Dua kali nama penthouse bak istana ini di ulang namun ianya bagaikan angin lalu yang berdesir di halwa telinganya saja. Kenapa dia boleh tak perasan?
Awal-awal lagi emak beritahu suruh datang ke Teratak Kaseh. Rafidah, majikannya juga ada menyebut nama villa besar ‘ Teratak Kaseh’ ni. Macam manalah dia tak boleh perasan yang ini kediaman Puan Sri Amirah? Baru je beberapa jam lepas dia ke mari menemani Andy. Walaupun tidak masuk sehingga ke dalam kediaman tapi jalan menuju ke ‘Teratak Kaseh’ ini dia sudah tahu selok belok laluannya.
Nak kenal apanya Cik Ann oii..kau tu membuta dari dalam grab lagi tadi! Masuk-masuk kereta je terus tertidur. Mana nak perasan? Ayat dalam kepalanya menyela.
Ann Layli menggaru pelipis bersama sengihan. Terasa lucu mengingatkan tingkah sengetnya.
Sekali lagi matanya menatap kediaman besar bak istana yang tersergam indah di depan mata itu. Tertegun dia seketika. Entah seberapa banyak wang yang pemiliknya habiskan untuk membina rumah kediaman seperti ini? Besar dan tentunya mewah.
Lihat sajalah seni binanya yang sedikit unik itu. Terdapat dua blok bangunan tiga tingkat yang bercermin serta berbentuk pentagon tetapi bersambung di tengahnya dengan bumbung kaca memanjang yang di atasnya di bina kolam renang. Bangunan kediaman itu juga melajur tirus ke bahagian utara tanah tinggi di belakangnya menjadikan kediaman itu kelihatan menurun dari bukit besar di bahagian belakangnya.
Dari jalan besar pula, kelihatan tembok setinggi 0.5m di kedua bahagian jalan di bina sehingga laluan hadapan ruangan utama kediaman. Di sebelah tembok kedua bahagian itu terdapat padang rumput seluas padang bola sepak juga terdapat dataran untuk ‘helipad’.
Ann Layli melihat sayup rumah besar dihadapannya itu sekaligus membuatkan semangatnya melayang kerana dia sepertinya harus mendaki bukit sehingga ke jalan utama perkarangan rumah besar itu bersama heels dua inci yang tersarung di kaki. Mampukah? Pandangannya di jatuhkan ke kaki yang sedang tersarung heels Jimmy Choo itu. Hmm.. alamat, kakinya boleh melecet atau paling sadis, pergelangan kaki mungkin terpelecok! Namun, mengenang janjinya dengan si emak, digagahkan juga kaki melangkah.
Ann Layli tarik nafas sedikit panjang sebelum menghampiri pagar besar di hadapannya. Bilik pengawal keselamatan yang terletak di sebelah kanan pagar itu dilewati. Dia kemudian menunjukkan kad undangan digital majlis keraian yang dihantar Hasnah melalui aplikasi whatsapps itu kepada pengawal keselamatan tersebut. Sesudah mendapatkan kebenaran, pengawal itu mempersilakan Ann Layli masuk dan mengarahkannya menaiki kereta yang telah dikhaskan untuk tetamu lalu menghantarnya terus ke halaman utama kediaman.
Ann Layli tersengih sendirian saat menaiki kereta itu. Fikirnya dia harus mendaki rumah ini sehingga ke atas namun, tanggapannya ternyata meleset sama sekali. Rupanya sudah disiapkan kereta khas untuk tetamu. Jadi, mudahlah dia ‘mendaki ’ laluan untuk sampai ke halaman utama Teratak Kaseh tu nanti. Indahnya rasa apabila di layan bak puteri raja. Berangan. Tak apa, free saja, beranganlah sebanyak mana pun!
Sebaik tiba di halaman utama, dia turun dari kereta. Pandangannya ditebar ke seluruh kawasan. Sekali lagi dia terpengarah dek suasana di situ. Majlis kesyukuran itu kelihatan seperti majlis perkahwinan yang gah. Dekorasinya sangat mewah. Lampu berwarna yang dipasang di khemah-khemah tersebut berkemilau menyinari suasana.
Terdapat hampir 10 buah khemah yang dihiasi cantik dengan warna tema hijau dan putih. Malah terdapat juga pentas mini di anjung rumah yang tinggi di hadapannya kini. Sudah seperti pintu besar di pejabat pentadbiran kerajaan Putrajaya saja. Besar dan tinggi.
