin di hadapan Ann Layli menunjukkan tanda maafnya.

“ I tak perlukan your money untuk balasan atas pertolongan I ni. I ikhlas hantar you balik. Okey, I faham you isteri orang. Lupakan apa yang I cakap tadi. Maaf sekali lagi, but I hope you tak kisah I jadi kawan you macam kawan-kawan you yang lain." ujarnya.

Hampir sesaat berdiam mendengar penjelasan dan permintaan maaf Danny akhirnya Ann Layli akur. Lega kerana jejaka itu faham dengan penjelasan serta alasannya.

“ Thanks.” Keluar dari perut kereta, Ann Layli terus menapak ke arah rumahnya. Danny pula terus memecut laju meninggalkan kawasan rumah besar itu dengan senyuman senang.

****

Seperti yang dijanjikan Danny untuk hanya sekadar berteman seperti rakan-rakan Ann Layli yang sekuliah dan sekampus dengannya, membuatkan Ann Layli begitu selesa dengan jejaka itu.

Pejam celik pejam celik dah menginjak ke satu sem terakhir hubungan baik itu berlangsung.

Sikit pun Ann Layli tak pernah rasa Danny melampaui batas dalam pergaulannya sebagai rakan sekampus.

Danny yang tak pernah gagal untuk ada di waktu Ann Layli menghadapi waktu-waktu sukar dalam pelajaran di kampus.

Danny yang tak pernah sekali pun tak ada di samping Ann Layli untuk setiap aktiviti wanita itu berlangsung sehari- hari di kampus.

Danny yang selalu menjadi penasihat dan penyokong dalam kehidupannya bergelar mahasiswi.

Buatkan Ann Layli benar-benar sayangkan persahabatannya dengan Danny dan menganggap jejaka itu seperti adiknya sendiri.

Dan menginjak hampir setahun persahabtan mereka tiada satu pun rahsia antara mereka berdua.

Seluruh keluarganya serta keluarga Benz Fahri mengetahui tentang hubungan baiknya bersama Danny.

Malah, setiap hujung minggu Danny dan beberapa rakan kampus yang lain selalu diajak berdiskusi tentang pelajaran di rumahnya.

Lebih tak di duga, kehadiran Danny juga membuatkan Puan Sri Amirah dan Tan Sri Zahid begitu menyenangi lelaki itu. Sudah mereka anggap Danny seperti anak sendiri. Toh, banglo Tan Sri Zahid kini meriah dengan pelbagai gelagat dan ragam Azlan, Azhan serta Danny yang sudah menjadi sahabat baik.

Tetapi dalam banyak-banyak orang yang suka dengan kehadiran Danny, hanya seorang saja yang kelihatan tidak betah dengan hubungan baru yang wujud dalam keluarga itu.

Tidak tahu di mana silapnya, abang Mat yang merupakan pemandu Toh Puan Ruhana acapkali menayang wajah meluat serta tidak sukanya secara terang-terangan terhadap Danny sehingga Ann Layli naik runsing setiap kali perlu berhadapan dengan soalan abang Mat dan lelaki itu.

“ Puteri dah bagitahu ke nak balik lewat ni?" soal Abang Mat sebaik memberhentikan keretanya di hadapan sebuah perpustakaan seperti mana yang dikehendaki Ann Layli.

Tidak sempat menarik lock kereta, soalan abang Mat menerjah pendengaran telinga membuatkan Ann Layli menoleh ke hadapan.

“ Dah, Ann dah bagitahu dengan bonda tadi."

“ Okaylah kalau macam tu. Nanti nak balik call la abang Mat. Abang Mat datang." pesan lelaki itu.

“ Eh, tak pe. Ann dah cakap dengan bonda jugak. Ann balik dengan Danny dan Raihana nanti. Rumah Danny dengan Raihana satu jalan je dengan rumah bonda." jelas Ann Layli.

“ Buat apa susahkan Danny. Kan abang Mat ada. Lagipun memang Tuan yang tugaskan abang Mat untuk jadi pemandu Puteri kalau nak ke mana-mana. Tak perlu suruh orang lain hantar dan ambilkan." caras Abang Mat dengan wajah serius. Berbulu saja telinga dia mendengar bibir Ann Layli menyebut sebaris nama si budak Danny itu.

“ Tak pe, nanti Ann bagitahu dengan Tuan yang Ann dah janji dengan Danny dan Raihanah. Terima kasih abng Mat sebab hantarkan Ann." tak berlama, Ann Layli terus keluar dari perut kereta.

