Bab 20

Romance Series 77048

Suasana di dalam bilik wad icu terasa hening sekali di waktu itu. Yang kedengaran hanyalah bip mesin talian hayat di sebelah. Yang masih menjadi penghubung. Yang masih menjadi perantara hidup dan mati seseorang.

Memandang mesin jangka hayat itu, Ann Layli hanya mampu menarik nafas dalam lalu terlepas keluhan berat di bibirnya.

Tidak tahu sampai bila hayat Muqri perlu bergantung dengan mesin itu. Minggu lepas ada Doktor Ramesh memberitahunya jika kesihatan Muqri menunjukkan sedikit peningkatan, besar kemungkinan suaminya itu akan dibenarkan pulang tetapi tetap juga perlu menggunakan mesin itu. Pihak doktor akan membekalkan tong oksigen di rumah untuk kegunaan suaminya nanti. Namun, doktor turut memberitahu yang keadaan suaminya akan kekal tidak sedar seperti itu sehinggalah ada keajaiban dari Tuhan. Sedikit sebanyak mendengar membuatkan dia kelegaan kerana tidak perlu lagi berulang alik ke hospital. Cukup saja dia menjaga suaminya di rumah. Dia pasrah jika itu jalan yang di takdirkan buat suaminya.

Seketika, bola matanya meneliti graf bacaan yang menunjukkan garisan turun naik yang agak lemah dan lambat. Bunyinya juga sekejap kuat sekejap perlahan. Perlahan dia menyandarkan tubuh yang terasa lemah di dada kerusi bersebelahan katil suaminya.

Usai membaca yassin tadi, mata yang tadinya terarah pada mesin jangka hayat itu beralih ke arah pintu wad yang di tolak dari luar apabila terdengar bunyi dari sana. Seorang doktor dan jururawat masuk ke dalam bilik itu. Mereka menuju ke meja yang terdapat di hujung sudut bilik.

Segera, buku yassin di bawa simpan ke dalam tote beg yang tergantung di belakang kerusinya lalu berjalan menuju ke arah doktor dan jururawat itu.
“Doktor, misi.” tegurnya seraya mengangguk dengan senyuman tipis.

“ Puan, duduklah. Saya ada perkara yang nak di bincangkan.” arah Doktor Arif dengan senyuman protokol sebaik angkat wajah dari kertas di tangannya. Mempersilakan Ann Layli. Doktor Arif juga antara beberapa orang doktor yang merawat suaminya.

Menarik kerusi perlahan, duduk Ann Layli dilabuhkan tertib di hadapan pegawai perawat dan pembantunya itu.

“ Puan nampaknya kesihatan suami puan tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Tetap sama saja walaupun telah pelbagai ubatan dan rawatan yang pihak kami berikan.” Doktor Arif berjeda seketika. Pandangannya dialihkan seketika ke arah katil Muqri melihat sekilas lalu pesakit yang sedang menjalani rawatan itu sebelum menyambung semula kata.

“ Sudah beberapa kali pihak kami cuba bangunkan suami puan dengan mengurangkan dos ubat tidur kepadanya. Tetapi kelihatannya suami puan tidak mahu memberi kerjasama kepada tubuhnya. Jadi seteleh berbincang, kami tiada jalan lain selain menghentikan mesin jangka hayat ini untuk kebaikan suami puan sendiri.”

Lambat otak Ann Layli memproses. Dia kurang faham dengan penyampaian Doktor Arif lalu bertanyakan untuk kepastian.

“ Tapi bukan ke Doktor Ramesh cakap yang suami saya akan dibenarkan pulang dan akan meneruskan rawatan menggunakan mesin ventilator itu di rumah. Tapi kenapa sekarang kena hentikan pula? Doktor nak bunuh suami saya ke?” bergetar suara wanita itu. Air jernih mula bertakung di tubir matanya. Hanya menanti empangan itu pecah.

“ Betul tapi itu sekiranya kesihatan suami puan meningkat. Masalahnya di sini kesihatan Encik Muqri semakin merosot. Pihak kami khuatir jika terlalu lama dia menggunakan mesin ventilator ini kuman lain akan menyerang seterusnya merebak ke bahagian utama yang lain. Itu akan lebih menyulitkan keadaan. Jadi, maksud menghentikan fungsi mesin di sini adalah bukan membunuh sebaliknya untuk menyelamatkan keadaan Encik Muqri agar tidak terus menderita. Jadi, kami berharap pihak puan dapat memberi kerjasama serta keizinan kepada kami untuk melakukan prosedur terakhir itu.” Jelas dan terperinci mesej yang disampaikan oleh Doktor Arif membuatkan Ann Layli rasa terhenyak.

Perlahan sekeping surat di tangan misi Aini terhulur ke arah Ann Layli. Lama mata wanita itu menyorot surat tersebut sebelum tangannya terketar-ketar mencapai dengan pandangan berselang dengan keduanya. Di tarik dalam nafasnya. Perasaan serba salah menyelubungi seluruh jiwa. Dicengkam hebat penuh raga. Sungguh, dia di dalam dilema.