Bahagian hadapan pentas mini tersebut dihiasi bunga-bunga hidup yang segar. Bungaannya terdiri daripada gabungan peony merah dan putih yang melambangkan kebahagiaan dan kecintaan yang dalam. Di sebelah kiri pentas, kelihatan meja yang menempatkan kek, dessert dan doorgift yang di tempah khas dari Feeds.Kitchen tadi juga beberapa hidangan pemanis mulut yang lain. Turut terdapat satu ‘countertops’ di atas mini pentas untuk memudahkan jurucakap majlis menjalankan tugasnya nanti.
Lantunan zikir dan selawat juga berkumandang dari corong speaker yang terdapat di khemah utama itu.
Kereta tetamu juga sudah mulai penuh membanjiri kiri kanan jalan memasuki perkarangan utama itu. Tentu tetamunya terdiri daripada orang-orang besar serta terhormat berdasarkan kereta mewah yang terdapat di situ.
Ann Layli mengeluh seketika. Bibirnya digigit perlahan menghilangkan gemuruh di dada. Entah kenapa terbit perasaan sebegitu di hati. Mungkin sebab masih terfikir apa kaitan emak dan ayah berada di istana ini?
Teratak Kaseh! Ada apa di dalamnya?
Telefon yang berdering di dalam tote beg membuatkan dia terperanjat. Cepat tangan menggagau mencari alat komunikasi itu. Sekilas mata sempat melirik ke arah skrin telefon sebelum meleretkan butang hijau itu. Emak.
“ Ya mak!”
“ Kamu kat mana Ann? Jadi ke tidak datang ni?”
“ Dah sampai ni mak. Tengah berjalan. Kenapa mak?” soalnya.
“ Mak ingatkan kamu tak jadi datang. Sampai sekarang tak nampak batang hidung. Cepat sikit Manja oii. Majlis dah nak mula ni.” gesa Hasnah.
“ Jadi mak. Sampai dah ni. Mak tunggu Manja ehh..”
“ Yelah, mak tunggu. Cepat sikit jalan tu jangan nak melenggang sangat. Tak baik biarkan orang tunggu kita lama-lama.” selar Hasnah.
“ Ye mak, Manja datang ni. Mak tunggu dekat mana?”
“ Kamu masuk terus ke laluan besar tu sampai hujung sayap utama rumah di sebelah kanan. Berhadapannya ada kolam air pancut dengan gazebo. Mak ada je tunggu kamu dekat situ.” Hasnah memberi petunjuk.
“ Tapi ramai sangat ni mak. Seganlah.”
Ann Layli meliarkan mata ke sekeliling. Sudah ramai tetamu di kediaman besar itu memenuhi ruangan khemah. Sudahlah dia tidak kenal seorang pun. Lagi emak menyuruhnya mencari lokasi kedudukannya di kediaman besar itu. Silap haribulan dia boleh sesat pula semasa mencari lokasi. Dan itu, menambahkan lagi kecut di perutnya.
“ Tak apa, jalan terus aje sampai nampak gazebo tu. Nama pun rumah kenduri, memanglah ramai. Dah, cepat!”
“ Ye mak, Manja datanglah ni.” ujarnya. Segera talian di matikan lantas telefon pintar itu dikembalikan ke dalam poket bag Guccinya.
Berpandukan arahan dan petunjuk dari Hasnah, Ann Layli berjalan ke arah sebelah kanan sayap kediaman untuk sampai ke lokasi yang menempatkan gazebo itu.
Saat dia melalui beberapa bahagian khemah putih yang dihiasi skalop hijau untuk sampai ke arah gazebo itu, Ann Layli mendapati beberapa pasang mata memandangnya pelik. Sehingga ada yang berbisik sesama sendiri.
Dan itu membuatkan tingkahnya menjadi serba tidak kena. Apa pelik sangatkah tatacara pemakaiannya malam ini? Baju yang tersarung ditubuh sekilas ditilik. Biasa dan sama saja seperti orang lain. Maxi kut, bukannya bikini! Sopan dan muslimah lagi. Namun, mengingatkan pesanan Hasnah yang menyuruhnya cepat, Ann Layli melajukan langkah seterusnya mengabaikan perhatian ‘pelik’ tetamu-tetamu kehormat kediaman besar itu.
Ann Layli meneruskan langkah mencari kelibat Hasnah sebaik terlihat gazebo batu di hadapan air pancut buatan yang diceritakan emaknya tadi. Beberapa tapak melangkah, susuk Hasnah sudah dapat dia jejak.
“ Mak..” seru Ann Layli sebaik nampak kelibat emaknya di sana. Tangannya naik melambai Hasnah.
Hasnah panggung kepala setelah mendengar namanya diseru. Senyuman kelegaannya jelas terpancar dari raut tua itu.
“ Manja.” Hasnah turut membalas lambaian, memanggil Ann Layli merapatinya.
Cepat Ann Layli menghampiri lalu memaut tubuh Hasnah ke dalam pelukan.
“ Rindunya mak!”