Malas mahu melayan mood Abang Mat yang senang terpancing marah saat mendengar nama Danny meniti di bibirnya. Malas mahu menyakitkan otak atas sebab dan alasan apa abang Mat seakan tidak suka mendengar nama Danny, Ann Layli buru berjalan laju menuju pintu utama perpustakaan di depan.
.
.

“ Ben, sihat?"
“ Tak, bukan apa saja la abang Mat nak beritahu kut kut Ben tak tahu cerita. Yelah Ben kan baik dengan abang Mat. Abang Mat pun kenal Ben bukan sehari dua. Dah lama. Abang dah anggap Ben macam saudara sendiri. Jadi abang rasa terhutang budi sangat. Dan benda ni pun, abang rasa dah jadi tanggungjawab abang lepas Ben sendiri yang bagi izin pada abang untuk tengokkan keadaan dekat sini. Abang rasa tak selesa kalau abang tak bercerita pada Ben."
“ Abang tengok Puteri sekarang ni lagi rapat dengan budak Danny tu. Ke mana-mana pun dengan Danny. Jadi sebelum jadi yang tak elok, abang Mat rasa bertanggungjawab nak bercerita dengan Ben. Lagipun tak manis kan Puteri selalu keluar dengan dia. Walaupun ada kawan kawan dia yang lain.”

Cerita abang Mat beberapa minggu yang lepas menganggu ruangan fikiran.

Dan saat ini pun, segala ayat bahasan Jerry juga Barr turut sama bertingkah dalam kepala buatkan hati dan fikiran sama naik bercelaru.

Puas menaakul, memikir dan menelaah setiap ayat itu supaya tak menjadi virus dalam hati seorang Benz Fahri yang naif bab hati dan perasaan, buatkan Benz Fahri segera mencapai gagang telefon dan menitipkan beberapa pesanan kepada Viren iaitu PAnya.

Setelah, menyelesaikan beberapa urusan dia sedikit menarik nafas lega.

Menjatuhkan tubuh pada kerusi, mata dipejam seketika. Mahu merehatkan fikiran dari pelbagai masalah yang ada. Baru sesaat mata dipejam sudah ada yang menganggu. Ketukan di pintu pejabat pula mendominasi keadaan.

Muncul susuk Arva di muka pintu dengan senyuman manis seperti selalu.

“ May I come?" soal wanita berketurunan Turki itu, sebaik menjengukkan kepala.

“ Buyrun." Tak membuka mata, Benz Fahri memberi arahan sebaik mendengar suara si Arva itu. Malas mahu pandang yang dia dah agak bagaimana penampilan wanita moden itu sekarang. Seksi tak bertempat walau datang ke pejabat.

Arva merupakan penganalisis data ekonomi untuk syarikat mereka yang berpengkalan di Dubai itu. Dan dia memang sudah terbiasa dengan kehadiran Arva yang akan selalu memberi pandangan atau pendapat mengenai perjalanan perniagaan syarikat itu.

Arva masuk sambil menggeleng kepala melihat Benz Fahri yang kelihatan tidak bermaya itu. Wajah penat menghiasi riak Benz Fahri yang sedang berehat di kerusi miliknya membuatkan Arva jatuh kasihan.

Meletakkan fail di tangan ke atas meja dia tersengih sendiri dengan aksi lelaki itu.

Tie sudah senget benget di leher. Rambut pun sudah tidak terbentuk elok.

Tampang Benz Fahri benar-benar kelihatan tidak terurus membuatkan dia mahu menawarkan sesuatu kepada lelaki yang menjadi idamannya setiap waktu itu.

“ Why are you so messing? Tired?" soalnya cuba menggoda dengan suara halus sambil mendekati kerusi Benz Fahri.

Tidak ambil peduli dengan pertanyaan Arva, Benz Fahri hanya memilih diam. Penat fikiran dan tubuh yang baru selesai bermesyuarat buatkan dia tidak mahu berfikir apa.

Namun niatnya untuk berehat itu tidak kesampaian apabila terasa lembut tangan Arva sedang menari di pangkal bahunya.

Mencelikkan mata, terus darah terasa menyerbu hingga ke kepala. Menangkap tangan Arva lalu memberhentikannya.

“ Stop it Arva. Don't make me even messier than before. Hand off!" dengus Benz Fahri tidak suka.