Setelah meneliti dia mengeluh lagi. Terdengar berat keluhan itu namun pilihan apa yang dia ada. Menandatangani bererti dia akan meragut nyawa insan yang pernah bertakhta di hatinya itu. Tetapi jika sebaliknya dia juga akan berasa bersalah kerana menyeksa hidup lelaki itu.

Hati dan perasaan serta tingkahnya masih berkira-kira namun tersentak dek bicara sang doktor.

“ Puan, sebagai doktor saya menasihati agar puan menandatangani surat tersebut. Keadaan suami puan semakin uzur. Hampir satu setengah bulan kami merawat tetapi keaadan dia memang tak menunjukkan respon ke arah kebaikan. Bukan pihak kami tidak mencuba merawat tetapi suami puan sendiri yang tidak mahu memberi kerjasama. Tubuhnya menolak semua jenis ubat dan cara rawatan yang sesuai. Malah, responsive tubuhnya sudah merosot hampir seminggu ini.”

Ann Layli tak mampu berkata apa. Air mata mula merembes sekali lagi. Semenjak mengetahui suaminya di rawat di hospital, air matanya tak pernah segan silu meleleh dan membasahi wajah.

“ Puan, pihak perawat tidak kejam untuk membunuh. Ini adalah konklusi terakhir apabila semua rawatan yang patut di berikan telah di berikan sebaiknya. Tetapi sebagai seorang muslim pihak kami disyorkan untuk memudahkan semuanya untuk pesakit. Selepas perbincangan kumpulan perawat kami mendapati itu saja jalan yang terbaik.” sambil matanya terarah ke mesin jangka hayat tersebut lalu menyambung bicara semula “.. kami akan memberi alat bantuan pernafasan yang terakhir untuk pesakit. Ianya bergantung kepada keadaan beliau untuk menerima seberapa lama oksigen yang akan sampai ke tubuh dan otaknya.” tambah Doktor Arif.

Nafas dihela semakin lemah. Segala sendinya terasa beku juga. Tubuh serasa mahu melayang. Namun apalagi jalan dan penyelesaian yang ada. Separuh hatinya melarang separuh lagi pula menyuruh. Menyuruh bukan bermakna dia akan bahagia yang lelaki bergelar suami itu akan pergi dari hidupnya tetapi kerana memenuhi tuntutan nasihat para doktor.

“ Berapa lama keadaan suami saya akan bertahan dengan alat bantuan pernafasan yang biasa tu?” Akhirnya terlontar pertanyaan dari Ann Layli setelah agak lama berfikir.

“ Bergantung kepada pesakit. Mengikut sejarah pemerhatian dari rawatan klinikal sebagai doktor ianya akan mengambil masa lebih kurang satu jam hingga ke dua puluh empat jam puan. Itu semua bergantung kepada keadaan tubuh seseorang malah sesuai takdirnya.” terang Doktor Arif lagi.

“ Bila pihak doktor akan melakukan langkah terakhir itu?” soal Ann Layli lagi. Matanya merenung Doktor Arif yang berkaca mata itu. Dapat dilihat yang doktor itu juga telah mencuba sedayanya mahu menyelamatkan suaminya.

“ Paling lewat petang ni. Sebelum itu, jika ada sesiapa waris suami puan yang belum hadir bolehlah kiranya memberitahu mereka untuk datang ziarah sehingga selepas waktu zohor. Mungkin lepas asar kita akan mulakan prosedur tersebut.” ujar Doktor Arif selepas melirik Alba di tangan kanannya memastikan waktu yang sesuai.

“ Kalau ikutkan, semua waris dah ziarah buat kali terakhir doktor. Tapi izinkan saya untuk berada di sini buat kali terakhir bersama dengan suami saya. Boleh doktor?” pinta Ann Layli berharap.

Doktor Arif mengangguk bersetuju dan meninggalkan beberapa pesanan. “Baiklah saya benarkan. Puan boleh turunkan tanda tangan di sini untuk saya uruskan prosedur terakhir pesakit. Apa-apa bantuan yang puan perlukan boleh inform ke kaunter di hadapan sana.” ujar Doktor Arif.

Dengan jari yang terketar-ketar. Dengan nafas yang tersenggut-senggut akhirnya kertas pipih berwarna putih itu bertanda juga dengan tanda tangan Ann Layli.

Setelah siap bertanda Doktor Arif berlalu dari bilik yang menempatkan Muqri bersama surat kebenaran waris. Manakala Ann Layli kembali duduk ke kerusi di sebelah katil itu. Buat kali terakhir, kedua tangannya menggenggam jemari sejuk nan kaku sang suami. Di bawa rapat ke wajah lalu dikucup penuh kasih walaupun tangan itu banyak membuat kekejaman di tubuhnya.