“ Mak pun rindu sangat dengan kamu.”
“ Ayah mana mak?” soal Ann Layli setelah bersalaman dan berpelukan dengan Hasnah.
Kepalanya tertinjau-tinjau mencari kelibat Zahid, tetapi tidak kelihatan membuatkan pandangannya beralih ke arah Hasnah semula.
“ Ayah ada dekat hall depan. Kejap lagi kita ke sana. Manja kenapa kurus sangat mak tengok sekarang ni? Kamu tak makan ke?”
Naik risau dia melihat berat anaknya yang sedikit menurun itu.
Tubuh kurus Ann Layli ditilik atas bawah. Pipi yang dulu sedikit gembel itu sudah menampakkan bentuk tirus. Badan yang berisi juga sudah terasa tulang. Derita sangatkah anaknya semenjak kehilangan Muqri? Tapi...
“ Manja kurus tak cantik dah ke mak?”
“ Cantik tapi tak berseri. Kurus sangat dah serupa papan.” usik Hasnah.
Ann Layli tayang wajah cemberut. Geram di samakan emak dengan papan. Emak punya perbandingan sangat ‘extreme’. Kalau tidak tahan, alamatnya dia makan hati berulam jantung. Tapi dah namanya Ann Layli, dia peduli apa. Kata-kata itu sedikit pun tak menggugat perasaannya. Yang dia tahu, kasih sayang Hasnah tiada sempadan. Tulus dan suci!
“ Sampai hati mak cakap Manja macam papan. Mak dah tak sayang Manja ke mak?”
“ Dah betul nampak macam papan takkan nak cakap macam tempayan pulak!” timpal Hasnah lagi. Dia sudah ketawa mengekek mengusik si anak.
“ Ish mak ni!” Ann Layli menampar manja lengan emaknya sedikit geram.
“ Mak, ni rumah siapa mak? Macam istana..besar sangat. Nasib Manja tak sesat. Macam mana mak dengan ayah boleh ada sini? Mak dah janjikan dengan Manja nak cerita semua ni.” soal Ann Layli. Pandangannya di tebar ke serata arah sebelum berlabuh ke wajah Hasnah semula.
Hasnah menarik nafas dalam lalu melepaskannya perlahan. Sudah menjangkakan pertanyaan si anak.
“ Jom kita jumpa ayah dulu. Lepas tu baru mak dan ayah ceritakan semuanya.” ujar Hasnah.
Tangan Ann Layli sudah dipaut dan diajak anaknya mengikuti langkahnya masuk ke dalam kediaman besar itu. Ann Layli terus melangkah mengekori Hasnah tanpa sebarang pertanyaan lanjut selepas itu. Dia masih ralit memerhati ruangan rumah yang sangat mewah itu.
“ Bang!” panggilnya sebaik tiba ke ruangan utama ‘ Teratak Kaseh’.
Hasnah merapati Zahid yang sedang duduk termenung di atas kerusi kayu yang cukup mewah berhampiran pintu kaca mengadap taman mini Teratak Kaseh di sebelah sayap kiri kediaman besar itu. Zahid panggung wajah lalu menoleh sebaik dipanggil isterinya. Kelihatan seseorang berdiri disamping isterinya tika itu dengan senyuman.
Matanya bertembung dengan sepasang mata bundar milik anak perempuannya yang turut di rindui itu. Perlahan bibirnya menyebut sebaris nama timangan si anak.
“ Manja.”
Senyuman tuanya mekar. Wajah yang tadinya muram sudah bertukar ceria.
“ Ayah.”
Ann Layli merapati Zahid lalu tubuh tua itu dirangkul erat melepaskan kerinduan. Dia menyalami Zahid dan mencium pipi lelaki itu lama. Duduknya dilabuhkan di atas sofa mewah di sebelah Zahid.
“ Manja sihat? Lama ayah tak jumpa Manja. Kenapa Manja jauhkan diri dari ayah dan mak?”
“ Sihat yah. Ayah, jangan cakap macam tu. Manja bukan sengaja nak jauhkan diri. Manja baru nak pulihkan hidup Manja selepas pemergian Abang Muqri. Manja perlukan masa untuk suaikan diri. Maafkan Manja yah. Manja janji lepas ni Manja akan selalu balik jumpa ayah dan mak.” ujar Ann Layli dengan nada memujuk. Tapak tangan Zahid di elus lalu di bawa ke bibirnya. Dikucup lama sebelum di bawa ke ribanya.
Zahid sedikit terpujuk lalu tersenyum kelegaan. Dia lantas mengangguk memahami penjelasan si anak.
Setelah beberapa minit menghilangkan rindu dengan keduanya, Ann Layli kembali menyoal Zahid dan Hasnah dengan persoalan yang memenuhi benaknya.