“ Tamam..tamam. I just want to release your tens but it's okay. I got it." kenyit Arva dengan suara yang seksi. Suara dan tubuh yang sama seksi itu buatkan Benz Fahri bertambah jengkel melihat penampilan wanita itu dari hari ke hari. Bertambah mencolok mata. Semuanya semata mahu diperdagangkan depan mata dia. Apa dia ingat Benz Fahri ni lelaki hidung belang? Mudah tergoda dengan penampilan sebegitu.

“ Just go Arva." arah Benz Fahri dengan wajah mencuka. Riak beku dia tayang pada wanita itu dengan tatapan tajam memaksudkan dia mahu Arva tinggalkan bilik itu segera. Berapi kepalanya saat itu.

Sudah rimas dengan gangguan Arva sejak wanita itu tahu dia sudah berkahwin. Sikap Arva yang obses pada dirinya lebih ketara kini buatkan Benz Fahri bertambah tidak suka.

Tidak mengenangkan Arva itu adalah pilihan board director yang lain dan kepakarannya dalam menganalisis ekonomi untuk setiap peluang pelaburan syarikat rasanya sudah lama dia singkirkan wanita yang berlagak naif itu dari syarikat.

Mengeluh, Benz Fahri tegakkan duduk selepas Arva keluar. Mahu menyibukkan diri dengan kerja yang tertangguh. Skrin komputer dihidupkan semula. Tetapi wallpaper skrin pula yang mencuri tumpuan
Benz Fahri.

Terpapar gambar pernikahannya dengan si isteri semerta senyuman tipis terbit di bibirnya. Hilang segala rasa kusut yang bermukim dek ulah Arva tadi sebaik melihat wajah polos Ann Layli.

Ralit merenung tanpa sedar wallpaper sudah berganti pula dengan screen saver yang sedang memaparkan gambar-gambar ketika outdoor perkahwinannya dahulu. Gambar ketika berkongsi botol minuman dengan isterinya itu sungguh menggamit kenangan buatkan dada Benz Fahri sesak dengan rasa sesuatu.

Ayat bahasan dari Barr segera mengetuk ruang gegendang pendengaran.

“ Kau nikahi dia untuk dapatkan redha Allah tahu. Walaupun aku tak pasti apa perasaan korang berdua, tapi aku nak cakap satu benda je. Once, kau lafaz akad pada dia, semua tuntutan syarak yang dia sedar, tahu dan faham atau sebaliknya dah jatuh pada bahu kau untuk tanggung walaupun bukan benda tu keinginan dan keperluan dia. Kau tetap kena bertanggungjawab dan lunaskan semua tuntutan tu. Baik zahir mahupun batin."

“ Kau lari macam ni takkan selesaikan masalah bro." tekan Barr lagi.

Benz Fahri lepas keluh. Bertambah rasa kesalnya dengan diri sendiri.

Malas layan ayan, Benz Fahri sambung membuat kerja. Planner atas meja dicapai dan di buka. Terdapat beberapa keping gambar Benz Fahri bersama teman temannya di rumah Barr sewaktu majlis shower baby Hannah pula menganggu mata di situ. Kali ini wajah comel Nadine yang mempunyai iris mata seakan Ann Layli pula mencuri tumpuannya. Semerta perbualan dengan Jerry mengambil alih ruangan minda. Terhenti lagi gerakannya.

“ Kan aku cakap dia suka kat kau Ben.. Diam je dia duduk dengan kau. Tu lah aku cakap kau ni ada ciri-ciri kebapaan ni. Kau tak percaya. Tengok tu asyik nak melekat dengan kau aje.Sebab tu.”

“ Dia bukan suka. Dia selesa je.." sambil tangannya ligat menepuk lembut bontot si kecil Nadine lalu mengagah bayi comel itu.

“ Kan Nadine kan..You selesa dengan uncle right?" ucap Benz Fahri sambil mengucup pipi mulus Nadine. Tersengih-sengih Nadine seakan mengerti bahasa yang diucapkan Benz Fahri ketika itu.

“ You are so pretty girl.." acah Benz Fahri lagi sehingga bayi kecil itu pun turut tergelak dengan agahan Benz Fahri itu. Laju saja tangan kecilnya menangkap wajah berjambang halus Benz Fahri.

Jerry pandang dengan senyuman senang. Aura kebapaan Benz Fahri sangat menyerlah ketika bersama dengan anak kecil itu.
“Eh, cepat la kau dapat baby. Teringin aku nak tengok anak kau dengan Ann nanti." bebel Jerry tak sudah.