Perlahan-lahan air mata membasahi pipi Ann Layli. Dia harus terima. Harus pasrah. Harus redha. Harus kuat menempuh ujian seterusnya. Tanpa sedar, terlontar bicara dari bibirnya. Namun nadanya perlahan seolah berbisik. Cukup saja dia yang mendengar.

“ Maafkan Ann abang kerana terpaksa membuat keputusan macam ni. Ann dah tak sanggup tengok abang menderita. Pergilah abang jika itu yang terbaik. Allah mungkin lebih menyayangi abang. Ann terima dengan redha. Ann halalkan semuanya." tuturnya perlahan sambil merenung sayu ke arah tubuh yang semakin tenat itu. Jemari kaku dan sejuk Muqri itu digenggam erat.

Derita Ann Layli sudah berhenti sejak mendapat perkhabaran malang itu. Kini kakinya masih kaku menatap sekujur tubuh yang sedang bertarung nyawa di atas katil hospital tersebut.

Seketika, rentak garisan pada skrin monitor kelihatan turun naik dan tidak stabil. Bunyi bip yang tadinya perlahan kini kuat kedengaran dan nyaring menyelubungi kawasan bilik itu.

Tersentak Ann Layli. Jantungnya berdegup kencang. Jiwanya terasa melayang. Segera jemari Muqri dilepaskan.

Tubuh Muqri yang tadinya tenang kini mula berombak laju. Dadanya turun naik seolah menahan kesakitan yang amat sangat. Nafasnya berbunyi kuat. Sepertinya, dia sedang melalui sakaratul.

Dengan tubuh yang menggeletar, Ann Layli bangun berlari ke pintu untuk mendapatkan bantuan. Air matanya sudah tak terbendung lagi. Sebagaimana laju jantungnya tika itu, begitu jugalah laju air matanya yang berjujuran.

Sebaik melepasi pintu bilik, kaunter wad yang berada di tengah koridor di pandang. Terasa agak jauh untuk di dapatkan. Mengorak langkah, Ann Layli berlari semampu boleh. Serasa kakinya sudah berlari selaju mungkin untuk sampai ke situ tetapi tetap saja dia berasa lambat untuk sampai ke sana.

Sedang berlari mengah, tubuhnya tanpa sengaja berlanggar dengan seseorang membuatkan dia hampir melayang. Nasib ada dinding wad yang menjadi benteng membuatkan dia tegak semula dan masih fokus berlari dengan satu tujuan iaitu mahu mendapatkan bantuan.

Panggilan dari manusia yang di langgarnya itu di buat tak endah. Di biarkan sepi di belakang. Fokusnya hanyalah mendapatkan pegawai perawat yang ada di kaunter sana.

Saat doktor tiba, diikuti Ann Layli serta jururawat Muqri masih lagi menarik nafas panjang dengan bunyi yang agak kuat meletus dari kerongkongannya. Ann Layli benar-benar cemas melihat situasi itu. Bibirnya tak putus melantunkan zikir Nabi Yunus.

Doktor Arif mula mengarahkan Ann Layli untuk keluar agar membenarkan pasukan perawat yang terdiri daripada beberapa orang jururawat serta doktor yang lain melakukan tugas mereka.

Ann Layli akur. Sebaik pintu tertutup dia tersandar lemah di kerusi berhampiran. Tanpa berlengah, dia mula membuat panggilan kepada pihak keluarganya.

Sementara menanti keluarganya serta waris keluarga Muqri tiba, dia tidak henti-henti memohon doa. Memohon agar semuanya dalam rahmat dan redha Allah. Memohon agar semuanya dipermudahkan.

Jika sudah tiba saatnya, dia harus redha dan tabah. Dia merelakan kepergian Muqri bukan kerana sudah habis sayang. Bukan kerana sudah habis cinta. Juga bukan kerana sudah habis kasih. Tetapi kerana ingin menghentikan dosa lelaki yang bergelar suami dayus itu. Dia tidak mahu berterusan membiarkan lelaki itu menjunjung dosa padanya.

**************

Benz Fahri berjalan separa perlahan. Suasana gelap di dalam hutan itu membuatkan pergerakannya begitu lambat. Dia hanya berpandukan lampu dari cahaya telefon saja. Malah tanah yang lembap dan hujan yang turun renyai antara faktor dia tidak boleh berjalan dengan baik juga untuk meredah onak duri di hadapan.

Ranting dan akar kayu yang berjuntaian dari pokok-pokok liar semakin menyukarkan perjalanannya. Sekali sekala ranting-ranting itu melibas mukanya membuatkan Benz Fahri menepis-nepisnya sehinga tangan serta kulit wajahnya bercalar.

Dahi mula di rembesi manik peluh. Tetapi tidak sedikit pun membuatkan Benz Fahri mahu berserah. Walau tidak tahu dia di mana, dia masih mahu mencuba. Mencari jalan keluar hingga ke penghujungnya.