“ Yah, mak cakap ayah ada hal penting nak bagitahu Manja. Apa dia?”
Zahid pandang Hasnah, dan Hasnah pandang Zahid semula. Masing-masing bertingkah serba tak kena. Namun, Zahid rasa inilah saatnya memberitahu kebenaran pada sang anak.
Ann Layli pula semakin berkerut dahi. Pelik dengan tingkah emak dan ayahnya. Kenapa dia rasa macam dejavu. Rasa suasana ni sama seperti kali pertama dia mahu bernikah dengan Muqri dulu. Mak dan ayah seperti inilah, saling bertatapan dengan bahasa bisu bersama riak yang penuh gusar.
“ Mak..ayah, rahsia apa yang Manja tak tahu ni?” soalnya penuh gementar. Dadanya kembali bergetar hebat.
“ Bang, ceritalah.. kejap lagi mesti tuan panggil. Kita kan dah janji dengan tuan pasal ni..” ucap Hasnah kepada Zahid mengingatkan tentang janji mereka dengan Tan Sri Zahid.
Zahid akur. Dia menggenggam tangan Ann Layli lebih erat. Mahu menyalurkan kerinduan buat anaknya disamping mencari kekuatan juga dari kehangatan tapak tangan itu.
Lama dia menekur tangan si anak sebelum angkat wajah menatap raut wajah bujur sireh Ann Layli yang putih kemerahan itu. Anak itu, mempunyai sepasang kening yang tebal, serta alis mata yang bundar bersama warna mata yang hazel, malah hidung yang kecil tetapi mancung disertakan juga bibir yang terbentuk cantik dan dagu yang terbelah itu cukup membuktikan anak itu bukan fotokopi wajahnya mahupun sang isteri. Kecantikan dan keayuaan wajah itu diwarisi dari baka kacukan Arab- Bugis-Riau-Melayu kedua ibu ayahnya.
“ Manja..Manja tahukan Manja bukan anak mak dan ayah?”
Angguk.
“ Manja tahukan kisah hidup Manja sejak lahir?”
Angguk.
“ Manja tahu Manja masih punyai bapa kandung dan masih hidup?
Angguk.
Zahid tersenyum penuh getir. Wajah Hasnah dipandangnya meminta kepastian.
Hasnah membalas pandangan berharap Zahid bersama anggukan. Berharap suaminya meneruskan penceritaan kepada si anak dan dia akan menyokong setiap kata-kata suaminya itu.
“ Ayah mahu pertemukan Manja pada keluarga Manja semula. Tepatnya mahu menemukan Manja pada bapa kandung Manja.” tutur Zahid satu persatu. Setitis air mata hangat jatuh mengenai tangan Ann Layli.
“ Maksud ayah?”
“ Ayah dah bertemu semula dengan bapa kandung Manja. Tan Sri Zahid bin Kamaruzzaman. Babah Manja..”
Angguk.
“ Ba-bah?” terangkat kening Ann Layli.
“ Ya, babah Manja. Hampir dua puluh lima tahun, dia terpisah dengan Manja akibat tragedi yang tak disangkakan jadi hari ini mak dan ayah sudah sebulat suara akan menemukan Manja dengan dia.”
“ Doa mak dan ayah dah dimakbulkan untuk pertemukan semula Manja dengan dia. Kami cuma penjaga amanah. Allah permudahkan urusan babah Manja mencari kami yang terpaksa menyembunyikan satu-satunya anak perempuan yang dinantikan beliau bersama arwah isterinya Puan Sharifah Aini Latifah. Hari ni, dia minta mak dan ayah perkenalkan Manja pada dia. Mak dan ayah harap Manja dapat menerima dia selayaknya seorang bapa.” sambung Hasnah. Bahu Ann Layli diraih lalu menggosok lembut.
“ Mak dan ayah nak buang Manja ke? Tapi ke-kenapa sekarang? Manja belum sempat balas budi mak dan ayah lagi.” terketar suara Ann Layli saat itu. Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Mengalir laju menuruni lekuk pipi. Sedih.
“ Tak..Manja, mak dan ayah tak akan dan tak pernah buang Manja. Kami tetap anggap Manja anak kami dunia akhirat. Kami cuma nak pertemukan semula Manja dengan Tuan Zahid. Manja perlu kenal bapa kandung Manja. Manja perlu tahu siapa wali Manja. Manja perlu tahu asal keturunan dan susur galur keturunan Manja. Ayah dan mak dah tak sanggup tengok Manja terpisah dengan Tuan Zahid lagi.” tokok Zahid. Tangannya meraih bahu Ann Layli ke dalam dakapan.