“ Banyak la kau nak cepat-cepat. Kau ingat wife aku tu kilang proses bayi. Ann tu ada lagi setahun je nak grad. Aku dah janji dengan dia lepas habis belajar baru boleh fikir nak ada anak ke apa.. sekarang ni aku nak dia fokus pada study dulu.” tukas Benz Fahri.

“ Yelah tu... Kau jangan tunggu-tunggu. Bini kau tu cantik. Nanti orang kebas baru tahu. Dah la duduk jauh-jauh macam ni. Kau tak risau ke Ben? ” soal Jerry.

“ Aku percaya dia. Allah ada jaga hubungan kami." balas Benz Fahri acuh. Tidak mahu sekali dia rosakkan fikiran sendiri dengan membendung rasa yang tidak baik seperti itu.

“ Memang la kau percaya dia. Tapi lelaki kat luar sana tu kau boleh percaya ke? Tambah pulak yang kepunyaan orang lain..memang diorang laju main nak masuk line. Perempuan ni kalau selalu orang lain yang caring life dia hari-hari..yang selalu ada bila time dia susah..yang selalu buat hati dia melting..boleh cepat terusik bro. Kalau doa je tapi tak ada effort pada dia tak cukup.. Gunung Everest pun kalau kau tarah setiap minit, boleh runtuh bro." panjang lebar ayat Jerry bagi pada si teman. Sengaja mahu buat hati sahabat tu libang libu.

“ Sudah-sudahlah duduk jauh-jauh ni. Aku rasa baik kau setelkan cepat kerja kau kat sini lepastu settle down dengan Ann.

“ Aku pulak yang naik susah hati tengok korang LDR macam ni.." Jerry geleng kepala. Tak tahu dah macam mana dia nak nasihat lagi. Sebagai kawan, dia hanya mampu berdoa yang baik-baik saja. Selebihnya Benz Fahri juga yang perlu berusaha.

Tarik keluh, wajah Jerry dia pandang. Sedikit tersentap dengan pernyataan Jerry. “Entahlah bro..susah aku nak cakap..vibe dia tu kuat sangat. Aku tak boleh nak duduk dekat-dekat dia. Nanti study dia ke mana apa ke mana. Since aku memang dah janji dengan dia nak bagi dia masa dan ruang untuk ‘adapt' dengan semua yang jadi antara kami." balas Benz Fahri sambil menekur jauh pandangan di depan dengan riak kosong.

“ Vibe seorang isteri bro..memang la macam tu..Kau ni..takkan tu pun nak kena bagitahu. Hmmm.." keluh Jerry “ ...kau tak percaya dengan takdir ke Ben? Kalau Allah tu memang dah rancang dan tetapkan dengan kehendak dia..kau lari la seribu batu pun tetap akan jadi jugak perancangan dia." tambah Jerry masih tak puas hati.

Entah bila dia pun ikut jadi tukang penasihat tak bertauliah macam Barr, sedangkan kisah percintaan dia sendiri sedang berantakan.

“ Maksud kau?" kening Benz Fahri terangkat bertanya. Riak Jerry yang tersengih di depan buatkan Benz Fahri rasa pelik. Orang yang belum kahwin pulak yang sibuk nasihat dia yang dah berkahwin ni. Betul luar petala alam punya fikiran si Jerry ni.

“ Masalah akan terus datang walau jauh mana kau lari pun. Jadi kau pilih..nak terus lari atau nak hadap. No matter how hurt it is. He knows you can take it. Have faith. It's matter of time and it's matter of faith. It's hard to swallow but He knows what best for you. Dan..one day kau akan faham maksud aku. But now, as buddy aku just nak cakap yang aku akan doakan yang terbaik untuk kau dan Ann dalam rumah tangga korang. May Allah bless your marriage buddy." tepuk bahu Benz Fahri, Jerry senyum pandang si teman memberi semangat. Sedikit sebanyak berasa lega bila dapat menitip pesan sebegitu. Jadi teman, apalah sangat setakat nak selalu saling mengingatkan.

“ Amiin."
. .

jemput baca..andai ada yg kurang menepati citarasa maafkan WL..terima kasih pd yg sudi menanti..tanpa anda, WL takkan mampu berkarya..

Share this novel

AnieAlya
2024-06-30 14:15:21 

Tq update sis.. PJJ lg si Ann dgn benz.. lama sgt duk oversea.. Danny masuk jarum nti.. Next tq

Norzilawati
2024-06-29 18:51:14 

Tq update..


NovelPlus Premium

The best ads free experience