Sayup-sayup suara yang bergema di sekelilingnya membuatkan Benz Fahri mempercepatkan langkah. Tidak mahu membuang masa. Semua tenaga lelakinya dikuraskan melalui jalan yang penuh liku itu. Fokusnya tetap satu. Mahu menemukan kelibat wanita yang berkejaran berlari di hadapannya tadi. Kelibat putih itu sangat laju bagai cahaya tanpa sempat Benz Fahri menahannya. Dia pasti mengenali wanita itu berdasarkan wangian yang ditinggalkan. Sungguh harum.

Seketika dia berlari dan kemudiannya berjalan laju setelah agak hampir apabila dia ternampak kelibat wanita berpakaian putih dan berambut ikal mayang itu berdiri berhampiran sebuah pohon besar yang kelihatan seperti sebuah pondok indah di dalam hutan. Wanita itu bersimpuh di tengah-tengah keramaian dengan wajah yang menunduk sambil menangis teresak-esak. Suara wanita itu kedengaran sungguh hiba. Di hadapan rumah pokok itu berdiri ramai orang yang kelihatan sugul dan bersedih juga. Suara-suara mereka melagukan alunan irama yang sangat memilukan dengan rentak yang amat sayu dan perlahan. Sepertinya sedang melakukan satu ritual keagamaan.

Benz Fahri ingin menghampiri. Kerana hati dan jiwanya terasa sayu mendengar lagu sedih yang ke udara membuatkan dia tidak sabar untuk memeluk dan menenangkan wanita itu namun akibat tersalah langkah membuatkan tubuhnya terdorong jatuh ke jurang yang amat besar dan dalam di hadapan rumah pokok itu. Sempat dia mencapai akar pokok yang berhampiran jurang itu dan mendongak. Terlihat wanita itu terus menangis sayu dan meminta tolong apabila dia mahu menggapai tubuh wanita yang dilihat berdiri di atas. Benz Fahri yakin wanita itu mahu dia membantunya. Dia berusaha untuk keluar dari jurang itu, namun usahanya gagal dan dia terus terjunam ke bahagian jurang yang dalam.

Prak!

Buk!

“Aduh!” suaranya mengaduh. Automatik kelopak matanya terbuka apabila merasakan kesakitan di seluruh belakang pinggang serta kepalanya.

Dalam samar cahaya, Benz Fahri cuba mengenalpasti keadaan. Dia menggeleng perlahan sebaik tubuh sudah stabil duduk dari posisi terlentang tadi. Cahaya yang menujah masuk dari celahan langsir di dalam bilik tidurnya membuatkan Benz Fahri tak habis menggeleng.

“ Astaghfirullahaladzim” suara seraknya memdominasi pendengaran sendiri.

Jatuh katil rupanya dia!

Berasa lucu dengan diri sendiri dia tersenyum miring. Katil tinggi yang bersaiz king itu dikerling geram. Belakang kepala yang terasa berpinar digosok perlahan. Perlahan dia bangun dari duduk dan berdiri. Belakang pinggang yang terasa mahu patah itu digosok perlahan juga.

Sakit! Nasib tidak ada tulang yang terkehel mahupun patah. Kalau tidak jenuh pula mahu bertongkat bagai. Sudahlah belum berjodoh lagi. Memang kasihan.

Merapat ke katil dia duduk di birai. Tangan menggagau mencapai telefon di atas meja di sisi katil. Sekilas bebola matanya menancap angka digital di skrin telefon itu. Enam empat puluh lima pagi. Sudah subuh gajah! Tanpa berlengah bilik air dia tuju dengan tuala yang sempat di capai dari penyidai. Kaki di bawa langkah ke sana.

Usai memberi salam dan berdoa telefon bimbit di atas katil berbunyi nyaring minta di angkat. Kerana pinggang yang sedikit sengal dan sakit pergerakan Benz Fahri menjadi lambat. Elok saja dia mencapai telefon bunyi deringan tadi sudah berhenti. Benz Fahri mengeluh perlahan.

Dia berpatah ke arah sejadahnya semula. Menarik sejadah dan melipat lalu dihamparkan ke hujung katil. Kopiah di kepala di buka dan diletakkan juga bersama dengan sejadah tadi. Tshirt pagoda putih di buka dan disangkut di penyidai pula. Sehelai jersey biru tua bertanda PUMA di bahagian hadapan di capai dari rak baju dan di bawa melepasi kepala. Pelikat di pinggang dirungkai dan menyambar pasangan seluar jersey yang disarung di badan tadi ke kaki. Baru separuh betis, sekali lagi telefonnya menjerit minta di angkat. Benz Fahri mempercepatkan sarungan. Laju kaki panjangnya berpatah ke arah katil dan meleret ikon telefon berwarna hijau di skrin tanpa sempat melihat gerangan si pemanggil.

“ Tuan, dia dah mati.” suara kuat sang pemanggil gopoh memberitahu sebaik talian bersambut.