Kenapa hari ini perlu terjadi? Kenapa selepas hampir 25 tahun baru dia dapat kenal siapa bapa kandungnya. Semenjak beberapa tahun dulu, dia sudah redha andai tidak mengenali siapa orang tua kandungnya, tetapi kenapa hari ini kenyataan itu harus terbentang depan mata?
Suasana di ruangan itu menjadi sedikit sunyi dan pilu. Ann Layli walau tidak kuat tangisannya tetapi suara ngongoiannya mampu membuatkan beberapa pasang mata yang kebetulan menggunakan laluan berdekatan ruangan itu ikut tertoleh.
“ Shh..Manja jangan macam ni. Ayah tak minta apa-apa. Ayah cuma mahu kenalkan Manja dengan babah Manja aje. Kenallah dengan dia nak.. dia sangat merindui Manja. Ternanti kehadiran Manja dalam dakapan dia selama dua puluh lima tahun ni. Berilah dia peluang untuk merasakan kasih seorang anak perempuan yang dia tidak pernah rela kehilangan suatu saat dulu. Ayah dan mak yang terpaksa melarikan dan sembunyikan Manja dari pengetahuan keluarga ibu kandung Manja. Jumpalah dia nak.. dia terlalu berharap sangat sebelum dia menutup mata.” pujuk Zahid lagi. Belakang tubuh Ann Layli digosok cuba meredakan kepiluan anak itu.
Ann Layli mengangkat wajah yang dah basah dek air mata. Matanya sudah memerah akibat banyak mengalirkan air mata. Hatinya kian terusik. Hiba dan sayu. Begitu besarkah harapan seorang bapa kandung yang mahu bertemu dengan anaknya?
“ Makcik, pakcik babah minta semua bertemu di mini surau sebelum dia buat pengumuman penting malam ni.”
Satu suara menyela membuatkan Ann Layli cepat-cepat mengelap matanya yang bersisa air hangat itu. Segan. Sehelai tisu dikeluarkan dari totebeg dan mengelap hidungnya yang sedikit berair. Lama dia berteleku dalam pelukan hangat Zahid. Suara yang menyela itu juga bagaikan angin lalu di telinganya. Sungguh dia di dalam dilema.
“ Jom bang, rasanya tuan dah turun dan tunggu kita tu.” ujar Hasnah.
“ Sekejap lagi pakcik dan makcik ke sana.” ucap Zahid memberi kata putus. Lelaki itu mengangguk dan menyisih ke tepi memberi ruang kepada anak beranak itu membuat perbincangan dan dia kekal berdiri di situ.
Hasnah kemudiannya bangun dari duduk. Bahu Zahid ditepuknya lembut mengajak suaminya bersemuka dengan Tan Sri Zahid yang sudah menanti mereka.
“ Ayah tak minta banyak Manja.. kalau Manja masih sayangkan mak dan ayah belajarlah terima tuan Zahid seikhlasnya. Manja kena beri peluang pada dia untuk buktikan kesungguhan dia. Sebaiknya Manja juga kena beri peluang untuk diri Manja sendiri terima dia sebagai bapa kandung. Manja layak terima kasih sayang bapa sendiri yang dah membawa Manja ke dunia ini. Ayah janji dengan seluruh nyawa ayah yang dia seorang bapa yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Setidaknya, Manja perlu berterima kasih pada dia kerana tanpa dia Manja takkan mampu melihat dunia seperti hari ini. Terimalah dia dengan ikhlas hati kerana darah yang mengalir dalam tubuh Manja saat ini adalah miliknya. Milik arwah ibu Manja. Sampai maut memisahkan Manja takkan dapat menidakkan takdir tuhan yang satu tu. Dialah bapa kandung Manja dunia akhirat. Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah tiada galang gantinya. Percayalah cakap ayah ni..” nasihat Zahid lagi. Pundak kepala Ann Layli diusapnya penuh kasih.
Ann Layli angkat wajah. Lama dia pandang Zahid dan Hasnah silih berganti. Ditarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan. Kata-kata nasihat Zahid sedikit terkesan di hatinya. Ya, dia harus beri peluang untuk dirinya sendiri dan juga bapa kandungnya.
“ Mak tahu ini mungkin perkara yang tak terduga tetapi percayalah Allah telah mengatur suatu perancangan yang tak tersangka untuk Manja. Sabar ya nak..kuatkan hati. Doa banyak-banyak. Hanya dengan berdoa hati kita akan tenang. Minta Allah permudahkan urusan hati Manja ya.. mak sentiasa doakan yang terbaik untuk Manja.” Hasnah turut menasihati anaknya.
“ Insha'Allah mak..ayah. Manja cuba. Tapi Manja nak mak dan ayah tahu, walau apa pun yang terjadi mak dan ayah tetap di hati Manja.” Tangannya naik memeluk kedua tubuh Zahid dan Hasnah. Menyatakan kasih sayangnya yang takkan hilang serta padam buat kedua insan itu.