Belum sempat dia berkata apa, laju saja gerangan di balik talian memberitahu membuatkan otak Benz Fahri tak dapat nak mengolah situasi yang terjadi. Siapakah gerangan yang sedang ke udara di balik talian. Berdebar hatinya. Bagai di putar mimpi sebelum subuh tadi semerta ingatannya melayang pada wanita yang menangis pilu meminta pertolongannya itu. Dia tergeleng kesal apabila suara di balik talian sekali lagi menyerunya sekaligus mematikan lamunannya.

“ Hello tuan? Tuan dengar tak ni!?” sama kuat seperti tadi suara yang menyeru itu bersoal.

Dengan wajah yang geram, Benz Fahri menjauhkan telefon yang membuatkan telinganya bingit. Melihat nama pemanggil di skrinnya Benz Fahri mengeluh. Rauf!

Hish, boleh pekak gegendang telinga bercakap dengan si Rauf ni! bebel Benz Fahri dalam hati.

“ Assalamualaikum. ”

Seakan mengerti tersilap kata Rauf memberi salam semula.

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam. Ya Rauf ada apa?”

“ Tuan, sorry. Saya baru dapat info. Encik Muqri sudah meninggal. Macam mana dengan masalah kita?”

Membulat mata Benz Fahri. Terkejut dia mendengar perkhabaran kematian seperti itu. Tangan kanannya mengukuhkan lagi pegangan telefon yang sedang melekap di telinga itu agar dia tidak tersalah dengar.

“ Are you sure bro?”

“ I'm pretty sure tuan.” yakin sekali intonasi Rauf menyampaikan.

“ Innalillahiwainnaillahirojiun. Dari Allah kita datang dari Allah jua kita kembali. ”

Ikut sama membaca potongan ayat itu Rauf tersengih malu. Betapa dia gopoh menelefon majikannya untuk memberitahu hal tersebut sehinggakan lupa untuk menghormati jenazah dengan ucapan mulia itu.

“ Bila arwah meninggal?”

“ Tengah malam tadi. Kita masih nak teruskan dengan saman ganti rugi tu ke?”

Benz Fahri berjeda seketika. Jemarinya mengetuk permukaan meja makan sebaik tiba di ruang makan itu setelah keluar dari biliknya. Di ruang dapur kedengaran suara bibik dan bondanya yang sedang sibuk dengan acara memasak mereka.

“ Pukul berapa kebumi? Dekat mana jenazah di simpan?” Dia berkira mahu memberi penghormatan terakhir buat lelaki itu.

“ Kalau tak salah info sebelum pukul sepuluh pagi ni. Area Bandar Malawati” balas Rauf.

“ Try siasat latar belakang dia. If dia dah ada anak isteri atau family di kampung kita abaikan. Kalau dia anak somebody yang kaya raya teruskan. Now, saya nak awak datang ke rumah saya.” arah Benz Fahri.

“ Err..datang rumah tuan. Buat apa? Kan hari minggu ni. Saya baru janji dengan wife nak keluar bawa anak-anak.”

“ Saya bayar awak triple untuk kerja hari ni. Selesai semua, awak boleh bawa anak isteri keluar. Saya janji sekejap saja. I'm waiting here.” usai memberi kata putus talian di matikan tanpa sempat Rauf memberi jawapan. Telefon kemudiannya di bawa simpan ke dalam poket seluar.

“ Siapa yang meninggal?” tanpa mukadimah Megat Bakhtiar bersama isterinya Sharifah Julia yang baru saja turun dari tingkat atas menyoal si adik lelaki mereka.

Benz Fahri tidak terus menjawab. Kerusi makan di tarik lalu duduk di situ diikuti Megat Bakhtiar. Manakala Sharifah Julia terus mengatur langkah ke arah ruangan dapur.

“ Morning beast!” ucap Benz Fahri tanpa perasaan. Dia senyum sumbing menatap wajah si abang. Sengaja mencari pasal. Sudah menjadi rutin sekembalinya dia ke tanah air. Rindu untuk menyakat si abang.

Membulat mata Megat Bakhtiar mencerun pandang si adik. Dia yang baru saja duduk berhadapan adik lelakinya itu dengan mood yang baik terus bertukar geram.

Beast di katanya aku. Hantu punya adik!

Tangan kanan baru diangkat separa bahu ingin mencepuk Benz Fahri namun di sela Puan Ruhana yang sedang menatang mangkuk kaserol berisi nasi lemak pandan serta rendang paru lembu.

“ Tiar!”

Terus saja tangan kanan itu dijatuhkan lemah. Geram masih bersisa apabila wajah terkekeh Benz Fahri menyapa pandangannya.Jemari kanan itu menampakkan penumbuknya pula. Nasibnya selalu tidak baik jika mahu membalas kejahatan Benz Fahri.

Sharifah Julia mencelah dari belakang suaminya dengan meletakkan mangkuk hidangan sambal kerang ke tengah meja. Dia tersenyum menggeleng melihat kerenah kedua ahli keluarganya yang tak ubah seperti anjing dan kucing. Jika bertemu pasti bercakar.

Belakang tengkuk suaminya dipaut mesra lantas melabuhkan ciuman singkat di pipinya setelah bonda mereka menghilang ke dapur semula membuatkan hati Megat Bakhtiar yang tadinya panas kini surut dan berbunga ceria kembali.

“ Thanks sayang. Love you.” Mengerling ke wajah tegang Benz Fahri sengaja Megat Bakhtiar memancing amarah si adik dengan membalas kemanjaan isterinya. Hidung mancung Sharifah Julia itu dicuit manja. Tersengih isterinya.

“ Love you more hubby!” balas Sharifah Julia turut menyakat. Dia menggesel manja di bahu suaminya.

“ Sengal. Nak bermesra pergi naik bilik la. Sini tempat makan. Hormat sikit si bujang ni.” kerana sebal Benz Fahri menyiku lengan si kakaknya merangkap si kakak ipar itu.

Mendengarkan ayat itu kedua suami isteri itu terkekeh geli hati.

“ Itulah akak cakap cepat cari calon. Tak ada la sakit hati tengok kita orang bermesra macam ni selalu. Lebih dari ni pun kau boleh buat tau kalau ada patner. Tapi dengan syarat kena halal lah.” Tawa Sharifah Julia masih tak habis menyakat. Kedua keningnya dijongket-jongketkan ke arah Benz Fahri yang sudah mencuka.

“ Kan abang?”

“ Yes. Lebih pada ni pun boleh dapat. Lantak kaulah sehari berapa round pun nak buat!” angguk Megat Bakhtiar turut mengiakan kata-kata isterinya.

“ Eh, dasar beast betul kau bang. Akak pun dua kali lima. Tak malu ke nak cakap hal dalam kelambu?! Orang dah cakap suruh hormatkan si bujang ni. Ini tak, sibuk juga nak bercerita hal kelamin dekat kita. Dua-dua sengal la korang ni.” Benz Fahri mendengus geram memandang silih berganti kakak dan abangnya yang berdekah ketawa sehingga berair mata.

“ Dah..dah jom makan. Asyik nak bercakar je dua beradik ni.” tegur Puan Ruhana setelah kembali semula menata pinggan makan di meja di ikuti bibik di hujung meja.

“ Sorry bonda, Ben tak dapat nak join sekali. Bonda makan la dengan abang dan akak. Ben nak ke Kuala Selangor ni. Nak ziarah orang meninggal. Mungkin malam baru balik.” ujarnya sambil memaut bahu Puan Ruhana dengan wajah manja. Risau bondanya berkecil hati kerana sudah menyiapkan sarapan seperti permintaanya semalam. Alih-alih pagi ini dia terpaksa menolaknya pula.

“ La ye ke. Tak nak makan dulu? Jamah lah sikit.” ujar Puan Ruhana.

“ Takut tak sempat bonda. Rauf cakap tadi jenazah nak simpan pukul sepuluh pagi ni.” balas Benz Fahri seraya mengerling Casio di pergelangan tangan kirinya.

“ Oh, tak apalah kalau macam tu. Bonda simpankan sikit untuk Ben. Nanti balik boleh makan. Tapi, siapa yang meninggal? Kawan Ben ke? Bonda kenal tak?” soal Puan Ruhana lagi.

“ Betul tu, dari tadi abang dengar kau cakap dekat fon pasal orang meninggal. Siapa?” Megat Bakhtiar turut menyampuk dengan kening terangkat.

“ Our contractor untuk projek dekat Royal Belum tu. Rauf baru call Ben tadi. Ni Ben nak tunggu Rauf pick up ke sana nak ziarah family arwah. Bonda tak kenal pun.” jelas Benz Fahri kepada Puan Ruhana berselang dengan abangnya.

“ You means Muqri Bina from Endah Holding?” soal Megat Bakhtiar terkejut. Membulat matanya. Tak dapat dia nak relate dengan berita itu. Baru saja Benz Fahri menceritakan kepadanya tentang masalah yang terjadi melibatkan kontraktor binaan tersebut dengan salah seorang kaki tangan syarikatnya alih-alih pagi ini dia mendapat berita kematian lelaki itu. Sungguhlah kematian itu sangat cepat dan dekat.

Benz Fahri mengangguk mengiakan.

“ Innalillahiwainnailahirojiun. Muda lagi ke orangnya? Dia sakit apa?” tanya Puan Ruhana.

“ Mungkin umurnya lebih kurang abang Tiar. Ben tak pasti. Tak sakit pun bonda. Bulan lepas dengar cerita dia eksiden. Kritikal sampai masuk icu. Langsung projek dekat Royal Belum tu hold on dulu. Lagipun under police investigation." cerita Benz Fahri.

Puan Ruhana mengangguk terkejut. Sedih pula dia apabila mendengarnya. Di hujung-hujung zaman ni sudah ramai kedengaran orang yang meninggal di usia muda. Tapi dia berasa hairan apabila mendengar tentang penyiasatan pihak berkuasa.