“ Ya mak dan ayah tahu tu. Manja anak yang baik. Anak yang baik takkan hampakan perasaan mak dan ayahnya kan? Dah, tak payah nak sedih-sedih menangis.. Manja sepatutnya happy dan seronok sebab dapat berjumpa dia. Inilah peluangnya Manja berjasa dan berbakti pada orang tua selain mak dan ayah, sekalian gandakan pahala. Peluang begini takkan datang banyak kali. Fikirlah sebaiknya nak..” Zahid masih tak putus asa memberi nasihat.
“ Jomlah, tuan dah lama tunggu kita tu..tak baik buat orang ternanti-nantikan kita lama sangat..” ujar Hasnah.
Anak mata Ann Layli direnung wanita itu dalam sebelum dia mengelus lembut pipi anaknya. Cuba berdiplomasi dengan sentuhan hangatnya kerana dia tahu betapa sensitifnya hati seorang Ann Layli apabila berkaitan dengan perasaan. Dia tahu anak itu tak mudah menerima perkhabaran dalam hitungan waktu yang singkat seperti sekarang, namun dia percaya anaknya akan belajar menyayangi bapanya dan keluarga barunya suatu saat nanti.
Tidak mahu menghampakan permintaan mak dan ayah, akhirnya Ann Layli akur. Beberapa kata nasihat dari kedua insan itu mula meresap ke dalam relung hatinya sedikit demi sedikit. Capaian jemari mak ditangannya membuatkan dia ikut bangun dari duduk. Menarik kerusi roda Zahid dia menolaknya kehadapan ayahnya. Mahu membawa Zahid duduk di situ. Tetapi cepat di halang Hasnah.
“ Tak perlu angkat babah. Biar Ben je yang buat. Ben!” panggil emak setelah itu.
Eh, sejak bila mak pandai membuli anak orang ni?
Ben? Benz Fahri kah? Mamat muka ketat tu?
Ann Layli baru nak berpusing melihat siapakah gerangan yang barusan dipanggil Hasnah, tetapi figura maskulin dan wajah ketat tu sudah muncul dihadapannya membawa aura sejuk beku bawah lautnya.
Lelaki itu yang sememangnya bersedia di hujung sudut sejak dari tadi, menapak menghampiri mereka bertiga sebaik dipanggil Hasnah.
“ Ya makcik.”
“ Jom, kami dah selesai. Mari kita berjumpa dengan Tuan Zahid.”
Benz Fahri mengangguk lalu merapati Zahid. Ann Layli terpaksa memberi laluan kepada lelaki itu yang mahu membawa ayahnya ke atas kerusi roda. Terlopong dia apabila melihat sekejapan saja Benz Fahri telah mengendong Zahid ke dalam pelukannya lalu berjalan meninggalkan ruangan itu.
Mata Ann Layli turun naik memerhati lelaki dihadapannya yang berbaju melayu berwarna ‘sage green’ berserta kopiah putih.
Kenapa dia suka sangat gendong ayah?
Nak tunjuk gagah perkasa ke apa?
Hasnah mengekori Benz Fahri namun terhenti langkahnya. Pandangannya tersisih terhadap Ann Layli yang tertinggal di belakang.
“ Manja..tengok anak teruna orang tu kenapa?” tegur Hasnah.
Suara Hasnah yang sedikit kuat itu membuyarkan lamunan Ann Layli. Dia terpinga-pinga seketika sebelum Hasnah menapak setapak ke belakang dan menarik lengannya agar menyaingi langkahnya.
“ Jom..”
Sesampainya mereka di hadapan mini surau, Benz Fahri menolak pintu kaca itu lalu masuk ke sana. Mendudukkan Zahid dengan cermat di atas kerusi lalu berjalan ke arah hadapan meja. Menyertai keluarga besarnya yang diketuai Tan Sri Zahid diikuti isterinya Puan Sri Amirah dan kakaknya Toh Puan Ruhana serta pasangan suami isteri Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia juga bersama pasangan kembar Azhan Wadif dan Azlan Waqif di situ. Mereka sudah duduk bersedia menanti kehadiran tetamu istimewa mereka pada malam itu.
Masing-masing pasang wajah serius sebelum kesemua mata mereka tertumpu ke arah ambient seorang wanita ayu persis bidadari yang mulai melangkah masuk ke dalam mini surau itu. Ketibaannya bagaikan memukau suasana seperti langit yang suram kelam bertukar cerah saat disimbahi cahaya dari syurga.
“ Assalamualaikum.” tuturnya.
Berdebar-debar perasaan Ann Layli ketika melihatkan ramai yang menantinya di situ. Satu pun tidak dia kenali melainkan wajah Puan Sri Amirah dan remaja lelaki yang dia kenali dengan nama Han. Ann Layli mengambil tempat di kerusi akhir setentang dengan kedudukan Tan Sri Zahid yang masih lagi merenungnya bisu. Bola mata lelaki separuh abad itu saja yang bergerak.
Enam belas pasang mata itu, langsung memusatkan seluruh pandangan mereka ke arah Ann Layli sebelum membalas ucapan salamnya. Masing-masing bagaikan terkelu kecuali Benz Fahri yang kekal dengan aura sejuk bekunya saat itu. Debaran jantung di dalam dada mereka entah menyanyikan rentak apa.
Tan Sri Zahid hampir rebah saat terpandangkan wajah itu. Wajah anak perempuan yang disangkanya tak akan dapat dia temukan lagi. Namun siapa sangka, Tuhan masih baik dengannya. Memakbulkan doanya agar bertemu dengan si anak walaupun banyak masa yang dah terbuang. Air mata lelakinya menitis laju tanpa sempat ditahan. Menganak sungai di pipi. Bibirnya terketar menahan esak tangis yang mengundang sebak di dada. Hanya kalimat suci Allah terlafaz dibibirnya.
“ Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.”
Tan Sri Zahid memegang dadanya. Tubuhnya diangkat berdiri dari duduk. Dia mahu melangkah tetapi tergerjap kerana tekanan di dada sangat kuat. Serasa nafasnya mulai sangkut-sangkut tetapi cuba dikawal sebaiknya.
Ann Layli turut memusatkan pandangannya ke hadapan. Terpasung bisu suaranya saat terpandangkan wajah lelaki berumur separuh usia seperti ayahnya Zahid di situ. Lelaki yang berjubah putih itu saling tak tumpah seperti wajahnya tetapi di dalam versi lelaki. Dia dapat melihat mata lelaki itu yang mempunyai alis mata yang serupa dengannya. Sama. Dan itu, membuatkan dirinya mengakui kehebatan ciptaan Tuhan.
Allahuakbar!!
Dan nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustakan?
Ada sebuah rasa yang menyelinap meruntuni tangkai hatinya saat terpandangkan wajah lelaki itu. Suatu perasaan yang tak mampu dia gambarkan dengan kata-kata. Yang ada hanyalah rasa syukur yang tak terhingga kerana dia berpeluang mengenali seraut wajah bapa kandungnya. Berpeluang melihat wajah itu bernafas dihadapannya. Sungguh tak pernah terlintas dek akal mahupun fikirannya. Namun, hari itu setelah hampir hidupnya berusia dua puluh lima tahun, Allah menghadirkan lelaki pertama yang membawanya ke alam dunia.
Ann Layli pandang ayah dan emaknya meminta kepastian. Anggukan bisu Zahid dan Hasnah menyatakan kebenaran membuatkan Ann Layli tidak gagal mengaturkan langkah merapati lelaki yang setia berdiri di hadapan meja utama itu.
Tan Sri Zahid tersenyum penuh syahdu. Air matanya tak segan mengalir. Kalam suci Allah masih tidak henti melantun dari ulas bibirnya.
“ Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Puteri!” serunya dengan gerakan di bibir.
Setapak kakinya cuba melangkah namun tidak berhasil malah mulai lemah. Benz Fahri yang tegak berdiri di belakang Tan Sri Zahid mulai perasan dan sempat menongkat serta menahan tubuh itu dari rebah ke lantai.
Ann Layli yang selangkah dihadapannya ikut terkejut lalu spontan turut memaut tubuh bapanya.
“ Ba-bah!” ucapnya seraya memeluk hangat tubuh Tan Sri Zahid namun terpaksa dia lepaskan setelah melihat Benz Fahri menjadi pertahanan di belakang badan lelaki separuh usia itu.
Ann Layli kaku di situ bersama esakan kecil. Terkejut dan takut masing-masing berlumba memindai perasaan di jiwanya saat itu. Kedua jemari Tan Sri Zahid disulamnya erat. Seakan mahu mengalirkan kekuatannya.
Benz Fahri perlahan mendudukkan babahnya ke atas permaidani surau mini itu. Dia ikut terduduk di bahagian belakang Tan Sri Zahid memberi sokongan sambil tangannya menggosok perlahan dada babahnya. Dadanya juga bagaikan mahu pecah melihat tubuh itu yang kian lemah dan me‘layu’. Kolam matanya juga hampir pecah namun tetap dia tahan. Tak mungkin dia ikut larut dalam perasaan seperti yang lainnya.
Suasana dalam surau mini itu bertukar kelam kabut. Masing-masing bergerak ke tepi memberi ruangan kepada Tan Sri Zahid agar mendapat oksigen yang lebih banyak.
Lelaki itu walaupun sukar untuk bernafas, namun masih cuba untuk tersenyum saat tangannya disentuh lembut sang anak.
“ Pu-teri An-ann La-lay-li!” tersekat dan terbata-bata suaranya. Namun digagahkan juga untuk menyebut sehingga berjaya.
“ Ya..ya bah. Ini Ann Layli anak babah.” wajah Tan Sri Zahid ditekup dengan kedua telapak tangannya. Dia mengangguk mengiakan sebutan Tan Sri Zahid itu.
“ Pu-puteri.” serunya lagi dengan tercungap-cungap. Tangan kanannya naik menyentuh tangan si anak.
“ Te-teri-ma..”
“ Bah.. stop it. You can't breathe. Take a rest first.” geleng Ann Layli menghalang babahnya dari terus berkata-kata.
Dia melepaskan pegangan tangan Tan Sri Zahid di wajah lalu mengurut pula dada babahnya.
Ann Layli cuba mengajar Tan Sri Zahid cara bernafas dengan betul. Sementara Benz Fahri pula berbisik lembut zikir Nabi Nuh di tepi telinga lelaki itu dengan mata yang terpejam. Sayu dan tersulut penuh emosi.
“ Ma..ambilkan ubat bawah mulut babah.” pinta Benz Fahri kepada Amirah apabila keadaan Tan Sri Zahid tidak juga berkurangan.
Amirah yang seakan baru tersedar kerana terkejut melihat insiden tak terduga itu bergegas keluar dari perkarangan mini surau. Menuju dapur, ubat bawah lidah suaminya di ambil dan di bawa semula ke sana lalu menyerahkan enam biji tablet ubat bawah lidah suaminya kepada Benz Fahri. Dengan gerakan pantas Benz Fahri meletakkan ubat tersebut ke bawah lidah babahnya dan mengajarnya cara untuk memakan ubat tersebut. Usai, dia kembali membisikkan zikir ke tepi telinga lelaki itu cuba menenangkan emosinya.
Hampir lima minit kemudian, barulah pernafasan Tan Sri Zahid menunjukkan kestabilan. Dadanya ikut berombak tenang. Ann Layli masih setia dihadapan babahnya mengurut dada itu.
“ Bang, call Doktor Junaidi sekarang. I want to make confirmation with him about babah's condition.” ujarnya pula kepada Megat Bakhtiar. Lelaki itu mengangguk lalu beredar dari situ untuk membuat panggilan.
“ Ma, I think we should postpone this matter to another time. Ask all the guest for having their meals. I'm afraid his condition become more worse if we continue this matter up.” ujar Benz Fahri lagi kepada Amirah.
Amirah mengangguk, turut bersetuju dengan pendapat Benz Fahri itu. Risau keadaan suaminya bertambah teruk.
Namun, cepat Tan Sri Zahid mengangkat tangannya separuh ke tengah angin menahan bicara Benz Fahri.
“ Be-benz, tak a..apa te-teruskan je maj..majlis ni. I'm o..okay.”
“ No babah...we can't. I don't want to take a risk. You should get your rest first untill Dr.Junaidi overcome and checking on you later. After that, we conclude due to your command.” ujar Benz Fahri tegas.
Dia tidak mahu merisikokan nyawa Tan Sri Zahid yang seperti telur di hujung tanduk itu. Majlis kesyukuran itu bila-bila saja boleh dilangsungkan. Biarlah tetamu mereka berkecil hati sekalipun asalkan keselamatan dan kesihatan Tan Sri Zahid terjamin.
“ Ta-tapi, Puteri..” masih berdegil Tan Sri Zahid meneruskan katanya.
“ Babah berehat lah dulu..nanti Ann datang lagi.” ucap Ann Layli ikut memujuk. Berharap Tan Sri Zahid akur dengan keputusan Benz Fahri demi kebaikannya sendiri.
“ Puteri will stay here and waiting for your recovery.” putus Benz Fahri. Muktamad.
“ Han and Lan help me to brings babah to his room. We have to wait Dr.Junaidi overcome and look how serious babah's condition.” ujarnya kepada kedua kembar tersebut.
Dengan gerakan cepat, Azhan Wadif dan Azlan Waqif menghampiri babah mereka bersedia mahu membawanya ke bilik seperti yang diarahkan Benz Fahri.
Tan Sri Zahid terpaksa akur akhirnya dengan keputusan Benz Fahri. Dia kemudian di bawa anak kembarnya dan beberapa orang suruhan Benz Fahri ke biliknya.
*********
baru je fefiling nak tengok anak n bapak ni berjumpa..sekali bapaknya sesak nafas pulekk.. jemputlah bace bab secoet ni..tq yg tggu WL update.. love u all infinity =}
Share this novel