“ Eh, kenapa pula bawah penyiasatan polis? Syarikat ada masalah ke Tiar, Lia?” soal Puan Ruhana bingung lalu beralih wajah melihat kedua anaknya itu mahu menagih jawapan.

“ Erm...ada masalah sikit dengan kontraktor binaan tu. Syarikat tu dengan Encik Jamal our Head Financial Manager pecah amanah. And we decide to sue them yet terminate Encik Jamal from Khazanah Berhad.” terang Megat Bakhtiar kepada bondanya. Sudah alang-alang mendapat berita kematian itu langsung di khabarkan masalah yang melewati syarikat mereka kebelakangan ini.

“ Ya Allah. Habis macam mana dengan Encik Jamal tu? Dia mengaku bersalah tak?” terkejut Puan Ruhana lalu menggeleng kesal. Tak sangka di dalam syarikat mereka mempunyai musuh yang sanggup menikam belakang seperti Encik Jamal tersebut.

“ Terpaksa mengaku sebab bukti memang sahih. Dia pelakunya dan dalang kegiatan tak bermoral tu. Syarikat terpaksa ambil tindakan tatatertib. Stakeholders tak mahu beri peluang dan ruang untuk dia membuat rundingan langsung. So, we choose to take this matter up to the court!” tambah Megat Bakhtiar.

“ Abang nak kita teruskan saman tu ke atau hold dulu?” soal Benz Fahri.

“ Kau pergilah ziarah keluarga arwah dulu. Apa-apa inform abang. Nanti kita decide langkah seterusnya.” ujar Megat Bakhtiar. Bertambah masalah pula sekarang apabila mereka mendapat tahu Muqri sudah meninggal sedangkan surat perintah mahkamah sudah di keluarkan. Untuk di lanjutkan hal itu tentu mengambil masa yang lama kerana pemiliknya sudah meninggal. Untung ada waris dapatlah pihak syarikat mereka menuntut hak mereka semula. Jika tiada waris, semuanya seperti sia-sia. Megat Bakhtiar mengeluh.

“ Okaylah enjoy your meals guys. Apa-apa Ben inform nanti.” Benz Fahri bangun sebelum beredar ke atas untuk bersiap.

Belum sempat berganjak Sharifah Julia pula menahannya.

" Akak nak ikut Ben. Nak ziarah keluarga arwah juga. Rasa tak manis pulak kalau akak sebagai pemilik syarikat tak hadir. Takkan nak hantar wakil je. Abang jom.” ajak Sharifah Julia pada suaminya pula.

Tak berfikir lama Megat Bakhtiar mengangguk bersetuju. “ Betul juga cakap sayang tu. Ketua yang berdedikasi haruslah menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Barulah orang bawahan mengikut. Jomlah bersiap. Nanti tak sempat nak ziarah pula.” Megat Bakhtiar turut bangun dari kerusinya.

“ Bonda, Lia tinggalkan anak-anak dengan bonda ye. Minta tolong bonda jagakan sekejap budak berdua tu boleh?” ujar Sharifah Julia.

“ Tak apalah. Tinggalkan aje. Bonda boleh jagakan. Lagipun bibik ada. Cepatlah pergi. Nanti tak sempat pula.” kerah Puan Ruhana kepada menantunya merangkap anak tirinya itu.

“ Thanks bonda.” senyum Sharifah Julia lalu melabuhkan ciuman ringkas ke dua belah pipi Puan Ruhana dan di balas wanita separuh abad itu semula. Setelah itu, dia berlalu ke atas untuk bersiap ke majlis pengebumian Muqri.

*********

“Ni Aedy punya.”

“Tak..ni Aery yang punya.”

“No..its mine. Not yours!”

Mereka mula berebut. Berlawan tarik baju dan menolak antara satu sama lain untuk mendapatkan pistol mainan berjenama nerf itu di hadapan tangga.

Benz Fahri yang baru turun dari tangga ketika mahu keluar untuk menziarah keluarga arwah Muqri telah melihat adengan kasar kedua kembar itu lantas menegur dan meleraikan pergaduhan kecil mereka.

“ Aedy.. Aery kenapa berebut ni?” tubuh kecil Aedy terlebih dahulu di tarik Benz Fahri agar menjauh antara satu sama lain agar mereka berdua tidak terus bergocoh.

“ Ayah cu Aedy ni la amik Aery punya pistol.” adu anak kecil tersebut dengan wajah merahnya yang baru bertegang urat dengan si abang kembarnya itu.

“ Aedy.. kenapa ambil adik punya? Aedy punya kan ada. Main sama-sama. Adik beradik tak boleh bergaduh. Tak baik tau. Allah tak sayang orang yang suka bergaduh sesama manusia. Nak-nak pula yang ada ikatan adik beradik ni. It such a bad attitude you know!” ujar Benz Fahri menegur sambil mengacak rambut anak saudaranya itu.

Aedy sengih dengan memperlihatkan lesung pipitnya. Dengan wajah yang tak bersalah dia kembali menghulurkan pistol mainan milik Aery kepada adiknya itu apabila di tegur Benz Fahri.

“ Im sorry. My fault.” tangan dihulur berjabat lalu disambut Aery dengan senyuman setelah menerima pistol mainan miliknya semula.

“ Im sorry too. It's okay abang. Lets play together.” ucap Aery. Setelah mereka diceramahkan oleh si bapa saudara mereka tadi keduanya mula berbaik.

“ Jangan bergaduh lagi okay. Main sama-sama.” pesan Benz Fahri. Bahu Aedy di paut mesra.

“ Baik.” Aedy mengangguk.

“ Aery did you hear what I'm talking about?” soal Benz Fahri pada Aery pula. Mata bundar anak itu ditatap mesra.

“ Ya, Aery dengar ayah cu.” balas Aery bersama anggukan.

“ Duduk dengan tok ma baik-baik. Ayah cu, mama dan papa keluar outstation. Nanti ayah cu balik tak mahu dengar tok ma complain macam-macam pasal Aedy dan Aery. You must be behave! Other than that you must listen to tok ma every single word. Cannot nughty and make any trouble.” pesan Benz Fahri lagi. Jari telunjuk diangkat ke hadapan wajah kedua saudara kembar itu dengan mempamerkan wajah yang serius. Berharap mereka mendengar setiap pesanannya.

Bukan dia tidak tahu budak berdua tu kalau berpadu tenaga boleh pecah rumah. Ada saja kerenah dan akal luar biasa mereka. Sangat hyper dan pro-aktif juga.

“ Kalau Aery dan abang behave boleh ayah cu belanja mainan tak?” soal Aery. Matanya dikerdipkan bagi memancing emosi si bapa saudaranya itu.

Benz Fahri tersengih. Pandai sungguh anak abang dan kakaknya itu memanipulasi pesanannya. Sempat lagi mahu memanfaatkan dia. Tergeleng kepalanya dengan kerenah Aery yang sangat bijak itu.

“ If you behave and no drama I will think about it.” Benz Fahri meletakkan jari telunjuknya ke dagu sambil mengetuknya seolah sedang berfikir.

Aery memandang Aedy di sebelahnya lalu berkata. “ Abang we have to behave and discipline otherwise we cannot get a new games from ayah cu. Please remind me to behave, can you?” petah Aery berkata-kata.

Aedy mengangguk. “ Okay. I'm promise. I want a new games too!” soraknya riang dengan melompat gembira sebaik mendengar perkataan mainan. Langsung lima jari kecilnya diangkat separas bahu menandakan dia berjanji. Manakala Aery pantas menaikkan ibu jarinya tanda bagus. Mereka kemudiannya berpaut bersampingan lalu tersengih memandang Benz Fahri.

Benz Fahri tergelak. Terasa lucu dengan gelagat kedua-dua anak saudaranya itu. Sungguh comel!

Jika suatu hari dia di takdirkan mempunyai zuriat sendiri beginikah juga gelagat anaknya? Persoalan itu mula bermain di mindanya. Dia menghela nafas. Moga suatu hari nanti dia turut di beri peluang dan kesempatan mempunyai zuriat yang sebaik dan secomel anak abang dan kakaknya itu.

“ Okaylah. I got to got. Don't forget about yor promise okay?” ujar Benz Fahri lalu menghulur jari kelingkingnya ke hadapan dua beradik itu. Tanpa berlengah, laju saja keduanya menghulur jari kelingking mereka secara bergilir mengait kelingking Benz Fahri tanda memeterai perjanjian mereka. Setelah itu mereka beredar dari situ dengan senyuman yang sangat ceria.

“ Kau gulakan apa anak-anak abang tu? Seronok semacam je diorang!” soal Megat Bakhtiar yang muncul tiba-tiba dari arah belakangnya bersama Sharifah Julia yang sudah bersiap sedia untuk keluar. Susuk tubuh kedua anaknya yang sudah menjauh di perhati.

“ Nothing. I'm jus ask them to behave and do not make choas with bonda.” kerling Benz Fahri ke arah Megat Bakhtiar.

Megat Bakhtiar jungkit bahu manakala isternya Sharifah Julia hanya tersengih. Tidak mahu memberi sebarang ulasan. Bimbang nanti perbualan itu mengundang perdebatan pula.

“ Rauf dah sampai ke?” soal Sharifah Julia sebaik mereka berada di porch hadapan rumah. Sedang menanti susuk sang pemandu yang di bayar Benz Fahri pagi itu.

“ Belum. Sekejap lagi la tu.” balas Benz Fahri sambil menyarung kasut ke kaki.

Megat Bakhtiar dan Sharifah Julia sekadar mengangguk lalu duduk bersampingan di kerusi yang terdapat di luar bahagian rumah itu sambil menanti Rauf untuk menjemput mereka bertiga.

Im back. Sorry sbb lama menunggu. Neway, tq byk2 pd yang membaca and support this story. Luv u all to the moon and never be back. Ahakss... Welcome to a new readers.. Enjor your reading.. ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience